Friday, June 18, 2010

~Cerita aku...~

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku kat Terengganu Darul Iman..
Sampai malam tadi dalam pukul 10.30 pm..
datang sini pasal nak tengok yacht Tengku Fakri (kut la ejaan macam ni, Ampun Tuanku!!)
Dia nak mintak syarikat aku tolong manage yacht dia tu..
Heheheh...
nanti aku akan publish gambar2 aku kat kapal tu...

Anyway, aku bukan nak cerita pasal tu..
Tapi pasal tembok batu kat belakang rumah aku..
Dah masuk hari ketiga tembok tu runtuh..
Semuanya disebabkan pokok betik yang makin besar..
Akar dia dah tak bleh duduk kat tempat kecik lagi!!
So, nak tak nak terpaksa dia tendang tembok tu kasi jatuh!!
hahahhah!!! apa lagi???? tergolek dog la tembok tu menyembah bumi!!
ni lah gambar2 yang menunjukkan betapa pokok tu tak nak dikongkong lagi oleh tembok tu!!
hehehhe...
nak tengok gambar tembok tu????
makanya...
nanti2, terpaksalah aku tebang pokok betik tu supaya dia tak lebih membesar dan menghancurkan benda lain pulak...
tapi buah betik tu besar2 dan manis sangat!!
hehehhehe....

Cerita ini dapat aku kaitkan dengan iman seseorang..
Pokok betik tu umpama dugaan dan ujian..
Tembok itu adalah iman seorang insan..
Makin lama makin banyak dan besar dugaan yang diberi pada kita oleh Allah swt..
Andai iman kita serapuh dan selembut tembok tu..
Maka begitulah juga kita..
Akan rebah dan roboh bila tiba masanya...
Jadilah tembok yang kuat dan bertahan..
Agar bila kita mengadap Pencipta nanti..
Bekalan iman dan amal kita mencukupi...
Insyaallah...


~AkU~
Bumi Darul Iman...
10:03 pagi...

Read more…

Thursday, June 17, 2010

~Zaman bebudak...~

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya aku tak terasa pun nak menulis malam ni..
tapi sementara dah takde keje nak buat..
citer kat Astro pun tak menarik..
maka aku rajin2 kan lah tangan aku menaip..
aku teringat kisah aku kecik2 dulu...
bestnye jadi budak2...
takde nak fikir banyak sangat..
yang kene fikir pun..
nak bangun pagi, mandi air sejuk (time tu takde water heater), nak pi jenjalan carik pasal kat mana, nak balik kul bape (balik lambat kene rembat ngan batang kayu nanti) dan macam2 lagi..
aku tak la nakal mana pun time kecik dulu..
paling teruk aku pernah buat pun bakar tilam kat umah..
tapi tak la sampai terbakar umah aku tu...
setakat sikit2 je terbakar..
kira ok la kan??
hehehhehe...
dan yang paling aku tak bley lupakan ialah..
time nak dekat raya.. (heheheh... citer pasal raya la pulak!! puasa pun tak tiba lagi!!)
tepi rumah sedara aku ada lubang besar..
kat dalam tu ada katak yang tak bley nak lompat keluar..
aku pun masuk lam lubang tu...
aku tangkap katak tu..
aku pun ikat mercun padi kat mulut dia..
(bebudak aku panggil mercun padi.. orang lain aku tak tau panggil apa!! mercun dia kaler merah, panjang lebih kurang setengah jari.. cam mercun raya cina tuh!!)
aku ikat dalam tiga batang..
pastu aku bakar sumbu..
aku pun cepat2 lompat keluar dari lubang tuh!!
aku hanya menanti mercun tu meletup!!
tangan aku dah sedia kat telinga!!
hehehhehe...
aku kira dalam lima saat...
5..4..3..2..1..
POOOMMMM!!!!
kuat betul bunyi dia!!
tapi yang peliknya, katak tu masih hidup lagi..
tapi aku rasa mesti mulut katak tu pijar je!!
hehehhe...
bila dikenang balik waktu sekarang..
rasa kejam sangat aku time tuh..
kalau la dapat jumpa balik katak tu..
rasa nak salam je mintak maaf dengan dia..
hihihihi.. kalau boleh la..
tapi takpe la..
bebudak, bukan tau apa pun..
sekarang ni tak buat lagi dahhhh...
taubat!! hehehhe...

Read more…

Wednesday, June 16, 2010

~Sian siput babi~

Assalamualaikum wbt..

Baru2 ni aku baca kat satu blog member..
dia tulis tentang perbezaan antara siput babi dan ikan kelisa..
gelak2 aku sorang2 baca kisah tu...
sungguh la geli tengok siput babi tu jalan pakai perut..
tapi tak tau la cedera ke tidak perut dia tu!!
hehehhehe!!!
seingat aku la..
masa kecik2 dulu..
siput tu aku slumber je angkat dengat tangan, pastu cucuk kat perut dia..
gerenti dia nyorok dalam cengkerang dia tu!!
masa kecik mana kisah benda2 kotor camtu..
tau nak seronok je..
bila dah boring main cucuk2..
aku pun letak kat bawah selipar...
prakkkkk!!!! aku pecahkan cengkerang siput tu dengan gumbiranya!!
hahahhaha!!!
maka.. tamatlah riwayat siput tu kat situ...
aku pun cari lagi siput yang lain..
dengan niat nak buat bende yang sama..
hihihihi!!
aku rasalah... mesti siput2 babi tu gerun nak jumpa aku!!
asal dengar aku datang je... gerenti siput tu duk nyorok!!
takut kena cucuk perut dia dan kene pijak!!
hehehhe!!

pasal ikan kelisa pulak...
urmm... tak pernah lak pulak aku teringin nak bela..
kat rumah aku pun ada dua ekor ikan puyu...
tu pun patutnya ada lima ekor...
tapi 3 dah mati...
dan kuburnya ada depan umah aku...
rasanya dah tinggal tulang je kut!!
tak pun dah takde langsung!!
aku dah rasa makan ikan kelisa..
macam rasa ikan je la...
tak la rasa cam sedap sangat!!
tapi ye la...
dapat free...
kut la kalau aku beli mungkin jadi rasa best giler!!
pasal kena keluar duit banyak nak beli ikan tu...
kan ke mahal harga ikan tu!!!
hehehhe...
tu la citernye siput babi dan ikan kelisa...


Betul la..
betapa nama siput babi tu pun dah menggelikan tekak nak menyebut..
tapi pada aku..
siput tu pun tanak nama tu sebenarnya..
sungguh2 dia menentang bila orang panggil dia camtu..
tapi apalah daya dia nak membantah..
bukan orang boleh dengar pun..
samalah cam kita..
kalau diberi nama buruk2..
tentu kita pun tanak kan???
aku pun tertanya2 sendiri..
kenapa nama siput tu camtu??
sape yang mula2 reka nama untuk siput tu ya??
sian siput babi tu...


-AkU-

Read more…

Sunday, June 13, 2010

~Sepi Itu Indah~

Assalamualaikum wbt...

seingat aku ada pujangga mengatakan..
"sepi itu indah"...
hmm... adakala kata2 itu benar..
sepi itu terlalu indah bila kita tahu makna sebenarnya..
bagi aku..
sepi itu tenang.. damai.. tenteram..
jiwa, hati, fikiran, perasaan menjadi satu...
saat ini aku sendirian di dalam kurungan "sepi"..
hanya nyanyian ombak dan desiran angin yang menyentuh deria..
malam yang gelap pekat tidak sesekali menakutkan..
malah memberi satu inspirasi untuk aku terus berilham..
aku tidak lagi diselubungi kesedihan..
malah aku gembira kini..
hidup aku kembali terisi dan tenang..
tiada lagi ribut yang sesekali melanda..
atau hujan yang kerapkali mengundang..
hanya ada ketika semilir bertiup syahdu..
disini aku menginsafi diri..
mengutip kembali serpihan semangat yang pernah hilang dulu..
memungut semula kasih sayang yang telah hampir musnah..
Syukur... Allah masih sayangkan hambaNYA yang lemah ini..
aku bangkit dengan restu dan rahmat dariNYA..
dan aku masih disini..
bernafas dengan kurnia dan kasih sayangNYA..
tempat ini penuh dengan keindahan...
akan kutinggalkan tempat ini bersama satu tekad..
kuhimpun semua kisah dan kuleraikan segalanya disini..
dan semoga aku menjadi insan baru bila sahaja mentari muncul menampakkan dirinya...


~AkU~
Kampung Permai...
01:30 pagi...

Read more…

Wednesday, June 9, 2010

~Filem Legenda Budak Setan~

Assalamualaikum wbt...

Minggu lalu 3 June 2010..
Filem Legenda Budak Setan mula ditayangkan di pawagam..





Seingat aku la..
Aku mula membaca karya Ahadiat Akashah masa umur aku 13 tahun..
masa tu tingkatan 1..
itupun aku curi2 baca kakak aku punya novel..
heheheh..




waktu2 remaja macam tu..
bagi aku novel tu sangat best!!
dan aku mula kumpul duit waktu tu untuk membeli novel2 yang seterusnya..
(banyak lagi novel lama dalam simpanan aku)
Cuma bila umur semakin meningkat dewasa..
novel seperti itu tak sesuai lagi untuk aku..
aku mula beralih mencari novel yang lebih matang..
macam karya Abdul Rahim Awang, Abd Talib hassan, Samsiah Mohd Nor, Ma Lee Chuswan, Norhayati Berahim.. Sekadar menyebut beberapa nama..
dan satu novel yang menjadi kesayangan aku..
Dan memberi banyak pengajaran pada aku..
Ialah novel Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hazneza Abdul Hamid..
aku tak tau kenapa..
tapi kalau kamu boleh membaca novel itu..
pasti kamu akan merasa apa yang aku rasa..
jika kamu berperasaan seperti aku la..
Hmm...
Berbalik kepada kisah Filem Legenda Budak Setan..
Apa yang aku baca dan apa yang aku lihat..
(aku belum lagi ke panggung untuk menonton)
Tapi jalan cerita filem berbeza dari novel..
mungkin untuk menyesuaikan masa dan watak..
permulaannya aku terasa juga untuk menonton..
tapi setelah seminggu berlalu..
kaki aku tak juga menjejak ke panggung..
rasanya aku lebih teruja bila menonton..
Drama yang diadaptasi dari novel Hartini karya Aziz Afkar (kalau tak silap)..
Biarpun sekadar drama hasil olahan Erma Fatimah..
dan seingat aku drama itu menjadi kontroversi!!
kerana tak mendapat persetujuan dari penulis karya itu sendiri..
tapi hasilnya sangat memuaskan..
Urmm.. rasanya pelakonnya Ummi Aida dan Nasir Bilal Khan (kalau aku tak salah la..)
jalan perceritaan yang sangat menarik..
itu hakikat kehidupan kita..
dan aku juga ternanti2 novel seperti Jibam karya Ujang..
untuk direalisasikan di layar perak!!
dan banyak lagi kisah2 kemasyarakatan yang sangat bagus untuk diketengahkan..
cerita2 yang bermutu ini banyak memberi mesej yang berguna..
kisah2 kehidupan yang banyak kesedaran dan pengajaran..
cukuplah penonton disogok dengan tema cinta dan seram yang makin membanjiri pawagam!!
cuma mungkin penerbit hanya fikirkan keuntungan..
ya.. itulah sudah semestinya!!
siapa yang berniaga untuk rugi atau sekadar cukup makan??
hmm.. pendapat masing2..


~AkU~
Kampung Permai..
00:01 pagi..

Read more…