Tuesday, July 27, 2010

~Luahan Aku~

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku bersiaran dari katil Institut Pediatrik HKL..
Aku menemani Imad yang sedang terlena di katil kanak2..
Mata aku belum mampu lelap lagi..
Hmmm..
Petang semalam Imad diserang sawan lagi..
4 kali di rumah.. sekali dalam teksi.. dan sekali lagi di atas katil Emergency Room HKL..
Allahuakbar!!! Bertimpa2 dugaan datang melanda..
Baru sahaja pagi Jumaat lepas Imad sawan..
selang 2 hari kena lagi..
Beratnya dugaan Allah untuk Imad..
Aku yang berada disisi Imad setiap ketika..
Tak terluah lagi kata2 untuk menyatakan betapa luluhnya hati seorang Ibu..
bila setiap kali berhadapan dengan keadaan kesihatan anak yang tak menentu..
Andai ditadah airmata yang mengalir..
Nescaya kalah syarat permintaan Puteri Gunung Ledang pada Sultan Melaka...
Adakala aku cuba menggembirakan diri di kalangan teman2..
Sekadar untuk tidak menunjukkan betapa lemahnya aku..
Biarpun dalam hati aku..
Sudah banjir menelan air mata..
Bukan aku tak sudi berkongsi cerita..
Tapi.. entahlah...
Aku tak mengharap lagi seseorang yang sudi menjadi teman..
Setia mendengar keluhan hati..
Sedia menangis bila aku sedih..
Sudi ketawa bila aku gembira..
Sentiasa ada bila aku memerlukan..
Sukar mencari seorang yang setia menjadi peneman diri..
Biarlah segala cerita ini aku pendam sendiri..


~AkU~
Wad KK2 Institut Pediatrik HKL..
02:26 pagi...

Read more…

Tuesday, July 13, 2010

~Hidup kita~

Assalamualaikum wbt...

Setiap hari yang bertukar.. umpama musim yang berganti..
Setiap darinya ada keistimewaan..
Begitulah dengan kehidupan yang kita lalui..
Takkan mungkin setiap jalan yang kita lalui penuh dengan kemanisan sahaja..
Pahit manis kehidupan itu adalah asam garam hidup yang lebih mewarnakan kehidupan..
Kita takkan pernah berjumpa dengan kebahagiaan dan kejayaan sepanjang jalan..
Adakala kepahitan dan kegagalan mengisi ruang-ruang hari kita..
Namun begitu.. bersyukurlah..
Kita diduga..
Pengalaman adalah guru yang paling berguna untuk kita terus bangkit dan teruskan perjalanan yang tak kita duga destinasi dan arah tuju..
Kita berhak merasa marah, kecewa, sedih, gembira, suka... dan apa saja..
tapi jangan sesekali berputus asa jika ingin terus menetap di muka bumi Allah swt ini..
Kita diberi kuasa untuk memilih..
Benar.. ada ketika kita tersalah pilihan..
Tapi tak bermakna kesilapan itu tak dapat kita betulkan..
Selagi kita masih bernafas..
Selagi itulah kita masih mampu membuat perubahan..
Berfikir gunakan akal yang waras..
Usaha untuk memperbaiki keadaan..
Setelah itu..
Berdoalah semoga segala yang kita perlakukan mengikut landasan yang benar..
Redha dan tawakkal dengan Qada' dan Qadar Allah swt...
InsyaAllah ketenangan dan kedamaian itu milik kita...




-AkU-
Syurga Addin...
20:45 malam...

Read more…

Wednesday, July 7, 2010

~Manusia ini~

"...Menjejakkan kaki berkali2 di tanah suci dan menunaikan umrah atau haji tidak menjadikan kita seorang manusia yg lebih baik atau 'suci' dr org lain selagi kita memandang rendah dan hina terhadap golongan lain. Tidak mustahil org yg dipandang rendah itu lebih tinggi budi pekertinya, nilai dirinya dan lebih mulia dr yg rs diri mereka 'suci'..."

Kata-kata seorang teman.......




Assalamualaikum wbt..

Kata-kata tu aku pinjam dari ruangan Facebook untuk aku kongsikan apa yang berlaku disekeliling kita..
Benar...
Adakala seseorang manusia itu berasa diri mereka sudah cukup hebat dan lebih baik dari orang lain..
Bila sahaja kaki mereka mampu memijak Tanah Suci Mekah..
Sampai atau tidak kita ke tanah suci bukan la satu perbandingan untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan kita kepada ALLAH swt..
Namun seringkali itu yang dicanangkan untuk menjadikan diri lebih baik pada pandangan mata orang lain..
Dan manusia setiap kali dengan rela menerima yang tersurat tanpa mengkaji yang tersirat..
Bukan aku saja nak kata macam tu..
Tapi itu hakikat yang berlaku dan aku sendiri pun mengalaminya..
Manusia itu dengan bangga mencanang diri yang pernah sampai ke Mekah..
Dengan penuh sombong mengaku amal ibadat..
Betapa hebatnya dia bila bangun setiap malam untuk solat sunat..
dan betapa bagusnya dia bila setiap ketika berpuasa sunat..
Bagi aku semua itu bukan untuk diceritakan pada semua orang..
Itu antara kita dengan Pencipta..
Kenapa perlu disebarkan untuk tatapan umum??
Kalau bukan untuk dibanggakan... jadi untuk apa???
Dan dalam masa yang sama bercerita yang bukan2 terhadap orang lain..
Agar orang membandingkan mereka..
Manusia yang sebegini arif tentang agama seharusnya tahu apa hukumnya memfitnah..
Tapi mereka lebih rela menolak agama demi memuaskan nafsu sendiri..
Sesungguhnya manusia ini tidak pernah bersyukur dengan rezeki Allah swt...
Jadilah orang yang sentiasa merendah diri dan hati serta bersederhana dalam kehidupan..
Semoga ALLAH swt memberi hidayah dan petunjuk buat mereka dan kita semua..
Aku???
Aku telah maafkan mereka2 yang telah berbuat jahat dengan aku..
Seperti mana aku telah memohon keampunan untuk setiap kesalahan aku..
Semoga ALLAH swt juga mengampuni segala dosa2 aku..
Amin...




-AkU-
Syurga Addin...
19:15 malam...

Read more…

~Sukarkah???~

Assalamualaikum wbt...


Aku bukanlah pujangga yang bijak merangka kata..
Dan bukan juga penyair yang mahir melagu puisi..
Tapi aku juga seorang manusia..
Dan mereka juga manusia..
Kita semua punya hati dan perasaan..
Cuma ada kala apa yang terluah tak seindah yang didengar..
Aku takkan tahu kalau tak diberitahu..
Bukankah berterus terang itu lebih baik dari memendam??
Hmm.. sukar menduga hati manusia..
Sesukar menduga riak air di lautan..
Benar.. kadang kala kebenaran itu terlalu pahit untuk diterima..
Tapi jika kita terima dengan hati terbuka..
Aku percaya takkan ada dendam yang tersimpan..
Cubalah sesekali berfikir umpama orang yang telah dewasa..
Kita bukan terus menjadi anak2 yang perlu dipimpin setiap masa..
Satu masa nanti kita juga akan menghadapi hari kematangan..
Pada aku umur sekitar 20-an bukanlah lagi boleh dipanggil anak2..
Apatah lagi yang telah mencecah 50-an???
Seringkali kita meletakkan kesalahan dan kekurangan kita pada orang lain..
Tidak pernahkah kita terfikir salah dan silap kita??
Cuba hitung kekurangan diri sendiri sebelum terus2 an menuding jari pada orang lain..
Jangan jadi orang yang tak bertamadun..
Kita punya agama yang sangat indah - Islam..
Mengapa menidakkan Qada' dan Qadar ALLAH swt??
Kita orang Islam semuanya bersaudara..
Sukarkah berbuat baik sesama saudara seIslam??
Hmm....
Sukarnya mengajar ketam berjalan lurus...
Sesukar mengajar manusia itu mengenal diri...
Aku hanya mampu berdoa semoga nur Islam itu masih lagi mahu menyinari kehidupan manusia2 ini...


Salam penuh kasih sayang...


-AkU-
Syurga Addin...
00:14 pagi...

Read more…