Monday, September 27, 2010

~Kenangan Semalam~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur atas nikmatNYA..
Aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini..
Dan masih lagi diberi peluang untuk berbicara atas nama manusia..
Usia aku bakal menanjak ke 30 tahun..
Serasa cepat masa berputar..
Namun segalanya berlaku dalam kesedaran..
Takkan pernah sedetik pun aku biarkan diri berada dalam khayalan..
(Cuma adakala terkhayal juga.. Hahaha..)
Aku disini hanya ingin berkongsi kisah..

Kenangan..
Pasti semua yang bergelar insan punya kenangan..
Aku juga begitu..
Cuma yang membezakan kita..
Antara kenangan yang mengasyikkan atau yang menghibakan..
Sepanjang usia aku..
Banyak kenangan yang masih lagi tersimpan kemas di ruang ingatan..
Tetapi ada juga yang telah aku humbankan..
Atau aku nisankan di kuburan..
Buat insan yang ingin aku kenang sepanjang zaman..
Segala-galanya aku bingkaikan dalam bingkai minda..
Akan tetapi buat insan yang hanya singgah sementara..
Aku rakamkan segalanya dengan pena dan tinta..
Dan kisah mereka aku simpan dalam beberapa buku yang hampir penuh..
Aku suka menulis..
Segala yang berlaku dalam hidup ini perlu aku bukukan..
Itu cara aku..
Ada yang bertanya..
Mengapa perlu aku bezakan antara kenangan dalam hidup aku?
Yang tersimpan di minda aku..
Ingin aku kenang kisah itu selagi Allah mengizinkan aku berfkir dalam kewarasan..
Dan yang aku karangkan di lembaran kertas..
Kisah insan-insan yang pernah membawa aku ke lembah lara..
Maka aku luahkan segalanya di atas dada kertas..
Dan bila tiba masanya perlu aku luputkan dari pandangan..
Itu lah yang terjadi semalam..
Salah satu kenangan itu telah sedia untuk aku lepaskan dari ikatan hidup aku..
Moga ia terus lenyap bersama amarah yang makin pudar..
Aku musnahkan ia bersama kemaafan yang berterusan..
Dan aku harap takkan ada dendam dalam hati aku buat insan-insan ini..
Andaikata ada pertemuan semula..
Biarlah ianya mencipta satu perasaan baru..




























Inilah hasilnya..
Maka lenyaplah segala dendam dan amarah yang pernah menghuni dalam hati aku..
InsyaAllah..



-AkU-
Syurga Addin...
00:17 pagi...

Read more…

Sunday, September 12, 2010

~Syahdunya Syawal~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Sudah dua hari Syawal berlalu..
Hari ini adalah hari pertama aku mulakan berpuasa..
Hanya sehari aku izinkan diri menikmati sambutan Syawal..
Dan sehari itu seperti tahun-tahun yang sebelumnya..
Aku terus menyambung puasa hanya sekadar menyabarkan diri dari amarah yang membara..
Biar sejuk sikit hati ini..
Biar tenang sebentar jiwa ini..
Ternyata.. ianya berkesan..
Hati dan jiwa ini tidaklah seperit hari yang berlalu..
Cuma sambutan tahun ini agak berlainan sedikit..
Aku tak sempat menikmati tidur yang lama pada malam raya..
Semuanya semata-mata untuk menyiapkan jubah buat anak tersayang..
Sepatutnya baju Imad boleh siap cepat..
Tapi dua mesin jahit aku buat hal..
Nak tak nak terpaksa juga aku jahit tangan..
Pedih rasa mata sebab menahan kantuk yang datang..
Tapi disebabkan nak hadiahkan sesuatu buat anakanda aku ni..
Maka aku gagahkan juga mata yang hampir separuh tertutup..
Dan.. Inilah hasilnya..

Gambar ni diambil waktu aku bertandang ke rumah abah aku di Cheras..
Susah betul nak ambil gambar Imad dalam keadaan sempurna..
Dan berapa kali aku dan adik-adik cuba ambil gambar yang sempurna..
Inilah satu-satunya gambar yang paling sempurna..
Tapi baju ni hanya sempat dipakai sampai sebelum tengah hari..
Aku terpaksa tukar lepas Imad simbah air sirap atas baju dia !!
Hahahha!!
Memang susah nak bagi Imad nampak comel dan handsome..
Gambar kat sebelah tu gambar aku..
Tapi separuh saja..
Baju yang aku pakai tu berusia lebih kurang lapan tahun..
Sangat lama !!
Tapi baju tu masih nampak baru sebab aku hanya sempat pakai sekali saja..

Aku tak terasa untuk membeli baju baru tahun ni..
Sebab rasanya tak perlu..
Jadi aku hanya pakai koleksi tahun-tahun yang sebelumnya..
Banyak lagi baju yang belum sempat aku ulang pakai..
Cuma aku hanya lebihkan Imad..
Hmmmm...
Ada juga baju pemberian seseorang untuk Imad..
Tapi tak terasa hati aku untuk bagi Imad pakai..
Bukan aku menolak rezeki..
Cuma aku was-was dengan niat si pemberi..
Maka aku membuat satu keputusan yang nyata..
Baju itu hanya aku simpan buat kenangan..

Esok aku akan berpuasa lagi..
Sehingga aku rasa ketenangan yang berpanjangan..
Mood Ramadhan masih lagi terasa..
Maka aku cuba teruskan keadaan yang mampu memberi kepuasan pada diri ini..
Aku cuba meletakkan diri aku pada takhta teratas..
Bukan lagi dibawah tapak kaki untuk dipijak dan diinjak sesuka hati..
Moga hati dan jiwa aku akan terus kuat untuk berjuang demi maruah diri sendiri..
InsyaAllah.. Amin.......



Salam Lebaran...

-AkU-
Syurga Addin..
00:30 Pagi...

Read more…

Sunday, September 5, 2010

~Syawal Yang Hening~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Tinggal lagi beberapa hari saja Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tiba..
Menyebut perkataan tu saja..
Pasti terbayang suasana malam raya kat kampung..
Sedara mara ramai-ramai memasak bermacam juadah..
Ada lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, kuih muih..
Budak-budak sibuk memasang pelita keliling rumah..
Ada yang bermain bunga api..
Atau suasana pagi raya..
Dengan baju baru dan kasut baru..
Saling bermaaf-maafan..
Berkunjung ke pusara dan menziarah saudara mara..
Ya !! Itulah suasana yang sangat aku rindukan..
Kemeriahan hari raya yang sukar untuk aku ulangi lagi..
Tika ini hari raya umpama hari-hari biasa yang aku lalui..
Tiada lagi keindahan dan kemeriahan 1 Syawal..
Entahlah.. Setiap tahun yang berlalu terus aku berhadapan dengan keadaan yang sama..
Semakin tahun, kita makin lupakan adat dan kebiasaan itu..
Hmmmmmm.... Setiap kali raya.. Setiap kali itulah keluhan itu aku luahkan..
Pastinya kenangan bertahun dulu mengasak minda..
Aku seringkali teringat insan-insan yang aku sayangi yang telah dulu "pergi" meninggalkan aku..
Setiap kali itu juga doa dan ingatan aku kirimkan lewat solat dan zikir..
Arwah atuk meninggal sewaktu aku berusia lebih kurang empat tahun..
Tak banyak kenangan yang aku ingat bersama atuk..
Tapi aku tahu kasih sayang aku sentiasa bersama atuk..
Arwah Kak Ngah juga..
Aku sempat merasai raya bersama Kak Ngah hingga aku darjah lima..
Dan aku masih lagi mengingati Kak Ngah dalam situasi apa pun..
Biarpun aku tak la rapat sangat dengan Kak Ngah sewaktu hayatnya..
Tapi ada kenangan yang sangat menyentuh hati yang takkan aku lupakan sampai bila-bila..
Itulah satu-satunya kenangan terakhir aku bersama Kak Ngah..
Setiap kali mengingatinya, setiap kali itu juga air mata aku mengalir..
Untuk arwah Nenek..
Aku takkan pernah lupa..
Aku menjaga nenek sehingga aku di tingkatan tiga..
Bersama nenek aku menyusuri kisah-kisah zaman muda nenek..
Ada tawa dan airmata disitu..
Sesungguhnya aku terlalu merindui wanita itu..
Dan nenek menghembuskan nafas terakhirnya dihadapan mata aku..
Sememangnya tika itu tiada airmata yang mampu aku tangiskan..
Bukan aku tak sedih..
Kerana terlalu sedihlah maka tiada airmata yang keluar..
Dan tiada siapa yang mampu mendengar keluhan aku saat itu..
Arwah Mama pula..
Benar.. Dia bukanlah wanita yang melahirkan aku.. Mama hanyalah ibu tiri..
Mama hadir dalam hidup aku ketika usia aku menganjak ke tujuh tahun..
Benar.. Takkan ada seorang pun wanita yang punya niat setiap hari dalam hati untuk berkongsi kasih seorang lelaki atau pun meruntuhkan rumahtangga orang lain..
Biarpun hanya berstatus ibu tiri..
Tapi mama menjalankan tanggungjawab yang sama ertinya dengan seorang ibu..
Kenyataannya.. Kasih sayang yang aku peruntukkan untuk mama sangat sedikit bilangannya..
Fitrah seorang anak yang merasakan kitaran kehidupannya terganggu..
Namun masa yang berlalu banyak merubah hati dan perasaan aku..
Sehingga aku dengan ikhlas menerima Mama sebahagian dalam hidup aku serta redha dengan Qada' dan Qadar Allah swt..
Syawal yang tiba setiap tahun sentiasa mengingatkan aku kepada mama..
Biarpun sebagai anak tiri..
Mama tetap menyediakan segala persiapan untuk kami adik beradik..
Dari hujung rambut hingga hujung kaki..
Dan tentunya menjadikan hari raya sangat bermakna untuk aku sebagai kanak-kanak..
Itu cerita dulu..
Kali terakhir aku menyambut Syawal dengan mama 10 tahun yang lepas..
Mama pergi menemui Pencipta ketika umur aku belum mencecah 20 tahun..
Alhamdulillah.. aku sangat rapat dengan mama di akhir hayatnya..
Aku sangat gembira bila aku juga antara orang yang berada disisi mama ketika mama menghembuskan nafas terakhirnya..
Di saat itu juga tiada airmata yang mengalir..
Aku redha dengan janji Allah..
Aku berpeluang menguruskan jenazah mama biarpun tidak sepenuhnya..
Itu adalah penghormatan terakhir buat mama di atas segala jasa-jasa semasa hayatnya..
Aku takkan lupa kata-kata terakhir mama di HKL..
Mama mohon maaf diatas segala kesalahan mama pada aku sekeluarga..
Di saat itu juga terlerai segala rasa marah, dendam dan segala macam rasa..
Aku menerima mama seikhlas hati..
Ketika itu juga tempat mama antara yang teratas dalam hati aku..
Kalaulah mama masih ada..
Pastinya segala rahsia hidup ini aku bentangkan dihadapan mama..
Setiap kali mengingati mama, airmata aku akan gugur..
Dan tika ini juga mutiara itu gugur seiring dengan rindu dan doa yang aku titipkan buat mama..

Entah la...
Dah sedekad raya aku tiada makna..
Aku rindukan suasana yang dulu...
Aku rindukan kemeriahan yang dulu..
Aku rindukan segala-galanya yang dulu..
Pastinya takkan aku perolehi sekarang..
Ya!! Zaman berubah.. manusia juga begitu..
Dan aku tak terkecuali mengikut arus perubahan..
Mencuba untuk membiasakan diri dengan segala macam rencah kehidupan yang baru..
Sehingga saat ini..
Aku cuba mencari kembali makna 1 Syawal dalam kehidupan aku..
Entah bila akan aku temui..
Seperti tahun yang sebelumnya..
Terbitnya fajar 1 Syawal..
Aku sentiasa setia menanti disini..
Menanti sebuah kisah yang tak pernah aku tahu di mana penghujungnya..


1 Syawal yang hening ini..
Insan-insan ini sentiasa dalam kenangan, doa, rindu dan hati aku...

Mahmod Bin Zamzam..
Shahdattul Nur Azillawattee Aqmar..
Rahmah Binti Kassim..
Normadiah Binti Ahmad..

Kenangan kalian sentiasa hadir dalam ingatan aku...
Kasih sayang aku juga takkan pernah putus untuk kalian..


~Salam Aidil Fitri~


-AkU-
Syurga Addin...
07:00 pagi...

Read more…