Friday, November 26, 2010

~Siapa aku ??~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Cepat je Hari Jumaat..
Dalam tak sedar masa berlalu dah nak sampai hujung tahun..
Urmm.. Kejap je rasanya..
Dalam tak sedar juga umur aku nak meningkat ke angka... huhu... 30...
Iskk!! Bukan la takut pun.. Ala.. setakat umur.. Apa sangat la..
Bila orang tanya, aku tetap jawab umur aku 23..
Haha.. Saja je nak rasa muda..
Ada gak orang tanya aku..
Kenapa semua orang nak rasa muda ?
Aku jawab.. Tak mengapa luaran kita muda..
Tapi hati dan fikiran kita harus berkembang ikut perkembangan semasa..
Jangan kerana sibuk nak jadi muda..
Kita "ketinggalan" zaman !!
Anyway, aku bukan nak cerita pasal orang..
Tapi aku nak cerita pasal diri sendiri..
Apa yang orang tak tahu tentang aku..
hehe.. kira macam rahsia diri la ni..
Aku ramai kawan.. Ramai sangat..
Mungkin la sebab aku agak friendly..
Maka ramai la kawan aku..
Urmm... Musuh tu aku tak tau..
Sebab aku tak cari diorang.. Tapi tak tau la kalau diorang yang anggap macam tu..
Tapi dalam ramai-ramai kawan.. Aku punya seorang pendamping..
Dia sangat setia dengan aku dari waktu sekolah dulu sampai la dah beranak pinak ni..
Haha.. Dia la yang beranak pinak.. Sebab anak aku sorang tu je..
Dia banyak tahu tentang aku.. Cuma ada la jugak rahsia..
Hehe.. Mana boleh bongkarkan semua.. Tak best !!
Ok.. apa yang orang tak tau tentang aku..

*Aku seorang yang sangat sempoi sebenarnya.. Tak kisah kawan dengan siapa.. Makan kat mana.. Makan apa.. Pakai apa..(aku pernah pakai baju tidur je nak pi bank in duit kat bank.. Eleh !! nak berlawa sakan buat apa pun ? Bukan nak ngorat CS kat bank tu !!).. Tak kisah orang nak cakap apa.. (cakap la apa saja.. mulut korang yang penat!) Tak kisah mandi ke tidak satu hari.. Ok, yang ni aku tipu ! Mandi la, tapi pukul berapa tu tak tau la.. hehe..

*Aku suka duduk sorang-sorang sebenarnya.. Kadang-kadang makan kat kedai pun sorang-sorang.. Sebab kalau ada member, nanti dia kacau mood aku nak makan.. so, nanti nafsu makan dan kelazatan rasa makanan tu berkurangan.. Hehe.. Yang ni melampau la pulak !!

*Aku boleh menangis tanpa sebab bila dengar lagu yang agak menyentuh hati (sentimental la ni!! haha !!) kadang-kadang tengok cerekarama sedih pun boleh nangis gak.. Tapi bila tengok ngan Incik Hubby, aku akan cover macho.. Buat-buat la pergi toilet ke, nak ambik air ke, nak tukar baju ke.. Hihi,, Nanti kene perli la pulak !! (nasib baik Incik Hubby tak tau baca blog !! Fuhh !! Selamat !!)

*Aku suka makan kat dalam bilik, sebab lepas makan aku akan terbongkang macam ular kekenyangan !! Haha.. yang ni pun aku tipu jugak.. Tak la.. Cuma aku suka makan dalam bilik pasal tv ada kat bilik.. boleh sambil santap sambil menonton..

*Aku suka berdialog sendiri..(maknanya cakap sorang-sorang la..) Tak pun aku bercakap dengan apa yang ada kat depan mata.. (sekarang pun aku bercakap dengan laptop !!) Selalunya aku akan bayangkan orang yang aku nak jumpa tapi tak boleh jumpa.. Maka bermulalah "cengkerarama" hari itu.. Haha.. Disebabkan aku ada sejarah "sakit mental" maka perlakuan itu sepatutnya boleh dimaafkan la.. (ala.. bukan orang nampak pun..)

*Aku sangat malas buat kerja rumah.. Haha !! Alamak kantoi !! Kalau aku dah kemas rumah, aku akan pastikan kekemasan tu tahan lama.. Sebab aku tak payah nak kemas lagi nanti.. Dan sesiapa yang sepahkan balik aku akan mengamuk !!(termasuk juga kepada Incik Hubby) Dan akan bertukar menjadi Otomen Taro tak pun Incredible Hulk.. (tapi baju tak koyak la.. membazir.. nanti tak boleh pakai lagi.. huhu..)

*Aku suka sangat berangan.. (ini kerja wajib setiap hari !) Haha.. Biasa la, siapa yang tak suka berangan kan ?? Cuma banyak angan-angan aku yang tak masuk akal dan serasanya jauh nak menggapai.. Tak apa la.. Aku je yang tahu.. Sekurang-kurangnya aku tak la berangan nak kawin ngan anak raja ke, nak jadi pelakon terkenal ke ( iskk!! ada juga beberapa kali !! hehe..).. Tapi biasanya angan-angan aku setakat ni terkawal la.. tak la sampai mengganggu kerja-kerja harian aku..

Urmm.. Apa lagi ye ??!
Owh... dah.. dah.. cukup la kat sini..
Nanti ramai tahu rahsia aku pulak..

*Takkan ada orang boleh tahu siapa diri aku melainkan orang tu menyelam ke dasar yang paling hujung dalam hidup aku.. Sebab hidup aku penuh dengan warna-warna yang adakala kita tak tahu nak sebutkan apa itu.. Ada orang cakap aku complicated sebab hidup aku yang complicated.. Ces !! Oi Nik !! Lelaki lagi complicated tau !!.. haha..

P/S : Nik kalau baca.. Semoga cepat sembuh demam.. Boleh bercinta jarak jauh !! Hahaha !! Blushing sudah !!


-AkU-
Syurga Addin...
13:23 petang...

Read more…

~Kopi ???~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Rasanya dah berapa kali aku menguap bodoh..
Hehe.. menguap pun ada bodoh dan pandai ye !
Menguap bodoh ni maknanya duk buka je la mulut ni..
Tapi mata tak nak lelap pun..
Haishh !! Apa la pasal aku pun tak tau..
Nak kata aku minum kopi, tak la pulak rasanya..
Sebab aku lah antara yang anti dengan benda alah tu dari kecik lagi..
Mak aku selalu cakap pasal aku takut hitam !
Ek eleh !! Kalau takut hitam, naper aku bleh makan kicap ??
(Tapi bantahan tu dalam hati je la.. hehe..)
Incik Hubby pun cakap macam tu jugak..
Actually tak la pasal takut hitam..
Tapi rasa kopi tu memang tak serasi dengan lidah aku..
Asal nak minum je kopi, otak aku dah boleh bayangkan rasanya yang... Eeeee yukkksss !!
Dah la pahit, tak sedap pulak tu !!
Aku pun hairan, macam mana ada yang addicted dengan kopi ni..
Pernah ada beberapa kali aku pergi rumah orang dengan Incik Hubby..
Ramai gak la yang hidang kopi untuk minum..
Aku cari kesempatan..
Asal orang tu menghilang ke dapur atau tempat lain..
Aku pun masukkan kopi tu balik dalam teko atau jag air..
Niat aku baik, tak nak membazir.. hehe..
Incik Hubby hanya menjeling dari jauh..
Hehehe.. konon bila orang tu datang balik..
"Eh !! Dah habis minum ? Sedap tak kopi tu ? Buatan kampung tu.."
Aku hanya tersengih-sengih je..
Tapi yang tak bagusnya bila tuan rumah tu sibuk tuang lagi dalam cawan aku..
Pastu dia tak pergi-pergi ke mana-mana..
Macam nak sawan aku kene habiskan kopi tu depan dia..
Incik Hubby hanya tersengih-sengih kambeng pandang aku..
Ces !! Balik ni mesti kene gelak punya !!
Tapi yang paling malang lagi..
Bila niat baik aku tu terkantoi !!!
Alamak !! Mampusssss !!
"Kenapa tuang balik ? Tak minum kopi ya ?"
Bila tuan rumah tanya camtu..
Aku pun cover ayu.. Sambil senyum-senyum Cik Kiah.. Aku jawab..
"Hehe.. tak la.. cuma tadi dah minum.. Tu yang ada ruang sikit je ni..
Takpe la saya minum sikit je.."
Arrgghhhh !!! Tensionnya..
Rasa nak bertukar jadi Incredible Hulk je bila kopi tu mencecah tekak aku.. !!
Lepas tu sure mood aku jadi tak menentu..
Kesan dari rasa kopi tu..
Huh ! Begitu sekali bengangnya aku pada kau KOPI !!
Haha..
Sampaikan sebab nak menghilangkan rasa kopi tu..
Aku telan biskut lemak habis sepiring..
Siap tuan rumah refill lagi biskut lemak dia..
Hehe..
Kalau kat umah aku la..
Biskut lemak tu jadi makanan terakhir kalau rumah aku dah memang takde makanan untuk dilahap.. !
Kesian biskut lemak kan ??!!
Tu dulu la..
Sekarang ni aku dah boleh minum sikit-sikit..
Tapi yang jenis macam Cappucino, Mocha, yang jenis campur-campur tu la..
Macam kat San Francisco, Starbucks, Coffee Bean...
Perghhhh !!! Selera nak yang dasat-dasat je !!
Haha...
Yang made in KAMPUNG tak main la..
Ces !!! Apa punya orang kampung..
Nak buat macam mana..
Dah itu je yang termampu ditelan..
Haishhh !!
Susah jadi aku rupanya...
hehe..



-AkU-
Syurga Addin...
06:35 pagi...

Read more…

Thursday, November 25, 2010

~Kawan vs Sahabat~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Berhari-hari mengadap laptop kebelakangan ni..
Buatkan mata aku dah makin rabun..
Entah kenapa baru-baru ni datang idea untuk menyambung manuskrip yang dah berapa tahun terbiar..
Tapi sampai satu tahap otak aku membeku balik..
Huh ! Entah la makhluk apa yang bertakhta dalam otak ni..
Tak mau dia bagi aku ketenangan sikit..
Petang tadi aku cuba menonton perlawanan hoki kat Astro..
Baru beberapa minit, hujan turun dengan jayanya..
Maka Astro pun buat pasal !! (memang tak puas hati)
Aku pun layan fesbuk durjana pulak..
Aku check satu-satu nama dalam friend list aku..
Rasanya boleh dikira berapa orang saja yang aku add..
Yang selebihnya meng add aku..
Hehe.. bukanlah nak berlagak..
Tapi maknanya ada la jugak orang nak kawan dengan aku..
Cuma kadang-kadang ada jugak yang "betul-betul" nak kawan dengan aku..
Bila aku tanya kenapa sungguh-sungguh nak kawan dengan aku..
Macam-macam alasan yang aku dengar..
Ada juga yang kata nak jadi sahabat..
Apa beza kawan dengan sahabat ?
Siapa boleh jawab selain dari beza ejaan dan sebutan ?
Pada aku sama je maknanya..
Apa istimewanya perkataan sahabat sampai dilebihkan dari kawan ?
Tak ada apa pun melainkan macam sopan je bila sebut sahabat..
Dalam Kamus Dewan pun sama je maknanya..
Jadi siapa yang pandai-pandai membezakan maknanya ?
Pendapat aku..
Tak kira la kawan atau sahabat..
Kalau sungguh la mereka ini pendamping terbaik kita selain keluarga..
Mereka akan ada bila kita perlu..
Mereka takkan menyibuk bila kita tak suka..
Mereka jujur dengan kita..
Mereka tak menipu semata-mata nak jaga hati..
Mereka tak main bangsat dengan kita..
Mereka tak buat musuh dengan kita.. (lebih kurang main bangsat la tu!)
Macam-macam lagi..
Tapi ada juga yang mengaku "sahabat"..
Tapi perangai macam orang tak ada adab !
Depan macam agar-agar..
Lembik dan sopan santun..
Tapi belakang dah jadi macam kuih tak cukup bahan..
Baling kat dinding pun tak pecah2 kuih tu..
Haishh !!
Aku tahap pendamping yang macam mana ?
Aku tak pernah mengaku aku terbaik pada kawan-kawan..
Terpulang pada siapa yang pernah kenal aku..
Baik buruk aku orang yang menilai..
Kalau aku suruh cakap pun..
Belum tentu ada yang nak bagitau..
Nak jaga hati kawan la konon..
Jangan macam tu..
Tu bukan pendamping yang bagus..
Tu namanya khianat..
Tentu-tentu bila tak puas hati, kita cerita dengan kawan lain..
Jadinya, kat mana kedudukan kita ??
Haha.. jawab sendiri..


~Jangan main bangsat dengan aku !~

-AkU-
Syurga Addin...
20:00 malam...

Read more…

Wednesday, November 24, 2010

~Imad sakit apa?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Setiap kali aku post status kat FB..
Atau pun upload gambar Imad di FB..
Ramai member-member tanya, Imad sakit apa..
Ok.. aku boleh terangkan secara ringkas..
Apa yang aku faham tentang penyakit Imad..
Ini sikit sebanyak yang Doktor di HKL bagitau aku la..

Muhammad Imad Addin bin Mohamad Azhan..
Lahir pada 02 Mei 2007..
Dilahirkan pada tepat pukul 10 malam..
Di Hospital Kuala Lumpur..
Berat waktu dilahirkan 885 gram..
Sila bayangkan sendiri besar Imad waktu tu..
Tag yang dipakaikan di kaki Imad hanyalah sebesar saiz keliling ibu jari aku yang kurus..
Waktu aku lahirkan Imad, kandungan aku baru mencecah 8 bulan..
Makanya Imad lahir dalam keadaan tak cukup bulan..
Kebiasaannya kata Doktor, bayi pramatang begini banyak mengalami masalah..
Seperti Imad.. Sebaik lahir Imad terus dikejarkan ke NICU untuk diletakkan ke dalam incubator..
Perkembangan sebagai janin yang belum cukup matang ketika itu menyebabkan Imad memerlukan bantuan pernafasan (oksigen) selama lapan hari bagi membolehkan paru-parunya berfungsi..
Selain memerlukan bantuan pernafasan, Imad juga mempunyai rekod pernah mengalami masalah nafas terhenti (apnea) yang memungkinkan bekalan oksigen ke otaknya terganggu..
Apabila masalah ini berlaku, ia boleh menjejaskan fungsi saraf pada otak yang mengawal perkembangan pergerakan..
PEMBENTUKAN otak yang sempurna merupakan titik permulaan yang paling penting dalam perkembangan awal kehidupan manusia..
Ketidaksempurnaan atau sebarang kecederaan yang berlaku pada otak memungkinkan fungsinya terganggu sekali gus menjejaskan lain-lain fungsi tubuh yang berkaitan dengannya..
Kecederaan otak yang dialami sama ada sebelum, semasa atau selepas dilahirkan boleh menyebabkan fungsi saraf yang mengawal pergerakan dan tubuh termasuk kaki dan tangan (postur) seseorang terganggu..
Sewaktu hari kedua aku jumpa Doktor Farah, Doktor Pakar di HKL..
Katanya Imad discan dan didiagnos ~ Hypoplastic Lung, Cardiomegaly dan Dysplastic Kidney..
(nak tahu apa makna tu ?? Rujuk pada kamus perubatan) haha !!
Sekali imbas, jika dilihat dari riak wajah, fizikal mahupun mentalnya, Imad tidak ada bezanya jika dibandingkan dengan anak-anak normal yang lain..
Malah Imad juga memiliki kemahiran bersosial dan mudah mesra dengan sesiapa saja di sekelilingnya..
Bagaimanapun, jika diteliti cara dia berjalan, Imad mengalami kesukaran kerana kedua-dua belah tapak kakinya agak sedikit menjingkit dan tirus ke dalam..
Setelah menjalani pemeriksaan doktor, Imad disahkan menghidap cerebral palsy (CP) iaitu sejenis spastik diplegia yang mengakibatkan kekejangan otot-otot pada kedua-dua belah kakinya..
Cerebral Palsy menyebabkan pergerakan (motor) otot-otot gagal berfungsi secara normal..
Kedua-dua belah kaki Imad menjadi spastik yang menyebabkan keabnormalan ketika berjalan, dia terpaksa menjingkit dan kedua-dua belah tapak kakinya termasuk ke dalam..
Menurut laporan doktor, masalah yang dialami oleh Imad mempunyai kaitan dengan sejarah kelahirannya iaitu kelahiran yang tidak cukup bulan..
Menurut Doktor, CP menyukarkan Imad melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianya seperti berjalan, merangkak atau mengambil sesuatu objek..
Kekejangan otot yang berlaku ini menyebabkan cara Imad berjalan tidak normal seperti menjingkit, otot-otot tangan yang lembik, tidak dapat berdiri dengan seimbang dan sebagainya..
Bagaimanapun, sebahagian besar kanak-kanak spastik ini mempunyai tahap perkembangan mental yang cukup baik..
Bila aku tanya Doktor, katanya punca sebenar CP tidak diketahui, namun ia dikaitkan dengan kecederaan pada otak yang berlaku sama ada dalam proses kehamilan, semasa dan selepas bayi dilahirkan.
"Pakar-pakar perubatan masih dalam proses kajian untuk mencari punca sebenar CP".. Ini jawab Doktor..

PUNCA CP..

Ada 3..

Semasa dalam kandungan..

*Jangkitan kuman seperti rubella, toxoplasmosis, chicken pox, cytomegalovirus (CMV) dan AIDS boleh menjejaskan pembentukan otak janin dalam tempoh empat bulan pertama kehamilan.. (tapi aku disahkan bebas untuk semua ni)..
*Pendedahan kepada bahan-bahan toksik seperti minuman keras, tabiat merokok dan penyalahgunaan dadah. Bahan-bahan kimia yang terkandung dalam kesemua elemen itu boleh merencatkan pertumbuhan organ-organ penting janin seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.. (yang ni mungkin ada sebab ayah Imad merokok !! Jadi pada bakal-bakal ayah.. sila hentikan tabiat merokok untuk kesihatan bakal anak-anak anda)..
*Kekurangan zat pemakanan. Ibu yang kurang mengambil makanan yang seimbang seperti asid folik dan vitamin boleh menjejaskan pertumbuhan janin.. (mungkin juga.. Sebab aku mengalami kemurungan tahap kronik masa mengandung.. Jadi tak berapa titik beratkan pasal makanan)..
*Faktor genetik. Masalah terlebih kromosom Trisomi 13 dan Trisomi 18 boleh mengakibatkan muka, jantung, otak, kaki dan tangan janin mengalami kecacatan.. (yang ni tidak la..)
*Ibu-ibu yang menghidap penyakit-penyakit yang serius seperti diabetes, jantung, buah pinggang, tiroid dan epilepsi..(yang ini juga tidak)..

Semasa kelahiran..
Dengan kecanggihan dan kepakaran dalam bidang obstetrik pada masa kini, risiko untuk bayi mengalami kecederaan pada otak semasa dilahirkan terlalu rendah..
Kriteria yang meningkatkan risiko seseorang bayi mendapat CP semasa dilahirkan ialah:

*Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (premature). Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan mempunyai risiko mendapat CP yang cukup tinggi berbanding bayi yang normal.. (Ya, Imad lahir sewaktu kandungan baru mencapai usia 8 bulan)..
*Bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 2.5 kilogram. Dianggarkan risiko bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 1.5 kilogram mendapat CP ialah antara lima hingga lapan peratus.. (Ya, Imad dilahirkan dengan berat 885 gram.. bayangkan.. kecil lagi dari gula 1 kilo !!)..Malah, bayi-bayi ini juga mempunyai risiko 25 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat CP berbanding bayi yang dilahirkan normal..

Selepas kelahiran...

*Asphyxia. Masalah kesukaran bernafas seperti penyakit asma menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. (ya)
*Shaken Baby Syndrome. Bayi yang digoncang dengan kuat supaya berhenti menangis boleh menggegarkan bahagian otak.. (mungkin.. sebab lepas keluar dari hospital, Imad dijaga oleh pembantu rumah.. Waktu tu Imad menangis 24 jam (sawan tangis).. Aku pernah nampak pembantu rumah tu menggoncang Imad untuk menghentikan tangisan.. waktu tu aku tak tahulah akibatnya)..

Masalah-masalah yang dikaitkan dengan CP..
Dianggarkan lima hingga 60 peratus kanak-kanak yang menghidap CP menghadapi beberapa masalah lain seperti:

*Lewat perkembangan mental (ya)
*Epilepsi (ya) (Imad mula dikesan mengalami Epilepsi sewaktu berusia dua bulan. waktu ni Imad masih dalam incubator.. Sawan kedua menyerang sewaktu Imad hampir satu tahun.. Sehingga ke hari ini, Imad telah diserang sawan beratus kali.. Aku pun dah tak ingat.. Setiap bulan Imad pasti mengalami sawan..)..
*Kerencatan otak (tak)
*Masalah pembelajaran (ya)
*Masalah pertuturan (ya)
*Masalah kepekakan (pernah)
*Masalah penglihatan seperti juling, rabun atau hilang penglihatan (tak)
*Masalah emosi (mungkin)

Rawatan..

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menghidap CP dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan doktor kerana terdapat kaedah yang boleh membantu masalah anak-anak ini.

Kaedah yang digunakan ialah:
- Ubat-ubatan. Ia untuk mengurangkan masalah ketegangan otot-otot dan masalah epilepsi.
Selain itu suntikan ubat Botulinum Toxin pada bahagian otot-otot yang tegang juga dapat membantu mengurangkan keadaan anggota tubuh yang spastik. (Imad masih dalam proses pangambilan ubat secara harian)..
- Pembedahan. Sekiranya rawatan ubat-ubatan gagal, kaedah pembedahan akan dilakukan dengan memotong dan memanjangkan otot-otot yang tegang. (Imad belum lagi sampai tahap ini.. Hampir sebenarnya.. Tapi Doktor masih menimbangkan untuk pembedahan Imad)..
- Proses pemulihan - Rehabilitasi. Proses pemulihan kanak-kanak CP ini merangkumi pakar fisioterapi, juru pulih cara kerja, pakar terapi pertuturan, pakar telinga, pakar mata dan pakar psikologi. (memang setiap bulan akan ada appointment Imad untuk semua ni)..
- Selain itu, ia juga membabitkan guru-guru sekolah khas yang mempunyai latihan dalam pembelajaran kanak-kanak istimewa.( yang ni belum lagi)..
- Penggunaan splint, kasut khas dan alat-alat bantuan orthotic termasuklah corner feat iaitu kerusi khas, standing frame, rollator dan walker juga diperlukan. (so far, Imad hanya dibantu oleh splint)..


Sekian..
Inilah saja yang dapat aku terangkan..
Kalau ada apa-apa yang tak faham, sila rujuk saudara-mara yang tahu berkenaan perubatan..
Haha..

-AkU-
Syurga Addin...
22:00 malam...

Read more…

Monday, November 22, 2010

~Cerita semalam~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

"...Orang yang mencintai aku, menyatakan hasrat ingin memiliki aku, melafazkan ijab dan qabul seterusnya mengangkat darjat aku hingga takhta yang teratas dari seorang wanita, isteri hingga menjadi ibu.. dan orang yang mencintai aku akan memimpin aku menuju ke syurga akhirat..."


InsyaAllah..


Dari semalam aku tak sedap hati..
Jantung bergerak laju seolah aku baru lepas berlari mengelilingi rumah 10 pusingan..
Sampai dari rumah papa lebih kurang pukul 10 malam..
Perut dah main lagu rock kapak..
Entah track mana yang dimainkan, aku pun tak berapa pasti..
Tapi yang penting aku mesti makan..
Dah malam macam ni, memang malas nak masak yang berat-berat..
Aku buka peti sejuk..
Aku ambil 2 keping roti sapu butter dan mayo..
Aku goreng telur mata kerbau..
Aku tabur lada hitam dan sos pelbagai perasa..
Dan aku melangkah masuk ke kamar dengan dulang yang menempatkan roti kapit telur dan sejag air sirap..
Owh.. lupa.. Sebotol susu untuk Imad..
Aku minta tolong Imad tidur sendiri.. sedang aku cuba untuk memenuhi permintaan si perut..
Haha.. kenyang yang menggemukkan..
Uiksss !! Gemuk ??
Tak la.. badan aku maintain je..
Selesai kerja yang satu itu..
Aku pun mula la membuka laptop melayari "laman-laman" biasa yang aku lawati yang terdapat dalam internet..
Macam-macam kisah yang aku baca..
Dari hal sosial anak muda hingga la kepada kerancakan politik tanah air..
Rasanya dah semakin bosan..
Aku singgah pula dari blog ke blog..
Dari kisah lawak blog Giant Polar, kisah sejarah China blog Kembara Bahasa, kisah orang filem blog Tuan Pengerusi, kisah business blog Kirana-Anggun, kisah penentangan MLM blog Aidid Muaddib, kisah semasa blog Sembang Kencang dan macam-macam lagi blog yang sempat aku baca..
Sedar-sedar jam dah merangkak ke pukul 3 pagi..
Mata aku masih membulat !!
Haishhh !! Macam mana nak tidur ni ??
Dah la bilik ni sejuk sampai ke tulang ..
Aku dah bungkus badan aku sampai ke leher dengan comforter..
Sedang aku bercadang-cadang untuk menonton tv..
Ada pulak member yang tegur aku kat YM..
Hehe.. Macam tau-tau je aku online walaupun nama aku invisible..
Maka berbual la pulak..
Dah macam kura-kura rasanya aku ni..
Nampak kepala dan tangan separuh je..
Hehe.. malas punya pasal nak tutup punat aircond yang tak berapa jauh tu..
Tanggunglah sendiri !!
Chatting dengan member sampai tak perasan jam aku dah bertukar subuh..
Masjid pun dah mula bacaan Al-Quran..
Aku pun bangkit gak dari katil..
Masuk bilik air, mandi dan lepas tu solat Subuh..
Layan kejap cerita kat Astro..
Mata aku pun makin kecik.. makin kecik..
Maka tertidur la aku hinggalah aku dikejutkan dengan panggilan telefon adik aku pukul 12:15 tengah hari tadi semata-mata nak bagitau yang dia baru beli kad top up Hot Ticket.. Cess !!
Arghhhh !!! Mengganggu mimpi aku tengah nyanyi dengan Faizal Tahir..
Hahahah !! Tidur sampai tak ingat dunia..
Anyway.. Thank you sis.. !!


"Apa kaitan ayat kat atas tu dengan entry aku yang ni ??"


Owh.. pukul 2 pagi hubby aku call.. hubby aku seminggu outstation ke Penang dan Langkawi.. Belayar.. Haha.. mestilah rindu giler !! Jadi  ayat kat atas tu aku tulis khas untuk hubby aku.. Biarpun aku tau dia tak baca blog aku.. Tapi takpe.. Tak kisah, tak ambil hati pun.. Memang aku tujukan ayat tu pada dia.. Sebab tak ada seorang lelaki yang aku pernah jumpa setaraf dengan dia.. Berani buat apa yang selama ini dia dah buat.. Maka aku harapkan ikatan antara kami berkekalan hingga aku berjumpa kembali dia di syurga nanti..
InsyaAllah.. amin..




Salam 1Malaysia.. err.. urmm.. boleh la..


-AkU-
Syurga Addin...
15:23 petang...

Read more…

Saturday, November 20, 2010

~Tawaran anda~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Jam sudah pun menunjukkan pukul 03:50 pagi..
Tapi mata aku tetap tidak mahu lena..
Fikiran yang menyesakkan memaksa aku terus berjaga..
Hidup ini sentiasa punya masalah..
Ya ! Selagi kita bernafas..
Selagi itu la masalah takkan pergi..
Dan adakala serasa tidak betah untuk terus bergelumang dengan masalah..
Aku tidaklah setabah dan sekuat mana untuk terus bergelut..
Ada ketika tewas juga bila mana semangat hampir melurut jatuh ke kaki..
Namun kesedaran cepat hadir..
Maka aku harus teruskan kelangsungan hidup tanpa perlu berputus asa..
Biarpun sesekali cuba melawan fitrah..

Urmm..
Di pagi yang dingin ini..
Masih lagi kedengaran bunyi rintisan hujan di luar rumah..
Bersama bunyi-bunyi music anak muda yang tidak tahu hormat masa rehat jiran-jiran..
Dalam kegelapan yang hanya diterangi cahaya dari laptop..
Disebuah rumah di tingkat empat dalam sebuah bilik..
Aku cuba mengimbas kembali bicara aku dengan seorang teman..

Aku : Hidup ini satu tawaran dan bukannya pilihan..

Hafiz : Apa yang kau ingin tawarkan ?

Aku : Bukan aku, tapi PENCIPTA..

Hafiz : Kau sebagai manusia, mesti punya sesuatu untuk ditawarkan..

Aku : Untuk kau, persahabatan.. Selagi tidak menyalahi hukum Allah swt..

Hafiz : Apa yang kau mahu tawarkan untuk sebuah kehidupan ?

Aku : Tanggungjawab..
         Kepada Allah sebagai hambaNYA..
         Kepada ibubapa sebagai anak..
         Kepada suami sebagai isteri..
         Kepada anak sebagai ibu..
         Kepada dunia sebagai muslimah..

Dan aku harap jawapan aku cukup memberi kepuasan kepada teman itu.. Cuma belum sempat untuk aku tanyakan pada dia apa tawaran dia untuk sebuah kehidupan..
Maka aku tanyakan disini..
Apa tawaran anda sekalian untuk sebuah kehidupan ?
Jawab la biarpun hanya untuk diri sendiri yang mendengar...


Salam di keheningan..

-AkU-
Syurga Addin...
04:03 pagi...

Read more…

Friday, November 19, 2010

~Apakah itu CINTA ?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Petang Jumaat macam ni..
Aku seperti biasa bersantai bersama anak bujang aku..
Sementara menunggu malam tiba..
Aku dah janji dengan Imad nak bawa ke rumah Atok di Cheras..
Hehehe.. sekarang Imad dah pandai tagih janji..
Kalau tak bawa, satu hari dia boleh tunjuk perasaan..
Derita la jugak melayan kerenah dia..
Tapi itulah satu-satunya anak kesayangan..
Macam biasa aku letak Imad dalam playpen..
Tak nak bagi dia kacau aku tengok tv..
(tak guna juga sebab dia boleh panjat keluar !)
Macam biasa aku layan cerekarama kat tv..
penuh cerita cinta je..
Hmm.. Cinta..

Apa maknanya CINTA ?
Sepanjang aku hidup, aku punya makna yang berbeza tentang cinta..
Cuma sekarang baru aku faham apa itu CINTA..
Tapi mengikut tafsiran dan fahaman aku la..

"...Kisah cinta antara aku dan dia..."

Cinta budak kecik..

Cinta muncul dalam hidup aku sejak aku berumur 5 tahun..
Hahaha.. memang kecik lagi..
Tapi aku dah mula rasa apa itu cinta..
Di waktu itu perkiraan aku, cinta adalah apabila kita suka melihat seseorang itu..
Tak kira apa keadaan pun..
Dan seingat aku..
Disebabkan cinta itu la, sampai aku sanggup berjalan memandang kebelakang..
Semata-mata untuk memerhati dari jauh sidia..
Tau-tau je, aku dah terjerumus ke dalam longkang..
Hehehe.. Berbulan luka kat lutut aku nak sembuh hanya kerana penangan cinta "budak kecik" !!
Dan parut luka cinta itu masih ada hingga ke hari ini..

Cinta kanak-kanak...

Cinta itu pudar setelah aku melangkah ke sekolah..
Darjah 6 aku mula mengenali cinta kanak-kanak..
Diwaktu itu cinta bagi aku bila seseorang melayan aku dengan baik..
Sentiasa memihak kepada aku bila kami bermain..
Haha.. saat romantik yang aku ingat bila dia bawak aku naik basikal..
Memang tak jauh, hanya sekadar 20 meter..
Tapi bagi aku.. Itu sudah cukup menyatakan hasrat hati..
Cinta itu juga tak bertahan lama.. Setelah aku berpindah rumah..
Dan sidia pergi mengadap Ilahi dalam usia yang cukup muda..
Semoga aman dia "disana"..

Cinta remaja...

Setelah itu aku melangkah ke alam remaja..
Di sekolah menengah aku mula mengenal cinta remaja di awal usia 14 tahun..
Di waktu itu cinta pada pandangan aku..
Sekadar sidia "menjemput" aku untuk menjadi temannya..
Dan persetujuan aku bukanlah kerana rasa hati yang sungguh-sungguh..
Tapi lebih kepada tradisi remaja ketika itu..
Ramai kawan-kawan yang mempunyai kekasih hati..
Makanya aku juga tak nak ketinggalan..
Cinta kami sekadar ucapan saja..
Dua tahun menyulam cinta dengan dia..
Tiada istilah "dating" atau pun berdua-dua an..
Perbezaan aku dan dia sangat ketara..
Dari segi pelajaran mahupun keluarga..
Maka cinta itu tidak bertahan..
Bila mana dia "tiada lagi" di sekolah..
Waktu ini sidia telah berjaya menjadi artis terkenal..
Semoga dia sentiasa sukses didalam kehidupannya..

Cinta dewasa...

Diwaktu ini cinta pada pandangan aku..
Seseorang yang aku suka dan dia juga menyatakan suka pada aku..
Aku mengenali cinta ini sewaktu aku berusia 19 tahun..
Tiada apa yang lebih kuharapkan..
Sekadar mendengar suaranya di talian setiap pagi..
Ataupun mendengar nyanyiannya di waktu malam..
Pertemuan kami berdua juga tidak pernah berlangsung berdua..
Pastinya ditemani teman kami yang seorang..
Mengenalinya dari sekolah menengah membuatkan aku yakin ini la cinta yang aku cari selama ini..
Namun, bukan semua yang aku rancangkan akan menjadi nyata..
Sidia mengkhianati cinta aku dan berpaling kepada gadis lain..
Maka terputuslah cinta itu disitu..
Persahabatan kami juga terlerai bila dia nekad melupakan kami..
Teman yang lebih lama dikenali berbanding isteri yang baru dinikahi..
Namun ternyata cinta itu tak pernah mengikat aku untuk terus bersedih..
Dia kulepaskan saat ijab dan qabul antara mereka terlafaz..
Kini dia berbahagia bersama isteri dan 3 orang cahaya mata yang comel..

Cinta ke Syurga...

Saat ini aku mula faham makna sebenar cinta..
Dan cinta ini lah yang aku semai dalam hati..
Aku serahkan segala-galanya atas nama cinta..
Tiada cinta seindah cinta sidia..
Tatkala dia melamarku untuk bersatu disinggahsana rumahtangga..
Inilah cinta setelah dia mengangkat martabatku sebagai seorang isteri..
Ini juga cinta apabila dia menyempurnakan hidup aku sebagai seorang ibu..
Dan inilah yang kunamakan cinta bila dia bersungguh-sungguh memimpin tanganku untuk sama-sama ke syurga Allah..
Cinta inilah yang cuba kupertahankan hingga hujung nyawa..
InsyaAllah...
Cinta buat suamiku ~Mohamad Azhan bin Mohamed Adnan..
Cinta buat anakku ~ Muhammad Imad Addin bin Mohamad Azhan..
Cinta mereka inilah yang lebih membahagiakan aku dari cinta-cinta yang pernah singgah dalam hidup aku..

Kini..
Pusara-pusara cinta yang pernah wujud dalam hidup aku makin sepi..
Biarpun sesekali aku singgah bertandang..
Tiada apa yang kulihat..
Sekadar pengalaman hidup seorang aku..
Menjadi cebis-cebis kenangan untuk sesekali aku lewati...

Moga kalian juga berjumpa cinta.. sesuci cinta yang telah aku perolehi...


Salam kasih buat anda yang sudi membaca...

-AkU-
Syurga Addin...
14:42 petang...

Read more…

Wednesday, November 17, 2010

~Cukup disini~

Aku punya hak untuk bahagia..
Aku juga punya hak untuk gembira..
Jangan kau cuba menidakkan hak itu..
Kerana kau bukan siapa-siapa..
Kau sendiri punya prinsip diri..
Begitu juga aku..
Jangan kau rendahkan aku hanya kerana darjat kau..
Tak ada bezanya kau dan aku..
Tingginya darjat kau belum tentu mampu menempatkan kau di syurga..
Usah kau hina darjat aku..
Kerna di mata PENCIPTA..
Tiada beza antara kita..
Hanya Iman dan Taqwa yang memisahkan..
Maafkan aku andai kau terasa..
Bukan niat aku untuk mengata..
Tapi aku juga punya hati dan jiwa..
Sama juga seperti kau di sana..
Muhasabah diri kau..
Mohon keampunan Allah..
Kerana aku sudah tidak betah untuk memaafkan..
Hati ini kau luka lagi..

~Salam Aidil Adha untuk kau~


-AkU-
Syurga Addin...
18:35 petang...

Read more…

Tuesday, November 16, 2010

~Syurga Cinta~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Saya bermula dengan kata-kata ini..

"...Allah swt ciptakan Hawa kerana Betapa Sayangnya DIA kepada Adam dan mengurniakan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB buat "Adam" memelihara serta mendidik "Hawa" yakni isteri-isteri mereka sebaiknya kerana "Hawa" terlahir dari salah satu tulang rusuk "Adam". Andai rosak "Hawa", maka cacatlah "Adam" selamanya. Didik "Hawa" agar boleh menarik "Adam" ke syurga dan jangan biarkan "Hawa" menarik "Adam" ke neraka kerana jumlah "Hawa" di neraka terlalu ramai nanti. Semoga jumlah "Hawa" itu tidak termasuk isteri-isteri kita. Namun, jika "Hawa" itu sendiri tidak kenal erti keimanan, aurat tidak dipelihara, kata-kata tidak dijaga.. menabur fitnah, mengumpat, menghina serta mengeji... apakan daya "Adam" jika terpaksa biarkan "Hawa" ke neraka sendiri... wallahualam..."

Kata-kata ini saya pinjam dari seorang teman di ruangan Facebook..
Terima kasih kerana mengizinkan saya berkongsi kata-kata ini di blog saya..

Permulaan itu saya tuliskan kerana ingin berbicara tentang kisah-kisah kehidupan kita yang telah berumahtangga dan juga anda yang dalam perjalanan menuju ke arah itu..
Doa saya moga setiap yang membaca ini akan menyedari kekurangan dan kelemahan kita serta berusaha untuk memperbaiki apa yang kita rasakan perlu dalam kehidupan kita..
Saya juga masih lagi dalam pembelajaran untuk menikmati hidup rumahtangga yang aman dan damai..
Benar, laut mana yang tidak dilambung ombak dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan..
Begitu juga saya dan suami, tak dapat lari dari masalah yang melanda..
Tapi seharusnya semakin usia pernikahan kita meningkat, semakin kita matang dan semakin bijak untuk menangani segala permasalahan..
Jangan terlalu mengikutkan hati dan nafsu yang bermaharajalela..

Pendapat peribadi saya..

Rumahtangga umpama sebuah rumah yang sempurna dan kukuh binaannya serta cantik hiasannya andai kita faham tanggungjawab dan peranan sebagai seorang Suami dan seorang Isteri..

Permulaannya sebidang tanah yang luas iaitu restu dari kedua ibu dan ayah.. Jangan sesekali abaikan restu ibu dan ayah kerana merekalah syurga kita sebelum dan sesudah kita bergelar Suami dan Isteri..

Setelah itu kita pacakkan tiang untuk membina sebuah rumah dimana ijab dan qabul yang terlafaz bersaksi kedua belah pihak.. Lafaz dan niat yang ikhlas dan lahir dari hati suci kita untuk memenuhi tuntutan agama, hanya kerana untuk menghalalkan yang haram..

Kemudian kita tambahkan batu bata dan kayu menjadi dinding dan bumbung sebagaimana permulaan perkongsian kehidupan kita sebagai suami dan isteri.. Saling mengenali antara satu sama lain.. Memahami kekurangan dan kelebihan antara pasangan..

Pastikan susunan batu bata dan kayu itu mengikut turutan yang sepatutnya agar kesempurnaan rumah itu tidak cacat pada pandangan orang lain, seperti kita sebagai isteri menjaga maruah suami agar tidak terlihat aib dan kekurangan suami dan juga sebagai suami menjaga kemuliaan seorang isteri agar tidak terkesan kelemahan dan kekhilafan seorang isteri.. Usah tega bercerita dan membuka keaiban rumahtangga serta pasangan pada penglihatan dan pendengaran di luar, kerana itu adalah umpama kita leraikan satu persatu batu bata yang menjadi dinding rumah kita bagi memperlihatkan kedudukan dalaman rumah kita yang berserakan..

Sesudah itu kita penuhkan rumah itu dengan hiasan dan perabot yang cantik sepertimana kita saling hormat menghormati, kasih mengasihi, saling mempercayai, bertolak ansur dan sebagainya serta menjalankan tanggungjawab kita sebagai suami dan isteri.. Jadilah seorang yang sentiasa sudi menjadi pendengar setia dan memahami masalah dan kesusahan serta penderitaan pasangan kita. Jangan bina tembok ego andai ada perbalahan yang berlaku. Belajarlah mengungkapkan kata maaf, biarpun sememangnya amat berat untuk menuturkan kata itu. Senantiasa bersedia untuk hidup dalam kerukunan jika Allah menguji kita dalam keadaan senang mahupun susah. Jangan hanya setia bersama bila dalam keadaan senang, tapi terus punah cinta yang terlafaz bila sahaja Allah duga dengan kesusahan. Andaikata kita terus mengikut amarah serta nafsu yang membara, ia sama seperti kita buang satu demi satu hiasan rumah kita sehinggalah tiada satu pun yang tertinggal. Maka jadilah ruang rumah kita kosong tanpa keindahan dan kecantikan yang pernah kita ukirkan bersama..

Sehinggalah kita hiaskan pula luaran rumah itu dengan bunga-bunga dan pokok-pokok yang rimbun dan redup bermaksud kita lahirkan anak-anak yang bakal menghiasi kehidupan kita suami dan isteri, mengasuh dan mendidik mereka agar menjadi anak yang soleh dan solehah.. Ajarlah mereka sedari awal untuk menghormati kita sebagai ibu dan ayah, supaya besarnya mereka nanti lebih membahagiakan kita dengan sikap dan tingkah laku mengikut ajaran Islam yang sesungguhnya. Jangan rosakkan mereka dengan kemanjaan dan kebendaan, kerana itu hanya akan menghancurkan diri dan masa depan mereka. Bimbing mereka menjadi anak yang mampu mendoakan ibu dan ayah mereka setelah Allah memanggil kita kembali mengadapNYA. Ingatlah bahawa doa anak-anak yang soleh antara yang akan kita bawa setelah Izrail datang menjemput..

Setiap saat dan ketika kita berdoa dan memohon pada Ilahi moga rumah yang kita bina sekian lama itu akan tetap kukuh bertahan hingga ke hujung usia, dan bakal terbina pula di Syurga Akhirat..
InsyaAllah, andai itu yang kita lakukan.. Syurga Cinta itu tetap kukuh biarpun dilanda badai dan terbina bertahun lamanya..

Benar tanggungjawab seorang Suami adalah untuk mendidik dan menjaga seorang Isteri agar mengikut landasan dan jalan yang telah ditetapkan Allah swt..
Namun seorang Isteri juga harus sedar dan faham apa makna ISTERI itu sendiri serta tuntutan agama terhadap seorang isteri..
Seorang suami pastinya mengidamkan seorang isteri yang memiliki ciri-ciri wanita solehah dan mithali..
Namun takkan semua mampu peroleh wanita sedemikian..
Sepertimana seorang Isteri yang menginginkan seorang Suami yang soleh dan bercirikan seorang khalifah..
Mustahil untuk semua wanita mendapatkannya..


Buat suami-suami..
Isteri bukanlah hakmilik.. Ia anugerah dan amanah Allah.. Bukan dari kepala untuk dijunjung kehendaknya.. Bukan juga di kaki untuk diinjak semahunya.. Dijadikan dari tulang rusuk ADAM.. Dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dibelai.. Dekat dengan hati untuk dikasihi, disayangi dan dicintai.. Cintailah isteri-isteri anda ya Suami..


Buat isteri-isteri..
Suami bukanlah hak milik.. Ia anugerah dan amanah Allah.. Bukan untuk diherdik tengking.. Bukan juga untuk dijunjung walau terkhilaf ajarannya.. Tetapi untuk dikasihi, disayangi dan dicintai.. Taatilah mereka wahai isteri.. Kerana itu Syurga Akhirat kita.. Cintailah suami anda ya Isteri..

Berdoalah kita agar dikurniakan SUAMI dan ISTERI yang mampu memimpin kita ke SYURGA dan bukannya mengheret tangan kita terus ke NERAKA..

InsyaAllah.. Amin...


Salam penuh kasih sayang..

-AkU-
Syurga Addin...
01:00 pagi...

Read more…