Friday, December 31, 2010

~Melayu dan Tahun Baru~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Bertemu lagi kita di penghulu segala hari.. Hari Jumaat..
Jumaat terakhir sebelum kita memasuki tahun yang baru - 2011..
Di Fesbuk dan Twitter sedang berperang ucapan tahun baru..
Masing-masing dengan gaya tersendiri..
Kadang-kadang apa yang ditulis tak menggambarkan apa yang sepatutnya..
Ada juga yang sibuk berkongsi apa sambutan yang bakal diadakan..
Perlukah disambut ?? Ini persoalannya..
Bukanlah nak kata diri aku ni baik dan sempurna..
Aku juga pernah mencuba menyambut Tahun Baru..
Tapi tak ingat tahun bila..
Sekadar mencuba apa keseronokan sambutan Tahun Baru ni..
Dan apa yang aku dapat ??
Diraba (walaupun sikit), pening kepala (sebab sesak), sakit kaki (sebab berjalan), penat (tak dapat apa-apa), habis duit (beli makan, minum dan tambang pergi balik)..
Jadi apa yang dapat aku simpulkan kat sini..
Sambutan Tahun Baru tak memberi keuntungan pada aku..
Masa aku bekerja dulu..
Syarikat aku memang terkenal dengan Sambutan Tahun Baru ni..
Tak perlulah aku ceritakan kat mana aku bekerja..
Memang setiap tahun nama dia naik sebagai penganjur..
Cuma mungkin tahun 2004 tak ada sambutan..
Kerana peristiwa Tsunami dulu..
Persoalannya ialah..
Apa yang kita dapat setelah habis sambutan ??
Ok.. Apa yang aku dapat simpulkan..
Habis je Sambutan Tahun Baru..
Sampah memang bersepah di merata-rata tempat.. Ini memang tabiat rakyat Malaysia.. Buang sampah merata-rata biarpun tong sampah duduk kat tepi kaki je..
Hotel dari yang lima bintang sampailah yang tak berapa nak ada bintang pun penuh..
Rumah tumpangan jangan ceritalah.. Memang bersepah-sepah orang nak sewa.. Bukan lama mana pun.. Paling kuat pun semalam..
Berita muka depan akhbar-akhbar keesokannya pasti ada gambar-gambar tentang sambutan Tahun Baru..
Dan mesti jugak ada cerita tentang azam Tahun Baru.. Azam yang saja-saja direka cipta pun ada jugak.. Saja je nak mengikut tradisi.. 
Tak kurang juga berita tentang kejadian lumba haram.. Tak kiralah lumba motor atau kereta.. Pernah jugak aku dengar budak-budak buat lumba basikal waktu sambutan tahun baru.. Hehe.. Tapi tu masa kat kampung la..
Satu lagi berita yang wajib ada selepas sambutan Tahun Baru ialah..
Tentang penangkapan pasangan-pasangan yang kononnya nak jadikan sambutan Tahun Baru sebagai pertemuan cinta abadi mereka.. Hahaha !! Cinta la sangat !!
Inilah perihal masyarakat kita sekarang ni..
Inilah Melayu yang dididik selama berzaman..
Yang menghairankan aku..
Berita-berita begini lebih kepada anak-anak Melayu kita..
Orang Melayu yang lebih ramai menyambut Tahun Baru..
Orang Melayu yang lebih ramai masuk keluar lokap..
Orang Melayu yang lebih ramai check in rumah tumpangan..
Orang Melayu yang lebih ramai lumba haram..
Orang Melayu yang lebih ramai masuk berita kes macam-macam..
Banggakah kita jadi Orang Melayu yang sebegini ??
Mungkin ada yang bangga kerana kita dah setaraf dengan orang barat.. Kemajuan kita dah setara mereka.. Bukan kemajuan dari segi negara, tapi dari segi sikap dan perilaku..
Setiap tahun cerita-cerita begini berulang..
Apa, tak sedarkah kita semua ?? Tak cukup lagi ke apa yang dah berlaku ??
Bila orang buruk-burukkan Orang Melayu, kita tahu melenting tak puas hati..
Tapi kenapa kita sendiri tega melihat kemusnahan dan kehancuran Orang Melayu ??
Kita sendiri yang menghancurkan bangsa kita..
Kalau kaum lain boleh bersatu padu memakmurkan dan memajukan bangsa mereka..
Kenapa kita tak boleh ?? Kita adalah bangsa majoriti..
Susah sangatkah untuk berubah ? Cerminlah diri kita.. Bukan hebat sangat pun untuk jadi tajuk utama setiap akhbar dan berita..
Cukup-cukuplah apa yang telah terjadi..
Sudah sampai masanya Bangsa Melayu bangkit dari mimpi-mimpi yang melalaikan..

~Aku menulis dalam keadaan kewarasan yang sangat normal~

"Kita kena ingat, jadi anak Melayu jangan sombong dan bangga diri. Kita kaum Melayu harus jadi tuan dibumi sendiri tapi jangan sampai menongkat langit. Semua bangsa sama saja didunia ini. Allah Maha Melihat, kita tetap hambaNYA walau sekaya manapun diri kita. Jangan kerana status bumiputera dan hak keistimewaan tu kita jadi bangsa yang mengemis ditanah air sendiri. Jangan sampai kedaulatan kita menjadi dagangan... L.A.M"

p/s :- Aku bukan anti hiburan atau sambutan.. Tapi benda-benda ni semua tak memberi keuntungan.. Berapa banyak yang dihabiskan hanya untuk satu sambutan yang membawa kepada bermacam-macam masalah dan salah laku ? Benda-benda macam ni tak perlu nak tegur setiap tahun.. Masing-masing dah ada otak untuk berfikir.. Gunakanlah sebaiknya.. Tak ada salahnya kalau menganjurkan solat hajat dan zikir di masjid-masjid untuk dihadiri orang ramai.. Lebih berkat duit yang dibelanjakan begitu.. Kadang kala kelainan ini la yang akan membawa kepada perubahan yang baik..


Salam perjuangan..

-AkU-
Syurga Addin...
12:03 tengah hari...

Read more…

Monday, December 27, 2010

~Anak Krismas ??!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni 26 December 2010..
Genap 6 tahun peristiwa tsunami yang melanda Acheh dan menggemparkan dunia..
Bukan sedikit nyawa yang terkorban..
Setiap hari berita yang keluar di media cetak mahupun media elektronik memaparkan berita yang sama..
Macam-macam spekulasi yang keluar..
Dan aku rasa tak perlu aku ulas lebih lanjut tentang peristiwa itu..
Cukuplah kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa yang menyayat hati dan menyedarkan itu..
Urmm.. Apa yang aku nak cerita hari ini bukan berkenaan peristiwa tsunami itu..
Tapi tentang Krismas..
Maaf.. aku bukan bersikap perkauman atau pun apa..
Tapi cuma aku sangat tak puas hati pada orang yang tak sensitif terhadap agama Islam..
Malam tadi aku dan suami menonton Buletin Utama di TV3..
Tengah syok menonton lepas satu berita ke satu berita..
Berita bertukar ke sambutan hari Krismas..
Cerita pulak tentang bayi-bayi yang dilahirkan waktu Krismas..
Wartawan sibuk menemuramah ibu-ibu yang bersalin waktu Krismas..
Aku tak akan kisah jika yang disoal itu orang yang bukan Islam..
Tapi bila ditanya kepada orang Islam soalan yang tak sepatutnya..
Aku rasa wartawan tu memang tak menghormati agama Islam..
Kalau tak, dia tak akan tanya pada yang beragama Islam apa perasaan mereka melahirkan anak masa Hari Krismas..
Dan ada pulak seorang perempuan Melayu kata.. Tak sangka akan bersalin pada hari Krismas..
Kenapa ? Macam bangga je anak keluar Hari Krismas..
Nasib baik la HKL tak sediakan baju baby macam baju santa claus..
Hehe.. kalau tak meriah je HKL dengan santa kecik..
Takkan la benda-benda macam ni pun nak kena tegur..
Kena pakai logik akal la..
Wartawan yang buat kerja tu bukannya tak pergi sekolah..
Semua tu lulusan U kan..
Jangan la buat kerja sambil lewa je..
Bukan la kata aku nak besar-besarkan perkara ni..
Tapi benda-benda kecik macam ni la yang kita kena tegur..
Bagi diorang fikir sikit..
Jangan nak ambik mudah je buat berita..
Banyak lagi berita yang boleh dicari..
Cerita-cerita macam ni tak perlu buat skop sebenarnya..
Tak masuk senarai pun..
TV3 bukan syarikat yang baru nak naik..
Tak ada berita hebat-hebat untuk dipaparkan..
Jangan la lagi buat kerja macam ni..

*hubby aku dah bising bila cerita ni tak keluar blog lagi.. hehe..


-AkU-
Syurga Addin...
00:43 malam...

Read more…

Friday, December 24, 2010

~Mengapa Blog ??~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sekarang ni, ramai orang dah pandai tulis blog..
Macam-macam jenis blog yang boleh kita jumpa..
Dan macam-macam jenis blog yang aku dah baca..
Dari blog business, blog politik, blog kisah kehidupan, blog artis dan lain-lain lagi..
Dari budak kecik hingga la orang tua..
Ramai yang dah ada blog..
Kenapa tulis blog ??
Nak tulis blog..
Kita tak perlu pandai dan kreatif..
Tulis blog biasa lebih kurang macam tulis diari je..
Cuma apa yang ada dalam diari, tak semuanya kita boleh tulis dalam blog..
Takkan yang personal pun nak cerita dalam blog..
Tulis yang orang lain patut tahu je la kan..
Urmm.. Kenapa aku tulis blog ? Jawapan aku..
Aku menulis kerana aku memang suka menulis..
Tak kira apa sahaja yang berkaitan dengan penulisan..
Tapi kenapa blog ??
Sesiapa pun boleh baca blog aku tanpa perlu dipaksa untuk jadi follower..
Urmm.. aku ingin kongsikan kisah-kisah dalam kehidupan aku..
Walaupun bukan keseluruhan.. Itu semestinya..
Namun kisah yang disampaikan sekurang-kurangnya ada sedikit pengetahuan dan pengalaman hidup yang mungkin boleh diambil pengajaran biarpun tidak banyak..
Aku tak mengharap untuk orang diluar sana membaca blog aku..
Tapi jika ada yang membaca..
Aku ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah ke dunia aku ini..
Benar.. Kisah didalam ini tidak menarik untuk dibaca..
Tapi ini la realiti..
Aku menulis apa yang berlaku..
Bukan mencipta cerita hanya untuk mempopularkan blog aku..
Tak perlu begitu..
Aku bukan inginkan perhatian..
Cuma cuba menterjemahkan sedikit rahsia hati buat tatapan orang lain..
Kadang-kadang ada sesuatu yang tak mampu aku perkatakan secara lisan..
Maka aku gunakan kuasa tulisan untuk berbicara..
Begini lebih mudah dan selesa buat aku..
Aku tak mudah untuk bercerita secara berdepan..
Tetapi kekuatan aku adalah melalui tulisan..
Dalam tawa ada tangis.. Dalam sedih ada gembira.. Dalam marah ada suka.. Dalam benci ada kemaafan..
Semua itu aku muatkan dalam blog ini..
Biarpun tak mampu meredakan semua rasa sekaligus..
Tetapi sekurang-kurangnya mampu memberi sedikit ruang untuk aku bernafas dari perasaan yang membelenggu diri..
Maaf jika kisah-kisah aku tidak indah untuk dibaca..
Aku cuba berlaku jujur dan mengasihani diri sendiri..
Apabila tiada tempat untuk aku bercerita..
Maka disini lebih sudi menerima..
Mengapa tidak aku pergunakan peluang ini sebaiknya..
Tanpa perlu mencemarnya dengan kisah-kisah yang lebih peribadi..
Justeru ini la aku..
Aku yang boleh dikenali dan "dibaca" melalui tulisan..
Biarpun tidak sepenuhnya..
Tetapi beginilah yang orang perlu tahu..


-AkU-
Syurga Addin...
01:17 pagi...

Read more…

Wednesday, December 22, 2010

~Indahkah mimpi?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Masa aku kecil-kecil dulu..
Nenek aku banyak ajar aku petua orang dulu-dulu..
Ada yang boleh diikut..
Dan ada juga yang agak tak masuk akal..
Cuma mungkin fahaman orang dulu-dulu yang tak boleh nak dipraktikkan masa kini..
Tapi ada juga beberapa petua yang aku masih ikut sampai sekarang..
Aku nak bercerita tentang satu petua yang nenek aku sempat ajar sebelum dia meninggal dunia..
Masa tu nenek tengah sakit..
Biasa la waktu tu nenek aku dah tua, so macam-macam la penyakit yang ada..
Aku antara cucu yang paling rapat dengan nenek..
Sehinggakan waktu "terakhir" nenek didunia ini pun..
Aku disebelahnya..
Moga roh nenek dicucuri rahmat dan mendapat tempat disisi Allah swt.. Amin..
Ok.. Petuanya ialah untuk bermmimpi orang yang kita nak jumpa tapi tak dapat jumpa..
Tak kira la siapa pun..
Tapi biasanya orang yang kita nak mimpi tu ada kaitan dengan perasaan la..
Macam kawan ke.. Kekasih ke.. lebih kurang macam tu la..
So, petuanya..
Sebelum kita nak tidur.. Cari masa yang kita betul-betul mengantuk..
Baca Bismillahirrahmanirrahim tiga kali..
Lepas tu seru nama orang yang kita nak mimpi tu tiga kali..
Seru sambil tepuk bantal tidur tu tiga kali..
Tapi kita tak boleh control la nak mimpi macam mana..
Kena terima macam mana pun mimpi tu datang..
Baik atau buruk..
Aku pernah buat waktu dulu..
Memang jadi..
Tapi sekarang ni tak pernah lagi aku buat..
Nak mimpi siapa lagi ??
Hahaha..

Sebab tanpa perlu amalkan petua macam tu pun aku boleh mimpi..
Cuma mimpi aku akan datang dengan orang tu..
Bila aku rasa sangat sedih, marah atau terasa hati..
Maka orang tu akan muncul dalam mimpi aku..
Cuma dalam mimpi semuanya jadi indah belaka..
Tapi bila buka je mata..
Realiti tak seindah mimpi..

Tapi orang kata mimpi tu mainan tidur..
Entah la.. Aku pun tak tau nak cakap apa..
Sebab aku pernah suka dan menangis dalam mimpi..
Dan terbawa-bawa bila terjaga..
Kadang-kadang apa yang aku mimpi tu pernah terjadi dialam realiti..
Kuasa Allah swt..
Tiada siapa pun tahu apa hikmah disebaliknya..
Cuma rasanya dalam hidup aku..
Boleh dikira berapa kali aku mimpi kene kejar hantu..
Hahaha..
Tapi nasib baik tak mengigau..
Kalau tak, niaya orang yang tidur kat sebelah.. !!
hahaha..
Maka aku kategorikan mimpi itu sesungguhnya mainan tidur..
Cuma jangan cuba-cuba jadikan mimpi yang merepek itu satu kenyataan..
Urmm...


-AkU-
Syurga Addin...
23:00 malam...

Read more…

Monday, December 20, 2010

~Airmata seorang LELAKI~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Lelaki,
Terbina atas keizinan dan kehendak Pencipta,
Lahiriah yang tiada kemesraan,
Namun nurani yang penuh kehalusan,
Jiwa sarat kerinduan terpendam,
Emosi yang kadang-kala tidak ketentuan,
Namun itu yang telah ditakdirkan,
Lantas terima segala keadaan,
Diri tak pernah punya kesempurnaan,

Andai diberi pilihan…………………
Antara kau dan aku,

Antara suka dan sayang,
Ku pilih suka,
Kerana suka timbulnya kasih,
Antara kasih dan cemburu,
Ku pilih cemburu,
Kerana disitu letaknya rindu,
Antara rindu dan juga dendam,
Kupilih dendam,
Kerana dendam wujudnya cinta,
Antara cinta dan benci,
Kupilih benci,
Kerana…… benci 
Aku dan kau bertemu……. Bersatu…

Antara sahabat dan kekasih,
Kupilih sahabat,
Kerana disitu punya keikhlasan dan kejujuran…
Yang pastinya tiada tandingan…

Disudut hatimu,
Kutanamkan setia,
Setia pada niatmu teman,
Ku bajakan luhur,
Seluhur budimu padaku,
Kusiramkan percaya,
Kepercayaan pada sucinya perasaanmu,
Dan kubina tembok yakin,
Keyakinan akan segala usaha,
Menceriakan lagi suasana antara kita.

Lelaki,
Disudut hati ini kuukir namamu,
Antara teman yang pernah menghuni takhta jiwa,
Segala memori yang pernah kita ukirkan bersama,
Kusimpan kemas di lipatan kenangan.

-shahputra-

22 August 2005
19:05 p.m.



Puisi diatas aku ukirkan sewaktu berusia 15 tahun..
Sudah lama..
Namun masih kusimpan..
Bercerita mengenai lelaki..
Beratkah airmata buat seorang lelaki ?
Aku pernah saksikan luruhnya airmata lelaki hanya kerana cinta..
Bukan hanya seorang..
Berbaloikah menangis kerana itu ?
Aku tiada jawapan..
Berkemungkinan mereka yang menangis kerana cinta adalah seorang lelaki yang jujur dan ikhlas terhadap cintanya..
Namun siapa yang tahu..
Wajah yang sendu belum tentu menggambarkan hati di dalam jua turut berlagu sayu..
Acap kali keduanya tidak berjalan seiring..
Maka dimana nilai setitis air mata ?
Maaf LELAKI..
Aku bukan ingin mempersendakan kalian..
Cuma sekadar berkongsi kisah..
Biarpun hati aku tidaklah selembut mana..
Namun hanya kerana airmata..
Hati yang keras terus menjadi lemah selemahnya..
Dan pastinya segala situasi bertukar wajah..
Ternyata aku kalah dengan airmata lelaki..
Cuma satu pesanan aku..
Jangan terlalu murah airmata itu..
Belum tentu cinta yang ditangisi menjadi milik anda..
Hargailah airmata itu untuk sesuatu yang lebih berharga..
Semoga kebahagiaan dan kasih sayang menjadi milik anda..
InsyaAllah...




-AkU-
Syurga Addin...
23:47 malam...

Read more…

Friday, December 17, 2010

~Aku yang tewas~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Malam gelap tanpa bulan dan bintang..
Hanya berteman suara rintik-rintik hujan yang membasahi bumi dari petang..
Sesekali terlihat kenderaan yang melintas diruang jalan..
Aku hanya tegak berdiri ditepi jendela merenung tanpa tujuan..
Beberapa kali mengeluh sendirian..
Bayu dingin yang menyapa kubiarkan selesa mengusap wajah..
Dan damai hati ini berkocak lagi..
Mengapa manusia sering tewas kepada perasaan ?
Soalan ini kerap kuajukan buat diri sendiri..
Kerana aku juga seringkali tewas..
Sentiasa gagal dalam mempertahankan perasaan sendiri..
Hampir setiap ketika perasaan aku berubah..
Aku tak mampu nak kecewa biarpun hati telah luka berdarah..
Aku tak mampu nak marah biarpun maruah dan harga diri dipersendakan..
Aku tak mampu nak sedih biarpun jiwa merintih pilu..
Aku tak mampu nak benci biarpun kejahatan melingkari hidup..
Aku tak mampu nak suka biarpun kebaikan mengelilingi diri..
Aku tak mampu gembira biarpun bunga-bunga bahagia sedang mekar berkembang..
Aku tak mampu nak sayang biarpun hati menerima..
Aku tak mampu nak rasa apa-apa lagi...
Aku hampir tiada perasaan..
Dan untuk kesekian kalinya aku merintih diatas sejadah..
Memohon moga dikembalikan diri aku yang dulu..
Aku yang senantiasa mampu mempertahankan diri sendiri..
Aku yang tak mudah tewas dengan keadaan..
Aku yang sering tabah meniti dugaan hidup..
Aku yang sukar mengalah pada nasib..
Aku yang setiap ketika tetap bersemangat menempuh cabaran..
Namun Allah lebih tahu apa yang terbaik buat aku..
Maka aku biarkan titik-titik mutiara ini menyentuh lembut sejadah..
Mengadu padaNYA..
Bercerita padaNYA..
Mengaku padaNYA..
Segala-galanya kuluahkan..
Moga tenang jiwa yang sekian lama terbeban..
Berilah aku ketenangan..kedamaian..ketabahan..
Agar langkah aku semakin yakin dan nyata..

~Mampukah kamu mengerti ?~


-AkU-
Syurga Addin...
20:37 malam...

Read more…

~Mood aku hari ni~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sekejap je dah hari Jumaat..
Macam tak rasa je hari-hari yang lain..
Tau-tau je dah nak hujung minggu..
Tapi tak ada apa la yang nak diseronokkan..
Lain la time aku kerja dulu..
Boleh la hoorey sakan bila tiba hari Jumaat..
Semalam memang mata aku mengantuk awal..
Sempat tido setengah jam then bangun..
Layan member datang umah kejap..
Lepas tu aku tidur balik..
Aku sedar je dah dekat pukul 6.30 pagi..
Aku dengar suara Imad tengah main bola yang banyak dalam bakul..
Apa kejadahnya Imad main-main waktu Subuh macam ni ?
Aku pun buka lampu..
Owhh.. Patut la, pampers Imad dah basah..
Lepas buat apa yang patut, aku sambung tidur sambil Imad aku baringkan kat sebelah..
Aku sedar balik pukul 8.45 pagi..
Member sms pepagi buta..
Baru aku ingat ada appointment pukul 11 pagi..
Dan setelah habis sesi berbalas sms dengan Padil..
Kesimpulan yang boleh aku buat ialah..
Program hari ni telah dibatalkan..
Dan aku sambung tidur balik..
Aku terjaga lebih kurang pukul 12 tengah hari..
Tengok phone.. ada dua missed call dari Sara..
Imad tengah syok tidur atas katil aku..
Aku pun slow-slow turun kat tingkat bawah call balik Sara..
Lepas bercakap beberapa puluh patah perkataan..
Aku terus set divert call kat phone aku..
Makanya hanya sms je yang boleh masuk..
No calls !!
First time untuk bulan ni aku rasa bosan untuk bercakap dengan orang..
Aku nak diam sepanjang hari..
Lepas masak bubur Imad..
Aku on tv..
Tengok je cerita apa pun..
Sambil tengok aku on laptop..
Check FB, Blog, YM, Skype.. apa je yang aku ada..
Lepas sejam mengadap laptop, aku pun mula uruskan Imad..
Dah settle.. aku mengadap laptop balik..
Sampai la mata aku tertutup untuk kali yang ke4 hari ni..
Bila aku sedar je.. Aku tengok dah bertabur muntah Imad kat depan tv..
Cepat-cepat aku bangkit takut ada apa-apa jadi kat Imad..
Aku pun tak tau punca Imad muntah..
Lepas dah bersihkan semuanya, aku letak Imad dalam playpen sambil hisap botol susu..
Aku sambung duk kat depan laptop..
Rasa macam cepat sangat masa berlalu..
Tau-tau je dah petang..
Dan tau-tau je mata aku tertutup lagi..
Huh !! Asyik tidur je..
Aku sedar balik pun sebab phone aku berbunyi sms masuk..
Lepas dah reply beberapa sms..
Aku terus off phone..
Makanya tak ada siapa pun dapat call aku..
Hari ni satu apa pun tak masuk dalam perut..
Tak selera langsung..
Aku hanya nak tengok tv, tidur, layan laptop, senyap, fikir........diam.....


-AkU-
Syurga Addin...
19:38 Senja...

Read more…

Thursday, December 16, 2010

~Bicara hati buat Suamiku~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Semua wanita ingin dirinya dimiliki oleh seorang lelaki yang nyatanya mampu menjadi nakhoda kepada sebuah bahtera rumahtangga..
Namun bukan semua wanita itu mampu memiliki mahligai ini..
Akan tetapi tidak bermakna anda tidak disayangi Pencipta..
Mungkin telah Allah tetapkan jodoh anda bukan disini..
Redha la dengan ketentuan Ilahi..
Sewaktu saya dilamar suami..
Saya telah karangkan puisi ini buat penghias rumahtangga kami..
Ilham ini tercetus sewaktu saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja..
Sewaktu menanti tren untuk pulang ke rumah..
Diwaktu itulah saya telah dilamar suami untuk menduduki takhta jiwanya sekaligus mengangkat darjat saya sebagai seorang isteri..
Saya khayal mengukirkan kata-kata itu di atas kertas hinggakan saya ketinggalan beberapa tren..
Kenangan itu takkan saya lupa..
Dan disini saya persembahkan puisi jiwa saya untuk tatapan anda yang sudi membaca..
Maaf jika bahasa saya tak seindah pujangga..
Namun ini la hasil dari sulaman jiwa saya yang dihiasi cinta tika itu..


Lelaki..
Saat pertama kali namamu menghiasi mindaku..
Aku hampir terputus nafas..
Damai yang senantiasa hadir..
Berkocak seketika..
Cintakah itu ?
Aku tidak punya kepastian..
Lantaran hati ini masih ragu-ragu akan kehadiranmu..
Dikau bukannya camar yang mampu terbang bebas..
Lantas menerimamu..
Umpama meniti bara..
Yang penghujungnya belum kutahu akhirnya..
Andai jujur dan ikhlas penghias hatimu..
Dampinglah aku sebagai seorang teman..
Bimbinglah aku sebagai seorang kekasih..
Didiklah aku sebagai seorang isteri..
Pimpinlah tangan aku sebagai seorang permaisuri..
Menuju ke singgahsana rumahtangga..
Aku tak akan mampu berjanji kesempurnaan..
Terimalah diri aku seadanya..
Demi Allah swt..
Aku serahkan segalanya kepadamu..
Bentuklah aku menjadi isteri solehah..
Agar kita mampu bertemu disyurga nanti..
Andai bahagiamu itu deritaku..
Aku rela hanya kerana syurgaku..
Namun jika deritamu itu bahagiaku..
Aku rela kau pergi dariku..
Kerana hadirnya aku bukan untuk mencipta derita buatmu..
Sayangilah aku selayaknya aku seorang isteri..
Kasihilah aku selayaknya aku seorang isteri..
Cintailah aku selayaknya aku seorang isteri..
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..
Aku terima lamaranmu..
~Mohamad Azhan Bin Mohamed Adnan~
Menjadi pengemudi bahtera hidupku hingga keakhirnya..
*Selasa, 27 April 2004, 20:47 p.m, Station LRT Star Masjid Jamek*


-AkU-
Syurga Addin...
03:57 Pagi...

Read more…

Tuesday, December 14, 2010

~Aku dan puisi - 1~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"...Suara itu dari Selatan..
Persis bayu menyapa lembut..
Berolak tenang ombak Selat Melaka..
Membawa rindu jauh ke puncak Ledang..
Sungguh berertikah gundah jiwa..
Andai rimbunan kasih tak bersahut..
Lamaran hati itu sekadar sapaan tanpa suara..
Tenggelam dalam gelora tatkala semilir bertiup membawa hujan curiga...
Adilkah aku menyusun bicara..
Saat kejujuran menjadi taruhan..
Bukan mengemis simpati..
Hanya sekadar laungan pengertian..
Fahamlah kamu yang bergelar jiwa..
Tika kemaafan itu kuhulurkan tanpa rela.."

Sebahagian puisi "Khabar Dari Selatan"..

Kata hati buat seseorang..
Biarpun tiada khabar berita..
Namun puisi ini masih tersimpan kemas dalam memori kenanganku..
Tidak salah rasanya sekadar mengimbas kenangan..

Bahagian ini aku karangkan sewaktu umurku mencecah 19 tahun..
Ketika itu aku dalam perjalanan ke satu destinasi..
Membawa jiwa lara.. Menghimpun hati luka..
Mengadu pada alam..
Berbisik pada bayu..
Merintih pada Pencipta..
Moga ketenangan itu datang dalam sedar..
Biarpun aku pasti..
Perjalanan ini bukanlah sesuatu yang sangat mudah !!
Dan ternyata ianya sungguh menyakitkan..



-AkU-
Syurga Addin...
06:35 pagi...

Read more…

Friday, December 10, 2010

~Aku dan Legenda Budak Setan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Malam-malam macam ni aku terpaksa bersendirian lagi..
Incik Hubby keluar lagi jumpa Tengku..
Aku cakap kat dia tadi..
Lebih mudah rebut dia dari perempuan lain berbanding "merebut" dia dari tangan Tengku..
Hahaha !! Dia gelak je..
Rela atau tidak, terpaksa juga aku biarkan dia "berdating" dengan Tengku..
Business beb !! Mana boleh tolak ansur.. Hehe..

Ok.. Aku antara peminat dan pengumpul novel-novel Melayu..
Dulu masa aku bekerja, Hampir setiap bulan aku akan membeli novel yang biasanya booth Creative Enterprise ada terpacak dekat station LRT..
Kadang-kadang aku habiskan separuh hari kat kedai buku semata-mata nak cari novel yang bagus..
Dan aku dah siap buat budget untuk novel setiap bulan..
Kurang-kurang pun RM200 aku peruntukkan untuk novel.. Haha..
Kalau ke Pesta Buku aku boleh bawak balik lebih dari 10 buah buku..
Pernah juga aku borong hingga 25 buah buku untuk sehari..
Aku akan singgah dari satu booth ke satu booth yang lain..
Dan biasanya aku akan habiskan lebih dari separuh hari di Pesta Buku..
Kadang-kadang rasa macam membazir juga..
Tapi oleh kerana minat, aku pejam mata je bila bayar harga kat kaunter pembayaran..
Malam ni aku baru usai membaca novel Legenda Budak Setan untuk yang keberapa kalinya aku pun tak ingat..
Setiap kali membaca, aku dapat membayangkan keindahannya andai novel ini diterjemahkan ke layar perak..
Bila sahaja diumumkan En. Ahadiat Akashah bahawa Filem LBS bakal ditayangkan tahun ini..
Aku sangat excited !! Dah lama tunggu beb !!
Tapi bila sahaja menonton trailer Filem ini..
Aku rasa sedikit frust dengan jalan cerita yang banyak diubah..
Tapi aku boleh terima sebab kalau nak ikut 100% dalam novel, kena ambik masa berapa jam nak tayang !!
Maka aku pun pergi la beratur membeli tiket untuk menonton wayang..
Aku boleh bagi 2 bintang dari 5..
Itupun sebab watak Farid Kamil, Lisa Surihani dan Que Haidar..
Yang lain-lain aku tak berapa kisah sangat..
Kerana tiga watak ini antara penguat cerita..
Bila diumumkan pula LBS bakal ditayangkan dalam bentuk drama bersiri..
Aku lagi excited !! Sebab membayangkan pastinya jalan ceritanya tak lari sangat..
Ye la, drama bersiri.. Tentu-tentu boleh menyerupai jalan cerita dalam novel biarpun tak sepenuhnya..
Maka aku menanti hari pertama LBS ditayangkan..
Setengah jam yang pertama menonton aku rasa hampa jugak..
Aku terus tukar channel lain..
Dan episod yang seterusnya juga tak mampu menarik minat aku..
Aku sangat hampa dengan jalan cerita serta para pelakon LBS..
Apa yang aku lihat, kebanyakan para pelakon seolah-olah tiada jiwa atau dalam ertikata lain tak menjiwai watak yang ada..
Banyak scene yang aku tak puas hati..
Rasanya penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon serta crew boleh buat lebih baik dari apa yang ada..
Sorry En. Ahadiat Akashah..
Aku punya imaginasi yang tinggi tentang novel yang diterjemahkan ke layar perak atau kaca tv..
Aku dah baca berulang kali novel ini sejak dari buku yang pertama lagi Budak Setan..
Waktu itu aku baru tingkatan 2..
Maka setiap perjalanan cerita ini aku dah boleh hafal..
Dan rasanya aku tak sanggup tunggu hingga habis siri cerita LBS..
Aku tak tahu macam mana perasaan penonton yang lain..
Mungkin mereka boleh berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan..
Tapi bagi aku yang menghayati kisah ini dari novel..
Aku tak rasa kisah ini "dibuat" dengan sepenuh hati..
Sangat mendukacitakan.......
Sorry again En. Ahadiat Akashah..


-AkU-
Syurga Addin...
00:45 pagi...

Read more…

Tuesday, December 7, 2010

~Aku ingin mati~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Hari ini rasanya saat dan ketika yang paling menyakitkan..
Serasa luruh segala semangat yang ada..
Aku jadi lemah yang teramat..
Mutiara ini gugur bersama satu kesalan yang tak dapat aku gambarkan..
Gagalkah aku untuk segalanya ??
Disuatu sudut aku duduk menyendiri..
Mengatur satu persatu dosa yang terhimpun..
Masihkah ada keampunan ??
Mata semakin kabur..
Tiada ruang untuk aku bernafas lagi..
Aku mahu pejam mata..
Dengan doa moga hari ini hanyalah mimpi yang datang seketika..
Bukan realiti yang hidup selamanya..
Ambil la hatiku.. Ragut la perasaanku..
Agar tiada lagi kesakitan di dalam jiwa..
Serasa aku ingin mati..........

Read more…

Monday, December 6, 2010

~Aku dan puisi~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Aku minat sastera Melayu sejak dari sekolah lagi..
Cuma ada halangan yang membuatkan aku tak mampu memenuhi minat yang mendalam..
Aku ada cuba-cuba menulis puisi, cerpen dan novel sejak dari dulu lagi..
Tapi semua itu hanya untuk tatapan sendiri..
Tak terlintas untuk dikirim ke mana-mana terbitan..
Rasa macam rendah diri je bila baca hasil tulisan orang lain..
Puisi kat bawah ni adalah sebahagian dari koleksi tulisan aku sendiri..
Kata-kata yang lahir dari jiwa seorang anak remaja diusia belasan tahun..
Dan puisi ini bersambung hinggalah aku dewasa..
Separuh dari puisi ini aku abadikan di blog..
Untuk dikongsi bersama siapa-siapa yang sudi membaca...

~Puisi Dari Selatan~

Khabar itu dari selatan..
Angin yang menderu membawa pesan..
Dititipkan salam serta tangisan..
Lewat malam bicara sang alam..
Terdengarlah Dara berkeluh kesah..
Andai nada itu menyentak lenamu..
Bangkitlah dan laungkan ke langit hitam..
Moga bulan bisa kasihan padamu..
Dan bintang-bintang mampu memujuk kamu..
Berbicaralah pada angin..
Agar disampaikan pada mentari..
Kejutkan aku dari tipu daya yang berpanjangan..
Maka berbisiklah Uda di antara tangis sendu..
Andai bulan bisa bicara.. Nescaya bahagia hidup ini..
Jika pawana bisa berkata.. Pasti tenang resah yang menderu..
Bila mentari bisa memahami.. Redup mekar taman jiwa..
Tatkala terpisahnya cahaya dari bayang..
Sepi itu berbisik sayu..
Aku hanya berbicara pada alam..
Sabda sang pendita..
Kira rimbunan itu menyentuh dasar tanah..
Dan semilir menyapa hujung kuntuman..
Maka luruhlah segala amarah..
Lantas membuka lembaran baru dalam kehidupan atas nama cinta..
Ikhlaskah lorong ini ? Tatkala suatu masa kejujuran menjadi taruhan..
Jangan bertanya bila semilir berhenti berhembus..
Akan terus tiada hilang sebalik taufan mengganas..

“...Rindu itu bukan untuk kamu, kerana aku telah dimiliki, kasih itu bukan milik kamu, kerana aku telah dipunyai, cinta itu bukan punya kamu, kerana selamanya aku telah pergi.. usah hidup dengan kenangan.. cinta untuk bahagia, bukan untuk derita.."


jangan dicari mentari esok..
andai bulan tak mahu menghilang..
~salam suara puisi~


-AkU-
Syurga Papa...
17:33 petang...

Read more…

~Papa dan cerekarama~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Mata aku dah sembab..
Semalam aku tak tidur sampai la jam menginjak ke subuh..
Pukul 6.30 pagi baru aku dapat lelapkan mata..
Pukul 10 aku bangun, itupun sebab Mama kejut kata nak keluar pergi hospital..
Kalau tak, mahu terlajak sampai pukul 1 petang..
Perut aku tak terasa nak makan biarpun berkali-kali Mama pesan suruh makan..
Duduk rumah papa ni, aku asyik dipaksa makan je la..
Hehe.. Mama pun asyik membebel je bila aku tak makan..
Sorry la Ma.. Bukan tak nak makan.. Tak ada selera..
Sekarang, biarpun mata aku terpisat-pisat lagi..
Tapi mood nak menulis datang pulak..
Aku nak bercerita pasal semalam..
Lepas balik dari membeli barang kat Tesco..
Aku duduk sebelah Papa tengok cerita Melayu..
Channel 106 Oasis sedang tayangkan cerita "Liang Lahad"..
Mula-mula aku layan je la biarpun aku dah tengok cerita ni berpuluh kali..
Biasa la Astro, suka ulang cerita..
Cerita yang mengisahkan seorang lelaki bernama Pak Dollah..
Dipendekkan cerita.. Masa tu bulan puasa, ada roh yang datang ke rumah dia untuk minta Pak Dollah ni doakan untuk mereka agar dikurangkan sedikit seksaan yang mereka tanggung..
Orang kampung yang dengki dengan ilmu Pak Dollah ni tuduh dia gila.. Tangkap lepas tu kurung dia dalam macam sangkar.. Tapi biasa la ending cerita.. Mesti la orang kuat agama ni lepas.. Dan orang yang jahat dihukum..
So, di pertengahan cerita, Papa dah mula komen..
Aku yang duduk kat sebelah ni, dengar je la..
Cuma sesekali aku menyampuk..
Antara komen Papa.. :-

1)Mana boleh roh orang yang dah mati datang balik untuk minta orang doakan dia.. (aku pun bagi komen yang tak munasabah.. "Kut roh orang tu tak tenteram, jadi dia datang la balik kat dunia ni.." Papa pandang aku dengan mata terbeliak !! "Bila kita mati roh kita dijemput naik ke atas.. Bukan kita pergi sendiri.. Jadi kat mana pulak tiba-tiba roh boleh datang bal;ik ??" Aku biarkan soalan Papa tu tak berjawab..)

2)Bila kita mati, Allah kata apa yang akan kita bawa di sana nanti (papa soal aku balik.. Nasib baik aku berjaya menjawab dengan jayanya.. Tapi aku pun tanya papa balik.. "Tapi Pa, doa orang lain pun boleh sampai jugak kan ? Sebab tu adanya tahlil dan bacaan Yassin untuk disedekahkan kepada arwah si mati.." "Betul, tapi syarat utama yang kita akan bawa nanti apa dia ? Kalau la boleh roh datang balik cari orang untuk doakan dia, senang la macam tu.. Tak ada la diorang ni dapat seksa sangat kat dalam kubur..")

3)Kenapa pulak orang kampung boleh tangkap lebai tu suka-suka ? ("Sebab diorang kata lebai tu gila, cakap sorang-sorang.." Papa mengeluh panjang.. "Bila masa lebai tu kacau orang.. Tak boleh macam tu.. Main suka tangkap orang je! Pastu kurung orang.. Ni kalau report polis dengan hospital pun tak patut diambil tindakan.. Salah ni.." Aku diam je la )

4)Skrip ni tak mengikut ajaran agama yang sebenar.. Waktu ni bulan puasa.. Macam mana pulak roh boleh terseksa waktu tu ? (Aku cuba la jawab.. "Ni cerita je Pa.. Penerbit hanya nak cerita yang boleh jual. Bukan kisah logik atau tak cerita ni.." Sekali lagi Papa pandang aku.. Mata aku terus pandang tepat ke arah tv, tak sanggup bertentang mata dengan Papa.. "Tak boleh macam tu ! Jangan ambik mudah pasal agama, nanti terpesong akidah kita !" Banyak lagi yang keluar dari mulut Papa sebenarnya.. Dan aku hanya terus diam je..)

5) Papa cakap sepatutnya ada orang yang tolong tegur benda-benda yang macam ni.. (Aku pun cakap kat Papa "Tak apa la Pa.. Nanti orang tulis kat blog.. Hehe.." Papa diam je.. Kut dia fikir aku ni main-mainkan dia..)

6) Ada benda lagi yang Papa cakap, tapi disebabkan masa tu phone di tangan aku berbunyi.. Maka aku biarkan adik aku mengambil alih tempat aku.. Aku pun melarikan diri ke dalam bilik.. Tak sanggup lagi berdebat dengan Papa pasal cerita Melayu kat tv.. Ceramah Papa takkan habis kalau tak ada gangguan.. Hahah.. Sorry la Pa.. Bukan tak nak dengar.. Tapi tak sanggup nak berdebat dengan Papa..


Kesimpulannya..
Memang banyak cerita Melayu yang mengarut dan tak logik..
Tapi penerbit lebih suka memperbodohkan kita semata-mata nak cari untung..
Dan kita tak pernah sedar atau sengaja tak nak sedar tentang itu..
Betul, ada cerita yang bagus dan kena dengan logik akal..
Tapi boleh dikira cerita yang bermutu ditayangkan di tv..
Bukan aku nak memperlekehkan penerbit cerita Melayu..
Tapi diorang ni kadang-kadang buat kerja sambil lewa je..
Benda-benda kecik macam tu takkan tak boleh nak fikir..
Aku antara penyokong cerita Melayu..
Tapi sangat hampa bila orang Melayu buat kerja tak ikhlas..
Bila kita kritik, kata kita tak sokong..
Tapi bila kita sokong, diorang buat kerja nak tak nak je..
Janji cerita mendapat sambutan dan boleh jual..
Logik atau tidak cerita tu, belakang kira..
Susah bila kerja berpaksikan duit tanpa kira logik akal dan kesahihan dalam agama..
Media antara medium untuk kita mendidik..
Tapi bila apa yang dipaparkan itu tak betul..
Bagaimana untuk kita mendidik masyarakat ??
Entah la.. Banyak lagi yang aku tak puas hati..
Tapi siapa la aku untuk menilai...



-AkU-
Syurga Papa...
11:23 tengah hari...

Read more…

Saturday, December 4, 2010

~Cerita hari ini~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Mata aku rasa berat sangat..
Tapi setiap kali aku cuba pejam mata..
Mata aku akan terbuka balik biarpun kecik..
Hidung dan sebelah mata aku dah berair..
Menandakan demam bakal melanda diri aku..
Dah seminggu aku tak cukup tidur..
Banyak benda yang perlu difikir dan kerja yang perlu diselesaikan..
Sampaikan ada satu-satu masa aku lupa untuk makan..
Haii... kurus balik la badan aku..
Pagi ni aku breakfast McD..
Tapi sebab tak berapa nak "layan" makanan tu..
Aku lupa nak ambik gambar..
Nama aku memang ala-ala minah saleh..
Tapi perut aku perut Melayu..
Hahaha !!
Ingatkan nak try la sesekali breakfast cara orang putih..
Tapi rupa-rupanya tak rasi..
Sampai je kat rumah..
Aku terus masuk dalam selimut..
Sejuk aircond rasa sampai ke tulang hitam..
Tapi tak pulak aku rasa nak off kan aircond tu..
Sempat la aku layan tidur antara pukul 8 pagi hingga 9.30 pagi..
Sebab phone aku terus berbunyi mengganggu lena aku..
Tak sabar-sabar orang yang call tu nak dengar suara aku..
Tak cukup dengan call, bunyi sms pulak datang..
Adik aku tanya pasal program hari ni..
Maka aku pun mampu jawab ala kadar je..
Sms yang lain aku abaikan..
Aku cuba balik tutup mata..
huh !!! tak mau pulak..
Dan aku ambik keputusan untuk turun ke tingkat bawah..
Panaskan air dan buat secawan teh kosong dengan lemon..
Baru la rasa segar sikit lepas minum..
Aku check balik phone..
Ada 11 missed call ?? 4 voice mail dan 6 sms..
Aduhhhh...
Aku call semua nombor dan jawab semua sms..
Lepas tu aku settlekan apa yang patut..
Dan sekarang mata aku kembali nak tutup..
Tapi tetap tak boleh tidur..
Arrgggghhhh !!! macam mana nih ??
Rasa nak gamkan mata ni.. Biar tertutup terus....
Mood aku sangat tak bagus hari ni.....................


-AkU-
Syurga Addin...
15:15 petang...

Read more…

Friday, December 3, 2010

~Kenapa aku tewas ??~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Dari semalam lagi aku dan Imad melepakkan diri kat rumah mak aku di Ampang..
Saja menghabiskan masa lapang..
Tujuan dan niat asal hanyalah sekadar melepaskan rindu kat mak aku..
Tapi rupa-rupanya mak aku dah ada agenda yang tersendiri..
huh !! Nak melawan, nanti dituduh derhaka..
Makanya, antara rela dan terpaksa aku menurut la jugak..


Muka sedih Imad bila duduk atas kerusi dan dipakaikan kain kat leher dia..

Permulaan rambut "ensem" Imad digunting.. Ibu kat sebelah Imad hanya mampu pandang je..

Haha !! Imad tak rela rambut digunting.. Tapi Uwan yang ada kat sebelah membuatkan Imad terpaksa mengikut saja..

Ini lah hasilnya setelah berhempas pulas Imad bertarung.. !! hehe.. Uwan kat sebelah tu tersenyum bangga dengan kemenangan..

Lepas mandi bagi Imad pakai baju bola.. Chelsea no 8, kat belakang ada nama LAMPARD.. Hehe..

Imad tertidur.. Mungkin dengan harapan.. Cerita ini hanya sekadar mimpi... Waaaaa !! Imad dah tak ensem lagi... Tak bleh ngorat nurse lagi.. Hahahhaah !! Dah macam muka ayah je..

Haha.. Ini la agenda mak aku yang disimpan sejak sekian lama..
Kalau sebelum ni mak aku hanya mampu membebel je tentang kepanjangan rambut Imad..
Tapi untuk kali ini mak aku memperoleh kemenangan yang pertama !!!
Arrggghhhh !!! Kenapa la aku boleh kalah dengan mak aku kali ni ???!!
Selama ni aku boleh tutup telinga je bila mak aku bising pasal rambut Imad panjang..
Cakap la macam-macam pun, aku buat pekak telinga je..
Muka Imad tak comel la, serabut la, macam perempuan la, panas la, macam-macam lagi..
Tapi hari ni.... Urmm.... lembut sikit hati aku kut..
Entah apa mandrem yang mak aku bagi..
Dengan tak semena-mena, pagi-pagi lagi aku dah berangkat ke kedai mamak..
Mak aku pun dengan rela hati nak follow..
Bukan jauh mana pun.. tak sampai lima minit jalan kaki..
Agaknya mak aku nak pastikan aku tak tipu dia..
Hehehe.. Takde makna !!
Maka terpaksa la aku tunggu masa yang lama untuk rambut Imad panjang balik..
Hehe.. Lepas ni aku takkan kalah lagi !!



-AkU-
Rumah mak...
12:05 tengah hari...

Read more…

Thursday, December 2, 2010

~Aku tak akan lupa lagi~

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum wbt...


Seperti hari-hari yang biasa..
Waktu-waktu begini bukanlah waktu tidur untuk aku..
Mata ni dah macam di setting..
Cuma malam ni agak aman sikit dari biasa..
Sebabnya, Imad tidur lebih awal dari kebiasaan..
Dan Alhamdulillah.. Imad belum lagi terjaga..
Makanya aku ada banyak masa untuk menulis..


Sudah hampir dua bulan Imad tak diserang sawan..
Makanya aku hampir pasti Imad akan sembuh dari sawan..
Cuma kelmarin tanggapan aku sama sekali tersilap..
Imad bangun seawal 8 pagi sebab alas tilamnya sudah basah..
Maka, aku mandikan dan tukar alas tilam baru..
Imad kubancuhkan susu..
Setelah itu aku tidurkan Imad disebelah ayahnya yang masih lena keletihan..
Imad hanya baring sambil menghisap susu..
Matanya masih belum mahu lena..
Mungkin kerana agak segar setelah mandi pagi..
Aku biarkan Imad seketika manakala aku terus turun ke tingkat bawah untuk menyiapkan apa yang patut..
Pukul 10 pagi aku kejutkan ayah Imad bangun..
Imad kulihat bermain dengan permainan di dalam playpen..
Aku angkat Imad dan letakkan bersama-sama aku diatas katil..
Imad ditengah-tengah antara aku dan suami..
Mungkin selesa berkeadaan sedemikian..
Maka mata Imad kulihat semakin lama semakin berat untuk ditutup..
Aku tepuk-tepuk perlahan belakang Imad..
Lagu untuk tidurnya aku nyanyikan perlahan juga ditelinga..
Sesekali Imad menyampuk serangkap dua..
Kurang dari 15 minit Imad pun terlena..
Aku dan suami tinggalkan Imad diatas katil lantas ke tingkat bawah..
Selang 15 minit kedengaran sesuatu jatuh dari tingkat atas..
Aku bergegas naik ke bilik..
Kulihat Imad terduduk di atas lantai sambil tangannya bergerak-gerak tanda permulaan sawan..
Aku angkat Imad ke atas katil..
Aku baringkan Imad dalam posisi mengiring..
Aku laung nama suami ditingkat bawah..
"Abang, Imad sawan !"
Aku panggil nama Imad perlahan ditelinga..
Imad masih lagi sedar..
Tuala basah aku letakkan disekitar kepala Imad..
10 minit keadaan Imad masih sama..
Maka aku masukkan Diazepam 5mg ke dalam punggung Imad..
Tuala basah masih lagi aku gunakan untuk menyejukkan suhu badan Imad..
Suami hanya memerhati disebelah..
Mulutnya yang bergerak perlahan terlafaz ayat Qursi..
Tangannya sesekali mengusap rambut Imad bersambung terus ke hujung kaki..
Beberapa kali diulangnya..
Selang 20 minit keadaan Imad agak terkawal..
Suami angkat Imad dalam pelukannya..
Imad dibawa ketingkat bawah untuk ruang yang lebih luas..
Imad dibaringkan atas sofa..
Mata Imad hanya memandang sayu tanpa arah..
Sementara menunggu Imad pulih sepenuhnya..
Aku berfikir...berfikir..dan terus berfikir..................... MasyaAllah..
Ternyata kecuaian aku punca segala-galanya..
Aku lupa memberi Imad ubat di waktu pagi hari sebelumnya..
Allahuakbar.. Mengeluh aku seketika..
Berkali-kali aku diingatkan oleh Doktor agar tidak tertinggal sukatan ubat..
Maafkan Ibu ya Imad..
Ibu cuba untuk tidak lupa lagi..
Maafkan Ibu ya Ayah..
Ibu akan ingat tentang itu setiap masa..
Syukur Alhamdulillah.. Allah masih beri kesempatan untuk kami rasai bahagia itu...



-AkU-
Syurga Addin...
00:45 pagi...

Read more…

Wednesday, December 1, 2010

~Susah sangat ke nak terus terang ???~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Sudah 10 minit aku sampai kat rumah..
Baru lepas hantar suami aku "outstation"..
Imad tengah asyik dengan Disney Channelnya..
Sambil kat tangannya menggoncang botol vitamin..
Dengan harapan aku akan sumbat sebiji lagi masuk kemulut dia..
Hari ni saja, dah hampir 10 biji dimakan..
"Cukup-cukup la Imad.. Esok kita makan lagi"..
Pujuk aku, biarpun Imad takkan faham sepatah pun..
Aku biarkan Imad berkeliaran sekitar bilik..
Sambil aku............
Mengadap laptop yang hampir satu hari tak di off kan..
Kenapa tajuk kat atas tu ??
Macam ni ceritanya..
Tak tahu la kenapa.. tapi sejak dulu lagi perkara ni berlaku pada aku..
Betul la bukan hal yang besar..
Tapi pada aku cukup untuk memanaskan hati aku yang biasanya sejuk ni..
Kisahnya..
Banyak kali bila orang call aku, chatting dengan aku atau sms dengan aku..
Tapi tiba-tiba senyap tak pasal-pasal..
Faham maksud aku ??
Maksudnya lepas aku reply..
Tau-tau je orang kat sebelah sana dah "padam"!!
Padam tu maknanya dah tidur..
Satu cerita..
Aku tengah bercakap on the phone dengan member..
Tup-tup.. tengah-tengah bercakap tu..
Baru aku sedar rupa-rupanya aku bercakap sorang-sorang..
Siap ada bunyi berdengkur lagi..
Maunya tak angin !!
Tapi keesokan harinya..
Jangan harap la nak dengar member ni mintak maaf.. HARAMMM !!!
Dia boleh buat BODOH je..
Macam tak ada apa-apa pun yang berlaku..
Satu lagi cerita..
Tengah rancak bersms..
Aku pun punya la tunggu balasan..
Jenuh menunggu sampai ke esok pun tak dibalas-balas..
Tak ada la pulak nak explain apa-apa pasal kes tu..
Buat senyap macam tu je..
Dan satu lagi cerita..
Tengah sedap-sedap berchatting..
Tak beza manapun waktu aku reply kata-kata member ni..
Adalah beza dalam 1 minit..
Dan aku menunggu dengan penuh sabar bila dia nak reply..
Sampai aku sendiri dah menguap bodoh..
Last sekali aku pun terus offline..
Sama jugak.. Keesokan harinya.. SENYAP !!
Jangan kata nak mintak maaf sebab buat aku macam orang bodoh menanti..
Nak cakap sepatah pun.. tidak..
Aku tak boleh bayangkan orang yang tengah bercakap, sms atau chatting pastu boleh terus tertidur..
Bukan aku tak tanya sebelum tu..
Sama ada penat ke, mengantuk ke, letih ke..
Tapi biasa la nak cover cun dan macho..
So, jawapannya.. TIDAK !!
Tapi tak tau la berapa banyak kali mulut diorang tu terbukak lebar menguap waktu tu..
Susah sangat ke nak bagitau terus terang yang awak tu mengantuk ??
Bukannya aku nak pancung ke, nak rejam ke, nak amuk satu kampung ke..
Kalau pun awak tu bercakap benar!!
Aku pun ada hati dan perasaan jugak..
Tau jugak letih penat orang..
Tapi bila orang buat macam tu pada aku..
Diaorang ni macam tak ada perasaan langsung..
Ringan-ringankan la mulut tu nak minta maaf..
Atau pun rajin-rajinkan la jari tu type minta maaf..
Susah sangat ke nak buat tu semua ??
Memang la bukan perkara besar sangat pun..
Tapi bagi aku orang tak jujur dengan aku..
Kenapa nak menipu??..
Kalau cakap sungguh mengantuk.. nak tidur..
Aku tak la kejam nak paksa suruh layan aku jugak..
Aku pun ada hati perut..
Tolong la.. Henti-henti kan la menipu ni..
Benda kecik macam ni pun nak menipu ke ??
Tak bagus untuk hubungan persahabatan..
Jangan la nak bagi alasan nak jaga hati member..
Ni bukannya nak jaga hati, tapi buat sakit hati ada la..!
Kalau sekali dua aku boleh maafkan lagi..
Tapi kalau dah selalu.. Apa cerita beb !!
Faham-faham sendiri la..
Cukup-cukup la....
Penat dah aku melayan orang macam ni....


-AkU-
Syurga Addin...
00:40 malam...

Read more…