Monday, January 31, 2011

~Yang Terbaik~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Semua orang kalau boleh mahu jadi yang terbaik..
Tak kiralah dalam apa jua perhubungan..
Cuma kadang kala sejauh mana kita cuba pun..
Belum tentu kita mampu..
Anak yang terbaik..
Ibu yang terbaik..
Bapa yang terbaik..
Isteri yang terbaik..
Suami yang terbaik..
Teman yang terbaik..
Masyarakat yang terbaik..
Rakyat yang terbaik..
Pemimpin yang terbaik..
Segala-galanya kalau boleh..
Cuma ada ketika matlamat tak menghalalkan cara..
Maka, impian itu hanya tergantung tanpa arah..
Justeru, jadilah yang terbaik untuk diri sendiri..
Sebelum kita cuba menjadi yang terbaik untuk orang lain..
InsyaAllah.. Berdoalah bermohon belas ihsan dari PENCIPTA..
Kasih sayang Allah itu mendahului segala-galanya..
Redhalah akan qada' dan qadarNYA..


-AkU-
Syurga Addin...
14:47 petang...

Read more…

Sunday, January 30, 2011

~Imad, denggi dan Pediatrik~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Entry ni adalah sambungan dari entry yang sebelum ni..
Berkisarkan ujian sakit yang melanda aku dan Imad..
Hari Khamis yang lepas..
Aku pun tak tahu kenapa, kaki Imad ada masalah..
Imad dah tak nak berdiri lagi.. Nampak gaya macam kaki sebelah kiri Imad sakit..
Tapi bila aku check, tak ada kesan lebam atau luka di kaki Imad..
Dan Imad tetap tak nak berdiri..
Maka aku ambil keputusan untuk bawa Imad pergi ke Klinik Kesihatan di AU2 selepas solat Jumaat..
Satu jam setengah menanti barulah dapat jumpa doktor..
Kata doktor tak ada apa yang terjadi pada kaki Imad..
Cuma doktor bagi surat rujukan untuk aku refer pada HKL..
Maka aku dan Imad hanya terlantar tanpa dapat berbuat apa-apa..
Aku dengan demam dan Imad sakit kaki ditambah lagi dengan demam dan batuk serta selsema..
Tak puas hati dengan keadaan kaki Imad..
Maka hari Selasa aku bawa juga Imad pergi check di HKL..
Setelah satu jam menanti, Imad disuruh buat ujian darah setelah diuji tahap demamnya..
Nasib baik tak lama mana nak tunggu result ujian darah..
Dan hasilnya Imad disahkan demam denggi..
Maka terpaksa pulak aku uruskan kemasukan Imad ke wad Pediatrik..
Kali pertama untuk tahun 2011 kami menjadi penghuni Wad KK6..
Masih lagi terkejut dengan keputusan ujian darah Imad..
Maka aku bertanya pada doktor yang melakukan rawatan kali kedua pada Imad..
Kata doktor, bukan confirm demam denggi tapi baru suspect denggi saja..
Fuhhh !! Biarpun tak sepenuhnya, tapi hati aku agak lega juga mendengarnya..
Dan aku yakin Imad bukan diserang demam denggi..
Sebab.. Entah ! Tapi aku yakin..
Semalam di wad HKL, demam Imad masih lagi tinggi..
Tapi hari kedua, Imad dah tak demam lagi..
Tapi sudah dua kali darah Imad diambil untuk diuji..
Kesian tangan Imad dicucuk jarum dan dibalut..
Selera makan dan minum Imad hampir tiada..
Memang Imad tak ada tenaga langsung.. Lebih banyak tidur dan termenung saja..
Dugaan apa lagi yang Imad harus tempuhi ? Ya.. itu pertanyaan aku bila saja mata ini menangkap pandangan sayu Imad..
Aku tak lupa juga bertanya tentang kaki Imad yang sakit..
Doktor sudah buat x-ray di bahagian pelvik dan sekitarnya..
Tapi hasilnya tak ada  apa-apa yang mencurigakan..
Entah la, mungkin kaki Imad terseliuh atau gangguan saraf..
Akan aku usahakan nanti,,
Petang hari kedua Imad di wad HKL, doktor datang merawat..
Aku tanyakan lagi tentang kesihatan Imad dan hasil ujian darah..
Kata doktor Imad bukan diserang demam dengggi tapi ada jangkitan kuman pula pada paru-paru Imad..
Maka Imad seharusnya diberikan antibiotik..
Petang itu juga kami berpindah dari Wad KK6 ke Wad KK2..
Lebih privacy sebab ada bilik.. Tapi bukanlah duduk seorang je.. Ada lagi 3 pasangan ibu dan anak kat dalam 1 bilik..
Malam yang kedua di wad HKL Imad tidur awal..
Mungkin terlalu penat barangkali..
Imad tidur sangat lena hinggakan nurse yang datang buat pemeriksaan rutin pada Imad pun tak mengganggu lena Imad..
Dua kali doktor datang pun Imad masih lagi tak sedar..
Aku biarkan saja Imad tidur tanpa perlu diganggu..
Kali ketiga apabila doktor pakar datang check..
Katanya Imad sudah hampir sembuh.. Alhamdulillah, syukur..
Dan Imad sudah boleh balik dan hanya perlu menyambung makan antibiotik di rumah selama lagi enam hari..
Terasa sangat senang hati aku waktu itu..
Tengah hari baru Imad bangun dan kami bersiap-siap untuk pulang..
Sewaktu dalam kereta, aku pulak rasa badan aku kembali lemah..
Mungkin kesan psikologi dari hospital..
Kepala mula terasa pening dan tekak aku loya serta perut yang tidak selesa..
Sampai ke rumah keadaan itu berterusan..
Dan aku hanya mampu terbaring untuk melegakan rasa yang mencengkam..
Sehingga ke malam rasa itu masih sama..
Dan sehingga entry ini ditulis..
Rasa itu masih lagi sama..
Mengapa ? Hmm.. Aku tak pasti..
Dan yang nyatanya.. Aku tak rasa nak pergi ke klinik.. Hehe..


-AkU-
Syurga Addin...
15:27 petang...

Read more…

~Aku yang sakit!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah lama tak update blog ni..
Bukan sibuk sangat pun..
Tapi untuk pertama kalinya dalam beberapa tahun ni..
Aku diserang demam yang agak kronik..
Ini berlaku minggu lepas..
Dua hari terbaring tanpa dapat melakukan apa-apa kerja..
Selama itu juga la selera makan aku hampir tertutup.. Dan berat badan aku turun mendadak..
Bukan aku sahaja yang sakit..
Tetapi suami dan anak juga mengalami keadaan yang sama..
Rasanya beberapa tahun selepas melahirkan Imad aku sukar sangat atau lebih tepat lagi tak pernah melangkahkan kaki ke klinik.. untuk diri sendiri..
Bukan takut untuk makan ubat ataupun berjumpa doktor..
Tapi malas rasanya nak bergantung pada ubat..
Cuma untuk kali ini aku terpaksa juga menjejakkan kaki ke klinik berhampiran..
Kerana memikirkan aku perlu sihat dan kuat untuk menggalas tanggungjawab yang ada..
Maka aku bersemangat untuk menurut segala nasihat dari doktor itu..
Setiap hari aku makan ubat yang dibekalkan dengan harapan untuk sembuh..
Dan setiap saat aku memohon moga Allah memberikan kasih sayang dan belas ihsanNYA untuk kami beroleh kembali kesihatan yang sempurna..
InsyaAllah..
Biarpun ketika entry ini ditulis..
Aku masih lagi kurang sihat..
Tetapi sekurang-kurangnya tenaga sudah kembali pulih..
Alhamdulillah.. Syukran jazeelan..


-AkU-
Syurga Addin...
14:17 petang...

Read more…

Friday, January 21, 2011

~Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu ?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sedari pagi cuaca di hari Jumaat cerah..
Hanya bila maghrib menjelang barulah titis-titis hujan mula menampakkan diri..
Dari renyai-renyai menjadi hujan lebat yang sementara..
Cukup untuk menyejukkan bumi yang agak panas..
Urmm.. Biarpun semalaman tak dapat melelapkan mata..
Tapi waktu ini masih lagi segar mengadap laptop..
Semalam, sewaktu aku sedang leka memasak di tingkat bawah..
Imad dijaga oleh ayahnya..
Masa aku tengah solat maghrib, aku dengar bunyi..
Serentak dengan itu, tangisan Imad berkumandang..
Aku naik ke tingkat atas selepas 10 minit Imad menangis..
Aku tengok Imad teresak-esak kat sebelah ayah..
Bila aku tanya ayah, katanya tak tau..
Mungkin Imad terhantuk kat katil..
Tapi Imad masih lagi menangis..
Aku agak curiga bila memandang pergerakan Imad yang agak terbatas..
Bila aku angkat Imad untuk berdiri, Imad terus menangis..
Semacam ada sesuatu yang menyakitkan kaki dia..
Urrmm.. Kaki sebelah kiri Imad memang sakit nampaknya..
Tapi tak nampak bengkak atau luka apa pun..
Sampai malam pun Imad masih lagi menangis..
Sebelah tangan aku tepuk Imad suruh tidur..
Dan sebelah tangan lagi urut kepala ayah yang pening dan demam..
Aku ???? Urmm.. Terkelip-kelip seorang diri dalam gelap.. Haha..
Migrain pun agak segan nak berkunjung.. Kesian kat aku agaknya..
Tapi kadang kala ada jugak terasa sakitnya..
Pagi tadi badan Imad panas, dia demam..
Lepas Jumaat tadi aku dan ayah bawa Imad pergi Klinik Kesihatan kat AU2..
Sampai pukul 3, dapat jumpa doktor pukul 4.30 petang..
Doktor tu buat surat rujukan ke HKL..
Dia cakap mungkin nak x-ray kaki Imad kalau perlu..
Takut ada retak atau apa yang diorang tak bleh buat..
So, Imad hanya dibekalkan pain killer dan balm untuk sapu kat kaki..
Sampai je rumah.. Aku bagi Imad makan bubur then minum susu..
Pukul 6 petang, Imad dah mula menunjukkan tanda-tanda nak tidur..
Aku pun biarkan je Imad tidur dalam playpen..
Sambil aku melayan mata yang agak segan-segan untuk buka..
Ayah yang kebetulan nak ke bilik air terpandang Imad..
"Eh !! Kata Imad tidur, ni dah jaga pulak!" kata ayahnya..
Aku pun cepat-cepat jenguk dalam playpen..
"Ini bukan jaga, ini sawan la ayah.. Takkan tak boleh beza?" Bukanlah dalam nada marah, tapi nada yang cukup sopan.. Hehe..
Ayah angkat Imad naik atas katil..
Dan seperti biasa proses menghentikan sawan pun bermula..
Lepas lebih dari 5 minit sawan Imad tak berhenti, aku masukkan Diazepam 5mg ket dalam punggung Imad..
Dan lap seluruh badan Imad dengan tuala basah..
Lebih kurang 20 minit lepas tu sawan Imad pun berhenti..
Dan Imad terus tertidur..
Sampailah pukul 9.30 tadi..
Imad bangun sambil merengek-rengek..
Suhu Imad naik sampai 39.8'C.. Huh !! Panas !!..
Aku masukkan pulak PCM kat dalam punggung Imad nak bagi kurang panas..
Tapi setakat yang aku check tadi..
Suhu Imad masih lagi tak kurang dari 39'C..
Nampaknya malam nanti aku akan berjaga lagi menanti suami dan anak yang sakit..
Itu bukan beban..
Tapi tanggungjawab yang aku memang dengan sukarela akan buat..
Biarpun aku dipaksa untuk tidur..
Lebih baik aku yang memerhati setiap perubahan..
Dan aku akan lebih senang hati begitu..
Sebab tu la syurga berada di bawah tapak kaki ibu..
Ibu ni kan sangat penyayang dan sangat la caring berbanding ayah.. Haha..
(nasib baik ayah tak pandai nak buka blog ni!! Fuhh !! Selamat !! Hehe)


-AkU-
Syurga Addin...
22:27 malam...

Read more…

Thursday, January 20, 2011

~Nota buat Mr. Nik~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari cuti begini, aku lebih selesa berada dirumah..
Sementelah suami yang kurang sihat, memerlukan kehadiran aku disisinya..
Maka sepenuh tumpuan aku curahkan, tidak lupa juga buat Imad..

Aku terima satu komentar dari seorang teman berkenaan tulisan aku yang bertajuk "Kepercayaan Itu".
Berbunyi begini :-

“Tidak ada persahabatan tanpa kepercayaan, dan tidak ada kepercayaan tanpa "integriti".
Kepercayaan bukanlah suatu pemberian dari orang lain. Kepercayaan adalah suatu upaya yang merupakan hasil timbal balik dari seseorang yang telah menunjukkan "integriti", komitmen dan loyalti." (Mr. Nik..)


Terima kasih aku ucapkan kerana sudi membaca dan berkongsi pandangan..
Aku terima pendapat itu..
Cuma ingin aku tambah sedikit..


INTEGRITI...
Integriti sebenarnya berasal dari istilah Bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik..
Dalam Bahasa Melayu ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang..
Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan ; keutuhan..
Dari maksud yang didapati dari kamus diatas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan sebagainya..
Maka integriti itu telah menerangkan segala-galanya..
Sesungguhnya dalam bersahabat atau perhubungan apa sekalipun..
Seharusnya ada integriti..
Dan apabila kita berpendapat sebegitu..
Cuba soal diri kita sendiri..
Adakah kita juga punyai sifat-sifat sebegitu ?
Apabila kita menghendaki orang lain agar punyai sifat sebegitu..
Kita sendiri harus mendidik diri sendiri agar tidaklah dikata umpama ketam yang mengajar anak berjalan lurus.. 
Dalam menjalin perhubungan..
Kita juga harus ada sifat memberi dan menerima ataupun bersikap toleran..
Sentiasa berlapang dada untuk menerima pendapat, pandangan, kritikan atau apa sahaja pendirian orang lain yang berbeza dari kita..
Menyentuh tentang kepercayaan..
Ini adalah amanah yang diberi berdasarkan sifat-sifat murni yang kita pertontonkan..
Justeru, sejauh manakah amanah itu kita jaga dan pelihara ?
Usah disebut soal kesetiaan..
Apabila amanah itu menjadi suatu permainan kata..
Lantas apakah masih punya erti buat kesetiaan ?
Aku sekadar memberi pandangan dan pendapat diri sendiri..
Terpulang pada yang membaca..
Kita sama-sama muhasabah diri, menilai kekurangan, kelemahan dan kelebihan diri..
Agar kita tahu dimana silapnya, khilafnya, kurangnya, lebihnya, lemahnya dan sebagainya tentang diri sendiri..
Setelah itu berubahlah kepada yang lebih baik..
Sememangnya kita tak mampu menjadi yang terbaik untuk orang lain..
Tetapi sekurang-kurangnya jadilah yang terhebat untuk diri sendiri..
Semoga rahmat dan kasih sayang Allah swt akan senantiasa bersama-sama kita..
InsyaAllah.. Amin..


Salam kasih buat semua...




-AkU-
Syurga Addin...
11:47 Pagi...

Read more…

Wednesday, January 19, 2011

~Putusnya cinta itu...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Malam tadi seawal pukul 4.30 pagi aku dah terjaga..
Migrain yang kedua untuk tahun ini kembali menunjuk diri..
Sakit yang tak terkata..
Tak terfikir untuk kejutkan suami aku yangsedang lena tidur bersama Imad..
Aku gagahkan diri ke bilik air..
Air yang sejuk aku biarkan mengalir keseluruh kepala..
Lebih kurang satu jam aku disitu..
Setelah agak reda, aku keluar dan terus ke bilik tetamu..
Disitu aku tunduk sujud pada Yang Maha Esa..
Menyerah diri sepenuhnya pada DIA yang sentiasa ada untuk mendengar keluhan hati..
Setelah itu aku berehat seketika..
Aku kembali teringat perbualan dengan seorang teman yang baru sahaja putus kasih..
Sebagai orang luar yang diberi kepercayaan untuk mengetahui keseluruhan cerita..
Dia lalu mengadu pada aku tentang kemelut yang dihadapi..
Aku hanya mendengar sambil sesekali memberi kata-kata semangat..
Selaku kaunselor yang dilantik secara tak rasmi, aku pinjamkan telinga aku untuk dia mengadu..
Setiap hari tak kurang tiga panggilan dari dia mengadu tentang hal yang sama..
Ada kala esak tangis dia kedengaran di dalam talian..
Aku tahu, bukan mudah melalui saat cinta itu harus pergi dari hidup kita..
Namun sebagai manusia yang waras, kita harus hadapi dengan penuh ketenangan..
Kisah ini baru saja berlaku kira-kira empat hari yang lepas..
Benar, segalanya terjadi kerana salah dan silap teman ini sendiri..
Cuma penerimaan dari pihak yang satu lagi itu tak dapat aku gambarkan..
Sebagai seorang manusia kita tak akan pernah lepas dari kesilapan..
Sementelah kita bukan manusia yang sempurna..
Pada aku salah teman ini bukanlah sebesar mana untuk dihamburkan kata-kata yang amat pedih biarpun tidaklah sekecil mana untuk terus dimaafkan..
Tapi, sekurang-kurangnya susunlah budi bahasa itu sekalipun amarah masih menebal di jiwa..
Hari yang pertama dan kedua aku masih lagi melayan setiap rintihan yang datang dari teman ini..
Sungguh hebat penangan hati luka..
Hinggakan diri terlupa kebesaran Allah swt..
Tetapi hari yang ketiga, hati aku mula diamuk amarah..
Bukan aku tak sudi untuk mendengar, tetapi keadaan teman itu yang terlalu lemah untuk berhadapan dengan realiti..
Itu yang aku tak dapat terima..
Banyak sudah kata-kata semangat yang aku suntikkan ke dalam jiwanya..
Dan ianya hanya bertahan sehingga perbualan kami tamat..
Bila sahaja suaranya kembali di talian, kelemahan yang sama ditampilkan..
Tertanya aku, sempurna sangatkah insan yang ditangisi itu ?
Hinggakan lebih rela dizalimi dan diseksa diri sendiri atas nama cinta..
Jangan begini teman..
Aku faham perasaan itu, kerana aku juga pernah disakiti..
Cuma sedarlah, fahamlah, redhalah.. 
Tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa sebab dan alasan..
Terima dengan sepenuh hati dan jiwa akan ketentuan Allah andai telah tertulis dia bukan untukmu..
Mengapa perlu ditangisi sesuatu yang tak pernah pasti ?
Cinta itu untuk bahagia bukan untuk derita..
Jangan sesekali menghambakan diri pada cinta..
Kerana cinta takkan pernah simpati pada episod duka yang tercipta sewaktu kita di dalam dunia cinta..
Dan hari ini aku menerima lagi panggilan dari teman itu..
Semangat dan keyakinan dirinya kembali bertapak..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..
Katanya, jiwa dan hati dia sudah redha dengan segala keadaan..
Biarlah tiada cinta andai tiada bahagia..
Kemaafan sudah dipohon, biarpun tidak diterima sepenuhnya..
Tetapi kamu sudah menjalankan tanggungjawab yang dituntut..
Bukan hak kita untuk memaksa, tapi hak kekasih hati itu untuk menerima..
Jauhilah kekasih hati itu untuk seketika, demi mengutip kembali diri kamu yang hilang..
Dan sekarang apa yang perlu, adalah memohon kemaafan, kasih sayang dan belas ihsan dari PENCIPTA..
Itu yang sebaiknya..
Bangkitlah teman dari mimpi-mimpi sedih dan luka itu..
Hidup ini perlu diteruskan, ianya takkan pernah terhenti hanya kerana cinta yang terputus ditengah jalan..
Ingatilah dia secara sederhana, demi menjaga hatimu sendiri..
Aku disini masih lagi teman yang sama..
Seperti mana dahulu, aku tetap akan menjadi pendengar yang setia dan cuba meminjamkan sedikit semangat dan kebahagiaan andai itu yang diperlukan..
Datanglah padaku andai kamu perlukan aku..

p/s : Maaf teman, kerana aku paparkan kisah luka kamu itu dihalaman aku.. Sekadar berkongsi bicara dengan mereka yang sudi membaca.. Doa aku, semoga kamu bertemu bahagia dengan dia yang lebih mampu menghargai kehadiran kamu didalam hidupnya..


-AkU-
Syurga Addin...
16:07 Petang...

Read more…

Tuesday, January 18, 2011

~Untuk Adik-adikku~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Waktu masih bersekolah dulu..
Aku selalu berimpian untuk duduk di asrama..
Sejak dari lepas UPSR lagi..
Tapi impian aku tak pernah tercapai..
Entah la.. mungkin tak ada rezeki kut..
Lepas PMR pun aku punya keinginan yang sama..
Cuma agak kurang bersemangat berbanding masa darjah enam dulu..
Tapi sewaktu aku nak ambik SPM..
Semangat tu terus dah hilang..
Semuanya berpunca dari apa yang aku hadapi waktu itu..
Haishh.. Susah situasi aku waktu tu..
Tapi, tak apalah..
Anyway.. Aku bukan nak cerita pasal diri sendiri..
Hehe..
Nak cerita pasal geng bas sekolah aku yang lepas sorang-sorang dah masuk asrama..
Memula adik aku yang nama Y..
Sebelum ni cukup korum nak pergi merewang..
Tapi lepas dia dah masuk UM..
Kami kehilangan sorang geng.. Haha..
Tapi bagus juga..
Sebab dia antara yang paling kuat makan..
Dan aku yang paling kuat kena keluar duit..
Haishhhh !!! Jenuh jugak diorang ni..
Dan sekarang ni sorang lagi geng kitorang dah kena "kuarantin"..
Confirmed !!! Tahun ni aku dah takde geng untuk merewang..
GG dah ke UITM Pilah.. Mengejar cita-cita.. (kononnya lah!!) hehe..
Hanya boleh bertanya khabar dekat fesbuk je la..
Nak call dan sms.. Huhu.. Melambung la bil telefon aku..
Nak kena tunggu diorang ni cuti semester, cuti suka-suka atau habis study..
Baru boleh merewang...
Huhu... boring la aku setahun ni..
Maka terpaksalah aku duduk terperap kat rumah sepanjang hari..
Kalau tak, ada saja aktiviti yang nak dibuat..
Urmm.. Kenapa lah korang ni belajar jauh-jauh..
Carilah yang dekat-dekat sikit.. Haha.. Sesuka hati aku je kan ??!!
Oiii !! Cepatlah cuti..
Dah rasa boring giler nih !!



















~Kakak kamu yang dah bosan tahap cipan !!~


-AkU-
Syurga Addin...
20:47 Malam...

Read more…

~Kepercayaan itu...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Mudahkah mendapat kepercayaan dari seseorang ?
Andai sukar..
Mengapa kita mudah memusnahkannya ?
Abah ajar aku..
Kepercayaan itu umpama sehelai rambut yang halus..
Harus dijaga berhati-hati agar tidak mudah putus..
Andaikata terputus rambut yang halus itu..
Maka musnahlah segala-galanya..
Mungkin boleh disambung kembali rambut itu..
Cuma keadaannya pasti tidak sama dengan yang asal..
Jangan mempertaruhkan diri atas nama kepercayaan..
Sekali kepercayaan itu hancur, amat sukar untuk mendapat peluang yang kedua kalinya..
Seringkali aku ingatkan diri sendiri..
Namun pernah juga aku alpa akan amanah dan tanggungjawab yang diberi..
Ya ! Sebagai seorang manusia, kita takkan pernah lari dari membuat kesilapan..
Tapi bila kesilapan itu berulang..
Harus bagaimana lagi untuk dipercayai ?
Berulang kali kita harus muhasabah diri..
Menilai diri sendiri.. Cermin peribadi.. Mengukur keupayaan diri..
Kita hanya insan yang lemah..
Namun itu bukan satu alasan untuk terus merayu keampunan..
Cukuplah sekali kita mengkhianati kepercayaan yang orang amanahkan..
Agar tidak kita menyesali kealpaan diri sendiri..
Benar.. Kita juga tidak pernah sempurna..
Berulang kali membuat kesilapan demi kesilapan..
Dan masih berusaha untuk menjadi sesempurna mungkin..
Mungkin kata-kata maaf belum mencukupi untuk kita meraih kembali kepercayaan yang hilang..
Namun cubalah untuk terus diterima..
Setelah itu mohonlah keampunan dari Yang Maha Esa..
Moga sudi DIA untuk mengasihani kita..
Dan redhalah dengan segala ketentuan..
Andai peluang kedua itu kita perolehi..
Jagalah sebaik dan seamanah mungkin..
Kerana belum tentu ada peluang ketiga dan seterusnya..

~Salam penuh kasih sayang~

-AkU-
Syurga Addin...
20:17 Malam...

Read more…

~Janji~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Pagi yang damai dan tenang..
Biarpun hati dan jiwa ini tidaklah setenang hari ini..
Namun doa itu senantiasa kupohonkan..
Agar gusar dan resah hati itu akan segera berlalu..

"Mengapa kau lupakan, janji yang kau berikan..
Janji yang kuharapkan..
Siang kunantikan dan malam aku mimpikan..
Mengapa kau lupakan"

Bait-bait lagu dendangan Dato Siti Nurhaliza memecah sunyi..

JANJI...
Mudahnya mengukir semudah menyebutnya..
Akan tetapi tak semudah menepatinya..
Kenapa begitu ?
Lumrah manusia..
Suka benar berjanji sesuatu yang belum tentu mampu dikotakan..
Lembut lidah bila menuturkan kata janji..
Sedang didalam hati masih lagi ragu-ragu dengan kemampuan sendiri..
Usah jadi manusia munafik !
Aku berkata-kata bukan hanya untuk yang membaca..
Tetapi untuk diri sendiri juga..
Benar.. adakala sukar untuk menepati janji bila mana kita tersedar apa yang diluahkan itu diluar dari kemampuan kita..
Namun sudah terlanjur membuat janji, mahu atau tidak..
Terpaksa juga kita mencubanya..
Akhirnya kita sendiri yang mengaku kalah..
Ingatlah.. Syaitan akan terus menerus menghasut kita agar mengkhianati janji yang kita lafazkan..
Kadang kala ada juga janji yang disertai dengan sumpah..
Tak perlu begitu..
Apa akibatnya andai kita tak mampu memenuhinya ?
Kita hanya mampu merancang..
Tapi Allah swt jua penentu segalanya..
Usahlah berjanji jika tak mampu untuk ditepati..
Cukuplah sekadar melafaz "InsyaAllah" sebagai pengikat kata..
Itulah sebaik-baik janji..


-AkU-
Syurga Addin...
13:11 Petang...

Read more…

~Atas Nama Cinta...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Lewat malam tadi aku ke Putrajaya bersama teman..
Sekadar melepaskan sedikit beban perasaan yang sekian waktu menghuni fikiran..
Mungkin tiada penyelesaian yang aku perolehi..
Namun ada ketenangan yang hadir..
Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih teman kerana sudi menjadi "pengikut" setia..
Sekian hari aku mencuba menulis kisah yang satu ini..
Rasanya baru hari ini aku perolehi kata-kata yang sesuai..
Seharusnya pandangan peribadi aku tak akan sama dengan orang lain..
Tetapi apa yang aku tulis ialah apa yang aku rasa dan pastinya dari pengalaman sendiri..
Justeru apa yang terukir nanti adalah datangnya dari hati dan keikhlasan aku..
Kita selalu dengar kata-kata begini..
"Jatuh cinta pandang pertama.."
"Inilah cinta sejati yang selama ini dicari.."
"Cinta padanya teramat tulus dan suci.."
Dan berbagai lagi kata-kata..
Segalanya tentang cinta..
Benarkah cinta itu dari mata turun ke hati ?
Adakah hati yang membuat keputusan untuk cinta ?
Urmm... pendapat masing-masing pastinya berbeza..
Aku juga pernah bercinta.. dan masih lagi bercinta..
Percaya atau tidak..
Ini pertama kali aku bercinta..
Aku tidak pernah rasa cinta yang begini..
Cinta yang ingin aku miliki hingga ke akhirnya..
CINTA...
Apa ada dengan cinta ??
Cinta itu ketawa dan airmata..
Dengan cinta kita boleh ketawa, tersenyum, gembira, bahagia, berseri-seri, bersemangat, yakin diri, tabah, tenang dan sebagainya..
Dengan cinta kita boleh menangis, sedih, terasa hati, kecewa, hampa, putus asa, hilang keyakinan, tersisih, sakit, pedih, luka, merana dan sebagainya..
Jadi mengapa bercinta andai ianya tak pernah menjanjikan kebahagiaan ?
Biar apapun yang cinta mampu buat pada diri kita, namun kita masih mencari cinta..
Kadang-kala lebih banyak duka dari gembira..
Cinta boleh buat manusia lupa dunia, lupa segala-galanya..
Apabila yang dicintai hadir dihadapan mata..
Cinta juga boleh memusnahkan hidup dalam sekelip mata..
Berapa banyak cerita yang kita baca tentang manusia yang sanggup menamatkan hidup sendiri semata-mata kerana cinta yang telah hilang..
Berbaloikah merosakkan diri sendiri semata-mata kerana cinta?
Jadi mengapa masih mencari cinta ?
Kerana kita diciptakan Allah swt sebaik-baik makhluk..
Punya hati dan perasaan..
Miliki rasa ingin dicintai dan mencintai..
Cuma cukuplah ianya terjadi secara sederhana..
Jangan terlalu taksub dengan cinta dunia yang tak semestinya mampu memimpin kita ke syurga akhirat..
Tak salah untuk bercinta kerana ianya fitrah kita sebagai manusia..
Cuma yang salahnya apabila kita menghambakan diri pada cinta..
Menyerahkan diri pada cinta tanpa memikirkan implikasinya pada diri kita andaikata cinta itu hilang..
Ada yang terlalu mudah melafaz cinta, umpama cinta itu tiada harga..
Ada juga yang sukar melafaz cinta, mungkin kerana tidak mahu terluka nanti..
Pernahkah kita terfikir.. Apa ukuran cinta kita pada seseorang ?
Mungkin dari segi rupa, harta, keperibadian, tingkah laku, penampilan, atau apa sahaja..
Biar apa pun yang menjadi ukuran..
Fahamilah.. Cinta tanpa perasaan sama juga seperti siang tanpa malam..
Tentunya tidak lengkap dan sempurna..
Segala-galanya tentang cinta kini..
Binalah cinta yang berlandaskan kebenaran..
Lafazlah cinta berdasarkan keikhlasan..
Ukurlah cinta berteraskan kejujuran..
Semoga kebahagiaan menjadi milik kita selamanya..

**...Kita selalu memuja bulan yang satu, kerana kita fikir cahaya bulan sangat cantik dan cukup untuk menerangi malam.. Hinggakan kita lupa taburan bintang yang melengkapi cantiknya bulan dan indahnya malam.. Ada kala bulan hanya muncul separuh sahaja.. Bila hujan melanda, bulan hanya diam berselindung sebalik awan hitam.. Dan bila pagi menjelma, bulan terus hilang tanpa kesan.. Datanglah mentari penerang alam.. Mengapa kita tidak puja mentari ? Ia juga seperti bulan.. Biarpun panas mentari mencengkam kulit.. Tapi cahayanya mampu memberi kesegaran pada kita.. Kita selalu terlupa untuk memilih yang lebih baik.. Kerana kita fikir apa yang kita nampak itu sudah cukup sempurna.. Sedang kita tak tahu, tak akan pernah ada yang sempurna selain DIA.. Justeru, terimalah dengan redha atas setiap ketentuanNYA, biarpun ianya menyakitkan...**

p/s : Untuk seorang teman.. Cinta kamu itu kenangan semalam.. Biarlah dia pergi dari hatimu.. Lepaskanlah dia andai takdir telah menetapkan dia bukan untukmu.. Pastinya Allah swt ada perancangan yang lebih baik untukmu.. Jangan menyiksa dan menzalimi diri sendiri atas nama cinta.. Cinta untuk bahagia bukan untuk derita.. 

::: Salam sayang buat semua :::


-AkU-
Syurga Addin...
11:17 pagi...

Read more…

Thursday, January 13, 2011

~Remaja dan escapism~

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamu'alaikum wbt...


Bila baca je tajuk kat atas tu..
Mungkin akan ada yang tertanya-tanya..
Kenapa mesti tajuk tu..
Saja je aku nak lari sikit dari tajuk-tajuk yang biasa..
Tau ke apa makna "escapism" ??
Maknanya dalam kamus dewan.. err aku tak jumpa..
Tapi maknanya ialah..
Kecenderungan untuk melarikan diri dari dunia realiti dan tertumpu pada sesuatu yang berbentuk hiburan, khayalan atau fantasi..
Ya ! Inilah yang melanda dunia remaja..
Bukan sahaja remaja masa kini..
Tapi permasalahan ini sudah terlalu lama melanda..
Cuma cara untuk menanganinya sahaja yang belum lagi berhasil..
Mengapa terjadinya masalah begini ?
Aku juga pernah remaja..
Bagi aku.. pendapat peribadi aku..
Remaja sekarang tak ada beza dengan remaja dulu..
Bezanya cuma cara hiburan, khayalan dan fantasi mereka..
Itu yang membezakan remaja dulu dan sekarang..
Bagi aku remaja zaman sekarang dah terlampau maju dengan teknologi terkini..
Sememangnya kalau difikir secara positif, memang bagus..
Tapi yang tak bagusnya bila teknologi canggih itu disalah guna..
Itu yang menjadikan remaja sekarang ramai yang "rosak" dari menjadi manusia berguna..
Memang betul, pembelajaran yang pertama bermula dari rumah..
Tapi tak boleh diletakkan semua tanggungjawab ke atas ibu dan bapa juga..
Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi remaja-remaja sekarang ke arah kebaikan..
Yang sebenarnya masyarakat penyumbang terbanyak kepada masalah sosial para remaja..
Bukan aku menuduh, tapi itu realiti hari ni..
Masalah sosial remaja sekarang banyak yang dipengaruhi oleh masyarakat luar..
Biarpun banyak usaha kerajaan buat untuk membanteras isu ini..
Tapi rasanya makin berleluasa dan membiak..
Remaja masa kini makin kuat memberontak dan mengganas..
Salah siapa ??
Aku tak salahkan siapa-siapa..
Tapi yang empunya diri juga patut berfikir secara logik akal..
Bukan anak kecik yang nak kena rotan dan sebat setiap kali buat masalah..
Tapi dah cukup dewasa untuk berfikir secara positif setiap perlakuan mereka..
Kadang-kala sikap dan sifat mereka ini umpama mencabar kebiasaan..
Aku juga pernah remaja dan pernah memberontak..
Tapi aku juga mampu berfikir secara dewasa setiap perlakuan aku itu..
Dan aku tak pernah salahkan sesiapa untuk setiap kesalahan dan masalah yang aku buat..
Sendiri buat sendirilah tanggung..
Aku pernah bertanya kepada beberapa remaja yang bermasalah..
Kata mereka punca mereka jadi begini..
Salah satu faktornya adalah ibu bapa..
Nak salahkan ibu bapa macam mana lagi ?
Tak cukupkah makan pakai korang diorang tanggung..
Bagi tempat tinggal yang selesa..
Bagi pelajaran yang cukup..
Apa lagi yang korang cari ??
Faktor yang kedua kurang kasih sayang..
Hiburan, khayalan dan fantasi yang korang ciptakan itu belum tentu dapat membahagiakan korang..
Silap-silap itulah derita yang terpaksa korang tanggung sepanjang hayat..
Kerana pemikiran yang sebegitulah tercipta kes pelacuran, mengandung tanpa nikah, buang anak, rempit, ketagihan dadah dan sebagainya..
Tak cukup lagikah masalah sosial yang berleluasa sekarang ni ??
Mana tanggungjawab korang sebagai anak muda yang sepatutnya menjadi pelapis untuk memimpin negara ??
Kalau beginilah pemikiran remaja-remaja sekarang..
Apalah akan jadi pada negara tahun-tahun yang akan datang..
Bukan aku nak cakap semua remaja ni bermasalah..
Tapi oleh kerana bilangan mereka yang berfikiran negatif lebih banyak dari yang berfikiran matang dan positif..
Mereka-mereka inilah yang mencemarkan imej remaja bersih..
Susah sangatkah untuk menjadi remaja yang berwawasan ??
Pada aku sistem pendidikan di sekolah sekarang cukup untuk menjadikan mereka-mereka ini remaja yang berilmu dan berpendidikan selari dengan impian negara..
Sedarlah wahai anda-anda sekalian..
Sampai bila nak hidup dalam khayalan dan fantasi..
Sampai masa korang juga akan ada anak-anak..
Dan tak mustahil anak-anak itu juga bakal mewarisi sikap dan sifat korang..
Kalau waktu itu baru nak tersedar..
Rasanya sudah terlewat waktu..
Fikirkanlah dengan sebaiknya setiap kali korang nak buat sesuatu..
Jangan terlampau mengikut hawa nafsu yang bermaharajalela..
Takut nanti memakan diri sendiri..
Kawallah diri, hati dan jiwa..
Muhasabah diri sendiri, cermin sikap dan tingkah laku itu..
Berbaloikah merosakkan diri sendiri hanya kerana satu kepuasan yang belum tentu bertahan selamanya ??
Fikir-fikirkan.. dan bertindak mengikut akal dan kedewasaan..
Jangan nanti dah terhantuk baru nak terngadah..
Sudahnya korang juga yang akan menangis sendirian..


~Salam perjuangan dan kasih sayang~


-AkU-
Syurga Addin...
20:15 malam...

Read more…

~Aku Pengasuh~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Waktu petang macam ni kalau kebiasaannya aku akan menonton atau tv yang tonton aku..
(tidur depan tv la gamaknya!! hehe..)
Tapi dah dekat seminggu aku menjadi penunggu..
Bukan penunggu yang seram tu (hantu)..
Tapi menunggu anak-anak balik dari sekolah..
Aku dah jadi part time pengasuh sekarang ni..
Jaga anak-anak sepupu dua orang..
Seorang darjah dua (Haziq) dan seorang lagi darjah empat (Arieff)..
Seawal pukul 7.30 pagi aku akan bangun..
Menunggu ayah diorang (Abe Di) datang hantar baju-baju sekolah dan beg sekolah anak-anak..
Lepas tu aku akan sediakan makanan tengah hari untuk anak-anak makan lepas balik dari sekolah..
Pukul 10.30 Haziq balik dari sekolah agama dan akan ke sekolah kebangsaan pukul 12.30..
Pukul 1.30 pulak Arieff akan balik dari sekolah kebangsaan dan akan ke sekolah agama pukul 2 petang..
Macam seronok pulak rasanya begini..
Dah terasa macam ibu yang lain-lain..
Ada anak sekolah..
Masak untuk anak-anak makan sebelum ke sekolah yang lain pulak..
Dan secara automatiknya aku juga akan makan tengah hari..
Kalau selalunya aku jarang makan sebab tak ada geng..
Tapi sekarang rutin hidup aku berbeza..
Dan tak adalah aku mengadap laptop 24 jam atau pun menonton tv sepanjang masa..
Aku dah ada tanggungjawab yang lain pulak..
Baik-baik belaka anak-anak ini..
Yang Arieff dah boleh dibawa bercakap..
Cuma Haziq je tak berapa nak bercakap..
Mungkin suasana baru kut..
Tapi tak apa, ambil masa juga nak tackle hati anak-anak kecil ni..
Dan tak susah untuk jaga diorang ni..
Makan juga tak cerewet..
Setakat bubur untuk Haziq dan masakan simple untuk Arieff..
Huh !! aku rasa dah jadi macam ibu diorang pulak..
Biarpun setakat ibu saudara.. diorang panggil aku Cik De.. Singkatan untuk Cik Muda.. Hehe..
Rumah aku juga dah berkemas setiap hari..
Tak nak la anak-anak ni duduk dalam keadaan serabut..
Dan aku cukup flexible untuk anak-anak..
Aku benarkan diorang menonton tv dan main fesbuk..
Tak apalah.. Balik rumah nanti diorang boleh buat kerja sekolah..
Takkanlah sepanjang masa nak belajar je..
Serabut gak kepala..
Aku tengah training jugak la ni bila nanti anak-anak aku pulak ada yang dah bersekolah..
So, aku dah ada pengalaman..
Actually, pengalaman tu memang ada sejak dari zaman aku bujang dulu..
Adik-adik aku sedari kecil aku yang jaga..
Cuma dulu tak sama macam sekarang..
Sekarang ni aku dah jadi ibu..
So, aku kena pandai agihkan masa untuk anak-anak dan suami..
Hehe.. nak jadi ibu mithali la katakan..
Harap-harap aku berjaya menjadi pengasuh dan ibu terhebat.. Haha..
InsyaAllah.. Amin...



















Ini gambar anak-anak yang aku ambik kat fesbuk ayah mereka..
Hehe.. Comel kan ??
Ni gambar masa kecik la..


-AkU-
Syurga Addin...
16:17 petang...

Read more…

~Tahun Yang Baru~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni 13 Januari 2011..
Hari ni mood aku agak kurang sikit untuk bercakap..
Tapi banyak mood menulis..
Entry ni takkan jadi panjang sangat..
Sebab aku hanya nak ucapkan selamat untuk seseorang..
"Selamat Hari Ulang Tahun Yang Baru Untuk Adikku"
(aku tak ingat yang keberapa.. serius !!) hehe..
Macam baru semalam je aku jaga dia..
Macam baru semalam je aku biar dia jatuh tangga dengan walker..
Macam baru semalam je aku suap dia makan..
Macam baru semalam je aku mandikan dia..
Macam baru semalam je aku cuci berak kencing dia..
Macam baru semalam je aku dukung dia bawak pi jenjalan..
Macam baru semalam je aku henjut buai untuk tidurkan dia..
Macam baru semalam je......................................................
Macam-macam yang aku ingat..
(Kadang-kadang orang tak berapa muda macam aku cepat gak sensitif !! hehe.. Rasa macam bergenang je airmata kat kelopak mata nih.. )
Sekarang dia dah besar..
Dia dah pandai..
Dia dah cantik..
Dia dah tinggi..
Dia dah tau jalan sendiri..
Dia dah tau pakai make up..
Dia dah tau berkawan..
Dia dah tau marah-marah..
Dia dah tau pukul orang..
Dia dah tau merajuk..
Dia dah tau nak kuruskan badan..
Dia dah tau bercinta..
Dia dah tau ada boyfriend..
Dia dah tau apa makna kehidupan..
Maka apa sangatlah keperluan aku disisi dia.. (touching sikit !! hehe)
Makin meningkat umur kita maka makin singkatlah kehidupan kita..
Usia hanyalah sekadar nombor yang mengingatkan kita semakin hampir kita kepada kehidupan yang abadi..
Maka pergunakanlah sebaiknya usia yang ada..
Jangan sesekali sia-siakan apa yang kita ada..
Kasih sayang itu tak semestinya diluahkan secara 'live'..
Tapi ada part-part yang kita boleh "suarakan" kasih sayang itu..
Aku harap adik-adik aku akan mengerti..
Kakak mereka ini serba kekurangan..

"...Selamat Hari Ulang Tahun Yang Ke (??).. Shahdattul Mawarni Indahwan Shahputri Bt Taib..
Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan yang berkekalan, kehidupan yang bermakna, hati dan jiwa yang senantiasa tabah, sabar, tenang dan terang dan moga dipermudahkan segala urusan.. Juga semoga sentiasa dilindungi dibawah rahmat dan kasih sayang Allah swt sepanjang usia.. InsyaAllah.. Amin..."

Semoga membesar selari dengan kejayaan yang membanggakan.. Berjasa pada keluarga, agama, bangsa dan negara.. Jangan lupa solat dan doa pada Allah swt.. Agar Allah melorongkan Wai ke arah kebaikan dan kebahagiaan sehingga hujung usia.. Jangan mudah bangga diri dan bongkak bila kejayaan dihadapan mata.. Ingat !! Merendah hati itu lebih baik dari meninggi diri.. Biar orang nak kata apa tentang kita asalkan kita tau tempat kita berpijak.. Gantunglah impian setinggi bulan, taburlah cita-cita sebanyak bintang dan ciptalah harapan secerah matahari.. Lantas terus berusaha hingga kejayaan itu jadi milik Wai.. Doa akak akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup Wai...

~Salam sayang dari kakakmu yang jauh di mata~

p/s : Gua tunggu lu habis study je pastu keje.. nak tuntut janji lu nanti.. Kamera Nikon dengan jed kaler ungu.. Lu jangan buat-buat lupa plak bila lu grad nanti ye !! Hahaha..


-AkU-
Syurga Addin...
13:47 petang

Read more…

Tuesday, January 11, 2011

~Baguskah AJL???~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Entry ni sepatutnya aku publish semalam..
Tapi memandangkan sakit aku yang tak tertahan..
Maka aku tangguhkan sehingga ke hari ini..
Malam hari Ahad yang lepas, penuh wall feed di fesbuk dan twitter dengan satu cerita..
Tentang AJL..
Apa yang hebatnya AJL tahun ni ?
Aku pun tak nampak kehebatan AJL tahun ni..
Mungkin opening agak bagus bila dijemput artis-artis yang punya nama cukup besar dipersada seni seperti Fran, Nash dan M. Nasir..
Mata aku masih lagi terpaku di skrin tv bila mereka-mereka ini mula menyanyi..
Tetapi apabila mulanya artis yang pertama membuat persembahan..
Aku tak tunggu lama, terus turun ketingkat bawah untuk membaca buku..
Rasanya beberapa lagu yang aku dengar hanya sayup-sayup dari bawah..
Amat tidak memuaskan hati..
Aku kembali menonton apabila kumpulan Meet Uncle Hussein dan Black membuat persembahan..
Sangat mengecewakan..
Macam tak ada semangat nak nyanyi..
Kalaulah rasa memang tak nak buat persembahan..
Baik tarik diri awal-awal lagi..
Dan artis-artis yang seterusnya pun lebih kurang je..
Aku tengok gak persembahan Shahir..
Tak ada apa yang membezakan persembahan jemputan dengan pertandingan..
Bacaan sajak ketika Shahir menyanyi bagi aku dah biasa sangat..
Tak ada apa yang boleh dikagumkan..
Cuma yang agak mengejutkan bila Shahir ditampar saat akhir tu..
Agak terkejut jugaklah..
Dan aku hanya menonton sambil tersenyum..
(Lama dah tak angkat tangan dengan lelaki.. Hahaha !!)
Persembahan Hafiz agak mengujakan..
Suara Hafiz juga sedap didengar..
Biarpun kemalangan, Hafiz patut mendapat pujian dengan kesungguhan dia menjayakan AJL..
Kejutan yang dilakukan tak terduga..
Bukan sebab aku peminat Hafiz..
Tapi persembahan dia agak bagus..
Dan tak lupa persembahan Faizal Tahir untuk lagu Selamat Malam..
Artis-artis yang dijemput untuk memeriahkan pentas malam itu rasanya cukup membuat kelainan..
Cuma yang tak berapa nak sedap dipandang bila Faizal Tahir mengusap perut Norkhiriah..
Arrrggghhhh !! Jeles sekejap aku !! Hahaha..
Tapi persembahan kedua Faizal Tahir dengan lagu Hanyut..
Macam ahli silap mata la pulak !!
(Tak boleh puji lebih-lebih.. Nanti orang kata aku saja je nak puji FT sebab aku antara peminat FT..)
Hehehe..
Tapi overall aku memang tak puas hati dengan AJL kali ni..
Sangat-sangat menghampakan..
Ini bukan macam pertandingan juara lagu..
Tapi macam persembahan biasa..
Dan lagi satu yang aku sangat tak puas hati..
Kenapa artis kita sekarang ni tak mahu rakam lagu tradisional ????
Susah sangat ke nak jual lagu-lagu macam tu ??
Takkanlah nak tunggu kemunculan semula Dato Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris..
Inilah trademark kita Malaysia..
Orang luar pun datang nak dengar lagu-lagu yang sebegini..
Tapi artis kita sibuk sangat nak rakam lagu-lagu yang merepek..
Tak bersifat kenegaraan langsung !!
Rasanya AJL tak sempurna kali ni..
Lagu-lagu dan artis-artis yang dipertandingkan tak ada yang mencabar sangat..
Biasa-biasa saja..
Tapi yang aku puji ialah bila saat akhir..
Dijemput Datuk Sharifah Aini, Ziana Zain dan Dato Siti Nurhaliza menyanyi..
Ya.. Aku rindukan artis-artis yang begini bertanding..
Dan aku rindukan lagu-lagu tradisional..
Rindu itu terubat bila dengar dendangan Dato Siti Nurhaliza..
Dan aku kurang puas hati hati bila AJL menutup tirai..
Ternyata aku masih lagi mempertikaikan kemenangan Ana Raffali..
Aku pun tak tahu apa kriteria yang juri pilih untuk seorang pemenang..
Kalau nak kata sebab Ana Raffali yang buat semuanya dari komposer, penulis lirik dan lagu serta penyanyi..
Aku tak rasa Ana Raffali yang terbaik..
Lirik lagu dia pun tak la puitis mana pun..
Rasanya aku pun boleh tulis lebih baik dari tu..
Cuma sebab aku tak pandai nak buat lagu je..
Kalau tak, aku pun boleh jadi komposer macam diorang-diorang ni..
Hehehe..
Cukuplah rasanya aku jadi pahat yang masih berbunyi sedang rumah telah pun siap dibina..
Walau telah siap sesebuah rumah itu, tapi ada jugak yang perlu diperbaiki sebab tak semestinya siapnya sebuah rumah itu maka penghasilannya juga sempurna..
Jangan pernah terfikir begitu..
Ada juga yang perlu dibuat pengubahsuaian dan ditambahbaikkan..
Pihak yang terlibat kena terimalah..
Jangan jadi syok sendiri..
Bagus pada pandangan mata kita tak semestinya bagus pada pandangan mata orang lain..
Orang mengata ada kebaikannya..
Untuk memperbaiki sesebuah kerja..
Itu je yang aku dapat komen..
Sebab perut aku rasa makin mencucuk macam semalam..
Huh !! Jenuh nak menaip sambil berbaring..


-AkU-
Syurga Addin...
21:43 malam...

Read more…