Monday, February 28, 2011

~Malam itu...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Malam semakin meninggalkan gelapnya..
Sunyi dan sepi..
Namun aku masih berjaga..
Hmm.. Mata tak rasa mengantuk..
Usai membaca kitab Fazaile-Amal..
Aku ke bilik belakang berseorangan..
Di situ lebih sunyi..
Biarpun diiringi suara cengkerik dan air yang mengalir..
Namun itu irama semulajadi yang indah..
Bibir aku mengalun perlahan lagu "Pergilah Sayang" dendangan Ella dan Korie..
Bersama petikan gitar mengikut iramanya..
Sambil jemari aku menari di dada gitar..
Fikiran aku melayang jauh di langit hitam..
Semakin jauh dan jauh hinggakan tak terlihat lagi..
Lagu itu masih berkumandang tatkala aku kembali ke "alam nyata"..
Hmm.. tentunya suara itu milik aku..
Aku tinggalkan gitar di situ..
Bersama alunan muzik cengkerik dan bicara air..
Untuk kembali ke kamar utama..
Buat memenuhi fitrah manusia..
Dan merasai nikmat Allah swt.. tidur..
Selamat pagi dunia.......


















-AkU-
Syurga Addin...
02:47 pagi...

Read more…

~Selamat jalan Cikgu...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...



كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ


"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan kepada kami" ~Al-Anbiya :: Ayat 35~



Setiap pagi setelah terbangun dari lena..
Pastinya kalimah Alhamdulillah, syukur akan meniti dibibir..
Mensyukuri nikmat Allah masih lagi dikurniakan nyawa dan udara buat meneruskan perjalanan di bumi ini..
Bukankah itu satu nikmat yang tidak terhingga ?
Hari ini aku terima satu berita yang mengejutkan..

Kisah Di Tingkatan 1..

Aku memulakan persekolahan di Sek Men Taman Tasek Ampang..
Kerana pendiam dan agak sombong, maka aku tiada kawan yang ramai..
Guru yang aku kenal pun tak ramai..
Sementelah sekolah yang baru..
Aku hanya ingin bercerita tentang seorang guru..
Beliau yang agak muda dan hmm.. handsome.. (waktu itu.. Hehe..) dan rasanya masih single..
Seorang yang kemas dan sukar untuk tersenyum..
Wajah yang dihiasi cermin mata serta misai nipis menghiasi bibir yang agak kehitaman.. (mungkin kesan merokok kut.. Aku tak pasti.. hehe..)
Biarpun sukar untuk senyum, mungkin kerana menyesuaikan diri dengan gelaran Guru Disiplin waktu petang..
Namun beliau bukanlah seorang guru yang sukar dibawa berbincang..
Beliau mengajar aku mata pelajaran Bahasa Melayu..
Mungkin kerana aku adalah peminat kepada mata pelajaran ini..
Maka setiap kerja yang diberi, aku lakukan dengan bersungguh-sungguh..
Hinggakan saat penjaga dipanggil untuk berjumpa guru bagi membincangkan tentang pelajar..
Pujian sahaja yang aku dengar disampaikan kepada kakak aku.. (kakak adalah penjaga aku ketika itu)..
Hehe.. Bukan la nak berbangga, tapi itu la yang aku harapkan..
Ada lagi cerita yang tak akan pernah aku lupakan..
Waktu itu bulan Ramadhan..
Sebagai seorang guru yang aku sayang.. (pada waktu itu)..
Maka beliau adalah antara guru yang mendapat kad Hari Raya dari aku..
Dua hari selepas itu, kad yang aku hantar mendapat balasan..
Aku ingat lagi sewaktu melintas dihadapan Bilik Disiplin..
Wajahnya yang kurang mesra membuatkan hati aku tertanya-tanya bila saja dipanggil mengadap..
Sejurus selepas duduk dihadapannya, sekeping kad dihulur bersama sebuah senyuman..
Aku hanya mampu tersenyum sambil meminta diri..
Sebelum sekolah ditutup untuk bercuti Hari Raya.. Kalau tak silap masa tu bulan Mac tahun 2004..
Masa tu perhimpunan waktu petang..
Aku yang setiap masa duduk di barisan belakang.. (sebab suka berborak dengan member! Hehe..)
Kelihatan beliau seolah-olah mencari seseorang..
Sampai di barisan aku, terdengar nama aku dipanggil..
Kerana hormat seorang guru, maka aku bangun dan mendapatkan beliau..
Katanya ingin berjumpa sejurus selepas habis perhimpunan..
Sepanjang perhimpunan hati aku tertanya-tanya.. Bukan aku saja, rakan-rakan yang lain juga begitu..
Urmm.. Apa agaknya yang diinginkan..
Usai perhimpunan, aku terus melangkah mendaki anak tangga ke Bilik Disiplin..
Waktu itu tiada siapa pun disitu.. Hanya aku dan guru muda itu..
Aku hanya berdiri di tepi tingkap bersebelahan dengan pintu..
Hari itu wajahnya terhias dengan senyuman mesra..
Dia menjemput aku duduk berhadapan dengannya..
Perbualan kami berkisarkan tentang raya yang hampir tiba..
Lebih kurang setengah jam kami berbicara..
Aku minta diri untuk pulang, kerana hari sudah hampir lewat..
Sebelum aku bangun, beliau sempat menghulurkan RM10 sebagai duit raya katanya..
Waktu itu besar bagi aku jumlah RM10..
Ye la, dalam keadaan keluarga yang agak susah, perbelanjaan aku amat terbatas..
Aku sempat tanya untuk apa duit itu ?
Katanya sebagai tambang untuk balik kampung.. Haha..
Tentunya dia tak pernah lupa jawapan aku sewaktu ditanya mengapa aku tak balik ke kampung Hari Raya kali ni.. Kata aku tiada transport.. Hehe..
Ucapan Selamat Hari Raya mengiringi langkah aku keluar dari Bilik Disiplin itu..
Itu antara kenangan indah antara aku dan guru muda ini..
Jangan salah sangka.. Antara kami sekadar hubungan seorang abang dan adik..
Tidak pernah tercemar dengan soal hati..
Beliau antara orang yang sentiasa ada untuk mendengar kisah luka dan lara aku waktu itu..
Cuma keadaan itu terhenti setakat itu saja..
Setelah aku bertukar sekolah, antara kami tiada lagi berhubung..
Semua itu kisah yang berlaku 17 tahun lepas..
Dan kini setelah bertemu kembali, di FB sahaja.. (Mungkin beliau sudah lupa dengan bekas pelajarnya ini)..
Petang tadi sewaktu melayari email Yahoo.. (untuk mengemaskini)..
Aku dikejutkan dengan berita..
Kembalinya beliau ke rahmatullah..
Tergamam sebentar dan jemari ini kaku tanpa gerakan.. Hanya bisikan "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un"..
Khabarnya beliau kemalangan jalan raya pagi tadi sewaktu mengikuti konvoi..
Alhamdulillah, jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Lalang, Semenyih pukul 6.30 petang tadi..
Doa aku semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para muslimin..
Semoga kasih sayang Allah swt akan bersama-samanya..
Bacaan Yasin dan Al-Fatihah aku hadiahkan buat arwah..
Semoga tenang dia "disana".......
Dan kenangan itu akan aku simpan sebagai momen indah dalam lipatan sejarah hidup aku..

YM Cikgu Raja Azman Raja Mushahar..
14 Disember 1967 ~ 27 Februari 2011..


Gambar ini aku perolehi dari laman Facebook beliau..
Agak berbeza dari 17 tahun yang dulu..



-AkU-
Syurga Addin...
00:17 malam...

Read more…

Friday, February 25, 2011

~Ummi sakit~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum...

Semalam hujan turun dari pukul 3 petang lebih..
Menjadikan malam aku lebih sejuk dari biasa..
Tidur aku hampir lena hingga la terjaga sewaktu Subuh hampir menjelma..
Usai solat aku pun mula mengalunkan bacaan Yasin..
Bacaan itu untuk Ummi yang kurang sihat di Kelantan..
Ceritanya..
Semalam Incik Hubby balik ke rumah lebih kurang pukul 4 lebih..
Dia singgah sekadar nak bagitau perlu balik ke Kelantan..
Katanya Ummi masuk hospital..
Cuma tak tau kenapa..
Disebabkan kereta tak muat untuk aku dan Imad..
Sebab dalam kereta tu dah penuh dengan Incik Hubby, adik ipar aku Ayu, My Honey Dew dan 3 orang anak-anak..
Maka aku kena beralah untuk tinggal di KL sahaja..
Dan Incik Hubby janji akan melaporkan berita dari semasa ke semasa..
Petang tu lepas Incik Hubby balik ke Gombak..
Abah call aku..
Nak bagitau berita yang sama.. Aku pun tanya dengan detailnya pasal Ummi..
Abah cakap tangan dan kaki Ummi sebelah kanan dah tak boleh bergerak..
Lebih kurang pukul 12 tengah hari semalam..
Abah panggil ambulans dari Klinik Selising untuk hantar Ummi pergi Hospital Pasir Puteh..
Aku tanya sebab apa tak boleh gerak ?
Abah cakap mungkin pasal hari tu Ummi jatuh dari katil waktu nak ke bilik air..
Urmm.. Mungkin juga..
Aku terangkan dengan Abah, kenapa aku tak boleh balik..
Aku mintak maaf kat Abah.. Tapi takpe, Abah faham..
Dan aku minta Abah inform aku perkembangan pasal Ummi..
Jadi apa yang boleh aku buat kat rumah ni ?
Lepas maghrib semalam, aku baca Yasin untuk Ummi..
Usai solat aku berdoa..
Moga Allah permudahkan segala-galanya untuk Ummi..
Agar Ummi dapat sihat semula seperti sediakala..
Ummi boleh tengok Imad dah makin besar..
Ummi boleh dengar Imad dah pandai berselawat..
Ummi boleh tengok macam-macam perkembangan Imad yang Ummi dah terlepas..
Doa aku untuk Ummi..
Semoga kasih sayang dan rahmat Allah swt akan sentiasa bersama-sama Ummi..
Aku hanya mampu berdoa dari jauh..
Keadaan ketika ini yang tak mengizinkan aku untuk turut serta berada disisi Ummi..
Aku redha.. InsyaAllah, aku akan masih sempat bersama Ummi lagi..







Ni gambar Raya tahun lepas.. Aku tak banyak gambar dengan Ummi..














*Maafkan Fie, Ummi.. Andaikata Fie masih lagi tak mampu menjadi menantu yang baik untuk Ummi...


-AkU-
Syurga Addin...
10:07 Pagi...

Read more…

Thursday, February 24, 2011

Imad melawat KLCC~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Dah lama tak keluar jalan-jalan..
Sejak kereta aku problem..
Petang semalam tiba-tiba je timbul idea nak pergi KLCC..
Sebenarnya bukan la nak pergi sangat pun..
Tapi sebab Incik Hubby ada meeting dengan Tengku..
So, aku ambil kesempatan untuk meronggeng.. kehkhekeh !!
Pukul 5.15 petang kami keluar dari rumah..
Aku, Imad, Incik Hubby dan Sara.. (gf Incik Hubby.. hehe)
Sampai KLCC tepat pukul 5.30 petang sebab ikut highway AKLEH..
Aku tunjukkan tempat kat mana Incik Hubby nak jumpa Tengku.. Kat DOME..
Pastu aku dengan Sara bawa Imad jalan-jalan kat luar tu..
Tengok air pancut ngan air terjun..
Hehe.. Macam tak pernah tengok pulak kan !!
Bukan la aku yang excited sangat pun.. Tapi Imad..
Senyum je Imad sepanjang kat sana..
Dah penat jalan-jalan, kitorang pun duduk kat bangku tepi jalan tu..
Dengan bunyi air terjun tiruan.. Dengan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa Jerman.. Dengan pancaran matahari yang redup.. Aku tengah sibuk berbincang dengan Sara.. (bincang la sangat kan !!) Imad boleh tertido kat atas bangku tu.. Kehkehkeh..
Tak sampai 5 minit Imad tido, macam rasa titisan air jatuh pulak.. Alaaaa... hujan la..
Kitorang pun cepat-cepat jalan masuk KLCC balik.. Imad terus tak jadi tidur..
Ingatkan nak pergi makan kat KFC, tiba-tiba tengok dah tutup.. Uikkss ?? Bila masa KFC tutup ??
Nampak sangat aku dah lama tak datang kat KLCC.. Hehe..
Terpaksa la kitorang masuk Cold Storage..
Sara beli air dengan roti.. Boleh la..
Tak lama duk kat situ.. Incik Hubby call..
Tak sempat nak pusing-pusing KLCC pun.. Tapi Imad tetap seronok.. Ini first time Imad jalan-jalan kat KLCC..
Bukan aku tak nak bawak Imad jalan-jalan.. Tapi memandangkan group korupsi aku masing-masing dah pergi belajar..
Maka tak ada la yang boleh teman aku pi meronggeng.. Hehe..
Tapi bagus jugak diorang ni pergi belajar.. Jimat duit aku.. (sebab setiap kali keluar, memang duit aku je yang mengalir laju !!) Kehkehkeh !!





Relaks je Imad sandar kat Sara.. Macam tu la Imad duduk.. statik je sampai kat KLCC..

















Imad bergambar hensem atas meja makan kat Cold Storage.. Letak atas kerusi, dia pergi gigit meja pulak !!

















Dengan penuh perasaan menikmati air Ribenna.. Hehe..
















Imad ni memang malas nak mengunyah biarpun gigi dah penuh kat dalam mulut tu.. Roti ni dia kemam sampai hancur.. Hihi..












*Biar Imad tak sesempurna anak-anak yang lain.. Namun inilah permata hati yang senantiasa memberikan aku ketenangan dan kedamaian saat hati dilanda resah dan lara... Alhamdulillah.. Syukur...


-AkU-
Syurga Addin...
10:27 Pagi...

Read more…

Wednesday, February 23, 2011

~Alhamdulillah.. Syukur...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Kata-kata nasihat seorang teman :-

"Benar..
Allah memberikannya kekayaan..
Allah memberikannya kekuasaan..
Allah memberikannya kemasyuran..
Allah memberikannya kebijaksanaan..
Allah memberikannya kejayaan..
Allah memberikannya kehebatan..
Tetapi..
Adakah hati dia gembira.. ?
Adakah hidup dia bahagia.. ?
Adakah bibir dia sering ketawa.. ?
Adakah jiwa dia tenang.. ?
Adakah dia rasa bersyukur.. ?
Adakah dia..........................

Manakala kamu diberi kebahagiaan..
Kesihatan yang hampir sempurna..
Keluarga yang gembira..
Hati yang tenang dan damai..
Jiwa yang halus dan lembut..
Minda yang positif dan menerima..
Biarpun bermacam kekurangan............
Namun.. Adakah kamu bersyukur ??

Kesimpulannya..
Biarpun kelihatan segala-galanya milik dia..
Namun nikmat itu umpama melebihi buat kamu..
Bersyukurlah.. Nikmat Allah itu tak ternilai harganya.."


::: Kata-katanya memberikan satu kesedaran setelah aku dibuai lena prasangka dan terus-terusan bertanya tentang kasih sayang Allah pada diri sendiri.. Allahuakbar.. Lantas terus aku sujud syukur atas limpah kurnia dan rahmatNYA yang masih lagi terus mengiringi perjalanan hidup aku.. :::



-AkU-
Syurga Addin...
13:27 Petang...

Read more…

Tuesday, February 22, 2011

~Pujuk la.. Peluk la..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Aku selalu "jalan-jalan" tengok blog-blog yang agak best untuk dibaca..
Ada jugak ilmu yang boleh dapat bila tengok blog orang lain..
Contohnya bila baca blog "Notasiku"..
Hehe.. blog dia agak sempoi.. Tapi ada pengajaran dan ilmu yang boleh aku manfaatkan..
Ada satu cerita tentang pelukan.. Aku malas nak cerita lanjut..
Kalau rajin, korang baca la dekat sini dan juga kat sini..
Aku pun cuba la mengaplikasikan ilmu yang dibaca itu..
Malam tadi.. Lepas menanti lebih dari 3 jam tanpa khabar berita dari Incik Hubby..
Owh ! Incik Hubby pergi rumah My Honey Dew yang belum lagi berapa sihat..
Maka aku pun ambil keputusan untuk naik ke bilik dan tengok tv..
Pukul 8 lebih, sayup-sayup aku dengar pintu rumah aku diketuk..
Aku pun turun kat bawah.. Kalau selalunya laju je langkah aku..
Kali ni macam orang nak kira anak tangga lagaknya.. Hehe..
Aku buka pintu dengan muka macam mangga muda.. Kehkehkeh !!
Incik Hubby tersengih je kat muka pintu dengan plastik di tangan dia..
Satu ada kuew tiaw goreng, satu lagi ada ais krim.. (nak pujuk la kononnya)..
Belum sempat dia nak masuk rumah..
Mulut aku dah bunyi macam ayam duk bawah tempurung kelapa.. Pergghhh !! Bising siott !!
"Bukan reti nak call bagitau sepatah ! Kut la ada emergency ke.. Masuk hospital balik ke ! Anak-anak ada hal ke ! Kita ni tunggu la macam orang stupid kat rumah ! Blablabla !!!!!" (Lebih kurang yang aku bebelkan)
Muka dia dah kelat je.. Aku buat tak reti je walau kat hati ni dah rasa bersalah sebab terus serbu tak tunggu apa dah..
Lepas je dia naik ke bilik, aku terus masuk bilik air untuk ambil wudhu'..
Nak sejukkan hati yang agak panas (sebenarnya rasa bersalah yang amat).. Aku pun terus solat Isya'..
Usai solat, aku meniti tangga naik ke bilik..
Dengan lafaz Bismillah, aku tolak pintu bilik.. Terus melangkah ke arah dia yang tengah baring sambil baca surat khabar..
Aku panjat katil dan terus peluk dia.. Lama jugak la.. Sempat la rasa rambut aku dibelai dan kepala aku dicium tanda sayang serta balasan pelukan seorang suami.. Terasa sejuk sudah hati aku..
Setelah hati aku kembali pulih, aku pun panggung kepala sambil kata.. "Ok.. Dah sudah !"
Dia tanya "Dah sudah apa ?".. Aku sengih je.. "Nak pujuk Abang la".. Aku balas..
"Macam tu je ke ?".. Dia tanya lagi.. "Heeeee... ok la.. Sayang mintak sorry".. Aku sengih lagi..
"Ok.. Jangan buat lagi".. Itu je dia cakap.. Senang giler nak pujuk dia..
Maka dah berdamai la kami.. Huhu.. Gugur la dosa aku yang tadi.. Nasib baik hati aku ni lembut..
Dah tua-tua ni kan.. Tak boleh nak keras kepala sangat.. Hehe..
Korang yang jadi isteri ni pun.. Kalau ada kes-kes kecemasan macam aku ni..
Cuba la mengaplikasikan teknik pujuk dan peluk ni juga pada suami-suami korang..
InsyaAllah berjaya.. Tengok la macam aku !! Kehkehkeh !!



Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah." (Riwayat Thabrani)





-AkU-
Syurga Addin...
12:57 Tengah hari...

Read more…

Monday, February 21, 2011

~Manisnya "MADU"~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni badan aku rasa tak berapa nak sedap..
Urat-urat rasa macam kejang je.. Hehe.. ini la penangannya bila jarang-jarang bersenam..
Bila sesekali bersenam, satu badan mengalami kejutan budaya..
Biasa la bila umur dah makin meningkat ni..
Kena la jaga kesihatan..

Untuk entry kali ini.. Mungkin agak panjang sikit..
Aku nak bercerita tentang tajuk kat atas tu..
Dari tajuk orang boleh agak macam-macam cerita..
Tapi biasanya dalam fikiran korang akan ada satu cerita saja..
Ya ! Betul dah tu.. Bermadu.. Atau pun poligami..
Mengapa ramai kaum Hawa menolak dan menentang poligami ?
Bukankah itu satu perkara yang halal disisi Islam dan Allah swt membenarkannya..
Tentu banyak jawapan dan alasan dari kaum Hawa sendiri..
Aku sudah pernah mengalami situasi ini..
Baik yang pertama mahupun yang kedua.. Hehe..
Tak payah la tanya pengalaman aku..
Aku hanya nak berkongsi sesuatu saja..
Kenapa menentang ?? Urmm.. Banyak alasan, tapi cukuplah aku bagi alasan yang kerap diberi..
Alasan yang paling glamour ialah tak suka berkongsi "milik kita"..

Berkongsi dari segi apa ? Kesemuanya..
Mengapa tidak ?? Kita boleh berkongsi bumi ini dengan manusia dan makhluk yang lain..
Mengapa kita tidak boleh berkongsi seorang suami dengan wanita yang lain ?
Ok.. Mungkin ada yang tidak setuju dengan kenyataan itu..
Aku bagi satu contoh ye.. Urmm apa ye...
Kata la kita pergi makan di sebuah gerai atau restaurant..
Tak ramai yang suka makan pakai tangan (macam aku).. Hehe..
Ramai yang suka makan pakai sudu dan garfu..
Pernah tak kita fikir semua peralatan yang kita guna tu ada orang lain yang dah gunakannya terlebih dahulu..
Pinggan, cawan, sudu, garfu, kerusi, meja dan macam-macam lagi..
Bukan sorang dua je yang pernah guna..
Beratus, malah beribu kalau kedai tu dah bertahun terpacak kat situ..
Dan bukan Melayu je, India, Cina, Bangla, Indon, Orang putih, Negro dan bermacam bangsa lagi..
Cuba fikir macam-macam benda yang dah masuk kat dalam mulut diorang tu..
Pernah tak kita rasa geli nak makan kat kedai ?? Tak pernah pulak kan ?? Hihi..
Ada tak kita cakap kat tuan punya kedai tu, kita nak peralatan yang  baru..
Pinggan baru, sudu garfu baru, kerusi baru, meja baru.. Berani tak kita mintak semua tu ??
Tentunya tak berani kan ?? Mengapa ?? Nak kena halau dek tuan punya kedai ?? Haha..
Sama seperti Suami.. Betul la.. Kita kena berkongsi segala-galanya dengan madu kita..
Tapi pernah tak kita fikir apa manisnya "madu" itu sebalik kepahitan yang orang selalu perkatakan ??
Betul, banyak cerita yang dihadapkan pada kita tentang ketidakadilan dalam hal poligami..
Tapi tak semuanya begitu..
Dalam kehidupan seharian kita pun, kita masih lagi "bermadu"..
Kita berkongsi ibu dan ayah dengan adik beradik..
Kita berkongsi bilik dengan kakak dan abang..
Kita berkongsi pejabat dengan rakan-rakan..
Kita berkongsi peralatan dengan manusia yang lain..
Kita berkongsi udara dengan kehidupan yang lain..
Mengapa kita boleh terima sebegitu ?
Oh ya ! Itu semua tak melibatkan perasaan, mungkin..
Tapi tetap juga kita berkongsi..
Jangan la hanya pandang kepada sudut negatif.. Cuba la buka minda kita dan berfikir dari sudut positif..
Terfikir tak kita.. (cuba fikir secara positif ye)
Andaikata kita sakit dan tak larat nak buat kerja rumah.. (ye la nak gaji pembantu rumah, susah sikit sekarang ni)..
Kita boleh minta tolong madu kita..
Ataupun kita nak bersalin, mak dan mertua kita dah tak terlarat nak jaga kita..
Kalau madu kita tak kerja, boleh minta tolong dia masakkan atau tolong jaga anak kecik kita..
Bukan la nak jadikan madu kita orang gaji.. Tapi ini la yang dikatakan kerjasama..
Kalau kita nak pergi jalan-jalan, tak ada geng nak ajak.. Apa kata minta madu kita teman kita.. (Haha.. kalau dia tak sibuk la)..
Bukankah manis begitu ? Hehe..
Jangan kata aku cuma pandai bercakap saja..
Aku bercerita dari pengalaman..
Pernah aku buat entry tentang cerita begini dekat sini.. Kalau rajin, boleh baca..
Cuba la buka minda kita untuk berfikir secara meluas..
Jangan hanya berfikir apa yang orang lain kata saja..
Belum tentu pendapat orang lain tu betul dan boleh dipakai 100%..
Kita sendiri sudah cukup dewasa dan matang untuk buat keputusan..
Allah swt jadikan sesuatu itu pasti ada hikmah dan nikmat yang kita sendiri tak pasti..
"MADU" itu sendiri telah menerangkan rasanya..
Usah kita tukar rasa itu hanya kerana ego dan nafsu yang mendiami jiwa dan hati kita..
Manisnya rumahtangga dan bahagianya ikatan perkahwinan itu hadirnya dari usaha dan tanggungjawab kita..
Maka, berusahalah untuk menjadikan rumah kita satu syurga yang indah, damai dan tenang..
Berdo'a, tawakkal dan redha la dengan ketentuan Ilahi..
InsyaAllah.. kasih sayang Allah itu mengatasi segala-galanya..












*"...Poligami adalah pintu darurat di pesawat, tidak dibuka kecuali emergency dan atas izin pilot...".. Persoalannya, siapakah "PILOT" itu ??


-AkU-
Syurga Addin...
15:57 petang...

Read more…

Sunday, February 20, 2011

~Kenapa hati masih sakit ?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Bila dah tak ada kerja waktu-waktu begini..
Aku pun buntu nak buat apa..
Fesbuk pun dah tak menarik mana..
MySpace dan Friendster lagi la dah berzaman tak layan..
Maka aku luaskan penglihatan aku melawat ke blog-blog yang lain..
Ada satu cerita yang ingin aku kupaskan..
Bukanlah nak kata aku ini pakar tentang hati dan perasaan..
Sekadar memberi pendapat dan pandangan dari sisi mata seorang yang pernah mengalaminya..

"Apabila hati kita cemburu melihat orang yang pernah kita sayang sedang berbahagia..
Sedang kita.. Masih lagi sendirian melayari kenangan silam antara kita dan dia..
Sakit dan terseksa rasanya.. Kenapa kita saja yang mesti rasa macam tu ? Kenapa dia boleh terus bahagia ?Pasti ada yang pernah mengalaminya.. Dan ada yang masih lagi terasa.."

Urmm.. Aku juga pernah mengalaminya dulu..
Sewaktu zaman masih lagi hijau dengan kisah cinta.. Hehe..
Jujurnya aku tidak pernah faham apa makna cinta..
Cuma mungkin sakit itu hanya kerana perasaan ingin memiliki dan dimiliki itu tak kesampaian..
Begitukah cinta ?? Hmm.. Pendapat masing-masing..
Ok.. Apa yang harus kita lakukan apabila keadaan sebegitu mendominasi hidup kita sekarang ?

SOLAT..

Ya.. Bersolat la..
Bukan sekadar solat wajib..
Tetapi luangkan la masa untuk bersolat sunat juga..
Sunat Taubat, Sunat Tahajjud, Sunat Hajat, Sunat Istikharah..
Kita boleh bersengkang mata untuk study mahupun menonton tv..
Tapi mengapa sukar untuk luangkan sedikit masa untuk bersolat sunat ??

MENGAJI

Ambil la sedikit masa untuk mengalunkan kalimah Allah..
Al-Quran itu bukan seperti novel yang cukup sekali dibaca..
Ia adalah kitab yang menenangkan dan mendamaikan bila diulang baca..
Sebagai penawar saat hati sedang dalam gundah..
Sebagai penyejuk kala jiwa dirundung duka..
Dan pemberi petunjuk waktu nurani bersarang lara..
Cuma jangan la mengingati Al-Quran saat kita sedang berduka sahaja.. !!
Waktu gembira dan masa senang juga basahkan la lidah kita dengan bacaan Al-Quran..

PUASA

Berpuasa la..
Agar hati kita menginsafi sukar dan senang kehidupan ini..
Biar minda kita berfikir benda yang lain selain dari luka hati..
Membiarkan perut kosong begini adalah lebih bermakna lagi dari membiarkan perut kosong tanpa berpuasa hanya kerana melayan jiwa yang sedang terseksa..

BERZIKIR

Ringankan la bibir kita untuk mengalun zikir memuji allah dan RasulNYA..
Andai sebelum ini dibibir kita acap kali terbit nama dan kata-kata cinta untuk pasangan kita..
Mengapa tidak kita hiaskan waktu-waktu kita dengan puji-pujian keatas PENCIPTA..
Ini lebih lagi dapat membuatkan kita semakin melupakan resah hati yang sedang melanda..
MengingatiNYA adalah lebih berfaedah dari melayan jiwa yang parah..
Bukankah itu terapi jiwa yang lebih berkesan !!
Berzikirlah berulang kali biar bergema setiap pelusuk kediaman kita..

BERDOA

Bukan sahaja usai solat mengizinkan kita untuk berdoa..
Tetapi setiap masa dan ketika kita digalakkan berdoa memohon petunjuk dari Allah swt..
Allah sangat suka hambaNYA yang senantiasa meminta kepadaNYA..
Berdoa la dengan sepenuh hati.. Menangis la.. Merintih la..
Kerana Allah sentiasa mendengar permintaan hambaNYA..
Hanya kita yang kerap kali melupakan DIA..

Ada yang mengatakan telah pun berbuat semua yang di atas..
Namun hati masih lagi sedih dan berduka..
Masih lagi wujud perasaan sakit dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain..
Soal pada diri sendiri..
Adakah kita buat semua itu kerana Allah atau pun sekadar mencuba saranan orang lain..
Apakah hati kita redha dengan ketentuan Allah stw..
Adakah kita masih lagi tetap dengan rukun Iman yang keenam iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar Allah swt..
Apakah sewaktu solat dan mengaji itu tumpuan kita sepenuhnya pada Allah ataupun hanya sekadar gerakan tubuh namun fikiran kita sentiasa berpusat pada hamba Allah yang lain..
Hanya kita yang tahu jawapan untuk diri sendiri..
Maka dengan itu.. Sematkan la dalam jiwa.. Allah menguji seseorang itu dengan ujian yang kita mampu lalui..
Allah tidak pernah kejam dengan menguji dan menduga hambaNYA tanpa mengetahui sesuatu yang terbaik untuk diri kita..
Kita sahaja yang tidak pernah tahu kasih sayang Allah untuk kita..
Percaya la.. Kasih sayang Allah itu mengatasi segala-galanya..
Berdoa, tawakkal dan redha la sepenuh hati dengan dugaan Allah untuk kita..
InsyaAllah, hati kita pasti juga tenang suatu hari nanti..

Itu yang aku lakukan selama ini..
Alhamdulillah, aku peroleh kesejahteraan dan kedamaian dalam jiwa..
















*Salam kasih sayang untuk yang sudi membaca dan menghayati penulisan kali ini..


-AkU-
Syurga Addin...
15:57 petang...

Read more…

Thursday, February 17, 2011

~Lahirnya seorang.. AkU~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Pada waktu ini; 19:15 senja, pada hari Selasa, 17 Februari, 30 tahun yang lalu, di sebuah rumah setinggan di perkampungan Sri Ampang, Selangor..
Lahirlah seorang bayi yang cukup sifat ; dan diberi nama..
Shahdattul Olivia Ferranee Imelda Binti Taib..
Nama pun dah macam orang putih..
Tentu-tentunya budak kecik ni comel.. Kahkahkah !!
Urmm.. Itu adalah serba sedikit sejarah kelahiran aku dulu..
Aku pun tak tau sebenar-benarnya asal-usul nama glamour aku tu..
Cuma yang aku tau nama aku sorang dalam adik beradik yang bunyinya ala-ala orang putih..
Mak kata masa kecik aku montel orangnya.. Semestinya comel !! Hehe..
Lahirnya aku sebagai bayi perempuan, cuma aku membesar seperti budak lelaki..
Aku pakai baju Melayu, pakai songkok waktu mengaji dan bermain permainan lelaki..





tu la aku.. duk kat sebelah ayah tiri aku.. Time ni umur aku dalam 4 atau lima tahun.. hehe.. hensem kan ???















Ni gambar aku, Kak Mie, Mak Anjang dan arwah Kak Ngah.. Time ni aku baru nak masuk 4 tahun..














Aku mengalami transformasi sewaktu berumur 6 tahun..
Belajar jadi seorang kanak-kanak perempuan dan memakai baju kurung..
Biarpun hati memberontak, tapi akhirnya dalam terpaksa aku terima juga perubahan ini..























Sewaktu remaja aku antara budak perempuan yang selekeh ! heh !! Tapi pemalu.. kahkahkah !! (Agak menipu sikit)..







Ni gambar time Tingkatan 5 Sc 1.. Kat sebelah aku tu Ina.. My very best friend.. Ambik gambar kat depan tandas tingkatan 5.. Hehe.. Buruk perangai !!!












Dan aku dewasa sebagai seorang gadis yang ayu, sopan dan cantik (yang ni aku je perasan !! Haha..)
















Aku dah masuk alam 30-an tahun ni..
Tak ada apa sebenarnya yang menakutkan bila memasuki fasa baru dalam kiraan umur..
Cuma seharusnya bila sudah makin bertambah usia tu..
Makin bertambah juga kematangan dan kebijaksanaan kita dalam melayari bahtera kehidupan ini..
Dan juga semakin kita memahami prinsip Iman dan Amal..
Begitu jugalah perihal aku..
InsyaAllah aku sudah semakin faham tugas dan tanggungjawab aku..
Di usia 30 tahun ini.. Aku seorang wanita, seorang isteri kepada suami yang hampir sempurna; Mohamad Azhan Bin Mohamed Adnan, seorang anak kepada pasangan ibu bapa; Taib bin Mahmod dan Lipor Binti Abd Hamit, seorang ibu kepada Muhammad Imad Addin, dan seorang teman kepada ramai yang lain..
Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan usia aku hingga ke hari ini..
Dan masih lagi berkesempatan untuk aku melihat dan bernafas di bumi Allah..
Syukur kepada Allah kerana telah memberi kesihatan dan kesempurnaan kepada aku..
Terima kasih kepada yang sudi melayangkan ucapan untuk hari lahir aku tahun ini..
Semoga anda juga dikurniakan usia yang berpanjangan, rezeki yang berterusan dan kebahagiaan yang berkekalan.. Dan semoga anda dilindungi di bawah kasih sayang dan rahmatNYA.. InsyaAllah.. Amin...


*Again, 17 February tells a new story of me.. A new chapter of my life...


-AkU-
Syurga Addin...
19:15 senja...

Read more…

~Doa seorang ibu tiri~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Semalam seawal pukul 5 pagi aku dah bangun..
Sebabnya.. nak hantar anak sulung ke sekolah berasrama penuh di Gopeng, Perak..
Nama sekolah tu ialah.. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng..
Hehe.. Tingkatan satu dah duk kat asrama.. Bagus !! Belajar berdikari..
Aku dulu tak sempat nak duk asrama..
Sampai kat Gopeng pukul 9 tepat..
Ada sesi pendaftaran la pulak..
Maka beramai-ramai la aku dengan ibu bapa yang lain pergi masuk kat dewan untuk daftar anak masing-masing..
Sementara Incik Hubby pergi daftar abang..
Aku duduk dengan Balqis kat sofa sambil borak-borak kosong..
Lebih kurang pukul 10.30 pagi ada taklimat pengetua..
Macam-macam yang pengetua cakap untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar baru..
Lebih kurang pukul 12 baru habis semuanya..
Kami bawa anak untuk ambik barang-barang sekolah kat Koperasi..
Lepas tu pergi makan.. Huhu.. Kelaparannnnnnnn !!!
Makanan kat kantin sekolah tu boleh la tahan..
Lepas makan pergi dorm pulak..
Owh ya.. Anak aku dapat abang angkat.. Semua pelajar baru diberi abang atau kakak angkat masing-masing..
Baik sungguh budaknya.. Nama dia M.Azim.. Baru tingkatan dua..
Dia la bawak kitorang pergi melawat sekolah tu..
Sampai kat dorm aku tolong anak kemas locker dia..
Susun semua barang biar cantik dan kemas..
lepas tu kitorang pergi jalan-jalan kat pekan Gopeng yang kecik tu.. Hehe..
Nak pergi cari selimut je..
Dah beli selimut dengan sehelai t-shirt, kitorang pun balik ke asrama..
Duduk tak lama, kena la balik pulak..
Pasal anak dah ok dengan abang angkat dia dan kawan-kawan yang lain..
Aku yang drive masa balik tu..
Agak mengantuk juga.. Dengan tidur yang tak cukup, sakit pinggang, sakit bahu dan juga matahari yang terik..
2 jam setengah drive, sampailah kat KL..
Aku hantar Incik Hubby pergi Ampang Puteri untuk melawat My Honey Dew..
Manakala aku terus ke Ampang untuk ambik Imad kat rumah mak..
pukul 5.30 ambik Incik Hubby, dan terus balik rumah..
Memang la mengantuk, tapi memandangkan hari dah petang..
Terpaksalah aku lupakan soal tidur tu..
Huaaarrgghhh !! Penat, tapi seronok.. First time hantar anak pergi sekolah..
Hihi.. Pengalaman pertama..

*Urmm.. Ibu tak ada apa nak bagi kat Danish.. Tapi Ibu akan sentiasa doakan semoga Danish akan berjaya dalam pelajaran dan setiap apa yang Danish usahakan dan menjadi anak yang soleh bagi menjamin kebahagiaan ayah dan mama serta seluruh keluarga.. InsyaAllah.. Amin.. Orang kata doa Ibu ni biasanya Allah akan dengar.. Biarpun doa dari seorang ibu tiri..


-AkU-
Syurga Addin...
00:27 malam...

Read more…

Wednesday, February 16, 2011

~Iron baju Marathon !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Aku tengah tengok cerita When Harry Met Sally..
Betul la cerita lama.. Tapi best cerita ni..
Dah nak dekat pukul 1 pagi.. Tapi aku tak boleh nak tidur..
Pinggang aku rasa cam nak patah..
Bahu sebelah kanan dah kejang..
Ni semua pasal duk menggosok baju dari pukul 4 petang tadi..
Hehe.. Baju sekolah anak-anak..
Mama diorang masuk hospital..
Jadi.. Tanggungjawab aku la pulak sebagai pengganti..
Hubby aku hantar baju-baju tu semua pukul 3 lebih..
Aku start menggosok pukul 4 lebih..
Berenti untuk solat dan masak makan malam untuk anak-anak dan hubby je..
Then sambung lagi sampai pukul 11 lebih..
Semua yang aku gosok ada 55 helai termasuk baju, seluar, kain dan tudung..
Kenapa lama sangat aku ambik masa ??
Sebab aku sangat teliti bila gosok baju..
Tak suka buat kerja sambil lewa..
Aku nak biar anak-anak nampak kemas bila pergi sekolah..
Entah la.. Dah memang dari kecik aku dididik macam tu..
Hubby aku selalu kata aku boleh buka kedai dobi..
Haha.. tak la sampai macam tu..
Cuma dah begini cara hidup aku sejak kecik lagi..
Perggghh !! Lama dah tak buat kerja macam ni..
Last sekali aku gosok baju banyak macam ni pun..
Seingat aku time adik-adik aku sekolah dulu..
Aku la tukang gosok baju budak-budak ni..
Baju mama dengan papa pun aku la yang buat jugak..
Bukan untuk baju harian..
Satu minggu punya stok !!
Bayangkan la.. huh !!
Tak larat dah nak meniarap sambil menaip..
Aku nak sambung tengok cerita ni..

















Ini sebahagian je..


















Ini yang dah siap berpasang-pasangan.. Huh !! Tercabut pinggang !!


-AkU-
Syurga Addin...
00:37 pagi...

Read more…

Tuesday, February 15, 2011

~Oh My Honey Dew !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Tadi tengah syok-syok layan citer "Pearl Harbour"..
Sebelum ni tak la nak layan mana citer ni..
Ye la citer perang-perang ni kan..
Tak la sebati dengan jiwa aku..
Tiba-tiba phone kat sebelah berbunyi..
Owh !! My dear Hubby !!
Pelik juga call tengah-tengah malam ni..
Urmm... Tanya lebih kurang je..
Ooooo... My Honey Dew masuk hospital..
Pasal batuk dan asma yang tak terkawal..
Kesian dia.. Dah la tengah pregnant.. Sakit lagi..
Mana nak jaga baby dalam perut.. Nak jaga kesihatan dia lagi..
Sebelum ni dah batuk kuat.. Maklumlah musim hujan sebelum ni..
Urmm.. Anyway, aku doakan semoga dia dan baby sihat-sihat sahaja..
InsyaAllah.. Tak ada apa-apa..
Jangan lupa makan ubat dan jaga pemakanan..
Ye la, asma ni jangan buat main..
Macam-macam pantang kena jaga..
Haishh !! Tak tertido aku bila fikirkan semua ni..


*First time tulis pasal Honey Dew kat blog aku.. Hehe..

-AkU-
Syurga Addin...
01:57 pagi...

Read more…

Monday, February 14, 2011

~Malam, sunyi, hujan dan pagi~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Setelah hampir satu hari menghambakan diri pada tidur..
Maka bermula dari malam tadi..
Mata aku tak mahu lena walau sesaat pun..
Jenuh dah aku tutup pakai tangan, lengan, bantal, comforter, anak patung..
Akhirnya mata aku yang pedih bila bulu anak patung tu masuk mata..
Tercampak la anak patung tak bersalah tu dekat penjuru rak tv..
Aku keluar duduk kat luar bilik..
Sudah lama aktiviti ini aku lupakan..
Aku masuk balik ambil meja kecil dan kerusi, tak lupa juga sweater..
Jemari di keyboard tapi mata aku di jalanan..
Tiada satu pun perkataan yang tertulis setelah satu jam keadaan itu berlangsung..
Aku lebih asyik menonton rintisan hujan..
Dari meluahkan bicara diatas skrin..
Fikiran aku kosong-sekosongnya..
Dan rasanya untuk kali pertama aku rasa ketenangan di waktu pagi..
Ya.. damai dan tenang tanpa sebarang gangguan..
Aku lebih suka begini..
Kadang kala kesunyian itu memberikan satu perasaan yang sukar untuk digambarkan..
Tika beginilah kita dapat muhasabah diri kita..
Saat beginilah kita mampu menghitung kenangan yang lalu..
Detik beginilah kita bisa mengatur langkah yang baru..
Dalam fikiran aku banyak perkara yang berterbangan..
Seolah-olah dedaunan yang lepas gugur dari sebatang pohon rendang..
Dan setiap satunya ada misi yang perlu aku laksanakan..
Cuma bimbang masa yang mungkin tak mengizinkan..
Kesunyian itu juga ada ketikanya meresahkan..
Sesekali kereta yang melintas dijalan mengusik ketenangan..
Namun jelas, sekadar sementara..
Dan aku kembali membuang pandang pada jalan yang kosong..
Pernahkah kamu merasai kekosongan sebegini ?
Aku ramai teman-teman..
Namun bukan setiap masa diri aku berteman..
Kerana aku bukan orang yang suka mencari teman untuk mengadu cerita..
Aku berteman untuk menceriakan hari bukan untuk bercerita masalah diri..
Lantaran itu, tiada orang yang tahu luka yang aku selindungkan disebalik senyum yang menguntum..
Segalanya aku luahkan di atas lembaran kertas yang saban hari memenuhi sebuah kotak..
Disitu aku himpunkan segala amarah, dendam, sedih, luka, duka dan perasaan lara yang hadir setiap ketika..
Mengapa tiada yang gembira dan bahagia ?
Kerana detik-detik itu ingin aku ingati dalam minda dan aku simpan dalam hati..
Biar hanya kebaikan orang yang aku kekalkan dalam jiwa..
Agar tidak aku memandang seseorang itu dengan pandangan tidak ikhlas dan jujur..
Mengertilah.. Fahamilah.. Selamilah..
Suatu hari kalian akan mengerti kehidupan seorang aku..
Rintik hujan yang sesekali tempiasnya menyentuh wajah menyedarkan aku Subuh hampir menjelma..
Maka aku tinggalkan kesunyian itu demi suatu tuntutan..

















-AkU-
Syurga Addin...
22:27 malam...

Read more…

~Sekuntum mawar merah di bulan Februari?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"...Salam bulan Februari. Kurang sehari sebelum pertengahan bulan Februari tibalah suatu hari yang tidak tercatat langsung sejak dahulu di atas kalendar Masihi, jauh sekali di dalam Takwim Hijrah Islami. Hari ini, ia bukan sahaja ditunggu-tunggu untuk diraikan oleh segelintir pasangan sedang dalam bercinta yang pada namanya ada perkataan bin dan binti, malah ia turut dipromosi untuk disambut di tempat-tempat tertentu di sana sini. Masalah problemonya, ada yang menyedari tentang sejarah hari yang satu ini, namun buat-buat tuli, buat-buat tak reti. Cuba korang tanya mak bapak korang, suatu masa dahulu orang tak ambik tahu menahu pasal hari yang 14 ini. Padahal sekitar tahun 70-an dahulu, negara juga boleh tahan jugak dilanda wabak aliran barat seperti woodstock, hippies dan sebagainya. Sebenarnya bimbang, jika tak diberi penerangan yang sebenarnya, suatu hari nanti Hari Valentine ini akan dianggap suatu hari yang boleh disambut, berlindung disebalik definisi kasih sayang itu. Apa tidaknya, kini ketibaannya setiap tahun sudah ada ditandai pada kalendar-kalendar. Khuatir jika sambutannya dianggap "tiada apa", mungkin akan menjadi kebiasaan sebagai adat budaya biarpun hakikatnya ia bukanlah berlandaskan syariat. Sebenarnya tak ada faedah sekecil hama pun menyambut Hari Valentine ini jika korang tahu apa yang terselindung di sebalik tarikh tersebut. Tak perlu menyebutnya buat kesekian kalinya kerana percaya korang sudah pun diberitahu atau mengetahuinya secara beberapa kali sebelum ini. Seharusnya kasih sayang tidak hanya hadir pada angka 14 Februari saban tahun tapi ia perlu dipupuk atau disemai setiap hari dan sepanjang masa..."

*Pernah ada orang marah aku di FB hanya kerana aku tegur tentang Valentine's Day.. Ternyata niat aku baik dan disalah erti.. Cuma biasalah budak-budak.. Darah muda yang panas.. Tak semua perangai mereka boleh ditegur biarpun seharusnya mereka tahu kesilapan mereka.. Cukuplah sekadar aku menegur..





















-AkU-
Syurga Addin...
21:17 malam...

Read more…

~It hurts !~

You said we were just friend..
But you'd change your mind to something else..
It hurt me..
You said you gonna take care of me..
But you'd done a lot of things to me..
It hurt me..
You said sorry too many times..
But you still do the same thing..
It hurt me..
You said you gonna make me laugh and happy..
But you'd make me cry and sad..
It hurt me..
You said you would never leave me..
But you're the one who makes me go away..
It hurt me..
You hurt me so many times but i still be with you in any way..
The most thing you ever hurt me is by saying that i hurt you..
Did I ??
Oh yes..
Bcoz.. I don't want to be hurt anymore..























-AkU-
Syurga Addin...
13:00 petang...

Read more…

Sunday, February 13, 2011

~Cerekarama TV3~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...


Firman Allah: (maksudnya) 
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157).

Aku baru selesai menonton cerekarama di TV3 bertajuk "Ampunkan Daku"..
Sambil menonton aku juga mengamati laman web KEWAJA..
Ya.. Biarpun ia sekadar cerita, skrip yang ditulis atas imaginasi sendiri..
Namun pastinya ia antara kisah benar yang berlaku..
Kisah ini telah menyedarkan aku lebih lagi tentang ikatan kasih sayang dan kekeluargaan..
Betapa kuatnya semangat insan-insan seperti ini untuk terus hidup biarpun terus menerima cacian serta hinaan dari masyarakat..
Mengapa begitu ?
Mereka juga manusia seperti kita.. Punya hati dan perasaan..
Benar.. Mereka pernah tersalah langkah.. Tersilap percaturan..
Akan tetapi bukan hak kita untuk menghukum mahupun meletak gelaran..
Tanggungjawab kita adalah untuk menasihati, memberi galakan serta sokongan, menanamkan semangat dan kesedaran dalam jiwa mereka..
Usahlah mereka-mereka ini dipulaukan dan terus diseksa jiwa dan perasaan..
Mereka tidak pernah sempurna sama seperti kita juga..
Berilah peluang dan kesempatan untuk mereka membetulkan apa yang pernah..
Dan anak-anak yang bakal melihat dunia itu..
Mereka umpama kain putih yang tidak tercemar oleh warna dunia..
Usahlah gelaran "anak haram" diukir pada wajah mereka..
Kerana tiada istilah haram pada seorang anak kecil yang tiada dosa..
Biarpun ia sekadar cereka dan lakonan..
Namun kolam mata aku tetap melimpah..
Butir-butir mutiara ini gugur jua menginsafi kisah yang terpapar..
Buat mereka-mereka yang ada di KEWAJA dan juga diluar sana yang mengalami nasib yang sama..
Sabarlah menempuh ujian dan dugaan Allah swt..
Allah menguji kita bukan tanpa sebab..
Itu adalah kerana DIA sayangkan kita..
Sedarlah, kasih sayang Allah itu melebihi segala-galanya..
Carilah redhaNYA.. InsyaAllah hidup anda semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati..
















-AkU-
Syurga Addin...
00:27 tengah malam...

Read more…

Friday, February 11, 2011

~INTERLOK!!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Aku adalah peminat buku-buku Melayu..
Dah banyak buku-buku yang aku baca..
Dan bertambah lagi koleksi buku aku..
Bila "INTERLOK" memasuki senarai utama..
Aku tak habis baca lagi..
Tapi dah masuk bab ke-3..
Aku sangat anjurkan agar rakan-rakan semua membaca buku ini..
Penting untuk kita khususnya kaum Melayu..
Agar kita jadi sedar diri..
Tidak sekadar hidup dalam angan-angan..
Baca, faham, ingat, sedar !!
Usah terlalu leka dengan keistimewaan kaum Bumiputera..
Jangan sampai maruah kita tergadai oleh kedangkalan kita sendiri..
Ini bukan cerita main-main..
Ini kisah sebenar tentang kita orang Melayu..
Dan juga Tanah Melayu..


















-AkU-
Syurga Addin...
14:45 petang...

Read more…

~Abang MP yang sangat baik !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Semalam aku tak dapat tidur sampailah lepas Subuh..
Lebih kurang pukul 7 baru dapat lelap mata..
Melayan cerita seorang kawan..
Nanti aku tulis entry yang lain..
Sekarang pun mata aku dah separuh tertutup..
Tapi tak boleh tidur..
Sebab aku kena masak untuk anak-anak balik sekolah nanti..
Aku nak bagitau satu cerita je sebenarnya..
Tadi ada orang MP (Majlis Perbandaran) datang umah aku..
Aku pun keluar jumpa kat pagar rumah..
Time tu aku pakai t-shirt, track suit dan letak tuala atas kepala..
Dialog kitorang lebih kurang..

Abang MP : Dik, ayah ada kat rumah ?
Aku           : Tak ada bang..
Abang MP : Ni ada surat, nanti bagi kat ayah ye.. Suruh ayah call orang ni..
Aku           : Ok bang, tapi ni bukan nama ayah saya.. Ni nama Tuan Rumah lama..
Abang MP : Oh.. Ayah dah beli rumah ni ke ?
Aku           : Belum lagi.. Ayah beli rumah lain.. Kita sewa je kat sini.. (jujur sungguh jawapan aku)
Abang MP : Ok, nanti adik bagi surat ni kat ayah, mintak ayah call orang ni untuk urusan selanjutnya..
Aku           : Baik bang..

Aku hampir berpaling la nak masuk umah.. Bila Abang MP tu menyambung..

Abang MP : Tak sekolah ke hari ni ?
Aku           : (senyum je) sekolah petang.. (aku jawab tanpa rasa bersalah.. hakhak !! )

Sampai kat dalam rumah aku masih lagi senyum.. hahahaha !!
Makin nak sampai umur 30 ni..
Agaknya la, makin muda orang tengok aku..
Owh lupa pulak.. Alhamdulillah, syukur...




















-AkU-
Syurga Addin...
12:37 tengah hari...

Read more…

Wednesday, February 9, 2011

~Melawat Taman Beruk~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Ini adalah sambungan kepada entry ~Aku dan Prof~ hari tu..
Lepas balik dari majlis Prof tu..
Kitorang tak terus balik rumah..
Pergi jalan-jalan tengok rumah orang kaya kat Ampang Jaya.. Aku pun tak tau apa nama tempat tu..
Kat belakang Kelab Darul Ehsan tu kitorang parking kereta..
Ada banyak beruk kat situ.. Jinak-jinak pulak tu.. Sempat la bagi makan roti dengan kek..
Ambik gambar lebih kurang..















Suami aku memberi zakat.. (kata Sara) hehe..













Nasib baik beruk ni jinak.. (pura-pura berani je aku tu !)












Mat salih kat belakang tu ambik gambar je kejenya.. Tapi anak dia cute giler !












Huhu.. comel kan ?? Tapi dia malu-malu nak ambik gambar dengan Imad..



Ini adalah proses mencari kutu selepas mengawan !! Hahaha.. tak senonoh beruk-beruk ni..




Hampir pukul 5 petang jugaklah kitaorang sampai ke rumah.. Berjalan sakan.. Hehe..

-AkU-
Syurga Addin...
10:37 pagi...

Read more…

~Bahagia aku~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Aku sedang berbahagia saat ini..
Senyuman dan ketawa senantiasa menghiasi bibirku..
Bukan setiap detik aku mampu begini..
Maka saat seperti ini akan aku gunakan sepenuhnya..
Andai ada yang mampu melihat..
Wajah aku umpama bunga yang mekar berkembang..
Laksana bulan yang bersinar terang..
Seperti matahari yang tersenyum cerah..
Mengapa ??
Kerana saat ini kebahagiaan itu melingkari setiap sudut diriku..
Imad.. Ya ! Imad juga tersenyum dengan ibunya..
Entah apa kata hati seorang anak yang istimewa ini.. Haha..
Sepanjang hari zikir Lailahaillallah menghiasi lidahnya..
Bahagia ini juga sebahagiannya datang dari Imad..
Anak ini yang sering membuat aku bahagia..
Syukur kepada Allah swt kerana mengurniakan aku seorang anak seistimewa Imad..
Dan sebahagian lagi bahagia itu.. Urmmm.. Belum masanya untuk aku paparkan disini..
Biarlah aku yang merasainya seorang diri..
Cukuplah seisi alam tahu aku sedang berbahagia..






















-AkU-
Syurga Addin...
01:00 pagi...

Read more…

~Pesan buat seorang anak~

"Aku tujukan penulisan ini buat seorang anak yang telah lupa diri sendiri hanya kerana mengejar nafsu dunia.. Bukan bertujuan untuk memalukan kau.. Tetapi sekadar satu pesanan daripada seorang yang berpangkat kakak yang seringkali terfikirkan kau.. Biarpun kau telah buang aku dari hidup kau.. Tapi kau tahu setiap kata-kata aku bukan dusta.. Aku bukan kenal kau sehari dua.. Tapi sepanjang hidup kau.. Bulan ni umur kau naik lagi setahun.. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, tiada ucapan dan kata-kata yang ingin aku sampaikan.. Rasanya tak perlu, dan aku pasti kau juga tidak mengharap.. Bertambahnya umur kau bermakna berkurang lagi kehidupan kau.. Dan seharusnya kau juga sudah matang dan dewasa untuk berfikir sebaiknya sebagai seorang manusia yang punya akal fikiran.. Kau bukanlah anak kecil yang boleh dipukul dan diajar bila setiap kali kau buat kesilapan.. Kau sudah terlalu dewasa untuk dididik bagaimana menghormati orang tua.. Taraf kau hanya seorang anak.. Belum naik lagi sebagai seorang isteri mahupun seorang ibu.. Walau taraf kau seorang isteri pun dan syurga terletak pada redha suami.. Belum lagi agama menghalalkan kau untuk berkata sesuatu yang boleh melukakan hati seorang ayah.. Kau patut sedar diri sendiri.. Kau hidup atas belas ihsan, kasih sayang dan tanggungjawab seorang ayah.. Dialah ayah, dan dialah ibu.. Mungkin dia bukan ayah terbaik yang kau ada.. Tapi dia adalah ayah kau.. Tak ada apa yang boleh menidakkan hak itu.. Kalau kau boleh baca tulisan ni.. Aku nak kau faham betul-betul apa yang cuba aku sampaikan.. Bukan aku nak bangga diri sebagai seorang anak.. Tetapi sekurang-kurangnya aku sedar diri aku siapa.. Dan belum lagi aku disumpah atau dituduh anak derhaka oleh ibu bapa sendiri.. Kau kena ingat, kau juga akan jadi seorang ibu jika diizinkan Allah swt.. Kau akan merasa juga bagaimana lara dan dukanya hati bila anak yang kau tatang dan sayang serta cintai berpaling dari kau semata-mata kerana orang luar yang belum tentu mampu menjamin syurga akhirat.. MasyaAllah.. Janji Allah swt itu benar dan nyata !! Renunglah diri.. Cerminlah peribadi.. Berfikir guna akal yang waras.. Bertindak guna hati yang ikhlas.. Usah pentingkan diri sendiri, kelak kau akan merasa betapa sakitnya dikhianati.. Jangan terlewat waktu.. Baliklah ke pangkal jalan.. Hati seorang ayah, walau sesakit mana pun.. Andai diraih keampunan.. Dirayu kemaafan.. Pasti lebur segala amarah yang terpendam.. Jangan nanti kau hanya mampu menyembah tanah kubur yang merah.. Di waktu itu, pastinya segala kesalan dan tangisan tidak berguna lagi.. Aku bercerita dari sudut seorang anak yang pernah melukai hati seorang ayah.. Namun luka yang aku ukirkan tidaklah sedalam dan seperit yang kau ciptakan.. Dan demi syurgaku, aku padamkan segala ego yang merajai hati dan jiwa untuk sebuah kemaafan dan keampunan yang tak terhitung manisnya.. Kau juga harus begitu.. Usah biar dendam terus menghuni hati yang hitam dan kotor !! Doa aku setiap saat.. Moga kau akan sedar akan kebenaran yang terbentang dihadapan mata.. Dan kembali menjadi anak yang solehah.. Pulanglah.. Hati seorang ayah yang telah lama terguris harus kau ubatinya dengan kata maaf dan keinsafan.. Hapuskanlah airmata yang sekian waktu mengalir dipipi tua yang kian dimakan usia.. Renungkan.. Fikirkan.. Dan sedarlah.."

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Kata-kata yang aku paparkan di atas bukan sekadar tulisan kosong tanpa makna..
Disitu ada kemarahan, kesedihan, kelukaan, kerinduan, kedukaan dan segala rasa hati yang lara..
Mewakili hati seorang ayah yang aku kenal sepanjang usia aku hampir 30 tahun..
Menelah jiwa hampa seorang lelaki tua..
Entah la.. Sukar meneka hati seorang anak..
Tidak kasihkah ? Tidak sayangkah ? Tidak cintakah ?
Apa sudah lupakah dia pengorbanan seorang ayah membesarkan anak-anak tanpa seorang suri ?
Aku hanya mampu berbicara disini..
Sementelah suara aku telah lama dinafikan haknya untuk sampai ketelinga dia..
Lantas apa lagi yang tinggal..
Hanya kata tanpa suara..
Andai matanya sudi menatap ungkapan yang lahir dari nurani seorang kakak..
Maka.. disini aku tinggalkan secebis pesanan..
Kiranya dia terbaca..
Fahamilah.. Mengertilah.. Disaat dirinya mungkin sedang berbahagia..
Ada hati yang sarat terluka.. Memendam segala-galanya..
Dan aku tak mampu menjadi penawar luka itu..

















-AkU-
Syurga Addin...
22:37 malam...

Read more…

Tuesday, February 8, 2011

~Aku dan Prof~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari Ahad yang lepas, setelah hampir tiga hari merana sebab food poisoning..
Barulah aku dapat menikmati dunia luar dari rumah..
Aku, suami, Imad dan Sara (secretary office dan rumah) hehe..
Kami pergi memenuhi undangan majlis perkahwinan di Laman Pengantin, Melawati..
Ini majlis putera kepada Prof Dr. Awang Sariyan..
Aku kenal Prof dalam FB je dari tahun lepas..
Sebelum ni hanya berkenalan dan bercerita melalui FB, YM atau SMS je..
Tak pernah langsung berjumpa..
Ini kali pertama kami akan berjumpa.. Hehe.. Excited la jugak..
Setiap kata-kata dan nasihat dari Prof ini umpama seorang ayah kepada anaknya..
Maka aku menganggap Prof ini sama tarafnya dengan papa aku..
Majlis mula pukul 12 tengah hari.. Pukul 2.30 petang kitorang sampai.. (walaupun rumah aku tak la jauh mana pun).. Hehe..
Dari jauh aku dah boleh nampak Prof yang memakai baju Melayu warna merah/maroon menyambut tetamu..
Aku tolak suami pergi salam Prof sebab aku memang malu nak mula dulu.. Haha..
Aku hanya memperkenalkan diri sekejap je..
Ye la, tuan rumah mesti sibuk nak layan tetamu..
Dan kitorang pun terus ke meja makan..
Aku yang dah hampir dua hari tak makan, cuba la jugak mengisi perut..
Alhamdulillah, dapat juga masuk nasi dalam perut..
Kalau tak, baru dengar pasal makan je aku dah nak muntah..
Lepas makan tu, kitorang melepak lagi kat meja tu..
Tengok pasangan pengantin dari jauh yang sedang bersalam dan bergambar dengan tetamu..
Melayan Imad yang suka menggigit apa saja depan mata..
Sampai jari Sara pun habis kena gigit.. Haishh !! Geram pun ada..
Setengah jam jugak la kitorang kat situ..
Suami pun ajak balik bila nampak Prof menghampiri meja kami..
Berbual seketika, kami minta izin nak balik..
Tak sempat nak ambik gambar.. (malu sebenarnya.. Hihi..)
Anyway, aku nak ucap terima kasih banyak kat Prof sebab sudi jemput aku dan keluarga ke majlis perkahwinan puteranya..
InsyaAllah kita akan bertemu lagi..


-AkU-
Syurga Addin...
12:00 Tengah hari...

Read more…

Monday, February 7, 2011

~Tangisan aku~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...



















Semua orang yang hidup di muka bumi ini pasti pernah menangis..
Cuma yang membezakan kita ialah sebab untuk tangisan itu..
Aku juga pernah menangis..
Tangisan itu datang adakala tanpa sebab..
Secara tiba-tiba airmata itu mula mengalir..
Dan tanpa sedar, titisan itu mulai bertukar menjadi esak tangis yang berlarutan..
Kebiasaannya ia terjadi bila sahaja aku keseorangan..
Kadang kala mengingati kenangan dan peristiwa semalam..
Ya.. Aku akui kehidupan aku bukanlah semuanya bahagia..
Ada ketika jika dihitung tak sampai suku dari umur aku melalui detik bahagia..
Tapi bila difikir kembali..
Itulah sebenarnya yang mematangkan dan mendewasakan aku sehingga ke hari ini..
Biarpun ada yang mengatakan aku dewasa sebelum waktunya..
Tidak mengapa.. Tidak semua orang mampu menikmati setiap aturan umurnya..
Kerana airmata itu aku kuat mengharung detik getir dalam kehidupan aku hingga ke hari ini..
Aku menjadi insan tabah dan sabar untuk berdepan dengan karenah manusia yang pelbagai rupa..
Cuma ada waktunya sabar, tabah dan semangat itu hampir melurut ke kaki..
Rebah seketika hampir menyembah bumi..
Dan di kala itu aku perlukan sokongan dan dorongan dari orang lain..
Namun tak semua yang aku inginkan itu akan aku perolehi..
Maka, bila tak mampu bangun dari kejatuhan itu..
Hanya airmata menjadi peneman..
Itu lebih menenangkan dan memberi kepuasan..
Kata seorang teman..
Bila sesuatu yang tak mampu untuk diluahkan..
Menangislah semahunya.. Agar keluar segala rasa sedih, duka, pilu, luka..
Dan saat ini butir mutiara itu gugur lagi..
Kerana ada kata yang tak mampu aku luahkan..
Biarpun disini.......


-AkU-
Syurga Addin...
21:27 malam...

Read more…

~Suami saya...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"...Orang yang mencintai aku, menyatakan hasrat ingin memiliki aku, melafazkan ijab dan qabul seterusnya mengangkat darjat aku hingga takhta yang teratas dari seorang wanita, isteri hingga menjadi ibu.. dan orang yang mencintai aku akan memimpin aku menuju ke syurga akhirat..."


Ada beberapa teman yang bertanyakan tentang suami aku..
Kenapa dalam blog ni jarang sangat aku menceritakan tentang suami..
Kenapa ya ?
Urmm.. Tak perlu rasanya.. Cukup sekadar orang tahu aku sudah berumahtangga..
Ada juga aku bertanya pada suami..
Perlukah aku bercerita tentang dia di sini..
Katanya, cukuplah dia jadi supporting actor je.. Hehehe..
Cuma entry kali ni aku akan bercerita serba sedikit tentang suami dan aku..
Selamat berkenalan dengan suami aku..


Mohamad Azhan bin Mohamed Adnan..
Dilahirkan pada 24 July 1969, di Air Lanas, Jeli, Kelantan Darul Naim..
Dibesarkan di dalam keluarga yang besar..
Terdiri dari 7 orang adik beradik dan suami merupakan anak kedua dan juga anak lelaki sulung..
Mempunyai seorang kakak dan 5 orang adik lelaki..
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah (J) Kebangsaan Kai Chih dan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kamil sehingga tingkatan tiga dan meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Vokasional Kuala Krai..
Menyambung pelajaran di Federal Institute of Technology di Taman Taynton View dalam bidang Electrical Engineering..
Kemudian terus bekerja di beberapa buah syarikat di ibukota..
Perkenalan kami bermula sewaktu suami sebagai agent Unit Trust di Arab Malaysian Unit Trust..
Dan aku bekerja di tempat yang sama..
Perjumpaan yang kerap membuatkan hati sama-sama terpaut..
(tak pasti siapa yang jatuh hati dulu..Hehe..)
Dua tahun menyulam cinta dengan melalui pelbagai ujian dan dugaan..
Cinta kami dipatrikan dengan ijab dan qabul yang pertama pada 1 May 2004..
Dan kemudian melalui ijab dan qabul yang kedua pada 7 October 2006..
Kami dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel pada 2 May 2007 diberi nama Muhammad Airel Etiqaz yang setahun selepas itu ditukar namanya kepada Muhammad Imad Addin atas sebab-sebab tertentu..
Kehidupan berumahtangga bukanlah semudah yang dijangka..
Seperti pasangan lain, kehidupan kami juga dilanda badai dan taufan..
Adakala umpama semilir yang bertiup lembut..
Dan ada ketika ribut taufan yang menjelma..
Alhamdulillah, setelah enam tahun melayari bahtera..
Kami mampu mengharungi segala ujian dan dugaan biarpun bukan sekecil dan semudah yang difikirkan..
Untuk pengetahuan pembaca, suami pada permulaannya bukanlah seorang lelaki yang menjadi idaman hati aku..
Sewaktu bujang dahulu, antara ciri-ciri lelaki idaman hati aku adalah yang lebih tinggi dari aku, romantik, suka membuat kejutan, pendengar yang baik, mengingati segala tarikh penting dan pelbagai lagi ciri-ciri yang biasanya diidamkan seorang wanita muda..
Jujur aku akui, suami bukanlah seorang lelaki yang romantik, dia juga bukan seorang pendengar yang baik..
Sukar sebenarnya untuk mendapatkan perhatiannya bila aku perlukan seseorang untuk berbicara..
Maka disebabkan itulah aku lebih gemar menulis.. Hehe..
Akan tetapi dalam keadaan tertentu, suami lebih bijak berfikir dan mencari jalan penyelesaian tanpa perlu ada pertelingkahan yang panjang..
Sepanjang enam tahun dialam rumahtangga, hanya sekali suami pernah memberi hadiah pada aku..
Itu pun tanpa sebab dan alasan sebenarnya..
Cuma hati dia terpaut kepada barang itu, maka dibelikan dan dihadiahkan kepada aku..
Nak harapkan dia untuk ingat tarikh harijadi mahupun ulang tahun perkahwinan..
Hmm.. Tak perlu la nak harap sangat..
Akan tetapi setelah lama mengenali suami..
Jujur aku katakan..
Dalam hati aku tak mungkin ada orang lain selain dia..
Mengapa ?
Suami adalah satu-satunya lelaki yang mampu membuka pintu hati aku untuk mempercayai rumahtangga..
Setelah satu demi satu perkara yang membuatkan aku menolak alam perkahwinan dulu..
Uikss !! Kenapa ??
Urmm.. itu rahsia peribadi antara aku dan Allah swt..
Setiap hari aku berdoa untuk kami berjumpa kembali di syurga akhirat setelah kami kembali mengadap PENCIPTA nanti..
Tu je la kut..
Lebih-lebih nanti kata over la pulak ye !! Hehe..
Lain kali aku cerita lagi..






















~Inilah suami saye.. Susah sket nak ambik gambar dia.. hehe~

-AkU-
Syurga addin...
17:57 petang...

Read more…