Friday, April 29, 2011

~Nota buat Si Gadis~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Entry kali ini memang aku tujukan buat seorang gadis..

"Saya pernah "hadir" dan menegur atas nama seorang kakak..
Dengan bahasa yang baik dan penuh keprihatinan saya memberi nasihat dan teguran..
Dan masih ingatkah awak menjawab..


"akak, terima kasih. **** faham ape yg akak cube sampaikn. **** mintak maaf. **** cube perbaiki silap ****. terima kasih atas nasihat dan teguran akak."


Saya fikirkan awak akan buat seperti yang awak perkatakan..
Tapi nampaknya teguran dan nasihat saya awak anggap macam sampah !
Malah awak "unfriend" dan "unfollow" saya di FB dan blog..
Itu saya tak kisah pun..
Bila orang tak hargai saya, maka saya pun tak ada sebab untuk hargai orang..
Sejujurnya, saya sangat yakin awak tak menghormati saya sebagai seorang kakak..
Maka sekali lagi saya hadir sebagai seorang kenalan pula..
Kenal dalam ertikata kenal wajah dan nama awak..
Seorang kenalan..
Yang sedang memikirkan tentang adiknya..
Serta cuba menasihati awak sekali lagi..
Dan saya harap awak boleh faham apa yang cuba saya perkatakan..
Mungkin awak pandai dalam akademik..
Tapi saya tak pasti awak faham dengan ilmu kehidupan..
Kerana hati dan mata awak telah dibutakan dengan cinta yang melalaikan..
Untuk belajar tentang cinta, jangan hanya bertanya pada orang yang sedang bercinta..
Tapi fahami dari orang yang telah berumahtangga dan masih bercinta..
Bagi saya awak masih belum mencapai tahap kematangan untuk bercinta..
Awak ni antara budak-budak yang sedang ghairah dan "giler" untuk mengikut trend cinta remaja masa kini..
Kejar la ilmu tu dulu.. Mungkin awak rasa awak dah cukup pandai..
Tapi tak selamanya kita di atas..
Adakala bila terleka kita akan tersungkur jatuh ke bawah..
Itu seharusnya awak sudah maklum..


Dan awak sebagai seorang gadis..
Seharusnya menjaga tatasusila, adat serta adab sebagai seorang gadis muslimah..
Apakah perasaannya ibu dan ayah awak sekiranya mengetahui perkara ini ??
Yang saya sangat pasti papa saya akan terlalu marah dan kecewa sekiranya perkara ini sampai ke pengetahuan dia..
Awak seharusnya belajar dari kesilapan orang disekeliling awak..
Berfikir menurut akal yang bijak bukan menurut nafsu semata..
Saya yang sudah berumahtangga ini juga amat terjaga kata-kata saya di mata umum..
Tetapi awak yang hanya "berkawan", mengapa begitu sekali kata-kata awak ?
Untuk membuktikan cinta, rindu, kasih, sayang ??
Begitukah buktinya ??
Baguskah bila kata-kata cinta kalian itu ditatap oleh teman-teman yang lain ??
Banggakah kalau begitu ??
Tak perlu itu semua..
Awak sedar tak, banyak juga kata-kata cinta yang kononnya dari adik saya itu..
Sebenarnya bukan dari dia..
Ada orang lain yang menciptakan untuk awak..
Sebagai seorang muslim, awak seharusnya sedar dan faham makna bercinta dalam Islam..
Jauh menyimpang apa yang telah awak lakukan..
Fikirkan la.. Sedar la..
Sampai bila awak nak hanyut dalam lautan cinta ??
Sangat mengecewakan !!!

Mungkin kalian fikir saya cukup mudah diperbodohkan..
Maka bermacam cara yang kalian buat untuk menyembunyikan perkara ini..
Cuma mungkin kalian terlupa..
Sebijak mana kalian merancang..
Perancangan Allah swt sangat sempurna berbanding kalian..
Maka terbentang la depan mata saya "dunia cinta" kalian..
Fikirkan la.. Beza usia kalian dengan saya bukan setahun dua..
Tetapi 14 TAHUN.. Perbezaan yang sangat ketara !!
Tidakkah kalian sedar bermacam benda yang sudah saya lalui dan pastinya kalian tidak pernah terfikir tentang itu..
Apa saja pengalaman kalian, semuanya ada dalam tangan saya..
Bukan saya riak atau angkuh..
Tetapi itu kenyataannya..
Kalian sekadar budak mentah yang masih lagi hidup dibawah tanggungan keluarga..
Kalian patut SEDAR tentang itu..
Sebelum sibuk berjanji sehidup semati.. Cinta hingga ke syurga..
Syurga mana yang kalian dambakan ??
Syurga dunia ?? Kalau itu yang kalian cari.. Ya !! Kalian telah memperolehinya.. Syabas dan tahniah !!
Namun saya takkan biarkan adik saya terus khayal dan leka dengan "syurga dunia" itu..
Awak tak tahu janji yang telah saya ikrarkan pada arwah mama mereka sewaktu dulu..
Saya memegang tanggungjawab yang sangat berat..
Maka saya cuba menjalankan amanah dari seorang ibu..
Tolong jangan teruskan "drama cinta" yang sangat menyakitkan hati keluarga kami..
Mungkin pada awak cinta awak hanya perlu restu kakak kesayangan awak tu..
Tapi jangan lupa, adik lelaki saya punya keluarga yang besar..
Bukan seorang itu sahaja..
Dan saya rasa awak mungkin sedar juga jodoh pertemuan, rezeki dan ajal maut itu di tangan Allah swt..
Maka mengapa berjanji sesuatu yang memang tak pasti ??


Satu perkara lagi..
Tak cukup cantik dan bermaknakah nama awak ??
"Cahaya Cita-cita" "Cahaya Harapan Kami"
Cita-cita siapa ?? Harapan siapa ??
Mengapa perlu digabungkan dengan nama orang lain ??
Siapa lelaki itu untuk awak gabungkan nama kalian ??
Suami awak ??
Hatta suami sekali pun..
Tiada hukum dalam Islam untuk menggabungkan nama seorang perempuan dan seorang lelaki setelah bernikah..
Cuba la sesekali berfikir..
Jangan terlalu mengikut nafsu..
Kita bukan selamanya hidup di atas muka bumi ini..
Sampai masa kita juga akan dipanggil mengadapNYA..
Bersediakah kita ??
Cukupkah amalan kita ??
Fikirkanlah.. Sedarlah.."



**Kalau kita mahu orang hormatkan diri kita.. Kita harus menghormati orang juga.. Segalanya harus ada pada kedua belah pihak.. It takes two to tango my dear..**

-AkU-
Syurga Addin...
17:07 petang...

Read more…

Thursday, April 28, 2011

~Tahukah kita ??~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Tahukah anda bahawa setiap makhluk di muka bumi ini boleh mendengar bunyi di dalam kubur kecuali manusia dan jin ??
Kalau la kita juga mampu mendengar segala bunyi di dalam kubur, nescaya setiap saat kita akan menangis mengenang nasib kita di sana kelak..
Itu kalau la..
Tapi Allah tak beri keistimewaan tu pada kita..
Maka hidup la kita dalam keadaan alpa dan lalai..
Selama mana umur yang Allah kurniakan kepada kita..
Selama itu juga kita biarkan ianya berlalu..
Tanpa rasa perlu untuk kita isikan dengan perkara-perkara yang lebih mendekatkan diri kita dengan PENCIPTA..
Mengapa kita begini ??
Kerana kita tak tau bersyukur..
Sebab kita rasa boleh hidup seribu tahun lagi..
Kerana kita tau tarikh kematian kita..
Sebab kita tak takut mati.. Oppss !!
Betul ke kita tak takut MATI ??
Cuba ambil sedikit masa dalam hidup seharian kita..
Berfikir tentang diri kita setelah Allah ambil nyawa kita..
Apa agaknya keadaan kita waktu itu..
Andai dalam keadaan masih hidup sekarang ni..
Kita masih lagi berlengah-lengah untuk mencintai agama Allah..
Mungkin kita tunggu "SERU"..
Tak tahu la "SERU" dari siapa..
Aku pun kadang-kadang tak faham bila orang bagi jawapan macam ni..
"Tunggu sampai seru"..
Kalau sampai mati pun tak dapat "SERU" tu.. Tak berubah la kita sampai ke sudah..
Haishh !! Waktu tu siapa yang rugi ??
Amal ibadat tak cukup lagi..
Tapi kita dah dipanggil "mengadap"..
Bukan kita boleh minta tangguh sampai dah bersedia..
Dah jadi mayat baru nak cukupkan solat, puasa dan bayar zakat..
Dah sarung kain kapan baru teringat nak tutup aurat..
Dah duduk dalam kubur baru teringat nak buat pahala..
Ye la kubur lain-lain.. Betul..
Tapi kita harus saling mengingati..
Jangan hanya fikir diri sendiri..
Mana la tau, dengan berkongsi macam ni..
InsyaAllah, kita dapat berjiran di SYURGA..
Tak mahu ke ??
Bukan la nak kata diri aku ni baik sangat dan cukup bekalan ke akhirat..
Tapi kesedaran tu perlu dari setiap sudut..
Di samping mengingatkan orang lain..
Secara tak langsung mengingatkan diri sendiri juga..
Berubah la.. Andai itu lebih mendekatkan kita dengan Allah swt..
InsyaAllah.. Selangkah kita mendekati Allah..  Lebih lagi Allah mendekati kita..



**Selalu terfikirkan Imad kalau aku "dipanggil" ketika ini..**

-AkU-
Syurga Addin...
16:07 petang...

Read more…

Tuesday, April 26, 2011

~Jawapan "BIJAK" artis !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Aku dah muak dengar alasan artis ni..
Jenuh nak baca dah komen-komen yang tak guna akal fikiran..
Jawapan semua pun klise je..

"Saya dedah badan ikut filem.."
"Saya berbogel ikut jalan cerita.."
"Saya seksi menjiwai watak.."
"Saya berkemban ikut skrip.."

Murah sungguh artis Melayu rupanya.. Sangat mengecewakan..

Agak-agak la apa yang diorang fikir bila baca jawapan sendiri ??
Tu la pasal..
Sekolah bertingkat, "bijak" bertingkat-tingkat..
Aku tak marah tapi geram yang amat !!
Sudah-sudah la..
Jangan la jadi artis yang asyik berkiblatkan barat..



**Mungkin mereka sangka boleh hidup seribu tahun lagi**

-AkU-
Syurga Addin...
12:47 tengah hari...

Read more…

Sunday, April 24, 2011

~Masakan buat si Hati Lara !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Ini cerita semalam, Sabtu..
Hari-hari cuti begini kalau Incik Hubby tak ada..
Biasanya aku akan duduk melepak bersama Imad..
Tapi disebabkan adik aku ada..
Maka pagi lagi aku dah bangun..
Untuk sediakan bahan buat memasak makanan tengah hari..
Kalau untuk aku seorang..
Roti dengan kaya atau susu dah cukup..
Aku jarang makan banyak kalau seorang..
Tapi oleh kerana menyambut tetamu..
Maka aku gagahkan juga la diri aku ni memasak..
Dengan hanya ditemani suara adik aku yang sangat PEMALAS !!
Kerjanya hanya duduk di meja computer sambil berFB dan update blog..
Ya !! Itu la kerjanya seharian..
(Semoga entry ni dibaca oleh kawan-kawan dia.. Kehkeh !!)
Nak tau apa yang aku masak ??
Sila tengok gambar kat bawah tu..
Setiap masakan ada nama khasnya..
Yang aku cipta khas buat adik aku ni..

~Ini la lunch kami.. Berselera tak??~

~Let me introduce them !! Wohoooo !! Yang atas sebelah kiri tu "Sambal Bilis Petai Jiwa Kacau", atas sebelah kanan tu "Daging Goreng Kenangan Duka", dan yang bawah tu "Dal Airmata Y".. Best kan nama-nama tu ??

~Ni "Air Oren Penghapus Duka".. Kehkeh !! Nama khas untuk hari ni je..~

~Sebelah kiri tu nasi aku sebelah kanan tu nasi dia.. nampak macam pinggan aku penuh dan pinggan dia sikit je.. Tapi aku tambah sekali, dia tambah 2 kali.. Maknanya dia makan lebih banyak !!~

~Tu muka perempuan senget tu !! Siap pejam mata lagi menikmati kesedapan masakan aku dan kebuncitan perut dia yang memang sediakala besar..~

~Minah senget tu balik UM lebih kurang pukul 6 petang.. Dia sempat rembat semangkuk sambal ikan bilis tu.. Dan dia hanya wasiatkan aku susu coklat ni je.. Itu pun strawnya dah hilang !! Ces !!~


**Lama dah tak keluar beronggeng dengan adik-adik.. Nanti la.. Bila masing-masing free dan ada rezeki..**

-AkU-
Syurga Addin...
11:57 pagi...

Read more…

~Imad tertonggeng !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt..

Ada ketika dalam hidup ini kita perlukan kesunyian..
Bukan untuk bersedih, tetapi untuk mengukur tahap keyakinan dan keteguhan diri..
Serta muhasabah seluruh kehidupan kita..
Alhamdulillah, syukur.. Itu yang aku amalkan..
Maka kehidupan aku lebih terisi kini..
Biarpun kebanyakan keadaan, aku hanya ditemani sunyi..
Tetapi hidup ini seperti terisi setiap ketika..

Hari Jumaat kelmarin..
Adik aku dari UM sampai lebih kurang pukul 8 malam..
Macam biasa, walaupun hanya berdua tapi tetap rumah aku terhias dengan pelbagai cerita..
Tengah kami memasak bercerita tu, terdengan satu dentuman kat bilik atas dengan tangisan Imad..
Aku bergegas naik kat atas..
Nampak Imad tengah tertonggeng dengan pampers dah terlucut..
Mulut aku mula la membebel sambil angkat Imad..
Aku pusing je Imad, HUH ??!!! Terkejut aku..
Mulut Imad dah penuh darah dengan beberapa titik dah membasahi baju tidur Imad..
Aku check mulut Imad.. Bibir bawah Imad luka, agak besar jugak..
Aku bawak Imad ke bilik air untuk cuci darah tu..
Basahkan sikit badan Imad pastu letak Imad atas katil..

~Ni masa mula-mula jatuh.. Tapi darah dah berenti~

Aku pujuk la Imad.. Mesti sakit tu..
Imad duk kemam bibir bawah dia..
Aku pun mulakan nyanyian untuk bagi Imad reda..
Alhamdulillah, Imad boleh tahan sakit..
Dalam 5 minit je pujuk, Imad dah boleh senyum balik..
Aku biar Imad tengok kartun..
Sambil aku ke bawah semula untuk habiskan memasak..
Dua dulang makanan kami bawa naik ke bilik..
Sambil makan sambil menonton Maharaja Lawak..

~Lepas 3 jam lebih, bibir Imad mula membengkak.. Sian Imad.. Tidur dalam kesakitan~


**Walaupun aku suka marah-marah Imad, tapi Imad tetap nak aku pujuk bila dia sakit atau merajuk.. Kuasa seorang IBU.. Tak dapat dinafikan..**

-AkU-
Syurga Addin...
11:27 pagi...

Read more…

~1Family di Skate Park~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Ini cerita minggu lepas..
Tapi disebabkan aku semakin malas nak menulis..
Maka banyak cerita yang ketinggalan..
Hari Sabtu minggu yang lepas..
Kami satu keluarga beriadah di Skate Park dekat dengan rumah aku..
Incik Hubby pergi ambik anak-anak kat rumah Honey Dew..
3 orang je yang ada..
Yang sulung, Danish.. Baru balik bercuti dari sekolah asrama..
Dah lama keluar jumpa dengan kawan-kawan lama..
Dari rumah aku, dekat je tempat tu..
Jalan kaki kurang dari 5 minit dah sampai..
Imad aku pakaikan splint dan kasut untuk belajar jalan kat taman tu..
Anak yang kedua, Darwish tengah belajar imbang badan dengan skate boardnya..
Anak yang ketiga dan keempat, Batrisyia dan Balqis bermain dengan basikal..
Aku dengan Incik Hubby, bawak Imad jalan-jalan pusing taman..
Masa-masa begini takkan selalu aku dapat..
Maka aku abadikan dalam bentuk gambar..
Tak banyak yang dapat aku snap, pasal sibuk dengan Imad..

~Ayah kepenatan lepas mencuba bermain skate board~

~Ini la kakak-kakak Imad.. Batrisyia dan Balqis~


~Jarang nak dapat bergambar begini~

Sebelum Maghrib, Incik Hubby hantar anak-anak kat rumah Honey Dew..
Aku titipkan salam buat dia di sana..
Moga sihat sentiasa dan bahagia hendaknya.. Amin..

**Ada orang bercerita tentang INTEGRITI dalam setiap perhubungan, tapi dalam masa yang sama dia sendiri tidak mengamalkannya.. Jangan jadi HIPOKRIT!!**

-AkU-
Syurga Addin...
11:07 pagi...

Read more…

Wednesday, April 20, 2011

~Berdosakah bermadu ?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah lama aku tak membuka e-mail yang satu ini..
Mungkin tak menyangka ada utusan yang dikirimkan..
Maka malam tadi entah kenapa..
Hati tergerak untuk buka..
Ada satu e-mail yang belum lagi dibaca..
Dari seorang teman yang aku kenali..
Bila aku teliti, tarikhnya lebih kurang sudah sebulan yang lepas..
Urmm.. Mungkin tak penting barangkali..
Maka dia pun tak ulang bertanya.. Aku cuba membaca e-mail itu..
Persoalan e-mail itu agak mengejutkan..
Pertanyaan dia membuatkan aku termenung seketika..
Ada tiga soalan disitu..
Yang pertama tentang perkhabaran aku..
Kami sudah lama tak berjumpa..
Soalan yang kedua..............

"Apa perasaan menjadi isteri kedua berbanding isteri pertama?"

Jawapan aku................

"Tiada beza seperti isteri pertama, ketiga atau keempat. Biar dimana pun tempatnya, masih tetap lagi dipanggil isteri. Dan apa yang aku tahu, Islam tidak membezakan taraf setiap isteri buat seorang suami."

Soalan yang ketiga ini buatkan aku termenung lama..

"Tak rasa berdosa ke?"

Aku ragu-ragu dengan soalan itu..
Bimbang salah faham pula..
Setelah beberapa ketika mendiamkan diri..
Maka aku ambil keputusan untuk menghantar sms kepada rakan itu..
Sms aku berbunyi..

"Aku cuba menjawab e-mail kau.. Berdosa kerana apa ?"

Selang 15 minit dia membalas..

"Tak rasa berdosa ke menyakiti hati wanita lain?"

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum jawapan sebegini aku kirimkan buat soalan yang itu..

"Begini.. Aku berkahwin secara sah dan halal mengikut hukum syara' dan undang-undang Islam.. Maka antara aku dan suami tidak berdosa untuk bersama.. Bagusnya kami mengakhiri hubungan "kawan" kepada pasangan suami dan isteri untuk mengelakkan maksiat.. Apakah itu menjadi satu dosa ? Untuk makluman kau, aku BERPOLIGAMI atau dalam erti kata lain BERMADU.. Maksudnya, aku berkongsi suami dengan wanita lain.. Maka di mana dosanya aku ? Aku tidak meruntuhkan rumahtangga orang atau pun menyebabkan berlakunya sesuatu yang melampaui batas-batas kemanusiaan.. Andaikata menjadi madu kepada seorang wanita itu berdosa buat aku.. Maka biar la Allah menghukum aku.. Kalau la dengan menjadi madu aku dijatuhkan hukuman "dosa" kerana menyakiti hati wanita lain, maka kau juga menyalahkan Allah swt kerana POLIGAMI ini adalah undang-undang Allah swt.. Undang-undang yang telah termaktub sekian lama.. Pernahkah kau terfikir bila saja kau tanyakan soalan itu, maka seolah-olah kau mempersoalkan hukum Allah swt.. Ada sebab Allah halalkan poligami ini.. Siapa kita untuk mempersoalkan urusan Allah ? Apakah Allah juga cuba menyakiti hati hambaNYA dengan mengizinkan POLIGAMI ? Jangan cuba mengharamkan sesuatu yang halal.. Terima kasih teman kerana cuba mengingatkan aku tentang status aku.. Cuma apa yang membuatkan aku sedar ada la.. Suami bukan la hak milik seorang isteri.. Allah mengurniakan kita pasangan masing-masing untuk kita menjalankan tanggungjawab kita.. Dengan erti kata lain, pasangan itu Allah pinjamkan kepada kita untuk menemani kita sepanjang usia.. Merasai suka duka bersama.. Andaikata kita sebagai insan terpilih yang Allah ingin duga dengan hidup berpoligami.. Bukankah itu satu "kemanisan".. Mengajar kita untuk muhasabah diri sendiri, menerima kekurangan dan kelebihan pasangan serta diri sendiri, membuatkan kita makin sedar tujuan utama kita di muka bumi Allah ini.. Aku tak pernah menyesal diberikan takdir sebegini.. Dan andaikata aku juga ditakdirkan untuk menikmati manisnya "madu" itu lagi.. Akan aku pastikan, ianya lebih manis dari yang sebelumnya.. Sejujurnya, aku bersyukur diduga Allah sebegini.. Luang-luangkan la masa memahami hakikat sebenar kehidupan kita di muka bumi ini.. POLIGAMI bukan la satu perkara besar untuk didebatkan.. Sekian, terima kasih sekali lagi.. Salam untuk seluruh keluarga kau.."

Itu jawapan panjang daripada aku..
Sebenarnya berulang kali pernah dipersoalkan tentang perkara ini..
Cuma sebelum ini aku tak berminat untuk menjawab..
Tapi untuk kali ini..
Rasanya jawapan yang aku beri itu cukup menjawab persoalan dia..




**Jangan membenci aku kerana status dan kedudukan aku.. Kenali la aku sebelum membuat penilaian dan keputusan.. Perbezaan kita manusia bukan la setakat status dan kedudukan sebagai isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat.. Segalanya bergantung kepada amalan dan tahap keimanan kita kepada Allah swt**

-AkU-
Syurga Addin...
13:47 petang...

Read more…

~Nota khas buat adikku~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Beberapa kali aku baca blog adik aku..
Dan beberapa kali aku dah komen kat sana..
Disebabkan aku malas dah nak komen kat entry terbaru dia tu..
Maka aku buat satu entry khas untuk dia..
Entry ni memang khas untuk kau Wai !!

Benar.. Soal hati ni agak berat untuk dibicarakan..
Tak semua orang boleh jadi kuat bila kasih yang kita semaikan..
Tak mekar dan mengharum seperti yang kita impikan..
Namun, gagalkah kita mencari erti sebenar persoalan kasih dan cinta ??
Kita tidak gagal..
Kerana kita masih lagi dalam pencarian..
Kesimpulannya, kalau orang dah tak nak..
Kenapa kita terhegeh-hegeh nak ingat pasal dia lagi..
Dia entahkan tengah bahagia kat luar sana..
Kita yang sibuk melayan sedih, pilu, duka, lara seorang diri..
Mungkin juga dia baca apa yang kita tulis dengan senyum dan ketawa..
Kerana ada juga yang sanggup menangis kerana dia..
Jangan rendahkan maruah kita sebagai seorang perempuan hanya kerana seorang lelaki..
Alangkah ruginya airmata yang mengalir itu..
Kerana alirannya adalah untuk sesuatu yang sia-sia..
Bukankah lebih baik sekiranya air mata itu mengalir kerana keinsafan akan segala dosa dan kesalahan kita..
Kerana mengenangkan syurga dan neraka Allah swt..
Kerana merindukan solat dan puasa..
Kerana terfikirkan kedua ibu bapa kita..
Kerana merasakan diri belum cukup sempurna sebagai seorang muslimin..
Aduhhh....... Adikku..
Cinta pada manusia bukan la penghubung kita ke syurga..
Ini hanya la mainan syaitan untuk lebih menyesatkan kita..
Belum sedarkah lagi ??
Buka la mata, bangun la dari lena..
Dunia ini masih belum habis diteroka isinya..
Ilmu itu masih belum habis diselongkar gunanya..
Kasih sayang itu masih belum habis diterjah kewujudannya..
Lantas mengapa mengharap pada yang satu itu..

Semestinya dia bukan yang terbaik untuk kamu..
InsyaAllah, ada yang lebih baik menanti kita di luar sana..

Bukankah telah Allah janjikan jodoh untuk setiap hambaNYA..
Cukup la merintih..
Cukup la menangis..
Cukup la menghukum diri..
Himpunkan la semangat..
Satukan la keteguhan diri..
Cari la cinta yang sebenarnya..
Biar DIA yang tentukan arah perhubungan kita..



p/s : Kumbang bukan seekor.. Cari la yang lain.. Tapi jangan cari kumbang sebab kumbang tu menatang.. cari la manusia.. Mana ada orang kawen dengan kumbang.. Kehkeh !! Ouh ! Ouh ! Aku tak galakkan pembaca blog aku untuk baca entry-entry adik aku.. Sebab takde pekdah !! Kahkah !! Kalau nak baca jugak, cari la link dia sendiri..

**Psst ! Wai.. Ashraf Muslim dah nak bertunang.. Melepas kau !! Hehe..**

-AkU-
Syurga Addin...
11:27 pagi...

Read more…

Friday, April 15, 2011

~Aku sedang sakit~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sesiapa yang baca entry kali ni..
Harap jangan anggap aku sengaja ada-adakan cerita ataupun main-main ye..
Benda-benda macam ni bukan boleh buat main-main pun..
Aku bukan nak minta simpati atau pun perhatian..
Sekadar bercerita..
Dah lebih dua bulan aku menderita sakit misteri..
Tolong jangan teka aku mengandung..
Tak.. Lepas keguguran tahun lepas, aku dah hampir putus asa untuk mengandung lagi..
Sememangnya aku tak mengandung..
Masa mula-mula sakit ni menyerang, lebih kurang hujung bulan dua..
Tapi tak kronik seperti sekarang ni..
Masih lagi boleh bertahan..
Bulan lepas agak teruk juga.. Tapi masih lagi aku ok..
Cuma minggu lepas yang buat aku tak tahan..
Deritanya hanya aku sorang je yang tahu..
Aku belum lagi buat check up kat mana-mana hospital..
InsyaAllah kalau tak ada aral dalam masa terdekat ni aku pergi..
Dah lebih seminggu aku sakit.. Tak ada perubahan..
Tapi baru dua hari aku cuba ubat-ubatan tradisional..
Alhamdulillah, ada la perubahan sikit..
Aku search dalam internet kegunaan herba-herba yang ada sekeliling kita ni..
Dan aku proses sendiri.. InsyaAllah, makin baik harapnya..
Disebabkan sakit ni maka aku tak berapa nak jumpa orang lain..
Member nak jumpa pun aku terpaksa tolak..
Bukan sombong, tapi tak selesa nak jumpa orang..
InsyaAllah.. Kalau sakit aku ni sembuh..
Aku tak keberatan untuk berjumpa sesiapa saja pun..
Tolong doa-doakan aku..



**Kenapa ada orang susah sangat nak faham bila aku kata tak boleh jumpa ??**

-AkU-
Syurga Addin...
13:07 petang...

Read more…

~Bahagiakah keluarga kita ?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Baru je kejap tadi ada seorang teman bercerita sesuatu..
Teman aku ni seorang lelaki..
Dalam keadaan sedikit menyesal dan agak sedih..
Katanya anak dia memberontak semalam..
Puncanya sikit saja kerana isteri menegur perbuatan sang anak..
Mungkin kerana tidak puas hati, maka anak tadi mengeluarkan kata-kata sebegini..

"Keluarga ni tak pernah bahagia la !"

Maka terkedu la aku yang mendengar cerita tu..
Aku tanya dia apa yang telah dikatakan oleh isterinya..
Dia tak pasti, sebab dia pun tak ada kat rumah..
Cuma mendengar cerita isterinya saja..
Aku terdiam sekejap..
Tentu ada sebab bila seorang anak mengeluarkan kata-kata begitu..
Maka aku katakan pada teman tadi..
Jangan la dimarahi anak tu dulu..
Mungkin kata-kata tu keluar secara tak sengaja..
Ataupun telah lama dipendam dalam jiwa..
Usah disalahkan anak tu..
Selidik diri kita sebagai ibu dan bapa mereka..
Adakah cara didikan kita sudah sempurna..
Kerana segala-galanya bermula dari rumah..
Usah juga cuba menyalahkan antara satu sama lain..
Setiap ibubapa punya peranan yang sama dalam mendidik anak-anak..
Kerana "terjadinya" anak itu bukan kerja satu pihak sahaja..
Maka berbincang la sesama sendiri..
Bagaimana untuk mengharmonikan rumahtangga dan keluarga..
Elakkan pertengkaran..
Kerana itu juga boleh menyebabkan gangguan pada minda dan jiwa anak-anak..
Benar, adakala wujud ketidakpuasan hati bagi kaum ibu kerana kebanyakkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak diserahkan bulat-bulat kepada mereka..
Namun begitu jangan la sesekali mengeluh atau berkira..
Tak suka dan banggakah kita andai anak-anak itu membesar mengikut acuan yang kita ukirkan ?
Namun usah la diterapkan perkara negatif..
Warnakan la kehidupan anak-anak ini dengan warna-warna bersih..
Namun bukan semua ibubapa ikhlas dalam mendidik anak-anak..
Kenapa aku cakap macam tu ??
Nanti la.. Kalau berkesempatan akan aku terangkan dalam entry yang lain..
Pokok pangkalnya hati..
Seperti entry aku yang lepas..
Ubati dan rawat la hati kita..
Usah biarkan penyakit itu terus-terusan memusnahkan hati kita..
Andai hati kita bersih dan sihat..
Maka InsyaAllah segala perlakuan kita akan terpelihara..
Justeru asuh dan didik la anak-anak mengikut landasan agama..
Ajar la mereka sifat-sifat terpuji..
Moga besarnya mereka itu nanti menjadi insan yang mulia..

Jadi buat teman tadi..
Nasihati la anak itu sebaik-baik nasihat..
Dalami la jiwa anak itu..
Fahami la minda anak itu..
Moga sejuk dan lembut hati anak kecil itu..
InsyaAllah..



**Imad lebih manja dengan ayahnya dari aku walaupun lebih banyak masa yang dihabiskan dengan aku.. Kenapa ya ?? Sebab aku lebih garang dari ayahnya.. Wohoooo !!**



-AkU-
Syurga Addin...
12:37 tengah hari...

Read more…

~Fitrah teko dan cawan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Kebiasaannya kalau kita beli set cawan..
Apa yang ada ialah satu teko dan empat cawan ataupun lebih..
Itu kebiasaannya..
Takkan ada yang terima empat teko dan satu cawan..
Sebab kalau teko lebih banyak dari cawan, muatan akan jadi lebih..
Berbanding dengan cawan yang melebihi teko..
Jadinya, sedang elok la tu muatan satu teko untuk cawan-cawan tu..
Itu fitrahnya..

Hari Sabtu yang lepas aku duduk bersantai dengan Imad berdua..
Bermalas-malas menonton tv di pagi hari..
Kebetulan Imad bangun awal hari tu..
Tapi aku tak bagi dia tengok citer kartun..
Aku conquer tv.. Hehe..
Pukul 10 pagi aku layan drama kat TV1.. Tajuknya "Kelat-kelat Madu"..
Cerita tentang seorang perempuan yang free thinker.. Atheist.. (Aku tak tahu nama pelakon ni, tapi watak dia nama rin)..
Cuba mendalami agama Islam..
Satu ketika dia mempersoalkan hal poligami..
Dia mempertikaikan ketidakadilan poligami dalam Islam..
Katanya andai seorang lelaki boleh berkahwin lebih dari satu..
Mengapa wanita tidak dibenarkan..
Kawan perempuan tadi (Rozita Che Wan sebagai isteri kedua) tak tahu nak jawab apa..
Sebab dia cetek ilmu agama.. Begitu juga suami dia (Sabri Yunus)
Maka diorang ni pun merujuk la Rin ni pada member lelaki diorang (Arash)..
Berkenalanlah la mereka berdua ni..
Rin ni tanya soalan yang sama pada Roy..
Makanya jawab lelaki tu..
Itu adalah fitrah manusia yang dijadikan oleh PENCIPTA..
Ia umpama kisah teko dan cawan tadi la..
Telah Allah rancangkan segalanya dengan sebaiknya..
Maka siapa kita untuk meragui atau mempersoalkan setiap kejadian ?
Lebih kurang la cerita Kelat-Kelat Madu ni..
Aku faham.. Korang faham ??
Tak faham, tak apa.. Cuba fahami..
Jadinya setelah beberapa lama mendalami Islam dan mendapati Islam adalah agama yang terbaik di muka bumi ini..
Maka wanita tadi mengucap kalimah syahadah dengan rela hati..
Kesudahannya ??
Aku malas nak cerita..
Kalau nak korang cari sendiri cerita ni.. kehkeh !!

**Aku tengok rancangan agama di Astro Oasis.. Ustazah Asni kata "Andaikata seorang wanita membaca Al-Quran sesudah Tahajjud, InsyaAllah suaminya tidak akan melihat wanita lain selain dirinya.. Dan hanya kecantikan dia sahaja berada di depan mata suaminya".. Maka kaum isteri kalau nak suami hanya memandang kepada kamu, rajin-rajin la solat Tahajjud dan membaca Al-Quran.. Tapi.. Ketentuan Allah kita tak tahu.. Ye kan ?? Wohoooo !!**




-AkU-
Syurga Addin...
07:17 pagi...

Read more…

Thursday, April 14, 2011

~Imad sawan lagi~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt..

Lebih kurang pukul 4 petang tadi..
Aku cuba tidurkan Imad lepas dia mengamuk dengan cerita kartun..
Huhu.. Imad memang suka mengamuk dengan kartun.. Tak faham betul !!
Aku pun angkat Imad, letak atas badan aku..
Kepala aku rapatkan ke dada..
Memang posisi baekk punya untuk lena..
Sebelah tangan peluk Imad, sebelah lagi tepuk badan Imad..
Cuaca agak panas tadi.. Tapi aku dah pasang dua kipas..
Sebab nak bagi semangat untuk Imad tidur..
Aku pun pejam mata sama..
Jenuh la menepuk dia, sambil buka mata sikit untuk tinjau Imad..
Aku buka je mata sikit, mata dia buka besar.. Hehe..
Tak boleh jadi ni.. Aku pun tak buka mata dah..
Agak-agak dah takde pergerakan lagi..
Aku pun buka mata sikit.. Ouh.. Dah tidur rupanya..
Aku pun join la rehatkan mata ni kejap..
Rasanya ada la dalam 5 minit sebelum aku terasa ada gerakan ganjil kat dada aku..
Bila pandang je Imad, terus aku terbangun..
Air liur Imad dah banyak atas baju aku..
Aku agak Imad dah beberapa minit kena sawan masa aku lena kejap tadi..
Aku letak Imad atas katil sambil sejukkan kepala dan badan Imad dengan tuala basah..
Lepas 5 minit sawan Imad makin kronik..
Aku masukkan Diazepan 5mg dalam punggung Imad..
Aku lap lagi kepala dan badan Imad..
Aku dah get ready nak call sesiapa nak bawak Imad pergi HKL..
Takut jadi kritikal macam hari tu..
Sentakkan Imad kejap slow kejap kuat..
Aku urut-urut sekitar kepala, tangan dan kaki..
Lepas 15 minit baru sawan berhenti..
Macam biasa sebelah badan Imad akan "paralysed" untuk sementara..
Aku letak Imad dalam playpen, biar dia tidur..


**Kalau boleh aku tak nak check in lagi kat HKL**

-AkU-
Syurga Addin...
17:07 petang...

Read more…

Wednesday, April 13, 2011

~Papa dan Mantera Anjasmoro !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sebenarnya aku nak tulis entry ni hari Khamis yang lepas..
Atau paling lewat pun hari Jumaat..
Tapi disebabkan tahap kemalasan dan sebab-sebab yang lain..
Maka tertangguh la entry kali ini..
Tak kisah la kan.. Janji aku tulis jugak..
Oke.. Actually, aku nak cerita pasal papa aku..
Seperti yang pernah aku ceritakan.. papa aku seorang pelakon..
So, hari Khamis yang lepas ada la keluar lakonan papa aku dalam cerita Mantera Anjasmoro..
Papa aku dapat watak yang boleh tahan jugak..
Ouh.. Aku nak cerita jugak..
Masa papa aku berlakon cerita ni..
Waktu nak make up muka papa aku yang macam hantu sebelah muka tu..
Aku tengok gak time tu.. Diorang make up papa aku kat Taman melawati.. Depan Damai Hospital.. Kat parking tu.. Aku pi situ nak ambik adik-adik dan mama aku datang rumah..
Pasal dari pukul 8 pagi diorang duk kat situ..
Papa punya scene pulak pukul 12 kalau tak silap..
Tercabut kepala nak tunggu papa aku habis shoot untuk hari tu..
Huhu.. Ternampak la jugak Fauziah Gous ni..
Boleh la tahan.. Tapi kurus giler.. Macam tak makan je minah ni.. Haha..
Tapi tak sempat ambik gambar papa masa tu.. Nanti make up artist tu kata aku jakun la pulak kan !!
So, kitorang terus balik kat rumah aku..

*Tu tangan papa aku la tu..

*Haha.. Ni la papa aku.. sape-sape yang tengok citer tu tau la..

*Wohooo !! Close up sikit !!

*Landing sebelah Fauziah Gous !! Huhu..

*Antu tu tengah duk pusing kepala papa aku.. Seram la konon ! Kehkeh !!

Gambar tak berapa cantik sebab snap guna phone je..
Tak kira la kan.. Janji nampak la jugak muka papa aku..
Hehe.. Selamat menonton !!

**Banyak kali aku mintak papa nak berlakon.. Jadi extra pun boleh la.. Papa tak bagi.. Huhu..**

-AkU-
Syurga Addin...
15:07 petang...

Read more…

~Seharian di HKL~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari Rabu minggu yang lepas..
Aku, Incik Hubby dan Imad ke HKL..
Imad ada appointment Terapi Carakerja atau lebih dikenali dengan Occupational Therapy dan satu lagi CP Clinic (Cerebral Palsy)..
Appointment pukul 9 pagi..
Tapi kitorang sampai pukul 9.45 pagi.. Hehe..
Biasa la kalau pergi dengan Incik Hubby..
Pergi kat bilik OT tu.. Imad punya therapist tu cakap suruh tunggu dulu sebab kitorang dah lewat sangat..
Instead of 9 am tapi kitorang datang almost 10 am..
Then Puan Zawiyah (OT therapist) kata kalau patient 10 am tak datang boleh la kitorang ambik waktu tu..

*Sempat lagi berposing kat tempat menunggu.. Hehe..

Tunggu dalam 10 minit tu Puan Zawiyah pun panggil kitorang..
Masuk la kat OT punya tempat..
Patutnya pukul 10 am ada appointment dengan CP clinic..
Tapi tadi tengok ada tiga kad lagi sebelum Imad..
So budget satu appointment dalam 1/2 jam..
Sempat la lagi Imad nak buat OT..
Jenuh la nak ajar Imad main macam-macam benda..
Satu jam jugak Puan Zawiyah tu melayan Imad dengan assistant dia..
Lepas tu kitorang biar je Imad buat "kerja sendiri"..
Dah malas nak main kejar-kejar dengan Imad lagi..
Dah dekat dua jam kitorang "melepak" kat dalam bilik OT..
Masih lagi tak ada nurse dari CP clinic yang panggil..
Aku dah mula pening-pening.. Dah la tak cukup tidur.. Kena tunggu lama tanpa buat apa-apa pulak tu..
Incik Hubby duk sakan baca paper.. Aku je terkulat-kulat tak tau nak buat apa..
Dekat pukul 1 pm tu aku ajak Incik Hubby tunggu kat luar..
Incik Hubby dengan Imad tunggu kat depan ruang therapy tu..
Aku pulak pergi ambik ubat Imad kat farmasi..
Sempat la beli jagung 2 cawan.. Lapar beb !! Tu je yang masuk selera..
Sampai kat Incik Hubby, dia cakap dah tanya kat nurse tu..
Tapi nurse tu kata belum sampai lagi masa Imad..
Aku tengok sekeliling, orang yang datang lewat daripada kami dah balik pun..
Kitorang dah tiga jam lebih tapi duk terpeleot kat situ lagi.. Aduuuuhhh !!
Pukul 1.30 pm baru dapat jumpa doktor..
Aku pun masuk dengan Imad.. Incik Hubby pi tengok kereta..
Ada dalam 5 orang doktor dan sorang nurse kat situ..
Aku pun biar Imad berdiri..
Tiba-tiba je Imad jalan ada la dalam sepuluh langkah pergi kat sorang doktor cina ni..
Wohooooo !! Menakjubkan sungguh !! Kat rumah hanya dapat 3-4 langkah je..
Datang sini memang Imad eksyen sungguh !! Cehhhh !! Berlagak la tu.. Ramai perempuan kat situ..
Nurse tu cakap Imad rindu kat Dr. Khoo (Dr ni yang selalu tengok Imad kalau Imad masuk wad)..
Bila suruh jalan lagi sekali pun sama.. Imad tunjuk lagak lagi !!
Huishhh !! Panas hati gua.. Kat rumah takde pulak dia nak jalan..
Macam biasa sesi soal jawab dijalankan..
Sempat jugak diorang belek-belek Imad.. Imad pun macam suka je..
Sangat friendly dia hari tu.. membodek habis !!
Habis lebih kurang pukul 2.. Tapi kena datang pulak pukul 4 pm untuk check splint Imad..
Pasal kaki imad luka bila pakai splint tu..
*Muka baru lepas membodek !! Hehe.. On da way balik rumah..

Aduuuiiii !! Sampai rumah sempat makan dan solat, duduk sekejap dah kena pi HKL balik..
Kitorang sampai tepat pukul 4 pm.. Jumpa technician je.. Dr tu ada patient lain..
So, splint Imad tu dia ambik dan betulkan balik..
Harap-harap lepas ni Imad boleh pakai dengan selesa..

*Kehkeh !! Muka mengantuk Imad.. tidur lambat, bangun awal, pukul 4 pm tak dapat tidur lagi..

1/2 jam jugak kat Rehab..
Sampai rumah pukul 5 lebih sebab sesak sikit kat depan Celcom Semarak tu..
Tak tunggu lagi dah, Imad terus tidur dalam playpen dia..
Aku dengan Incik Hubby pun sama jugak..
Lepas solat A'sar, terus pengsan.. Kehkeh !!
Nasib baik bukan bulan puasa.. Hehe..


-AkU-
Syurga Addin...
14:37 petang...

Read more…

Tuesday, April 12, 2011

~Rawat Hatinya Bangunlah Insan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Usai solat Maghrib tadi..
Kebiasaanya setiap kali masuk waktu solat aku akan buka channel Astro Oasis..
Kebetulan sedang ditayangkan satu rancangan agama bertajuk - Rawat Hatinya Bangunlah Insan - Bicarawara..
Aku tengok pun dah separuh..
Ada yang ingin aku kongsikan kat sini..
Ustaz Aagim dari Indonesia sebagai jemputan..

*Ini la Ustaz Aagim..

Dia bercerita soal hati..
Katanya, Yang bahaya pada hidup kita bukan la orang lain, tetapi diri kita sendiri..
Kita seringkali berusaha untuk mengubat sakit tak kira la demam, batuk, selsema..
atau pun anak sakit, adik, kakak, isteri, suami, mak ayah..
Mungkin juga mengubati kerosakan rambut, baju dan pelbagai lagi..
Tapi pernahkah kita terfikir untuk merawat dan mengubati hati kita ?
Susah sebenarnya untuk kita berfikir sebegitu..
Sebab itu ada isteri yang tak bahagia dengan suami dan sebaliknya..
Ada anak-anak yang tak menurut kata ibubapa..
Ada ibubapa yang tidak meredhai anak-anak..
Kata Ustaz Aagim lagi..
Cuma tanya diri kita, adakah kita bahagia ?
Jawapan itu ada dalam diri masing-masing..
Hati ini terbahagi kepada tiga..

1- Hati Sihat - Mereka ini bertindak mengikut kata hati yang tidak terus membuat keputusan.. Mereka berfikir pro dan kontra sesuatu perkara sebelum membuat keputusan..

2 - Hati Berpenyakit - Mereka ini antara orang yang takbur, ego, pentingkan diri sendiri, bongkak, emosional, tak mampu mengawal diri dan pelbagai lagi penyakit hati..

3 - Hati Mati - Mereka ini adalah orang yang tak dapat menentukan baik dan buruk sesuatu perkara dengan hati.. Segalanya dikawal oleh nafsu..

Diakhir siaran Pengacara majlis bertanyakan kepada Ustaz Aagim bagaimana untuk kita kekalkan hati yang sihat..
Kata Ustaz Aagim ~ Ilmu, Amal, ikhlas..

Ilmu - Pergilah ke majlis-majlis ilmu, belajar sedapat mungkin.. Cari makna hati.. dapat ilmu harus senyum dan bersyukur..

Amal - setelah ilmu itu dalam pengetahuan kita..  Jangan abaikan ilmu itu.. Ilmu akan bermakna kalau jadi amalan.. ilmu akan menjadi lebih hebat kalau diamalkan.. Contohnya - Apa ertinya tahu solat kalau tidak solat ? Maka sia-sia saja la ilmu yang kita ada tanpa amal..

Ikhlas - Sekuat tenaga kalau beramal jangan berharap apa-apa kecuali kerana Allah dan semoga diterima Allah segala amalan kita.. Kalau itu yang kita amalkan, InsyaAllah akan bersih hati kita.. Biar la Allah swt yang menilai segala amalan kita..

Ini antara yang sempat aku tonton dan kongsikan di sini..
Cuba la kita praktikkan dalam kehidupan kita sehari-harian..
InsyaAllah, yang mana baik kita jadikan petunjuk..
Yang mana kurang kita jadikan pengajaran..
Semoga rahmat dan kasih sayang Allah swt akan sentiasa bersama-sama kita.. Amin...


**Jaga dan rawat la hati kita agar sentiasa menjadi hati yang sihat.. Jangan la biar hati kita mati dan bertindak mengikut nafsu**

-AkU-
Syurga Addin...
19:47 senja...

Read more…

~Aku dan REFORMASI !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Cuaca sangat panas hari ni..
Memang sesuai untuk keringkan baju yang aku basuh tadi..
Nasib baik tak banyak..
Cuma harap-harap tak la panas sampai ke malam..
Masuk hari ni dah tiga hari berturut-turut aku membaca kisah-kisah pemimpin pembangkang..
Dari sejak beliau menjadi pemimpin dalam kerajaan hingga la kepada pembangkang..
Tidak dinafikan, aku antara orang-orang yang agak fanatik kepada beliau suatu ketika dulu..
Aku juga antara rakyat yang turut "ber-reformasi" di jalanan tahun 1998 dulu..
Mungkin darah panas dan masih belum dapat menerima kenyataan, maka  jadi la aku antara rakyat yang memberontak.. Aku masih lagi simpan tag "REFORMASI" tu.. Cuma malas nak cari dalam stor..
Boleh kata setiap kali ada perhimpunan, aku pasti ada..
Masa tu masih lagi tak mengerti perjuangan yang sebenar..
Ikut kata hati je.. Rasa hati, pemimpin yang aku sokong itu sangat bersih dan berwibawa, tapi wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan isu yang sangat keji !
Rasanya dalam keluarga, aku satu-satunya menyokong REFORMASI..
Papa aku masih lagi taat kepada UMNO sementelah suatu masa dulu dia juga agak dikenali dalam parti itu..
Namun bukan dikalangan orang atasan..
Biarpun papa tahu kepincangan parti yang disokongnya itu, namun papa tetap bertahan..
Kakak-kakak aku pun antara penyokong Tun Mahathir (Dato' Seri ketika itu)..
Jangan cuba nak kutuk sikit pun.. Memang kena sembur la jawabnya.. Hehe..
Dan aku cuba berjuang dalam diam..
Sehingga la satu masa aku menyedari perjuangan aku tiada asasnya..
Umpama perjalanan tiada tujuan..
Sekadar mengikut arus dan keadaan..
Sedikit demi sedikit semangat REFORMASI aku hilang..
Hingga la aku kembali kepada "KERAJAAN" asal..
Dan kini aku buka mata aku sedikit demi sedikit memandang perjuangan sebenar..
Benar, setiap pemimpin ada kelebihan dan kekurangan..
Cuma jangan la kita menjadi penyokong kepada pohon yang seharusnya sudah tumbang menyembah bumi dek kerana kerosakan yang wujud pada dahan, ranting dan akarnya..
Dari pembacaan, aku mulai mengenal setiap pemimpin di Malaysia..
Dan sesungguhnya aku harus mula memberi kepercayaan kepada kerajaan yang memimpin sekarang..
Aku sebenarnya kagum dengan kepimpinan Tun Mahathir..
Maka boleh aku simpulkan tiada siapa yang mampu mengatasi Tun Mahathir saat ini..
Cuma aku harus bagi peluang dan masa kepada Dato' Seri Najib untuk membuktikan dasar kepimpinan yang beliau pertahankan..
Huhu.. Tak la kata aku sokong UMNO 100%..
Tapi aku sokong PM yang sekarang ni..
Biar la orang nak kata apa pun..
Setiap rakyat punya hak untuk memilih.. Termasuk aku..


**Hujan turun juga mencurah-curah**


-AkU-
Syurga Addin...
16:57 petang...

Read more…

Monday, April 11, 2011

~Artis dan statement klise~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Bila baca tajuk kat atas tu..
Jangan sangka blog aku dah bertukar menjadi blog artis..
Takkan sekali-kali..
Cuma saja-saja nak berubah angin..
Asyik cerita pasal diri sendiri je..
Sesekali nak jugak cerita pasal benda lain..
Makin hari makin hangat dunia artis dengan pelbagai cerita..
Mungkin satu cara untuk mencari glamour ataupun menaikkan lagi nama mereka di mata masyarakat..
Tak kira la gosip murahan atau pun sebaliknya..
Aku bukan nak sangat kisahkan pasal artis ni..
Tapi kadang-kadang aku pun naik menyampah dengan statement "kurang akal" sesetengah artis..
Jenis yang cakap tak cermin diri sendiri ataupun tak reti nak fikir impak atau kesannya akan datang..
Terlajak perahu lu boleh u-turn beb ! Bila dah terlajak cakap.. Takkan lu nak jilat ludah lu balik ??!
Haishh !! Nak kata tak berpelajaran.. Ada jugak artis yang berpelajaran tinggi..
Cuma mungkin tak ramai mereka yang belajar tinggi ni cakap tak fikir dulu..
Sesetengah je yang rasa diri dah sangat bagus..
Ada yang rasa mereka saja yang betul..
Orang yang menegur ni saja dengki dengan mereka.. Ciskek punya artis !!
Yang paling aku tak gemar..
Bila artis yang bagi statement macam ni..
"Saya ni orang Islam, saya tahu halal haram.. Saya faham hukum hakam.. Saya boleh beza yang mana baik dan buruk"..
Aku gelak besar je bila baca statement klise macam ni..
Yang tukang cakap tu..
Gosip merata-rata.. Pakaian jangan cerita la.. Aksi bergambar.. Perghhh !! Supermodel..
Oppss !! Terlebih cakap pulak..
Kadang-kadang rasa nak je cakap kat depan muka artis ni..
Tapi tak pernah aku terjumpa diorang ni..
Sebab aku pun tak rajin keluar..
Urmm.. Pesan aku kat artis-artis ni..
Fikir la dua tiga kali sebelum bagi statement..
Satu lagi cermin diri sendiri sebelum nak cakap apa-apa..
Jangan sampai orang cakap awak ni cakap tak serupa bikin..
Jadi la artis yang berpengetahuan luas biarpun tak berpelajaran..
Huhu.. Nasihat percuma dari seorang "artis"..



**Kat rumah aku ada Remy Ishak !!**

-AkU-
Syurga Addin...
21:47 malam...

Read more…

Sunday, April 10, 2011

~Aku dan politik~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Salam hari Jumaat, penghulu segala hari..
Pagi ni rasa sejuk dan damai saja..
Maklumlah, hujan sepanjang waktu..
Biarpun tidur aku tak mencukupi, tapi pagi ni aku tetap segar untuk memulakan tugas..
Sejak kecil lagi aku telah didedahkan dengan soal politik..
Sebab papa aku dulu memang bergiat cergas dalam arena politik..
Aku bukan nak ceritakan tentang politik yang melanda negara masa kini..
Bukan tak berminat, tapi malas nak mengulas lebih lanjut..
Tak pernah ada politik bersih, semuanya main kotor..
Tak payah la nak pertahankan parti masing-masing..
Semuanya ada baik dan buruknya..
Politik tidak hanya merujuk kepada kerajaan..
Banyak lagi keadaan yang kita boleh gunakan..
Sebagai contoh..
Politik di tempat kerja :
Zaman-zaman aku kerja dulu memang ada..
Dah macam-macam group yang ada..
Nasib baik tak ditubuhkan parti.. Hehe..
Dan aku seperti biasa duduk dalam group yang berkecuali..
Group yang tak kisah berkawan dengan siapa pun..
Jenuh kalau nak join group orang yang memilih ni..
Nak berkawan dengan yang high class je..
Walaupun diri tu tak berapa nak high..
Tu namanya tak sedar diri..
Politik dalam keluarga :
Ada je soal pilih kasih..
Ada yang dapat lebih dan ada yang kurang..
Tak pandai bodek sikit, mula la kena tindas..
Yang pandai bodek, cakap 2+1=4 pun orang dah kagum.. Biar pun salah..
Seperti biasa, aku berkecuali.. Hehe..
Aku pun tak boleh lari dari politik keluarga..
Biasa la.. Mesti ada yang kita lebih suka dan kurang suka..
Soal hati ni memang tak boleh adil beb !!
Politik kawan-kawan :
Haha.. Ni memang tak bleh dinafikan..
Ni lebih kurang politik tempat kerja la..
Ada je group tersendiri..
Biarpun aku boleh join semua group..
Tapi seperti biasa aku tak banyak cakap..
Ada idea, aku bersuara..
Tapi lebih banyak, aku jadi pemerhati..
Yang tak bestnya bila kawan makan kawan..
Depan cakap lain, belakang cakap lain..
Aku pernah kena, dan pernah juga buat kat member yang lain.. Kahkah !!
Tapi dah minta maaf laa..
Bukan tak nak cakap depan-depan.. Tapi takut dia tak boleh terima.. Tu je..
Politik suami dan isteri :
Yang ini cukup bahaya..
Bila suami dan isteri masing-masing nak jadi pemimpin parti dalam satu rumah..
Apa jadi bila satu badan ada dua kepala ??
Tak tentu hala jadinya..
Anak-anak nak ikut yang mana satu ?
Masing-masing tak nak mengaku kalah..
Tetap mengaku diri yang terbaik..
Maka keluarga bahagia tak dapat dikecapi..
Satu keluarga hanya perlu ada seorang pemimpin..
Dan yang lain boleh jadi penasihat yang berguna..
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memiliki rakyat yang hormat sesama sendiri dan tidak berpecah belah serta boleh mendengar dan menerima pandangan dan kritikan orang lain semata-mata untuk membina satu perpaduan yang berkekalan..

Macam-macam politik zaman sekarang ni..
Sehinggakan budak-budak pun tau "berpolitik"..
Kanak-kanak sekarang dah maju..
Seiring dengan negara yang "maju dari segala segi"..

1Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.. Betul ke ???


**Entry ni patut keluar hari Jumaat, tapi aku lupa nak publish**

-AkU-
Syurga Addin...
13:27 Petang...

Read more…

~Akademi Fantasia Kembali Lagi !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Baru lepas layan slot Cerekarama kat TV3..
Cerita sedih, tapi tak cukup untuk buat airmata aku mengalir..
Anyway.. Aku nak cerita pasal Akademi Fantasia Musim Ke-9 yang baru saja bermula konsertnya hari ni..
Bukan la aku nak tengok sangat pun..
Lagipun aku duk layan Majalah 3 yang buat liputan pasal tsunami dan gempa bumi kat Jepun hari tu..
Tengah iklan, so layan la kejap AF9 ni..
Rindu nak tengok aksi Pak Nil sebenarnya..
Dan nak tengok aksi Amy Search selaku Pengetua AF9..
Sempat la tengok beberapa pelajar buat persembahan..
Urmm.. Memang tak menarik minat aku langsung..
Macam tak bertenaga je diorang ni..
Even ada yang dah pernah jadi artis..
Tapi macam baru je nak jadi artis..
Kalau yang baru nak jadi artis tu, aku faham la..
Tapi yang dah pernah bergelar artis ni..
Patut la diorang ni masuk AF ni..
Mungkin nak belajar macam mana nak jadi artis kut..
Aku sebenarnya tak tahu apa fungsi sebenar AF ni..
Kalau kata nak cari bakat-bakat baru..
Tapi bila dah keluar dari Akademi..
Diaorang ni tak la jadi artis sangat pun..
Ada la tiga empat kerat yang berjaya..
Yang lain ?? Hidup segan mati tak mau..
Ini la antara keadaan yang perlu para peserta AF sepanjang musim terima..
Bukan AF saja, tapi boleh katakan semua rancangan realiti..
Ye la.. Nak jadi artis tu mudah..
Tapi nak kekal sebagai artis yang dikenali tu tak la mudah mana..
Cuma yang aku agak nak gelak ialah bila Kak Ogy "bahasakan" Adlin Aman Ramli..
Dulu dia sibuk komen pasal teknik persembahan orang..
Tapi bila dah jadi tenaga pengajar..
Dia yang kena komen balik !! Kehkeh !! Kena terima la walaupun pahit..
Memang bagi aku Adlin lebih sesuai duduk di kerusi pengkritik dari tenaga pengajar..
Dia mungkin sangat bagus bila melontarkan idea..
Tapi tak semestinya bagus bila melaksanakannya..
Itu pendapat aku la untuk konsert yang pertama ni..
Tak tau la konsert yang akan datang pulak..
Lagipun aku tak rasa berminat nak tengok AF ni..
Banyak lagi rancangan berfaedah lain yang aku boleh layan..
Tak pun baik layan Imad dari layan AF.. Hehe..



**Sambung balik layan movie The Addams Family kat TV3**

-AkU-
Syurga Addin...
00:17 malam...

Read more…

Monday, April 4, 2011

~Politik dan video kontroversi !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Aku tak nak cerita panjang lebar..
Cuma nak kisahkan sikit je pasal apa yang jadi petang tadi..
Aku baru balik beli barang dari UO..
Sampai kat rumah, ada la tetamu yang dikenali..
Bersapa lebih kurang.. Aku pun layan laptop balik..
Tengah leka main game, tetamu tadi menyuakan handphonenya..
Aku tengok la skrin dia.. Ada address satu blog..
Aku pun buka.. Ada new entry.. Kes yang tengah hangat sekarang ni..
Video seks pemimpin pembangkang..
Aku layan la kejap.. Tengok sekali.. Ouh !! Macam muka dia la !!
Try tengok kali kedua.. Uishh !! Memang macam dia lah !!
Itu la reaksi pertama dan kedua aku..
Aku pun bagi tetamu tadi dan Incik Hubby tengok pulak..
Incik Hubby pun agak sependapat dengan aku..
Cuma tetamu tadi yang tak berapa nak setuju..
Macam-macam hujah yang dia bagi untuk menidakkan kata-kata aku tadi..
Kehkeh !! Biasa la.. Kalau dah agak fanatik pada seseorang tu..
Aku tak menuduh, cuma memberi pendapat..
Berulang kali dia tengok video tu sampai aku pun dah naik lemas..
Benda yang sama, ditengok berulang kali pun tetap sama..
Tak tau la kalau tengok kali yang ke-50 tiba-tiba boleh bertukar pulak..
Kahkahkah !! Aku boleh gelak-gelak je kat belakang dia..
Aku pun cakap kat dia.. Sudah-sudah la tu.. Biar polis buat kerja diorang..
Tak tau la tinggal berapa je pahala puasa aku hari ni..
Haishhh !! Nak kena top up balik ni !! Hehe..
Aku pun mengikuti perkembangan politik kat Malaysia ni..
Tapi jangan la terlalu fanatik.. Para pemimpin ni bukanlah "orang suci" yang terlindung dari sebarang dosa dan kejahatan..
Berpada-pada la dalam menyokong sesebuah parti..
Jangan terlalu taksub sampai terus menutup mata untuk kepincangan yang berlaku..
Jangan jadi rakyat yang buta hati dan rabun minda dalam menyokong perjuangan sesebuah parti..
Jadi la rakyat yang berani bersuara bila pemimpin terkhilaf dalam perjuangan..
Itu yang kita mahu dan idamkan dalam sesebuah negara..
Dan buat pemimpin..
Jangan terlalu leka duduk di kerusi baldu, baring di tilam empuk dan berselimut sutera..
Nanti kita disoal dasar kepimpinan kita di padang masyar..
Apa yang anda semua nak jawab ???
Lu fikir la sendiri !!

**Aku nak berbuka apa ye ??**




-AkU-
Syurga Addin...
07:07 senja...

Read more…

Saturday, April 2, 2011

~Formspring.. Aku masak best !! Yiehaa !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Wahhhhh !!
Saya sudah ada formspring !!
Macam la best sangat !! Kehkeh !!
Saja je tu.. Tengok kat blog orang lain ada.. Aku pun nak try gak la..
So.. Sape-sape yang rasa-rasa nak tanya macam-macam..
Jangan la malu-malu nak tanya ya..

Ouh.. Tu satu perkara..
Ada lagi satu perkara yang aku nak share kat sini..
Aku dah pandai masak !! Horayyyyy !! Haha..
Bila Incik Hubby puji masakan aku.. Tak la rasa apa sangat..
Ingatkan dia saja nak ambik hati aku..
Sebab sebelum ni, dia la yang sakan kutuk masakan aku..
Tapi bila ada tetamu yang datang kat rumah aku..
Makan malam, pastu puji masakan aku..
Huhu.. Baru la aku rasa sedikit bangga.. Haha !!
Bukan la riak pun.. Terasa la up sikit..
Alhamdulillah.. Dah semakin maju sekarang ni..
Tu pun mungkin sebab aku dah kena masak hari-hari..
Ye la, aku kan jadi pengasuh anak-anak..
Kena la masak hari-hari nak bagi anak makan..
Kalau sebelum ni, aku hanya rajin masak bila Incik Hubby kat rumah aku je..
Kalau tak, aku lebih rela makan roti je.. Pemalas !! Hehe..
Ye la.. Makin berusia ni kena la berubah kan..
Nanti dah ada anak besar-besar baru nak rajin masak.. Jenuh la pulak..
Untuk isteri-isteri yang lain tu..
Kalau pun kita masak tak sedap sekarang ni..
Jangan putus asa.. Teruskan usaha.. InsyaAllah satu masa nanti kita akan pandai jugak..
"Practise makes perfect !!" cewahh !! Speaking.. Hihi.. Betul la tu..
So, selamat berjuang !!



**Kat rumah aku sekarang ni ada tiga orang lelaki yang tengah seronok sakan bercerita pasal poligami.. Aku hanya tumpang gelak-gelak je.. Hehe.. Biar la diorang nak berangan sakan pun.. Aku ok je..**


-AkU-
Syurga Addin...
00:07 malam...
Bila orang puji tu, aku pun malu-malu kambing je la..

Read more…