Sunday, July 31, 2011

~Bertemu lagi kita.. Ramadhan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..
Bertemu kita sekali lagi Bulan yang penuh dengan keberkatan ini..
Bulan untuk memperbanyakkan lagi amal ibadah kita..
Bulan untuk membersihkan diri dari noda dan dosa..
Bulan mencari keberkatan dan keredhaan Allah swt..
Bulan menahan segala nafsu dalam diri..
Bulan Ramadhan Al Mubarak..
Bersama-sama kita mencari keistimewaan Ramadhan..
Kerana kita tak akan pernah menjangka bila Ramadhan terakhir kita..
Sambutlah kedatangan Ramadhan dengan doa kepada Allah swt..

Bercerita tentang Ramadhan..
Masa kecik-kecik dulu, aku memang liat nak bangun sahur..
Aduhh.. Rasa macam nak makan sambil tidur atas katil.. Hehe..
Tapi bila Hitler bersuara.. (Bapak aku la tu!!)..
Mata yang tertutup pun jadi segar macam dah lama bangun..
Haha.. Terus ada selera nak makan..
Tapi bila waktu berbuka..
Aku yang paling pertama duduk mengadap makanan..
Tak pedulikan benda-benda lain.. Hehe..
Itu cerita zaman kanak-kanak..

Bila dah remaja..
Aku jarang bersahur makanan berat..
Kalau tak ada buah, air pun dah cukup..
Lagipun masa tu.. Hmm.. Macam-macam hal yang jadi..
Waktu berbuka pun sama..
Susah untuk merasa makan secara beramai-ramai satu keluarga macam masa kecik dulu..
Kalau ada pun aku join kawan-kawan makan kat luar..
Kadang-kadang lebih seronok waktu zaman kanak-kanak..
Tapi masa akan terus berlalu..
Terkadang tanpa kita sedar..

Waktu aku duduk bujang dengan kakak-kakak aku..
Sahur, kitorang akan makan apa yang ada..
Ataupun pergi makan kat gerai yang masih buka..
Sama ada bertiga atau dengan kawan-kawan..
Waktu berbuka pula..
Kalau tak masak..
Kitorang cari juadah dekat pasar juadah yang berdekatan..
Memang rambang mata nak pilih makanan..
Kalau tak tahan nafsu, memang habis satu pasar aku borong !! Hehe..

Bila dah berumahtangga..
Waktu suami di rumah..
Makanan di waktu sahur agak ringkas..
Suami tak cerewet..
Kadang-kadang suami yang tolong aku masak..
Tapi bila berseorangan..
Aku makan kurma atau buah dan segelas susu..
Waktu berbuka pula..
Aku lebih senang memasak di rumah..
Kadang-kadang ke pasar juadah juga..
Saja nak ubah selera.. Tapi jarang sangat..
Suami lebih suka makan hasil air tangan aku.. Alhamdulillah..
Kalau suami tak ada..
Aku akan masak seringkas yang mungkin..
Masa bulan puasa la berat badan aku lebih banyak turun..
Cuma harap-harap tahun ni tak turun lagi..
Kalau tak, bila jumpa doktor.. Mesti kena bebel.. Hehe..

Pelbagai kenangan di bulan puasa yang lepas..
Untuk tahun ini..
Hari pertama Ramadhan..
Aku bersahur dengan family mak aku..
Harap-harap ada la selera nak makan..



*Salam Ramadhan untuk semua pembaca Syurga Addin.. Dengan rendah hati ingin aku memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan sepanjang kalian mengenali aku.. Lantaran aku hanya manusia biasa, tak mampu lari dari salah dan silap.. Moga aku mampu memperoleh kemaaafan dari kalian.. Bersama-sama kita mencari redha dan kasih sayang Allah.. Semoga rahmat Ilahi senantiasa memayungi kehidupan kita.. InsyaAllah.. Amin..*

**InsyaAllah.. Ramadhan ini mampu kuatkan hati aku.. Moga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama aku dalam apa jua keadaan.. Amin..**

-AkU-
Syurga Addin..
22:27 malam..

Read more…

~Aku dan rumah baru..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah syukur..
Aku dah selamat berpindah ke kediaman yang baru..
Memang perkara yang amat memboringkan bila berpindah..
Jenuh nak packing barang..
Tapi dengan kuasa wonder woman..
Maka dapat la aku buat semuanya..
Boleh kata semuanya aku kemas sorang-sorang..
Ada la sikit bantuan dari adik dan anak buah aku..
Yang lain semuanya aku sorang..
Incik Hubby lagi la tak bantu..
Sebab dia busy outstation..
Dah masuk rumah baru pun..
Aku jugak jadi wonder woman..
Aduhhh !! Sakit-sakit dah badan ni..
Dari pagi aku tak jamah apa makanan pun..
Aku kemas sorang bila Incik Hubby balik rumah Honey Dew..
Tak puas hati selagi banyak barang bersepah..
Dalam keadaan badan tak berdaya tu, aku teruskan jugak..
Malam tadi lebih kurang pukul 9 lebih..
Incik Hubby datang dengan anak-anak bawa nasi goreng..
Ingatkan bawa untuk aku sorang..
Tapi bila makan, Incik Hubby pun nak share..
Anak perempuan aku si Balqis ni pun sibuk nak nasi jugak..
Walau perut ni kelaparan lagi..
Tapi aku bagi jugak la bekas nasi tu kat dia..

Malam ni aku tidur sorang kat rumah baru..
Imad kat rumah Tuk Wan dia..
Incik Hubby kat rumah Honey Dew..
Aku penat dan letih sangat..
Menguap pun dah berpuluh kali..
Tapi mata tak nak lelap..
Mungkin sebab suasana baru..
Lagipun Astro tak pasang lagi..
Maka ini la kerja aku..
Check email Yahoo dan buka blog..
Harap-harap boleh la tidur sambil menaip..
Hehe.. Selalunya tidur sambil tengok tv..




*Aku teringin rumah kampung macam ni.. InsyaAllah, ada rezeki nanti aku nak bina rumah kampung atas tanah aku..*

**Berblog sambil dengar lagu Nike Ardilla ~ Ku Tak Akan Bersuara.. Best pulak !! Hehe..**

-AkU-
Syurga Addin..
01:47 pagi..

Read more…

Friday, July 29, 2011

~Mengapa dikenang...~

"Anak punai anak merbah, Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah, Ini pula hati orang
Mengapa dikenang..

 
Asal kapas jadi benang, Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang, Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu..

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang, Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang, Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih..

Kalau pinang masih muda, Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama, Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti..

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu..."


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..


Kat atas tu lirik lagu "Mengapa Dirindu" nyanyian Saloma..
Aku bukan la peminat lagu-lagu lama..
Tapi aku suka nyanyikan bait-bait lagu ni..
Melodi dan lirik yang sangat bagus..
Ada juga penyanyi lain yang cuba memperbaharui lagu ni..
Tapi tak seindah alunan suara Saloma..

Ya.. Mengapa dikenang ?
Ada kawan aku cakap..
Jangan hidup dalam kenangan yang menyakitkan..
Tapi kadang kala semua itu yang mengajar kita untuk jadi lebih dewasa dan matang..
Dan kenangan yang indah pula..
Ada ketika membuat kita khayal dalam kehidupan..
Maka berpada-pada la bila mengenang sesuatu..
Ada ketika hujan rintik sudah mampu mengembalikan nostalgia silam..
Mungkin juga tika panas terik kenangan itu hadir..
Tidak kurang juga waktu merenung bulan dan bintang..
Tatkala mendengar lagu-lagu syahdu..
Segalanya berkemungkinan..
Cuma biarlah semua itu hanya ingatan yang tidak memudaratkan..
Menjadi penghias jalan sewaktu kita melangkah menuju destinasi realiti..
InsyaAllah..


**Kadang-kadang tak nak pun kenang.. Tapi tiba-tiba muncul dalam mimpi.. Bila bangun, mesti termenung jap ! Haha.. !**



-AkU-
Syurga Addin..
11:27 pagi..

Read more…

Thursday, July 28, 2011

~Bila Long mula berfesbuk !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Ini cerita minggu lepas..
Sedang aku sibuk check email di Yahoo..
Memang banyak email yang perlu di reply, dibaca atau di delete..
Maka kerja aku setiap pagi ialah "pembersihan"..
Lepas satu persatu email aku baca..
Tiba-tiba mata aku tertengok satu notification..

"Shahdattul Ellyta wants to be friends on Facebook."

Uikss !! Sejak bila makcik ni pandai berfesbuk ??
Haha !! Aku pun capai phone..

"Hallo !! Sejak bila pandai berfesbuk ni ?"

Tanpa salam aku menyergah Long.

"Alaa.. bukan Long.. Nabila ni yang buatkan.. Long tak tau apa-apa pun.. Ni kalau dapat tau dek Abang Zahir kau.. Bla.. Bla.. Bla.." Long membebel..

Hahaha !!
Anak Long yang tolong buatkan rupanya..
Tapi beberapa hari lepas tu..
Nampak pulak nama Long duk comment kat profile aku..
Hehe.. Long sudah maju sekarang ni..
Bagus la Long..
Selagi ada kesempatan.. Belajar..
Nanti orang tak boleh nak memperlekehkan kita..


*Ini la Kak Long saya.. Hensem kan ?? Haha.. Tu anak bongsu dia Che Na.. Anak dia nak ngorat anak saya Imad.. Hahahahhahahah !!!



-AkU-
Syurga Addin..
12:27 Tengah hari..

Read more…

Wednesday, July 27, 2011

~Cerita semalam..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum...

Hari ni memang tak ada mood nak berkemas barang..
Tapi tak banyak yang tinggal..
Hanya bahagian dapur dan ruang tamu lagi sikit..
Rasa tak percaya jugak bila fikir-fikir..
Aku sorang je packing barang satu rumah dua tingkat untuk berpindah..
Dengan keadaan tak berdaya sekarang ni..
Mana nak tengok Imad lagi..
Mana nak masak untuk anak-anak asuhan lagi..
Mana nak fikir tahap kesihatan yang makin menurun lagi..
Huh !! Nasib baik aku ada kuasa Wonder Women..
Maka aku dapat buat kerja-kerja tu semua.. Hehe..
Ouh !! Aku nak pindah rumah..
Maknanya bulan Ramadhan ni, aku di rumah baru..
Suasana yang baru, keadaan yang baru, jiran-jiran yang baru..
Aku nak lupakan kenangan lama di rumah ni..
Harap-harap rumah baru akan memberi sinar baru buat aku dan keluarga.. InsyaAllah..
Malam tadi Imad buat hal..
Aku dalam keadaan tak larat dan tak cukup tidur..
Dengan tak sengaja, termarah la Imad..
Aku suruh Imad tidur.. Masa tu baru pukul 11.00 malam..
Terkejut agaknya dengan ketinggian suara aku, Imad pun terus.............

Hehe.. bercucuran airmata Imad..
Mula-mula aku biar je Imad menangis dalam playpen dia..
Tak lama, kejap je Imad pun senyap..
Lebih kurang 15 minit lepas tu aku pun tinjau la playpen Imad..
Ingatkan dah tidur..
Rupa-rupanya Imad dah tabur susu habis kat baju dia..
Bertukar jadi Hulk la aku sekejap..
Aduhhh !! Dah la badan tak sihat.. Tidur tak cukup..
Imad pulak buat hal macam ni..
Rasa nak menjerit je tetengah malam ni..
Dalam pada aku nak tukar baju Imad tu..
Tiba-tiba rasa ada airmata bergenang..
Tak tau la pasal apa..
Kepala dah cukup berat dengan masalah, tak terluah..
Aku siapkan Imad dulu..
Letak balik dalam playpen.. Aku duduk kat tepi playpen tu sampai Imad tidur..

Lepas Imad dah tidur..
Aku pun naik atas katil balik..
Mata tengok tv, tapi fikiran ke arah lain..
Aku capai phone bawah bantal..
Aku send message kat Incik Hubby..

"Abang.. Sayang rindu sangat kat Abang.."

Incik Hubby tak reply pun..
Mata aku terus layu dan layu..
Sedar-sedar je pukul 3.30 phone aku berbunyi..
Incik Hubby reply message aku..

"Abang pun rindu sangat kat Sayang jugak.. Sabar ya Be.."

Airmata aku jatuh lagi lepas dapat sms tu..
Aku tertidur sampai la azan Subuh berkumandang..
Haishh !! Makin nak sampai "masa tu" makin aku tak tenteram..
Rasa degup jantung aku ni makin laju..
Sabar la hati..

**Kadang-kadang rasa nak bercerita dengan sesiapa.. Tapi.. Susah la..**

-AkU-
Syurga Addin..
12:57 tengah hari..

Read more…

Monday, July 25, 2011

~Imad semakin membimbangkan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Muhammad Imad Addin..
Dan aku panggil Imad..
Nama ni aku tukar setelah Imad berusia setahun lebih..
Sebelum ni nama Imad..
Muhammad Airel Etiqaz..
Dan masa ni aku panggil Imad dengan nama "anak"..
Kenapa ? Entah.. Macam tak merestui nama yang aku pilih sendiri..
Masa Imad guna nama lama.. Macam-macam sakit yang datang..
Ada orang suruh aku tukar nama..
Memang kalau ikut JPN, tak boleh nak tukar kalau anak dah lebih setahun..
Tapi.. Urmm.. Ada la caranya.. Hehe..
So, aku tukar nama Imad yang baru..
Bukan kerana Imad sakit, tapi kerana aku sendiri yang nak tukar..
Dah tukar nama, Imad masih lagi sakit..
Imad mengidap epilepsi.. Ataupun sawan..
Lepas satu, satu ubat yang aku bagi Imad makan..
Dos dah semakin naik..
Doktor cakap kalau tak ada perubahan ubat Imad akan ditambah lagi..
Bukan ditambah dos, tapi tambah ubat yang baru..
Imad dah berusia 4 tahun..
Tapi masih lagi tak boleh berjalan, bercakap, makan dengan sempurna..
Dugaan Allah buat Imad, aku dan suami.. Alhamdulillah..
Untuk bulan ni saja..
Sudah 4 kali Imad kena serangan sawan major..
10, 16, 21 dan yang terbaru pagi ni..
Ceritanya..
Imad bangun seawal 5.30 pagi..
Gelak-gelak, tepuk tangan, jerit-jerit, cakap-cakap sorang-sorang..
Jenuh suruh Imad tidur balik.. Imad buat tak tau saja..
Pukul 9.15 pagi, aku angkat Imad tidur atas katil aku..
Aku peluk Imad..
Lebih kurang 5 minit tertidur, tiba-tiba Imad terjaga..
Dia pandang muka aku macam hairan..
Lepas tu bahagian kiri tubuh Imad jadi kejang..
10 minit berkeadaan begitu, barulah nampak tanda-tanda sawan macam biasa..
Aduh ! Kelam kabut aku..
Aku lari turun bawah ambil Diazepam 5mg..
Sampai atas, aku masuk cecair tu dalam punggung Imad..
Aku urut-urut badan, kaki, tangan dan kepala Imad..
Tuala basah aku letak kat seluruh tubuh Imad..
Lepas 25 minit, baru sawan Imad berhenti..
Aku bagi Imad tidur mengiring, selimut dan letak bantal keliling Imad..
Aku biar Imad tidur lagi.. Imad mesti penat..
Ubat Imad dah habis..
Nak pergi HKL sorang-sorang, aku tak larat..
Kena tunggu Incik Hubby balik la..
Tapi aku takut Imad sawan lagi sebelum ubat ada..
Memang kena check in lagi kat hospital..
Sawan Imad kali ni berlainan dengan yang lepas-lepas..
Tak tahu nak berubat macam mana lagi..
Imad semakin membimbangkan..

**Kalaulah aku dah tak ada.. Siapa yang boleh aku harapkan untuk jaga Imad sepenuh kasih sayang.. Entah la.. Aku tengok muka Imad.. Imad tengok muka aku.. Imad senyum.. Imad.. Imad.**



-AkU-
Syurga Addin..
18:27 petang..

Read more…

~Ulang Tahun Yang Baru.. Suamiku..~



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Semalam..
24 July 2011..
Genaplah usia 42 tahun buat Suamiku..
Dah tua ?? Hehe..
Tak la tua sangat pun..
Tak seperti tahun-tahun yang lepas..
Kebiasaannya, ada kejutan yang aku lakukan..
Bukanlah sambutan yang besar..
Tapi cukuplah sekadar memberi ingatan buat Suami..
Untuk tahun ini..
Tiada sambutan atau kejutan buat Suami..
Kerana dia jauh di Pantai Timur..
Hanya ucapan dan doa yang berterusan dapat aku hulurkan..
Mungkin itu lebih daripada mencukupi..
Tandanya aku masih mengingati..
Biarpun Hari Lahir sekadar mengingatkan kita..
Semakin kurang usia kita di muka bumi Allah ini..
Dan kita sebenarnya menghitung hari untuk dijemput "kesana"..
Bagi aku usia bukanlah penentu tua atau muda seseorang itu..
Tapi ilmu dan pengalaman sebagai pengukur..
Kematangan dan kedewasaan kita tatkala menyusun langkah..
Moga kita semakin sedar..
InsyaAllah..

*Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-42 buat Suamiku..*

**Terdengar lagu ni masa tengok drama kat TV3 (tak ingat cerita apa).. Tapi best.. Ditujukan khas buat Incik Suami.. Mohamad Azhan Mohamed Adnan.. Seperti mana lirik lagu tu.. Seperti itu juga yang tertulis dalam hati ini..**

Chorus :-

"..Aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku..
Disetiap langkah yang meyakiniku..
Kau tercipta untukku..
Meski waktu akan mampu memanggil seluruh ragaku..
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu..
Yang mencintaimu..
Sepanjang hidupku.."




-AkU-
Syurga Addin..
10:07 pagi..

Read more…

Monday, July 18, 2011

~Drama Stanza Cinta - TV3~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari Ahad yang lalu aku berkesempatan menonton drama Stanza Cinta di TV3..
Semuanya gara-gara tak ada cerita yang lagi best kat tv lain..
Dah hampir separuh menonton..
Macam best pulak cerita ni !!
Hehe.. Pelakon pun best jugak..
Disebabkan aku peminat Fizz Fairuz untuk watak yang macam ni..
Maka mata aku tetap menonton dari minit ke minit..
Tapi scene Fizz Fairuz sikit je..
Jenuh la aku tunggu lagi..
Hingga la habis..
Bukan habis pun sebenarnya bersambung ke minggu depan..
Tetap tak ada.. Hmm.. Tak apa.. Aku tunggu minggu depan..


Episod yang sebelumnya nanti aku tengok kat tonton.com.my..
Ayat-ayat dalam cerita tu memang best..
Memang Imad tak berkesempatan la nak kacau mood aku..


Cuma ter"emo" kejap bila dengar lagu selingan dalam drama tu..
Pagi ni aku cuba cari lagu tu..
Ouhhh.. Rupa-rupanya lagu Kisah Hati dendangan Alyah..
Huhu.. Memang best !!
Kat bawah ni aku letak link video clip lagu tu..
Sungguh handsome Remy Ishak dalam video clip tu.. Haha !!

http://youtu.be/xKwBv8JpUuc

"Hatiku.. Hatimu.. Menjadi satu cinta..
Ku rasa hadirmu.. Menyempurnakan aku..
Tapi.. Cinta bukan milik kita..
Semua harus berakhir..
Cinta kau dan aku..
Takkan mungkin bersatu..
Untuk saat ini.. Didunia ini.."

Lebih kurang lirik lagu Kisah Hati by Alyah..

**Bila tengok video clip tu.. Tiba-tiba berangan jadi Alyah.. Siapa jadi Remy Ishak ?? Urmm.. Ermm..**

-AkU-
Syurga Addin..
14:07 petang..

Read more…

~Pertemuan semula~

"Bertemu.. Kita bertemu,
Berpisah.. Janganlah resah,
Seperti pelangi senja,
Datang dan pergi sekejap saja.."


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Lirik kat atas tu petikan dari Lagu Kelip-Kelip dari cerita Siti Di Alam Fantasi..
Pertemuan dan perpisahan seringkali terjadi dalam hidup kita..
Biarpun kita rancang atau tidak..
Namun, bukan semua pertemuan membahagiakan..
Dan bukan semua perpisahan menyedihkan..

Aku juga tak ketinggalan melalui semua ni..
Terlalu banyak pertemuan dan perpisahan..
Aku ingin cerita tentang pertemuan semula setelah berpisah..
Mungkin sebahagiannya merasakan kegembiraan bila sahaja dapat bertemu semula..
Itu adalah kerana perpisahan yang tak diduga dan tak mampu dielak..
Dan perpisahan itu bukanlah perkara yang melukakan..
Maka pertemuan semula itu adalah sesuatu sangat diharapkan..
Tetapi untuk diri aku..
Tahun ini ada dua pertemuan semula setelah berpisah tanpa khabar berita bertahun lamanya..
Satu adalah kerana salah faham..
Dan satu lagi kerana.. Aku sendiri tak tahu puncanya..
Untuk kisah yang pertama..
Hampir 7 tahun tidak berjumpa dan bertanya khabar..
Semuanya kerana salah faham dan ego dalam diri..
Aku dah cuba terangkan dengan sebaiknya..
Namun dia masih tetap berdiam diri..
Hinggalah pada suatu keadaan yang mempertemukan kami..
Maka ikatan persaudaraan itu terjalin kembali..
Biarpun kemesraan antara kami tidak seperti dulu..
Pertemuan ini sangat aku harapkan setelah sekian lama..
Alhamdulillah, Allah mendengar doa yang aku titipkan setiap ketika..
Moga ikatan kami ini akan kembali mesra dan kukuh hingga ke akhir hayat..
InsyaAllah..
Untuk kisah yang kedua..
Tiada apa yang aku harapkan selain persahabatan kami tetap kekal..
Namun apabila kehadiran aku seolah mengganggu kehidupan dia..
Maka dia pergi..
Pergi tanpa sempat aku faham salah dan silap aku..
Dan aku masih tertanya-tanya hingga ke satu saat yang aku rasa sudah putus asa..
Disaat itu, aku tak mengharapkan pertemuan semula antara kami..
Namun, Allah menduga hati aku..
Bila sahaja kami bertemu semula dengan perancangan..
Apa lagi yang mampu aku lakukan..
Kami pernah bersahabat baik..
Manusia tak akan pernah lepas dari berbuat silap..
Lantas, atas nama kemaafan..
Aku terima kembali salam perkenalan dia sebagai satu titik permulaan..
Dan persahabatan itu kembali terjalin..
Biarpun tidak seperti dulu..
Namun, ianya masih dinamakan PERSAHABATAN..


**Moga kita masih mampu berjalan seiringan lagi..**

-AkU-
Syurga Addin..
12:07 tengah hari..

Read more…

~Bila kesabaran semakin menipis~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt..

Pagi ni aku terbaca post terbaru blog adik aku..
Kisah dia marah dan rotan adik lelaki aku si abang..
Sebabnya ?? Hmm.. Kerana bercinta..
Aku pernah tulis satu entry pasal cinta adik aku ni..
Tapi malangnya mereka seakan mencabar kesabaran aku sebagai seorang kakak..
Tapi belum sampai tahap untuk aku berlaku kasar lagi..
Untuk pengetahuan, adik lelaki aku baru Tingkatan 4..
Aku tak salahkan mereka untuk bercinta diusia muda..
Tapi biar berpada-pada..
Jangan malukan keluarga..
Bila sesuatu yang aku rasakan patut aku tegur..
Maka aku akan tegur..
Tapi bila teguran aku tak didengar, aku akan berjumpa..
Mungkin bercakap secara berdepan lebih baik..

Aku memang panas baran sewaktu dulu..
Namun semua tu telah aku tinggalkan..
Rasanya semenjak umur aku mencapai 21 tahun..
Aku berubah sedikit demi sedikit..
Pengalaman banyak mengajar aku tentang erti kesabaran..
Ya ! Aku terlalu banyak bersabar hinggakan orang dengan mudah mempersendakan aku..
Namun itu semua bukan penghalang untuk aku terus bersabar..
Adik-adik.. Terlalu banyak mereka menduga kesabaran aku..
Akan tetapi tak pernah lagi aku tinggikan suara atau naik tangan..
Mereka dah terlalu "besar" untuk aku tangankan..
Mereka punya akal untuk berfikir sebaiknya..
Aku beri pendapat dan pengajaran bukan kekasaran..
Bersuara dengan mulut lebih baik dari bersuara dengan tangan..
Selebihnya untuk mereka bentuk masa depan mereka semahunya..
Benar, ada ketika teguran aku membuatkan adik-adik merajuk..
Tetapi itu untuk menyedarkan mereka..
Aku tak nafikan, ada juga waktu-waktu aku hampir hilang sabar..
Apa yang aku buat ??
Berdiam diri dan menghilang seketika..
Dan setelah keadaan aku semakin tenang..
Aku kembali "bersuara"..
Itu lebih baik aku rasakan..

Pesanan untuk Wai..
Bukan mudah untuk menjadi seorang kakak yang memahami..
Akak dah lebih dulu merasakan..
Carilah masa untuk bersama adik-adik dan berbincang dari hati ke hati..
Mungkin cara itu lebih baik dari kekasaran..
Sampai bila kita nak berkasar ?
Melalui kata-kata atau tindakan..
Kebiasaannya itu lebih memburukkan keadaan..
Cubalah.. Tak rugi mencuba..


**Ada ketika aku rasa dekat dengan adik-adik.. Namun mereka seperti makin menjauh.. Mungkin penerimaan mereka untuk aku tidak sepenuhnya..**

-AkU-
Syurga Addin..
10:47 pagi..

Read more…

Friday, July 15, 2011

~Bila orang lupakan.. AkU..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Pagi Jumaat yang sunyi dan sejuk..
Sesekali kedengaran kenderaan lalu lalang dihadapan rumah aku dalam alunan hujan yang sederhana..
Lepas Subuh tadi, aku duduk termenung memerhati rintik-rintik hujan di luar rumah..
Dah lama rasanya tak berkeadaan begini..
Malam tadi tidur aku lena sekali..
Tak ada mimpi yang mengganggu seperti saban hari..
Apa yang aku fikirkan ?
Hmm.. Bila orang sudah mula lupakan aku..
Tipu kalau aku tak terasa dan sedih..
Benar.. Memang terasa sesuatu perasaan yang sukar digambarkan..
Akan tetapi bila difikirkan semula..
Pasti mereka-mereka ini punya alasan yang tersendiri..
Lantaran dahulu mereka telah hadirkan diri aku dalam kehidupan mereka..
Terima kasih untuk itu..
Maka apabila mereka memilih untuk menyingkirkan aku dari hidup mereka..
Itu hak masing-masing..
Lantas aku terima dengan seikhlas hati..
Sebagaimana penerimaan aku dahulu sewaktu menyimpul ikatan..
Biarpun saban waktu tertanya-tanya salah dan khilaf aku pada mereka..
Mengapa setelah sekian lama berteman, mereka ini tega berlalu tanpa pesan..
Namun untuk meminta penjelasan..
Mungkin tak perlu..
Dan aku akan terus berdiam diri hingga ke akhirnya..
Jika mereka-mereka ini kembali lagi..
Seperti mana dahulu, sama juga kali ini..
Aku tetap terima dengan tangan terbuka tanpa dendam dan amarah yang merajai jiwa..
Cuma satu pesanku..
Ikatan persahabatan bukan la sesuatu yang mudah terungkai tanpa sebab yang kukuh..
Andaikata itu berlaku..
Maka tiada keikhlasan dan kejujuran dalam simpulan itu..

*Hadir la teman bila sahaja kau perlukan aku.. Dan pergi la bila sahaja kau mahu.. Kerana aku bukan disitu untuk menghalang perjalanan hidupmu*



 -AkU-
Syurga Addin..
11:37 pagi..

Read more…

Thursday, July 14, 2011

~Wajah-wajah Imad~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt..

Untuk entry kali ni..
Aku nak paparkan gambar-gambar Imad dari lahir sampai la besar sikit..
Enjoyyyyy !!

*Imad hari kedua di NICU HKL..

*Masih lagi dalam incubator di wad KK9 HKL..

*Imad cukur jambul kat Bukit Abal, Selising, Pasir Puteh, Kelantan..

*Imad dah balik rumah di AU5C, Lembah Keramat, KL..

*Imad belum sampai setahun lagi..

*Imad baru pandai merangkak..

*Imad dah pandai posing depan camera..

*Imad budak handsome !! Haha..

*Imad nak masuk 2 tahun..

*Imad dengan ayah dan atuk di Bukit Abal..

*Anak ayah.......

**Muhammad Imad Addin.. 02 May 2007.. 22:00 pm.. HKL..

-AkU-
Syurga Addin..
13:27 petang...

Read more…

Wednesday, July 13, 2011

~Sukarnya meneka hati manusia~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Kata orang..
Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain..
Biarpun sama tempat kita berpijak, namun tujuan kita berbeza..
Aku bukan manusia yang mampu meneka hati manusia lain..
Cuma ada ketika lukisan di wajah memberi gambaran hati mereka..
Berjumpa dengan ramai orang ada ketika memberi kita satu pandangan yang istimewa..
Hanya dari renungan dan bicara, dapat kita baca perasaan mereka..
Namun tak ramai punya keistimewaan sebegitu..

Manusia..
Selama mana pun kita mengenali seseorang..
Belum mampu membuatkan kita mengenali mereka secukupnya..
Manusia berubah.. Maka..
Tak mustahil mereka akan berubah bila sahaja mereka mahu..
Sesiapa saja..
Baik orang yang dekat dengan kita mahupun orang yang jauh..
Kadang kala..
Disebalik senyum mereka..
Mereka sebenarnya berduka..
Disebalik tawa mereka..
Mereka sebenarnya menangis..
Disebalik peramah mereka..
Mereka sebenarnya meluat..
Disebalik gurau senda mereka..
Mereka sebenarnya memerli..
Di sebalik kebaikan mereka..
Mereka sebenarnya membenci..
Benarkah begitu ?
Ada yang sebegitu..
Bagi mereka, lakonan merupakan cara hidup mereka..
Hipokrit lebih baik untuk mudah didekati bagi melaksanakan impian..
Bersikap sebenar hanya merupakan sekatan yang akan membuatkan orang menjauh..
Mungkin itu yang mereka fikirkan..
Kerana ini la manusia bertelagah sesama mereka..
Keluarga berantakan..
Kawan menjadi lawan..
Teman menjadi musuh..
Dan pelbagai lagi kerosakan..
Aduhhh.. Sukarnya meneka hati manusia..
Sesukar menduga kocakan air di sungai..

*Beri peluang untuk mereka berubah.. Urmm.. Kalau la perubahan itu ke arah kebaikan.. Pastinya menyenangkan.. Andaikata sebaliknya.. Berserah saja.. Allah Maha Mengetahui segala-galanya..*



-AkU-
Syurga Addin..
13:37 petang..

Read more…

~Jalan-jalan ke Perak~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Semalam..
Aku, Incik Hubby dan anak-anak..
Pergi hantar anak sulung ke asrama penuh di Gopeng..
Sebelum ambik anak-anak kat Gombak..
Incik Hubby cukur kepala Imad..
Uishhh !! Tak sampai hati tengok rambut panjang dan lembut Imad jatuh ke lantai..
Ingatkan nak biar panjang macam tu je..
Cuma gunting sikit-sikit la bila dah panjang sangat..
Tapi dah ramai sangat suruh potong..
Terpaksa la jugak..
Imad memang tak boleh duduk diam bila ayah dah start gunting rambut dia..

*Wajah-wajah comel Imad.. Haha.. Muka tak rela la ni..

*Hehe.. Muka kesian betul yang ni..

Malas nak upload gambar banyak-banyak..
Lambat guna desktop ni..
Laptop aku Incik Hubby bawak pi outstation semalam..
Ok.. Dalam pukul 3 kitorang bertolak ke Gopeng ikut jalan lama..
Tepat pukul 6 sampai kat depan pintu pagar sekolah Danish..
Tak tunggu lama.. Dah salam lebih kurang.. Kitorang pun bertolak balik..
Dalam perjalanan tu sempat singgah makan durian kat Kampar..
Memang murah-murah.. Dan puas hati..
Cuma aku tak boleh makan banyak.. Nanti sakit kepala..

*Yang kiri tu anak aku no 4-Balqis.. Yang kanan tu anak kakak ipar aku Kak Chik..

*Imad makan 4 ulas.. First time Imad makan durian banyak.. Sebelum ni tak berapa sangat..

*Gambar anak-anak yang sempat aku rakam sebelum Imad buat perangai..

Maghrib tu singgah jap kat surau Kampar..
Lepas tu terus balik ke Gombak hantar anak-anak..
Aku.. Balik rumah sendiri la..
Perut pun tengah lapar gila..
Kepala pun tengah sakit pasal durian tadi..
Balik rumah nasib baik Imad baik hati..
Masuk dalam playpen dia, Imad terus tidur..
Aku pun.. lepas makan dan Incik Hubby balik Gombak..
Terus letak kepala dan Zzzzzzz.......

**Entry ni patut keluar semalam, tapi pasal leka sangat tengok citer Hindustan "Akele Hum Akele Tum".. Terus terlupa nak publish semalam..**

***Hajat hati nak bawa anak-anak ke KLCC weekend ni.. Lagipun Incik Hubby takde.. Boleh jalan-jalan tenangkan hati..***

-AkU-
Syurga Addin..
11:07 pagi..

Read more…

Friday, July 8, 2011

~Aku seperti dulu~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Aku tetap seperti dulu..
Masih mampu tersenyum bila disapa..
Biar ada ketika mutiara bergenang di kelopak mata..
Masih bisa ketawa bila berjenaka..
Walau ada saatnya hati menangis hiba..
Masih malu memandang bila direnung..
Biarpun hati meruntun ingin bertentang mata..
Masih memendam bila terluka..
Biar jiwa merintih ingin meluah..
Masih berahsia bila kecewa..
Walau sakitnya separuh nyawa..

Aku tetap seperti dulu..
Senyum itu..
Tawa itu..
Renungan itu..
Sentuhan itu..
Hati itu..
Jiwa itu..
Perasaan itu..

Cuma satu yang telah berubah..
Tiada lagi tangisan..
Tiada lagi air mata..
Biar sedih bermaharajalela..
Hanya sekadar renungan dikejauhan..
Cukup buat menjemput ketenangan..
Kerana.. Aku telah puas menangis di dalam hujan..



*Beri aku ruang untuk bahagia.. Hujan turun lagi.........................*

-AkU-
Syurga Addin...
13:27 petang...

Read more…

~Cinta dan cemburu.. AkU~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Satu persoalan..
Apa pendapat anda tentang CINTA dan CEMBURU ?
Aku bercakap mengenai perasaan sesama manusia..
Pastinya kita semua punya fahaman yang berbeza..
Kata orang kedua-duanya saling berkait rapat..
"Cemburu tandanya sayang atau cinta"..
Itu mungkin pada pandangan orang lain..
Tapi bagi aku..
Cinta aku bebas dari perasaan cemburu..
Mengapa aku perlu cemburu ??
Itu yang seringkali bermain di minda aku..
Cinta itu hanya milik aku sementara..
Maka aku perlu jaga sebaik mungkin agar tidak tercemar..
Cinta adalah satu perasaan yang agak sukar aku temui dalam diri aku..
Pengucapan cinta bukan semudah menyebut sayang atau kasih..
Malah ia ada tempat yang tersendiri dalam hati aku..
Jauh terpisah dari segala macam perasaan..
Dan bukan sekejap aku belajar mengenai cinta..
Mengambil masa yang sangat lama untuk aku menyedari perasaan cinta yang ada dalam hati aku..

Aku mudah menyebut sayang tanpa perlu bertanya pada hati..
Bukan bermakna sayang aku tiada harga..
Tetapi perasaan itu lebih mudah terbentuk..
Perasaan sayang boleh datang dalam pelbagai cara..
Boleh hadir untuk sesiapa..
Akan tetapi jangan salah sangka..
Sayang aku bukan wujud bersama cinta..
Haha.. Aku cuma mengingatkan.. Sebab ada orang yang salah sangka..
Sangkanya, bila sudah sayang, maka aku juga perlu ada rasa cinta..
Ouh.. Tak semestinya..
Bagi aku lebih mudah menyayangi daripada mencintai..

Aku pernah bertanya dalam diri sendiri..
Mengapa terlalu sukar untuk aku cemburu..
Orang sekeliling juga pernah bertanya begitu..
Kerana sikap suami aku yang peramah..
Membuatkan ramai orang senang dengannya termasuk kaum hawa..
Senda gurau dengan kaum hawa ini seharusnya menimbulkan rasa cemburu dalam hati aku..
Kerana guraunya, silap haribulan boleh buat orang jatuh hati padanya..
Tapi aku lebih bersikap tenang..
Beberapa kali juga suami menunjukkan mesej-mesej dalam handphonenya..
Datangnya dari secret admire suami aku..
Tapi bagi aku itu perkara biasa..
Benda-benda itu semua tak mampu membuatkan hati aku cemburu..
Acapkali juga suami bertanya..
Mengapa aku tak cemburu..
Aku jawab tak perlu..
Kerana, bila aku cemburu.. Itu lebih membuatkan suami rasa rimas..
Dengan cara aku, suami akan rasa lebih selesa..
Suami lebih suka berterus terang dengan aku daripada menyembunyikan sesuatu perkara..Aku harap keadaan ini akan berterusan selamanya..
Biar la dalam hati aku penuh dengan rasa cinta buat suami.. Bukan rasa cemburu..
Kerana.. Perasaan cinta itu lebih indah dari cemburu..


**Aku akan lebih cemburu bila suami lebih pentingkan katil, bantal dan selimut daripada aku.. Hmm.. Rasa nak humban semua barang-barang tu keluar tingkap.. Biar tidur atas lantai.. Padan muka !! Haha..**



-AkU-
Syurga Addin...
11:07 pagi...

Read more…

Wednesday, July 6, 2011

~Imad ke HKL lagi~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Pagi tadi aku ke HKL lagi untuk appointment CP Clinic Imad..
Mujur ada adik aku untuk tolong dukung Imad sepanjang dari parking ke Institut Pediatrik..
Aku pun pelik kenapa HKL tukar parking depan bangunan Pediatrik tu untuk kakitangan saja..
Kebanyakan parking yang dekat dengan bangunan memang semua untuk kakitangan..
Untuk pelawat semuanya jauh-jauh..
Mungkin diorang nak galakkan orang luar guna shuttle kut..
Apa pun memang menyusahkan..
Patutnya appointment Imad pukul 10..
Tapi seperti biasa aku sampai lewat sikit dalam pukul 10.15..
Ok la daripada lewat berjam-jam..
Maka bermula la sesi menunggu kat depan pintu bilik CP tu..
Macam biasa jugak, kitorang pun mula la gedik posing depan camera..

*Perempuan kat belakang tu memang dah lama tak puas hati dengan Imad..

*Muka tengah happy dan muka mula nak buat perangai..

*Ini aktiviti wajib sementara menunggu..

Imad dah siap minum susu 2 botol..
Basahkan seluar dia.. Susahkan Acik Y dia nak basuh kat toilet..
Hahah !! Part ni memang aku suka..
Imad memang suka susahkan Acik Y dia..
Disebabkan seluar dia basah, maka Imad hanya pakai kemeja dan pampers saja..
Lenguh menunggu lama, Imad pun tidur..
Lebih kurang 15 minit tidur, Imad terjaga..
Aku mula perasan yang Imad macam nak kena sawan..
Hmm.. Tepat jangkaan aku.. Tapi nasib baik tak lama..
Beberapa minit saja..
Lebih kurang pukul 11.30 baru Imad masuk dalam bilik CP..
Doktor tanya macam biasa..
Check kaki Imad, suruh Imad jalan, bagi Imad main-main..
Then doktor bagi lagi 3 bulan appointment..
Ubat sawan lagi 5 botol aku ambik di farmasi..
Pukul 12.30 baru bertolak balik..

Ada cerita lain jugak..
Waktu dalam perjalanan ke HKL pagi tadi..
Sewaktu berhenti di traffic light Air Panas, Setapak..
Ada seorang lelaki tua memakai baju kemeja biru, seluar panjang dan kot warna coklat, membawa beg sandang yang kecik berdiri berdekatan dengan traffic light..
Gaya dan lagaknya macam orang nak pergi kerja..
Tapi bila diamati..
Ternyata, lelaki tua itu orang yang kurang waras..
Cuma apa yang membanggakan..
Lelaki tu memang patriotik..
Ada bendera Malaysia terselit di poket kotnya..
Dan berulang kali dia berdiri tegak dan tabik pada kereta-kereta yang lalu lalang..
Agak lucu tapi memberi kesedaran pada kita..
Bersyukur kerana Allah masih memberi akal yang waras buat diri kita..
Maka jangan la disia-siakan anugerah Allah itu..
Pergunakan sebaiknya..

**Bila Angin Selatan menyapa lagi setelah berkurun menghilangkan diri.. Wajarkah disambut ? Lantaran perginya dulu umpama taufan memusnah bumi..**

-AkU-
Syurga Addin...
15:07 petang...

Read more…

Tuesday, July 5, 2011

~Manusia semakin hilang pertimbangan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni aku harus gagahkan diri memandu ke Kuala Lipis untuk menghantar Bonda yang mengurut My Honey Dew dalam pantang..
Badan belum berapa sihat lagi..
Tapi tanggungjawab tetap akan aku laksanakan..
Aku ingin bercerita satu kisah..
Malam tadi aku bercerita dengan seorang teman..
Teman yang setiap ketika menemani aku sejak alam persekolahan lagi..
Antara kami bukan sekadar hubungan biasa..
Lebih erat berbanding adik dan kakak..
Agak lama kami tidak meluah rasa..
Mungkin gerak hati aku dan dia sama..
Maka kami berhubungan melalui talian untuk saling bertukar kisah..
Bercerita hampir satu jam di talian..
Membuatkan aku termenung seketika setelah talian diputuskan..
Dan aku bertanya pada diri sendiri..
Mengapa manusia semakin hilang pertimbangan ?
Kisah hidup dia umpama satu cereka yang saban waktu kita tonton di layar televisyen..
Cerita tentang manusia yang selalunya tidak berpuas hati dengan kehidupan orang lain..
Cuma kali ini datangnya dari darah daging sendiri..
Keluarga yang disangka sentiasa memberi sokongan dan dorongan..
Rupa-rupanya sekadar lakonan semata..
Bukan sehari dua mereka mengkhianati..
Tetapi sudah bertahun lamanya..
Apa agaknya rasa hati bila disakiti begitu ?
Ya.. Sakit yang amat sangat ! Kerana aku juga pernah mengalaminya..
Bila difikirkan.. Teganya hati menyakiti saudara sendiri..
Menjadi gunting dalam lipatan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan..
Namun manusia ini semakin sukar berfikir menggunakan akal..
Sementelah nafsu lebih dulu bersuara..
Seharusnya semakin lanjut usia kita..
Maka semakin matang kita untuk berfikir..
Ini bukan masanya lagi untuk kita hanya berfikir tentang diri sendiri..
Tetapi lihat dan fikirkan juga tentang orang lain..
Aku bukan cuba menjadi orang tengah pelerai masalah..
Tetapi sekadar mampu berbicara tanpa suara..
Dengan harapan mata-mata yang membaca mampu belajar sesuatu..
Entah la..
Bila bercerita tentang perangai manusia yang berbagai ini..
Aku jadi lelah..
Apa yang dapat aku katakan pada teman ini..
Bersabar la.. Semua ini hanya dugaan untuk dia mendapat kebahagiaan..
Hidup tak akan terlalu mudah untuk kita harungi..
Andai keinginan itu mudah untuk kita perolehi..
Kemungkinan kita tidak akan menghargainya..

*Gambar ini sewaktu aku sampai di Lipis petang tadi.. Hanya berehat seketika dan aku terus memandu pulang ke Kuala Lumpur.. Sampai lebih kurang pukul 10 malam tadi..*

**Pesan buat teman ini.. Cari la aku setiap ketika kamu memerlukan.. Aku sentiasa sudi menjadi pendengar setia.. Aku tetap sama seperti dulu.. Seperti saat pertama kita bertemu dan menjadi sahabat..**

-AkU-
Syurga Addin...
22:17 malam...

Read more…

~Usia yang baru untukmu~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Setiap hari kita akan menghitung..
Bukan sekadar menghitung berapa lama kita hidup..
Juga menghitung berapa hampir kita kepada kehidupan yang abadi..
Biarpun kita pasti hitungan kita tak akan pernah tepat..
Namun kita akan tetap terus menghitung..

Masa makin pantas meninggalkan kita..
Adakala tak tersedar apa yang kita lakukan buat memenuhi masa sehari-hari..
Sedar-sedar.. Kita sedang melalui hari yang baru..

Serasa baru seketika aku melihat dia lahir..
Mendengar dia menangis..
Melihat dia membuka mata pertama kali..
Menyaksikan dia tersenyum melihat seisi dunia..
Melihat dia menikmati sentuhan pertama sebuah keluarga..
Memerhati dia belajar merangkak..
Mengajar dia bertatih..
Menyuap dia makan..
Menidurkan dia..
Memimpin tangannya sewaktu berjalan..
Mendengar petahnya dia berkata-kata..
Menahan segala kenakalannya..
Seakan baru sebentar aku cubit pipi montel dia..
Segala-galanya seperti baru saja aku alami..
Kenangan semalam..
Biar berapa lama pun ia telah berlalu..
Namun sesuatu yang dekat dengan diri kita tak akan mudah luput dari ingatan..

Ketika ini..
Dia bukan lagi anak kecil yang harus aku pimpin setiap masa..
Anak kecil yang harus aku pujuk setiap kali menangis..
Anak kecil yang harus aku alunkan lagu bila setiap kali ingin tidur..
Anak kecil yang harus aku marah bila buat kesilapan..
Anak kecil yang harus aku suap bila kelaparan..

Hari ini dia telah melalui jalan kedewasaan..
Dia sudah pandai berfikir sendiri..
Dia sudah punya perancangan sendiri..
Dia sudah yakin untuk melangkah sendiri..
Dia sudah tahu membezakan sesuatu perkara..
Dia sudah semakin cantik..
Dia sudah ramai peminat..
Dia sudah ramai kawan..
Dia sudah semakin jauh..
Masa dan keadaan yang menjarakkan aku dan dia..
Namun.. Biarpun begitu..
Hati aku tak pernah jauh dari dia..
Dia tetap anak kecil yang aku sayang, jauh di sudut hati aku..
Namun aku bukan orangnya yang mampu untuk menunjukkan kasih sayang..
Cukuplah dia faham, dia tak pernah jauh dari jiwa aku..

*Hari ini usia dia meningkat lagi setahun.. Usia yang baru ditahun yang baru..

**Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-20 Jijie.. Moga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan, kejayaan yang berterusan, bahagia yang berkekalan dan moga senantiasa berada dibawah lindungan kasih sayang Allah swt.. Jangan lupa solat dan berdoa moga Allah sentiasa tetapkan hati Jijie ke arah yang diredhai.. InsyaAllah doa akak akan sentiasa mengiringi Jiji walau dimana Jijie berada..**

***Satu pesanan percuma dari seorang kakak.. Pengalaman yang kita lalui belum tentu sesuai untuk orang lain lalui juga.. Kehidupan kita berlainan.. Biarpun arah tujunya sama.. Namun jalan yang harus kita tempuh bukan semuanya sama.. Justeru jangan cuba berfikir untuk orang lain dan menentukan hala tuju seseorang.. Kita boleh jadi pendengar dan pemberi nasihat yang baik asalkan kita tidak mencampuri urusan seseorang hinggakan segala yang berlaku umpama datangnya dari telunjuk kita.. Akak tahu Jijie faham.. Kita belajar dari kesilapan kita dan orang lain.. Jangan jatuh di tempat yang sama untuk kali kedua.. Kerana sakitnya tak akan pernah sama..***



-AkU-
Syurga Addin...
11:37 pagi...

Read more…

Monday, July 4, 2011

~Mengapa membenci ?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Berkata-kata tidak la sesukar menzahirkan dengan perbuatan..
Biar suara menyatakan sesuatu perkara..
Tetapi kadang kala berbeza dengan hati..
Begitu la aku..
Aku sukar untuk membenci..
Dan aku tak suka membenci..
Kerana bila membenci aku akan rasa menyesal..
Maka mengapa membenci ??
Aku membenci untuk melupakan..
Sesuatu perkara yang aku benci mampu hilang dalam fikiran..
Begitu juga bila membenci seseorang..
Aku membenci orang lain ??
Ya.. kita semua pasti ada sesiapa yang kita benci..
Sepanjang hidup aku ada 3 orang yang aku benci..
Dan mereka hampir luput dari ingatan..
Entah la.. mungkin salah mereka tak sebesar mana..
Namun kata maaf belum mampu aku tuturkan buat mereka..
Ternyata hati aku masih belum pulih dari kelukaan..
Dan aku sentiasa berharap tidak lagi berjumpa mereka walau dimana jua..
Andai berjumpa pun, aku sangat berharap aku tidak lagi mengenali mereka..
Kata orang masa bisa mengubati kenangan pahit..
Namun bagi aku biar la masa melenyapkan terus ia dari ingatan..
Itu lebih baik untuk diri aku..
Kalau orang membenci aku ??
Itu hak masing-masing..
Perasaan masing-masing..
Hati masing-masing..
Sebagaimana aku punya hak ke atas diri sendiri..
Begitu juga orang lain..

**Aku membenci kerana mereka "menyentuh" maruah dan harga diri aku.. Biarpun bukan secara berdepan, namun itu yang lebih menyakitkan.. Dan aku belum mampu menukar kata maaf dengan maruah diri yang mereka persendakan..**


-AkU-
Syurga Addin...
15:07 petang...

Read more…

Sunday, July 3, 2011

~Imad dapat adik !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt..

Memang agak lama aku tak update blog ni..
Hari-hari yang menyibukkan diri..
Dengan keadaan yang tak berapa nak sihat sangat..
Hari ni pun tak la sihat mana pun..
Tapi boleh la setakat nak tulis satu post..
Baca tajuk kat atas tu kan ??
Huhu.. Imad memang dah dapat adik baru..
Adik perempuan..
24 Jun 2011.. Pukul 11.30 malam.. Di Hospital Ampang Puteri..
Aku malas nak tulis banyak-banyak..
Tengok je la gambar-gambar baby comel ni..

**Ini gambar baby betul-betul baru keluar.. Fresh lagi.. Hehe.. Comel kan ??

 **Ini dah hari kedua tapi masih kat hospital lagi..

**Ohh !! Aku tukang pegang je.. Mama dia ada kat sebelah.. Hehe.. Ini anak kelima my Honey Dew..

Aku yang pergi JPN tolong daftarkan nama anak sebab Incik Hubby outstation..
Nama baby ni Aina Damia bt Mohamad Azhan..
Berat dia masa lahir 3.12 kg..
Dalam gambar macam besar..
Tapi bila pegang, ringan je..
Huhu.. Tu je la kut aku boleh cerita..
Kepala tak berapa nak tegak dah ni..
Aku kena berbaring 24 jam..

*Seronok tengok baby baru lahir ni.. Anak aku ?? Urmmm.. Nanti dulu la.. Rezeki Allah, tak ada siapa tahu.. InsyaAllah..

-AkU-
Syurga Addin...
21:17 malam...

Read more…