Monday, August 29, 2011

~Syawal datang lagi..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"...Suara takbir berkumandang
Membisik di hati
Sebak terasa di dada
Ku teringat kampung halaman

Di pagi indah aidilfitri
Yang mulia ini
Sayup jauh dingatan
Ayah bonda sanak dan saudara..."



Sedikit daripada lirik lagu Lambaian Aidilfitri nyanyian Jamal Abdillah dan Saleem..
Mendayu-dayu suara keduanya..
Mampu menitiskan airmata bila terdengar..

Alhamdulillah..
Sudah hampir sempurna rukun Islam kita yang ketiga..
Namun sedih juga bila Ramadhan hampir melabuhkan tirainya..
Entah bertemu lagi atau tidak..
Semoga dapat kita sama-sama memanfaatkan Ramadhan yang telah lalu..
InsyaAllah..

Hilangnya purnama Ramadhan..
Maka terbitnya fajar Syawal..
Menandakan hari kemenangan bagi kita dalam melawan segala hawa nafsu sepanjang sebulan ini..
Namun berpada-pada la menyambut kemenangan itu..
Bersederhanalah dalam segalanya..
Moga-moga mendapat rahmat dan redha Ilahi..
InsyaAllah..

Aku seperti tahun-tahun yang lepas juga..
Menyambutnya di Kuala Lumpur..
Dah macam kampung aku kat sini.. Hehe..
Sedih ?
Urmm.. Tahun pertama begini memang sangat sedih..
Aku tak nafikan..
Tapi orang kata alah bisa tegal biasa..
Maka semua ni dah jadi satu kebiasaan bagi aku..
Andaikata Allah beri aku peluang beraya bersama keluarga yang besar..
Alhamdulillah.. Tentu-tentunya aku lebih bersyukur..
Namun mungkin masa untuk aku belum sampai lagi..
Dan aku senantiasa berdoa untuk perkara itu terjadi..
Sudah berbelas tahun lamanya, raya hanya sekadar hari cuti biasa bagi aku..
InsyaAllah, doa aku bakal termakbul..

Tiada sambutan atau hidangan yang aku rangkakan..
Sebab.. Aku pun tak jangka apa yang akan jadi masa raya nanti..
Hehe.. Tapi kalau ada orang nak datang.. Aku masak la..
So, sesiapa yang nak datang beraya rumah aku..
Bagitau dulu.. Kalau tak, korang kena masak sendiri la.. Haha..

Bersempena Syawal yang bakal menjelang tiba ini..
Aku dengan rendah hatinya ingin memohon ampun dan maaf..
Untuk setiap kesilapan dan kekhilafan aku..
Sepanjang yang korang kenali..
Pastinya aku ada menyinggung hati sesiapa tanpa aku sedari atau sebaliknya..
Aku hanya manusia biasa yang tak sempurna..
Semoga kita sama-sama semakin dewasa dan matang seiring dengan usia..
InsyaAllah..
Esok Hari Raya !!!!!!!!!!!! Yiihhhaaaa !!!!



**Sentiasa berdoa untuk dapat mengucup tangan suami sambil memohon ampun dan maaf di pagi hari raya.. InsyaAllah.. Masa itu akan tiba juga untuk aku.. Tolong doakan untuk aku ya.. Malam raya ni aku akan ke rumah papa aku.. Tolong menyibukkan diri sementara adik-adik aku memasak.. Hehe..**

-AkU-
Syurga Addin..

Read more…

Monday, August 22, 2011

~Suami menyesali.. Opss !! Mithali..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Rasa sekejap je masa berlalu..
Ketika ini kita sudah semakin menghampiri Syawal..
Sedih rasanya hati bila Ramadhan kian melabuhkan tirainya..
Ehtah dapat bertemu lagi atau pun tidak..
InsyaAllah, moga kita bertemu lagi..

Setelah 20 hari berpuasa..
Hari-hari pun sahur dan berbuka dengan nasi..
Perut pun dah rasa bosan..
Maka disebabkan itu..
Aku dan Incik Hubby cuba-cuba untuk berubah selera..
Ini semua idea aku sebenarnya..
Tiba-tiba waktu nak beli barang dapur..
Terbit idea untuk menukar juadah..
Incik Hubby pun memang bersetuju sangat..
Tapi yang bagusnya..
Idea memang la datang dari aku..
Tapi, Incik Hubby yang bertungkus lumus memasak..
Hehe.. Baik sungguh hati Incik Hubby ni..
Ini hidangan waktu sahur..

*Ini baru bahan-bahannya.. Daging yang dicincang, tomato, timun dan bawang besar potong dadu..

*Lada hitam ditumbuk dengan mayonis dan planta antara bahan wajib..

*Daging tadi digoreng atas kuali canai, masukkan tomato, timun dan bawang sampai masak..

*Haha.. Jadi la kebab buatan sendiri.. Makan dengan roti gardenia.. Pergghhh !! Memang kenyang.. Yang sebelah tu mee hoon goreng yang Incik Hubby masak.. Aku hanya menyibuk goreng telur dadar kat sebelah tu je.. Tapi memang terangkat beb !!

*Yang ni daging kampung goreng sos tiram.. Yang satu lagi tu.. Disebabkan kasih dan cinta pada isteri.. Maka Incik Hubby telah sudi belajar buat kuih sagu merah tu untuk aku.. Wahhhh !!! Baiknya Suamiku... Suami korang ada ?? Haha !!

Itu la antara hidangan yang Incik Hubby masakkan sepanjang giliran rumah aku.. Baikkan Suami aku ?? Tak semua suami baik hati nak masakkan untuk isteri walaupun isteri dalam keadaan tidak sihat.. Tapi suami aku memang boleh dijadikan suami contoh.. Aku sihat walafiat pun, dia tetap volunteer nak jadi chef.. Buat suami-suami di luar sana.. Tak salah kalau sesekali mencemar ego masuk ke dapur dan masakkan untuk isteri tercinta.. Bukan merendahkan martabat seorang suami pun.. Tapi lebih mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri.. Contohilah suami aku.. Hehe..

**Semalam adik ipar aku datang rumah.. Dia cerita tentang ceramah seorang Ustaz di Masjid Jamek Bandar Baru Bangi.. Ustaz tu kata kita selalu buat ziarah kubur pagi raya pertama, sedangkan waktu itu seharusnya kita menerima atau berkunjung ke rumah sanak saudara yang masih lagi bernyawa.. Katanya lagi, ziarah kubur itu lebih afdal dilakukan pada selepas A'sar hari terakhir puasa, kerana waktu itu roh-roh orang yang telah meninggal dunia kembali semula setelah diangkat naik ke atas sewaktu hari pertama Ramadhan.. Maka diketika itu adalah waktu yang paling baik untuk menziarah kubur dan bersedekah doa serta bacaan Al-Quran.. Ini kata Ustaz tu.. Ziarah kubur di pagi raya hanya lah adat kita Orang Melayu..**


-AkU-
Syurga Addin..
22:57 malam..

Read more…

Wednesday, August 17, 2011

~Bila Incik Suami berhasrat..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Masa-masa free macam ni..
Kerja aku ialah tengok tv dengan Imad..
Sambil bersantai-santai meng"update" blog dan manuskrip..
Tiba-tiba tertengok muka Fazura dalam cerita Tahajjud Cinta tu..
Cerita yang jadi kontroversi tu la..
Heh ! Macam-macam..
Anyway, aku bukan nak cerita pasal drama tu..
Tapi tentang Fazura..

Ada la satu hari tu..
Sewaktu tengah dalam kereta..
Dalam perjalanan nak ambik anak sulung balik ke asrama dia..
Waktu lalu dari Keramat ke Gombak tu..
Ternampak la poster besar iklan Lux.. Modelnya Fazura..

*Bukan yang ni.. Yang lain sikit.. Tapi janji ada muka Fazura..

Dua kali jugak tertoleh Incik hubby yang tengah drive ni..
Aku yang sudah biasa dengan situasi macam tu..
Hanya mampu tersengih.. lalu soalan ini pun keluar..

"Berkenan ke ?" Sambil-sambil tangan belek handphone..
"Tak la berkenan sangat pun.. Tapi cantik budaknya," itu starting jawapan dia.. Lepas tu ada sambungan..
"Agak-agak la.. Kalau Abang kawin dengan dia.. Sayang ok tak ?" Tu la dia sebenarnya..
"Urmm.. Ok tu memang la ok.. Tapi tak apa ke ? Dia tu artis.. Tak pakai tudung pulak tu.. Seksi lagi.." Jawapan konon-konon nak support la..
"Alaa.. Takpe la.. Nanti dah kawin, Abang nasihat la dia.. Mesti dia ikut cakap suami," Huhu.. Pandai betul dia bagi jawapan.. Aku jawab senang je..
"Bagus la macam tu.." Lepas tu sama-sama diam..

Masa dalam perjalanan ke Gopeng tu..
Aku saja borak-borak dengan anak yang no 4, Balqis..

"Balqis nampak tak iklan tu ?" Tanya aku sambil tunjuk kat poster Lux kat tepi jalan..
"Nampak. Kenapa Ibu ?" tanya Balqis..
"Cantik tak perempuan dalam gambar tu ?" Aku tanya lagi..
"Urmmm.. Cantik.. tapi seksi," itu jawabnya..
"Agak-agak, Balqis suka tak kalau ayah kawin dengan dia ?" haha.. Incik Hubby dah sengih-sengih kat sebelah..
"Urmmm.. Susah la macam ni," Tiba-tiba dia jawab macam tu.. Aku dengan Incik Hubby berpandangan pelik..
"Kenapa pulak susah ?" Aku tanya dia lagi..
"Iye la.. Nanti ayah kena bagi Ibu duit, Mama pun sama.. Lepas tu nak bagi kat dia lagi.. Ayah bukannya banyak duit," dia duduk sambil berfikir..
"Tak apa la.. Dia dah banyak duit.. Dia tak nak duit ayah," Aku jawab macam tu..
"Tapi nanti susah juga," Aikk !! Apa la yang budak ni fikir..
"Nanti ayah nak kena pergi rumah Ibu, rumah Mama.. Rumah dia lagi," dia sambung jawab..
"Alaa.. Dia sibuk berlakon.. Dia tak kisah punya kalau ayah balik sekejap je kat rumah dia," Aku saja bagi jawapan macam tu..
"Tapi kan Ibu..," Dia terhenti kat situ sambil pandang ayah dia..
"Hmm.. Kenapa pulak tapi ?" Aku pandang Balqis..
"Tak payah la.. Nak ke dia kat ayah ?" Haha !! Soalan cepu mas untuk Incik Hubby jawab..

Incik hubby hanya mampu tersengih je masa drive tu..
Kalau la Fazura tu nak kat Incik Hubby..
Aku lagi suka..
Madu aku artis cantik..
Fazura tu cantik apa !
Aku suka je tengok dia berlakon..
Tapi kan... Nak ke Fazura tu dengan Incik Hubby ?? Hmmmm...

*Kan ke cantik tu Fazura.. Sweet sangat.. !

**Incik Hubby memang suka perasan.. Dulu dia "giler" kat Maya Karin.. Lepas tu tukar.. Kilafairy yang seksi tu.. Sekarang ni Fazura pulak.. Hehe.. Taste artis saja.. Macam boleh dapat !!**

-AkU-
Syurga Addin..
15:27 petang..

Read more…

Monday, August 15, 2011

~Jalan-jalan Cari Makan !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Rasa cepat sangat waktu berlalu..
Sudah 2 minggu kita berpuasa..
Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat buat kita semua..
InsyaAllah..

Hari Jumaat yang lalu..
Aku bercadang untuk berbuka bersama-sama papa dan keluarga..
Disebabkan nak ambil adik aku dari UM..
Bukan la kat UM pun..
Aku suruh dia naik Putra LRT sampai stesen Wangsa Maju..
Dia pun habis kelas lewat..
Maka terpaksa la kami berbuka di luar saja..
Kalau nak redah jalan sesak petang Jumaat macam tu..
Memang jangan harap la..
Kami ke Jusco Au2 mencari tempat berbuka..
Ingatkan nak makan Kenny Rogers, tapi memang fully booked !
Huh !! Restaurant lain tak berapa membangkitkan selera..
Mengikutkan selera adik aku, maka aku pun drive la ke Wangsa Walk..
Katanya nak makan kat Restaurant Ayam Penyet..
Entah la apa yang sedap.. Tapi cuba jugak la..


*Muka happy orang tunggu berbuka.. Puasa keeeeeee ??? Haha !!

*Imad yang kelaparan, sampai terpaksa makan meja.. Hehe..

*Ini la hidangan kami malam tu.. Ayam Penyet, Daging Rendang Sapi dengan nasi putih..

*Ini la yang aku makan.. Rasa dia boleh la.. Tapi aku makan tak habis.. Banyak sangat kut + tak ada selera..


*Ini yang adik aku makan.. Tengok dia makan macam berselera je.. Habis tinggal tulang.. Pelahap sungguh..

*Ni air kitorang.. Aku punya Kiwi Juice dan adik aku punya Ice Lemon Tea.. Yang ni memang best !!


*Lebar senyum bila mengadap makanan.. Haha !!

*Ni muka maintain macho.. Haha.. Sengih je la..

Habis je makan-makan dan jalan-jalan..
Kitorang pun balik kerumah papa..
Ouhhh.. Papa aku dah pindah rumah..
Sebelum ni duduk kat Bandar Tun Razak..
Sekarang ni pindak Ke Desa Tun Razak pulak..
2 hari aku berbuka dengan papa dan keluarga..
Meriah la bila adik-adik aku balik dari asrama..
Menu berbuka hari pertama tak sempat snap..
Tapi chef yang rajin memasak ialah Chef Wai dari UM..
Dia masak ayam masak lemak cili api dengan goreng taugeh..
Boleh la dari tak ada.. Hehe..
Semalam aku dengan Jijie jalan-jalan kat pasar juadah Permaisuri..
Kelabu mata jadinya..
Tapi sikit je kitorang beli..

*Ini antara kuih-muih yang menarik minat..

*Yang merah tu memang best.. Dari hari pertama puasa aku nak makan, baru dapat semalam.. Roti john tu memang power sebab letak black pepper..

*Yang dua kat atas tu je beli kat pasar juadah.. Sambal kering ikan bilis+petai dengan sambal paru.. Best sangat !! Yang kat bawah tu lauk semalam, masak lemak cili api dengan sambal ikan bilis tu mama yang masak..

*Burung puyuh goreng tu.. Ok la.. Air pulak, yang sebelah kiri tu Bandung Soda beli kat gerai member Jijie.. Yang sebelah kanan tu aku tak tau nama dia.. Air Sirap + Apple + Orange..

Lepas berbuka dengan kenyangnya.. Hehe..
Aku pun bertolak balik ke rumah sendiri..
Hari ni berbuka berdua dengan Imad je la..


**On the way balik rumah semalam.. Terdengar lagu Berdiri Seorang Perindu nyanyian Ibnor Riza.. Terus teringat kat teman baik yang dah lama "pergi".. Bergenang air mata..**


-AkU-
Syurga Addin..
16:17 petang..

Read more…

Saturday, August 13, 2011

~Menu berbuka di Kelantan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt..

Dah masuk hari ke-13 Ramadhan..
Lama lagi ke nak raya ?? Hehe..
Ingat raya je tau !!

Entry kali ni aku nak share dengan pembaca Syurga Addin..
Apa makanan yang aku makan di Kelantan sepanjang berbuka kat sana..

Menu yang UTAMA..
Jeng.. jeng.. jeng..

*Ni namanya cendol.. Tapi yang bestnya, cendol tu buat sendiri.. Kat KL memang tak dapat la.. Yang warna merah tu Incik Hubby cakap "locong".. Agaknya la kut.. Ada buah kabung sikit.. Ada Mata Ike (ikan) sikit.. Campur dengan air gula dan ais.. Memang best !!

*Yang ni namanya akok.. Kalau takde kuih ni, memang tak sah..

*Ni menu utama makan malam.. Ikan terubuk bakar dengan kicap cicah.. Bakar pakai arang tau.. Chef yang bakar ikan ni..........

*Haha.. Ni la chef kami.. Memang ori dari Kelantan..

*Yang ni pun Chef juga yang masak.. Yang sebelah kiri tu patutnya Pajeri Terung.. Tapi dah jadi Kari Terung.. Dan sayur campur..

*Ok.. Yang ni memang aku jumpa kat Kelantan je la.. Kalau ada kat tempat lain aku tak tau.. Sebelah kiri tu Jeruk Mame, yang sebelah kanan tu Kerabu Sare (sarang).. Sumber dari Incik Hubby.. Kalau salah, maka salahkan dia ye.. Hehe..


Itu la dia makanan hari pertama aku berbuka di Kelantan..
Best tak ?? Aku rasa best je..
Sebenarnya dari minggu lepas nak update..
Tapi internet kat sana susah sikit..
Tu yang terpaksa tunggu balik KL..
Jadinya......
Selamat menjamu selera waktu berbuka nanti..

**Ada orang tu jual mahal masa makan sahur.. Tapi lepas tu, nampak pulak dia makan.. Hehe.. Tak payahlah nak sombong depan rezeki.. Allah marah !!**


-AkU-
Syurga Papa..
01:27 pagi..

Read more…

Thursday, August 11, 2011

~Cerita Imad di bulan Ramadhan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah masuk hari ke11 kita berpuasa..
Alhamdulillah, cukup puasa aku sementara waktu ni..
Seminggu yang lepas aku berpuasa di Bukit Abal, Kelantan..
Meriah rasanya dapat berbuka beramai-ramai..
Biarpun ada insiden yang tak diingini..
Namun semua itu tak mencacatkan perjalanan puasa aku..

Apa yang aku ingin cerita kali ini..
Sewaktu di Darul Naim..
Imad sangat aktif..
Sementelah rumah abah mertua aku besar dan luas..
Imad makin mahir berjalan..
Boleh kata setiap masa Imad berjalan saja..
Agaknya dia pun dah tak larat nak merangkak dalam rumah besar macam tu..
Dah terlampau seronok sangat di sana seminggu..
Semalam, kami sampai di rumah dari Kelantan pukul 12.30 malam..
Imad tidur pukul 3 pagi..
Itupun sebab Imad diserang batuk dan selsema..
Kesian Imad.. Tidur dalam keadaan tak selesa..
Malam ni pun Imad batuk lagi..
Pukul 11.30 Imad dah tidur dalam playpen dia..
Cuma pukul 11.50 tadi, Imad diserang sawan..
Mula-mula intro macam biasa..
Tapi lama-kelamaan, air liur Imad mula bertukar buih-buih..
Tak pernah lagi Imad macam ni..
Aku call Incik Hubby kat rumah My Honey Dew..
Kurang 5 minit Incik Hubby dah terpacul kat depan pintu rumah..
Aku dah siap-siap masukkan Diazepam untuk Imad..
Lebih kurang 20 minit baru sawan Imad berhenti..
Incik Hubby tarik Imad dalam pelukan dia..
Tepuk-tepuk Imad biar tidur balik..
Lepas tu baru Incik Hubby balik ke rumah sana..
Aduhh.. Makin pelik sawan Imad..
Appointment doktor bulan 9.. lama lagi..
Hati Ayah dan Ibu makin risau dengan keadaan Imad..
Bila la Imad nak jadi normal macam budak-budak yang lain..
Kesian Imad..



**Ini sedikit rakaman yang dapat aku rakam masa Imad kena sawan tadi.. Sekadar perkongsian dengan pembaca Syurga Addin.. Aku mohon doa dari kalian agar Imad dapat menjalani hidup lebih baik di masa akan datang.. InsyaAllah.. Amin..**

-AkU-
Syurga Addin..
00:37 malam..

Read more…

Saturday, August 6, 2011

~KL - Terengganu - Kelantan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Dah masuk hari keenam kita berpuasa..
Entry ni tentang perjalanan aku hari Selasa dan hari Rabu yang lepas..

Selasa, pukul 11.30 malam..
Aku, Incik Hubby, Imad dan seorang anak buah (Kak Cik)..
Bertolak ke Kemaman..
Aku terpaksa jadi 'drebar', memandangkan Incik Hubby tak berapa sihat..
Dia disahkan oleh doktor mengdap buasir..
Hehe.. Tu la, makan tak beringat..
Iskk !! Gelakkan suami sendiri pulak !! Hehe..
Tapi jenuh dah aku suruh jaga makan, tapi dia buat 'dek' je..
Kalau duk depan mata, boleh la aku jaga..
Aduhh... Badan aku dah la tak berapa sihat..
Tapi nak bandingkan kondisi aku dengan dia..
Aku gagah lagi la nak bawa kereta..
Oh ya.. Dia tak boleh nak bawa sebab kitorang pergi malam tu naik Prado..
Doktor dah nasihat, jangan bagi tekanan kat 'tempat' tu..
Maka melepak la dia kat sebelah aku sambil berbaring dan berselimut enak..
Nasib baik dia temankan aku sepanjang jalan..
Kalau tak... Mau aku berenti dan bantai tidur sekali.. Hehe..
Pukul 3 pagi baru kitorang sampai kat rumah kakak Incik Hubby, merangkap kakak ipar aku - Kak Za..
Memang la aku mengantuk..
Tapi tak boleh tidur sebab Imad dah jaga lepas dah jenuh tidur sepanjang jalan..
Lepas sahur tu, aku cakap kat Incik Hubby, mata aku dah nampak bintang..
Kalau aku tak dapat tidur, alamatnya pitam la sampai beerjam-jam nanti..
Hehe.. Lepas Subuh Incik Hubby pun suruh Imad tidur..
Jenuh tepuk-tepuk Imad..
Dekat pukul 7 pagi baru Imad terlena..
Incik Hubby pun tumpang lena sekali..

*Apakah persamaan dalam gambar ni ?? Haha..

*Ni siap close up lagi.. hehe.. tu la persamaan anak dan ayah bila tidur.. suka tutup mata dan telinga..

Aku hanya dapat lelapkan mata lepas Incik Hubby ke Kuantan..
Itupun dapat la tidur dalam 3 jam..
Tapi masih tak cukup rasanya..

Dekat pukul 4 hari Rabu, kami memulakan perjalanan ke Kelantan..
Tapi Incik Hubby yang bawa kereta..
Sebab aku memang dah mamai rasanya..
Perjalanan jadi lambat bila orang tak sihat bawa kereta.. Hehe..
Kami ikut jalan sepanjang laut..
Waktu petang begitu, rasa nak singgah je tepi laut tu..
Tapi memandangkan perjalanan masih jauh.. Hasrat tu terpaksa didiamkan..
Pukul 7 kami singgah di pasar juadah di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu untuk membeli sedikit juadah berbuka..
Berenti kat tepi kilang apa entah sambil menunggu waktu berbuka..

*Ini la makanan aku dan Incik Hubby.. mee hoon bodoh dan ayam bakar sambal.. memang best !!

*Ini la minuman kami.. Cendol.. Huhu.. Walaupun aku diharamkan minum ais oleh Incik Hubby atas alasan kesihatan.. Tapi sebab kami musafir, maka dibenarkan sekejap..

Gambar kuih aku tak sempat nak snap sebab dah termakan dulu.. Hehe..
Dah kenyang, kami memulakan perjalanan ke Kelantan..

Sampai di Bukit Abal, Pasir Puteh lebih kurang pukul 9.30 malam..
Penat tak terkata..
Tapi tak boleh nak berehat lagi..
Nak masak bubur untuk Imad..
Pukul 10.30 baru Imad makan malam.. Sian Imad..

*Ini la bubur Imad.. Bubur nasi campur telur, ayam dan sawi..

Lepas Imad makan, aku memang nak tidur..
Si monster kecik tak nak tidur lagi ni !!
Aduhhh !! Mata aku dah nampak bintang..
Tunggu nak nampak burung berkicau je..


**Aku pernah merajuk pada bumi Darul Naim dulu.. Belum terpujuk lagi rajuk tu biarpun kaki aku sekali lagi memijak tanahnya.. Namun merdu suara mengalunkan kitab suci seakan meredakan bahang yang masih membara.. Dendam dan amarah itu masih ada.. Cuma ia tidak semarak dulu..**

-AkU-
Bumi Darul Naim..
12:37 tengah hari..

Read more…

Tuesday, August 2, 2011

~Hari pertama puasa..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Selamat sudah kita berpuasa sehari..
Hari ni dah masuk hari kedua..
Sahur semalam aku bersahur dengan family mak..
Mak masak nasi dengan rendang daging, sayur campur dan telur dadar..
Boleh la habis sepinggan..
Lepas Subuh aku bantai tidur sebab tak cukup tidur..
Imad buat hal la pulak..
Dia duk buat bising sampai pukul 4 pagi..
Nasib baik masa sahur tu dia tak bangun..
Kalau tak, nampaknya miss lagi la tidur aku..
Pukul 11 lebih Long datang rumah mak..
Nak pergi bank katanya..
Bawak la anak-anak dia.. Nabila dan Che Nah..
Pukul 2 baru aku pergi bank dengan Long..
Balik dari bank dah pukul 5 lebih..
Aku cari mak kat dapur..
Mak dah masak perut masak lemak cili api campur rebung..
Wahhhh !! Sedapnya !!
Tapi aku punya mak dah asingkan..
Pasal aku tak boleh makan rebung.. Huhu.. kempunan..
Pukul 6.30 aku ajak mak dengan Long pergi pasar juadah..
Hajat dihati nak cari kuih sagu merah..
Tau macam mana muka kuih sagu merah ??
Macam ni ha..

**Huhu.. Tengok gambar pun dah selera..

Tapi cari punya cari satu pusingan pasar juadah tu..
Semua gerai pun dah habis..
Aduhhh.. Macam mana ni..
Kempunan la aku..
Dah terbayang nak buka dengan kuih tu..
Urmm.. Takde rezeki nampaknya..
Tapi aku beli gak kuih kasui..
Boleh la.. Ada la jugak selera..

**Boleh la dari takde.. Sedap gak kuih ni..

Balik dari pasar juadah tu..
Kami pun bersiap-siap nak berbuka..
Tak la banyak sangat hidangan..
Tapi cukup la.. Bersederhana..
Alhamdulillah.. Sempurna sudah puasa hari pertama aku..
Tapi tak dapat pergi terawikh..
Sebab kesihatan aku tak mengizinkan lagi..
InsyaAllah, aku cuba usahakan nanti..


**Hari ni nak cuba cari kat pasar juadah Gombak pulak.. harap-harap ada la kuih sagu merah tu.. Hehe..**

-AkU-
Syurga Addin..
15:47 petang..

Read more…

Monday, August 1, 2011

~Demi Tuhan.. Aku Izinkan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alakum wbt...

Berlainan rasa bila malam Sya'aban sudah bertukar Ramadhan..
Lebih damai dan tenang hati setelah Ramadhan bertamu..
Moga suasana ini berpanjangan.. InsyaAllah..

Aku nak bercerita sedikit tentang tele-movie yang aku tonton di channel Astro Prima pukul 10 malam tadi..
Tajuknya.. "Demi Tuhan.. Aku Izinkan"..
Lakonan mantap Eja, Norman Hakim dan seorang pelakon tak kenal..
Mula-mula tak berapa nak tengok sangat..
Tapi bila dah tengok.. Eh ! Macam best pulak !
Kisah tentang seorang wanita yang mempersoalkan tentang agama Islam..
Namun bila dia sendiri sudah mendalami dan mencari makna sebenar Islam..
Hati terpaut dan terpikat..
Lantas diri terus diajar untuk terus mencari makna keimanan..
Bukan itu sahaja..
Dia dengan terbukanya cuba melamar lelaki yang membawanya mendekati Islam..
Bukan masalah perempuan melamar lelaki..
Tetapi lelaki itu sudah beristeri..
Kat situ terjadi satu konflik..
Bila mana seorang isteri harus berfikir yang mana harus didahulukan..
Perasaan ego dan tamak..
Atau merelakan segalanya demi Allah dan agamanya..
Betapa mulianya hati seorang isteri memberi keizinan untuk mereka bersatu dengan niat kerana Allah..
Di saat itu mereka terus diuji..
Suami mereka jatuh sakit lantas meninggal dunia..
Isteri muda mengandung dan juga sakit..
Isteri tua dengan penuh rela hati menjaga kebajikan isteri muda dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang..
Aduhh !! Hati mana yang tidak tersentuh bila adegan demi adegan memaparkan betapa indahnya kehidupan andai manusia tahu apa tanggungjawab dan nilai kasih sayang sesama manusia..
Bukan semua orang boleh bertindak sebegitu..
Hanya yang benar-benar percaya janji Allah sahaja akan melakukan sedemikian rupa..
Cuma cerita ni sad ending..
Sebab isteri muda pun meninggal dunia dan mewasiatkan anaknya kepada isteri tua..
Di akhir cerita ditunjukkan adegan sewaktu isteri tua sedang bersama anak-anak di atas tangga depan rumah..
Roh arwah suami dan isteri muda tu muncul seketika dalam senyuman manis yang terukir..
Mungkin sebagai tanda terima kasih kerana keikhlasan budi dan kemurniaan hati isteri tua tu..
Kalau la aku kat tempat isteri pertama tu ??
Jawapan aku..

"Demi Allah.. Aku izinkan.."

Memang itu jawapan aku selama ni bila diutarakan soal begini..
Belum pernah lagi berubah...
InsyaAllah takkan berubah..



**Biarlah keredhaan itu datang bersama keikhlasan dan kejujuran hati.. Maka pengorbanan itu akan terasa lebih manis dan indah.. Tiada satu pun yang Allah jadikan di atas muka bumi ini hanya untuk menyakiti hamba yang taat kepadaNYA..**


-AkU-
Teratak Bonda..
05:07 Subuh..

Read more…