Friday, September 30, 2011

~Berubahlah keranaNYA~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Pagi Jumaat yang indah ini..
Sejuk terasa seluruh tubuh..
Mungkin keadaan di rumah ini..
Dipenuhi kehijauan, membuatkan suasana nyaman dan segar..
Urmm.. Malam tadi aku disini..
Di rumah adik ipar aku di Country Heights, Kajang..
Sesekali bermalam di rumah orang lain..
Mencipta suasana baru dan semangat baru..
Ni la tempat aku berilham..

*Kalau tengok dalam gambar ni macam takde apa yang best.. Tapi cuba tengok gambar kedua..

*Kehijauan yang menjadi latar belakang aku yang membuatkan suasana jadi amat berlainan.. Minda pun jadi lebih cergas..

Oke.. Berbalik kepada kisah yang aku nak kongsikan kali ni..
Semalam waktu suami tengah baik hati memasak untuk makan malam..
Hehe.. Incik suami memang baik hati.. Terima kasih Sayang..
Aku duduk di ruang tamu membaca surat khabar Utusan Malaysia..
Pada sisipan hiburan.. Ada cerita tentang pelakon Diana Amir yang sudah "berhijrah"..
Alhamdulillah.. Biarpun tak sepenuhnya, sekurang-kurangnya ada sedikit keinsafan dalam dirinya..
Selalunya bila cerita tentang artis "berhijrah" ni..
Andai ditanya tentang sebab untuk berubah..
Ramai yang akan jawab.. Sudah sampai seru atau hati tergerak setelah pulang dari umrah..
Itu jawapan klise sesetengah artis..
Cuma apa yang agak bagus jawapan dari Diana Amir ni..
Bila dia telah sedar..
Dosanya membuka aurat bukan ditanggung sendirian..
Malah dishare sama dengan ayahandanya..
Maka atas sebab tak mahu ayahanda tercinta menanggung dosanya..
Maka keputusan itu dibuat..
Betul.. Seharusnya dari dulu lagi dia menutup aurat..
Tapi kita doakan saja moga dosa-dosanya Allah swt sudi untuk ampunkan..
Pada pandangan aku..
Tak ramai pemudi-pemudi yang sedar diri bahawa dosa mereka turut mengheret sekali saudara lelaki mereka ke neraka..
Mungkin mereka menyangka..
Setelah dewasa, maka dosa itu ditanggung sendiri..
Tidakkah mereka tahu doa anak yang soleh antara yang akan dibawa ibubapa setelah Izrail datang menjemput ??
Zaman semakin maju, tetapi agama semakin terkebelakang..
Andaikata mereka sempat bertaubat, Alhamdulillah..
Tetapi jika sebaliknya.. Wallahualam..
Sampai bila anak-anak ini akan sedar tentang hakikat sebenarnya ??
Rata-rata pemudi yang tidak menutup aurat memberikan jawapan begini..
Tidak bersedia, masih muda, kerana kerjaya dan belum sampai seru..
Ini bukan masalah harus bersedia atau tidak..
Tapi masalah hukum yang tak boleh dipersendakan..
Entah la.. Duniawi nampaknya lebih penting dari akhirat..
Andainya mereka makin sedar dunia ini hanya sementara..
Nescaya airmata mereka takkan berhenti mengalir menginsafi dosa-dosa yang telah lalu..
Aku juga bukan hambaNYA yang sempurna..
Masih banyak cacat cela yang perlu aku perbaiki..
Namun selagi diberi peluang dan kesempatan untuk bernafas..
Selagi itu aku akan berusaha mendekatiNYA..
Kerana sejauh mana kita cuba menjauhiNYA, maka DIA juga akan berpaling dari kita..
Hilanglah sudah kita dari kasih sayangNYA..
Justeru.. Dekatilah DIA..
Nescaya DIA juga akan terus menyayangi kita..

"Hidup bukan untuk hidup..
Tapi hidup untuk Allah swt..
Hidup bukan untuk mati..
Tapi mati untuk hidup.."

**Ayat ni aku quote dari drama Stanza Cinta..**

**Moga Imad dapat menjadi anak soleh yang bakal mendoakan ibu dan ayah apabila kami dipanggil mengadapNYA kelak.. InsyaAllah..**

***Satu pesanan untuk sesiapa yang faham.. Doa orang yang teraniaya.. Tiada hijab yang menghalang antara langit dan bumi.. Maka beringatlah !!***

-AkU-
Syurga Country Heights..
13:27 petang..

Read more…

Monday, September 26, 2011

~Kisah seorang teman~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Syawal semakin hampir ke penghujung..
Namun kemeriahan itu masih lagi terasa..
Moga ianya terus berpanjangan..

Satu kisah yang ingin aku kongsikan bersama yang sudi membaca luahan Syurga Addin..
Benar.. Kisah ini banyak berlaku di luar sana..
Namun ini yang paling dekat dengan aku..
Maka ingin aku ceritakan agar dapat kita renungkan dan muhasabah diri sendiri..
Kisah tentang seorang teman yang aku sayangi..
Bukan ingin menceritakan keaiban dirinya dan keluarga..
Namun bersama simpati dan perasaan kemanusiaan..
Aku harap menjadi pengajaran buat kita semua..

Teman ini hampir sama usia dengan aku..
Sudah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata..
Hidupnya sudah lama dihuni derita..
Cuma ketika ini makin ketara dukanya..
Seharusnya kita semua rasa bahagia dan gembira bila mempunyai sebuah keluarga yang lengkap dengan suami dan anak-anak..
Namun buat teman ini..
Saat terlafaz ijab qabul..
Detik itu juga sebenarnya satu duka telah terpalit dalam hidupnya..
Diharapkan pilihannya itu akan mendapat restu kedua ibu bapa..
Namun tahun demi tahun..
Tak ada apa yang berubah..
Biarpun dikurniakan anak seorang demi seorang..
Restu itu tak pernah kunjung tiba..
Aku tak akan pernah tanya kerana apa..
Mungkin itu rahsia dirinya mengapa suami itu menjadi pilihannya biarpun ibu bapa tidak merestui..
Semakin hari kehidupannya dilanda masalah demi masalah..
Hingga satu ketika terlafaz talak yang tidak dipinta..
MasyaAllah.. Dugaan untuknya..
Bersama-sama keluarga ke Pejabat Agama demi untuk menjernihkan keadaan..
Namun kekeruhan yang kunjung tiba..
Disitu barulah terlihat kebenaran hati dan perasaan ibu bapa itu..
Aku yang mendengar kisahnya hanya mampu beristighfar dalam hati..
Sedih dan pedih rasa jiwa..
Apatah lagi dia yang merasainya..
Katanya.. Sememangnya ibu bapa tidak pernah merestui hubungan mereka dari dulu hingga kini..
Dan yang paling merobekkan hatinya..
Ibunya setiap ketika berdoa moga terputusnya ikatan antara dia dan suami..
Aduhh.. Mengapa begitu sekali hati si ibu..
Bukankan setiap ibu inginkan kebahagiaan anak-anak ??
Biarlah mereka melayari kehidupan mereka sendiri..
Utuskanlah doa yang ikhlas buat kebahagiaan anak-anak..
Dan kata akhir dari ibu bapanya..
Andai mereka mengambil keputusan untuk rujuk kembali..
Maka putuslah hubungan antara teman ini dan keluarganya..
Sampai begitu sekali kerasnya hati manusia..
Tidak kasihankah pada cucu-cucu yang masih kecil ??
Hanya airmata yang menemani setiap luahan hatinya kepada aku..
Dan aku..
Hanya mampu pinjamkan sepasang telinga ini dan juga sedikit semangat buat teman ini terus kuat dan gagah melangkah demi meneruskan kelangsungan hidup..
Sabarlah teman..
Hidup ini penuh dugaan dan cabaran..
Bersyukurlah kau diduga dan diuji..
Itu petanda Allah swt masih sayangkan dirimu..
Usahlah berkeluh kesah kerana..
Yang menulis ujian untukmu.. DIA juga la yang menulis nikmat yang tak terhingga juga buatmu..



**Adakala kita merasakan pilihan kita bukan la satu keputusan yang tepat.. Namun, kita tak mampu mengundurkan waktu.. Justeru, redha la dengan takdir Allah.. Kita tak akan sedar andai tidak belajar dari kesilapan.. Ada ketika kesilapan yang membuat diri kita hampir sempurna.. InsyaAllah.. Aku akan bersama teman ini untuk kunjungan kali kedua ke Pejabat Agama.. Moga segala urusan dipermudahkan oleh Allah swt..**

-AkU-
Syurga Addin..
23:07 malam..

Read more…

Sunday, September 18, 2011

~Makan Besar !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt..

Aku masih lagi di Bumi Darul Naim..
Huhh !! Dah seminggu aku kat sini..
Tapi rasa macam sekejap je masa berlalu..
Rasa tak nak balik KL je..
Bosan dah duduk kat KL tu..
Sesak dan semak..
Kat sini tenang dan damai je jiwa..
Cuma ada la jugak benda-benda yang buat jiwa kacau..
Tapi Alhamdulillah, aku boleh tepis lagi..
Buat tak tau sudah..
Ohh !! Aku nak cerita pasal Hari Rabu yang lepas..
Malam tu, patutnya Incik Hubby tak keluar..
Dia dah janji dengan aku nak tengok tv sama-sama..
Sebab dah berapa hari dia sibuk dengan kerja..
Tapi tiba-tiba dia dapat geng nak turun pukat udang kat sungai..
Diorang turun berempat kat satu sungai kat Kampung Bahagia, Kuala Krai..
Laju je Incik Hubby sarung baju dan seluar, capai kunci kereta..
Muncung aku dah panjang sedepa.. Incik Hubby terus je keluar..
Tapi, sempat lagi dia kiss aku sebab nak pujuk.. Hehe.. Terpujuk la jugak..
Aku pun dah takde mood nak layan tv..
Ajak Imad masuk tidur..
Imad pun tak banyak kerenah, terus tidur..
Lebih kurang pukul 3 pagi, Incik Hubby call aku..
Dia dah ada kat depan pintu rumah..
Aku pun buka la pintu..
Dia ajak aku teman nak siang ikan dan udang hasil tangkapan diorang malam tu..
Tak banyak mana dapat sebab bulan terang..
Tapi merasa la jugak nak makan ikan sungai dan udang.. Fresh beb !!
Ini gambar yang sempat aku rakam..

*Ini antara hasil malam tu..

*Incik Hubby cakap, udang ni sekilo RM80 lebih kurang.. Itu harga kat Kelantan.. Kalau kat KL lagi mahal kut..

*Ini namanya Cik Kaloi !! Hehe.. besar kan ?? Lebih kurang 3 kali tapak tangan aku.. Harga dia kalau Cik Kaloi ni hidup, korang agak-agak la berapa.. Tak terbeli la kalau saja-saja je..

*Udang ni lebih kurang panjang tapak tangan aku.. Tu, tangan aku la tu.. Hehe.. Besar udang ni.. Yang dekat tangan aku tu baru bersalin kulit.. Lembut je bila pegang..

Itu la lebih kurang gambar yang dapat aku snap..
Ada lagi ikan baung, anak kaloi dan lampam..
Esoknya, Incik Hubby buat udang masak merah..
Semalam pulak, bibik kat rumah ni buat ikan kaloi masak tiga rasa..
Memang banyak aku makan.. Rasa la tambah berat badan ni sikit..
Dah seminggu tak timbang nih..
Harap-harap naiklah berat aku..
Ok la.. itu je yang aku nak cerita,,
Internet kat rumah ni memang very the slow..
Jenuh gak nak upload gambar..
Tu yang malas nak update blog ni selalu..

**Bukan sukar seorang isteri untuk mencapai daun pintu syurga.. Hanya melalui redha suami.. Biarpun kita tak mampu menjadi seorang isteri yang mulia seperti Siti Khadijah, Siti Aisyah, Fatimah mahupun isteri-isteri para sahabat yang lain.. Tetapi sekurang-kurangnya kita cuba menghampiri sifat-sifat mereka.. Sebaik-baik seorang isteri adalah yang mampu membuatkan hati suami sejuk bila memandang wajah mereka.. Buat para isteri.. Jangan sesekali cuba mencabar ego suami, kerana syurga kita itu di bawah redha mereka.. Setinggi mana pun tahap kita sebagai seorang wanita, namun tidak akan mampu mengatasi ketinggian takhta seorang suami.. Sedarlah wahai isteri..**

-AkU-
Bumi Darul Naim..
00:27 malam..

Read more…

Thursday, September 15, 2011

~Semalam yang hangat !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah dua minggu berlangsungnya Syawal..
Yang budak-budak tengah seronok menghitung kutipan duit raya..
Yang dewasa tengah menghitung belanja yang perlu dijimat-jimatkan..
Sebab dah banyak berhabis masa raya hari tu..
Hehe.. Aku je tak banyak belanja..
Sebab banyak duduk kat rumah orang..

Tajuk aku kali ni macam dasat je..
Haha.. saja je tu.. Kasi feeling lebih..
Ini nak cerita pasal petang semalam..
(Err.. Actually kelmarin.. Tak sempat nak post semalam.. Internet slow..)
Lebih kurang pukul 4 lebih..
Masa aku dan Incik Hubby tengah sibuk uruskan Ummi mertua aku..
Kitorang nak bagi Ummi try masuk dalam sauna kecik yang macam kat spa tu..

*Ini la sauna tu.. macam best je.. Aku tak boleh nak try lagi..

Mana la tau boleh bagi Ummi tenaga sikit..
Disamping menyihatkan badan Ummi..
Tengah sibuk-sibuk tu..
Tanpa disedari Imad yang tadi pun menyibukkan diri sama dah hilang..
Jenuh aku cari sekitar bilik dan dapur..
Tak puas hati, aku naik kat ruang tamu dan anjung rumah..
Sama jugak.. Imad takde..
Hati dah risau semacam..
Aku ke dapur balik.. Tengok pintu dapur terbuka..
Aku pun keluar menjengah ke ruang laman..
Laaa... Imad dah pun merangkak hampir separuh jalan menuju ke pagar besar..

*Nampak tak pokok mangga sebelah kanan tu ? Dekat atas jalan selari dengan pokok tu la Imad merangkak keluar.. Jauh jugak tu !!

*Ni gambar dari arah rumah.. Pokok kedua dari kiri gambar..

Nasib baik Imad tak lepas pintu pagar lagi..
Tapi kan.. Nak dijadikan cerita..
Petang tu lebih kurang pukul 6 la..
Patutnya Incik Hubby bawak Ummi jalan-jalan naik wheel chair..
Tapi lambat pulak Incik Hubby ni..
Imad dah sedia duduk dalam kereta tolak baby tu..
Jenuh menanti Incik Hubby keluar..
Imad pun mencuba pelbagai aksi sementara menunggu penuh sabar..
Aku tak perasan Imad berdiri kat atas kereta tolak tu..
Sekelip mata je Imad jatuh menyembah bumi..
Aku yang agak kaget, terus angkat Imad..
Ternampak setompok darah atas lantai..
Aku tengok mulut Imad dah penuh darah..
Cepat-cepat aku lari  masuk ikut pintu dapur terus ke sinki..
Imad dah meraung kesakitan..

*Tengok la tu.. Bengkak dah sebelah mulut Imad..

*Tertidur dalam kesakitan.. Pipi Imad pun tersagat kat atas simen tu..

Incik Hubby yang dengar suara Imad pun meluru ke arah aku..
Menggelabah puyuh aku nak bagitau Imad jatuh kereta sorong tu..
Aku terus pujuk Imad yang masih lagi meraung..
Lepas tu kitorang bawak jugak Ummi dan Imad jalan-jalan keliling kampung..
Dalam pada sakit-sakit dan menangis tu..
Imad sempat lagi menyanyi sambil meraung lagu "Twinkle-twinkle"..
Haha.. Tapi dalam versi orang tengah sakit la..
Kesian Imad..
Tapi sakit mulut Imad tu sekejap je..
Malam tu Imad kembali active..
Huhu.. Jenuh la nak mengejar dia satu rumah..

**Kadang-kadang bila kita rasakan kita dah terlalu betul dalam semua hal.. Maka kita akan selamanya rasa diri kita pandai.. Sampaikan orang lain tak boleh nak masuk dalam dunia kita.. Kalau ada pun hanyalah orang yang sama "LUPA DIRI" macam kita jugak.. Sekadar peringatan untuk orang yang perasan diri dia BAGUS SANGAT !!**

-AkU-
Bumi Darul Naim..
01:17 pagi..

Read more…