Tuesday, January 31, 2012

~Ombak Rindu lagi ??~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

NOTE : Entry ni sepatutnya keluar tahun lepas.. Tapi asyik tertangguh je.. Aku malas nak edit, jadi abaikan apa yang tak kena ya.. hehe..

Sepanjang bulan December tahun 2011 ni..
Boleh katakan kebanyakan status-status di FB dan blog terutama pemiliknya wanita..
Memilih untuk memperkatakan mengenai "Ombak Rindu"..
Dan aku..
Memilih tajuk ini juga untuk hari terakhir dalam tahun 2011..
Mengapa Ombak Rindu ???
Ini adalah antara fenomena pawagam yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia..
Khususnya orang Melayu..
Aku tak pasti apa hebatnya Ombak Rindu sehingga ramai memperkatakan tentangnya..
Sehingga la aku "diperkenalkan" dengan novel Ombak Rindu..
Buku yang sederhana tebal itu aku habiskan dalam masa sehari setengah..
Dan aku cuba pula menonton Filemnya..
Oh ! Tak la sampai ke pawagam.. Cuma di YouTube saja..
Hmm.. Ini kesimpulan yang aku boleh buat..
Ini cuma pendapat aku saja ya..
Kalau ada yang tak puas hati.. Suka hati la.. Hehe..

Rasanya lebih berbaloi membaca novel Ombak Rindu berbanding menonton filemnya..
Kenapa ??
Novel lebih banyak lagi bermain dengan emosi..
Aku tak tau kenapa orang yang menonton filem itu perlu menangis ???
Sepanjang penghayatan aku, tak ada tekanan emosi sewaktu menonton filem itu..
Aku boleh tengok dengan emosi yang bersahaja je..
Banyak juga scene-scene yang aku rasa boleh dibuat dengan lebih baik lagi..
Rasanya Filem Ombak Rindu tak menepati piawaian filem bagi aku..
Lebih baik lagi drama yang ditayangkan kat tv..
Oh.. Maaf.. Bukan aku nak kutuk lebih-lebih hasil karya bangsa Melayu..
Tapi bagi aku, jalan cerita yang bagus sebegini (hasil daripada membaca novelnya)..
Seharusnya hasil untuk filem lebih baik lagi..
Banyak jugak adegan yang tak logik dalam filem ni..
Tapi apakan daya.. Mutu sesebuah filem bukan lagi keutamaan bagi sesetengah pengeluar filem..
Keuntungan lebih mendapat tempat..
Biar penuh panggung, bermutu atau tidak, itu belakang cerita..
Itu pendapat aku..
Ouh.. Penuh panggung tak semestinya filem itu berkualiti..
Betul.. Bercakap tak semudah membuat filem..
Tapi "buat" filem tak semudah "menghasilkan" filem..
Tak faham ?? Urmm... Aku peduli apa !! Hahah..
Oke.. Maksud aku.. Contohnya..
Buat novel.. Sesiapa pun boleh buat novel..
Karang cerita panjang 100-200 mukasurat.. Dah boleh jadi novel..
Tapi adakah hasilnya itu sesuatu yang berkualiti ??
Bukan berapa banyak mukasurat yang kita nak tengok..
Tapi jalan cerita atau plot sesebuah novel tu yang kita nak tahu..
Kalau setakat cerita pasal tupai lompat dahan dari awal sampai tutup buku..
Imad pun boleh cerita.. Oke, yang tu aku tipu.. Imad tak bleh bercakap !
Itu contoh..
Maksud aku..
Kalau hanya bersandarkan novel yang hebat, pelakon yang mantap..
Tapi jalan cerita (setelah diubah dari novel asal) dan skrip longgar..
Lebih baik buat drama..
Tak membazir duit nak menonton di pawagam..
Kalau fanatik Ombak Rindu kata tak membazir, itu mereka punya pasal..
Pada aku tetap membazir..
Bukan membazir duit je, tapi membazir tenaga, air mata dan macam-macam lagi..
Arrgghhh !! Kenapa la industri filem Melayu kita begini ??
Kita ramai pengarah yang berkaliber..
Tapi bila keuntungan lebih mendapat tempat di mata mereka..
Mutu filem jadi terkebelakang..
Malas la aku nak tulis lagi.. !!



**Lebih ramai pengarah dan penerbit nak adaptasi filem dan drama mereka dari novel.. Tapi kebanyakannya lebih suka syok sendiri.. Maksudnya ?? Tukar jalan cerita dan watak yang ada dalam novel.. Kan lebih baik mereka buat jalan cerita sendiri.. Tak perlu adaptasi dari novel.. Tak pun, buat seakan-akan cerita macam novel tu tapi bagi tajuk lain.. Bukan kita tak biasa ciplak karya orang pun.. Heh ! Memang industri filem kita dah ketandusan idea.. Bukan tandus idea, tapi MALAS nak berfikir !**

-AkU-
Syurga Addin..
11:57 pagi..

Read more…

Wednesday, January 25, 2012

~Mari Belajar Berpantang..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni dah masuk hari yang ke 23 aku berpantang..
Kalau kebanyakan orang lain berpantang dengan mak sendiri atau mak mertua..
Tapi aku, untuk kali yang kedua berpantang dengan Incik Hubby..
Biarpun caranya tak sama dengan berpantang orang tua-tua..
Tapi disiplin berpantang tu tetap ada.. Haha..
Baik dari segi makanan, minuman, cara jalan, kerja harian, waktu mandi..
Pendek kata rutin harian aku, semuanya ada pantangnya..
Aku start berpantang hari yang ketiga..
Kenapa ?? Sebab hari yang pertama hingga kedua aku di hospital..
Tau je la kan kalau duduk kat hospital kerajaan..
Mana ada nak pantang-pantang ni..
Makan pun ikut apa yang diorang masak..
Mandi pun jangan harap nak dapat air panas..
Kalau boleh diorang nak suruh seharian berjalan.. Haha..
(Aku tulis macam ni sebab setiap kali nurse datang check aku, diorang mesti tanya.. "Dah jalan-jalan pergi toilet dah ?" Pelik jugak aku soalan diorang ni..)
So, hari yang ketiga aku start pantang di rumah dan dijaga sepenuhnya oleh Incik Hubby..
Mari kita tengok apa menu aku sepanjang hari.. Hehe..

*Ini menu pertama yang aku makan kat rumah.. Nasi putih dan lauk daging bakar..

*Ini menu hari kedua.. Nasi putih dan ikan bakar..

Menu nasi putih dan ayam bakar aku tak sempat nak snap gambarnya..
Tapi menu sampingan yang memang akan ada hari-hari ialah..

*Ini menu sampingan yang wajib ada.. Sup sayur, lada hitam ditumbuk, ikan bilis, halia dan bawang putih digoreng tanpa minyak..

Memang la selera bila makan untuk hari pertama, kedua dan seterusnya..
Tapi bila dah masuk seminggu..
Rasa nak terkeluar balik semua makanan.. Haha.. Muak beb !!

*Ini je satu-satunya buah yang aku boleh makan..

*Tau apa ni ?? Ini ada la campuran telur ayam kampung, lada hitam, jintan manis, jintan putih, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup halia dan madu asli.. Rasanya tak la sedap mana.. Tapi terpaksa telan jugak..

Aku sempat berurut sekali je dengan Ummi angkat aku yang duk kat Keramat..
Tak boleh nak minta urut lebih-lebih sebab Ummi tak berapa nak larat..
Seharian Ummi uruskan kedai makan kat Setapak.. Tak sampai hati nak susahkan Ummi..
Aku minta tolong Ummi pun sebab susu badan aku tak berapa nak keluar..
Kesian Dhiya asyik kelaparan..
Mujur ada My Honey Dew tolong jadi ibu susuan pada Dhiya untuk beberapa hari..
So, hari-hari Incik Hubby akan ambil bekalan dari rumah My Honey Dew untuk Dhiya..
Dah urut sekali dengan Ummi.. Ummi nasihat suruh makan pucuk pegaga buat ulam..
Lepas tu minum susu hari-hari..
Keesokannya, Alhamdulillah, susu aku dah mula banyak..
Dhiya tak merengek lagi tengah malam tak cukup susu..
Itu bab mengurut dan susu..

Urmm.. Bab berjalan pulak..
Jangan harap la nak jalan laju sikit..
Memang kena jalan perlahan sangat.. Pengantin tu lagi laju jalan dari aku ni..
Asal terjalan laju sikit je..
Incik Hubby pun sound "Aikkk!! Lajunya jalan ??"..
Maka terpaksa la aku slow kan langkah aku..
Last sekali aku malas nak jalan bila Incik Hubby ada depan mata..

Bab mandi pulak..
Memang tak dapat la nak mandi air sejuk dalam cuaca panas macam sekarang ni..
Air yang aku mandi bukan setakat air paip yang dimasak tu je..
Ada campurannya..

*Hehe.. Aku sempat ambik gambar masa Incik Hubby duk letak periuk atas dapur..

Air ni dicampur daun pandan, daun kunyit, daun lengkuas, halba, serai wangi (kalau ada) dan lada hitam..
Memang wangi baunya.. Sepanjang berpantang ni aku tak pernah guna sabun pun..
Dhiya pun mandi guna air ni..
Lepas mandi memang rasa segar je badan..
Ini pun Ummi yang bagitau..

Bab bengkung pulak..
Setiap hari memang kena pakai la benda alah ni..
Ada jugak rasa tak selesa..
Tapi nak jaga badan punya pasal, tahan je la segala rasa tu..
Separuh orang pakai bengkung dengan krim yang dijual di pasaran..
Senang, tak payah nak fikir apa..
Sapu kat tempat yang sepatutnya, lepas tu balut.. Tak payah nak susah-susah..
Tapi untuk aku.. Atas nasihat Ummi jugak..
Maka Incik Hubby sanggup bersusah payah mencari bahannya..
Nasib baik tak susah mana nak mencari..

*Ini semua orang pun tau.. Kapur sireh..

*Ini namanya daun kapal terbang.. Aku pun tak tau apa kaitan daun ni dengan kapal terbang..

Bab bertungku pulak..
Sehari dua kali aku bertungku..
Incik Hubby yang akan tungku aku satu badan..
Kadang-kadang menjerit aku bila batu panas tu kena kat kulit..
Pergghhh !! Kalau tak kena gaya ni, memang boleh report kena dera ni.. Haha..
Marah Incik Hubby.. Dia cakap.. "Memang la panas, nak kasi lembut urat tu!"..
Aku pun balas balik.. "Ini bukan nak kasi lembut urat, ini nak kasi lecur satu badan!"..
Hehe.. Dia pun try letak kat badan dia, nampak muka dia berkerut sambil cakap..
"Eh ! Iye la, panas jugak !" Ouh.. Tau pulak dia panas ya..

Alhamdulillah.. Bertuah sungguh aku dapat suami macam Incik Hubby ni..
Semua kerja rumah dia yang buat..
Dari bab masak, mengemas, basuh baju, basuh pinggan..
Boleh kata semua kerja yang sebelum ni aku yang buat..
Dia yang take over.. Kadang-kadang kesian jugak aku tengok dia..
Tapi nak buat macam mana.. Dia yang berkeras nak buat semua tu..
Dia pun sangat menghargai aku yang telah melahirkan zuriat untuk dia..
Maka sebagai balasan, dia cuba menjaga aku sebaiknya sewaktu dalam pantang ni..
Tak ramai suami yang sanggup buat semua ni..
Jadi buat isteri-isteri yang suami anda sama seperti Incik Hubby saya..
Hargai la kebaikan dan pengorbanan suami anda..
Tak semua isteri beruntung mendapat suami seperti ini..

"...Jazakallah Khairan Kathira Incik Hubby !!..."

**Tak semua isteri tau menghargai pengorbanan seorang suami.. Jasa yang besar boleh lenyap dalam hati seorang isteri bila sahaja amarah menguasai diri.. Moga kita bukan la antara isteri yang tidak tau mengenang budi.. InsyaAllah..**

-AkU-
Syurga Addin..
15:37 petang..

Read more…

Monday, January 16, 2012

~Selamat Pengantin Baru Sara..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni dah masuk hari yang ke 14 aku bersama si kecik Dhiya..
Hehe.. Pengalaman pertama jaga baby sewaktu dalam pantang..
Kekok jugak la rasanya masa mula-mula..
Tapi lepas tu dah ok..
Ouh.. Aku bukan nak cerita pasal tu..
Aku nak cerita tentang pembinaan masjid baru..
Bukan bangunan masjid tempat orang bersolat tu..
Tapi ini perumpamaan..
Ini kisah tentang best friend aku yang baru saja mendirikan rumahtangga..
Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti..
Allah telah kurniakan jodoh untuk dia..
Walaupun aku tak dapat hadir di majlis pernikahan dia semalam..
Tapi aku titipkan salam, ucapan serta doa untuknya..
Siapa dia ??
Namanya Sarah Adnan..

*Ini la Sara.. Gambar ni diambil 2 tahun yang lalu sewaktu kami sama-sama menghadiri jemputan rumah terbuka adik kepada boss kami..



*Ini la Sara dan suaminya.. Teman semasa bekerja di ARG Global dulu..

Upacara akad nikah di buat di Masjid Saidina Hamzah pada 15 Januari 2012 pukuul 9.00 pagi..
Dan kemudian kenduri dibuat di rumah Sara..
Dulu, ingat lagi..
Aku selalu cakap dengan Sara..
Bila Sara kawin jangan lupa jemput aku..
Sebab aku pun nak raikan hari bahagia Sara dengan suaminya..
Tapi nak buat macam mana.. Aku masih dalam pantang..
Takkan la Sara nak tangguh majlisnya semata-mata kerana aku..
Tak apa la.. InsyaAllah nanti kami akan berjumpa juga..
Ada lagi gambar Sara..

*Wajah Sara.. Debar menanti bergelar isteri..

*Wajah Sara.. Sesudah ijab dan qabul..

*Senyuman bahagia di samping suami dan keluarga tercinta..

Untuk Sara..
Tahniah kerana telah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hati..
Semoga jodoh ini kekal hingga hujung nyawa..
Jadi la isteri yang solehah dan taat kepada suami..
Moga dikurniakan zuriat secepat yang mungkin..


*Lambaian Pengantin Baru..


**Ada hati yang terluka sewaktu dua hati disatukan bersama.. Biar la.. Redha la.. Dia tidak tercipta untukmu.. Pasti ada yang lebih baik menantimu.. Percayalah janji PENCIPTA.. Kita merancang tapi DIA Maha Merancang.. Bahagia untukmu pasti ada.. Cuma masanya belum tiba saja.. Sabar la..**

-AkU-
Syurga Addin..
23:07 malam..

Read more…

~Lahirnya.. Aisy Dhiya Sufia..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Rutin harian hidup aku dah berubah sejak kehadiran Si Comel ni..
Kalau sebelum ni aku boleh bermalas-malas di atas katil sementara menunggu Imad bangun tidur..
Tapi kini tidur aku tak pernah cukup lena bila suara Si Kecik ini menjengah pendengaranku setiap ketika..
Merenung wajahnya dalam lena mengingatkan aku saat Imad kecil dahulu..
Wajah mereka ada irasnya sementelah mereka adalah adik-beradik..
Ini la harta milik aku yang tak ternilai kurniaan Allah swt..
Doa anak-anak ini la bekalan untuk aku selepas terputusnya jalinan aku dengan dunia ini nanti.. InsyaAllah..
Moga dengan izinNYA, dapat aku didik anak-anak ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..

*Gambar Imad sewaktu usia 2 bulan lebih dan masih dirawat di hospital, dan gambar Si Kecik hari pertama dilahirkan..Ada iraskan mereka ?? Hehe..

Siapa Nama Baby Baru ??

Hari pertama baby keluar, ramai yang tanya namanya..
Tapi disebabkan belum ada perbincangan antara aku dan Incik Hubby..
Maka tak dapat diputuskan lagi namanya..
Namun setelah beberapa hari dilahirkan, kami telah sepakat untuk memberikan nama..
Aisy Dhiya Sufia binti Mohamad Azhan..
Kenapa nama ni ?
Urmm.. Swaktu mengandung dulu..
Aku seringkali mencari nama-nama yang indah untuk baby ni..
Incik Hubby mahukan nama yang bermula dengan huruf  'A'..
Maka setelah diselidik dan dibincangkan maka Aisy menjadi pilihan..
Untuk nama Sufia pula..
Betul.. Ia seakan nama aku Sofie..
Bila aku lihat nama Sufia ini punya makna yang baik..
Maka nama ini kupilih bagi melengkapkan nama baby..
Hmm.. Dhiya.. Maknanya Sinaran..
Kenapa Dhiya..
Ramai yang sangka aku pilih nama ini kerana terikut-ikutkan drama Tentang Dhia di TV3..
Tidak.. Salah sama sekali..
Nama ini aku idamkan sudah bertahun lamanya..
Sewaktu sebelum aku mengandungkan Imad lagi..
Nama ini jadi pilihan tatkala aku membaca sebuah novel bertajuk Cemburu Seorang Perempuan..
Watak Dhiya dalam novel itu sangat terkesan dihatiku..
Dengan watak itu juga la aku belajar menjadi seorang wanita dan isteri sesempurna mungkin..
Siapa yang pernah membacanya, pasti akan tahu apa yang aku maksudkan..
Aku sentiasa berdoa moga anak ini bakal memberi sinaran baru buat kehidupan aku dan keluarga kami..
Moga kehadirannya menghapuskan kisah-kisah duku yang telah berlalu.. InsyaAllah..
Disini aku kongsikan beberapa gambar comel Dhiya buat tatapan pembaca kalam Syurga Addin..

*Dhiya yang membuatkan tidur aku tak lena..

*Macam-macam aksi Dhiya sewaktu tidur..

Waktu ini Dhiya masih lagi lena disebelahku..
Dan aku.. tetap cuba merakamkan wajah Dhiya dalam apa jua keadaan..
Aku bahagia kini..
Moga bahagia ini berkekalan hingga ke akhirnya..

-AkU-
Syurga Addin
00:47 tengah malam..

Read more…

Friday, January 13, 2012

~Friday The 13th Part-22 !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni hari apa ??
Hari ni hari Jumaat..
Berapa haribulan ??
13 haribulan Januari 2012..
So, apa kena dengan hari dan haribulan ni ??
Hari ni adalah Friday The 13th..
Macam citer omputeh tu la..
Hehe..
Sebenarnya nak bagitau..
Hari ni harijadi adik aku yang ke 22..
Ya.. 22 !! Apa ?? dah tua ?? Ya.. Dia memang dah tua..
Kalau tengok muka dia, orang akan ingat dia lagi kakak dari aku..
Sebab.. Dah la badan dia besar dari aku..
Dia lebih tinggi dari aku..
Saiz kaki pun saiz kaki gajah..
Baju aku memang dia tak muat nak pakai..
Tapi baju dia memang muat sangat untuk aku..
Biarpun dari tahun-tahun lepas dia cuba menyaingi saiz badan aku..
Tapi tetap tak dapat.. Sebab ?? Dia kaki melantak !! Pelahap dan sewaktu dengannya..
Kahkahkah !!
Sepatutnya hari jadi orang, aku wish la kan ??!!
Tapi tak kisah la..
Ini blog aku.. Suka hati aku la kan !!
Nak tengok muka dia ??

*Ini la dia.. aikkss !! Ouh.. ini masa dia kecik lagi.. Memang la nampak cute je..

*Haaaa.. Ini la minah gigilasi itu.. Kahkah !! Ini muka yang paling cantik dia buleh buat.. Haha.. Tengok !! Mesti ada makanan yang berdekatan dengan dia !!

Oppsss !! Ini sepatutnya entry untuk hari jadi minah ni..
Tapi aku tak nak tulis panjang-panjang..
Malas nak pikir..
Lagipun anak Jepun aku duk memanggil je kat sebelah ni..

**Wai.. Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-22.. Dah cukup besar untuk fikir yang mana baik dan buruk.. Yang mana halal dan haram.. Yang mana bersih dan kotor.. Dalam hidup kita kena bijak memilih.. Namun sesekali bila kita tersalah pilih, bukan bermakna kita gagal dalam menentukan pilihan yang terbaik.. Tapi itu sekadar satu pengajaran buat kita.. Kita belajar dari kesilapan yang lalu.. Pengalaman mematangkan kita dalam menentukan perjalanan hidup kita ini.. Maka, jadilah seorang manusia yang bertanggungjawab terhadap segala perlakuan kita.. Semoga di tahun baru ini memberikan seribu satu makna hidup buat kau.. Segala kehidupan yang telah lalu jadikan pengajaran dan pedoman untuk menjadikan kau lebih memahami hakikat kehidupan ini.. Salam sayang.. Kakak Chantek !! Haha..**

-AkU-
Syurga Addin..
22:07 malam..

Read more…

Tuesday, January 10, 2012

~Cinta Baru Saya !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Fuhhh !! Lama dah tak update blog ni..
Memang tak ada masa.. Ya ! Aku perasan sibuk !! Hehe..
Banyak entry yang terbengkalai..
Ok.. Lupakan pasal entry yang lain..
Sebab entry ni yang patut keluar sebelum entry yang lain tu..
Baca tak tajuk kat atas tu ??
Betul la.. Aku sudah ada cinta baru..
Siapa ??????
Ni gambar dia..

*Ini anak Jepun !! Haittt !! Hehe..

Ini la cinta baru saya.. Comel tak ??
Ini ahli baru keluarga kami..
Dilahirkan pada 02 January 2012.. Pada pukul 22:49 malam.. Di Hospital Kuala Lumpur..
Berat baby ni 2.90 kg.. Masa scan 3.05 kg.. Bila keluar, kecik sikit rupanya..

Pengalaman saat bersalin..

Masa tu hari Selasa 02 January 2012..
Aku seperti biasa duduk kat rumah dengan Imad..
Petang tu lebih kurang pukul 6.45 petang..
Tengah duk bersms dengan Incik Hubby yang duk kat rumah My Honey Dew..
Aku rasa ada cecair yang keluar..
Mula-mula aku buat tak peduli, sebab itu memang kebiasaan dalam tempoh mengandung ni..
Tapi entah kenapa hati rasa tak sedap..
Aku pun ambik kain dan sapu sikit..
Bila tengok je macam darah, aku dah rasa tak sedap..
Aku pun terus call Incik Hubby bagitau ada darah keluar..
Incik Hubby suruh aku bersiap nak pergi hospital..
Aku pun pergilah mandi ala kadar (sempat lagi mandi ??!!)
Siapkan Imad dan barang-barang yang nak dibawa ke hospital..
Aku sms Incik Hubby suruh tunggu kat rumah sana..
Aku yang akan drive kereta dan ambik dia kat rumah sana..
Huhu.. Dasat tak ?? Nak bersalin pun boleh bawa kereta lagi..
Dah masuk barang semua dalam kereta, masa tu lebih kurang pukul 7.30 malam..
Aku pun drive untuk pergi ambik Incik Hubby..
Sampai kat rumah sana, aku turunkan Imad dan barang-barang Imad..
Incik Hubby suruh aku masuk jumpa My Honey Dew dulu..
Uishh !! Sempat lagi dalam kesakitan tu aku tinggalkan amanah untuk My Honey Dew tolong jaga Imad.. Hehe..
Dah salam lebih kurang, kami pun bertolak ke hospital..
Aku tak rasa sakit apa pun masa tu..
Sampai kat Wad Bersalin, aku pun ke kaunter pendaftaran..
Kena interview dulu dengan nurse..
Dah tanya lebih kurang dalam 15 minit, aku kena jumpa doktor pulak..
Aku diinterview lagi oleh doktor India..
Dekat setengah jam jugak aku menjawab soalan..
Aku dah mula rasa contraction kecil..
Waktu doktor tu nak check "jalan".. katanya dah buka 5 cm..
So, nurse suruh aku tukar baju hospital, sebab nak bawa pergi lab terus..
Lepas tukar baju, aku pun baring kat atas katil..
Agak lama jugak aku kat situ hingga aku rasa contraction 5 minit sekali..
Lebih kurang setengah jam, baru nurse tu tolak aku untuk naik kat lab di tingkat 1..
Aku jeling jam, masa tu dah pukul 9.30..
Sampai kat lab bilik 5, ada doktor lain pulak interview aku..
Jenuh nak menjawab, asyik kena interview saja.. 
Tapi kali ni aku baring sambil jawab soalan.. Hehe.. Cool !!
Sekali lagi doktor ni nak check "jalan"..
Sedap dia je nak masuk jari, lepas tu tak puas hati dia suruh nurse pulak yang check..
Lepas nurse check, doktor tu check lagi..
Tiba-tiba aku rasa sesuatu dah berlaku..
Waktu doktor tu nak check jalan, tanpa sengaja air ketuban aku pecah..
Doktor tu senyum je sambil cakap.. "Alamak ! I rasa dah pecah ni.." Aku senyum je la.. Nak kata apa lagi ye tak ??
Dah rasa habis basah tempat baring aku tu..
Lepas je pada tu, contraction semakin kerap, sampai rasanya punggung aku nak tercabut dari pinggang..
Tapi masih lagi menjawab soalan doktor tu sambil nurse cuba-cuba mencari heart beat anak aku..
Mungkin sebab nurse tu nampak muka aku berkerut, dia pun tanya..
"Ada rasa nak buang air besar tak ?".. Aku angguk je la sambil jawab.. "Dari tadi lagi.."..
Yang tinggal dalam bilik tu masa tu aku dengan nurse je..
Kejap tu Incik Hubby pun masuk dalam bilik tu..
Dia terus menuju ke arah kepala aku..
Nurse tu cakap, "Bila rasa contraction lagi, terus je push.. Saya tunggu kat sini.."
Aku dah ready macam ayam nak kena panggang.. Haha..
Bila rasa je contraction, jenuh aku push, tapi tak rasa apa pun yang keluar..
Nurse tu sound aku lagi..
"Push kuat-kuat ! Lepas tu ambik nafas sekejap, jangan lama sangat, then push lagi.."
Aku cuba buat apa yang nurse tu cakap, tapi tak boleh nak ambik nafas sekejap..
Incik Hubby duk gosok-gosok kepala aku..
Incik Hubby bisik kat telinga aku.. "Abang tengok Sayang ni macam tak sakit je ?"
Aku sempat gelak kecil.. Tak tau nak cakap macam mana dah..
Bila rasa contraction, aku push lagi kuat, then aku stop ambik nafas..
Nurse tu tiba-tiba menjerit..
"Ibu, jangan ambik nafas lama sangat ! Push cepat, kepala anak nak keluar dah tu.. Tak percaya tanya ayah !"
Incik Hubby kat sebelah bisik kat telinga aku..
"Ya Sayang, kepala anak kita dah separuh keluar tu, push kuat sikit ya Sayang.. Sabar ya Sayang"
Aku pun dengan sekuat tenaga dan kalimah Bismillahirrahmanirrahim push lagi..
Rasa ada benda keluar dari tempat tu.. Lepas tu aku rest kejap..
Then nurse tu suruh push sikit lagi nak keluarkan badan anak..
Bila semua dah keluar aku rasa lega yang teramat sangat..
Berkali-kali aku sebut Allahuakbar..
Aku nampak anak aku dengan tali pusat yang panjang kat hujung kaki aku..
Alhamdulillah, bunga cinta aku dan Incik Hubby telah selamat lahir kedunia..
Lepas tu aku dah tak peduli apa nurse tu nak buat..
Dia cucuk kat peha aku untuk keluarkan uri..
Lepas uri keluar, aku dibiarkan keseorangan sekejap..
Incik Hubby pun disuruh keluar dulu dalam tempoh masa 2 jam..
Aku tanya nurse tu, kena jahit ke sebab bersalin kali ni tak gunting pun..
Nurse tu jawab, ada sikit luka.. Aku tanya ada bius tak ?
Nurse tu kata ada, tapi yang sikit ni tak boleh bius.. Aku dah mula risau..
Sepanjang waktu nurse tu duk menjahit, entah berapa kali aku menjerit.. Tapi jerit slow la..
Kalau jerit kuat-kuat, hilang cun pulak ! Hehe..
Terseksa sungguh dijahit hidup-hidup macam tu.. Korang boleh bayangkan tak ?? Huhu..
Lepas habis sesi kelas menjahit, nurse tu nak keluarkan sisa-sisa darah pulak..
Memang rasa macam ayam nak kena panggang dah aku ni..
Tinggal lagi tak letak dalam oven je.. Haha..
Lebih kurang satu jam nurse tu duk "make up"kan aku..
Dah settle semua, memang rasa lega sangat..
15 minit lepas tu, baby pun diberi kepada aku untuk diberi susu badan..
Alaa... kecik comel je baby ni.. Ini pengalaman pertama aku walaupun ini anak yang kedua..
Sebab masa Imad hari tu, aku tak dapat tengok pun muka Imad lepas bersalin..
Dan seterusnya aku ditolak untuk masuk wad..
Malam pertama aku dapat tidur dengan baby yang baru aku lahirkan..
Memang tak lena tidur aku, sebab asal nak lena je, terbayang waktu nak bersalin tadi..
Pengalaman yang sangat berharga..
Sorry la entry ni panjang sikit.. Itu pun aku tak cerita secara detail lagi..
Hari ni dah hari yang ke-8 aku bersalin..
So far tak ada masalah.. Cuma susu aku je kurang..
InsyaAllah, akan bertambah sikit masa lagi..
Aku berpantang kat KL je..
So, kalau ada sesiapa nak datang melawat, silakan la..
Lain entry nanti aku update gambar-gambar baby kecik ni..
Nama baby ?? Mana bleh bagitau, rahsia !! Haha..
Nanti aku buat entry lain la..
So, cukup takat ni je.. Si kecik ni dah merengek nak  menyusu..
Anak didahulukan.. Keluarga diutamakan.. Hehe..

**Semoga kehadiran anak kecik ni akan memberi lebih kebahagiaan buat aku dan keluarga.. Moga dapat aku tempuh segala ujian dan dugaan yang mendatang.. Amin..**

-AkU-
Syurga Addin..
16:07 petang..

Read more…