Monday, February 27, 2012

~Satu hari yang panjang..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Ini cerita hari Ahad minggu lepas..
Bukan cerita semalam..
Dah seminggu berlalu..
Tapi aku tak sempat nak masuk dalam entry baru di blog..
Sebab aku perasan sibuk.. Hehe..

Hari Ahad yang lepas..
Lebih kurang pukul 1.30 petang..
Aku, Incik Hubby, Imad, Dhiya, Darwisy dan Balqis pergi hantar anak sulung Danish ke station bus Jalan Duta..
Danish nak balik ke asrama di Gopeng, Perak..
Sementara Incik Hubby dan Darwisy tolong Danish untuk naik bas..
Aku, Imad, Dhiya dan Balqis menanti dalam kereta..
Mula-mula tu Imad tidur je..
Lepas tu agaknya sebab kereta dah tak bergerak maka Imad pun terjaga..
Tapi macam bad mood je..
Aku dan Balqis cuba ceriakan Imad, tapi tak ada respon..
Aku suruh Balqis baringkan Imad balik..
Lebih kurang 10 minit, aku tengok kaki Imad mula bergerak-gerak macam nak kena sawan..
Aku call Incik Hubby..
Tapi lepas 5 minit dah berhenti..
Tapi Imad masih tak ceria..
Lepas dah settle hal Danish..
Kami semua ke kedai makan Ummi angkat aku di Sri Rampai, Setapak..
Incik Hubby dan anak-anak makan di luar..
Aku dan Dhiya makan dalam bilik di kedai bersama-sama seorang anak Ummi, Kak Ma..
Baru makan lebih kurang 5 suap, Incik Hubby masuk bawa Imad..
Imad diserang sawan..
Menyusul di belakang Incik Hubby, anak-anak, Abe Di dan Kak Chik ~ anak Ummi..
Incik Hubby mulakan prosedur biasa..
Tekapkan tuala basah ke seluruh tubuh Imad..
Aku cuba urut-urut seluruh badan Imad..
Ubat Imad aku lupa nak bawa..
Lepas 15 minit dah sembuh jugak, aku ajak Incik Hubby balik rumah..
Sebab ubat ada kat rumah..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit..
Dalam kereta sawan Imad berhenti sekejap, tapi mula balik lepas berehat 2, 3 minit..
Sampai kat rumah, Incik Hubby terus lari masuk rumah ambil ubat..
Aku masukkan Diazepam tu dalam kereta kat depan rumah..
Lepas tu baru angkat Imad masuk rumah..
Lama juga nak tunggu sawan Imad berhenti..
Tarik-tarik kat tangan dan kaki Imad dah berhenti..
Tapi mata Imad masih tak normal..
Lepas 10 minit, sawan Imad mula kembali..
Aku ajak Incik Hubby terus ke HKL..
Aku kata dah tak ada cara lain lagi..
Kami pun terus bergegas ke HKL..
Sampai kat ER, dua doktor dan 3 nurse dah kerumun Imad..
Aku duduk kat tepi sambil dukung Dhiya..
Doktor masuk lagi Diazepam kat dalam punggung Imad..
Lepas tu ambik darah dan suntik ubat apa entah kat tangan Imad..
Dah 20 minit berlalu, tapi sawan Imad masih ada..
Aku dah terkaku kat tepi katil tu..
Nurse suruh aku dan anak-anak lain tunggu kat luar..
Sebab tak elok budak-budak ada kat dalam ER tu..
So, aku pun dalam paksa tanpa rela berjalan keluar..
Selang 10 minit, nurse serahkan aku surat untuk kemasukan wad..
Aku cakap kat nurse, aku nak bawa Imad balik rumah..
Pasal tak ada orang nak tengokkan Imad kat wad..
Takkan la diorang nak bagi aku jaga Imad sekali dengan Dhiya..
Nurse tu senyum sumbing sambil masuk balik dalam ER..
Aku terus ke parking kereta untuk menyusu Dhiya..
15 minit lepas tu Incik Hubby call aku..
Dia cakap doktor pakar suruh Imad masuk wad jugak..
Aku suruh Incik Hubby tunggu aku kat ER..
Lepas bincang dengan Incik Hubby, aku masuk dalam ER..
Dhiya aku tinggalkan dengan Incik Hubby..
Masa aku tunggu Imad kat situ, doktor pun datang jumpa aku..
"So, you dah decide ke ?" tanya doktor Singh tu..
"It's ok, I'll take care of my son at my house," aku jawab..
Doktor tu senyum sambil angguk-angguk, then dia pun pergi..
Lepas tu sorang doktor Melayu pulak datang..
"Ibu nak bawa anak balik ya ?" dia tanya aku..
"Iya doktor, saya dah biasa situasi macam ni.. Lagipun siapa nak jaga anak saya kat wad. Saya ada anak kecik lagi," aku jawab..
Doktor tu angguk-angguk je, then dia cakap..
"Tak apa kalau macam tu.. Nanti sign satu surat, untuk discharge anak at your own risk.. Lepas tu kita hantar ke wad pemerhatian.. Bila anak dah sedar dan normal, baru boleh balik ya Ibu," doktor tu pun terus blah..
Aku pun keluar untuk inform kat Incik Hubby..

*Masa ni Imad kat ER lagi.. separuh sedar..

*Sebelum nak bawa ke wad separa kritikal..

Kitorang pun dibawa oleh nurse untuk ke wad separa kritikal..
Ada dua pesakit je kat situ..
Berkampung la kami satu family kat situ..
Masa tu pukul 5.30 petang..
Tak tau pukul berapa Imad nak sedarkan diri..
Menjelang pukul 7.30 petang, Dhiya dah mula merengek-rengek..
Aku terpaksa dukung Dhiya nak bagi diam..
Bertukar-tukar dengan Incik Hubby..

*Sempat lagi berposing budak ni.. Hehe..

*Dhiya pun sempat jugak landing atas katil Imad..

*Ini pemandangan biasa bagi aku bila Imad ke ER..

Jenuh kitorang buat macam-macam nak bagi Imad sedar..
Bila dah buka mata, Imad pulak mula merengek..
Sampai pukul 9 malam, baru Imad dah ok sikit..
Agaknya doktor pun kesian kat Dhiya yang dah mula tak selesa dari tadi..
Doktor pun suruh sign surat untuk balik.. Lega..
Sampai rumah dalam 9.30 malam..
Hantar anak-anak kat rumah My Honey Dew..
Selesaikan hal Imad dan Dhiya..
Aku dengan Incik Hubby pun duduk melepaskan lelah kat ruang tamu..
Incik Hubby kata tak payah masak, beli makanan kat luar je..
Sebab dia pun tahu aku penat sangat..
Tak selera nak makan nasi, Incik Hubby beli burger oblong untuk makan malam..
Boleh la tahan, walaupun tak sesedap burger McD.. hehe..
Ingatkan lepas masuk macam-macam ubat, Imad akan tidur lena hingga pagi..
Tapi rupa-rupanya, Imad dah jadi "pening"..
Sepanjang malam hingga ke pagi aku dan Incik Hubby tak tidur..
Sebab Imad asyik bertepuk tangan dan ketawa sorang-sorang dalam bilik dia..
Mungkin disebabkan kepenatan, naik jugak tangan aku kat Imad..
Tapi yang hairannya, Imad tak menangis, sebaliknya dia ketawa..
Aku pulak naik risau dengan perangai Imad..
Takkan la ubat tu buat anak aku jadi tak betul ???
Esoknya aku call kakak aku, doktor..
Aku ceritakan tentang Imad sepenuhnya..
Kakak aku gelak-gelak je.. Dia kata jangan risau..
Mau tak risau !! anak aku berperangai pelik macam tu..
Sebelum ni pernah jugak masuk ER, tapi tak la sampai jadi macam ni..
Kakak aku cakap, itu kesan ubat (dadah) yang diberi..
"Pernah dengar tak, orang ambik dadah tak tidur sampai berapa hari ?" Dia tanya aku..
Aku jawab la pernah..
"Macam tu la Imad.. Itu kesan ubat.. Nanti ok la tu dalam 1, 2 hari ni.." Itu jawapan dia..
Aku pun bagitau kat Incik Hubby benda yang sama.
Betul la, lepas 2 hari baru Imad normal semula..
Lepas pada tu, ubat Imad aku "spare"kan dalam beg dan dalam kereta.. in case emergency..

**Incik Hubby tanya kenapa tak bagi dia jaga Imad dalam wad.. Aku tanya dia balik.. Berapa kali dia tunggu Imad dalam wad sepanjang usia Imad ? Dia cakap sekali, itupun tak sampai 24 jam.. Urmm.. aku je yang tahu perangai dan peel Imad.. Imad sawan tengah malam waktu tidur pun hanya aku yang sedar.. Setiap bunyi nafas Imad sewaktu sawan atau tak, aku jugak yang tahu.. Itu la keistimewaan seorang Ibu yang tiada pada seorang Ayah.. Sebab tu aku tak bagi dia bawa Imad kemana-mana tempat yang jauh tanpa ada aku bersama, kecuali aku memang tak boleh pergi.. Dan Incik Hubby pun mengangguk faham..**

-AkU-
Syurga Addin..
17:17 petang..

Read more…

Thursday, February 16, 2012

~Satu hari di tahun yang baru..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"...Hidup bukan untuk hidup,
Tapi hidup untuk Allah..
Hidup bukan untuk mati,
Tapi mati untuk hidup..."

Again.. 17 February tells a new story of me..
Can you imagine that our days are numbered, by counting some more.. hehe..

~Hari Jumaat yang damai~

Syukur Alhamdulillah..
Sekali lagi aku dipertemukan dengan tarikh ini..
Setahun sekali tibanya..
Menandakan betapa pertambahan umur telah pun berlaku lagi..
Bertambahnya umur bermaksud..
Makin kurangnya kiraan bagi kehidupan..
Bersediakah aku ?
Bersedia andainya usiaku hanya setakat ini..
Tak ada orang yang akan jawab mereka bersedia..
Kerana tiada siapa tahu dosa pahala yang digalas..
Sama juga dengan aku..

Tahun ini cukup 31 usia aku..
Apa yang aku mahukan diusia begini ?
Bukan apa yang aku mahukan patut dipersoal..
Tapi apa yang aku telah perolehi diusia begini..
Hmm..
Aku punya dua ibu bapa untuk menjadi seorang anak..
Aku punya enam kakak untuk menjadi seorang adik..
Aku punya tujuh adik untuk menjadi seorang kakak..
Aku punya seorang suami untuk menjadi seorang isteri..
Aku punya seorang isteri untuk menjadi seorang madu..
Aku punya tujuh anak-anak untuk menjadi seorang ibu..
Dan yang paling penting sekali..
Aku punya DIA untuk menjadi seorang muslimah yang berimpian..
Impian untuk apa ?
Sama seperti semua orang..
Aku impikan untuk ke Syurga AkhiratNYA..
Setiap hari terbayang keindahan di syurgaNYA..
Maka bukan sedikit airmata yang aku titiskan..
Sementelah rasa diri tidak layak untuk ke "sana"..
Setiap ketika aku pohon moga diberi petunjuk dan hidayah..
Dan moga tidak dipalingkan hati aku dari mengadapNYA..

31 tahun..
Mungkin tempoh masa yang panjang untuk kita muhasabah diri..
Mencari makna hidup dan tujuan perjalanan..
Kita sentiasa merancang, namun Allah Maha Merancang..
Ternyata rancanganNYA adalah yang terbaik untuk kita..
Dan kita.. Harus menerima segala ketentuanNYA dengan hati yang redha..
Kerana, hanya DIA yang tahu kesudahan perjalanan hidup kita..

Di usia 31 tahun..

Aku mungkin bukan seorang anak yang terlalu baik..
Mungkin tak mampu untuk membahagiakan kedua ibu bapa..
Namun telah aku cuba sedaya upaya..
Untuk menjadi anak yang solehah..
Agar dapat mendoakan ibu dan bapaku ke Syurga Akhirat..
InsyaAllah..

Aku mungkin bukan seorang adik yang terlalu baik..
Tak mampu mendengar semua kata nasihat kakak-kakakku..
Namun aku cuba menjadi adik yang disayangi..
Agar silaturrahim antara kami tetap terjalin tanpa hasad dengki..
Dan kasih sayang kami tetap bersatu selamanya..
InsyaAllah..

Aku mungkin bukan kakak yang terlalu baik..
Tak mampu menjaga adik-adik untuk patuh pada perintahNYA..
Namun aku cuba menjadi kakak yang bertanggungjawab..
Menegur seandainya mereka tersalah langkah..
Biar mereka sedar sebelum terlewat..
InsyaAllah..

Aku mungkin bukan seorang isteri yang terlalu baik..
Tak mampu menjadi sehebat Siti Khadijah mahupun Siti Aishah..
Namun aku cuba menjadi isteri yang taat..
Menyenangkan hati suami..
Menjadi sesiapa pun pada suami dalam apa jua keadaan..
Agar aku sentiasa dihati suami walau dimana dia berada..
Moga simpulan ijab qabul antara kami kekal hingga ke Syurga Akhirat..
InsyaAllah..

Aku mungkin bukan seorang madu yang terlalu baik..
Tak mampu memberikan keistimewaan kepada seorang isteri..
Namun aku cuba menjadi madu yang disenangi..
Mengalah bila perlu.. Merendah diri dan hati kerana Allah..
Agar antara kami tiada perbalahan dan iri hati..
Moga bahtera yang terbina ini tetap kukuh dan teguh tanpa sengketa..
InsyaAllah..

Aku mungkin bukan seorang ibu yang baik..
Tak mampu mendidik anak-anak sesempurna mungkin..
Namun aku cuba menjadi ibu yang penyayang..
Membahagi kasih sayang yang tiada penghujungnya..
Agar tiada anak yang rasa diri terpinggir dan kekurangan..
Moga mereka membesar menjadi anak yang soleh dan solehah..
InsyaAllah..

Ya, aku mungkin bukan la yang terbaik..
Lantaran aku hanya insan biasa..
Tak pernah lepas dari salah dan dosa..
Moga Nur Ilahi akan tetap bersinar untuk aku..
InsyaAllah..

Terima kasih atas ucapan dan doa yang kalian kirimkan lewat sms, Facebook, e-mail, call dan secara lisan..
Hanya Allah saja yang mampu membalas segala budi baik kalian sepanjang 31 tahun silaturrahim antara kita ini..

**3 permintaan dari aku buat Incik hubby di hari lahir ini.. 1. Solat sunat berjemaah ~ tertunai.. 2. Redha dan restunya sepanjang aku bergelar isteri ~ tertunai.. 3. Biar la rahsia (hehe..).. Incik Hubby bagi yang keempat.. Sesuatu yang sangat istimewa.. Terima kasih Suamiku..**



~:: Shahdattul Olivia Ferranee Imelda Bt Taib, 17 February 1981, Sri Ampang, Selangor, 19:15 senja::~

-AkU-
Syurga Addin..
19:15 senja..

Read more…

Monday, February 13, 2012

~Cinta Antara Kami..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Tahun ni ada la tahun yang ke-8 ijab qabul antara aku dan Incik Hubby..
Bermacam perkara yang telah kami harungi bersama..
Suka duka ikatan perkahwinan..
Tak pernah sekalipun kami terniat di hati untuk mengakhiri ikatan ini biarpun badai yang melanda bukan sekecil anak..
InsyaAllah, Allah masih mengikat kuat hati kami bersama..
Dah harapnya kekal hingga ke hujung nyawa dan bakal bertemu pula di Syurga Akhirat.. Amin..

8 tahun bukan tempoh masa yang sekejap..
Cukup banyak yang aku pelajari sepanjang tempoh itu..
Ibarat putik yang menunggu kembang,,
Begitu la aku..
Cuma, kembang itu belum sepenuhnya lagi..
Jauh lagi perjalanan yang harus aku tempoh untuk mencapai kembang yang tercantik..

Bumi mana yang tidak dilanda hujan..
Pantai mana yang tidak dihempas ombak..
Begitu juga antara aku dan Incik Hubby..
Namun ada caranya untuk kami mengatasinya..

Sewaktu aku masih bekerja dulu..
Memang kami tak punya banyak masa untuk bercakap tentang diri masing-masing..
Masa sangat terhad untuk bercerita..
Sudah la waktu dirumah aku sukar bertemu..
Apatah lagi bila bertukar giliran..
Makanya, untuk mengatasi masalah ni..
Antara kami sentiasa berhubung melalui penulisan..
Tau ke apa tu ?
Hehe.. Kami berkongsi diari, surat dan cebisan nota..
Saat aku pergi kerja di waktu pagi..
Selalunya Incik Hubby belum bangun tidur..
Jadi aku tinggalkan nota dengan kata-kata cinta untuk tatapan dia sewaktu bangun dari tidur..
Begitu juga halnya dengan Incik Hubby..
Kebanyakan masa malamnya di luar..
Maka, sewaktu dia pulang..
Aku telah pun diulit lena..
Dan nota cintanya ditinggalkan untukku..
Pastinya pagi itu aku dalam keadaan bahagia bila menatap nota kata cintanya..
Biarpun dia di depan mata sedang diulit lena..
Perjalanan aku ke tempat kerja juga dihiasi bunga-bungaan mekar..
Saat berjauhan pula..
Kami dihubungkan melalui surat..
Cara lama ?? Hey !!
Tak ada istilah lama atau baru untuk luahkan rasa cinta dan kasih sayang..
bagi aku, itu lebih bermakna berbanding sms dan email..
Kadang-kala, antara kami saling bertukar cerita di dalam diari..
Bermacam cerita yang kami kongsi bersama..
Sementelah sukar bercerita secara berdepan..
Maka diari menjadi tempat untuk kami meluah rasa..
Dan sekarang ini..
Biarpun antara kami sudah kerap berjumpa..
Sebab aku telah pun berhenti kerja..
Dan menjadi House Manager.. Haha..
Namun semua ini tetap kami teruskan..
Sudah banyak nota cinta, surat cinta dan catatan cinta yang masih aku simpan..
Itu la yang menjadi peneman aku sewaktu Incik Hubby jauh dari mata..
Dan aku rasa begitu unik antara kami meluah rasa cinta..

*Sebahagian dari koleksi surat cinta dan nota cinta antara kami..

*Dalam koleksi diari ini kami saling meluah rasa..

*Lagu "Cintamu Mekar Dihati" dari Suami buat Isteri..

*Lagu "Untukmu Selamanya" dari Isteri buat Suami..

**Kedua-dua lagu ini adalah kata hati antara kami..
Dibingkaikan dan terhias di dinding rumah kami..

Bagi aku, lelaki agak sukar menyatakan perasaannya setelah kita menjadi miliknya yang sah..
Maka, ini antara cara yang boleh dipraktikkan..
Cuma, kena rajin la.. Kalau malas.. Urmmm.. Fikir sendiri la ye.. Hehe..
Bermacam cara untuk menghangatkan kembali rasa cinta antara suami dan isteri..
Terpulang kepada diri masing-masing..
Jangan biarkan rasa cinta itu terus hilang bersama waktu..
Biar ia terus mekar seiring dengan pertambahan usia..

"...SELAMAT BERCINTA WAHAI SUAMI DAN ISTERI..."

p/s : Tak perlu tunggu 14 February pun untuk melahirkan kasih sayang..

**..Wanita sebagai anak kecil; adalah pintu-pintu syurga dan tembok penghalang neraka dari ibu bapanya,
Wanita sebagai isteri; adalah pelengkap kepada agama suaminya,
Wanita sebagai ibu; redha Allah terhadap anak berada pada redhanya,
Andai lelaki mengetahui kedudukan wanita ini, pasti mereka ajan HARGAINYA.
Semua ini dari inti kalam Baginda Nabi Salallahu 'Alaihi Wasallam..**

-AkU-
Syurga Addin..
21:17 malam..

Read more…

Friday, February 10, 2012

~GiveAway dari akmarwati.com~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Tadi duk "jalan-jalan" kat FB..
Tiba-tiba ternampak post pasal GIVEAWAY ni..
Sepanjang aku berblogging ni, tak pernah lagi join mana-mana giveaway..
Tapi tetiba je teringin pulak nak try..
Kut la macam best je.. Hehe..
Sebenarnya tak tau nak buat macam mana..
Tapi cuba je la..
Untung sabut timbul.. Untung batu tenggelam..



*Agak-agak.. ada can tak untuk menang first time nih ?? hehe..*

**"Hadiah Giveaway dari akmarwati.com ditaja oleh akmarwati.com"**


-AkU-
Syurga Addin..
02:07 pagi..

Read more…

Wednesday, February 8, 2012

~Jawapan buat Isteri~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Cuaca mendung..
Tapi tiada tanda-tanda nak hujan..
Biarpun hujan menyembah bumi, tapi bahang mentari tetap terasa di malam hari..
Urmm..
Banyak pertanyaan yang aku selalu tanya kat Incik Hubby tentang kehidupan kami..
Kalau 4 5 tahun yang lepas..
Mungkin aku takkan mudah menerima jawapan yang bersahaja dari Incik Hubby..
Tapi bila usia dah makin meningkat..
Setiap jawapan dari Incik Hubby akan aku perhalusi..
Sebab bukan semua yang tersurat itu muktamad..
Selalunya pasti ada yang tersirat..
Maka, sebagai orang yang mampu berfikir secara waras..
Aku akan menimbang dulu sebelum menghadam setiap jawapan..
Itu lebih bagus kan ?
Daripada bergaduh inginkan jawapan yang kita idamkan..
Kalau macam tu baik kita yang jawab setiap pertanyaan kita.. Hehe..

Hari tu aku tanya Incik Hubby..
Kenapa kita tak ada gambar keluarga kat rumah macam orang lain..
Incik Hubby jawab..
Nak buat apa ? Kalau tak ada gambar pun, kita tetap satu keluarga..
Aku tanya lagi..
Isteri-isteri lain sibuk letak gambar kat handphone suami..
Tak pelik ke bila aku tak letak gambar kat phone dia ?
Incik Hubby jawab..
Kalau letak pun, bukan nak tengok gambar hari-hari..
Aku tanya lagi..
Isteri-isteri lain saja letak gambar dengan anak-anak kat dalam wallet suami..
Aku tak letak gambar aku dan anak-anak tak apa ke ?
Incik Hubby jawab..
Tak payah la.. Wallet tu duduk kat punggung.. Takkan la tempat isteri dan anak-anak kat punggung kut..
Lagi pertanyaan..
Dekat laman sosial, orang suka nak tayang gambar dengan suami..
Aku tak letak, tak rasa apa-apa ke ?
Incik Hubby jawab..
Tak letak pun tak apa, diorang tahu dah kawin..
Kalau dulu, mungkin aku fikir, Incik Hubby dah tak sayang kat aku..
Sebab dia jawab nak tak nak je..
Tapi sekarang, aku dah jadi pemikir..
Aku terus diam sambil berfikir..

Bila aku dah diam..
Incik Hubby pun bersuara..
"Sayang.. Tempat seorang isteri dan anak-anak bukan di dinding rumah, handphone, wallet atau laman sosial..
Tapi dalam hati seorang suami..
Buat apa nak letak gambar kat semua tempat tu..
Bila wajah Sayang dan anak-anak sentiasa ada dalam hati dan fikiran Abang.."

So sweet.. Terharu sangat aku dengar jawapan tu..
Bergenang airmata kat kelopak mata ni..
Terus aku peluk Incik Hubby..
Aku bisik kat telinga dia..
"InsyaAllah, semoga Allah mempertemukan kita kembali di Syurga Akhirat.."
Memang itu harapan dan doa aku usai solat dan setiap masa..
Semoga doa aku dimakbulkan Al-Mutakabbir..
Amin.. Yarabbal 'Alameen..

*Buat isteri-isteri di luar sana.. Fahami la.. Andai tiada gambar anda di tempat-tempat sedemikian.. Percaya la bahawa anda sentiasa di hati suami.. Tak perlu tayang gambar bila keseluruhan tentang diri kita ada dalam hati suami.. Itu lebih baik kerana tentunya suami ikhlas mengingati kita tanpa perlu ada gambar untuk mengingatkan dia akan diri kita..*


**Tidak sulit beristeri dua Sayang... Kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh redha sepertimu.... Isteri, diwajahmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. Kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... selayaknya aku di mana ? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal....**

-AkU-
Syurga Addin..
18:57 petang..

Read more…

Friday, February 3, 2012

~Istimewanya seorang wanita..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sekejap je masa berlalu..
Sedar tak sedar, kita dah melepasi satu bulan di tahun yang baru..
Aisy Dhiya Sufia juga sudah berusia sebulan..
Rasa tak percaya je bila tengok tubuh Dhiya yang semakin membesar..
Tadi bawa Dhiya pergi klinik untuk ambil suntikan..
Kejap je Dhiya nangis, lepas tu bantai membuta.. Haha..
Bebudak lain yang keluar dari bilik suntikan tu duk melalak tak habis-habis..
Tapi Dhiya cool je.. Sebijik macam Imad..

Oke, bukan nak cerita pasal Dhiya..
Tapi nak cerita pasal wanita..
Ini serba sedikit info yang aku baca tentang keistimewaan wanita..
Mesti ramai yang dah tahu..
Tapi tak salah mengingatkan lagi..
Mari membaca dan bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai seorang WANITA..


1.) Wanita bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.. Bagus tak ??



2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. Best tak ??

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, apabila seseorang wanita itu mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah swt mencatatkan baginya  pahala orang yang berjihad pada jalan Allah swt. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ketika ibunya melahirkannya. 

4.) Apabila telah lahir anak, lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap dari satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. Apabila semalaman ibunya tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah swt memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah swt.   

5.) Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah swt, dan orang yang takutkan Allah swt, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. Barangsiapa membawa hadiah ( barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah ) hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. Inilah antara nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.. Dasyat tak ??

Ada lagi.. teruskan membaca..


6.) Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, Baginda SAW menjawab, "Ibu lebih penyayang daripada si ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

7.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung.

8.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

9.) Tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah swt memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10,000 tahun ).

10.) Wanita apabila solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat akan suaminya, maka masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.

11.) Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung-burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan, semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12.) Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

13. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

14.) Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

15.) Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah saw, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah saw, "Ibunya".

16.) Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu dan ayahmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

17.) Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.



**Masih mengeluh lagi wahai wanita ?? Sudah-sudah la.. "Maka nikmat Allah mana yang kamu dustakan ?".. Agaknya sebab ini la ramai jugak lelaki nak jadi wanita kan ?? Hehe..**

-AkU-
Syurga Addin..
23:27 malam..

Read more…