Monday, April 30, 2012

~Novel...~


..PROLOG...

     Seri keseorangan di taman permainan itu, memandang ke hadapan tanpa batasan dan halangan. Taman itu memang biasa dilalui untuk pulang ke rumah selesai bekerja. Selalunya dia terus pulang, tapi entah kenapa hatinya seakan ditarik untuk berlabuh sebentar di situ. Tiada apa yang menarik sebenarnya, namun dicuba juga untuk mencari sebab mengapa hatinya terlalu kuat untuk bertafakur sebentar di tempat itu. Taman itu senyap dan sunyi, tiada orang yang lalu-lalang. Kalau ada pun, boleh dikira. Badannya disandarkan selesa dikerusi itu. Kepalanya didongakkan memandang langit. Langit cerah dihiasi bintang-bintang bertaburan. Namun begitu, bulan masih tidak kelihatan. Kalaulah dia ada kuasa, serasa ingin dipadamkan cahaya bintang dilangit, supaya semua orang tahu dia sedang berduka saat ini. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 9.30 malam, tapi itu tidak menjadi halangan untuk dia terus bersendirian melayan perasaan. Fikirannya masih lagi menayangkan slide kenangan yang telah lama tersimpan kemas diingatannya. Terlalu banyak yang diingatnya. Telah dua tahun ditinggalkan alam persekolahan dan teman-teman lama. Segalanya bagai baru semalam beredar. Masa seakan cepat berputar tanpa disedari. Seri terlalu rindu pada keriuhan semalam, namun dia sedar masa tak mampu diulangi kembali. Seandainya bisa diputar masa lalu, Seri pasti segala kesilapan silam tak akan diulangi lagi. Jika benar begitu, seharusnya sekarang Seri bersama teman-temannya sedang bertungkus-lumus memerah otak bagi persediaan untuk ujian di salah satu Universiti. Seri yakin itu pasti akan berlaku seandainya dia diberi peluang. Perlahan-lahan matanya digenangi mutiara jernih. Kolam itu tak mampu ditampung lagi lalu titik-titik jernih gugur jua membasahi pipinya. Serasa ingin dijerit sekuat hati, biar semua tahu dukanya hati seorang gadis bernama Seri. Biar semua dengar laranya hati kecil Seri. Apakah mereka akan bersimpati padanya? Seri mengeluh, di saat ini tak seorang pun tahu bagaimana dia berperang dengan perasaan sendiri. Bagaimana dia terpaksa berpura-pura gembira untuk menghiburkan hatinya sendiri. Seri keseorangan tanpa teman. Memang Seri lebih senang begitu, tapi disaat-saat seperti ini Seri memerlukan seseorang yang memahami untuk meluahkan segala kebuntuan. Namun siapa yang sudi mendengar keluhan seorang insan sepertinya. Keluarga? Seri tak pernah mengharap ihsan keluarga. Bagi Seri, mereka tak ubah seperti patung hiasan. Hanya untuk dipandang, tidak layak dilantik sebagai teman bicara. Seri akur dengan kesibukkan ahli keluarganya. Justeru itu, Seri tak pernah mengharap perhatian mereka. Teman-teman? Tentunya mereka sibuk dengan tugas harian sebagai seorang pelajar. Siapalah Seri dimata mereka. Seri seperti merajuk dengan teman-temannya. Seingat Seri hanya dia seorang antara teman sekelas yang berkeadaan begini. Tak seorang pun dihubungi termasuk teman rapatnya, Ina. Teringat kepada Ina sekaligus mengingatkannya kepada Putra. Seri tersenyum sendirian. Kasihan pemuda itu. Seri tahu niatnya jujur, Seri yang tak tahu menilai. Tapi apakan daya, hati dan perasaan bukan boleh dipaksa. Mungkin dikala itu Seri masih mentah untuk membezakan kaca dan permata. Seri tak pernah menduga akan pertemuan itu. Ia seperti pertemuan antara dua insan, yang mana masing-masing sememangnya tidak merelai segala yang berlaku. Lantas pertemuan itu dianggap satu kewujudan yang tak pernah diingini. Bukan sekali Seri teringatkan Putra, berkali-kali. Malah pernah dicuba untuk mengutuskan surat tapi, sering ada yang menghalang. Seri teringin untuk bertemu kembali lalu menyatakan ucapan maaf, tapi Seri malu. Lantaran keadaannya sendiri yang masih belum bersedia. Seri redha. Biarlah segalanya dalam ketentuan tuhan. Segalanya terpaksa dilupakan, mata dicipta untuk memandang kehadapan bukan merentas masa yang lepas. Terlalu sempurna ciptaan tuhan. Hanya manusia yang tak tahu menilainya. Seri masih disitu menghitung kenangan lalu..masih keseorangan..itulah SERI.......




**Novel ini aku tulis sewaktu aku berusia 18 tahun.. Dan kini aku masih menyambungnya.. Sepatutnya novel ini dicadangkan menjadi "novel duet", tapi disebabkan rakan duet aku menghilangkan diri, maka jadi la novel solo.. Hehe.. Tajuk aku tak tau nak letak apa.. Kalau ada cadangan, sila kemukakan.. InsyaAllah akan aku pertimbangkan.. Selamat Membaca !!**

-AkU-
Syurga Addin..
02:07 pagi..

Read more…

Monday, April 23, 2012

~Sayang anak tangan-tangankan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Tengah hari tadi aku, Imad dan Dhiya ke majlis perkahwinan salah seorang teman sekolah menengah dulu..
Sebelum tu, kami singgah di rumah teman baik aku, Ina..
Ina yang akan jadi babysitter kepada anak aku.. Hehe..
Mana menang tangan nak control dua orang anak..
Tau je la Imad macam mana keadaannya..
Alhamdulillah, meriah majlisnya..
Semoga mendapat keberkatan.. InsyaAllah..
Waktu nak balik tu..
Aku singgah ke rumah salah seorang teman..
Memandangkan hari dah petang dan Imad sangat mengantuk..
Maka aku tumpangkan Imad tidur di rumahnya..
Imad tidur sangat nyenyak sampai aku sendiri tak sanggup nak kejutkan..
Aku biar je la Imad lena..
Hingga la jam meningkat ke pukul 7.30 malam..
Usai solat maghrib..
Suami teman ni mengajak aku makan malam di gerai yang berdekatan..
Dhiya aku titipkan pada ibu mertua teman tadi..
Harap-harap Dhiya tak buat hal la..
Maka berjalan la aku, teman, suaminya dan dua orang anaknya ke gerai yang dimaksudkan..
Memang tak jauh jaraknya..
Lebih kurang 2 minit berjalan kaki..
Sewaktu kami menanti makanan untuk yang dewasa ini..
Nasi untuk anak-anak sudahpun sampai..
Kemudian baru makanan kami pula..
Anak yang sulung duduk di sebelah aku..
Mereka suami isteri duduk berhadapan dengan aku..
Sedang kami berbual tentang isu semasa, tiba-tiba tak semena-mena anak sulung yang kat sebelah aku tu jatuh bersama-sama kerusinya..
Terkejut aku..
Rupa-rupanya anak itu suka menjungkitkan kerusi..
Ala.. macam yang kebanyakkan dari kita suka buat waktu di sekolah dulu..
Bila tak terimbang berat badan itu..
Apa lagi.. jatuh la kebawah..
Belum sempat aku membantu anak ni untuk bangun..
Mamanya, iaitu teman aku telah sampai disisi anaknya..
Apalagi, mengamuk la mamanya dan sempat tangannya singgah ke tubuh si anak..
Tak cukup dengan itu, mata aku sempat menangkap tindakan mamanya menepuk muka si anak agak kuat hingga orang di dalam kedai itu memandang..
Si anak disuruh balik ke rumah..
Menangis la si anak sambil berjalan pulang..
Keadaan itu membuatkan aku diam tanpa sebarang kata..
Aku tergamam dan terpaku dengan perlakuan teman itu..
Seketika, suami teman itu pulang ke rumah untuk memujuk anak itu kembali untuk menghabiskan baki nasi yang masih tinggal..
Sekembalinya mereka, aku lihat hidung anak tadi berdarah hasil pukulan mamanya..
Lagi la membuatkan aku terkelu..
Aduhhhh... Bukan ini caranya mengajar anak yang nakal..
Bila itu aku suarakan..
Kata mereka, anak-anak mereka lain..
Nakalnya bukan boleh dibuat main..
Namun aku tetap dengan pendirian aku..
Nakal anak-anak bukan la boleh di hilangkan dengan pukulan dan herdikan..
Itu sebenarnya akan membuatkan anak lagi degil dan nakal..
Banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan..
Pendekatan aku berbeza..
Psikologi dan kelembutan juga mampu mengajar si anak..
Betul, boleh dipukul..
Tapi bukan la dalam keadaan marah dan sekuat hati..
Itu mampu mencederakan anak-anak..
Tengok saja apa yang telah berlaku tadi..
Aku yang bukan ibunya pun, sudah terasa sedih..
Apatah lagi dia mama si anak..
Tangannya yang mengalirkan darah pada tubuh si anak..
Mustahil tidak terdetik sedikit rasa menyesal dalam hatinya..
Aku pernah berpesan pada Incik Hubby..
Kalau sebesar mana pun salah anak..
Jangan la pukul anak dalam keadaan marah..
Kerana waktu itu kita tak mampu berfikir secara waras..
Macam-macam boleh berlaku..
Biar la perasaan reda dan tenang..
Baru la ketika itu memikirkan tindakan yang patut untuk anak-anak..
Aku pulang dalam keadaan sedih yang berpanjangan..
Naluri keibuan ini menyentap nurani aku..
Kasihankan si anak..
Marahkan si mama..
Peristiwa tadi masih lagi terbayang-bayang si ruang mata..
Hingga ke saat ini..
Seperti peribahasa ~ Sayang anak tangan-tangankan ~ Ya, tapi bukan la sepenuh hati dan perasaan.. !!

*Anak ini adalah anugerah Allah yang tak ternilai.. Doa anak-anak yang soleh adalah bekalan untuk kita waktu "disana" nanti.. Jaga la.. Pelihara la sebaik mungkin.. Mereka umpama kain putih bersih.. Bukankah tugas kita untuk mencorakkan warna-warni ke dalam dunia mereka ? Maka gunakan la saat kecil ini sebaik mungkin.. Agar corak dan warna-warna keindahan itu tetap kekal dalam diri mereka hingga dewasa..*



**Maaf teman.. Aku kongsikan kisah tadi di ruangan Syurga Addin ini.. Bukan bermaksud memalukan kamu, tapi sekadar untuk menyedarkan yang lain juga..**

-AkU-
Syurga Addin..
00:27 tengah malam..

Read more…

~Menara Cinta~

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamu'alaikum wbt...

Malam tadi tak boleh nak tidur awal..
Dah lama Imad tak sawan..
Tiba-tiba tadi ni pulak sawan..
Dan lepas tu, Imad masih tak nak tidur walau pun dah berjuta kali menguap..
Ibu pun tak akan tidur selagi Imad tak tidur..
Tidur la sayang...... Aduuuhhhhh..

Nak cerita pasal Cerekarama kat TV3 semalam..
Tajuk Menara Cinta lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha..
Jalan cerita yang sedih..
Tapi happy ending..
Apa yang aku nak cerita..
Aku suka sangat watak Fahrin Ahmad..
Watak itu mengingatkan aku pada Incik Hubby..
Apa yang dicakapkan oleh Rizwan pada Sofea..
Lebih kurang apa yang dicakapkan Incik Hubby pada aku..
Ya.. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan..
Pantai mana yang tidak dipukul ombak..
Begitu juga rumahtangga aku..
Bukan sedikit fitnah dan cacian yang aku terima sepanjang 8 tahun kami bersama..
Namun semangat yang Incik Hubby berikan itu la yang menjadi azimat untuk aku terus bertahan..
Alhamdulillah, berkat restu Ilahi kami mampu bertahan hingga sekarang..
Biarpun masih ada terdapat ketidakpuasan hati sesetengah pihak tentang kami..
Itu perkara biasa dalam kehidupan..
Dan aku juga tak mampu lari dari kebiasaan ini..
Kita tak akan mampu menutup mulut orang dari berkata-kata..
Selagi kita masih menghidu udara di muka bumi ini..
Selagi itu la kita harus menerima segala yang telah tersurat buat kita..
InsyaAllah, aku akan terus kuat bersama semangat Incik Hubby dan Imad serta Dhiya..
Doakan aku..




*Sedap pulak dengar lagu ni ('',)..

-AkU-
Syurga Addin..
00:07 Tengah malam..

Read more…

Tuesday, April 17, 2012

~Selamat Hari Jadi MAK !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni 16 April 2012..
Hari Ulang Tahun Yang Baru buat mak aku..
Yang ke berapa ?? Yang ke 60..
Tua ?? Memang la.. Takkan la makin muda..
Aku pun dah 31, mesti la mak aku makin tua..
Masa muda memang mak aku cantik..
Aku tak tipu..

*Ini la mak saye.. yang kecik comot dan hitam tu adalah Kak Long saya.. hikhik !!

Mak aku ada 10 orang anak..
7 perempuan dan tiga lelaki..
Ramaikan ??
1 mak boleh jaga 10 orang anak..
Tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang mak..
Hehe.. ayat untuk diri sendiri jugak..
Tapi untuk anak perempuan..
Kena dulukan suami, baru la mak ayah..
Anak lelaki lain..
Kena dulukan ibu bapa, baru isteri..
Tapi sekarang ni dah terbalik..
Suami akan dulukan isteri dari mak ayah.. Hehe..
Itu perkara biasa..
Oke.. Tak nak cerita pasal tu..
Nak cerita pasal harijadi mak aku..
Aku tak pernah sambut pun hari jadi mak..
Sebab apa ??
Urmm.. Entah, tak pernah diajar kut..
Setiap tahun aku hanya bagi ucapan je..
Dan tak lupa doa agar mak panjang usia dan sihat tubuh badan..
Itu hadiah yang lebih baik aku rasa..
Tahun ni pun sama..
Aku dah ucap kat mak pukul 9 malam tadi..
Kalau Imad pandai bercakap, mesti dia yang tak sabar nak call Tuk Wan..
Tapi urmmm.. Imad lain..
Bila aku letak telefon kat mulut Imad, dia diam je..
Tapi senyum bila dengar suara Tuk Wan dia.. Hehe..
Macam-macam la Imad..
Ouh.. Dah melalut pulak..
Cukup la cerita ni..
Dhiya pun dah sibuk-sibuk nangis ni..
Ucapan aku untuk mak..
Biarpun mak tak baca entry aku ni..
Aku nak buat ucapan jugak..

"...Mak, Selamat Ulang Tahun Yang Ke-60.. Olie doakan agar mak dikurniakan usia yang berpanjangan agar dapat terus beribadat kepada Allah.. Semoga mak bahagia dengan keluarga.. Olie juga harap mak sentiasa sihat tubuh badan dan juga perasaan.. Mak jangan sedih-sedih.. Dah banyak Olie dengar cerita sedih mak.. Kadang-kadang sampai tak tahan rasa hati.. Nak menangis depan mak, Olie takut mak lemah semangat.. Jadi terpaksa pendam.. InsyaAllah mak, Olie janji.. Bila Allah bagi rezeki yang lebih nanti, Olie bagi mak hadiah yang lebih bermakna.. Mak doakan sekali ya ! Semoga Allah sentiasa melindungi mak dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNYA..."

Ini ucapan yang aku simpan sendiri..
Tak terucap kat mak aku..
Biar la..
Ada kesempatan nanti aku bagi mak baca..

**Olie sayang mak sangat-sangat...!!**

-AkU-
Syurga Addin..
23:37 malam..

Read more…

Saturday, April 14, 2012

~Vote For eqbalzack.com Yang Ohsem !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Tengah jalan-jalan usha blog tadi..
Ternampak ada entry contest kat blog Cikema..
Ouuhhh... Contest dari blog eqbalzack.com..
Maka dengan tak berlengah lagi, aku pun menjengah la blog yang empunya diri..
Woooo.. Abang Eq sedang mempersiapkan strategi untuk bertanding bagi Digi WWWOW Awards..
Sila la jeling-jeling Abang Eq yang ohsem itu..
Eh ! Silap ! Bukan jeling Abang Eq, tapi jeling blognya.. Hehe..
Mari la kita beramai-ramai memberikan VOTE untuk eqbalzack.com meraih undian tertinggi !!
Tak susah pun..
Siapa nak tahu, sila click gambar ohsem dibawah ni..

Siapa yang baik hati dengan menge"vote" Abang Eq..
Err.. ada ye perkataan menge"vote" ?
Ahh.. Whatever la kan..
Ouhh.. Siapa yang baik hati itu berpeluang memenangi hadiah BRANDED PHONE..
Huhuuuu.. Dasat giler !!

Ouhh.. Nanti dulu !! Ada lagi.. !
Siapa yang rajin tu, Abang Eq akan bagi BADGE BUTTON yang macam kat bawah ni..

*Menarik kan ???

Maka.. Rajin-rajinkan la tangan anda untuk vote for eqbalzack.com !

-AkU-
Syurga Addin..
01:47 pagi..

Read more…

Monday, April 9, 2012

~Sempurnakah kita ?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Bila kita tak mampu menghormati orang lain..
Maka jangan mengharap orang lain untuk menghormati kita..
Andai kita rasa kita dah cukup bagus untuk melangkah bersendirian tanpa bimbingan sesiapa pun..
Maka kita bukan la berfikir menggunakan akal..
Tetapi sekadar nafsu yang sentiasa menghanyutkan perasaan..
Biar sebijak mana pun kita..
Walau sehebat mana pun kita..
Hatta setinggi mana pun kita..
Kita masih lagi perlu teguran dan nasihat dari orang lain jika langkah kita sumbang..
Jangan terus menjadi orang yang sombong tidak mahu mengaku kesilapan dan terus-terusan dengan perlakuan yang mencabar kesabaran orang lain..
Aku hanya manusia biasa..
Punya rasa marah bila sahaja ada manusia yang masih tega cuba mengusik ketenteraman aku..
Hidup bukan sekadar untuk berhibur..
Tetapi memahami makna sebenar dan tujuan kehidupan kita..
Belajar erti hidup dari orang yang lebih memahami..
Jangan jadi angkuh bila memijak bumi Allah ini..
Usia bukan pengukur matang atau tidak diri kita..
Tetapi cara kita berfikir yang menentukan tahap kedewasaan kita..
Tak rugi merendahkan hati dan keegoan kita demi sebuah kehidupan yang aman damai..
Apa gunanya hasad dengki dan busuk hati..
Nescaya tak akan ada makna kebahagiaan dalam hati kita..
Kita seringkali cuba mencari keburukan dan kesalahan orang lain..
Pernah ke kita cuba berdiri depan cermin dan bertanya..
Baik ke aku ni ?
Ikhlas ke aku ni ?
Jujur ke aku ni ?
Redha ke aku ni ?
Sempurna ke aku ni ?
Itu yang harus ditanya pada diri..
Bukan terus menuding jari pada orang lain bila kehidupan kita tak sempurna..
Muhasabah diri sendiri..
Bersihkan hati dan jiwa..
Kebahagiaan hidup itu sebenarnya datang dari dalam diri kita sendiri..
Kalau diri sendiri lebih banyak sifat negatif..
Mana mungkin kebahagiaan itu akan menjelma..
Ini nasihat untuk diri aku sendiri juga..
Kadang-kala kita juga mudah lupa bila kita di puncak..
Tapi jangan biarkan ianya berterusan..
Kelak, kita sendiri yang akan merana..



**Membenci itu mudah.. Semudah mengeja BENCI.. Memaafkan itu sukar.. Namun manisnya MAAF tak dapat ditandingi dengan BENCI.. Ajar la hati menjadi pemaaf.. Kerana kita tak tahu salah dan silap kita pada orang lain.. Andai mereka juga seperti kita ? Apakah tenang kehidupan kita ?..**

***Belajar la berterima kasih.. Kerana ucapan itu bukan saja penyejuk jiwa, tetapi menunjukkan keluhuran hati kita menerima pemberian orang.. Orang berbudi, kita berbahasa.. Jangan jadi orang yang tak reti bahasa..***

-AkU-
Syurga Addin..
12:27 tengah hari..

Read more…

Wednesday, April 4, 2012

~Dhiya - 3 Bulan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Dhiya dah masuk 3 bulan usianya..
Macam tak percaya je aku ada anak kecik..
Rasa macam pengalaman pertama.. Hehe..
Ya la.. Ini la kali pertama aku dapat mengalami pembesaran anak secara normal..
Masa Imad.. Waktu ini Imad masih lagi dalam incubator..
Dan aku, tengah merangka surat untuk berhenti kerja.. Hehe..
Aku tak pernah menyesal berhenti kerja..
Rasa berbaloi sebab boleh jaga Imad yang sangat istimewa ini dengan tangan sendiri..
Tak mengharapkan orang lain..
Oke.. Aku bukan nak cerita pasal Imad..
Tapi pasal Dhiya yang dah pandai buat macam-macam sekarang ni..
Ohhh.. Lupa pulak..
Hari Jumaat yang lepas..
Aku bawa Dhiya pergi berkhatan dengan bidan yang datang dari Kelantan..
Aku panggil bidan ni Mok Su Pah..
Actually, dengan Mok Su Pah ni juga aku berurut masa pregnant Dhiya..
Lima bulan pregnant, tapi perut aku masih tak nampak..
Sekali je Mok Su Pah urut, terus perut aku naik..
Maka nampak la bukti yang aku mengandung.. Hehe..
Beberapa kali juga aku berurut dengan Mok Su Pah ni..
Selesa sangat lepas dia urut badan..
Oke.. Mok Su Pah ni tinggal dengan anak dia kat Taman Batu Muda, Batu Caves..
Jadinya, sebagai mengambil berkat penghulu segala hari..
Maka aku dan Incik Hubby pergi la ke rumah Mok Su Pah ni..
Kami sampai lebih kurang pukul 11 pagi..
Mok Su Pah memang tak buang masa..
Terus dia suruh aku duduk berlunjur dekat depan pintu..
Katanya nak buat "pelepas"..
Aku tanya apa benda tu ?
Dia jawab, "pelepas" tu untuk orang yang dah bersalin 40 hari..
Aku malas nak tanya banyak, aku pun jawab.. Ooooo.. Haha..
Dia urut sekitar kepala, lepas tu turun ke bahu dan terus kebelakang..
Beberapa kali dibuat begitu.. Ada la baca-baca sikit..
Aku pun dengar dengan tidak je..
Lepas tu dia suruh aku masukkan bulatan benang mentah yang tak terputus..
Dari kepala terus keluar ikut kaki..
Dia buat jugak kat Dhiya..
Itu je.. Haha.. Aku tak pernah tau pun ada upacara "pelepas" macam ni..
Tak apa la.. Itu mungkin adat bidan kampung.. Ikut je la..
Tiba la saat yang ditunggu-tunggu..
Mok Su Pah nak khatankan Dhiya..
Aku tak pernah tengok budak perempuan berkhatan..
Memang jantung aku laju je..
Aku terfikir jugak..
Macam mana la agaknya gaya budak perempuan berkhatan..
Sakit tak Mok Su ? Aku tanya dia..
Sikit jah.. Nok bui kluar darah.. Mok Su jawab..
Aku pegang sebelah kaki Dhiya sewaktu Mok Su membuat kerja..
Aku nampak Mok Su cucuk sikit kat "situ"..
Dhiya menjerit terkejut, tapi tak menangis..
Lepas tu Mok Su tekan nak bagi keluar darah..
Darah dah keluar, Mok Su pun tekap kapas yang dicelup dengan ubat luka..
Aku pun pakaikan balik pampers Dhiya..
Oooo.. Macam tu je.. Hehe..
Tak la sesukar khatan budak lelaki..
Lepas dah borak lebih kurangdengan Mok Su, Pok Su, dan menantu mereka..
Kami pun balik ke rumah..
Itu la pengalaman pertama aku dengan anak perempuan..
Apa lagi yang aku nak kena belajar ya ? Hehe..
Tak apa la.. Satu-satu la..
Oh.. Di usia 3 bulan ni..
Dhiya dah pandai buat muka comot dia..
Nak tengok ??

*Haha.. itu la dia muka comot..

Banyak kali Dhiya buat macam tu..
Sampai aku dan Incik Hubby duk ketawa tak berhenti..
Lepas tu Dhiya dah belajar isap jari pulak..
Nak tengok ??

*Haha.. Punya la syok isap jari sampai tertutup mata tu..

Lagi..
Dhiya dah pandai gelak bila diagah..
Aku tengah duduk bersantai dengan Incik Hubby dan Dhiya..
Incik Hubby duk cuit pipi Dhiya sambil agah dia..
Entah kenapa tiba-tiba Dhiya gelak..
Aku suruh cuba buat lagi..
Pun sama, Dhiya gelak jugak..
Kitorang pun buat banyak kali sampai Dhiya penat dan malas nak gelak..
Haha.. Memang pengalaman yang manis..
Aku ternanti-nanti pengalaman yang baru setiap hari..
Semoga aku dapat melihat anak-anak aku membesar depan mata..
InsyaAllah..

*Apa pandang-pandang ?? Hehe..

**Anak-anak ini anugerah Allah yang tidak ternilai.. Ini la harta dan bekalan kita di akhirat kelak.. Didik la anak mengikut acuan yang dituntut oleh agama.. Jangan dirosakkan anak-anak dengan kemanjaan dan kebendaan.. Dan juga, ajar la anak-anak untuk menghormati orang lain.. Serta jangan "diikat" anak-anak dengan dendam dan amarah kita.. Kelak mereka akan memandang rendah akan kita setelah mereka membesar dan faham makna kehidupan..**

-AkU-
Syurga Addin..
22:57 malam..

Read more…