Thursday, May 31, 2012

~Aku.. Pakar rujukan ??~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt..

Semalam..
Hari ketiga menghantar My Honey Dew pergi kerja..
Kalau ikutkan memang tak larat..
Tapi sebab kesian dengan Incik Hubby yang tidur lewat..
Maka aku gagahkan juga diri..
Pagi tu memang langit mendung, tanda-tanda nak hujan..
Masa naik je Highway DUKE, hujan pun turun renyai-renyai..
Perjalanan itu dihiasi dengan celoteh DJ Radio Sinar..
Itu lebih baik dari suasana sunyi..
Sesampainya di bangunan Celcom..
My Honey Dew pun turun..
Dan kereta bergerak mencari jalan pulang..
Hujan turun makin lebat..
Dalam perjalanan balik ke rumah..
Disebabkan hujan yang lebat dan keadaan aku yang tak berapa stabil..
Maka aku terlepas simpang untuk ke Gombak..
Hmm.. Akhirnya aku hanya mengikut kemana saja stereng diputar..
Memasuki pusat bandaraya dalam keadaan hujan dan sesak itu tak mendatangkan apa-apa perasaan untuk orang macam aku..
Aku bukan nak pergi kerja pun..
Hanya melayan otak yang terus berputar..

Kebanyakan orang tahu aku mengamalkan hidup berpoligami dalam rumahtangga..
Makanya, aku seringkali menjadi rujukan untuk teman-teman atau pembaca Syurga Addin yang tak aku kenali..
Sama ada mereka yang ingin menjadi isteri kedua atau mereka yang bakal dimadukan (isteri pertama)..
Pertanyaan yang biasa aku terima adalah..
Senang tak hidup bermadu ni ?
Atau pun..
Macam mana dengan isteri pertama ?
Ini memang soalan favourite.. Hehe..
Dan soalan-soalan lain yang berkisarkan topik yang sama..
Untuk yang aku kenal..
Ada la beberapa kisah yang aku kongsikan..
Untuk yang aku tak kenal..
Aku hanya bagi pandangan dari kaca mata seorang isteri kedua..
Dan ayat yang selalu aku sebut pada kawan-kawan yang meminta pendapat ialah..
"Kalau kau boleh jadi macam aku, maka berpoligami la !"
Hahahaha.. Hanya orang yang pernah tanya aku je tau kenapa aku cakap macam ni..
Sebenarnya aku dah bosan untuk jawab soalan tentang ni..
Entah la.. Bila sesuatu tu sentiasa berulang.. Dah jadi cliche..
Dan tak ada lagi perasaan untuk aku bercerita lagi..
Cuma kadang-kadang tu tak dapat nak elak bila orang bertanya..
Betul.. Aku bukan pakar rujukan..
Tapi bila orang dah bertanya..
Tak banyak.. Sedikit aku perlu juga bagi pandangan berdasarkan dari pengalaman aku..

Tersedar aku dah cukup lama atas jalan..
Maka aku mencari jalan yang sepatutnya untuk pulang ke rumah..
Sempat membelikan beberapa bungkus nasi lemak untuk sarapan Incik Hubby..
Sambil otak aku masih terus berputar..

~Bila segalanya akan berakhir dengan kedamaian~



*Teringat sewaktu bertemu Ummi mertua di Bangi.. Macam-macam perkara yang kami bualkan.. Dan disitu segala-galanya aku bongkarkan.. Dari bermulanya perkenalan aku dan anaknya hinggalah kepada kehidupan kami sebagai suami isteri.. Dari cerita bahagia hingga la segala kontroversi yang melanda.. Dari kata-kata semangat hingga la kata-kata cacian yang orang berikan.. Segalanya yang aku pendamkan dulu, telah aku hidangkan ke pendengaran Ummi.. Moga Ummi mengerti.. Perbualan kami terhenti bila sahaja jam menunjukkan ke angka 2 pagi.. Cepatnya masa berlalu..*

-AkU-
Syurga Addin..
15:07 petang..

Read more…

~Novel -5~



Krinnggggggg !!! Jam loceng berbunyi memecah keheningan Subuh pagi. Seri menggeliat malas. “Memekak aje!” Seri bangkit lantas menghentikan jeritan jam itu. Seri capai tuala lalu turun ke bilik air untuk mandi. Lebih kurang setengah jam, barulah habis mandi (mandi ke berendam?). Seri menyarung telekung untuk mengedap PENCIPTAnya. Setelah selesai solat, barulah uniform sekolah disarungkan ke tubuh. Lalu tudung kepala dipakai dan dikemaskan. Seri cukup cermat orangnya, kalau boleh cermin besar tu nak dikendongnya kemana-mana. Biar dapat dipastikan dirinya sentiasa cun atau tidak. Huh.. Perasan!!!
     Dari rumah Seri berjalan kaki lebih kurang lima belas minit untuk ke bus stop. Seri dah budget, dalam masa tak lebih lima minit mesti bas sampai. Setengah jam perjalanan dan sepuluh minit berjalan kaki, sampailah Seri ke Sekolah Seri Bahtera. Jam di tangan kirinya dilihat, lagi lima minit pukul tujuh. “Mujur sempat,” bisik hatinya. Langkah dihayun menuju ke tempat perhimpunan pengawas-pengawas sekolah.
     “Morning Kak Seri,” sapa seorang junior. Seri hanya tersenyum sambil mengangkat tangan. Beg diletakkan di atas tangga, lalu Seri menyertai rakan-rakan pengawasnya yang lain. Tepat pukul tujuh, Raymond selaku ketua pengawas mengarahkan anak-anak buahnya berbaris dihadapannya.
     “Selamat pagi semua,” Raymond memulakan ucapan. Yang lain menyambutnya.
     “Pagi ini saya rasa tak ada apa yang saya nak cakap cuma, saya harap tugas kamu hari ini lebih baik dari semalam. So... Azrul, ada apa nak komen?” Pandangannya dituju kepada pembantu kanannya, Ahmad Azrul. Azrul menggeleng kepala tanda tiada apa yang hendak diperkatakan. Kemudian matanya dialihkan kepada Adelina, pembantu keduanya. Adelina juga menggeleng.
     “Seri, ada apa masalah disiplin?” Seri tersentak tatkala soalan itu diajukan kepadanya. Semua mata tertumpu kepadanya. Macam artis pula. Sememangnya selaku Ketua Disiplin, Seri bertanggungjawab terhadap disiplin semua pengawas, tak mengira senior atau junior.
     “Aaa.. Selamat pagi semua. Actually, saya tak ada apa nak kata cuma.. Cikgu Azizah pesan dengan saya semalam, siapa yang bertugas di belakang sekolah tolong periksa sekitar kawasan kerana sekarang ni ramai pelajar ponteng sekolah dan lari ikut pintu belakang. Err.. Itu saja kut. Terima kasih,” Terror juga Seri berucap. Hehe..
     Setelah selesai semuanya, masing-masing menuju ke tempat tugasan yang ditetapkan. Seperti biasa tugas Seri hanya round sekitar sekolah sahaja. Tepat pukul tujuh setengah, loceng berbunyi. Semua pelajar berpusu-pusu ke tapak perhimpunan. Lebih kurang lima minit guru bertugas berucap, semua pelajar dibenarkan masuk ke kelas masing-masing. Sewaktu Seri melintas dihadapan kelas 5A1 ada beberapa suara sumbang yang menegurnya. Seri hanya membalas dengan senyuman. Biasalah Seri, murah dengan senyuman. Tapi bila tiba berhampiran dengan Putra, senyuman manis Seri seakan sumbang lantas bertukar menjadi kelat. Bukan sebab malu tapi Seri rasa macam kurang selesa bertemu mata dengan Putra. Makin laju hayunan kakinya sambil hatinya berdoa “Cepatlah lepas dari seksaan ini. Amin,” lepas sahaja dugaan itu, hatinya bersyukur.
     “Hai Seri, masam je. Gaduh dengan cik abang ke?” sapa satu suara. Seri cukup kenal suara itu.
     “Eh.. anak Ramli Burger, kalau satu hari kau tak jaga tepi kain aku tak boleh ke?” Seri masamkan wajahnya.
     “Eleh sudahlah kau. Merajuk konon. Kau ingat muka kau cantik sangat ke buat macam tu?” Julie seakan mengejek, namun dibibirnya terukir senyuman.
     “Ah! Tak kuasa aku nak merajuk dengan kau. Bukan dapat apa pun. Dari merajuk dengan kau baik lagi aku...” belum sempat habis, cakap Seri dipotong.
     “Apa? Baik lagi merajuk dengan budak tu?” laju sungguh dia berkata-kata. Teman-teman yang lain hanya tumpang ketawa.
     “Budak mana? Kau cakap baik-baik sikit ye! Karang bersepai gigi tu jangan salahkan aku!” merah padam muka Seri bila nama budak tu dikaitkan dengannya. Bukan Seri malu tapi bengang. Tak pasal-pasal teman sekelas kena sembur.
     “Sorrylah Julie, aku tak sengaja. Entahlah, aku rasa tak ada mood hari ni. Banyak problemlah,” Seri memujuk temannya semula. Perkara kecil padanya, tak perlu dipanjangkan.
     “Aku tak kisah, aku faham,” mujur Julie sudi bertolak ansur dengan Seri.

*Kita seringkali hanya mementingkan diri sendiri.. Ada ketika, tak semua perkara hanya berkisar tentang kita saja.. Ajar hati kita untuk berfikir tentang orang lain juga..*

-AkU-
Syurga Addin..
08:17 pagi..

Read more…

Tuesday, May 29, 2012

~Jalan-jalan hujung minggu..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah beberapa hari cuaca panas terik..
Alhamdulillah, pagi buta tadi hujan turun juga..
Tak la terasa panasnya..
Best je tidur sekali 4 beranak..
Bukan selalu dapat tidur macam ni..
Hari Sabtu yang lepas..
Aku, Incik Hubby, Imad dan Dhiya bersiar-siar di Taman Tasik Metropolitan Kepong..
Saja berjalan-jalan satu keluarga..
Lagipun nak bawa Imad untuk try splint yang baru di alter minggu lepas..
Memang penuh parking kat sini..
Dapat parking jauh sikit, kira oke la exercise..
Aku malas nak tulis banyak-banyak..
Tengok dulu gambar kat bawah ni..

*Imad boleh berjalan, tapi alignment masih lari.. hehe.. Belajar jalan dengan tolak stroller Dhiya.. Dah penat, rest kejap kat tepi tembok sambil Imad nyanyi lagu Twinkle-twinkle untuk Dhiya....

*Muka comot Dhiya sebelum keluar.. Dah dapat keluar memang seronok sakan..

*Imad sedang merenung tasik yang tenang.. Bila rasa Ibu snap gambar dia, terus tak jadi termenung.. Hehe..

*Ramai sungguh orang main layang-layang kat sini.. Kalau Imad boleh main layang-layang kan best !

*Macam-macam bentuk layang-layang yang dijual..

Letih belajar jalan..
Kami pun beransur pulang..
Sempat makan aiskrim dulu.. Hehe..
Masing-masing dah penat, masuk je dalam kereta, ini yang jadi..

*Hehe.. Kepenatan sungguh Dhiya, macam dia pulak yang berjalan..

Sampai rumah dah maghrib..
Seronok sungguh Imad..
Tidur malam tu, memang sengih je sepanjang malam..
Tak payah susah-susah nak paksa tidur..
Letak je kepala, ayah peluk, terus lena..
Nanti-nanti nak jalan-jalan lagi kat sini..
Biar jumpa Doktor Pakar bulan July nanti Imad ada perkembangan..
InsyaAllah..

**Tak semua suami suka isteri terlalu bergantung pada suami.. Dan tak semua suami suka isteri terlalu berdikari.. Tapi tak semua perkara isteri perlukan suami untuk membantu, begitu juga sebaliknya.. Takkan la perkara kecik-kecik pun nak menyusahkan suami.. Try and error la.. Sebenarnya kita boleh berfikir guna akal yang Allah kurniakan, tapi kadang-kala kita terlalu malas sebab ada perasaan tak begitu cantik dalam hati..**


***Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaanNYA.. Jika kita mencari kemarahan Allah dengan redha manusia, nescaya Allah serahkan kita kepada manusia.. Bagaimana kalau isteri mencari redha Allah dengan kemarahan suami.. ? Ingat la isteri.. Redha Allah melalui redha suami..***

-AkU-
Syurga Addin..
17:47 petang..

Read more…

Friday, May 25, 2012

~Mari Terbang !!!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Cuti sekolah sudah bermula !!! Yeayyyy !!
Pastinya ibu bapa dan anak-anak sudah mempunyai rancangan sendiri..
Semestinya percutian ke mana-mana..
Tak kira la balik kampung atau ke tempat-tempat menarik seluruh dunia..
Oke..
Cuba tengok flyers kat bawah ni..


Dah tengok ??
Pengalaman menaiki helikopter untuk bersiar-siar..
Hoho !! Memang best !!
First time aku naik helikopter memang rasa gayat sangat..
Sebab terbang tak la tinggi mana..
Memang nampak clear atas jalan..
Masa tu memang seronok habis la..
Tapi lepas tu dah terbiasa..
Maka tak ada la perasaan excited sangat..
Tapi masih teruja la jugak.. Hehe..

*Ni first time naik heli.. Muka control cuak ! hehe.. Masa ni nak pergi ADTEC..

*Ni dah oke sikit.. Masa ni ada task di Carcosa Sri Negara..

*Ni masa task untuk Hari Belia Negara di Muar, Johor..

*Yang ni.. Erkk ! Naik motor la pulak ! hehe.. Gambar dalam heli tak sempat nak ambik.. Ni masa task Karnival Hari Usahawan di Serdang..

Ada beberapa tempat lagi yang malas aku nak upload gambar..
Kalau sesiapa yang nak merasa pengalaman menaiki helikopter..
Sila hubungi nombor yang tertera di flyers tu..
Tak pun kalau ada sebarang pertanyaan lanjut.. boleh e-mailkan kepada aku..

::Come fly with me, let's fly, let's fly away::

-AkU-
Syurga Addin..
10:07 pagi..

Read more…

~Tazkirah Jumaat..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"Ustaz Samsuri pernah mengupas satu hadis, bagimana Nabi SAW menjelaskan bahawa apabila kita hina orang buat jahat maka kita tidak akan mati sebelum apa yang kita hina itu berlaku ke atas kita, atau anak cucu kita. Misalnya kalau kita kutuk dan hina orang berzina, membuka aib yang orang itu sendiri tidak membukanya, maka kita tidak akan mati selagi zina itu tidak berlaku atas kita atau keluarga kita. Oleh itu, apabila melihat orang melakukan kejahatan, jika tidak mampu menasihatinya maka doakanlah dia."

Kata-kata ni aku petik dari seorang teman di Fesbuk (lupa dah siapa dia)..

Kita selalu suka bercerita tentang orang lain..
Bukan cerita untuk pengajaran..
Tetapi cerita dengan tujuan untuk memburuk-burukkan orang lain..
Kadang-kadang bila dah terlampau seronok sangat membuka hijab orang lain..
Kita terlupa yang hijab kita telah lama terselak..
Dan di situ sebenarnya kemenangan syaitan ke atas diri kita..
Aku tak nafikan..
Bila bercerita tentang orang lain..
Terutama keburukan orang itu..
Lebih-lebih lagi orang yang tak kita senangi..
Memang terasa kepuasan yang amat sangat..
Bila dapat luahkan ketidakpuasan hati kita tentang orang itu..
Apatah lagi keburukan orang itu diketahui pula oleh orang lain..
Lebih lagi hati kita merasa puas..
Betul ke kita puas ??
Aku pasti jawapannya TIDAK..
Kenapa ?
Sesuatu perkara yang menerbitkan dosa tidak akan pernah sampai pada tahap PUAS..
Percaya la..
Sebab itu kita tak pernah berhenti untuk memburukkan orang lain..
Kerana hati kita belum lagi mencapai tahap puas..
Sampai bila ??
Sampai kita sedar diri..
Bahawa membuka keaiban orang lain itu satu dosa..
Bila kita nak sedar ??
Bila keburukan orang yang kita sebarkan itu..
Menjadi keburukan pada diri kita atau keluarga kita pula..
Masa tu baru kita dapat ukur tinggi atau rendah langit itu..
Nak menyesal ?
Bagus.. dan lebih bagus lagi kalau kita dapat minta maaf dengan orang yang telah kita burukkan itu..
Tapi takut sampai masa dan dijemput mengadapNYA..
Kita masih lagi belum sedar..
Aduhhhhh... Tau tak betapa besarnya dosa kita itu..
Dosa dengan Allah, masih boleh bertaubat dan meminta keampunan dari Allah..
Tapi dosa dengan manusia ??
Hanya manusia itu yang dapat memaafkan kita..
Ahhhh.. Hidup kita tak siapa tahu bila penamatnya..
Selagi ada ruang dan waktu untuk bertaubat dan memohon keampunan..
Pergunakan la sebaiknya..
Benar.. Berbuat dosa itu memang bahagia..
Tapi berkali ganda bahagia bila kita dapat tinggalkan perkara yang mendatangkan dosa itu..
Rendahkan la hati dan ego kita untuk memandang kebaikan orang lain..
Tak ada salahnya..
Untuk orang menghormati kita, kita perlu menghormati orang dahulu..

*Ini status Prof. Dr. Muhaya di Fesbuk.. :: Jangan pandang kecil dosa atau pahala kerana boleh membawa kita ke syurga atau neraka. Jaga aurat kita hari ini, InsyaAllah terutama para isteri. Kesiankan suami kita yang mendapat tempelan dosa kita tanpa mereka sedar::..*

**Ada orang yang masih seronok menjaja tentang keburukan aku.. Ceritalah, hingga kamu-kamu rasa puas.. Moga Allah akan mengampuni kamu kerana hati aku sudah lelah untuk memaafkan.. (Kehinaan mungkin di mata manusia tetapi kemuliaan itu adalah dalam pandangan Allah ~ Kereta Mayat ~**

-AkU-
Syurga Addin..
06:27 subuh..

Read more…

Wednesday, May 23, 2012

~Novel - 4~

   
     “Assalamualaikum.. Woi, Ly! Mak engkau mana?” Seri bersuara perlahan seolah berbisik.
     “Sejak bila kau takut dengan mak aku?” Elly berseloroh.
     “Bukan takut, aku segan je!” tutur Seri sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
     “Eh Seri! Pasal kau lambat sangat hah? Kitorang tunggu sampai nak kematu pungung!” Yati bersuara ketika turun dari tangga.
     “Laa..sejak bila di tembam ni belajar buat magik, tiba-tiba je dia menjelma. Nak juga aku belajar,” Seri mengusik.
     “Aa..banyaklah kau punya magik! Kitorang tunggu kau nak projek. Line tengah clear sekarang, karang kalau jam, melepas kau, baru padan muka. Itu jam barulah menangis tak berlagu,” laju je ayat tu keluar dari mulut kecil Yati.
     “Sorrylah, bukan aku tak nak datang awal, tapi aku sibuk kemas rumah tadi,” pandai Seri beri alasan.
    “Sudahlah lu! Pandailah lu nak kencing kitorang. Bila masa pulak lu pandai jadi suri rumahtangga ni?” alasan Seri tak diterima. Maklumlah, bukan mereka semua tidak tahu yang Seri memang jahil bab kerja rumah.
     Setelah menutup pintu dan menguncinya, mereka semua naik ke tingkat atas, ke bilik belakang sekali. Disitu mereka melepaskan tension dengan cara mereka sendiri. Yati mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya, dan benda itu dicampaknya diatas lantai. Benda yang dilemparkan itu kelihatan seperti daun kering yang telah dihancurkan lalu dipek ke dalam plastik kecil. Satu pek itu berharga lebih kurang RM10, itupun mengikut kekuatan dan kehebatannya serta mengikut kawasan penjualannya. Memang mustahil pada pandangan mata orang lain, takkanlah daun kering dan sedikit seperti itu boleh memberi kelegaan dan kepuasan. Tapi itulah cara yang dipilih oleh Seri dan rakan-rakannya. Itulah penenang mereka. Kalau nak tahu, benda itu dipanggil ganja. Pernah dengar tak? Masing-masing mempunyai tugas tersendiri. Seorang membuat dapur, seorang mencampur benda itu bersama tembakau dan juga mencari botol lalu disukat airnya. Dapur yang dimaksudkan bukanlah dapur untuk memasak, tapi sejenis dapur yang diperbuat daripada kertas timah. Kecil sahaja dapurnya. Berbagai lagi cara sebenarnya tapi cukuplah yang asas sahaja diberitahu.
   “Woi! Apa buat tu?” Satu suara mengejutkan mereka yang tengah asyik membuat kerja. Tiga-tiga berpaling ke arah suara itu.
     “Celaka punya Tim, terbang semangat aku!” maki Elly geram.
    “Ha! Ha! Ha! Terperanjat beruk kau! Padan muka, tulah projek tak ajak aku,” ketawa Tim masih tak sudah.
     “Macam mana kau masuk? Aku dah kunci pintu depan!” Elly panik.
   “Kalau setakat kunci pintu depan, pintu belakang terbuka apa bikin?” komen Tim sambil tangannya berjalan membuat kerja.
     “Habis tu, kau tutup tak pintu tu?” Seri bersuara.
     “Kau ingat aku bodoh sangat ke? Aku kan pandai cover. Ini Tim...lah!” bangganya diri..
     Maka dengan itu bermulalah projek mereka berempat. Hasilnya, tentulah... SYOK!!!!!

     “Hai Seri! Dari mana?” sapa satu suara. Itu suara budak lelaki tu!
    “Rumah kawan,’ Seri menjawab sepatah tanpa mengangkat muka. Seri dapat rasa matanya merah macam nak tertutup. Itu semua penangan benda tu. Walau bagaimanapun, Seri tetap ingat jalan balik ke rumah. Bukan jauh sangat rumahnya dengan rumah Elly. Jalan kaki pun Cuma lima minit je. Sampai je rumah, Seri terus berbaring. Jam didinding dijeling, baru pukul 11:00 malam. Seri terasa perutnya berkeroncong minta diisi. Memang perutnya lapar tapi terpaksa ditahan, nak jaga badanlah beb! Seri perasan berat badannya dah bertambah. Tak nak lah gemuk sangat, cukuplah ada isi sedikit. Ini pun dah cukup cantik. Bukan puji dirilah, tapi orang lain yang kata. Sementara menunggu lena bertamu, Seri melayan angan-angan. Lama-kelamaan matanya tertutup. Moga mimpimu berlayar dilautan indah. InsyaAllah.......

*Idea itu bukan macam makanan boleh dibeli bila kehabisan.. Bila idea tak ada, rasa urat tengkuk ni bagai dipulas-pulas nak keluar satu ayat.. Tapi bila idea dah mari, dua tangan pun tak cukup nak menaip.. Haishh !!*


**Masih belum ada tajuk yang sesuai dan menepati citarasa..**

-AkU-
Syurga Addin..
01:07 pagi..

Read more…

Friday, May 18, 2012

~Selamat Hari Guru..~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...



Aku memulakan alam persekolahan sewaktu berumur 7 tahun..
Kalau ramai kanan-kanak yang lain bersekolah tadika dulu..
Tapi disebabkan kekangan sumber kewangan..
Maka aku tak pergi ke tadika..
Cukup belajar dirumah dengan guru yang garang ~ Kak Long..
Dia ni bapak segala garang.. Hehe..
Tapi disebabkan kegarangan dia la..
Maka sewaktu di tahun 1, aku antara pelajar cemerlang..
Seingat aku, nama aku tak pernah tak ada sewaktu penyampaian hadiah cemerlang..
Alhamdulillah..
Oke..
Memulakan alam persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 3 1/2, Cheras..
Aku hanya ingat nama cikgu waktu darjah satu ~ Cikgu Ong..
Cikgu ni sangat baik..
Aku memang selalu mendapat pujian dari Cikgu Ong..
Murid baik la katakan.. Heeeee... sengih terlebih..
Minta maaf pada cikgu-cikgu yang lain..
Biasa la, umur makin meningkat..
Ingatan pun makin hilang.. Hehe.. alasan..
Kemudian aku berpindah sewaktu darjah 3 ke Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Midah..
Cikgu yang masih dalam ingatan ialah Cikgu Bakri - Bahasa Melayu..
Khabarnya sudah kembali ke rahmatullah cikgu yang baik hati ni..
Al Fatihah untuk beliau..
Moga ditempatkan bersama para solehin.. Amin..
Cikgu lain ialah, Cikgu Dzul - Matematik, Cikgu Fan - Bahasa Inggeris, Ustazah Halimah - Agama,
Aku bersekolah di situ hingga la pertengahan tahun darjah enam..
Aku menyambungnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Tasek, Ampang..
Kerana hanya sekejap tempoh masa aku di situ..
Maka nama cikgu-cikgu memang aku lupa..
Naik ke sekolah menengah..
Aku memulakan sesi tingkatan satu di Sekolah Menengah Taman Tasek, Ampang..
Sudah tentu Cikgu Raja Azman dalam ingatan..
Cikgu kesayangan ini juga sudah kembali ke rahmatullah..
Entry untuk beliau ada aku catatkan di sini ..
Al Fatihah untuk beliau..
Moga ditempatkan bersama para solehin.. Amin..
Pertengahan tahun tingkatan satu, aku berpindah pula ke Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras..
Disini aku kekal hingga ke akhirnya..
Antara nama-nama cikgu yang masih dalam ingatan
Cikgu Badriah, Puan Hanim, Puan Zainab, Puan Noraini, Ustazah Naemah, Puan Zuraida, Mr. Lee, Puan Anna, Cikgu Rohaizat, Cikgu Rosli, Puan Rohane, Cikgu Jasvir, Puan Siti Noor, Cikgu Rahman, Puan Azizah, Cikgu Mazni, Ustaz Burn dan ramai lagi sebenarnya..
Argghhh !! Makin bertambah umur ni, makin kurang daya ingatan.. Hehe.. Alasan lagi..
Maafkan saya cikgu-cikgu yang saya tak sebutkan nama..
Ada nama-nama di atas yang tak mengajar aku pun..
Tapi biasa berkomunikasi..
Aku bukan la pelajar yang baik di sekolah..
Namun aku berusaha untuk menjadi pelajar yang tak menyusahkan guru-guru..
Aku tak pernah datang lewat ke sekolah..
Err.. Oke tipu.. Ada la beberapa kali lewat dan didenda..
Itu pun bukan salah aku..
Bas yang lambat sampai..
Aku sentiasa siapkan kerja sekolah..
Err.. Yang ni pun tipu jugak..
Banyak kali jugak tak siap..
Tapi sebab aku terlalu penat di waktu malam, setelah bekerja pada waktu petang..
Aku tak pernah sakitkan hati cikgu..
Urmm.. Yang ni tak pasti..
Tapi harap-harap tak ada cikgu yang simpan perasaan marah kat aku la..
Boleh dikira dengan jari berapa ramai cikgu yang dapat hadiah dari aku sempena Hari Guru setiap tahun..
Bukan aku kedekut..
Tapi berjimat dengan belanja yang tak seberapa..
Harap-harap cikgu-cikgu semua tak berkecil hati..
Biarpun aku tak dapat belajar lebih tinggi dari sekolah menengah..
Dan tak dapat kerja yang bagus-bagus..
Tapi Alhamdulillah..
Aku menjadi cikgu di rumah..
Mengajar anak-anak sendiri dengan ilmu yang cikgu-cikgu semua turunkan..
Bidang kita berlainan, tapi pendekatan kita sama..

Bersempena Hari Guru ini..
Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang pernah atau tidak pernah mendidik aku..
Tidak kira di mana pun anda mengajar..
Semoga kalian akan terus tabah menjadi pendidik..
Biar la apa pun guru itu diibaratkan..
Namun terus la menjadi penyinar dalam hidup kami..
Insan-insan yang dahagakan ilmu dari guru-guru sekalian..
Semoga keikhlasan anda mendidik kami..
Akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah swt..



"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

*Aku pernah cuba nak minta jadi cikgu lepas SPM dulu.. Tapi tak diterima.. Err.. Sebenarnya sampai sekarang tak dapat jawapan.. Entah la..*

-AkU-
Syurga Addin..
06:27 pagi..

Read more…

Monday, May 14, 2012

~Novel - 3~


 Sampai dirumah Seri terus naik ke bilik. Beg dilempar keatas katil. Seri duduk melepas lelah. Setelah agak lega, Seri menukar baju seragam sekolahnya lalu digantung ditepi dinding.
“Bermaknakah tiap baris kata-kata,
Ataukah hanya dibibir saja,
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan,
Ataukah sekadar lakonan,
Rindu telah melekat dalam hatiku,
Walau awan lalu rinduku tak berubah arah...”
     Lagu “Purnama Merindu” dendangan Siti Nurhaliza berkumandang diradio. Lagu yang sering bermain dibibir Seri. Entah apa istimewanya lagu itu sampaikan dimana-mana pun Seri gemar mendendangkannya, termasuk sewaktu Putra meluahkan hasrat hatinya tadi. Secara tiba-tiba layar fikirannya memutar kembali peristiwa perkenalannya dengan Putra.
     “Putra, Rina kirim salam dekat engkau,” Itulah perkataan yang membibitkan perkenalan sekaligus permasalahan dalam hidup Seri. Tujuan utama sekadar menyakat teman sekelas yang mengakui meminati Putra, tapi lain yang dirancang lain yang jadi. Pelik sungguh dengan si Putra ni, apalah yang ada pada Seri. Seri tak pernah pakai ayat guna-guna nak pikat lelaki. Memang Wan Munah nak bagi ayat, tapi Seri tak nak. Pada Seri, lebih baik guna cara tersendiri, barulah thrill.
     Dari teguran, perkenalan itu semakin rapat, sampaikan Seri berani membuka cerita tentang masalah keluarga yang sentiasa mengganggu fikirannya setiap detik. Mungkin bagi Seri, Putra tak ubah seperti guru kaunseling lain yang setia mendengar permasalahan pelajar-pelajar Sekolah Bukit Cahaya. Setiap masalah pasti diselangi dengan nasihat, begitulah yang dilakukan Putra bila Seri mengadu kepadanya. Boleh kata dah berbakul-bakul nasihat yang dikemukakan Putra. Walau begitu rapat pun Seri dan Putra (bukanlah rapat sangat) namun Seri masih lagi berasa kurang senang bila berdekatan dengan Putra. Yang Seri peliknya, bagaimana hubungannya hangat diperkatakan disekolah. Glamour jugak Seri! Boleh kata satu sekolah tahu. Cikgu pun ada yang bertanya apatah lagi rakan-rakan setingkatan yang lain. Dah berbuih mulut Seri menerangkan letak duduk perkara sebenar tapi, mereka semacam pekakkan telinga. Mereka seolah-olah tak percaya hubungan yang terjalin antara Seri dan Putra hanyalah sekadar teman biasa, tak lebih dan tak kurang dari itu. Tak kuasa Seri nak bercerita lagi. Diam lagi bagus, betul tak?
     Tak tahu nak buat apa. Begitulah kehidupan Seri, setiap kali pulang dari sekolah tak pernah ada sesiapa pun yang menyambut kepulangan Seri. Rumah dua tingkat itu seakan sepi tanpa penghuni. Seri jadi bosan, seolah-olah dirumah ini hanya tinggal dia seorang. Sebab itu Seri gemar bergaul dengan ramai orang. Seri berkawan tak mengira siapa, Seri bukan cerewet. Walaupun hampir separuh daripada temannya itu memang jenis tak boleh pakai. Perutnya terasa lapar tiba-tiba. Seri turun ke tingkat bawah, langkahnya menuju ke dapur. Makan sajalah apa yang ada. Kalau tak ada makanan, masaklah maggie. Setiap periuk yang ada, ditinjaunya. Mujur mak sempat masak sebelum pergi kerja. Tak payah nak hidang, bukan makan beramai-ramai, seorang saja. Seri mengadap makan tengahari sambil menonton televisyen. Itu memang kegemarannya, jadi tak terasa sunyi sangat.
     Lepas mengisi perut, Seri terus bersiap. Jeans dan t-shirt memang pakaian hariannya. Rambut pendek diselak dengan tangan. Seri berdiri dihadapan cermin setinggi badannya. Boleh tahan juga, bisik hatinya. Lepas bersiap, Seri keluar mencari rakan-rakannya. Bukan susah sangat nak mencari, tahulah dia nak jenguk dimana.

*Ilham itu datang bilamana layar itu memutar kenangan silam.. Lantas........ bait-bait kata pun terungkap..*

-AkU-
Syurga Addin..
13:07 petang..

Read more…

Saturday, May 12, 2012

~Kiriman untuk aku..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Malam tadi tak dapat tidur lena..
Teringat kata-kata Papa kelmarin..
Urmm.. Susah jugak bila difikirkan..
Takpe.. Nanti fikir lagi..
Aku nak cerita tentang sesuatu atau pun seseorang..
Eh ! Bukan seseorang je.. Beberapa orang..
Sebelum tu tengok gambar ni dulu..



*Bungkusan yang pertama dan sampul tu aku terima semalam.. Yang ketiga tu aku terima petang tadi.. Apa ada kat dalam tu ?? Jap ea..

*Ini la dia.. Kek lapis cheese Sarawak..

Belum rasa lagi..
Nak tunggu Incik Hubby balik dari Kelantan baru makan..
Tapi hati dah tak sabar..
Rasa nak cubit sikit untuk rasa.. Hehe..
Tapi terpaksa tahan selera..
Cuma yang tak bestnya..

*Nampak tak tu ?? Dah pecah bekas tu..

Aku memang cermat punya orang bila nak buka sesuatu hadiah atau bungkusan..
Sebab tu bila nak bukak hadiah..
Incik Hubby selalu marah..
Katanya aku terlalu hati-hati..
Lepas tu sibuk simpan pembalut tu.. Haha
Aku punya la bukak slow je bungkusan tu..
Alih-alih tengok dalam.. Dah pecah ???
Memang orang pos ni tak reti jaga barang..
Nasib baik kek tu tak tercedera..
Kalau tak, mintak ganti rugi..

Untuk sampul tu..

*Memang la tak ada apa yang istimewa.. Tapi kad dia tu unik.. Macam buku tulis..


*Ni bahagian dalam.. Sebijik macam buku tulis..

*Hehe.. Makin kreatif orang sekarang ni.. Almaklum la.. Yang kahwin pun cikgu.. Cikgu dengan buku tulis memang tak boleh dipisahkan..

Untuk bungkusan yang ketiga pulak..

*Buka je box tu ada bungkusan lain kat dalam..

Buka je pembalut tu.. Ada buku ni kat dalam..

*Gambar muka depan..

*Gambar muka belakang..

Hehe.. Memang aku penggemar blog Hamka kereta mayat..
Biarpun kebanyakan ayat dia merapu..
Tapi ada pengajarannya..

Siapa bagi ?? Jeng.. Jeng.. Jeng..

 Kek Sarawak tu..

Kawan sekolah yang bagi..
Kenal waktu sekolah rendah..
Tapi rasanya aku tak pernah bercakap pun dengan dia.. Haha..
Bukan aku sombong.. Tapi aku budak baru time tu..
Lagipun sekejap je kat situ..
Tapi baik hati la kawan ni..
Baru jumpa je kat fesbuk..
Dia dah kirim kek Sarawak untuk aku..
Terima kasih banyak-banyak..
InsyaAllah, ada rezeki kau balik Semenanjung..
Aku belanja kau makan tau !! Hehe..

Jemputan kahwin tu..

Nama dia cikgu Rohai.
Tapi dia kat Johor..
Sama jugak kenal masa sekolah rendah..
Walaupun sekejap kat sekolah tu..
Aku ingat aku pernah bercakap dengan dia.. Hehe..
Terima kasih Rohai..
InsyaAllah, kalau tak ada aral, sampai la aku nanti..

Buku tu pulak..
Dia takde fesbuk..
Jadi gambar dia takde..
Actually ada, tapi aku malas nak scan memalam buta ni..
Jadi tulis nama pun jadi la ye.. Hehe..
Nama dia Syazila.. Aku panggil Syaz..
Dia cakap hadiah tu sempena Ulang Tahun Pernikahan aku yang ke-8..
Terima kasih Syaz..
Kalau kau nak baca buku tu..
Sila datang rumah aku..
Tapi jangan harap dapat bawak balik.. Haha..

**Baik-baik sungguh orang disekeliling aku ni.. Walaupun yang tak berapa nak baik tu pun ada.. Tapi yang baik ni melebihi yang tak berapa baik.. Maka yang tak berapa baik tu memang patut la aku abaikan saja kehadiran mereka.. Layan pun buat sakit jiwa je.. Baik layan mereka-mereka yang baik-baik ni.. **

-AkU-
Syurga Addin..
00:37 tengah malam..

Read more…

Monday, May 7, 2012

~Cik Qila.. Ooo Cik Qila..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Aku selalu lupa hari..
Sebab dah tak kerja..
Jadi hari cuti atau hari bekerja tetap sama bagi aku..
Cuma yang jadi perbezaan hanya la Tadika Kemas kat depan rumah aku akan jadi lengang bila hari cuti..
Maka aku tau la, itu bukan hari bekerja..
Sebab bila hari bekerja..
Ramai ibu bapa akan sibuk parking depan rumah aku untuk tunggu anak balik tadika..
Ya, aku memang tak kisah..
Sebab diorang tak mengganggu pun hidup aku..
Oke la.. Aku bukan nak cerita pasal tu..
Nak cerita pasal Cik Qila ni..
Siapa Cik Qila ??

Cik Qila Yang Demok !! Hahaha !!


Nama dia Shahidatul Aqilah..
Ala-ala nama aku jugak kat depan tu..
Lahir pada 26 Mac 2011..
Lahir di HUSM Kubang Kerian, Kelantan..
Ini anak sulung adik ipar aku yang bongsu..
Akashah dan isterinya Atikah..
First time jumpa tu Cik Qila ni tak la besar sangat pun..
Jumpa pun sekejap je..
Pasal masa tu adik ipar aku singgah kat rumah on the way nak balik Kelantan..
Tapi masa aku balik Kelantan time puasa hari tu..
Uishhh !! Geram betul tengok Cik Qila ni..
Rasa nak cubit-cubit je..
Sekarang ni walaupun dah ada Dhiya..
Aku tetap rasa nak cubit-cubit Cik Qila..
Sebab dia dah pandai jalan.. Sangat comel tengok dia berjalan !!
Jom layan wajah-wajah comel Cik Qila sepanjang tahun..

*Ni masa Cik Qila baru lahir..

*Alolo.. Budak mata sepet !

*Kepala dah botak.. hehe..

*Ni la gambar masa diorang singgah kat rumah.. Masa ni kalau tak silap dah 3 bulan lebih..

*Ini Ibu Cik Qila.. Macam muka Cik Qila la ! Hehe.. Cik Qila nangis pasal tak cukup tidur..

*Ni Cik Qila dah besar sikit.. Tak salah aku, dah 5 bulan lebih..

*Sambil isap botol pun aku snap gak gambar Cik Qila..

*Geram tengok muka comel tu !!! Rasa nak gigit-gigit je..

*Kasi close up sikittttt...

*Nampak tak sapa lebih berkuasa ?? Imad terpaksa beralah dengan Cik Qila.. Haha..

*Imad mencuba nasib nak sayang Cik Qila..

*Tengah dera Imad.. Bagi Cik Qila duduk belakang Imad.. Haha..

*Itu jari Ayah.. Cik Qila suka isap jari time neh !

*Ayah memang suka main-main dengan Cik QIla bila balik Kelantan..

*Senyum senget Cik Qila..

*Eksyen sungguh dengan Pooh dia !

*Masa ni Cik Qila tak sihat.. Demam.. Sian Cik Qila..

*Ni pun tak sihat lagi.. Cik Qila kena demam campak..

*Ni gambar Ibu Cik Qila mms kat aku masa nak sambut Hari Lahir Cik Qila yang pertama..

*Ni kek harijadi Cik Qila.. Aku dapat gambar je la.. Sampai hati Ibu Cik Qila eksyen gambar kek ! Heh !!

*Ni gambar Raya tahun lepas.. Cik Qila, Ummi, Ibu dan Walid..

*Gambar ni paling aku suka sekali.. Puasa tahun lepas.. Di Bukit Abal..

**Cik Qila akan jadi agenda utama bila kami balik Kelantan.. Rasa tak lengkap kalau balik tanpa tengok muka Cik Qila yang sangat comel itu..**

***Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Pertama Cik Qila.. Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti untuk Ibu dan Walid serta seluruh keluarga.. Moga Cik Qila senantiasa di bawah lindunganNya serta kasih sayang Allah swt.. Amin..***

p/s : Entry Cik Qila ni dah duduk dalam draft blog aku berkurun lamanya.. Baru hari ni dapat publish.. Hehe.. Biasa la, aku kan perasan sibuk..

-AkU-
Syurga Addin..
01:27 pagi..



Read more…