Tuesday, June 19, 2012

~Kematian..~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

KEMATIAN..

Saat dihadapkan dengan berita kematian..
Serentak hati ini menjadi sayu.. sesayunya..
Biarpun bukan dari kalangan ahli keluarga..
Namun berita tentang kematian itu..
Tetap mampu merentap tangkai jiwa..

Sewaktu dihadapkan dengan kematian arwah atuk dulu..
Usia aku baru menjangkau 4 tahun..
Biarpun belum mampu mengerti sepenuhnya apa itu kematian..
Namun pemergian atuk di kala pagi baru menjengah rupa..
Tetap menitiskan mutiara di kolam mataku..

Kemudiannya..
Di waktu usia 11 tahun..
Arwah Ngah pula dijemput menemui PENCIPTA..
Ahhhh.. Di kala ini jantung bagaikan berhenti..
Apatah pula sehari sebelum tu, sewaktu melawat Ngah di hospital..
Ngah sangat sihat dan bertenaga..
Tiba-tiba saat Subuh belum pun menjelma..
Ngah telah pergi selama-lamanya..
Benar.. Allah lebih menyayangi Ngah dari aku..
Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka menaiki van jenazah..
Mata aku tak pernah kering dari airmata..
Ahhhh.. Kenangan itu sukar sekali terpadam..

Selang 4 tahun selepas Ngah pergi..
Arwah nenek pula menyusul..
Nenek pergi ketika dipangkuan aku..
Ahhhh.. Pertama kali dihadapkan dengan keadaan sedemikian..
Aku berlari keluar dari rumah..
Tak mampu menatap wajah nenek..
Tiada airmata tika itu..
Namun hati aku telah basah..
Saat ini aku belajar untuk tidak menangis..
Biarpun jiwa merintih pilu..
Seperti arwah Ngah..
Aku juga turut mengiringi nenek dalam van Jenazah menuju ke Melaka..
Aku terus hidup dalam kenangan bersama nenek..

Dan ketika usia aku mencecah 20 tahun..
Arwah mama pula menghembuskan nafas yang terakhir..
Bukan di pangkuan aku, tapi di depan mata aku..
Dan aku lebih dari bersedia tika itu..
Tiada airmata bukan bermakna aku tak sedih..
Tapi segalanya aku simpan dari penglihatan orang lain..
Benar.. Hiba mengelilingi dunia aku tika itu..
Apatah lagi sebelum itu, hari-hari aku bersama mama di hospital..
Aku mengiringi jenazah mama ke kuburan..
Tenanglah mama di sana..

Minggu lepas hari Rabu..
Bekas abang ipar aku pula menyusul mereka-mereka yang di atas..
Biarpun hanya bekas abang ipar..
Tapi dia pernah bersama kakak aku..
Maka perasaan hormat sebagai adik masih wujud dalam diri..
Bersama-sama suami, aku bawa diri ke rumah ibunya di Selayang..
Sebagai memberi penghormatan yang terakhir..
Kisah pemergian yang sangat tragis..
Andai kalian menonton berita di semua tv pada hari Rabu itu..
Maka kalian akan tahu kisah ini..

Mengingati mati, semerta hati aku merasa takut..
Ya takut ! kerana pasti aku belum bersedia untuk menghadapinya..
Entah amalan dan bekalan apa yang dapat aku bawa bersama nanti..
Amal ibadat yang tak seberapa..
Aduhhh.. Sentiasa, perkara kematian ini memenuhi pemikiran aku..
Semoga aku tergolong dalam golongan mereka-mereka yang diredhai Allah kehidupannya di dunia dan di akhirat.. InsyaAllah.. Aameen..



*Kita berpisah disini.. Sementara aku menanti kematian menjemput aku "pergi"...*

-AkU-
Syurga Addin..
00:37 tengah malam..

Read more…

~Novel -6~



Pagi itu kelas 5Sc1 agak bising sedikit sebab guru bertugas tidak hadir. Masing-masing kebih senang buat kerja sendiri. Seri menghampiri meja teman baiknya, Ina.
     “Ina, kau sibuk tak?” Seri menyapa perlahan.
     “Taklah, kenapa?” Ina menyoal kembali.
     “Aku nak tanya kau sesuatu. Kau rasa... aku ni cantik tak?” Seri buat muka serius. Ketawa Ina dibuatnya.
     “Kenapa kau tanya macam tu? Dah tebiat apa?” Tawa Ina masih berterusan.
     “Ina, I’m serious okay! Tak adalah, aku nak tahu juga aku ni cantik ke tidak. Aku peliklah, kalau aku tak cantik kenapa ada orang nak kat aku hah?” Seri memuncungkan bibirnya.
     “Siapa yang nak kat engkau? Cuba cerita dengan aku,” Ina seakan berminat.
     “Kalau aku cerita dengan kau, janji kau takkan beritahu sesiapa okay?” suara Seri perlahan sekan berbisik.
     “Okaylah aku janji. Ceritalah,” Ina angkat tangan tanda berjanji.
     “Semalam Putra jumpa aku. Dia cakap... dia cakap... Dia suka kat aku. Tapi Na, aku tak suka kat dia. Apa aku nak buat hah?” Seri menggaru kepala yang dilitupi tudung putih itu. Ina ketawa lagi. Ketawanya mengundang kemuraman di wajah Seri. Menyedari itu semua, ketawa Ina berhenti serta merta.
     “Okaylah, habis tu bila dia kata macam tu, apa yang kau jawab?” Ketawanya masih bersisa.
     “Aku katalah yang aku tengah tunggu orang lain. Lepas tu aku cakap aku nak kawan aje dengan dia. Aku serba salahlah. Hati aku kata tak mahu tapi, mulut aku yang gatal kata okay,” Seri menerangkan satu persatu.
     “Kenapa kau tak nak dekat dia? Dia tu baik apa! Aku kenallah dia. Aku kawan dengan dia dari kecil lagi tau?” Kata-kata Ina seakan menyokong Putra.
     “Memanglah dia baik, tapi aku tak suka kat dia. Takkan nak paksa hati. Jangan kata nak bercinta, nak berkawan pun hati aku tak nak sebenarnya. Aku pun tak tau kenapa aku menyampah betul bila dia pandang aku,” Seri meluahkan apa yang terbuku dihatinya selama ini.
     “Habis tu kau nak aku cakap dengan dia yang kau tak suka dia?” Ina pandang Seri tanpa berkedip matanya.
     “Takdelah sampai macam tu. Nantilah kalau aku dah sedia, aku bagitau kau, okay?” Seri tersenyum.
         “Suka hati kaulah. Jangan lambat sangat. Nanti dia dah syok gila dengan kau, aku tak nak tolong lagi tau!” Ina membalas senyuman Seri. Loceng menandakan tamatnya masa pertama telah pun dibunyikan. Hari itu segalanya berjalan lancar. Seri puas hati kerana sepanjang hari matanya tidak diganggu wajah Putra. Namun panas yang diharapkan, tiba-tiba hujan ribut yang menjelma. Sewaktu Seri keluar dari kelas untuk pulang ke rumah, wajah itu yang menantinya dihadapan kelas 5A1. Seri melangkah longlai sambil hatinya menyumpah-nyumpah kakinya. Memang tadi hatinya ingin menggunakan tangga disebelah kelasnya, tapi kaki terlebih dahulu membuka langkah tanpa memikirkan musibah yang menanti. Kalau cepat sedar boleh patah balik. Ini dah separuh kelas 5Sc3 dijejaknya. Kalau patah balik tak ke nampak macam nak melarikan diri. Jadi mahu tak mahu terpaksa juga diteruskan langkahnya. Sampai dihadapan Putra, Seri hanya tersenyum. Biasalah Sri, senyum itu seperti satu kewajipan dalam kehidupannya. Hajat hati tak mahu menegur, tapi Putra terlebih dahulu membuka mulut.




*Hajat hati ingin bersuara.. Apakandaya, orang tak sudi..*


-AkU-
Syurga Addin..
00:17 tengah malam..

Read more…

~Selamat Hari Bapa !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Setiap tahun ada hari ni..
Setiap tahun ramai orang sambut..
Tapi aku tak pernah sambut..
Kenapa ??
Sebab tak pernah di ajar..
Tak apa la.. Bukan wajib pun..
Tapi tahun ni tiba-tiba pulak nak buat entry pasal hari ni..
Hehe.. Saja gatal tangan..
Oke.. Mula-mula nak ucap..

Selamat Hari Bapa, Papa..
Papa saya dah tua.. Umur dah errr... 67 tahun..
Huh !! Betul ke papa saya dah tua ??
Err.. betul la.. Kalau tak silap la..
67 tahun.. Hmm..
Ini kali pertama saya nak ucap Selamat Hari Bapa pada Papa saya..
Papa saya orangnya garang.. err.. bukan.. Tegas lebih tepat lagi..
Dari kecik saya diajar untuk patuh pada setiap kata-kata papa..
Percaya tidak boleh lawan cakap papa (selain mak..)
Maka, saya tidak pernah berani untuk menjawab cakap papa..
Apa saja kata papa, saya akan turuti..
(Biarpun kadangkala hati meronta tak nak !) Hehe..
Cuma sekali saya pernah melawan kata-kata papa..
Itupun dalam nada yang paling perlahan..
Belum pernah lagi saya meninggi suara atau mengherdik papa..
Papa susah untuk menunjukkan kasih sayang pada saya..
Belum pernah saya dengar papa cakap..
"Papa, sayang kamu.."
Tapi ada satu cerita yang buat saya percaya papa sayang saya..
Sewaktu saya minta izin papa untuk berkahwin dulu..
Saya masih ingat kata-kata papa..
"Papa, Olie nak kahwin ni.. Olie harap sangat papa tak marah dan restukan la Olie, Papa"
"Jangan risau.. Dah la jangan nangis.. Don't worry.. I'll be by your side.. Anything happen, I'll stand by you"
Ceh ! Papa speaking.. Ya ! Papa suka speaking..
Kata-kata papa ni buat saya tersentuh sampai hari ni..
Dan saya takkan lupa kata-kata ini..
Papa jugak yang berusaha supaya saya dapat berkahwin..
Saya sayang papa saya..
Betul.. Saya belum mampu untuk memberi kesenangan kepada papa saya..
Tapi setiap masa, nama papa tak pernah lepas dari doa saya..
Saya harap sangat dapat memberi sesuatu yang sangat bermakna buat papa selagi papa masih bernafas di bumi Allah ini..
InsyaAllah.. Semoga Allah perkenankan permintaan saya..
Olie sayang Papa sangat-sangat !!

Selamat Hari Bapa Suamiku..
Suami saya baru separuh tua.. Haha..
43 tahun.. Tak la tua mana pun..
Tapi sama jugak.. Saya tak pernah ucap Selamat Hari Bapa pada suami..
Dia ayah yang garang.. dulu mungkin..
Sekarang lebih penyabar..
Dia penyayang pada anak-anak..
Anak-anak manja dengan suami biarpun 24/7 dengan ibu..
Suami saya pandai dalam macam-macam perkara..
Kiranya setakat nak uruskan anak-anak, suami boleh tolong buat kalau saya minta tolong..
Err.. dia mungkin tak selalu ada dengan anak-anak..
Tapi saya tahu..
Anak-anak selalu di hati dia..
Imad dan Dhiya selalu ternanti-nanti Ayah balik ke rumah..
Sebab nak tidur dengan Ayah sekali..
Biarpun mereka tak bersuara..
Tapi saya boleh faham dengan gerak dan bahasa tubuh mereka..
Biar siapa pun Ayah.. Dia tetap Ayah yang terbaik untuk anak-anak..
Selamat Hari Bapa, Ayah kepada anak-anakku..
Imad dan Dhiya sayang Ayah sangat-sangat !!





*Ini antara koleksi gambar Imad dan Ayah..



*Ini pula koleksi gambar Dhiya dan Ayah..

**Err.. seingat aku, aku tak ada gambar masa kecik-kecik macam ni dengan papa.. Entah la.. Sama ada tak pernah ada atau aku tak tau..

***Masa Hari Ibu hari tu.. Tak sangka juga Incik Hubby boleh hantar sms pada aku.. "Selamat Hari Ibu Sayang.. Ibu kepada anak-anakku".. Sebelum-sebelum ni tak pernah pulak.. Tetiba je tahun ni dapat sms Hari Ibu.. Hehe...***

-AkU-
Syurga Addin..
23:17 malam..

Read more…