Thursday, August 30, 2012

~Pertama kali Dhiya demam..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Kejap lagi nak bawa Dhiya pergi Klinik Kesihatan..
Belakang badan Dhiya macam ada merah-merah..
Nak kata ruam.. bukan..
Hmm.. Tapi nak kena check dengan doktor jugak..
Sekarang ni tengah tunggu Abang Imad dengan Incik Hubby bangun dulu..
Dhiya dah siap-siap mandi awal pagi lagi..

Dhiya dah nak masuk usia 8 bulan..
Sepanjang tempoh 7 bulan yang pertama..
Dhiya belum pernah lagi demam..
Biarpun selepas disuntik imunisasi..
Alhamdulillah.. Antibodi Dhiya kuat macam Ibu..
Setiap kali disuntik, setiap kali itu juga Klilnik Desa bekalkan ubat demam..
Sebab takut Dhiya demam nanti..
Tapi aku tak pernah lagi bagi Dhiya makan ubat..
Alhamdulillah.. Dhiya tak demam..
Cuma masa raya ke 2 hari tu..
Pagi tu masa bangun tidur badan Dhiya agak panas..
Perangai pun berubah..
Asyik merengek dan nak berkepit je dengan Ibu..
Panas badan Dhiya membawa sampai ke malam..
Aku kirim Cool Fever kat Cikgu Pekan yang kebetulan nak ke rumah Papa untuk berhari raya..
Dapat pakai sekejap je pasal Dhiya rimas ada benda kat kepala..
Aku pujuk-pujuk dan dodoi Dhiya biar tidur..
Dalam sejam jugak la Dhiya merengek atas dukungan..
Lepas tu terus terlena..
Aku letak balik Cool Fever tu kat dahi Dhiya..
Pukul 2 pagi Dhiya terjaga balik..
Aku tepuk-tepuk.. Dodoi-dodoi.. henjut-henjut atas dukung..
Sampai Dhiya tidur balik lebih kurang pukul 4 pagi..
Aku letak tuala basah atas badan dan kepala Dhiya..
Dengan harapan reda sikit panas badan Dhiya..
Esoknya badan Dhiya masih panas..
Aku dah plan nak ke klinik kalau masih lagi tak kebah demam Dhiya..
Lepas mandi pagi tu..
Aku bagi Dhiya makan roti sebelum menyusu..
Lepas tu Dhiya tidur..
Aku letak lagi Cool Fever kat dahi Dhiya..
Alhamdulillah, dah kurang sikit panas badan Dhiya..
Lega hati, tak payah bagi ubat..
Kalau boleh tak nak biasakan Dhiya makan ubat..
Kecuali betul-betul memerlukan..
Semua ada teori masing-masing kenapa Dhiya demam..
Bagi aku, Dhiya demam rindukan Ayah..
Sebab tak pernah lagi Dhiya tak jumpa Ayah begini lama..
Masa kat rumah Papa tu..
Setiap kali nampak Atok, Dhiya akan meluru pergi kat Atok..
Mungkin Dhiya ingat Ayah kut..
Bila sampai depan muka Atok, Dhiya merengek..
Sebab tersilap orang.. Hehe..
Kesian Dhiya..
*Ni hari pertama Dhiya demam..

*Ni hari kedua Dhiya demam..

*Muka budak baru baik demam.. alaaaa.. sian dia...

*Dhiya dah sihat lepas "kenyang" makan Blackberry Acik GG.. Hehe..

*Muka ceria Dhiya waktu nak balik ke rumah kami..

Alhamdulillah..
Dhiya demam tak lama..
Masa Ayah balik hari Ahad yang lepas..
Dhiya asyik berkepit je dengan Ayah..
Cari Ibu pun bila nak menyusu je..
Bangun pagi dah cari Ayah sebab nak main telinga Ayah..
Oh ! Dhiya memang suka main telinga besar Ayah.. Haha..

-AkU-
Syurga Addin..
10:07 pagi..

Read more…

Wednesday, August 29, 2012

~Warna-warni di Aidilfitri !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sekejap sangat rasanya "bercinta" dengan Ramadhan..
Entah bertemu lagi entahkan tidak..
Semoga Allah swt sudi memakbulkan doa-doa dan menerima segala ibadah kita di bulan yang mulia ini.. InsyaAllah.. Aameenn..

Raya tahun ni aku sambut kat rumah Papa..
Hari Jumaat lagi aku dan anak-anak dah berkampung kat sana..
Meriah la jugak dengan adik-adik yang ada..
Semua sibuk berteka-teki bila jatuhnya 1 Syawal..
Bila pukul 8 je, semua pun sibuk duduk depan tv nak tahu bila raya..
Ingatkan hari Isnin, rupanya hari Ahad..
Nasib baik petang Sabtu tu Papa dah pergi beli barang untuk persiapan..
Maka malam tu kami bersiap-siap la nak masak untuk pagi raya..
Bukan semua pun yang masak..
Mama je pun yang sibuk kat dapur..
Yang lain sibuk tengok tv.. Cehh ! Tak bagus betul ! Hehe..
Pagi raya tu semua bangun awal..
Imad dengan Dhiya pun sibuk bangun awal.. Macam tahu je nak Raya..
Semua bersiap pakai baju baru..
Lepas tu bersalam-salaman dan terima duit raya..
Hehe.. Itu pun rutin Hari Raya masa aku kecik-kecik dulu..
Papa dan abang pergi sembahyang raya..
Yang lain kat rumah, siapkan apa yang patut..
Lepas selesai semuanya..
Tiba la masa untuk sesi bergambar..
Sesi ni memang setiap tahun pun ada..
Cuma bezanya, tahun ni Mama ada dengan kitorang..
Selalunya Mama akan ke Kemaman..
Jom layan dulu gambar-gambar yang aku sempat upload..

*Papa dan Mama.. Sehati sejiwa gitu ! Hehe.. Imad dengan Haziq.. Muka Imad camtu sebab baju Melayu dah basah awal-awal lagi.. Isk ! Isk ! Isk !

*Ni acara bergambar dalam bilik.. Sila abaikan background ya ! Haha..

*Muka Wai memang semulajadi tak cantik.. Dhiya pun takut tengok Acik Y.. Terima la dia seadanya.. Kahkahkah !!
*Tengok la muka Wai ! Tak boleh nak adjust dah.. Haishhh !!

*Jijie pun dah tersampuk dengan Wai..

*Gambar ni je semua muka oke.. Itupun entah berapa kali snap laa..

*Walaupun tak semua adik-beradik ada.. Tapi kira oke la gabungan 2 keluarga..

*Satu-satunya anak teruna Papa.. Dan antara anak-anak gadis Papa dan Mama..

*Gabungan Ayah Su dan anak sedara serta Ibu dan anak-anak..

*Jenuh nak dapat best shot.. Ni antara yang oke..

*Gambar kanan tu agak macho la.. Anak sape la kan ?? Hehe..

*Anak dara ni dah pandai bergaya.. Baju kurung ni Nenek yang belikan..

*Ni satu lagi baju kurung Nenek beli..

*Hitam putih kehidupan.. Ada saja cerita di sebalik setiap gambar yang terakam..

Ini antara gambar-gambar yang dirakam..
Ada banyak lagi sebenarnya..
Tapi jenuh nak upload dan edit..
Ini je yang dapat aku buat..
Yang pentingnya, Syawal tahun ni dipenuhi warna-warna ceria..
InsyaALlah, kalau jadi perancangan tahun hadapan..
1 Syawal akan lebih meriah lagi..
Semoga Allah lanjutkan usia kami semua untuk menikmati lagi Ramadhan dan Syawal di tahun hadapan..
Aameenn........................

**Kalau dihimpun semua adik-beradik memang meriah la gambar kami sekeluarga.. Tapi memang susah la nak dapat semuanya.. Masing-masing dah ada keluarga sendiri.. InsyaAllah satu masa nanti kalau diizin olehNYA..**

-AkU-
Syurga Addin..
16:07 petang..

Read more…

Friday, August 24, 2012

~Salam Lebaran~

Bismillahirrahmanirrahhim...

Assalamu'alaikum wbt...

Ramadhan telah meninggalkan kita lagi..
Entah berjumpa lagi entah kan tidak..
Semoga segala amal ibadah kita sepanjang bulan yang mulia ini akan diterima Allah swt..

Syawal menjengah lagi..
Sinarnya lebih cerah daripada semalam..
Meraikan kemenangan kita berperang dengan hawa nafsu sepanjang Ramadhan..
Kemeriahannya terpancar disini sana..
Dan aku.............................................
Masih seperti selalu..
Seperti 7 tahun yang sudah berlalu..
Pemulaannya sendiri..
Kemudian berteman Muhammad Imad Addin..
Dan sekarang bertambah Aisy Dhiya Sufia..
Sedih ???
Sejujurnya.. Ya ! Aku sedih..
7 tahun bukan la masa yang singkat untuk aku terus terbiasa dengan keadaan sebegini..
Masa yang lama itu mengajar aku sesuatu..
Untuk bahagia, kita perlu berkorban..
Biarpun kadang kala hanya bertepuk sebelah tangan..
7 tahun tanpa suami disisi di pagi Syawal..
Hanya sekadar bertemu suara di talian setiap ketika..
Memohon keampunan dan memberi maaf..
Mengucapkan Salam Lebaran..
Mungkin itu sudah mencukupi bagi "sesetengah orang yang tak mempunyai perasaan"..
Tak mengapa la..
Itu bahagian aku yang sudah tertulis..
Allah itu Maha Adil..
Tidak disini, bahagia itu mungkin "disana"..
Aku akan tetap sabar menanti..

Tiada apa yang ingin diluahkan..
Hanya sekadar ingin mengucapkan..
Selamat Menyambut Hari Lebaran buat semua pembaca Syurga Addin..
Aku mohon ampun dan maaf jika ada antara kata-kata aku disini mengundang pedih dan sedih pada hati kalian..
Aku hanya manusia biasa yang ingin meluah rasa melalui penulisan..
Moga Syawal ini bukan la permulaan suatu konfrantasi perasaan..
InsyaAllah..



*2 tahun lepas (tak silap aku), anak-anak pernah tanya kenapa Ibu tak ikut balik kampung untuk berhari raya.. Aku diam je.. Aku jawab "Kereta kita kecik, tak muat nak naik ramai-ramai.".. Then anak tanya "Ibu takut dengan Amin ye ?".. Terkejut aku dengar soalan anak.. Aku tanya siapa cakap macam tu.. Anak jawab "MAMA".. Aku senyum je cakap "Nak buat apa takut kat dia, dia bukan TUHAN." Nasihat aku.. Jangan sesuka hati bercakap dengan anak-anak.. Anak tak pandai menipu.. Didik la anak dengan kebaikan, bukan dengan benda-benda negatif.. Allah kurniakan akal untuk berfikir.. Jangan fikir pakai nafsu..*

**Kalau Syawal sebelum ini, aku umpama "penghantar rombongan" ke kampung.. Tidak untuk tahun ini.. Cukup-cukup la aku menjadi "penerima zakat" untuk pakaian dan duit raya anak.. Biar Syawal kali ini aku memberi penghormatan pada perasaan sendiri.. Dan itu lebih baik untuk ketenangan dan kegembiraan aku di pagi 1 Syawal.. Ternyata aku berjaya !**

-AkU-
Syurga Addin..
06:37 pagi..

Read more…

Wednesday, August 15, 2012

~Entry Khas Untuk Orang Yang Sakit Hati !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Ada orang bagi aku soalan lagi kat Formspring..
Bukan soalan je, siap dengan macam-macam benda yang dia merepek..
Huh !! Aku dah malas sebenarnya nak layan orang macam ni..
Tapi dek kerana kesian dengan orang ni..
Maka aku buat la jugak satu entry untuk dia..
Biar dia puas hati..
Ni last la aku layan orang macam ni..
Lepas ni maleh dah nak layan..
Buat semak entry dalam blog aku je..
Ni yang dia tulis..

"hahaha betul ke bgn lps subuh? rasanya kul 11 atau 12 br bgn dr membuta. kdg2 suami dia yg msk hahaha. tolong la jgn ckp menipu seolah2 diri baik sgt tp hakikat sbnrnya lain sgt2. org yg btl2 baik x kan mengangkat diri sndiri hahaha"

Oke..
Sebelum aku jawab soalan dan ayat merepek kau ni..
Aku nak pesan satu je..
Harap lain kali kau boleh tulis elok-elok..
Guna bahasa yang betul..
Kau tu bukan budak tak sekolah !
Budak tak sekolah pun reti tulis elok-elok..
Satu lagi..
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Ini jawapan aku..
Baca, pahamkan, simpan dalam otak kau tu jangan bagi berkarat !

Betul la aku bangun lepas Subuh..
Dah tu takkan nak bangun lepas Maghrib kut ??
Pukul 11 ke pukul 12 ke, tetap selepas Subuh..
Ada tak aku cakap specific masa aku bangun ??
Tak ada kan ?? Jadi jangan nak jadikan benda ni satu isu..
Kau ni duduk satu rumah dengan aku ke yang tau pukul berapa aku bangun dari "MEMBUTA" ??
Oh ! Aku tidur, bukan membuta.. Kalau kau, aku tak tau la..
Setakat jumpa aku sekali sekala, tak payah sembang kencang laa..
Kalau la aku bangun sekitar waktu yang kau cakapkan tu..
Habis tu anak aku kebulur la tak dapat makan..
Aku pun reti sayang anak jugak..

Kau pun tulis "kdg2 suami dia yg msk"
"MSK" ni masuk ke masak.. ??
Haishh ! Ni la susahnya orang failed Bahasa Melayu.. !
Kalau dah kadang-kadang suami aku masak..
Jadi satu dosa ke ?? Salah ke suami masuk dapur untuk masak ??
Rasa aku, tak ada pun dalam list dosa-dosa besar mahupun kecik kalau suami masak untuk isteri..
Undang-undang Malaysia pun tak ada kata salah..
Tak tau la kalau undang-undang kau kata salah !
"KADANG-KADANG" maknanya bukan selalu..
Sebab selalunya aku yang masak !
Kau tau apa ?? Kau tau nak cari buruk orang saja..
Oke la tu kadang-kadang suami masak..
Sekurang-kurangnya banyak kali lagi aku masak dari suami..
Tak la suami asyik kena masak untuk diri sendiri dan anak-anak..
Atau kena beli makanan kat kedai mamak je..

Aku tak pernah pun kata aku baik..
Ada kat mana-mana statement yang aku kata diri aku ni baik sangat ???
Kalau tak ada, lebih baik kau senyap daripada berkata-kata..
Tak ada fakta pun..
Biarpun pun aku ni tak baik mana, tapi aku cuba untuk jadi baik..
Kau ada ??? Tak ada kut..
Betul la, orang baik tak kata dia baik..
Orang yang jahat pun tak akan kata dia jahat..
Orang macam kau pun takkan mengaku dia ada perangai macam ni.. Huh !

Cukup-cukup la nak ganggu kehidupan orang lain..
Go Get a life la stalker !
Guru aku (Ayah Zul) pernah cakap..
Orang macam kau ni, sememangnya ada sejenis penyakit..
Iaitu penyakit hati..
Yang tak boleh tengok orang lain lebih baik dari kau..
Agaknya hati kau sakit bila tengok orang bahagia kan ??
Sudah-sudah la..
Aku ingat bila tibanya Ramadhan, maka syaitan diikat..
Tapi aku lupa, nafsu manusia tidak pernah terikat..
Ia bebas berkeliaran..
Satu lagi kalau kau ikhlas nak nasihat atau nak betulkan orang lain..
Bukan dengan cara "Baling Batu Sembunyi Tangan" macam ni..
Kalau kau berani, komen atas nama sendiri la..
Sembang kencang je lebih !!
Suami aku pun suruh aku stop layan orang macam kau ni..
Tapi aku layankan jugak..
Sebab aku kesian..
Sekurang-kurangnya bagi hati kau puas..
Tapi kan.. Aku tak rasa apa-apa pun dengan perkataan kau tu..
Jangan katakan marah, malu jauh sekali..
Sebab apa yang kau tulis tu tak betul..
Cukup-cukup la mengumpul dosa..
Pahala kau pun tak la banyak mana kan..
Sempena bulan mulia ni, lebih baik kau kumpul pahala banyak-banyak..
Tapi kalau kau rasa dah mencukupi pahala kau tu..
Sila la FITNAH aku lagi ya !! (^^,)
Aku memang suka dapat pahala free !

Oh ! Terima kasih la sudi baca blog aku..
Walaupun kau ni tak lebih dari seorang stalker..
Tapi tetap aku hargai.. Heh !

*Ni Ustaz Azhar Idrus yang cakap !! 

**Kau tentu tahu FITNAH tu satu dosa besar.. Kau minta la keampunan dengan Allah.. Semoga Allah terima do'a kau tu.. Dan aku harap, perangai kau yang semacam ni, takkan turun kat anak-anak kau satu hari nanti..**

p/s : Tak payah nak berlagak macam kau kenal aku sangat-sangat ! Setakat mengumpat dengan orang sekeliling kau, tak payah nak cakap banyak..

-AkU-
Syurga Addin..
01:17 pagi..

Read more…

~Orang berbudi kita berbahasa..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Syawal sudah hampir tiba..
Ramadhan hampir sirna cahayanya..
Semoga segala amal ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima dan diberkati..
InsyaAllah..

Hari raya datang lagi !!! Hehe..
Excited je lebih..
Kenapa excited ??
Jeng.. Jeng.. Jeng..

*Yang ni orang panggil Cleopatra..

*Ni husband Cleopatra..

*Ni anak-anak Cleopatra..

Sesuka hati aku je kan keluarga sofa..
Ini la dia sofa raya baru yang lama..
Errrkk ! Tak paham ??

Nak cerita ni..
Hari Ahad yang lepas, waktu tu aku baru balik dengan family dari rumah seorang kenalan baru..
Alkisahnya, masa Incik Hubby nak tutup pintu pagar..
Tiba-tiba geng mesyuarat tingkap panggil..
Bukan orang lain, jiran depan rumah je..
Kitorang panggil dia Haji..
Nama dia Haji Borhan, wife dia Kak Sufiah..
Haji ni pesara kerajaan..
Aku tinjau ikut cermin pintu..
Dalam beberapa minit berbincang, Incik Hubby pun masuk dalam rumah..
Aku tanya la apa halnya berbincang dengan Haji tu..
Incik Hubby cakap, Haji nak bagi sofa..
Sebab diorang nak beli sofa baru untuk raya..
Incik Hubby pun kata oke je la..
Orang nak bagi, kita ambik je la..
Petang sikit tu, Haji Borhan panggil Incik Hubby tolong dia punggah keluar sofa..
Aku tunggu kat dalam rumah, clearkan apa yang patut..
Bila tengok je sofa yang diorang angkut letak kat laman rumah..
Terkezut la pulak !
Ni bukan sofa lama ! Memang nampak macam baru !
Tengok gambar tak nampak sangat..
Aku tanya Haji Borhan, sofa tu dah berapa lama..
Dia cakap since tahun 1999 lagi..
Dari dia kerja kat Sarawak sampai balik ke Semenanjung..
Bayangkan la dah 13 tahun sofa tu..
Tapi nampak macam baru je..
Memang Kak Sufiah pandai jaga barang-barang dia..
Tak tergamak pulak aku nak ambik sofa tu..
Kata Haji, dia offer pada anak-anak dia, tapi sorang pun tak mau..
Last sekali dia tawakkal je offer pada kitorang..
Sebab dia dah order dulu sofa baru..
Kalau kitorang pun tolak, memang dia dah tak tau nak letak mana la sofa lama tu..
Lepas dah settle semua kerja-kerja pemindahan..
Aku dengan Incik Hubby pun duduk berdiskusi..
Dua-dua pun masih lagi tergamam..
Tak sangka betapa baiknya hati Haji dan Kak Sufiah ni..
Siapa sangka, jiran yang baru je kenal kitorang.. Tak sampai setahun..
Boleh terlalu baik sampai macam ni..
Kata bidalan.. "Orang berbudi kita Berbahasa"..
Tapi aku tak tahu nak berbahasa macam mana lagi dengan budi Haji dan Kak Sufiah ni..
Sampai ke saat ni pun aku masih tak percaya masih ada lagi orang yang terlalu baik macam Haji dan Kak Sufiah ni..
Keluarga atau adik-beradik pun belum tentu boleh baik sampai macam ni..
Alhamdulillah, makin cantik la rumah kami Hari Raya tahun ni..
Oh ! Kalau ada yang nak tau berapa kami kena bayar untuk sofa ni..
Harganya hanya la 2 ekor ikan keli bakar (ni pun ikan Haji Borhan) dan semangkuk sup sayur..
Ikan tu Incik Hubby bakar, aku buatkan sambalnya..

*Ni la jiran kitorang yang baik hati tu.. Banyak kali jugak kami bertukar juadah Ramadhan ni..

**Kalau agak-agak ada yang tak percaya, boleh la pi jumpa diorang.. Bukan jauh sangat pun.. Kat depan rumah je.. Heeee.. Tak tau nak ucap terima kasih macam mana lagi.. Raya pertama nanti, memang aku dan anak-anak akan kerumah mereka.. Itu agenda yang utama.. Aku dah cakap kat Kak Sufiah hari tu.. Dia pun memang seronok la.. **

-AkU-
Syurga Addin..
00:27 tengah malam..

Read more…

Sunday, August 12, 2012

~Contest: Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack...!!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Huh !! Baru sempat nak mengadap blog..
Banyak betul kerja nak kena buat..
Itu nanti cerita kat entry lain..
Ni cerita tentang Contest dari Abang Eqbal Zack..
Tak susah pun contestnya..
Nak tau ?? Acu klik kat gambar ni..

**Ni hadiah yang Abang Eqbal sediakan..

Dah terlambat ni tapi masih ada masa..
Tak kira nak try jugak..
Mana tau ada rezeki anak-anak..
InsyaAllah..
Oiiiittt Long !!! Gua tag lu la.. Ekekekek..

-AkU-
Syurga Addin
23:27 malam..

Read more…

Friday, August 10, 2012

~Airmata seorang Suami..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sedar tak sedar dah tak lama lagi je Ramadhan bakal melabuhkan tirainya..
Entah berjumpa lagi entahkan tidak..
Sementara masih berpeluang ni..
Rebut la sebaiknya masa yang masih bersisa..

Semalam..
Masa tengah bersantai dengan Dhiya..
Aktiviti panjat memanjat..
Oh ! Dhiya dah pandai memanjat..
Jenuh nak tengok, takut Dhiya jatuh..
Kalau tak dapat panjat benda lain..
Maka ibu atau Ayah akan jadi mangsa..
Kekadang Abang Imad pun kena jugak.. Hehe..
Oke.. Back to main story..
Incik Hubby duk baring kat sebelah..
Aku tengah menahan dari didera Dhiya..
Sewaktu menoleh ke arah Incik Hubby..
Secara tiba-tiba terlihat ada air jernih melalui kelopak mata dia..
Eh ! Kenapa ni ? <---Ni dialog dalam hati..
"Ayah menangis ke ?" Ni dialog sebenar..
Aku tengok Incik Hubby diam je sambil jari dia menguis air mata yang terbentuk di tepi mata..
Untuk kepastian, aku pun kesat dengan jari kat mata Incik Hubby..
Eh ! Betul la air mata ! <---Dialog dalam hati lagi..
"Kenapa Abang menangis ?"
Dhiya aku dudukkan di sisi..
"Mana ada Abang menangis la" Incik Hubby cuba cover macho.. Haha..
Sekilas ikan di air, sudah ku tahu sedap digoreng ka atau di gulai ka.. Cehh !
"Abang susah hati pasal kita susah ya ?" Aku cuba meneka..
"Tak la.. Abang duk fikir macam-macam sekarang ni" Tu jawapan dia..
Tapi aku tahu jawapan sebenarnya lain..
Incik Hubby bangun lalu duduk dengan Dhiya di atas pangkuannya..
"Sayang.." Mukaddimahnya.. "Hmm ?" Itu je aku jawab..
"Kata la ye.. Projek Abang berjaya, InsyaAllah.. Hmm.. Abang peruntukkan simpanan untuk anak-anak kita.. Lepas tu Abang siapkan segala keperluan untuk Sayang.. Lepas tu Abang bagi lagi simpanan.. Tiba-tiba umur Abang tak panjang.. Sayang kawen lain tak ?" Muka Incik Hubby serius..
Aku tersenyap seketika.. Nak jawab apa ya ? Hmmmmmm.......
"Nak buat apa kawen lain ?" aku jawapan selamba..
"Takkan la tak kawen.. Sayang dah kaya macam tu.." Incik Hubby tak percaya..
"Kalau ada orang alim pinang, kawen la kut.. Hehe" Niat aku nak bergurau je..
"Hmm.. Kalau Ibu kawen lain.. Tak berjumpa la dengan Ayah kat Syurga nanti ye Dhiya" Incik Hubby jawab perlahan kat Dhiya..
Iskk !! Orang gurau je pun.......
"Abang.. Sayang tak pernah terfikir pun untuk kawen lain.. Kalau boleh, Insyaallah.. Biar la perkahwinan hanya terjadi sekali dalam hidup Sayang.. Kita berkahwin kerana Allah, bukan kerana harta atau pangkat mahupun kedudukan.. Biar la Sayang besarkan anak-anak sendiri.. Tak perlu ada orang lain di tengah-tengah antara kami.. Lagipun semuanya dah ada.. Nak apa lagi.. Sayang hanya perlu uruskan segalanya dengan baik.. Dan satu lagi.. Kalau diizinkan Allah.. Sayang nak kita sekeluarga berjumpa semula di Syurga Akhirat.. Kalau Sayang kawen lain, Sayang tak akan jumpa Abang dah.." Itu jawapan panjang dari aku..
Aku nampak Incik Hubby sengih sambil mengagah Dhiya..
Incik Hubby bersuara lagi..
"Kalau Sayang dah kaya, Sayang nak tinggalkan Abang tak ?"
Aku pandang Incik Hubby..
"Sedangkan masa kita susah pun Sayang tak lari tinggalkan Abang.. Apatah lagi bila kita senang.. Buat apa Sayang nak susah balik bila kita dah senang ?"
"Mana la tahu.. Ye la Abang ni dah tua, Sayang tu muda lagi.." Macam tu pulak !
"Kalau nak cari yang muda, dulu lagi Sayang dah cari.. Tak perlu tunggu lepas dah lama kawen dengan Abang.." Aku terus bangkit menuju ke dapur sebelum macam-macam lagi soalan pelik dia kemukakan..
Aku dengar dari dapur Incik Hubby bercakap dengan Dhiya..
Macam tu la gayanya bila tiba hari pertukaran giliran..
Incik Hubby akan melayan Dhiya sampai tiba masa untuk berangkat..
Hai.. Macam-macam la Incik Hubby ni..

*Budak nakal ni anak manja Ayah ! Heh !

**Ini bukan kali pertama Incik Hubby mengalirkan airmata depan aku.. Bukan mudah untuk seorang suami menangis depan isterinya.. Ego seorang suami itu tinggi melangit.. Ia hanya akan kalah dengan kelembutan dan kasih sayang seorang isteri..**

-AkU-
Syurga Addin..
01:47 pagi..

Read more…

Wednesday, August 8, 2012

~Tazkirah Ramadhan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Kita telah masuk ke fasa pertengahan bulan Ramadhan..
Semoga sama-sama kita berusaha mencari keampunan dan kasih sayang Allah swt di bulan yang mulia ini..
InsyaAllah..

Sebagai hambaNYA, kita punya dua pilihan untuk kehidupan "disana" nanti..
Sama ada di syurga mahupun di neraka..
Indahnya syurga tak dapat terbayang dengan kata-kata..
Ngerinya neraka tak terkhabar dengan cerita..

Sesungguhnya Allah swt menciptakan Neraka berpintu tujuh.

"Ia ada tujuh buah pintu" ~ (Q.S Al Hijr : 44)

     Pintu-pintu itu terdiri daripada besi penuh laknat. Bahagian luar dilapis tembaga dan di bahagian dalam berisikan timah. Di bahagian bawah terdapat azab. Sedangkan di bahagian atas terdapat murka. Lantainya terdiri dari tenbaga, timah, besi dan kaca. Di mana api datang dari atas, bawah, kanan dan kiri mereka. Ia bertingkat-tingkat. Dan tingkat paling bawah untuk orang-orang munafik.

     Tersebut pula dalam Hadis bahawa, Jibril datang kepada Rasulullah saw. Kemudian baginda bertanya, "Wahai Jibril terangkan kepadaku tentang neraka dan panasnya!" Lalu Jibril berkata, "Sesungguhnya Allah menciptakan Neraka dan Dia menyalakan seribu tahun hingga memerah. Lalu dinyalakan lagi seribu tahun sehingga memutih. Dia nyalakan seribu tahun lagi sehingga menjadi hitam. Hitam pekat dan gelap. Demi Zat yang mengutuskanmu sebagai Nabi. Seandainya sehelai pakaian ahli Neraka ada di atas bumi, tentu ahli bumi akan mati semua. Dan seandainya setimba daripada minuman mereka ditumpahkan ke air bumi, tentulah mati semua yang meminumnya. Dan seandainya sepotong rantai neraka diletakkan diatas gunung dunia, hancur leburlah ia. Dan seandainya saja seseorang masuk neraka kemudian dikeluarkan lagi kedunia, tentu ahli bumi ini mati semua kerana bau busuknya. "Kemudian Nabi saw bertanya lagi kepada Jibril sd, "Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang pintu-pintu Jahanam, apakah ia sama dengan pintu-pintu kita ini?" Kemudian Jibril menjelaskan, "Bukan, ya Rasulullah. Tetapi tingkatan sebahagiannya lebih rendah daripada sebahagian yang lain. Dari satu pintu ke pintu yang lain memakan waktu perjalanan tujuh puluh tahun. Tiap pintu lebih panas daripada pintu sebelahnya berlipat tujuh puluh kali."
     Kemudian Nabi saw bertanya tentang penduduk pintu-pintu itu. Maka Jibril as menjawab, "Pintu terbawah, disanalah tempat orang-orang munafiq. Namanya Hawiyah. seperti yang disebutkan dalam firman Allah swt :
     "Sesungguhnya orang-orang munafiq dalam Neraka yang paling bawah."
                                                                             (Q.S An-Nisa': 145)

Pintu kedua tempat orang musyrik. Namanya Jahim. Pintu ketiga tempat As-Shabiun (orang-orang yang menukar agamanya). Namanya Saqar. Pintu keempat tempat iblis dan pengikutnya daripada golongan Marjusi. Namanya Ladha. Pintu kelima tempat orang-orang Yahudi, namanya Huthama. Pintu keenam adalah tempat orang-orang Nasrani, namanya Sair. Kemudian Jibril as terdiam. Maka Rasulullah segera bertanya, "Mengapa engkau tidak menceritakan penduduk pintu ketujuh?" Lalu Jibril as mrnjawab, "Wahai Muhammad, janganlah engkau bertanya kepadaku tentang itu." "Ceritakanlah kepadaku." desak Nabi saw. Kemudian Jibril as berkata, "Di situlah tempat orang-orang sombong dari umatmu yang mati sebelum bertaubat."

Begitu sekali gambaran neraka..
Tak terbayang rasanya di fikiran..


Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

إلهى لست للفردوس أهلا
ولا أقوى على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي
فإنك غافر الذنب العظيم


Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

I'tiraf ~ Raihan..
*Ya Allah ! Jauhkan la kami dari Neraka dan seksaannya serta segala perbuatan yang mendekatkan kami kepadanya. Masukkan la kami ke Syurga bersama orang-orang yang beruntung mendapat rahmat-Mu. Aameen..*

-AkU-
Syurga Addin..
02:37 pagi..

Read more…

Friday, August 3, 2012

~Jawapan Untuk Soalan Di Formspring..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Setelah beberapa hari berpuasa dalam keadaan panas terik..
Pagi tadi hujan lebat turun juga..
Alhamdulillah.. Sejuk terasa hingga ke malam..

Baru kejap tadi aku buka email..
Ada satu soalan dari seorang pembaca Syurga Addin di ruangan Formspring..
Ini soalan dia..

"Betul ke u jaga elok anak u imad tu? i dgr khbr dr sedara2 u, u selalu cubit imad n ikat dia kat car seat selama beberapa jam, betul ke?"

Aku dah jawab secara ringkas kat Formspring..
Kat sini aku nak bagi jawapan yang lebih panjang..
Biar pembaca tu faham situasi..

Puan,
(Saya panggil puan sebab hanya orang perempuan yang kebiasaannya mengumpat)
Mendengar tanpa melihat..
Sama la seperti menghukum tanpa menghakimi...

Tak ada seorang ibu yang tak sayangkan anaknya..
Apatah lagi anak istimewa seperti Imad..
Saya akui, menjaga Imad tak semudah menjaga anak yang normal..
Hanya ibu-ibu yang mempunyai anak seperti kami yang faham situasi ini..
Mereka yang mempunyai anak yang normal tak akan pernah faham..
Imad sememangnya tak pernah mendengar kata..
Tak boleh atau tak tahu, itu saya kurang pasti..
Tapi yang pastinya Imad tak faham arahan..
Kebiasaannya di rumah sendiri..
Imad akan dibiarkan bebas dalam biliknya sendiri..
Cuma bila berada di rumah orang lain..
Imad perlukan kawalan yang lebih lagi..
Sebabnya ???
Takut Imad akan sepahkan rumah orang dan rosakkan barang-barang di rumah orang..
Ini bukan kemungkinan, tapi sesuatu yang pasti..
Rumah yang saya kerap bertandang..
Hanya la rumah mak saya atau pun rumah keluarga mertua..
Bila dirumah mak saya, Imad memang saya biarkan bebas..
Sebab ruang rumah yang tak begitu besar..
Membuatkan saya mudah memerhatikan Imad..
Mengikut soalan itu..
Mudah untuk saya buat kesimpulan..
Keadaan itu adalah sewaktu saya di rumah mertua di Kelantan....
Kerana hanya di sana saya letak Imad dalam car seat..
Itu saya lakukan sewaktu saya nak buat kerja-kerja rumah..
Ia la.. takkan duduk rumah mertua nak goyang kaki kan ?!
Rumah di sana besar (saya rasa Puan sedia maklum)..
Maka, saya perlu pastikan Imad selamat dan tak akan melakukan apa-apa kerosakan di rumah itu..
Ini saya lakukan sebab..
Pernah di suatu ketika sebelum saya meletakkan Imad di dalam car seat..
Saya waktu itu sedang menguruskan Ummi mertua..
Imad terbiar tanpa penjagaan sesiapa..
Apa yang terjadi ???
Imad telah pecahkan sebiji gelas di dapur..
Dan hampir-hampir terluka oleh serpihan gelas itu..
Maka salahkah saya meletakkan Imad di dalam car seat semata-mata untuk keselamatan Imad ???
Untuk soalan yang kedua..
Saya cubit Imad banyak kali ???
Haha.. Tipu la kalau kata seorang Ibu tak pernah letak tangan pada anaknya..
Saya akui saya pernah cubit Imad..
Kenapa ???
Bertujuan untuk mengajar..
Cuma kalau la berkenaan cerita yang "SAUDARA-SAUDARA SAYA" ceritakan itu..
Jawapan saya mudah saja..
Saya tak akan cubit Imad depan orang suka-suka, melainkan kalau..

1. Imad rosakkan barang orang..
2. Imad sepahkan barang orang..
3. Imad sakitkan anak orang..

Itu bertujuan untuk bagi orang itu tak marah dengan Imad..
Biar saya cubit Imad sebelum orang lain yang buat..
Dan dengan harapan itu akan jadi peringatan buat Imad walaupun saya tahu semua tu tak mungkin..
Kalau tanya saya banyak kali kah saya cubit Imad ???
Ya, banyak kali (lebih dari sekali)..
Tapi banyak kali lagi saya peluk dan cium Imad..

Betul, susah jaga Imad..
Tapi itu semua dah jadi tanggungjawab saya..
Susah atau senang, tetap saya akan harunginya..
Imad adalah hadiah dan amanah dari Allah swt untuk saya..
Maka saya perlu menjaga amanah itu sebaiknya sebelum saya pergi mengadapNYA..
Dan Imad juga antara yang akan membantu saya sewaktu meniti di Titian Sirat di akhirat kelak..
Bukankah Imad itu anak yang istimewa ???

Harap-harap dengan jawapan ini..
Puan akan berpuas hati la hendaknya..
Terima kasih sudi membaca Syurga Addin..
Yang baik itu dari Allah swt, dan yang kurang itu dari diri saya sendiri..
Semoga Allah swt akan memberi hidayah  kepada kita semua.. Aameen..

"Nabi saw menerangkan makna Mengumpat dalam Sabdanya:

Tahukah kamu apa Ghibah itu? Para sahabat menjawab, "Allah dan rasulNya lebih mengetahui" Beliau bersabda: Menyebut-nyebut sesuatu tentang Saudaramu hal-hal yang dia tidak Sukai.

Ditanyakan: bagaimana halnya jika apa yang Aku katakan itu memang terdapat pada Saudaraku ? Beliau menjawab: " jika apa yang Kamu katakan terdapat pada Saudaramu, maka engkau telah Mengumpatnya dan jika ia tidak terdapat padanya maka Engkau telah Berdusta atasnya. (Hr Muslim)"


*Kita selalu mudah memandang khilaf orang lain, tanpa kita sedar khilaf di dalam diri kita sendiri.. Mencari 1000 keburukan dan kesalahan orang terlalu mudah berbanding mencari satu kebaikan orang lain.. Hayat kita di muka bumi ini takkan kekal.. Sudah bersiapkah kita untuk bertemuNYA kelak ???*

*Sedih Imad bila orang sibuk mengata dan mengumpat Ibu.. isk ! isk ! isk !

p/s : Psssttt !! Puan.. Tolong kirim salam saya pada "SAUDARA-SAUDARA SAYA" tu ye !! :D..

-AkU-
Syurga Addin..
01:27 pagi..

Read more…