Thursday, September 27, 2012

~Novel -9~


    
 “Ina, come here,” suara Seri seakan berbisik. Ina menghampiri Seri. Guru bertugas belum lagi kelihatan, maka peluang ini dimbil oleh Seri untuk bercerita dengan teman baiknya.
  “Ada apa? Pasal ‘dia’ lagi ke?” Ina tersenyum.
 “Bukan. Eh.. entahlah. Aku pun tak tau nak cakap macam mana. Cuba kau baca surat ni,” Seri menunjukkan surat misteri yang diterima semalam kepada Ina. Surat itu dibuka lalu dibaca. Habis ayat terakhir, Ina memandang Seri kembali.
  “Kau agak dia ke yang hantar?” Seri hanya mengangkat bahu.
  “Aku rasalah... takkanlah dia. Mustahil. Takkanlah dia nak membazir duit nak hantar pakai pos. Baik bagi by hand. Bukan jauh, dekat saja,” Ina memberi pendapat.
 “Itu yang aku tengah fikir ni. Hishh! Tak tahulah siapa. Serabut kepala otak aku,” Seri membetulkan kedudukan tudung kepalanya. Fikirannya masih lagi dihantui surat misteri itu. Tanpa disedari guru bertugas telah pun menjejakkan kaki didepan pintu kelas.
 “Bangun semua. Selamat pagi cikgu!” suara Lett Wooi memenuhi kelas 5Sc1. Seri terperanjat, mujur tiada orang yang menyedari. Maka dengan itu mata pelajaran yang pertama pun bermula.
     Kringggggg!!!! Loceng taman persekolahan berbunyi. Pelajar-pelajar Sri Bahtera berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing untuk menuju ke destinasi yang dirancangkan. Seri masih didalam kelas mengemas buku-buku. Selesai mengemas, Seri keluar dari kelas dan menutup pintu kelas. Seri berjalan melintasi kelas 5Sc2, tiba-tiba dia teringat sesuatu. Seri berpatah balik lalu turun mengikut tangga disebelah kelasnya. Seri tak nak terserempak lagi dengan Putra. Rasanya jalan ini selamat. Sampai di tangga bawah, Seri lega kerana kelibat Putra tidak kelihatan. Langkahnya laju menyusuri padang sekolah. Perjalanannya ke bus stop tidak diganggu. Bas pun diwaktu sebegini seolah-oleh memahami hatinya. Bas tiba sebaik saja Seri sampai. Didalam bas, Seri mengeluarkan semula surat semalam. Sia menelek tulisan tangan diatas surat itu. Penulisnya mementingkan kekemasan kerana tulisannya sangat cantik persis tulisan perempuan. Seri berfikir, setahunya dia tidak mempunya kenalan seperti ini. Seri menekan loceng setelah hampir sampai di Taman Putra. Dia turun lalu berjalan kaki seperti biasa. Tiba di Taman Sri Paya, ada suara yang menegurnya. Seri menoleh.
     “Seri, aaa.. boleh Adek jumpa Seri petang ni?” Redza, kembar Sri Paya rupanya.
     “Petang ni? Untuk apa?” Seri menyoal kembali.
     “Ada hal sikit,” pendek saja dia menjawab.
     “Dekat mana?” Seri masih terus berjalan.
     “Taman Sri Pagi,” langkah Adik terhenti.
     “Pukul berapa?” Seri turut berhenti.
     “Dalam pukul 5.30 petang. Boleh tak?” jawabnya sambil melihat jam ditangan.
    “Tengoklah, nanti Seri call Adik,” Seri berjalan kembali. Dalam hatinya berkata, jangan haraplah! Seri terlalu kenal dengan budak-budak Kampung Pasang Siap tu. Memang semuanya indah khabar dari rupa. Bukan Seri dengar cakap orang sahaja, Seri dah berkawan dengan mereka. Sebab tu Seri berani cakap mereka semua macam tu. Lagipun Seri tahu, apa yang Adik nak sampaikan. Bukan dia seorang, ada lagi satu dua orang yang cuba menarik hati Seri. Cuma Seri yang tak layan, tak sanggup dia nak ada hubungan dengan orang-orang macam tu. Kalau boleh minta dijauhkan dari manusia seperti itu. Itu doa Seri. Sampai dirumahnya, Seri memeriksa peti surat dipagar. Hatinya berdoa semoga ada lagi surat dari peminat misterinya itu. Entah kenapa surat itu seperti telah menjerat hatinya. Mata ditutup dan mulutnya membaca Bismillah sambil tangannya dimasukkan ke dalam peti itu. Ada satu surat. Sampulnya seperti semalam. Seri tersenyum, tak tahu kenapa hatinya berdebar-debar melihat surat itu. Setelah pintu dibuka, Seri duduk lalu membuka surat peminat misterinya. Ayat pertama dibaca...

Assalamualaikum...
Menjunjung salam buat,
Gadisku... SERI.
     Semoga dikala ini Seri sihat dan bahagia disamping keluarga tercinta. Doa abang sentiasa mengiringin perjalanan hidup Seri. Abang disini didalam keadaan tenteram. Hidup abang lebih terisi dengan kehadiran bayangan Seri. Terima kasih abang ucapkan, biarpun permintaan abang tak diterima.

Seri gadisku,
Harum mu ditaman nuraniku,
Subur mekarmu dihalaman hatiku,
Lembut santunmu segar dijiwaku,
Mengapa kita bertemu dialam mimpi?
Menyulam kasih didalam angan,
Mencipta cinta dibawah sedar,
Sedang keindahan itu seharusnya,
Bermaharajalela pada realiti,
Akukah yang terlena atau...
Takdir yang terlupa,
Janjinya...bahagia milikku abadi,
Benar kata orang,
Penantian satu penyeksaan,
Namun aku sanggup menanti,
Menunggu Puteri Impian bertakhta disini,
Disisiku...
Dialam nyata...
-Abang-
     Seri melipat surat misteri itu dan disimpan bersama surat semalam. Dia naik kebilik untuk menukar baju. Fikirannya masih lagi diganggu surat misteri itu. Seri bingung, kenapa insan itu tidak mahu menonjolkan dirinya. Macam mana dia boleh dapat alamat Seri? Seri cuba meneliti kawan-kawan lelakinya, namun tak seorang pun yang sama seperti peminatnya, seri teringat akan Khuzairil. Memang Seri terlallu baik dengan Khuz, macam orang tengah bercinta. Khuz sendiri memanggilnya sayang dan dia menggelar Khuz abang. Tapi mustahil Khuz menganggapnya serius. Bertambah sarat otak Seri. Kepalanya berdenyut-denyut. Dia tahu penyakitnya datang balik. Dia turun ke tingkat bawah sambil menjinjit beg plastik berisi berjenis ubat. Air suam dituang ke dalam gelas dan sebutir demi sebutir ubat itu ditelan. Agak lega sedikit. Seri masuk ke ruang depan dan merebahkan badannya diatas sofa. Matanya rasa berpinar-pinar. Dipejamkan matanya sambil hatinya berdoa semoga penderitaannya dikurangkan. Mungkin doanya dimakbulkan, tak sampai lima minit, Seri sudah berada dialam mimpi. Seri terbang bersama angan untuk hidup bahagia tanpa derita. Mampukah segalanya dikecapi? Biarlah takdir dan masa yang menentukannya.

*Cinta itu kadang kala satu misteri.. Merungkainya perlukan gabungan minda, hati dan jiwa..*

-AkU-
Bumi Darul Naim..
09:37 pagi..

Read more…

Tuesday, September 25, 2012

~Novel -8~



     Tiba dihadapan rumahnya, Seri menjenguk ke dalam peti suratnya. Ada beberapa surat untuk maknya dan satu surat dialamatkan kepadanya. Pada fikirannya mungkin khabar dari teman lama. Dari Ucu barangkali. Sudah lama juga tidak mendengar khabar dari teman yang satu itu. Merajuk mungkin, setelah rasa hatinya tidak Seri endahkan. Mana mungkin Seri berkasih dengan orang yang sudah dianggap seperti abang sendiri. Pintu rumah dibuka dan Seri melangkah masuk. Beg dilempar ke tepi sudut. Seri melabuhkan tubuhnya diatas sofa, lalu surat bersampul bunga biru itu dibuka. Ayat pertama dibaca.

Assalamualaikum...
Menjunjung salam buat,
Gadisku... SERI.
     Maafkan abang jika kedatangan warkah ini mengganggu perjalanan hidup Seri. Bukan niat abang sebenarnya. Cuma ingin menyampaikan hasrat dihati. Abang ingin sekali menjalinkan persahabatan yang tulus ikhlas denganmu. Mungkin kita tak pernah bertemu, namun abang rasa tak salah jika abang berniat sedemikian. Anggap sajalah takdir yang telah menentukan hati abang untuk Seri.

SERI,
Gadis kupuja bak lembayung senja,
Memukau pandang namun sebentar Cuma,
Ingin kugapai,
Apakandaya tangan tak sampai,
Aku semacam diamuk gelora,
Lantaran rasukan cintamu,
Ingin kuluahkan kepadamu,
Namun kelu merajai lidahku,
Lantas kuutuskan warkah ini,
Sebagai ganti diriku,
Moga sudilah andainya kau terima,
Salam perkenalan dariku,
Teristimewa untukmu.......
-Abang-
     Ligat otak Seri memikirkan siapakah gerangan yang empunya diri. Namun tetap tak ditemui. Surat misteri itu dilipat dan Seri melangkah lesu naik ke bilik. Pintu dikunci, lantas tubuhnya dihumban keatas katil tanpa menukar baju. Matanya layu memandang silling. Satu demi satu masalah berlegar dilayar ingatan sehinggalah matanya terpejam. Seri terlena tanpa satu pun penyelesaian. Diluar, rintik hujan mulai membentuk. Lama-kelamaan menjadi semakin kasar seolah-olah meraikan atau menangisi sesuatu. Seri terus terlena tanpa gangguan.

*Kala pertama kupandang pesona diwajahmu.. Saat itu hati ku kan terpana.. Tiada ragu lagi.. Tiada bimbang lagi.. Semuanya ini kumiliki.. ~ Terlintas bait lagu ini di fikiran..*



-AkU-
Syurga Addin..
17:00 petang..

Read more…