Monday, October 29, 2012

~Kenangan bersama UMMI..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari yang ke 15 pemergian Ummi yang dikasihi...
AL-FATIHAH...

Kenangan Bersama Ummi..

Aku sekadar seorang menantu kepada Ummi..
8 tahun bergelar menantu, banyak yang aku pelajari dari seorang Ummi..
Ummi seorang yang sangat lemah lembut, penyayang, sabar dan bermacam lagi sifat positif..
Permulaan berjumpa Ummi, seingat aku pada tahun 2004..
Itu la pertama kali bertemu mata..
Entah kenapa, semangat yang aku kumpul sekian lama, menjadi surut bila sahaja tangan aku menjamah tangan Ummi..
Semerta tubuh aku diserang demam kejutan.. Haha..
Beberapa jam aku "diizinkan" tidur sebelum sesi suai kenal bermula..
Terasa malu juga aku tika itu..
Tetapi apakandaya, aku sememangnya pemalu.. Hehe..
Dan sesi suai kenal itu tidak hanya berhenti di situ..
Ianya berpanjangan..
*Setelah beberapa tahun berlalu..
Baru la aku tahu bahawa antara kami telah "berkenalan" sebelum itu lagi..
Tapi hanya sekadar melalui suara tanpa bersua muka..
Cuma aku saja yang tidak mengetahuinya..
Setelah menjadi menantu dalam keluarga Ummi..
Aku jarang call Ummi..
Hanya setelah beberapa tahun, baru la aku beranikan diri untuk call Ummi secara tetap..
Masa yang aku tetapkan ialah setiap petang hari Khamis..
Cerita kami banyak berkisar tentang Ummi, Abah dan Imad..
Belum pernah lagi aku mengadu tentang rumahtangga kepada Ummi..
Sebagai menghormati Ummi sebagai Ibu kepada Incik Hubby..
Maka aku sekadar bercerita tentang perkara yang dapat membahagiakan hati Ummi..
Aku pasti, tak ada seorang ibu pun yang suka mendengar keburukan tentang anaknya..
Hari berganti hari, minggu bertukar bulan, tahun semakin bertambah..
Suatu malam Jumaat pada tahun 2009..
Aku ingat lagi perbualan antara aku dengan Ummi..
Aku call Ummi lepas waktu Isya'..
Sudah lama aku simpan soalan ini untuk Ummi..
Setelah selesai cerita tentang Imad..
Maka aku beranikan diri bertanya kepada Ummi..
"Ummi terima ke Fie sebagai menantu ? Ummi restu ke antara Fie dengan Abe ?"
Itu soalan aku..
Kenapa aku tanya begitu ?
Tentu la, aku sebagai isteri kedua kepada anaknya..
Banyak cerita negatif yang sampai ke telinga aku tentang penerimaan Ummi..
Dan aku mahu mendengar sendiri dari mulut Ummi..
Jawab Ummi..
"Ummi dah lama terima dan restu Fie dengan Abe.. Jangan risau.."
Kata-kata Ummi itu sangat melegakan hati aku..
Apa lagi yang aku perlukan selain dari restu Ummi, Abah, Mak dan Papa ?
Hari-hari seterusnya aku terasa dekat sangat dengan Ummi..
Segala nasihat Ummi aku simpan kemas dalam lipatan ingatan..
Pernah satu ketika aku menangis sewaktu call Ummi..
Setengah jam lamanya kami di talian..
Kata-kata dari Ummi buat aku sangat tenang..
Dan keesokan harinya, Ummi pulak yang call bertanyakan keadaan aku..
Ternyata, Ummi semakin senang dengan aku sebagai menantunya..
Maka aku buang segala tomahan dari orang-orang yang dengki akan kebahagiaan aku..
Alhamdulillah.. Antara aku dan Ummi tiada lagi tembok penghalang..
Kali terakhir aku berbual dengan Ummi di talian sebelum Ummi jatuh sakit..
Ketika itu aku berterus terang dengan Ummi cerita tentang pertemuan aku dan Incik Hubby..
Ummi bertanya, maka aku menjawab dengan sejujurnya..
Setelah selesai cerita aku, Ummi berkata sepatah..
"Itu la yang sebaik-baiknya.."
Maknanya percaturan aku tak silap..
Terima kasih Ummi..

*Aku sambung dalam entry seterusnya..*

**Rahsia aku selamat bersemadi bersama jasad Ummi..**

-AkU-
Syurga Addin..
22:07 malam..

Read more…

Sunday, October 28, 2012

~UMMI.. Pergi jua...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...


"Hidup bukan untuk hidup..
Tapi hidup untuk Allah swt..
Hidup bukan untuk mati..
Tapi mati untuk hidup.."

Rezeki, jodoh dan ajal itu ada la rahsia Allah swt..
Selaku hambaNYA..
Kita hanya mampu menerima segala ketentuan dariNYA..
Kita merancang.. dan Allah jua merancang..
Ternyata, perancangan Allah ada la sebaik-baiknya..

Hari Isnin 15 Oktober yang lalu..
Lebih kurang pukul 10:40 pagi..
Aku mendapat panggilan dari Incik Hubby..
Membawa perkhabaran sedih..
"Sayang, Ummi dan tak ada..Siap la, kita balik Kelantan."
Aku terkaku seketika..
انّا للہ و انّا الیہ راجعون

Dhiya disisi aku tinggalkan untuk mengambil wudhu'..
Setelah selesai solat, doa dan surah Yasin..

Aku siapkan apa yang patut untuk aku dan anak-anak..
Biarpun tiada airmata yang aku alirkan..
Namun dalam hati telah banjir semenjak dari tadi..
Aku gagahkan juga hati menerima Qada' dan Qadar Allah swt..
Sampai di Kelantan lebih kurang pukul 8 malam..
Alhamdulillah, masih sempat menatap wajah Ummi buat terakhir kalinya..
Wajah Ummi bersih dan tenang..
Setelah selesai mandi, kapan dan solat jenazah..
Jasad Ummi dibawa ke "rumah baru"..
Bersemadi la Ummi dengan aman..
Aku titipkan doa buat Ummi setiap ketika..
Moga ditempatkan bersama para solehin..
Dan senantiasa di bawah lindungan, keampunan, rahmat dan kasih sayangNYA..


**Jalinan antara aku dan Ummi bermula pada 8 tahun yang lalu.. Dan selama itu aku belajar bagaimana untuk menjadi seorang isteri dan anak.. "Isteri dan anak bukan sekadar hubungan di atas kertas".. Ini kata-kata Ummi..**

~Ummi Azimah Binti Muhammad :: 08 October 1943 - 15 October 2012~

AL-FATIHAH.......

-AkU-
Syurga Addin..
16:47 petang..

Read more…

Sunday, October 7, 2012

~Cuti-cuti di Bumi Darul Naim..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Lama sungguh bercuti dari berblogging..
Biasa la, orang perasan sibuk.. hehe..
Memang agak sibuk jugak..
Satu hal lagi bila seminggu lebih bercuti di Kelantan..
Balik ke Kuala Lumpur sekejap..
Lepas tu ke Kelantan lagi..
Almaklum la, kat sini takde internet..
Ni pun aku online guna broadband adik ipar..
Lembab la sikit..
Minggu kedua raya yang lepas, kami sekeluarga bertolak ke Kelantan hari Jumaat..
Selalunya balik malam, tapi kali ni kami bertolak petang..
Itupun persiapan mengejut..
Incik Hubby ada kerja sepatutnya di Kelantan..
Ini kali pertama Dhiya ke Kelantan semenjak lepas lahir..
Kiranya ini perjalanan jauh yang pertama untuk Dhiya la..
Imad dah biasa..
Dhiya memang tak banyak hal sepanjang perjalanan..
Cuma masa nak makan malam tu, aku terpaksa makan dalam kereta sebab Dhiya tidur atas pangku..
Imad pulak, macam biasa tidur kat seat belakang..

*Ini je yang selera aku makan.. Boleh tahan la..

Sampai di Bukit Abal lebih kurang pukul 2 pagi..
Dalam kereta dua-dua budak nakal ni dah tidur..
Tapi bila diangkat naik ke rumah, mata Dhiya boleh jadi besar pulak..
Letak je kat tengah rumah, punya la dia suka..
Duk bergelak je, lepas tu ajak orang main dengan dia..

*Ni la muka budak yang tak reti nak tidur.. Haishh !!

Aku dan Incik Hubby yang agak keletihan ni tak terlayan..
Dekat pukul 4 pagi jugak la nak tidurkan Dhiya balik..
Imad dah pengsan sampai la ke pagi..
Macam-macam hal..
Seminggu di Kelantan memang menyeronokkan..
Sepanjang masa itu hanya kami 4 beranak di rumah..
Kebetulan Abah dan Ummi mertua di Bangi..
Incik Hubby sibuk dengan kerjanya di luar rumah..
Manakala aku uruskan bahagian dalam rumah..
Tapi tak boleh nak buat banyak sangat kerja sebab Dhiya asyik berpaut kat kaki aku..
Sepanjang masa Dhiya atas dukungan atau bergayut kat kaki..
Haishh ! Macam mana la nak buat kerja kan ??!
Tapi sempat jugak buat apa yang patut..

*Melayan kerenah dua orang ni dah cukup untuk buat aku sibuk..

*Nampak tak apa jadi kat tangan Dhiya tu ?? Haaa.. Tu la bekas gigitan Imad.. Sian Dhiya..

Sekali tu Incik Hubby ajak aku bersihkan masjid di kampung tu..

*Ni la masjidnya..

Aku ditugaskan untuk vacum bahagian dalam masjid..
Baru separuh jalan vacum, Dhiya dah meraung..
Maka terpaksa la aku vacum sambil Dhiya duduk kat belakang..
Sedar-sedar je, Dhiya dah pun lena.. Hehe..
Petang-petang pula, kami berjalan-jalan di sekitar rumah..
Berkenalan dengan jiran-jiran yang tak pernah aku jumpa.. Hehe..
Mereka sangat peramah dan tak terasa baru berkenalan..
Mok Su, Mak De.. Oh ! Ada tiga orang nama Mak De kat sini.. rumah mereka pun berdekatan..
Tapi mereka semua dibezakan dengan nama suami..
Hehe.. Macam-macam la diorang ni..
Alhamdulillah, penerimaan mereka cukup baik buat "orang luar" seperti aku ni..
Macam-macam lagi acara yang kami buat sepanjang seminggu di Kelantan..
Pagi ~ sapu-sapu halaman rumah, siram pokok bunga..

*Ni antara pokok bunga yang aku bersihkan dan siram setiap pagi..

*Ni pulak pokok kunyit dan halia yang aku tanam sebab dah bercambah sendiri kat dapur..

Tengah hari ~ masak-masak sambil layan anak-anak..

*Drebar kecik ni posing sakan masa tunggu ubat Imad kat Hospital Pasir Puteh..

Petang ~ Layan anak-anak main kat halaman rumah, melawat jiran-jiran..

*Tengok la mak cik ni yang rajin tolong aku lipat baju.. Konon la..

Malam ~ Layan tidur la ! Apa lagi ?? Hehe..
Terasa macam dah lama sangat kami disini, macam disyurga sendiri.. Hehe..
Perasan je lebih !

*Dengan kereta Kancil Abah ni la kami kemana-mana..

*Aktiviti tanam kelapa kat tepi pagar rumah..

*Tak jadi tanam tepi pagar.. Tanam kat kawasan lapang depan rumah..

Satu petang tu, tengah duduk-duduk minum teh dan makan biskut kat pangkin halaman rumah..

*Kat sini la kami bersantai setiap petang..

*..Sambil menikmati pemandangan hijau depan rumah..

Aku pun borak-borak santai dengan Incik Hubby..
"Rasa macam kita ni duduk rumah sendiri ye Bang ?" kata aku..
"Tu la ! Abang ingatkan Abang sorang je yang rasa macam tu," kata Incik Hubby pulak..
"Hmm.. Best jugak duduk kampung ni.. Sayang memang teringin sangat nak duduk kampung macam ni.. Tak la sesak nafas macam duduk kat KL tu.. Kalau ada rezeki kita buat rumah kat kampung la ye Bang !" saran aku kat Incik Hubby..
"Laa.. Ingatkan Abang sorang je yang fikir macam tu.. Sehati sejiwa jugak la rupanya kita ni kan ! Patut la Allah tu jodohkan kita berdua.." kata Incik Hubby buat aku ketawa sakan..
Hehe.. Macam-macam hal la Incik Hubby ni..
Seminggu di Kelantan, rasa macam dah bertahun aku tinggal kat sini..
Dah macam rumah sendiri pulak..
Berbeza rasanya dengan keadaan sebelum ni..
Dan satu lagi keindahan yang aku nikmati kat sini..
Setiap kali masuk waktu solat..
Akan kedengaran azan dari masjid yang berdekatan..
Betul.. Kat mana-mana masjid pun akan ada azan berkumandang..
Cuma istimewanya untuk diri aku..
Suara azan itu datangnya dari suami sendiri..

Masa kat sini..
Sempat jugak aku tengok acara buang saka..
Selalu tengok kat tv atau dengar cerita je..
Tak la sama macam kat tv tu..
Tu yang jenis dasat punya cara buang saka..
Yang ni lebih bersopan.. Hehe..
Macam tak percaya pun ada jugak..
**Pesanan untuk orang tu.. Aku tak la bodoh nak ambik gambar waktu orang tengah berubat buang saka.. Itu dah mengaibkan orang.. Aku reti juga menjaga aib orang.. Tak la macam orang tu.. Tak payah nak sampai-sampai pesan kat aku.. Aku pun reti pikir la..**

Gambar-gambar tu aku tak sempat nak edit..
Pasal kat sini internet sangat la siputnya..
Jenuh nak upload gambar-gambar yang kat atas tu..
Nak berfesbuk pun tak dapat..
Entry yang lain nanti aku sambung cerita sepanjang aku di Kelantan..

-AkU-
Bumi Darul Naim..
01:17 pagi..

Read more…