Monday, December 31, 2012

~Imad nak ke Sekolah..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Kalau tahun depan Dhiya nak masuk setahun..
Imad pulak nak masuk 6 tahun...
Kalau budak normal, dah boleh pergi pra sekolah..
Hari tu masa appointment Imad dengan doktor pakar kat HKL..
Doktor cakap Imad dah boleh pergi pra sekolah..
Tapi aku dan Incik Hubby macam tak yakin je..
Oleh kerana menghormati doktor pakar tu, maka hari Jumaat yang lalu..
Aku dan Incik Hubby pun pergi la ke JPN Wilayah Persekutuan..
Memandangkan Incik Hubby di rumah satu lagi..
Aku kena uruskan semuanya sendiri sementara tunggu Incik Hubby ambik kami..
Imad dan Dhiya aku paksa bangun pagi sebab interview bermula pukul 9 pagi..

*Muka budak kena kejut awal pagi.. Senyum pun tak mau Dhiya tu..

Sebab nak masuk ke Sekolah Khas ni rupanya kena interview dengan Pegawai Jabatan Pendidikan..
Jumpa la kami dengan Cik Hasnah.. Baik orangnya dan peramah..
Bila dia tengok Imad, dia pun bagi pendapat dia..
Sama macam yang aku dan Incik Hubby rasakan..
Yang Imad belum bersedia untuk ke Sekolah Khas - Pra Sekolah..
Sebab Imad masih lagi tak boleh berdikari..
Satu apa pun Imad tak tahu, macam mana nak pergi sekolah..
Jadi kami disarankan daftarkan Imad ke Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)..
Kat situ Imad boleh belajar untuk permulaan..
Sebelum boleh ke Sekolah Khas..
Kami pernah ke PDK Batang Kali awal tahun hari tu..
Dan memang rasa Imad sesuai di PDK..
Cuma nak mintak pendapat la dulu sebelum nak masukkan Imad ke sekolah..
Dan sekarang, memang confirm la Imad akan dihantar ke PDK..
Lepas habis je interview tu..
Incik Hubby ajak aku ke PDK di Gombak Setia..
Tak jauh la dari rumah..
Sampai je kat depan pagar tu, alamak.. Tutup pulak..
Ada notis yang bagitau diorang akan buka semula pada 2 Januari 2013..
Jadi hari Rabu ni aku dan Incik Hubby akan ke sana semula..
Untuk daftar Imad..
Harap-harap Imad boleh belajar sesuatu di PDK nanti..
Kat situ pun Imad boleh dapat ramai kawan.. Hmmm..
InsyaAllah..

*Dulu pernah terfikir nak hantar anak lelaki ke Sekolah Tahfiz.. Tapi nak kena tunggu dapat anak yang lain la.. Sebab nak hantar Imad.. Urmmm... Rasanya tak kesampaian..*

-AkU-
Syurga Addin..
22:57 malam..

Read more…

~Aduhai Dhiya...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Tak lama je lagi dah nak bertukar tahun..
Tak lama jugak lagi Dhiya nak cukup satu tahun..
Macam tak percaya je Dhiya dah besar.. Hehe..
Besar la tu bila dah satu tahun..
Tapi Dhiya tetap nak menempel dengan aku..
Pantang nampak je kelibat aku..
Mesti Dhiya berkejar nak peluk aku..
Tak dapat peluk badan, peluk kaki pun jadi la..
Haishh ! Dhiya.. Dhiya..
Dhiya memang tak nak kat orang lain..
Kalau boleh 24 jam nak melekat dengan aku..
Tak kira la masa tidur ke, mandi ke, masak ke.. Bila-bila pun..
Hatta masa nak drive kereta pun..
Dhiya tetap nak melekat dengan aku..
Hari tu.. Beberapa minggu yang lalu..
Masa tu Incik Hubby tengah Cuti-cuti Malaysia dengan family My Honey Dew..
Kebetulan petang tu, Imad kena sawan..
Mula-mula kena sekali, selang setengah jam kena lagi..
Nak tak nak terpaksa jugak aku berkejar ke HKL..
Dhiya pulak tak nak duduk kat baby car seat..
Aku letak Imad kat seat sebelah dan Dhiya di atas pangku..
Sambil memandu Prado yang gearnya agak pelik tu..
Alhamdulillah, sampai jugak di HKL dengan selamat..
Dari petang sampai la ke malam..
Dapat keluar hospital lebih kurang pukul 11 malam..
Dalam perjalanan balik ke rumah..
Dhiya tetap melekat dengan aku..
Huh ! Memang mencabar sungguh.. Hehe..
Satu lagi kisah, waktu Ummi meninggal hari tu..
Masa nak balik ke Kelantan..
Incik Hubby satu kereta dengan My Honey Dew dan anak-anak..
Aku, Imad, Dhiya dan sorang lagi anak satu kereta..
Memandangkan Dhiya tak nak kat orang lain..
Maka Dhiya duduk dalam baby car seat kat seat sebelah..
Mula-mula perjalanan tu oke la jugak..
Dhiya banyak tidur.. sesekali je berhenti sebab nak menyusukan Dhiya..
Tapi lebih kurang 1 jam nak sampai rumah Abah tu..
Dhiya dah mula buat hal..
Dhiya nak duduk atas pangku aku je..
Maka aku terpaksa memandu dalam keadaan hujan, malam, penat, tak berapa nampak dan Dhiya atas pangku..
Memang agak bahaya, tapi nak buat macam mana..
Sebelum tu aku suarakan pada Incik Hubby nak mintak tukar drive dengan My Honey Dew..
Tapi Incik Hubby minta aku bawa sampai ke Kelantan..
Katanya My Honey Dew tak boleh drive macam mana aku drive..
Aku ikutkan saja la..
Alhamdulillah, dalam keadaan macam tu sampai juga di rumah Abah selepas lebih kurang 8 jam perjalanan..
Masa nak balik Kuala Lumpur pulak..
Tetap keadaan yang sama..
Incik hubby, My Honey Dew dan anak-anak satu kereta..
Aku, Imad, Dhiya dan seorang lagi anak (Balqis) satu kereta..
Mula-mula tu oke la jugak..
Lepas beberapa ketika, aku dah mula hilang tumpuan..
Dalam keadaan panas, mengantuk, Dhiya buat hal, Balqis tidur tak sedar diri sampai Imad buat macam-macam kat belakang..
Aku pun call Incik Hubby minta tukar anak lain sambil cuba pujuk Dhiya untuk tidur..
Tukar Balqis dengan Darwish..
Boleh la tahan setakat nak tengok Imad..
Dhiya tetap aku yang kena control..
Tapi 30 km sebelum sampai Gua Musang..
Kepala aku dah sakit, mata dah kabur, Dhiya pun buat hal..
Aku bawa slow je, sambil layan situasi sementara nak sampai Gua Musang..
Sebab Incik Hubby janji akan tukar driver sampai sana..
Tapi bila keadaan dah tak terkawal, tukar jugak driver sebelum sampai Gua Musang..
Dalam Prado, aku ambil Panadol 2 biji dan cuba nak lelapkan mata..
Kurang-kurang dapat lelap barang sejam-dua kira oke la..
Boleh la reda sakit kepala ni..
Tapi... Tak sempat nak lelap 15 minit..
Imad kat belakang duk main tarik-tarik kepala aku..
Darwish yang diharapkan untuk tengok Imad dah berdengkur kat belakang..
Arggghhhhhh !! Memang tak boleh reda sakit macam ni..
Keadaan berterusan sampai la kami berhenti solat kat masjid sebelum sampai Raub..
Aku mintak Incik Hubby cakap dengan My Honey Dew tolong drive sampai Kuala Lumpur..
Sebab aku tak boleh tahan sakit macam ni nak drive..
Apatah lagi dengan Dhiya yang tak boleh berenggang macam ni..
Habis solat tu, Incik Hubby kata tak apa la, My Honey Dew bawa sampai rumah..
Tapi baru 5 minit kereta bergerak, My Honey Dew call Incik Hubby bagitau dia tak larat nak drive..
Dalam keadaan terpaksa, aku bawa kereta jugak..
Masa tu hanya Aku, Imad dan Dhiya saja dalam kereta..
Yang lain semua dengan Incik Hubby..
Dengan sakit kepala, pening, pedih mata, pandangan kabur dan Dhiya atas pangku..
Aku bawa kereta juga..
Alhamdulillah, sampai juga di Kuala Lumpur dengan selamat..
Tak tunggu apa, aku angkut Imad, Dhiya dan semua barang-barang masuk dalam rumah..
Dapat letak kepala 5 minit, Incik Hubby muncul depan rumah..
Dia ingat nak tolong angkut barang, tapi semua aku dah settle kan..
Borak lebih kurang, aku mintak Incik Hubby belikan makanan dan panadol..
Kat rumah baru la Dhiya nak tidur..
Aduhhhhh... Lepas makan dan solat, aku pun tidur..
Tak sampai 10 minit dah belayar, sebab makan panadol..

Dhiya.. Dhiya..
Hati geram bila Dhiya buat perangai..
Tapi bila tengok muka kesian Dhiya, aku tak jadi nak marah..
Sama la Incik Hubby pun..
Kadang-kadang nak marah bila Dhiya panjat-panjat Incik Hubby masa bangun pagi..
Tapi bila pandang muka Dhiya tak jadi nak marah..
Aduhai anak.....................

*Ini la kerja Dhiya tiap petang.. Tengok orang main basketball kat tepi rumah.. 

*1 tak semestinya yang utama, 2 tak semestinya mengalah sentiasa.. Sebab hidup ini macam putaran roda.. Kadangkala kita di atas dan adakala kita di bawah.. Bukan selamanya kita hidup akan berada di atas sentiasa.. Muhasabah diri..*

-AkU-
Syurga Addin..
17:47 petang..

Read more…

~Andai Ku Bercinta Lagi..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Minggu yang lalu..
Masa balik kampung kat Felda Kechau.. (kampung baru sayeeee... hehehe)
Ada la sorang anak ni namanya Irsyad Basir..
Kecik je budaknya, baru darjah 3..
Dia suka pegang, peluk, usap dan sebagainya kucing-kucing kesayangan dia..
Sambil peluk-peluk kucing tu..
Tiba-tiba dia nyanyi..
"Andai ku bercinta lagi, suatu hari nanti.."
Lirik itu je la yang diulang-ulang..
Dalam hati aku..
Apa la budak ni.. Dengan kucing pun nak tangkap feeling.. Hehe..
Aku pun tanya la lagu apa yang dia nyanyi..
Dia pun tak tau.. Sengih je la jawabnya..
Tiba-tiba la pulak, keluar lagu tu kat tv..
Aku dengar tang chorus tu terus dapat tangkap..
Lagu ni la yang si budak Basir tu nyanyi..
Layan jugak lagu kumpulan Mojo ni..
Tengok clip video tu.. Laaaaaa... group didikan KRU.. Patut pun..
Boleh tahan la lagu diaorang ni..
Mungkin orang lain dah lama dengar..
Tapi bagi aku yang tak dengar radio ni..
Semalam, dengar pulak kat Konsert Jom Heboh..
Aku pun cari kat utube..



"...Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati..."


Kat atas ni lirik lagu tu..
Tengok lirik dan clip video tu yang aku faham..
Seorang lelaki yang kehilangan seorang wanita dalam hidup dia..
Bukan wanita yang biasa-biasa, tapi wanita yang dia cinta gila..
Sampai dalam hati dia tak ada ruang untuk orang lain..
Ya, Tajuknya "ANDAI KU BERCINTA LAGI"..
Dia kata andai, tapi tengok gaya macam tak akan je..
Sebab hati dia dah diserahkan bulat-bulat kat wanita tu..
So, maksudnya.. Dia tak akan bercinta lagi..
Wanita yang dicintainya itu pergi selamanya..
Membawa sekali hati lelaki tu..
Tapi sweet sangat bila wanita tu tinggalkan pesan..
5 perkara yang perlu lelaki tu buat lepas wanita tu dah takde..

Lirik lagu ni aku tujukan kat Incik Hubby..
Apa yang ada dalam lirik tu..
Itu la luahan hati aku pada dia..
Cuma aku tak le sampai nak suruh buat 5 perkara macam dalam clip video tu.. Hehe..
Oh ! Muka penyanyi tu macam ala-ala sweet je..
Tak la sampai tergoda.. Tapi tengok gaya, boleh jual la.. Hehe..

*Aku pernah tanya Incik Hubby, kalau aku mati dulu, dia nak kawin lain tak ? Dia cakap ya !.. Aku tanya kenapa ? Dia cakap sebab dah terbiasa hidup dengan 2 isteri.. Jadi rasa janggal la pulak kalau ada 1 isteri je nanti.. Aku iya kan aje.. Aku kata, bagus la.. Tapi aku pesan jangan cari yang muda sangat.. Nanti tak sempat nak hidup lama.. Dia tanya kenapa pulak ? Aku jawab.. Ye la, asyik nak melayan kerenah orang muda ni..  Maunya tak sakit jantung.. Dia senyum je.. Cehh ! Senyum ada makna tu ! Haha.. Lepas tu dia pegang tangan aku, dia cakap.. "Takkan la Abang nak kawin lain, hati Abang yang ada kat Sayang ni akan ikut sekali bila Sayang "pergi" nanti.." Ohh... Sesekali dia pandai juga memujuk..*

-AkU-
Syurga Addin..
16:07 petang..

Read more…

Saturday, December 22, 2012

~Cerita Buku..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Dah berapa malam mata aku tak boleh lelap..
Aku hanya sempat tidur lepas Subuh..
Itu pun hanya sekadar beberapa jam sebelum nak kena bangkit dan buat rutin harian..
Pokok bunga kat luar rumah pun tersadai..
Daun-daun kering pun angin yang tolong sapukan..
Badan pun dah semakin hilang lemak..
Aduhhhh...... Derita betul bila hilang nikmat yang satu itu..
Maka, aku penuhkan dengan membaca..
Rasanya dah habis satu rak buku aku baca buat mengisi malam-malam aku..
Sesiapa ada buku-buku yang rasa-rasa nak bagi aku pinjam..
Sila la pos kan ke rumah aku ye.. Ekekekeke..
Suka-suka je kan ??!
Rumah aku banyak buku..
Tapi tak la sampai jadi macam library..
Sekadar ada beberapa rak saja..
Itu tak termasuk yang hilang, orang pinjam tak pulang balik atau yang aku pinjam dah pulangkan balik..
Aku mula kumpul buku masa sekolah dulu..
Ada la beli sikit-sikit buku-buku remaja ni..
Dulu memang popular dengan novel-novel Ahadiat Akashah..
Aku juga antara yang gila dengan novel dia..
Bila dah semakin meningkat dewasa..
Aku beralih kepada buku-buku keluaran Alaf21..
Buku-buku yang lebih bercorak cinta..

*Rak atas tu untuk Ahadiat Akashah, rak bawah tu untuk Alaf21.. Banyak lagi sepatutnya, tapi orang pinjam tak pulang balik..

Bosan dengan cerita cinta yang agak klise..
Aku beralih pula pada buku-buku keluaran Creative Enterprise..
Yang ni aku banyak beli buku tentang kemanusiaan, kekeluargaan, dan bermacam topik lagi..
Tak tertumpu hanya soal cinta saja..
Baru puas membaca !!

*Ini antara buku-buku dari Creative Enterprise.. Pun sepatutnya banyak lagi.. Tapi.......

Selalunya aku akan tengok kepada penulis dan jalan cerita..
Kalau penulis terkenal, tapi jalan cerita tak best..
Maka aku takkan beli..
Tapi kebanyakan penulis yang sama, jalan cerita yang berlainan..
Itu yang bagusnya, tak bertumpu pada satu topik genre saja..

*Ini antara penulis yang aku minat.. Novelnya pelbagai genre..

*Dua yang kiri tu dan yang paling kanan tu aku punya.. Cerita memang best.. Yang no 3,4 dan lima dari kiri tu adik aku punya.. Aku tolong jaga je.. Cerita remaja.. Tak logik pun ada.. hahahaha..

*Antara penulis wanita yang aku minati.. 

*Buku-buku ni pun boleh tahan juga.. Tiga yang kanan tu memang kesayangan aku, sebab cerita bersambung.. Patutnya ada empat, tapi yang ke 2 ada orang pinjam tak pulang..

*Ini novel yang paling aku sayang.. Disebelah kiri tu kalau diperhatikan novel Cemburu Seorang Perempuan dan Jibam ada dua naskah.. Ini disebabkan ada orang pinjam, lepas tu tak pulang dan aku terpaksa dapatkan naskah yang baru.. Tapi lepas setahun, dia pulangkan balik pakai pos.. Dan yang kanan tu novel karya Sasterawan Negara.. Orang tak pinjam sebab tak minat nak baca.. Bagussss !!

Setiap kali ada Pesta Buku, aku antara pengunjung tetap..
Tak pernah kurang dari 5 buku aku bawak keluar dari Pesta Buku..
Dan yang paling banyak aku pernah beli adalah 25 buku..
Ini sewaktu Pesta Buku tahun 2009..
Memang puas waktu tu dapat beli buku yang banyak..
Selain buku, aku juga antara pembeli tetap Majalah Mingguan Wanita..
Setiap minggu memang ini antara yang wajib aku beli..
Dari bujang sampai dah kawin, aku pembaca tetap majalah ni..
Sebab banyak informasi dalamnya..

*Ini koleksi Majalah Mingguan Wanita yang ada dalam simpanan.. Banyak yang aku dah buang sebab kena makan dengan anai-anai kat rumah lama dulu..

*Ini yang paling aku suka.. Beli masa Pesta Buku.. Siap dapat tandatangan Ujang lagi.. Malu nak bergambar je.. Hehe..

Masa aku berkerja dulu pulak, setiap bulan aku akan peruntukkan RM100 untuk beli novel..
Memang gila novel waktu tu..
Kadang-kadang dalam perjalanan pulang ke rumah..
Aku mesti singgah di booth Alaf21 yang dibuka di LRT station..
Paling kurang 1 buku mesti dalam tangan.. Hehe..

*Ini koleksi dari publisher yang lain.. Boleh tahan la..

*Yang ini koleksi buku-buku motivasi.. Bercampur antara aku dan Incik Hubby punya.. Ada lagi yang lain dalam simpanan Incik Hubby..

*Ini panduan keagamaan.. Kebanyakannya aku yang beli.. Yang kanan sekali tu, aku beli masa aku berumur 18 tahun..

*Ini koleksi Mastika dan Doraemon.. Hehe.. Mastika tu banyak lagi sepatutnya, tapi ada yang aku dah buang masa nak pindah rumah dulu.. Doraemon tu pulak ada koleksi yang anak buah pinjam, tapi tak pulangkan..

Boleh la nak dibuat perpustakaan kecil setakat koleksi banyak ni..
Tapi lepas dah tak bekerja ni, hobi membeli buku pun turut lenyap..
Tak boleh lah nak shopping sakan, pasal bukan duit sendiri..
Terfikir jugak aku, kalau ada rezeki nak buka kedai buku sendiri..
Boleh baca buku sampai muntah.. Hehe..
Ada sesiapa nak pinjam buku aku ??
Meh la datang rumah..
Tapi aku akan kenakan syarat yang ketat.. Haha..
Ye la, untuk keselamatan buku-buku aku jugak..

**Ini nota untuk Mrs. Accountant.. Jadual kerja untuk Staff A dan B.. 5hb Disember - 13hb Disember (9 hari ~ Staff B).. 13hb Disember - 20hb Disember (8 hari ~ Staff A).. 20hb Disember - 26 Disember (7 hari ~ Staff B).. 26 Disember - 2hb Januari (8 hari ~ Staff A).. Bagi aku jadual ini adil dan saksama.. Dua-dua staff pun bekerja 16 hari untuk 4 minggu.. Tak ada yang dapat kurang atau teraniaya.. Mohon Mrs. Accountant semak balik buku kira-kira atau tengok balik kalendar.. Accountant pun manusia biasa, ada waktu salah kira..**

-AkU-
Syurga Addin..
12:07 tengah hari..

Read more…

Sunday, December 16, 2012

~Kisah Seorang Jalanan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Adinda..
Genggam tanganku erat-erat..
Biar kebas hujung jariku..
Peluk tubuhku rapat-rapat..
Walau terhimpit penjuru jantungku..

Dunia kita di sini..
Alam kita begini..
Mereka hanya memandang..
Tapi kita merasa..
Perit jerih mencari rezeki..
Tak pernah terkira halal haram..

Lenalah dipangkuanku..
Biar panas tubuh dinginmu..
Agar reda desah resahmu..
Moga terkumpul kekuatan untuk hari esok..

Sayang..
Biar di mana pun kita berada..
Walau bagaimanapun keadaan kita..
Kita tetap satu..
Takkan terpisah..

Kita punya jiwa yang sama..
Terluka.. namun masih ada bahagia..
Tersenyum.. tapi masih terselit duka..
Gembira.. walau hati tersayat luka..

Ibu.. Ayah..
Hidup kita begini..
Takdir kita begini..
Perlukah mengalah pada nasib ?
Lantaran desakan hidup yang tiada hentinya..

Ah ! Hukum alam..
Yang besar dipuji dipuja..
Yang kecil dicaci dihina..
Mata mereka hanya memandang..
Telinga mereka hanya mendengar..
Mulut mereka hanya berkata..
Kepala mereka hanya digeleng..
Sedang tangan mereka tergenggam dibelakang..
Lalu mereka berlalu tanpa pamitan..
Biar lah ! Biar lah mereka pergi..
Kerna hadirnya mereka hanya mengundang derita..
Jiwa mereka tak mampu menelah..
Hati seorang jalanan seperti kita..
Cukup la hanya kita di alam yang sama..
Kerna antara kita..
Ada jalinan yang takkan terungkai..
Punya ikatan yang tak mungkin terurai..

-AkU-
Syurga Addin..
02:37 pagi..

Read more…

~Terima Kasih CiKema !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Dah lama nak keluarkan entry ni sebenarnya..
Tapi kali ni baru berjaya..
Alhamdulillah..

Oke..
Mula-mula nak ucapkan terima kasih kat CiKema dulu..
Terima Kasih CiKema !!! (baca macam murid-murid ucap selamat kat Cikgu)
Siapa CiKema ni ??
CiKema ni teman di alam maya..
Hehe.. Kenal pun kat Fesbuk dan Blog..
Sebenarnya bukan la tak kenal langsung pun..
Husband CiKema ni school mate masa Sekolah Menengah dulu..
Back to main point..
Kenapa nak ucap terima kasih ??
Ye la.. Sebab blog CiKema ni memang best tau !
Dah la banyak entry pasal giveaway, contest lagi..
Tapi aku tak join sangat giveaway dan contest ni..
Yang best lagi, hari tu CiKema ada buat entry untuk dapat free sample macam-macam barang..
Siap bagi link lagi.. Aku pun terjebak jugak duk request free sample.. Hehe..
Aku dah dapat susu free, pampers anak free.. Err.. pad free jugak.. (saja kecikkan yang tu ! haha..)

*Pic 1 - Tinggal satu je lagi sample, yang lain semua dah pakai.. Pic 2 - Susu pun tinggal 2 je sample, yang lain dah habis minum.. Pic 3 - Yang ni tak pakai-pakai, sebab belum sampai seru.. hehe..

Saja je gatal tangan duk request..
Dan yang satu lagi best..
Hari tu tengok dekat fesbuk CiKema..
Ada post pasal nak join Umami Zone..
Free je, tak kena bayar pun..
Apa Umami Zone ni ??
Haishh ! Malas la nak cerita.. Nak tau, pergi gugel sendiri.. ekekekeke..
Ini dari Syarikat produk Ajinomoto tu..
Lepas dah join dan dapatkan 3 lagi ahli berdaftar under nama aku..
Maka dapat la gift yang diorang janjikan..
Dekat 2 minggu jugak la menanti nak dapat..

*Ini kad ahli..

*Ini antara sample produk yang aku dapat..

*Ini special gift lepas perkenalkan 3 ahli baru..

Seronok jugak buat macam ni..
Tak kena bayar pun.. Hehe..
Oh ! Ada satu lagi cerita yang best..
3 minggu lepas aku dapat panggilan dari satu company ni..
Orang tu bagitau aku antara 150 pemenang Kotex Sampling Survey..
Mula-mula macam tak percaya je..
Tapi bila aku hubungi syarikat yang berkenaan, diorang pun sah kan benda ni betul..
Maka aku pun ajak Incik Hubby untuk ambik hadiah tu..
Hari Jumaat minggu lepas kami pun ke pejabat diorang kat Dataran Prima..
Jenuh pusing-pusing cari tempat ni..
Lepas bertanya kat orang sekitar, baru la jumpa..
Apa yang aku dapat ?? Hehe..

*Ini la hadiahnya.. Setahun punya stok..

*Dua-dua pun ada 24 pek..

Alhamdulillah, rezeki..
Saja je tangan gatal cuba-cuba jawab survey..
Kira oke la kan dapat hadiah ni..
Sapa nak bagi free ye tak ??
Tapi memandangkan aku masih lagi belum sempat mengangkat "Bendera Jepun" lepas habis pantang bersalin Dhiya hari tu..
Maka benda ini akan kekal duduk dalam kotak..
Ada sesiapa nak ??
Meh la datang rumah ambik.. Banyak ni........

**Meh la pakat-pakat singgah kat blog CiKema ni.. Macam-macam adaaaaaa... hehe..**

P/s : Terima kasih daun keladi CiKema ye ! Psssttt ! Nak share hadiah ke ?? Hehehehe..

-AkU-
Syurga Addin..
01:17 pagi..

Read more…

Friday, December 7, 2012

~Imad dah tak rasa sakit ??~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Lama dah tak up entry baru..
Bukan takde cerita.. banyak sebenarnya nak cerita..
Tapi kecederaan di tangan menjadi penghalang..
Ini pun, boleh type slowly..
Ahhhhh.. Derita, tapi ada baiknya..
Bagi rehat sikit kat tangan..

Lama dah tak cerita pasal Imad Addin..
Tahun depan Imad dah masuk 6 tahun..
Dah besar Imad rupanya..
Tapi bagi aku Imad tetap anak kecik..
Sebab Imad tak macam anak-anak yang lain..
Tapi semakin besar Imad ni semakin membimbangkan pulak..
Apa taknya, Imad dah macam tak rasa kesakitan..
Lupa pulak aku nak tanya dengan doktor masa appointment hari tu..
Kesnya aku cakap macam tu..
Masa hari ke-4 Ummi "pergi" hari tu..
Lebih kurang pukul 1 lebih..
Aku nak bagi Imad makan..
Tinggalkan la Imad kat bilik tv dengan sepupunya yang lain..
Masa aku datang balik kat bilik tu aku dengar kecoh-kecoh..
Aku pun tanya la kat diorang..
Kecoh diorang cakap Imad makan tebuan..
APA ??? TEBUAN ???
YA ! IMAD MAKAN TEBUAN !!
Alaa.. Tebuan yang warna hitam kuning tu..

*Gini la muka tebuan tu..

Apalagi, menggelabah puyuh la aku check mulut Imad..
Kakak dengan Lah (anak buah) bagitau diorang dah keluarkan dari mulut Imad..
Memang tebuan tu dah nyawa-nyawa ikan..
Tak dan 3 minit, tebuan tu pun kembali ke rahmatullah.. Kesian...
Tapi Imad cool je, siap boleh lompat-lompat lagi..
Cuma diorang cakap, time tebuan tu duduk dalam mulut Imad..
Imad hanya tepuk-tepuk pipi dia banyak-banyak kali macam rasa sesuatu yang tak kena dalam mulut dia..
Tapi Imad tak nangis sikit pun..
Memang power anak ayah ni..
Habis je aku bagi makan, aku tengok mulut Imad dah bengkak sikit..
Aku pun tanya Kak Za (kakak ipar) nak buat apa..
Kak Za suruh sapu habatussauda.. Err, takkan tu je ?
Suruh cari jugak tempat tebuan tu sengat..
Aku macam tak berapa nak percaya..
Azlan (adik ipar) pulak suruh cepat-cepat pergi klinik..
Sebab takut bisa tu menjalar tempat lain pulak..
Aku pun tak tunggu lama..
Terus cari Incik Hubby..
Time tu Incik Hubby tengah siap-siap nak balik KL dengan My Honey Dew dan family..
Setengah jam, mulut Imad dah bengkak besar..

 *Nampak tak bengkak tu ? Ini gambar lepas hampir setengah jam..

*Tengok muka Imad yang pasrah je.. Hehe.. Tak nangis pun..

*Cool je Imad.. Kalau budak lain, meraung dah aku rasa..

*Ini la tebuan yang menjadi mangsa tu.. Tapi time ni dah K.O..

Aku dengan Incik hubby pun bawa Imad pergi Klinik Kesihatan Selising..
Sampai kat sana, terus cakap Imad kena gigit tebuan..
Masuk dekat bahagian kecemasan..
Tunggu MA tengok..
Bagi Imad satu injection kat punggung..
Ini pun Imad tak berbunyi sikit pun.. ek tidak, ok pun tidak..
Dah lepas inject, ambik ubat dan balik rumah..
Imad masih relaks je walaupun mulut dah bengkak macam tu..
Cuma susah sikit nak isap susu, sebab mulut rasa kebas kut..
Aduiiiiii.. Kesian Imad..
Sekarang ni susah nak dengar Imad nangis sebab jatuh ke, terhantuk ke, luka ke..
Apa-apa yang jadi, Imad tetap cool.. Macam dah tak rasa sakit lagi..
Pelik betul la aku.. Risau pun ada..
Agaknya darah Superman termasuk sikit dalam badan Imad.. Ekekekek...
Tapi........ Imad akan nangis bila dengar aku punya "Amboiiiiiiiiiiiiii !!!".......
Hahaha.. memang akan meraung la dia.. Walaupun aku tak sentuh pun Imad..
Macam-macam la..

**Ada orang kata, aku dapat anak OKU macam Imad sebab aku ambil "hak orang".. HAK ORANG ?? Hak apa ?? Haktuihhhh !! Heh !! Orang pun HAK ALLAH.. Diorang tu tak tau agaknya, anak OKU pun rezeki dari Allah.. Malah lebih besar lagi hikmahnya anak OKU ni berbanding anak yang normal.. Apa, orang yang kawin dengan orang bujang tak ada ke anak OKU ?? Berlambak kat pasaran.. tak payah nak sibuk jaga tepi kain orang la kalau kain sendiri dah tersingkap sampai atas.. Macam ni punya orang pun ada.. Huh !**

-AkU-
Syurga Addin..
04:07 pagi..

Read more…