Sunday, January 27, 2013

~Kitakah manusia itu ?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...



Antara ilmu dan amal, yang mana perlu didahulukan ?
Jawapan aku.. kedua-duanya perlu seiring..
Tanpa ilmu, ada kemungkinan amalan kita tersasar dari jalan yang sepatutnya..
Tanpa amal, ilmu yang kita ada pasti akan sia-sia..
Apa yang ingin aku kisahkan disini adalah jenis manusia yang berilmu tapi tidak mengamalkan ilmu itu..
Mengapa begitu.. ?
Kerana jenis manusia ini yang hanya berfikir menggunakan nafsu dan bertindak menurut hati yang tidak bersih..
Mereka ini yang ada ketika menggunakan agama untuk menampakkan diri mereka sempurna..
Sekadar berserban, berjanggut mahupun berjubah dan bertudung litup tidak menjanjikan anda insan mulia disisi Allah swt..
Benar.. Mereka menutup aurat lahiriah..
Akan tetapi aurat batiniah, macam mana ?
Adakah mereka mampu menjaga mata mereka dari memandang perkara-perkara dosa..
Menjaga telinga mereka dari mendengar perkara-perkara dosa..
Menjaga tangan mereka dari memegang benda-benda dosa..
Menjaga kaki mereka dari pergi ke tempat-tempat dosa..
Menjaga hati mereka dari bersangka yang buruk-buruk..
Mereka bukan la manusia maksum yang terpelihara peribadinya..
Mereka juga manusia yang punya nafsu dan jiwa..
Namun ada antara mereka-mereka ini cenderung memandang hina kepada yang tidak menutup aurat ataupun manusia yang kurang ilmu agamanya..
Sedang mereka harus maklum..
Mereka juga belum sempurna peribadi dan akhlaknya..
Manusia ego begini la sering menjadi duri dalam daging..
Tak perlu mendabik dada menimbang iman orang lain..
Kalau iman diri sendiri tidak diketahui beratnya..
Muhasabah diri sendiri sebelum menghitung aib orang lain..
Harus ingat, hidayah Allah itu tidak mengira siapa dan masanya..
Hidup harus beringat..
Jangan pernah menghina PERMULAAN seseorang kerana kita tidak pernah tahu PENGAKHIRANNYA..
Mungkin darjatnya lebih tinggi disisi Allah.. Siapa tahu ???



*Mengata dulang paku serpih... Heh !!

*Ada satu peristiwa lama dulu.. Hanya dengan menggunakan alasan pakaian aku, seorang manusia ini tergamak meletakkan tangan pada wajah seorang wanita yang bukan muhrimnya.. Rasanya pakaian aku waktu itu tidak pun melampau.. Dengan berat 48kg, badan yang sangat kurus dan pakaian t-shirt lengan panjang dan track suit serta tudung.. Itu menjadi satu alasan yang sangat mengarut.. Dan manusia ini juga hanya berdiam diri bila seorang lagi wanita yang dikaguminya memakai pakaian yang lebih "sarat" dari pakaian aku waktu itu.. Ini la jadinya bila manusia bertindak mengikut nafsu tanpa akal.. Semoga aku dan kamu beroleh keampunan dari Yang Maha ESA..*

**Asal kita dari tanah yang hina, kenapa kita sombong dan buruk sangka.. Siapa kita ? Tinggi sangatkah pangkat kita, mahal sangatkah kereta kita, hebat sangatkah keturunan kita, banyak sangatkah harta kita ? Ingat kita dari mana dan nak ke mana.. Orang yang sombong itu akan datang pada hari kiamat berupa sekecil semut diliputi oleh kehinaan dari segala tempat, mereka masuk neraka dan diberi minum thinatul khabaal, yakni darah bercampur nanah dari ahli neraka.. ~Ustaz Afis Ibrahim~ Peringatan buat aku juga.. Oh ya ! Aku selangkah lagi penghijrahan.. Doakan aku.. Semoga tetap istiqomah.. InsyaAllah, Ameen..**

-AkU-
Syurga Addin..
23:07 malam..

Read more…

Wednesday, January 16, 2013

~Imad ke Sekolah !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni dah masuk hari kedua Imad bersekolah..
Sekolah ?? Ermmm.. Bukan la sekolah pun..
Tapi lebih kurang macam Tadika..
Cuma yang ini untuk anak-anak OKU..
Imad mula bersekolah di PDK KAMII, Gombak Setia..
(Memang ejaannya begitu KAMII)..
Bukan la belajar apa pun..
Cuma lebih kepada terapi..
Untuk Imad lebih mudah berjalan, berdiri dan bermain permainan yang mudah..
Disebabkan Imad tak boleh berdikari..
Maka aku selaku Ibu, kena la jaga Imad kat situ..
Dan disebabkan Si Gemuk Dhiya ni menyusu badan..
Maka terpaksa la Dhiya pun ikut sekali..
Seawal 7.30 pagi anak-anak dah bangun dan mandi..
Selalu pukul 10 lebih baru Dhiya mandi sebab sejuk..
Aku pulak lepas Subuh tu terus masak bubur Imad..
Sebab nak bagi sejuk sikit bila pergi PDK..
Masuk sekolah pukul 8 pagi..
Mula-mula ada senam pagi..

 *Masa ni kami baru je sampai.. Tapi sempat la bersenam kejap..

*Imad dibantu cikgu kat situ untuk bersenam..

Lepas tu ada sukaneka untuk anak-anak ni..
Tapi yang boleh bersukan pun anak-anak OKU yang boleh berdikari la..
Walaupun Imad sukar untuk berjalan..
Aku bawak Imad untuk join jugak..
Biar Imad dapat bersosial..
*Sebab Imad tak boleh sangat berjalan, maka aku la yang kena bantu Imad..

*Sesi tarik nafas dan sesi memujuk seorang anak yang nak ikut maknya balik..

Lepas selesai sukaneka, baru la semua anak-anak masuk ke kelas masing-masing..
Imad di kelas khas untuk terapi..
Tapi hari ni ada Imad seorang je..
Geng Imad yang lain tak datang..

*Cikgu Imad tengah "ikat" Imad kat standing frame..

*Muka control macho budak kena "ikat" kat standing frame..

*Ni dah lebih kurang 1 jam kat standing frame..

Masa kena "ikat kat standing frame ni..
Macam-macam gaya Imad buat..
Tapi yang paling favourite sekali ialah..
Jilat kat mana tempat yang lidah Imad boleh sampai..
Aduhhhhh.. Jenuh menepis muka Imad dari menjilat..
Bagi bola, habis bola tu penuh dengan air liur Imad..
Bagi kiub, pun sama jugak..
Last sekali, aku bagi tuala..
Haaa.. Gigit la sampai esok pun.. Hahaha..

*Budak gemuk ni pun sibuk nak gigit bola ikut Abang Imad..

Pukul 10.30 pagi dah boleh makan..
Bila pandang sekitar bilik makan tu..
Baru perasan, aku sorang je yang bawak bekal..
Yang lain semua makan makanan yang disediakan oleh pihak PDK..
Sebab kat situ diorang masak nasi..
Kesian pulak Imad dengan Dhiya nak makan nanti..
Lepas makan ada sesi mengurut pulak..
Ada cikgu yang mengurut kaki dan tangan anak-anak OKU ni..
Pukul 12 dah boleh balik..
Hari Isnin Incik Hubby ambik kami pukul 12.30 tengah hari..
Tapi tadi aku suruh Incik Hubby ambik kami pukul 11 pagi..
Sebab dah takde orang..
Boring pulak Imad takde geng..
Dhiya pun dah mula mengamuk sebab tak cukup tidur..
Boleh nampak Imad seronok dua hari di PDK ni..
Balik rumah Imad dan Dhiya pun pengsan..
Aku je la terkebil-kebil sorang-sorang.. Hehe..

**Bila tengok anak-anak yang sama bilik terapi dengan Imad.. Aku bersyukur sangat Imad tak sekronik mereka.. Imad lebih sempurna dari mereka.. Apa la perasaan ibu dan ayah anak-anak tu ya.. Sekurang-kurangnya Imad, bila orang biasa pandang, tak terlihat ketidaknormalan Imad.. Tapi bila diamati betul-betul, baru tahu, Imad ni kurang sempurna.. Ada kawan-kawan Imad kat situ yang sewaktu kecil normal, tapi bila dah diserang demam panas atau penyakit yang lain, maka terus hilang upaya.. Itu la bahagian masing-masing yang telah ditetapkan Allah swt.. Bersyukur la kita dilahirkan seperti ini, berbanding mereka.. Alhamdulillah, syukur..**

-AkU-
Syurga Addin..
14:17 petang..

Read more…

Friday, January 11, 2013

~Sambutan untuk Dhiya..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Patutnya entry ni keluar minggu lepas..
Tapi tak ada masa nak edit gambar..
Maka, lambat la ianya keluar..

Ini cerita tentang sambutan Ulang Tahun Pertama Aisy Dhiya Sufia..
Bukan la sambutan besar mana pun..
Tapi tetap la dipanggil sambutan, walaupun tak ada tetamu yang aku jemput..
Kalau orang lain, mungkin ada kek harijadi..
Tapi untuk Dhiya, tak ada kek pun..
Hanya ada..

 *Kulit kayu manis tu menandakan usia Dhiya setahun..

Pulut kuning dan rendang ayam ni ada simbolik yang tersendiri..
Ini definasi aku.. Orang lain aku tak tahu..
Kenapa pulut kuning dan rendang..
Yang pertama, aku masak sendiri..
Semoga dengan air tangan aku, Dhiya membesar menjadi anak yang solehah..
Menjadi seorang muslimat yang terus istiqomah..

Yang kedua, campuran bahan-bahan yang digunakan..
Agar Dhiya mengerti makna kehidupan di muka bumi ini..
Asam garam kehidupan yang akan ditempuhi nanti..
Semoga dengan bimbingan dan asuhan Ibu dan Ayah..
Akan menjadikan Dhiya seorang anak yang sempurna..
InsyaAllah..

Ini apa yang aku fikirkan..
Pulut dan rendang ayam tu aku bagi pada jiran kat rumah..
Dengan harapan, doa mereka untuk Dhiya..
Aku sempat suap Dhiya makan pulut tu..
Mula-mula macam Dhiya rasa pedas..
Tapi bila suap lagi, oke pulak.. Hehe..
Biar Dhiya belajar makan selain dari bubur..

Malam tu Incik Hubby balik bawa anak patung untuk Dhiya..

*Ini la anak patung tu.. Memang la comel, tapi Dhiya tak nak..

Incik Hubby keluarkan dari kotak dan letak atas lantai..
Dhiya pandang je dari jauh..
Sikit pun tak nak sentuh patung tu..
Bila Incik Hubby bagi patung tu berbunyi..
Dhiya boleh buat tak reti je..
Incik Hubby tutup bunyi patung tu..
Tarik Dhiya dan peluk sambil ucap selamat..
Dhiya peluk Ayah kuat, sambil gelak-gelak bila Ayah geli leher Dhiya..
Cuba lagi bagi patung tu kat Dhiya..
Dhiya hanya pegang kotak je..
Bila bagi patung tu berbunyi, terus Dhiya meraung kuat.. Hahaha..
Dhiya tak suka patung rupanya..
Apatah lagi patung yang berbunyi kuat macam tu..
Incik Hubby pun simpan balik dalam kotak dan letak dalam plastik..
Aku simpan patung tu dalam store dengan patung-patung Imad yang lain..

*Dhiya lebih sibuk makan ni daripada anak patung tu.. Coklat ni Mama Na yang bagi..

*Perbezaan muka Dhiya sewaktu baru lahir dan setahun..

**Dhiya memang takut dengan bunyi yang kuat.. Kalau dengar bunyi Prado ayah kat luar rumah, Dhiya dah peluk Ibu kuat-kuat.. Kalau orang menjerit pun, Dhiya dah menggagau cari Ibu.. Haishh.. Dhiya.. Dhiya..**

-AkU-
Syurga Addin..
10:07 pagi..

Read more…

~Dhiya..Mek Kelate !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Dhiya memang suka berkepit dengan aku..
Apatah lagi bila pergi rumah orang..
Tapi masa balik kampung kat Felda Kechau..
Dhiya dah tak kisah nak jalan-jalan satu rumah..
Kiranya aku dah boleh bebas tanpa kongkongan Dhiya la.. Hehe..
Abang-abang dan kakak-kakak Dhiya memang rajin melayan Dhiya kat kampung..
Oh ! Imad dan Dhiya ada abang dan kakak baru..
Itu nanti aku cerita kat entry lain..
Kat sini, Dhiya boleh pergi dengan sesiapa pun..
Tak ada la nak melekat je dengan aku atau pun Incik Hubby..
Nak dijadikan cerita..
Hari tu, Dhiya jalan-jalan sekitar dapur..
Ternampak la botol budu atas meja makan..
Diambilnya, terus dimasukkan dalam mulut..
Tu kira oke la lagi..
Aku nampak, terus rakam video..
Ingatkan oke la, tapi tiba-tiba tutup botol budu tu tertanggal..
Apa lagi..
Sila tonton video di bawah ini..


Habis dengan baju sekali makan budu..
Dengan video ini maka sah la Dhiya memang mek Kelate..
Hahaha.. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan ???
Bila tunjuk kat Incik Hubby, gelak besar dia..
Macam-macam hal la Dhiya ni..

-AkU-
Syurga Addin..
00:37 malam..

Read more…

Friday, January 4, 2013

~Selamat Ulang Tahun Yang Pertama Dhiya..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Aisy Dhiya Sufia Binti Mohamad Azhan..
02 Januari 2012..
22:49 pm..
HKL..

Dhiya Di Usia Setahun..

18 Januari 2012       ~ First time Dhiya potong kuku..
11 Februari 2012     ~ Aqiqah Aisy Diya Sufia di Kg. Chap Bekelam, Bachok, Kelantan..
30 March    2012      ~ Dhiya berkhatan dengan Tok Su di Taman Batu Muda..
31 March    2012      ~ Dhiya mula hisap jari..
01 April       2012      ~ Dhiya pandai ketawa bila Ayah agah..
09 April       2012      ~ Dhiya dah mula mengiring..
16 April       2012      ~ Dhiya dah pandai meniarap..
03 Jun        2012       ~ Dhiya dah pandai bergolek masa meniarap..
23 Jun        2012       ~ Dhiya mula disuap air bubur..
01 Julai      2012       ~ Dhiya dah mula angkat tangan dan punggung, bergoyang dan 
                                       cuba merangkak..
02 Julai      2012       ~ Dhiya dah mula makan bubur blender..
15 Julai      2012       ~ Dhiya dah mula duduk tapi belum stabil..
16 Julai      2012       ~ Dhiya dan mula merangkak 3 langkah..
26 Julai      2012       ~ Dhiya mula cuba berdiri..
16 Oktober 2012      ~ Dhiya dan boleh melangkah, 3 langkah..
03 November 2012 ~ Dhiya mula tumbuh gigi sebelah atas..
17 November 2012 ~ Dhiya dah pandai tepuk tangan..
17 November 2012 ~ Dhiya mula tumbuh gigi sebelah bawah..
07 Disember 2012  ~ Dhiya dah pandai melambai..


Selamat Ulang Tahun Yang Pertama Anak Ibu..
Semoga menjadi anak yang solehah..
Anak yang mendengar kata..
Anak yang menghormati orang tua..
Anak yang membahagiakan..
Anak yang membanggakan Ibu dan Ayah..
Kalau nak dihitung..
Besar sungguh harapan Ibu dan Ayah untuk melihat Dhiya membesar sebagai seorang gadis yang sempurna serba serbi..
Tapi.. Kita merancang, Allah jua yang menentukan..
Semoga perancangan kita bersama mendapat restu dari Allah swt.. InsyaAllah..



*Ibu harap sangat Dhiya dapat baca apa yang Ibu tulis dalam blog ni.. Dhiya anak manja Ibu.. Walaupun selalu buat hal, tapi Ibu tetap sayang Dhiya..*

-AkU-
Syurga Addin..
10:27 pagi..

Read more…

Tuesday, January 1, 2013

~Apa Ada Dengan Tahun Baru ?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Lebih kurang setengah jam je lagi nak masuk ke tahun yang baru 2013..
Apa ada dengan Tahun Baru ?
Ya ! Apa ada dengan Tahun Baru..
Rasanya setiap tahun pun sama je..
Kat tv berlambak cerita-cerita tentang sambutan tahun baru..
Jalan raya mula la sesak seawal petang hari..
Sebab ramai orang mula nak ke bandar untuk sambutan tahun baru..
Dari budak kecil sampai la ke orang tua..
Sibuk nak menyambut..
Nak countdown katanya..
Ahh.. Sibuk sangat.. Countdown usia tu kat dunia ni lagi ada pekdahnya..
Nak tengok bunga api pun iya jugak..
Aduhhh... kalau tiap-tiap tahun tu bunga api yang sama juga dibakar..
Tak ada la best mana pun..
Belum lagi orang ramai yang bersesak-sesak memenuhi gedung membeli belah untuk membeli persiapan anak-anak sekolah..
Macam la tak ada masa yang lain untuk membeli kelengkapan..
Dah hujung-hujung waktu baru la sibuk nak mencari barang..
Semua benda ni seolah-olah menjadi rutin hidup manusia..
Setiap tahun tak pernah culas dengan rutin ni..
Dan satu lagi yang mesti ada..
Azam Tahun Baru..
Sibuk betul dengan azam tahun baru..
Azam tahun lepas-lepas entah tertunai entahkan tidak..
Setiap tahun sibuk mencipta azam baru..
Masuk bulan kedua azam pun entah ke mana..
Hangat-hangat tahi kambeng je.. Heh !!
Tahun baru aku ?
Sama je aku rasa..
Melalui hari yang sama, kecuali tahun yang berbeza..
Azam ??
Aku dah lama tak mencipta azam..
Azam, tak perlu tunggu tahun baru pun boleh berazam..
Azam Tahun Baru ni hanya la budaya..
Tak usah terikut sangat la..
Oh ! Cuma yang berbeza bagi aku untuk tahun ni ialah..
Imad nak pergi sekolah..
Itu saja..

Aku nak jugak jadi macam orang lain yang sibuk update status kat fesbuk, twitter dan sebagainya..
Sibuk hantar sms banyak-banyak..
Sibuk email banyak-banyak..
Sibuk tulis kat blog..
Bermacam sibuk lagi..
Semuanya berkenaan Tahun Baru..
Oh ! Aku hanya tulis entry kat blog je..
Yang lain tu aku tak buat..


*Ini entry penutup untuk Tahun 2012.. Dan entry pembukaan untuk tahun 2013..*

-AkU-
Syurga Addin..
23:37 malam..

Read more…