Saturday, May 4, 2013

~Mari Mengundi PRU13~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Esok, 05 Mei 2013..
Merupakan hari penentu bagi rakyat Malaysia..
Untuk memilih pemimpin bagi menerajui negara Malaysia..
Sama ada pemimpin yang lama dikekalkan..
Atau kita bakal bertemu dengan pemimpin yang baru hasil dari pilihat rakyat jelata..



Esok merupakan pertama kali untuk aku keluar mengundi..
Memilih kerajaan yang bakal mentadbir negara..
Sebelum ini, aku tak pernah merasakan pentingnya undi itu..
Maka dua penggal aku ketinggalan untuk mengundi..
Cuma tahun ini, banyak yang aku belajar tentang memilih pemimpin dengan mengundi..
Maka esok ada la penentu segalanya..
InsyaAllah, aku akan mengundi di..



Barisan Nasional Atau Pakatan Rakyat..

Siapa yang aku pilih ??
Kata orang undi itu rahsia..
Tapi bagi aku, itu hak masing-masing untuk bersifat terbuka atau sebaliknya..
Kalau beberapa penggal yang lepas..
Hati aku masih lagi melekat dengan Barisan Nasional..
Tapi untuk PRU13 ini aku memilih untuk mengundi Pakatan Rakyat..
Bagi aku, Barisan Nasional sudah tidak lagi relevan untuk memegang tampuk pemerintahan..
Mungkin 55 tahun menjadikan "akal" mereka juga tua dan nyanyuk..
Maka seharusnya mereka direhatkan untuk mendapat akal yang baru..
Kita cuba beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menawan hati rakyat Malaysia dengan corak kepimpinan yang baru..
Kemungkinan mereka-mereka ini la calon yang bakal membawa nama Malaysia ke persada yang lebih masyhur..
Siapa tahu ??! InsyaAllah...


Aku sememangnya penyokong kuat Barisan Nasional suatu waktu dulu..
Tak pernah terfikir sebesar kuman pun untuk berpaling..
Cuma sewaktu Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dituduh bermacam perkara..
Itu yang membuatkan hati aku sedikit rapuh pada Barisan nasional dan kepimpinannya..
Aku mengikuti setiap perkembangan DSAI..
Aku juga antara aktivis reformasi yang berarak sekitar Kampung Baru untuk menuntut keadilan..
Untungnya, tidak pernah tersiar gambar aku dimana-mana media..
Dari situ penilaian aku terhadap Barisan Nasional umumnya, UMNO khasnya terus berubah..
Kalau dulu aku sukar untuk menghormati Tuan Guru Nik Abdul Aziz..
Terlalu terpengaruh dengan media kerajaan yang memutarbelitkan fakta..
Menganggap TGNA ada la pemimpin agama yang sesat..
Namun sekarang insan itu aku pandang mulia..
Semulia budinya pada rakyat Kelantan..
Masih tetap berkhidmat biarpun usia sudah merangkak senja..
(Atas permintaan rakyat Kelantan juga)
Aku juga antara rakyat yang amat bencikan parti DAP..
Namun dengan corak kepimpinan menerusi Lim Guan Eng..
Aku mula memandang positif akan setiap gerak langkah yang diatur DAP..
Dan ternyata mereka tidak menghampakan..


Dato Seri Anwar Ibrahim atau Dato Seri Najib ?

Aku menyokong sekiranya DSAI diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7..
Dengan pengetahuan dan pengalaman yang beliau ada..
Aku yakin rakyat malaysia tidak akan kecewa..
Pemimpin yang berwibawa dan berketrampilan seperti beliau, InsyaAllah mampu memberi perkhidmatan yang diinginkan rakyat..
Biar apa pun cercaan yang diterima..
Beliau tetap meneruskan misi untuk membawa rakyat keluar dari tampuk pemerintahan yang kejam dan zalim..
Semoga Allah tetapkan hati beliau untuk istiqomah.. Ameenn..
Untuk Dato Seri Najib..
Mohon maaf, masa untuk Dato Seri sudah tamat..
Mungkin Dato Seri diizinkan oleh NYA untuk berehat dari menjadi pemimpin negara..
Sudah sampai masa untuk orang lain pula menerajui negara yang kita cintai ini..



Justeru..
Mari la kita bersama-sama keluar untuk memilih pemimpin negara yang akan datang..
Undi kita la penentu segalanya..
Moga dengan izin Allah swt..
Dapat kita realisasikan harapan dan impian rakyat yang mahukan perubahan..
InsyaAllah..



Ini Kali La !!!

-AkU-
Syurga Addin..
23:07 malam..

Read more…

Wednesday, May 1, 2013

~Tahun Yang Ke-9 Cinta Kami Bertaut..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Tarikh ini 01 May, pada 9 tahun yang lalu..
Tepat pada pukul 10 malam..
Shahdattul Olivia Ferranee Imelda Binti Taib..
Selamat diijab qabulkan dengan..
Mohamad Azhan Bin Mohamed Adnan..

*Demi cintaku.. Kau syurgaku.......

Rasa cepat betul masa berlalu..
Tak sedar ikatan cinta antara kami telah pun mencapai usia 9 tahun..
Terlalu banyak suka duka sepanjang bergelar suami dan isteri..
Bukan sedikit air mata kami tumpah menghadapi ujian dari Yang Maha Esa..
Walau beribu halangan yang mendatang..
Fitnah, caci maki, umpat keji dan segala macam perkara negatif yang melanda..
Alhamdulillah, bunga cinta yang kami semaikan masih terus mekar hingga ke hari ini..
Dan InsyaAllah hingga ke hujung nyawa..
Sepanjang 9 tahun itu..
Kami dikurniakan 2 permata hati yang sangat istimewa..
Muhammad Imad Addin dan juga Aisy Dhiya Sufia..

*Permulaan kehadiran mereka berbeza.. Namun kedudukan mereka sama di hati kami, Ibu dan Ayah..

Sepasang cahaya mata yang melengkapkan lagi Syurga kami..
Dan InsyaAllah, ada yang bakal menyusul nanti..

*Senyuman ini la setiap hari yang menemani hari-hari kami..

Bahagia ???
Alhamdulillah, hati ini sangat bahagia bersama suami tercinta..
Lumrah berumahtangga..
Pasti ada sengketa dan salah faham yang hadir setiap ketika..
Namun perbincangan dari hati ke hati dan komunikasi dua hala dapat melenyapkan semua masalah yang mendatang..
Tolak ansur dan saling memahami ada la 2 kata kunci yang kami pegang selama ini..
Itu la yang selalunya mematahkan segala bunga-bunga sengketa..

Biar 9 tahun ikatan antara kami terpatri..
Namun sekali imbas, kami umpama pasangan yang baru bercinta..
Berpegangan tangan sewaktu di jalanan, di dalam kereta atau sekadar berehat di rumah..
Bergurau senda tak kira di mana sahaja..
Merajuk dan bermanja lagi la selalu..
Antara aku dan suami..
Aku lebih banyak menunjukkan rasa cinta dan kasih..
Menghargai tarikh-tarikh istimewa antara kami..
Membuat kejutan dan sambutan..
Ya ! Itu semua kerja aku..
Suami bukan la seorang yang romantik.. Hahaha..
Tapi ada ketika romantik dia mengalahkan aku..
Pernah satu hari suntuk aku melayan sms cinta dari suami..
Sebabnya rasa rindu bila berjauhan..
Sesekali lirik lagu menjadi pengganti kata cinta dari hatinya..
Nota dan ucapan kasih tak terhitung banyaknya..
Ini juga antara faktor yang menguatkan lagi ikatan antara kami..

Setiap ketika aku berdoa, moga cinta kami kekal utuh hingga ke hujung nyawa..
InsyaAllah, bakal bertemu di syurga akhirat..
Dan semoga Allah swt melindungi kami dengan payung rahmat dan kasih sayang NYA..



**Suami bagi ucapan malam tadi.. Sangat syahdu dan menyentuh hati.. Bersama "hadiah" juga.. Moga harapan dan impian kami akan menjadi kenyataan.. InsyaAllah.. Ameen..**

-AkU-
Syurga Addin..
23:07 malam..

Read more…