Tuesday, November 19, 2013

~Redha Hak Milik Isteri Pertama ???~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sekarang ni petang memanjang hujan walaupun sekejap..
Tapi bagus jugak, sejuk je bila malam..
Best tidur berpelukan dengan anak-anak..
Tapi Dhiya tak suka dipeluk..
Dhiya lebih suka tidur gaya bebas, sama la dengan Imad..
Huhu.. Anak.. Anak..

Huh ???
Tajuk kat atas tu ??
Bukan aku yang yang tanya..
Kisahnya..
Baru-baru ni ada sorang member datang rumah..
Sementara meneman aku memasak kat dapur tiba-tiba dia tanya..
"Eh ! Redha ni hak milik isteri pertama je ya ?"
Aku pandang muka dia dengan riak tak percaya akan soalan tu..
"Tajuk apa yang kau open table ni ?" tangan aku masih ligat mengacau lauk dalam periuk ..
"Tak la, aku nakkan kepastian je.. Kut la kau tahu.. Kita kan serupa.." jawab dia..
"Mazhab mana yang ajar kau macam gitu ?" Aku tanya dia lagi..
Sengihan dia membuatkan aku rasa nak ketuk kepala dia.. Hahaha..
Aku jawab.. "Setahu aku la, redha pada anak-anak ni milik mak ayah, manakala redha bagi isteri ni milik suami, dan redha bagi setiap yang ada di muka bumi ini adalah milik PENCIPTA.. Tak tahu la pulak kalau ada yang kata redha bagi isteri kedua, ketiga dan keempat ni milik isteri pertama.." 
"Kenapa kau tanya ?" aku tanya dia lagi..
Lama dia diam, lepas tu dia jawab..
"Entah la.. Masa mula-mula kawin dulu.. Bila husband kat rumah no 1, dia akan call atau sms aku nak tanya khabar, tapi bukan la tiap hari.. Ataupun bila dia outstation tak kira giliran siapa pun.. Dia tetap akan call aku.. Apatah lagi bila dah ada anak-anak ni.. Lagi la dia akan call tanya pasal anak-anak pulak.." Dia terus senyap..
"Dah tu, apa masalahnya pulak ? Bagus la macam tu.." Aku tanya..
"Memang la.. Pada aku bagus jugak.. Cumanya, aku pernah baca luahan hati isteri pertama dia masa aku baru-baru kawin dulu.. Katanya dia TAK REDHA husband call atau berhubung dengan aku bila waktu giliran dia.. Dia pun pernah cakap kat anak-anak dia, aku selalu kacau husband bila husband kat rumah dia.. Bukan aku kacau husband pun.. Aku call kalau ada kecemasan je.. Habis tu takkan la bila husband call aku, aku nak buat tak tau je ?? Bukan aku tak tau, husband juga ada call dia bila waktu giliran aku.. Tapi aku diamkan aje.. Lepas je kes tu, aku kurangkan call atau sms husband bila tiba giliran dia.. Aku akan cari husband bila betul-betul ada kes yang aku tak boleh handle sendiri.. Tapi sekarang dah terbalik pulak.. Dia selalu kacau husband bila tiba giliran aku.. Bukan aku tak tau.. Waktu aku balik kampung dengan husband pun, satu hari lebih dari 2 kali dia call husband.. Tak cukup call, sms lagi.. Tak pulak aku bising.. Dia tak ingat ke kes LUAHAN HATI dia dulu tu ? Kalau dia TAK REDHA husband call aku waktu giliran dia, maka aku HARUS REDHA bila dia kacau husband waktu giliran aku ?? Macam tu ??" Muka dia dah merah menahan marah agaknya..
Aku hulurkan segelas air buat penyejuk hati dia.. Hahahaha..
Bukan la masalah besar pun..
"Ala, relaks la.. Kau buat tak tau sudah la.. Biar la dia jilat balik ludah dia.. Yang kau nak marah-marah kenapa ? Janji kau bahagia, sudah la.. Biar la dia nak cakap apa pun.. Biasa la, itu sudah sifat semulajadi kebanyakan isteri pertama (Bukan semua ya !)" Aku pandang muka dia yang dah mula cool sikit..
"Hidup kau macam mana ? Sama macam aku ke ?" Dia tanya soalan bonus.. Hahahaha..
Aku senyum sambil jawab..
"Aku jarang cari husband bila dia kat rumah no 1.. Biasanya husband yang call aku, tapi bukan setiap hari pun.. Kalau hari Sabtu atau Ahad, lagi la aku tak nak kacau husband bila dia kat sana.. Sebab aku tau, itu masa cuti dia bersama isteri dan anak-anak.. Bila husband outstation pulak.. Dia akan call aku, biasanya sekali sehari.. Itupun waktu malam, bila dia dah sedia untuk tidur.. Waktu kami berbual pun tak lama, biasanya tak lebih dari 3 minit kecuali ada perkara penting yang perlu aku bincangkan dan tak sempat tunggu dia balik.. Dan biasanya aku akan cerita hal anak-anak saja.. Kalau husband balik kampung dengan family no 1, pun aku susah nak call dia.. Biasanya aku tunggu husband yang call aku.."
"Dah tu yang no 1 macam mana ?" Dia up lagi soalan bonus.. Hahahaha..
"Yang tu kau tanya dia laa.. Tanya aku bukan kau dapat jawapan pun.." Muahahahaha.. Aku bagi jawapan selamat..
Macam-macam lagi soalan berbangkit.. Tapi cukup la yang tu je aku tulis..
Malas nak tulis banyak-banyak..
Masalah poligami ni memang banyak bila kita tak tahu tanggungjawab masing-masing..
Dan bila kita lebih suka menimbulkan masalah dari menyelesaikan masalah yang sedia ada..
Tentang hal kat atas tu, bagi pendapat aku..
Tak ada salahnya seorang suami untuk berhubung dengan mana-mana isteri sewaktu giliran siapa pun..
Cuma untuk isteri..
Hormati la hak masing-masing..
Kalau dah masing-masing punya giliran yang sama rata, mengapa perlu diganggu lagi giliran yang lain ??
Tak kira la isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat..
Bukan tak boleh nak berhubung dengan suami terus bila bukan giliran kita..
Tapi berpada-pada la..
Tak ada salahnya cari husband bila ada masalah yang perlu diselesaikan segera atau hal yang penting untuk dibincangkan..
Tapi kalau sekadar nak dengar suara suami, nak bercinta, nak mengadu masalah kerja, atau nak cerita betapa tensionnya dengan perangai anak-anak..
Tunggu la bila suami pulang ke rumah masing-masing..
Waktu tu luahkan la apa saja yang terpendam dalam hati..
Gunakan masa yang ada sebaiknya..
Maka, kita tak akan kacau giliran isteri yang lain semata-mata kerana masalah peribadi kita..
itu pendapat aku..
Kalau isteri-isteri diluar tu tak setuju, itu bukan masalah aku..
Semua berhak punya pendapat masing-masing bukan ??
Haishhh ! Bila cerita tentang perkataan REDHA ni..
Adakala buat aku tersenyum panjang..
Banyak kali dah aku dengar tentang hal ni..
Tapi, itu la.. Manusia.. Kita akan selalu rasa diri dianiaya dan ditindas..
Tapi bila kita yang menganiaya dan menindas..
Itu bukan la perkara besar untuk didebatkan..



*..Pernah tak isteri yang bercakap tentang REDHA ni merenung diri sendiri.. Apakah suami REDHA akan diri aku.. REDHA akan perangai dan tingkah laku aku.. REDHA akan layanan aku pada suami.. REDHA akan cara pemakaian aku.. REDHA akan cara pergaulan aku.. REDHA akan setiap langkah yang aku susun.. REDHA akan setiap hari-hari yang aku lalui.. Dan sebagainya.. Pernah tak terfikir dan tanya diri macam tu.. Atau kita hanya pedulikan REDHA kita saja ? Cuba cari satu masa pergi kat cermin dan tanya diri sendiri.. Benar, kita lebih mudah mempersoalkan kekurangan suami dari memandang kelemahan diri sendiri selaku seorang isteri.. Ingat la, REDHA dan JANNAH-NYA keatas seorang isteri adalah melalui REDHA suaminya..*

-AkU-
Syurga Addin..
17:27 petang..

Read more…

Tuesday, November 12, 2013

~Allah itu Maha mendengar..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Lama dah rasanya tak jenguk kat blog ni..
Bersarang labah-labah sikit.. Hehe..
Duk ikut Incik Hubby outstation ke merata tempat..
Sana sini takde internet (free).. muahahahaha..
Dah ada kat KL ni baru ada semangat..

8 tahun bukan la masa yang sekejap..
Kalau anak kita, dah masuk sekolah darjah 2..
Dah faham makna betul dan salah sesuatu perbuatan..
Lapan tahun yang lalu aku baru berusia 24 tahun..
Sepanjang 8 tahun itu aku tak pernah berhenti berdoa..
Moga Allah menjawab segala doa aku..
Dan setelah 8 tahun menunggu..
Alhamdulillah, Allah swt sudi menjawab..
Setelah ujian dan dugaan yang diberi padaku..
Segala airmata dan derita yang dialami..
Berbalas dengan senyuman yang berpanjangan..
Maka jangan pernah berhenti berdoa dan berharap pada Pencipta..
Kerana DIA Maha Mendengar akan segala doa hambaNYA..
Kalaupun bukan sekejap DIA mnjawab segala permintaan kita..
Bukan la bermakna DIA benci akan makhlukNYA..
Namun menguji sejauh mana kesabaran dan ketabahan kita mengharungi segala ujianNYA..



**Kata seorang kenalan.. "Manusia boleh berubah.. Yang jahat jadi baik, dan yang baik boleh jadi jahat.. Jangan memandang luaran seseorang kerana luaran yang bersih belum tentu lagi dalamannya (hati) bersih juga.. dan luaran yang kotor tak bermakna dalamnya (hati) juga kotor.. Manusia itu pelakon di atas dunia.. Demi memenuhi tuntutan nafsu dan hati yang hitam, mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kehendak diri dipenuhi.." Moga kita bukan dari kalangan mereka-mereka ini.. InsyaAllah.. Ameenn..**

-AkU-
Syurga Addin..
18:27 petang..

Read more…

~Tragedi Jalan-Jalan Ke Perak..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sekarang ni susah betul nak cari masa terluang..
Kalau tak sibuk dengan manuskrip..
Kena teman Incik Hubby outstation pulak..
Maka blog ni pun terbiar la tanpa belaian.. hehe..

Oke la..
Ini cerita tiga minggu yang lepas..
Malam hari Rabu tu, aku dapat sms dari Incik Hubby..
Minta tolong hantarkan anak yang sulung balik asrama di Gopeng..
Memandangkan Incik Hubby dan orang rumahnya busy la sangat, maka aku yang "perasan busy" ini la telah ditugaskan ke sana..
Memikirkan hal anak, aku pun setuju..
Entah macam mana, Allah nak duga..
Lebih kurang pukul 3 pagi, perut aku memulas-mulas..
Ingatkan sekali dua je, tapi menjelang Subuh lebih kurang enam kali aku ulang alik ke toilet..
Rasa dah takde apa dalam perut ni..
Aku bagitau Incik Hubby, minta tolong belikan 100 plus..
Incik Hubby sampai rumah pagi tu bawa 2 botol 100 plus..
Incik Hubby tanya sama ada aku boleh pergi atau tidak..
Kalau ikutkan, memang tak larat, tapi bila fikir balik..
Tak apa kut.. InsyaAllah, Allah bersama kami..
Incik Hubby lepaskan aku pergi dengan pesanan "Hati-hati Di Lebuhraya"..
Cehhh.. macam iklan la pulak..
Kami bertolak lebih kurang pukul 11.30 pagi..
Aku, Danish, Imad dan Dhiya saja..
Alhamdulillah, perut tak meragam, cuma pening dan mengantuk pasal tak cukup tidur..
Dah separuh perjalanan.. Dhiya dah lama lena kat seat sebelah, Imad pulak dah terlentok kat seat belakang..
Danish tengah baca buku kat belakang, aku tengah tahan pening dan mengantuk..
Tiba-tiba pendengaran aku diganggu satu bunyi..
Ingatkan Dhiya yang berdengkur, bunyi sikit pasal Dhiya selsema..
Bila aku jeling kat sebelah, oke je Dhiya..
Tapi bila paling kebelakang, tengok Imad dah tersentak-sentak kena sawan..
Tak terfikir nak bawa ubat sawan pasal Imad baru je kena sawan..
Dalam pada tengah drive, otak aku ligat fikir apa nak buat..
Alhamdulillah, Allah beri bantuan..
Terpandang signboard Slim River - 2 km..
Atas tulisan tu ada gambar anak bulan..
Aku pun pecut ke exit Slim River, time bayar tol tu tanya abang tu kat mana hospital..
Abang tu kata tak jauh, dalam 2km lagi..
Lepas dah confirm jalan, aku pun pecut ke hospital..
Sampai depan kecemasan, Imad masih tak sedar lagi..
Aku panggil nurse, bagitau anak sawan.. Nurse tu bawak wheelchair..
Lepas dah settle urusan pendaftaran, aku pun masuk ke emergency room..
Tak ada pesakit lain, hanya kami je..
Imad dah oke, tapi masih tak sedar lagi..
Doktor ambik darah untuk buat test..
Masa tu baru pukul satu petang..
Tak ada kerusi, aku pun duduk tercongok kat tepi katil Imad..
Bila lama berdiri dengan condition aku yang tak berapa stabil ni..
Mula la pening datang balik, darah rendah pun ada..
Aku hanya cuba berpaut pada penghadang tepi katil Imad tu je..
Kalau tak kuat semangat, memang aku pun tumbang agaknya.. Hehe..

*Imad dah oke time ni.. Cuma bacaan oksigen tak berapa oke..

Lebih kurang 3 jam menanti, baru la test darah Imad keluar, oke je takde masalah..
Doktor bagi aku ubat untuk teruskan perjalanan..
Kami singgah di R&R Tapah untuk makan dan solat..
Kemudian terus ke Gopeng..
Lepas hantar Danish, time tu hujan lebat..
Aku dah memang tak larat nak drive balik dengan keadaan yang macam ni..
Maka aku call kakak yang duduk di Ipoh..
Sampai rumah dia, terus tumbang kat atas sofa..
Mujur anak-anak kakak ada untuk tengokkan Imad dan Dhiya..
Aku call Incik Hubby cakap tak larat nak balik..
Lagipun abang ipar aku pun kata tak payah balik, bahaya drive..
Tidur la kami semalam di Ipoh.. Hari Jumaat tu pun sebenarnya tak larat jugak..
Tapi bila fikirkan aku pinjam kereta orang, maka aku gagahkan la diri untuk drive balik..
Kami bertolak pukul 6 petang..
Sepanjang jalan Dhiya tidur, cuma Imad je yang tak mahu tidur..
Aku bawak slow je, sampai rumah lebih kurang pukul 10.30 malam..
Mujur anak-anak tak banyak kerenah dalam keadaan aku yang sangat tak bermaya ni..
Diorang terus tidur lepas aku suap makan malam sampai kat rumah..


Teringat waktu kali pertama hantar Danish bersekolah disini..
Melalui proses pendaftaran, suaikenal ibu bapa dan guru, melawat sekitar sekolah, hantar anak ke kediaman dan macam-macam lagi..
Tiga tahun sudah berlalu, cepat betul masa berputar..
Sedar-sedar Danish dah pun selamat menghadapi peperiksaan PMR..
InsyaAllah moga Allah berikan kejayaan buatmu anak..

*Sepatutnya tahun depan aku bersiap sedia untuk mendaftarkan Imad di Tahun 1.. Tapi apakandaya, Imad bukan seperti anak-anak yang lain.. Maka impian itu hanya tiba saat Dhiya nanti.. Moga aku berkesempatan.. InsyaAllah.. Ameen...*

-AkU-
Syurga Addin..
17:27 petang..

Read more…