Friday, February 28, 2014

~Selamat Datang Ke Dunia Baru..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni cukup 17 hari aku selamat melahirkan seorang lagi permata hati hasil cinta antara kami suami isteri..
Biarpun menempuh pelbagai kesukaran sewaktu mengandung dan saat hampir bersalin..
Alhamdulillah, Allah selamatkan semuanya..



Muhammad Iyad Addin Bin Mohamad Azhan..
Dilahirkan pada 11 February 2014..
Pada pukul 09:15 pagi..
Dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur..
Walaupun berat sekadar 1.315 kg, Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang sempurna..
Saat ini, Iyad masih lagi ditempatkan di wad KK9, Institut Paediatrik, Hospital Kuala Lumpur..
Sepanjang tempoh dari hari pertama hingga la hari ke 16, Iyad berada dalam incubator..
Petang hari ke 16, Iyad selamat di tempatkan di dalam baby coat..
Berat Iyad naik 1.416 pada hari ke 7..
Berat naik lagi 1.510 masa Ibu melawat Iyad untuk bagi susu pada hari ke 13..
InsyaAllah, Iyad akan dapat balik rumah dan jumpa Ayah, Abang Imad dan Kak Dhiya bila berat Iyad cecah 1.80kg..
Tak sabar rasanya untuk tunggu saat itu..
Mudah-mudahan Iyad akan cepat besar bila dah duduk kat rumah kita..
Opah dan Atuk kat depan rumah ni pun selalu tanya bila Iyad nak balik rumah..
Mak, Abah, abang-abang dan kakak-kakak kat Kg. Dusun pun tak sabar nak jumpa Iyad..
Tuk De dengan Nek De lagi la selalu tanya khabar Iyad..
Ramai orang sayang Iyad..
Moga Allah swt akan permudahkan segalanya untuk kita ya Iyad..
InsyaAllah, ameen..

*Selamat datang ke dunia baru Muhammad Iyad Addin.. Dunia yang penuh dugaan dan pancaroba.. InsyaAllah Ibu dan Ayah akan cuba menjadi yang terbaik buat anak-anak.. Mendidik dan membimbing Iyad mengikut jalan yang Allah redhai.. Moga perjalanan kita akan sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah swt.. InsyaAllah.. Ameen..*

**Genggam la tanganku hai anak.. Ikut la langkahku hai anak.. Jangan berputus asa bila tersungkur.. Kerana itu ada la asam garam dalam kehidupan.. Untuk berjaya, kita perlu menempuh pelbagai rintangan.. Allah menduga kerana kasih sayangNYA buat kita.. Jangan mengeluh atas setiap ujian yang datang.. Kerana di situ la terletak keimanan kita..**

-AkU-
Syurga Addin..
14:17 petang..

Read more…

Wednesday, February 26, 2014

~Mari Belajar Berpantang II..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni dah cukup 16 hari aku berpantang selepas melahirkan anak ketiga melalui kaedah caesarean..
Macam mana cara berpantang selepas dibedah ?
Sila baca sampai habis dan jangan percaya 100 peratus..
Sebab ini cara aku, bukan cara orang tua-tua.. Hehe..
Tak ada orang tua-tua yang nak ajar aku, maka ikut cara sendiri la..
Alhamdulillah, so far tak ada masalah..
InsyaAllah..

Hari yang pertama sampai hari yang ketiga, aku di hospital..
Jadi nak kata berpantang makan tu agak susah la sikit..
Sebab kat hospital tak boleh nak demand nak makan apa yang aku nak..
Mahu kena side kick dengan nurse..
Maka aku makan je apa yang nurse tu bagi.. Hentam saja la..
Kat hospital juga aku kena banyak berjalan..
Sebab nak mandi dan buang air, perjalanannya sangat jauh..
Aku yang rasa jauh, sebab jalan perlahan..
Kalau jalan macam orang biasa, tak sampai 1 minit dah tiba kut..
Tak boleh nak banyak complaint la sebab aku bukan orang kaya yang banyak duit nak bersalin kat hospital swasta..
Maka lebih baik bersyukur sebab aku dapat juga bersalin di hospital kerajaan..
Syukurrrr... Alhamdulillah..

Oke.. Aku mula berpantang makan sewaktu balik ke rumah hari ke-4..
Macam biasa Incik Hubby yang menjadi tukang masak..
Waktu pagi aku sarapan oat, susu dan buah epal hijau..

*Ni la kombinasi sarapan aku setiap pagi.. Elok untuk penghadaman dan tenaga di waktu pagi..


Dan menu tengah hari dan malam aku sama je macam orang yang bersalin normal berpantang..
Nasi panas, ayam bakar atau ikan bakar, sup dan sayur..

*Ini antara yang aku makan.. Bayam tu untuk tambah darah.. Lobak tu untuk banyak susu..

Air masak memang aku minum 6 tupperware besar satu hari..
Kalau panas sangat boleh cecah 8 tupperware besar..
Kali ni aku tak bertungku..
Bukan tak nak, tapi kesian dengan Incik Hubby..
Semua kerja dia buat..
Jadi aku matikan niat untuk bertungku..
Tak apa la, cuaca panas ni pun boleh membantu..
Bukan aku duduk dalam peti ais pun..
Pakai pakaian tebal dan stokin, cukup la kut..
Dan atas nasihat Doktor Kuantan, aku banyakkan berjalan..
Ada orang suruh aku berbaring je..
Memang sengal-sengal la punggung aku kalau banyak sangat baring..
Doktor Kuantan jugak suruh aku banyak makan protein untuk cepat baik luka..
Alhamdulillah, mengikut nasihat dia la maka luka aku nampak agak sembuh tak sampai satu minggu..
Cuma luka dalaman tu ada lagi..
Ada member cakap suruh aku makan ikan haruan, gamat atau belut untuk cepat baik luka..
Ikan haruan segar memang mahal giler la..
Gamat tu kalau nak cari kat mana la pulak..
Belut ??? Aku boleh je makan, tapi Incik Hubby kata tak payah la.. Hehe..
Sebab ikan haruan mahal, maka aku cakap kat Incik Hubby cari pati ikan haruan je la..
Dari sehari ke sehari, Incik Hubby sangat busy..
Maka aku menjadi penunggu setia pati ikan haruan.. Haishhhh !
Tapi rezeki Allah, hari Sabtu yang lepas..
Jiran depan rumah aku ni datang melawat dan bawak pati ikan haruan asli..
Alhamdulillah..

*Nampak tak siap ada gambar Imam Muda Asyraf lagi.. Hehe..

Bau dia memang perghhhhh !! Agak tidak menyelerakan..
Tapi untuk kesihatan, aku gagahkan juga..
Satu hari satu botol tu (75ml) aku minum waktu pagi..
InsyaAllah, moga cepat baik luka dalaman..

Bab mandi..
Doktor dah pesan boleh mandi macam biasa..
Cuma pastikan tempat luka tu dikeringkan betul-betul..
Kalau tak, takut ada infection lain pulak..
So far, memang tak ada masalah untuk mandi..
Cuma tak boleh nak berdiri lama sangat..

Apa lagi ya ??
Hmm.. Lepas dah seminggu lebih ni..
Boleh la kut aku buat kerja sikit-sikit.. Yang mudah je la..
Yang tak pakai tenaga banyak..
Mandikan anak ke, masak nasi ke, buat susu anak ke, suap anak makan ke..
Yang tak banyak pakai tenaga..
Tapi tak angkat yang berat-berat la..
Kerja yang banyak sangat pergerakan, aku serahkan pada Incik Hubby..
Mudah-mudahan cepat la sembuh luka ni..
Kesian betul tengok Incik Hubby kepenatan lepas sehari suntuk buat kerja..

*Dah tiga kali aku bersalin.. Tiga-tiga pun pantang Incik Hubby yang jaga.. Mana sama suami jaga dengan mak atau mertua jaga.. Maka bersyukur la orang yang masih ada mak atau mertua untuk jaga waktu pantang.. Sungguh la, suami jaga ni tak se"perfect" mak atau mertua jaga.. Tapi waktu ni la kita boleh tengok suami sanggup jaga kita masa sakit atau pun tidak.. Masa ni jugak kita boleh tengok sama ada suami mampu uruskan anak-anak atau pun tidak.. Mana la tau, usia kita tak panjang kat dunia ni.. Sekurang-kurangnya anak-anak kita akan dapat yang terbaik dari Ayahnya.. Terima kasih Incik Hubby !!* 

-AkU-
Syurga Addin..
15:07 petang..

Read more…

Sunday, February 23, 2014

~Pengalaman pertama..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Hari ini genap 13 hari aku berpantang selepas melahirkan anak yang ketiga..
Seorang putera..
Belum diberi nama lagi walaupun sudah ada beberapa nama pilihan..
InsyaAllah satu dua hari lagi akan memilih nama yang paling sesuai..

Catatan kali ini, aku sekadar ingin berkongsi pengalaman bersalin secara caesarean untuk kali pertama..
Kita merancang dan Allah juga merancang..
Namun perancangan Allah ada la yang sebaik-baiknya..

Aku positif mengandung sewaktu check menggunakan upt pada 10 Julai 2013..
Kemudian mengesahkannya di Klinik Kesihatan Ibu dan anak Gombak Setia pada 23 Julai 2013..
Sepanjang mengandung, tiada perkara yang tidak normal kecuali aku disahkan Anemia..
Ini perkara biasa bila setiap kali aku mengandung..
Hari-hari aku diteruskan seperti biasa..
Alhamdulillah, tiada alahan dan mengidam perkara yang bukan-bukan..
Cuma , entah la.. Kali ini aku lebih suka makan cempedak dan talam keladi..
Ingat lagi waktu balik ke Kuala Lumpur dari Kelantan..
Singgah sebentar di rumah keluarga angkat di Slow Temiang, Gua Musang..
Waktu tu dah nak maghrib..
Aku luahkan pada mak angkat yang aku panggil Mak De..
"Teringin nak makan cempedak la Mak De.."
Laju je Mak De keluar rumah pergi rumah jiran untuk ambik cempedak..
3 biji cempedak berbalut surat khabar diserahkan kepada aku..
Dalam hati gembira dan terharu..
Ye la, terharu la, bila Mak De susah-susah nak ambik cempedak waktu maghrib tu sebab aku teringin..
Aku boleh habiskan satu biji cempedak tu seorang je.. Hahahaha..
Teringin sangat la tu..
Talam keladi tu aku akan beli bila ada pasar malam setiap hari Khamis kat rumah..

Masuk minggu ke 21 usia kandungan..
Doktor mula mengesan satu masalah pada anak..
Dua kali imbasan dilakukan sebelum aku dirujuk ke Maternal Fetal Medicine (MFM) di HKL pada 18 November 2013..
Doktor Shari Bin Nor, Pakar OnG di HKL mengesahkan pertumbuhan anak tidak mengikut minggu kandungan..
Perbezaan dalam 3 minggu dan itu agak membimbangkan..
Rujukan kedua pada 24 December sekali lagi memberikan keputusan yang sama..
Pada pertemuan ketiga, 5 Februari 2014..
Doktor mengesan kekurangan air ketuban pada kandungan..
Aku dinasihati untuk ditahan dalam wad untuk monitor jantung anak..
Dalam keadaan tak bersedia begitu, aku minta tempoh seminggu untuk selesaikan urusan lain sebelum aku masuk wad..
Ya, aku perlu memikirkan keadaan Imad dan Dhiya bila ditinggalkan secara drastik begitu..
Bukan tak percaya pada Incik Hubby, tapi sekadar persediaan..
Belum pernah lagi aku tinggalkan anak-anak..
Pada pagi hari Ahad 9 February 2014, sewaktu bangun dari tidur..
Aku perasan tilam agak basah sedikit..
Risau dengan keadaan diri, maka aku hadirkan diri ke HKL pada petang Ahad..
Setelah diperiksa oleh doktor bertugas, maka aku dimasukkan ke wad pada pukul 8.40 malam..
Berpisah la sementara aku dan anak-anak.. Sedih.. Sebab anak-anak boleh hantar kat pintu je..

Pada hari Isnin, 10 Februari 2014..
Pemeriksaan dilakukan oleh doktor pakar..
Keputusan dibuat, aku akan di"induce" untuk dipaksa bersalin pada keesokan harinya..
Pada hari Selasa, 11 February 2014..
Pukul 6.30 subuh, doktor yang bertugas memasukkan ubat ke dalam rahim..
Aku dsuruh berbaring untuk tempoh satu jam..
Pada pukul 7.30 pagi CTG dilakukan pada anak..
Bacaan pada 10 minit pertama agak tidak normal..
Keadaan berterusan hingga 45 minit lamanya..
Setelah diperiksa oleh doktor bertugas..
Aku diberitahu pembedahan segera perlu dibuat memandangkan bacaan degupan jantung anak yang tidak normal..
Terkejut , tergamam sekejap..
Terjerit aku kat sister yang ada..
"Kenapa pulak kena operate ?"
Sister tu pujuk aku sambil menerangkan perkara sebenar..
Aku diminta hubungi Incik Hubby untuk memberitahu perkara itu..
Dalam linangan air mata, aku call Incik Hubby kat rumah..
Sambil bercakap, aku ditukarkan pakaian, dipakaikan urine catheter, sampai la aku habis bercakap dengan Incik Hubby..
Aku diterangkan tentang risiko sewaktu pembedahan pada aku dan anak..
Setelah faham, aku diminta menandatangani 2 kertas..
Sewaktu ditolak ke dewan bedah..
Pelbagai perasaan menerpa..
Takut, sedih, rindu anak-anak, bimbang, terkejut.. Macam- macam la..
Takut sebab ini kali pertama akan dibedah..
Sedih sebab aku keseorangan tanpa sesiapa disisi..
Di bilik bedah pukul 9.10 pagi, 11 February 2014..
Doktor Salwani, pakar Anestatik menerangkan kepada aku tentang bius..
Aku akan dibius dari paras pinggang hingga ke hujung kaki..
Aku diminta duduk dan membongkokkan badan sebelum disuntik bius di bahagian tengah pinggang..
2 suntikan, sebelum aku dibaringkan semula..
Apabila bius sudah mula berkesan..
Pemandangan dari leher hingga ke kaki aku ditutup dengan kain..
Aku hanya terasa sentuhan-sentuhan mereka di bahagian perut..
Terasa perut di"belah" namun tiada rasa sakitnya..
Cuma sewaktu doktor cuba mengeluarkan anak dari kandungan..
Terasa sesuatu yang sangat tidak selesa hingga terjerit aku kalimah..
"Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar !"
Terkejut Dokktor Salwani dengan jeritan aku..
"Kenapa Puan ? Rasa apa-apa sakit ke ?" cemas suaranya..
"Tak sakit, saya rasa sangat tak selesa.."
Tangan aku berpaut kuat pada besi yang ada..
Bayangkan la, boleh rasa orang korek perut kita hidup-hidup..
Cuma tak ada rasa sakit je..
Lebih kurang 5 minit, terdengar tangisan pertama putera hati kami..
Aku nampak anak yang sangat kecil bersalut dengan kotoran, dibalut dengan kain biru dan diletakkan di atas tilam bayi..
Memandang dari jauh dengan kalimah Alhamdulillah..
Senior Nurse Low datang membawa anak itu kepada aku..
Aku disuruh tengok jantina anak dan diberi peluang mencium anak buat kali pertama sebelum mereka membersihkan anak..
Aku hanya terasa sentuhan-sentuhan doktor-doktor pada perut dan kaki..
Anak yang sudah bersih dibalut dengan kain hijau dan diletakkan di sisi aku..
Selang 5 minit, anak itu diletakkan dalam incubator dan dibawa pergi..
Aku sendiri siap dibedah pada pukul 9.50 pagi..





*Gambar-gambar kat atas ni lebih kurang la menggambarkan keadaan aku masa di bilik bedah tu..


Diletakkan sementara di "Recovery Room" selama satu jam..
Sebelum aku dibawa ke wad biasa pada pukul 12 tengah hari..
Orang pertama yang datang melawat aku pada pukul 12.30 tengah hari ada la Papa, Mama dan Jijie..
Tak boleh nak bercakap banyak, sebab ada ketika datang rasa mual dan loya..
Tapi Alhamdulillah, alahan pada ubat bius tu tidak teruk sangat..
Cuma aku tak boleh nak telan nasi lagi sampai malam..
Perut aku hanya diisi sebiji buah epal dan beberapa gelas air masak selepas 6 jam pembedahan..
Incik hubby datang kemudiannya untuk mengambil uri anak..
Sempat berjumpa dan bercerita lebih kurang dalam setengah jam saja..
Memandangkan anak-anak tak ada orang nak tolong tengokkan..

Hari ini, bila teringat balik keadaan dalam bilik bedah tu..
Aku tersenyum sendirian..
Alhamdulillah, Allah sentiasa membantu aku ketika itu..
Sekarang ini kami hanya menanti anak kecil itu untuk pulang ke rumah..
Bersama-sama menjalani kehidupan sebagai satu keluarga..
Moga Allah swt merahmati kami dan melindungi kami dengan kasih sayangNYA..
InsyaAllah.. Ameen..

-AkU-
Syurga Addin..
11:27 pagi..

Read more…

Tuesday, February 18, 2014

~Redha la Suami..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah seminggu "bercuti" dari menjadi surirumah..
Maka, masa yang ada boleh la aku pinjamkan sedikit untuk blog yang tak seberapa ni..
Kenapa bercuti ?? Hehe..
Nanti cerita next entry..

Ini cerita sebelum bercuti lagi..
Kalau tak silap aku dalam bulan January..
Masa tu aku dengan Incik Hubby tengah layan Youtube pasal kat tv dah tak ada cerita best..
Bukan layan movie pun..
Layan ceramah UAI..
Incik Hubby duduk atas kerusi rotan..
Aku duduk bersimpuh kat sebelah dia..
Santai-santai sambil gelak dengan Incik Hubby..
Ini pun salah satu cara untuk merapatkan hubungan suami isteri dan keluarga..
Menonton sambil gelak-gelak dan mendapat ilmu..
Sila menyampah dari jauh ! Huahuahua..

Aku tak ingat ceramah yang mana satu..
Tapi ianya berkenaan dengan suami isteri..
Tentang redha suami ke atas isterinya..
Lebih kurang la kata UAI..

"Isteri yang meninggal dunia dalam keadaan suami redha akan dirinya..
Maka masuk la ia ke dalam syurga ikut pintu mana pun ia suka.."

Sejurus selepas ayat tu UAI sebut..
Terasa tangan Incik Hubby mengusap lembut kepala aku..
Entah la, datang satu perasaan tersentuh..
Memang Incik Hubby tak cakap apa pun..
Tapi aku boleh baca apa yang cuba dia sampaikan..
Cuma Incik Hubby ni bukan suami yang suka berterus terang pun..
Maka, setiap gerak laku dan bahasa tubuhnya aku perlu baca mengikut firasat hati seorang isteri..
Alhamdulillah, Allah swt bagi aku kelebihan itu..
Aku tahu dalam hati kecil dia..
Dia nak cakap..

"Abang redha akan sayang, Isteriku.."

Perggghhhhh !! Ayat tak ingat.. Hahahaha..
Oke, tu ayat aku..
Tapi itu la yang lebih kurang Incik Hubby nak cakap..
Airmata dah bertakung, tunggu nak luruh je..
Aku pun pura-pura nak pergi toilet..
Nampak tak ?? Cara nak elak suami nampak hati kita tersentuh.. Hahaha..
Macam-macam hal..



Hampir 10 tahun usia pernikahan kami..
Di awal usia pernikahan kami..
Memang aku agak banyak kerenah..
Maklum la, beza usia kami 12 tahun..
Incik Hubby banyak bersabar waktu tu..
Dan aku, tak teragak-agak buat perangai.. Hehe..
Bab merajuk, tak usah cerita la.. Memang johan..
Cerita sejengkal, boleh jadi sedepa aku buat..
Dan aku suka pendam perasaan..
Mengungkit, memang lagi la kemahiran utama.. Muahahaha..
Banyaknya dosa aku..
Makin lama, pengalaman mematangkan aku..
Aku semakin boleh mengawal perasaan dan perangai..
Setakat benda sikit-sikit tu, aku tak ambik hati pun..
Dan aku lebih suka berterus terang..
Biarpun kadang-kadang Incik Hubby tak berapa nak layan aku cakap..
Tapi aku tetap bersuara.. Sekadar nak bagitau apa yang aku rasa..
Dan bila giliran Incik Hubby pulak nak meluah rasa..
Aku buat tak layan la pulak.. Balas balik ! Hahaha..
Bila Incik Hubby tengah panas hati..
Aku jadi air untuk "cool down" kan dia..
Bukan lagi nak mengapi-apikan perasaan dia..
Paling tidak pun.. Aku diamkan diri bila Incik Hubby disampuk mambang tanah..
Itu lebih baik dari bertegang urat..
Buat tambah dosa aku je..
Aku tak nak lagi pendam perasaan..
Nanti bila dah meletup.. Macam-macam boleh jadi..
Alhamdulillah, aku hampir berjaya mencapai ciri-ciri isteri solehah..
Sila kagum dari jauh.. Huahuahua.. Perasan kan ???
Bagi aku..
Semakin usia bertambah, kita seharusnya semakin berubah..
Berubah ke arah kebaikan la..
Bukan untuk orang lain..
Untuk diri sendiri dan juga orang-orang yang kita sayang..
Tak usah la ikut sangat hati dan nafsu tu..
Tu semua hasutan syaitan..
Syaitan sedaya upaya cuba untuk memecahbelahkan ikatan satu keluarga..
Dan kalau kita "rela meyerah" hanya kerana menurut nafsu..
Maka kita ada la antara orang-orang yang rugi..



Buat isteri-isteri di luar sana..
Ingat la..
Kalau sebelum kita bernikah..
Ibu ada la yang teratas sekali..
Perkataan "AH!" pun tidak diizinkan untuk kita luahkan pada ibu kita..
Apatah lagi meninggi suara..
Dan setelah kita bernikah, suami ada la yang teratas..
Biar siapa pun suami kita..
Biar setinggi mana pun kedudukan kita..
Biar sekaya mana pun kita dari suami..
Biar sejauh mana kita berjaya lebih dari suami..
Biar sehebat mana pun kita berbanding suami..
Namun.. Suami tetap pintu untuk kita ke syurga..
Seteruk mana pun suami..
Seburuk mana pun suami..
Sejahat mana pun suami..
Kita tetap tak diizinkan untuk "meninggi suara" pada suami..
Apatah lagi mencanang-canang keburukan dan kekurangan suami pada orang lain..
Ingat la duhai isteri..
Tanpa redha suami, kemanakah arah tuju kita di akhirat kelak ?
Mengadu la pada Allah swt..
Merintih la padaNYA..
Mintalah pada DIA..
Moga diberikan kesedaran pada suami kita..
Dikurniakan kesabaran buat suami kita..
Diberikan hidayah pada suami kita..
Mudah-mudahan, doa dan airmata seorang isteri akan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa..
InsyaAllah..


*Bila sepasang suami isteri saling bertegang urat, meninggi suara, mengungkit-ngungkit, menyalahkan antara satu sama lain.. Maka syaitan tersenyum dari jauh.. Bersaksi la kamu, aku telah berjaya memperdaya anak Adam untuk mengikut kemahuanku.. Maka, makin jauh la mereka dari syurga Allah swt..*

**Wahai suami.. Ampuni la isteri mu.. Sayangi la isterimu.. Kasihi la isterimu.. Redha la kamu akan isterimu.. Moga kita bertemu di Jannah..**

-AkU-
Syurga Addin..
15:07 petang..

Read more…

Monday, February 17, 2014

~Orang Ketiga..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"Bak kata pepatah..
Bumi mana yang tak ditimpa hujan..
Laut mana yang tak bergelora..
Pantai mana yang tak dihempas ombak..
Sedangkan lidah lagi tergigit..
Apatah lagi suami dan isteri.."

Dalam setiap hubungan suami dan isteri.
Kalau tak banyak, pasti ada sedikit pertelingkahan yang berlaku..
Ya, kita manusia biasa yang tidak sempurna..
Sebanyak mana kita bertahan, adakala kita gagal juga dengan emosi..
Dan selalunya, jika berlaku perkara begini..
Kita akan cuba mencari orang ketiga atau orang tengah untuk mengadu, mencari nasihat dan pandangan ataupun mencari jalan penyelesaian..
Mencari orang ketiga sebenarnya tak semudah mencari seorang kenalan..
Kerana..
Adakala, orang ketiga ini la yang menyebabkan kehidupan rumahtangga kita menjadi lebih berantakan..
Kebiasannya, kita akan memilih dari kaum keluarga yang terdekat ataupun teman rapat..
Tapi jangan sangka semua kaum keluarga atau teman rapat ini boleh dijadikan tempat rujukan..
Lebih ramai yang berfikir mengikut hawa nafsu tanpa membuat pertimbangan menurut akal fikiran..
Disini kita harus lebih bijak memilih..
Tersalah pilihan, silap-silap rumahtangga kita menjadi taruhan..

Rumahtangga aku juga kadang-kala berlaku situasi begini..
Dan aku juga antara yang memilih mencari orang tengah untuk nasihat dan pandangan..
Dalam ramai-ramai antara mereka yang memberi pandangan..
Hanya seorang yang lebih ke arah positif..
Yang lain kebanyakannya lebih bersifat sebagai penyokong..
Penyokong ini adakala yang membawa rebah..
Benar, kita perlukan sokongan untuk terus bersemangat dan berkeyakinan menempuh dugaan dan ujian berumahtangga..
Cuma, seorang penyokong adakalanya takut (tidak mahu) untuk menyuarakan kebenaran..
Mereka cenderung untuk terus menyokong segala tingkah laku kita biarpun ianya bertentangan dengan realiti kehidupan..
Penyokong yang cuba menjadi pari-pari untuk merealisasikan impian si pemilik mimpi..
Ahhhh.. penyokong sebegini yang paling ramai..

Pendapat aku..
Orang ketiga yang kita perlukan dalam situasi bermasalah begini..
Ialah, mereka yang berfikir guna akal fikiran bukannya nafsu..
Mereka yang memberi pendapat dan pandangan mengikut kesesuaian keadaan..
Mereka yang berani meluahkan yang bathil dan yang hak..
Mereka yang tidak segan silu menegur ksalahan kita..
Mereka yang tidak bersikap "Yes Boss!"..
Mereka yang memberi nasihat dan pandangan dengan niat yang ikhlas..
Ahhhh... Banyak lagi kriteria sebenarnya..
Tapi ini antara ciri-ciri orang ketiga yang kita kena cari..

Yang paling penting..
Pertelingkahan atau salah faham dalam rumahtangga bukan la perkara biasa yang boleh kita hebahkan kepada umum..
Bukan semua masalah rumahtangga kita boleh cerita kepada sesiapa pun..
Jangan mudah bercerita masalah rumahtangga dengan kenalan..
Apatah lagi orang yang kita belum kenal lama..
Berhati-hati la dalam membuka bicara dengan orang sekeliling..
Takut, cerita keaiban rumahtangga kita menjadi berita untuk dijaja..

Yang terakhir..
Sebaik-baiknya, mengadu la pada Yang Maha Esa..
Sujud la padaNYA memohon petunjuk dan hidayah..
Moga dengan air mata dan doa kita padaNYA mampu memberi ketenangan hati dan kedamaian jiwa..
InsyaAllah, mudah-mudahan..

*Ramai isteri menyalahkan orang ketiga (kekasih / isteri muda) ini sebagai peruntuh rumahtangga.. Tanpa mereka sedar orang ketiga (penasihat / orang tengah) lebih lagi memainkan peranan.. Dan satu lagi "orang ketiga" yang kita seringkali lupa.. Iaitu hati kita.. Ini la "orang ketiga" yang seringkali dihasut nafsu untuk merosakkan kebahagiaan kita dalam rumahtangga.. Berhati-hati la wahai insan..*

**Aku menulis dari pengalaman dan perjalanan yang panjang.......**

-AkU-
Syurga Addin..
17:27 petang..

Read more…

~Usia Baru..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Setelah berlalu 9 bulan lebih..
Maka terlahirnya aku dari rahim seorang ibu..
Hasil "terakhir" kasih sayang antara dua insan..
Hari ini setelah 33 tahun..
Aku membesar menjadi seorang wanita yang telah menempuh sekalian ranjau kehidupan..
Suka duka kehidupan yang membentuk aku menjadi seorang manusia yang hampir sempurna..
Pengalaman demi pengalaman yang mematangkan diri dan fikiran..
Maka bukan sedikit air mata, keringat dan darah yang mengalir..
Segalanya aku harung demi sebuah kehidupan..

Pertama sekali..
Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana masih lagi meminjamkan nyawa ini kepada aku..
Meminjamkan kehidupan di dunia ini..
Memberi peluang untuk aku memperbaiki amalan serta memperkukuhkan iman di dada..
Mengingatkan aku selangkah lagi usia aku menghampiri hari akhir..
Menyedarkan aku akan kekurangan masa silam..
Semoga aku terus istiqomah untuk melangkah menuju ke arah satu penghijrahan yang kekal..

Seterusnya..
Diusia baru ini Allah telah menganugerahi aku seorang lagi permata hati..
Biarpun kepayahan yang aku tempuhi berbeza dengan yang sebelumnya..
Namun, ini satu pengalaman yang akan terus terpahat kukuh di ingatan..
Pengalaman ini memberi aku peluang untuk lebih menghargai insan-insan di sekeliling..
Yang sama-sama mengharungi susah payah dan suka duka sepanjang kehidupan ini..
Mereka-mereka ini akan terus kekal dalam lipatan kenangan hingga akhir nafas aku..

Apa lagi yang aku inginkan..
Entah la..
Tak terfikir rasanya..
Tak akan habis satu senarai kalau aku berfikir ikut nafsu..
Apa lagi yang kurang dalam hidup aku..
Ya.. ada sesuatu yang kurang..
Kemanisan Iman dan Islam..
Itu yang akan cuba aku cari untuk kehidupan yang seterusnya..
Doakan moga aku menemui "mereka"..
InsyaAllah.. Ameen..



-AkU-
Syurga Addin..
15:07 petang..

Read more…