Monday, March 31, 2014

~Selamat pulang Iyad Addin..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Syukur kepada Allah kerana hari Jumaat 2 minggu yang lalu..
Muhammad Iyad Addin selamat pulang ke Syurga kami sekeluarga..
Setelah lebih sebulan Iyad check in kat wad KK9, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur..
Maka pada 14 March yang lalu, setelah memenuhi syarat Dr. Farah, pakar kanak-kanak..
Iaitu Ibu kena check in 2 hari 1 malam kat wad KK8..
Maka Iyad dibenarkan keluar..
Incik Hubby ambik kami bawa anak-anak..
Dhiya dan Damia seronok dapat pangku Iyad dalam kereta..
Bila bandingkan Iyad dengan kakak-kakaknya, baru tersedar besar dah diorang ni..
Rasa macam baru sekejap je aku bersalinkan Dhiya.. Hehe..
Sampai kat rumah petang tu, Iyad oke lagi..
Bila malam je Iyad mula buat perangai..
Dia tidur kejap-kejap je.. Macam tidur-tidur ayam..
Dua malam Iyad buat hal..
Muka aku pun dah macam zombie, tak tidur 2 hari berturut-turut.. Huhu..
Tapi malam ketiga Iyad dah boleh sesuaikan diri..
Cuma yang jadi hal, Dhiya masih lagi menyusu badan..
Jadi kadang-kadang berebut Dhiya dengan Iyad nak menyusu..
Ada ketika rasa macam menyusu anak kembar la pulak.. haha..
Pukul 2 atau 3 pagi biasanya aku akan "dipaksa" duduk untuk menyusu "anak kembar" ni..
Sebab kalau baring, sorang je yang boleh menyusu..
Mula-mula agak kekok, tapi dah lama kira oke la..
Incik Huby pulak yang pelik bila tengok.. Haha..
Mana la tahu kan..
Ada rezeki dapat anak kembar akan datang, aku dah boleh la handle, InsyaAllah.. Hehe.. Berangan..
Sekarang ni nampak Iyad dah berisi sikit..



Mana taknya, kuat betul menyusu..
Selang satu jam, mesti Iyad nak menyusu..
Aku pulak yang jadi makin susut badan..
Tapi InsyaAllah, susu banyak..
Minggu lepas bawak Iyad balik Kg. Dusun jumpa Mak, Abah, Kakak-kakak dan Abang-abang..
Seronok diorang tengok Iyad..
Mula-mula tak berani nak pegang pasal Iyad kecik, tapi lepas tu dah dapat pegang tak mau lepas la pulak..
Dah balik Kuala Lumpur, diorang sms tanya bila nak datang lagi..
Tunggu la Iyad dah besar sikit.. Boleh bawak Iyad berkelah tepi sungai.. Hehe..

*Moga Iyad membesar menjadi anak yang soleh dan mengikut ajaran islam yang benar.. Dan moga Iyad menjadi kekuatan buat Ibu dan Ayah dalam menempuhi ranjau dan onak duri kehidupan.. Tetap la Fisabilillah sayang Ibu*

-AkU-
Syurga Addin..
16:07 petang..

Read more…