Friday, April 18, 2014

~Mereka bahagia.. Kita bila ??~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Meneliti kisah-kisah di muka buku..
Terpandang gambar-gambar bahagia Ashraf Muslim dan isteri-isterinya..
Aku bukan la peminat Ashraf Muslim..
Tapi baca juga kisah dia bila terjumpa di "news feed" fesbuk..
Kisah dari perkahwinan pertama..
Gossip Ashraf ingin berpoligami..
Kontroversi perkahwinan kedua Ashraf Muslim..
Cerita panas isteri kedua Ashraf Muslim mengandung..
Hingga la kepada kisah anak mereka lahir..
Bila sahaja melihat gambar-gambar mereka..
Spontan, bibir mengukir senyum..
Dalam hati mengucap Alhamdulillah..
Allah buka mata hati mereka untuk memahami erti sebenar poligami..
Mungkin sewaktu perkahwinan keduanya, bermacam-macam cerita negatif yang kedengaran..
Tapi sepenuh hati mereka cuba mempertahankan syurga mereka bertiga agar tidak mudah goyah dengan lontaran kata-kata si pencuri bahagia..
Apatah lagi dengan kehadiran anak comel yang telah mengisi ruang antara mereka bertiga..
Itu antara penyebab rapatnya lagi hubungan antara isteri-isterinya..
Alhamdulillah, isteri pertama terima dengan redha qada' dan qadar Allah swt..
Dan isteri kedua merendah hati memuliakan isteri pertama..
Pastinya ramai yang dah lihat gambar-gambar bahagia mereka..
Tapi ini sekadar penghias cerita mereka di blog aku..


*Suka tengok gambar mereka bertiga.. Sweet sangat..


*Sekali pandang macam adik beradik pulak..

*Dayana pun nampak gembira dengan anak mereka.. Biarpun bukan dari rahimnya, tetapi tiada dendam dalam hatinya..

*Susah sangatkah untuk berkeadaan begini wahai mereka-mereka yang berpoligami ? Ya, sukar kerana kita mengikut kata nafsu..

Seronok tengok kehidupan orang lain bahagia begini..
Bukankah lebih indah kehidupan bila tiada sengketa..
Hidup dalam keadaan harmoni, saling hormat menghormati..
Tidak la kata isteri pertama sahaja yang berkuasa atau isteri kedua je yang terlebih mengada..
Cuba la bahagiakan diri dan kehidupan anda wahai wanita-wanita yang berpoligami..
Tak ada luaknya iman anda jika menerima madu anda seadanya..
Tak terhakis pun pahala anda andai menerima insan lain dalam keluarga anda..
Bukankah "madu" itu manis..
Maka mengapa tukarkan rasa manis itu kepada pahit semata-mata kerana amukan nafsu yang tidak waras ??
Muhasabah la diri..
Ini bukan ditujukan kepada isteri pertama semata-mata..
Ini untuk semua isteri..
Hidup ini hanya pinjaman semata-mata.. 
Bukan selamanya kita mampu menongkat langit..
Jadi, mengapa perlu sengketa ?
Tidak akan susut harga diri seorang isteri itu seandainya dia redha takdir Allah untuk dia berpoligami..

*Aku pun boleh jadi macam Dayana la.. Nampak tak ? Nampak tak ? Hahaha.. Sila kagum dari jauh.. hoho..

**Bukan calang-calang wanita yang boleh berkeadaan begitu.. Sukar sebenarnya untuk mencari kehidupan poligami yang aman damai.. Selisih faham yang sedikit itu sememangnya tidak dapat kita elakkan.. Tetapi bila yang sedikit itu menjadi suatu alasan untuk terus membenci.. Maka kita sebenarnya telah membuat satu kesilapan yang besar.. Muhasabah la diri.. Kembali kepada rukun Iman yang enam perkara.. Mudah-mudahan di situ kita temui keredhaan hati.. Insyaallah..**

-AkU-
Syurga Addin..
19:17 senja..

Read more…

Thursday, April 17, 2014

~Selamat makan pavlova mak !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni 16 April 2014..
Tarikh ni untuk setiap tahun ada la harijadi mak saya !!! (muka sengih..)
Yang ke berapa tahun ni ???
Rahsia.. Mana bleh bagitau..

Oke..
Untuk tahun-tahun yang lepas, aku ucap je..
Takde nak bagi apa-apa pun..
Hahaha.. Anak bertuah la katakan..
Tapi tahun ni saja nak bagi kelainan..
Kalau biasanya harijadi orang sibuk cari kek kan ??!
Tapi aku tak bagi kek..
Aku bagi......................

*Perghhhhh.. tengok pun dah meleleh air liur..

Hahaha.. Apa ni ??
Takkan la korang tak tau menda ni..
Suami member aku cakap mende ni pabola.. Hahahahaha..
Gelak guling-guling aku bila dia cerita kat group whatsapp tadi..
Pabola pun pabola la..
Janji sedap..
Eh ! macam la aku tau sedap, pada hal tak penah makan pun.. Hihi..
Orang lain cakap pabola ni.. Eh ! silap, pavlova ni sedap..
Aku pun fikir sedap la kut..
Aku sure mak aku pun tak pernah makan menda ni..
So, aku pun pakai special delivery untuk hantar special pavlova ni untuk mak aku..
Hasilnya....................

*Nampak tak ??? Muka ada senyummmmm..

*Tengok !!! Siap ada kad teddy bear lagi.. Hehe..

Hehehe..
Nampaknya menjadi planning aku untuk tahun ni..
Alhamdulillah, harap mak aku suka la pavlova tu..
Tahun-tahun depan, InsyaAllah ada rezeki boleh la beli hadiah pulak..
Korang-korang yang masih ada mak tu..
Sesekali kena buat surprise macam ni..
Baru la mak korang akan rasa diri dihargai..
Tapi tak semestinya harijadi je..
Bila-bila pun boleh buat..
Tapi aku buat time harijadi sebab..
Kalau buat time lain, nanti mak aku cakap aku ni buang tebiat..
Haishhh.. serba salah betul la.. hehe..

Ingat lagi masa aku tinggal kat Taman Bukit Permai..
Rumah tu dekat dengan rumah mak..
Biasanya hujung minggu aku tak pi mana..
Kadang-kadang aku saja request nak makan macam-macam..
Nasi minyak , ayam masak merah, rendang, sambal, kuah kacang.. Macam-macam la..
Maka, mak aku yang baik hati ni masak la untuk anaknya yang mengada-ngada ni..
Dah siap masak, mak mesti call bagitau suruh datang rumah makan..
Dan dengan senang hati aku pergi..
Siap bungkus bawak balik rumah lagi.. Hahahaha..
Buruk betul perangai..
Tapi dah duduk jauh ni, susah la nak mintak macam-macam..
Lagipun sampai bila nak nyusahkan mak ya tak ??!

**Selamat Ulang Tahun Yang Baru ya Mak.. Harap-harap mak makan la pavlova tu.. Ucapan dalam kad tu memang seikhlas hati orang karangkan untuk mak.. InsyaAllah, ada masa dan rezeki nanti kita buat lagi best ya Mak.. Hehe.. Terima kasih untuk doa mak buat orang setiap masa.. InsyaAllah, moga berkat doa Mak.. Ameen..**

-AkU-
Syurga Addin..
22:07 malam..

Read more…

Monday, April 14, 2014

~Terima Kasih semua..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Iyad dah dua bulan hari Jumaat minggu sudah..
Tapi berat Iyad macam budak baru lahir..
Aku agak je la, pasal tak pi timbang kat klinik lagi..
Tapi Alhamdulillah, Iyad sihat..
Kuat menyusu pulak tu.. Dah la Dhiya pun menyusu..
Tinggal rangka je aku ni nanti..
Makan pun tak berapa selera.. Haishhh..

Oh ! Hari Jumaat minggu lepas..
My BFF.. Cewahhhh.. Nak jugak BFF tu..
Diorang datang rumah melawat Iyad..
Anna dengan Angah Aine..
Actually, diorang ni member waktu di Sekolah Rendah Taman Tasek, Ampang dulu..
Walaupun aku hanya tak sampai setahun kat sana..
Tapi sempat la buat kawan..
Terputus sekejap persahabatan, bersambung di muka buku dan whatsapp group..
Alhamdulillah, silaturrahim bersambung kembali..
Diorang sampai pukul 3 petang..
Cadangnya nak bawak satay.. Konon la satay Kajang Hj. Samuri tu..
Tapi bila sampai, aku tengok dengan KFCnya, dengan Pizzanya, dengan Donut Big Applenya..
Haishhh.. Macam nak buat party.. Hahaha..
Macam-macam yang kitorang ngumpatkan..
Hahaha.. sesi "membuat ketupat" la katakan..
Walaupun hari-hari duk ber"whatsapp"..
Tapi bila jumpa, ada jugak cerita..
Layan je la gambar-gambar ni..

*Ni Anna.. Jauh dia datang.. Dari Putrajaya..

*Angah dari Ampang.. Nampak tak siapa yang bersusah payah pasal bab makan.. Hahaha.. Sebab tu dapat hadiah tudung ala Fareeda..

*Ni la Ibu dan Mama Iyad yang baru.. Hehe..

*Oke.. Ini gambar terpaksa.. Haha..

Pukul 6 lebih baru diorang balik..
Seronok betul rasanya..
Lama dah tak jumpa kawan-kawan bergelak ketawa macam ni..
Rasa terlepas jugak la perasaan..
Terima kasih sahabat sebab sudi datang menjenguk walaupun jauh..
InsyaAllah, nanti kita jumpa dalam kumpulan yang lebih besar..
Moga silaturrahim antara kita akan kekal hingga hujung nyawa..
InsyaAllah, ameen..


Hari Sabtu lepas pulak, Papa dan adik-adik datang melawat..
Kebetulan Papa tak ada shooting dan adik-adik bercuti..
Wai baru habis exam untuk final year..
Jijie cuti seminggu..

*Mencuba menjadi mak cik yang terbaik.. Haha.. Sila cuba lagi..

*Atuk saya pelakon ! Haha.. Macam tajuk drama pulak.. 

Diorang tak lama..
Tapi tak apa la, janji dah datang..
Terima kasih banyak-banyak Papa, Wai dan jijie..
Lain kali datang lagi ya ! Hehe..

**Oh ya.. Terima kasih jugak buat sahabat Lynn dan Lia.. Walaupun tak dapat jumpa tapi sempat menitipkan kiriman buat Iyad.. Terima kasih banyak-banyak.. InsyaAllah, ada kesempatan berjumpa la kita nanti.. Untuk Wai pulak.. Tahniah sebab pass exam minggu sudah.. Dah jadi Doktor Putri la ya ? Hehe.. Alhamdulillah.. Dah ada dua orang Doktor dalam adik beradik kita.. Semoga sentiasa berkhidmat dengan ikhlas dan jujur untuk masyarakat.. Jangan lupa jemput ai waktu yu punya convo tau ! Dah janji hari tu kan ???! Hehe..**

-AkU-
Syurga Addin..
23:07 malam..

Read more…

Wednesday, April 9, 2014

~Permata Untuk Isteri..~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

"...Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku..."



Masa minggu kedua dalam pantang..
Aku hanya terbaring kat bilik atas sementara Incik Hubby siapkan kerja-kerja rumah..
Masa tu petang..
Anak-anak semua tengah tidur..
Disebabkan dilanda kebosanan..
Maka aku pun perlahan-lahan turun ketingkat bawah dengan niat untuk berborak dengan Incik Hubby..
Sampai kat hujung tangga, aku jenguk kepala sikit kat ruang tamu..
Nampak Incik Hubby tengah duduk termenung sambil merenung di luar tingkap..
Telinga aku sayup-sayup menangkap bait-bait lirik lagu kat atas tu dendangan Kopratasa..
Waktu petang yang mendung, senyap sunyi, berseorangan..
Mendatangkan perasaan sayu, sedih, damai dan bermacam perasaan lagi..
Aku terus terpaku kat tepi dinding tangga sambil mata terpaku pada Incik Hubby dan telinga terus menadah alunan lembut suara penyanyi..
Ruang tangga yang tertutup, membolehkan aku terus menikmati suasana itu..
Seketika aku nampak Incik Hubby kesat kedua belah mata..
Suamiku menangis ???
Ke aku yang salah pandang..
Dan terdengar keluhan kecil..
Bila lagu hampir ke penghujung..
Perlahan-lahan pula aku naik tangga semula menuju ke bilik atas tanpa menganggu suasana yang dinikmati Incik Hubby..
Langkah yang aku bawa meninggalkan jawapan demi jawapan akan apa yang berlaku tadi..

*Teringat satu "peristiwa besar" tahun 2007 dulu dan lagu Pada Syurga Di Wajahmu nyanyian Nash.. Dan teringat pula bait-bait ayat sinopsis muka belakang novel Cemburu Seorang Perempuan...*

**Sudah takdir mu Suami, dijodohkan dengan diri ini yang tak pandai menjaga hati suami, yang tak tahu menyenangkan hati suami, yang tak mampu menjadi penyejuk jiwa di kala bahang kemarahan melanda, yang mungkin tak selayaknya menjadi bidadari di syurga mu.. Ampuni la Isterimu ini.. Namun sejauh mana pun kekurangan aku, tiada yang dapat menandingi takhta dirimu dalam hidupku.. Apa pun yang jadi kau tetap yang utama, kerana kau Syurgaku..**



-AkU-
Syurga Addin..
21:07 malam..

Read more…

~Bila "Orang Besar" buat hal..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...



Beberapa hari kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan berita tentang salah laku seorang "Profesor Selebriti"..
Seseorang yang patut tugasnya mendidik dan membimbing anak-anak muda..
Tiba-tiba menjadi seseorang yang merosakkan masa depan anak-anak itu sendiri..
Kes salah laku yang begini bukan perkara luar biasa dalam masyarakat kita..
Cuma bila ianya melibatkan "Selebriti", maka ianya menjadi satu berita yang besar..
Ramai yang tidak percaya biarpun mangsa sendiri sudah membuat laporan polis dan salinan laporan telah tersebar luas di media sosial..
Aku sendiri pun agak susah untuk percaya..
Ia la, Prof ni bukan calang-calang orang..
Dengan muka bersih dan suara yang ceria..
Motivasinya dalam banyak rancangan cukup menyemarakkan semangat..
Kata-kata yang dilontarkan memberi satu idea untuk lebih memajukan diri sendiri..
Bukan satu dua rancangan sahaja yang menonjolkan wajah Prof ini..
Banyak rancangan, malah boleh kata setiap media, ada kata-kata motivasi yang dikongsikannya..
Mana mungkin orang yang seperti ini berkelakuan tak senonoh seperti itu ?!
Ya ! Ramai yang mempersoalkan kesahihan berita tersebut..
Tapi yang kita lupa, Prof itu juga manusia..
Dan dia sendiri punya akal dan nafsu..
Selagi dia bernama manusia, maka tidak akan terlepas dia dari perangkap nafsu dan tipu daya dunia..
Biar la pihak berkuasa menjalankan kerja mereka..
Yang baik kita jadikan tauladan..
Yang buruk kita jadikan pengajaran..

Pengalaman bekerja dengan "Orang-orang Besar" buatkan aku kenal dunia mereka..
Mungkin mereka gah dengan harta dunia mereka..
Mungkin mereka bangga dengan nama besar mereka..
Mungkin mereka riak dengan gaya hidup mereka..
Mungkin mereka takbur dengan pangkat darjat mereka..
Tapi mereka lupa adab dan santun agama mereka..
Mereka umpama syaitan yang bertopengkan malaikat untuk memperdaya dunia dengan sifat islamik yang ditonjolkan..
Bagi yang mengenali mereka hanya dari paras wajah dan gaya..
Mungkin akan bangga bila dapat berdampingan dengan orang sebegini..
Namun niat dan hasrat yang di dalam jiwa mereka itu sebenarnya boleh bertukar rupa bila-bila masa sahaja..
Ramai "Nama-nama Besar" yang menggunakan agama untuk menyembunyikan perangai kotor mereka..
Ahhh.. Tak perlu dipersoalkan tentang mereka..
Kita yang tidak punya nama besar ni pun terlalu ramai yang begitu..
Bezanya cuma mereka dikenali dan kita tidak dikenali..
Mudahnya agama dipersendakan untuk memuaskan nafsu sendiri..
Astaghfirullahal'azim..

*Ada nama-nama yang kalau aku sebutkan pun pasti akan buat orang yang melihat gaya islamik mereka akan terkejut.. Tak siapa akan sangka mereka-mereka ini menjadi duri dalam daging.. Perosak anak-anak bangsa dan agama sendiri.. Dunia.. Dunia.. Moga kita semua akan terselamat dari fitnah dunia.. InsyaAllah, ameen..*

-AkU-
Syurga Addin..
15:07 petang..

Read more…