Wednesday, August 24, 2016

~Penyakit Lupa !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt..

Penyakit pelupa ni bukan orang tua saja yang ada..
Orang muda pun ada jugak..
Nak pulak kalau kita buat kerja yang pelbagai dalam satu masa..
Lagi la penyakit pelupa ni suka bertapak kat kepala..

Tengah hari semalam, jiran Incik Hubby call..
Suara cemas minta panggilkan Incik Hubby untuk tengok rumahnya terbakar..
Maka, dengan info yang diberi, saya pun bergegas bagitau Incik Hubby suruh kesana..
Incik Hubby pergi dulu sebelum saya menyusul pula di belakang..
Sebelum simpang nak masuk ke kawasan taman perumahan tu, saya tinjau-tinjau juga kut ada nampak asap berkepul-kepul di udara..
Tapi tak nampak la pulak..
Bila masuk ke simpang rumahnya, tak nampak juga kereta banyak-banyak menyibuk nak jadi pemberita..
Pelik jugak, takkan rumah terbakar orang boleh relaks je duk dalam rumah..
Sampai di depan rumah itu, saya turun sekejap masuk setakat di halaman rumah..
Tunggu Incik Hubby keluar rumah, tanya apa benda yang terbakar..
Sebab tengok Incik Hubby cool je muka dia..
Katanya, bukan terbakar, tapi anak panaskan lauk lupa nak tutup api..
2 jam lebih juga rasanya periuk terbiar atas api..
Bomba dah datang dulu, potong padlock untuk masuk tengok apa yang terbakar..
Rupanya hanya asap saja yang keluar ikut tingkap dapur..
Jiran yang nampak, fikir rumah terbakar, call tuan rumah bagitau dan panggil bomba..
Alhamdulillah, tak ada apa kerosakan.. Hanya periuk je la kut rentung..
Sementara Incik Hubby buat apa yang patut, saya ke kedai hard ware yang berdekatan, beli semula padlock baru..
Elok je saya patah balik dari kedai, tuan punya rumah pun sampai..
Dah tak ada apa yang boleh bantu, saya pun bawak anak-anak balik rumah..
Tunggu Incik Hubby balik untuk tau cerita sebenar..
Kata Incik Hubby, kakak panaskan lauk..
Lepas tu duk sibuk buat kerja lain agaknya, lupa nak tutup api..
Sampai kat sekolah baru teringat..
Suruh abang dia balik rumah untuk tutup api..
Abang dia pun ambik masa yang lama sebelum balik rumah..
Kami dah sampai tu, baru si abang sampai..

*Gini la lebih kurang padlock yang bomba tu potong..

Cerita ni buat saya teringat masa zaman saya sekolah menengah dulu..
Masa tu saya tinggal di Flat Sri Sabah..
Arwah nenek ada lagi time tu..
Memang tugas saya untuk masak makanan tengah hari sebelum pi sekolah..
Lepas habis masak, saya pun letak cerek air..
Kononnya sempat la air tu masak sebelum saya pi sekolah..
Duk sibuk siapkan makanan nenek dan bersiap, saya lupa air tengah duk atas api..
Oh, nenek tak boleh nak berjalan sangat..
Maklum la dah umur 80 tahun lebih..
Lepas dah siap sepenuhnya, saya pun keluar rumah dan ke sekolah..
Memang tak teringat apa-apa dah time tu..
Balik sekolah petang tu, memang teruk saya kena marah dengan Papa..
Sebabnya, saya ke sekolah pukul 12.30 tengah hari..
Kakak saya balik dari sekolah pukul 2 petang..
Masuk je rumah, jumpa nenek terbaring kat lantai dapur..
Dan cerek air dah pun kering airnya sambil masih lagi berbunyi perlahan..
Kakak tutup api dan papah nenek masuk ke bilik..
Actually tak jauh pun dari bilik nenek ke dapur..
Tapi memandangkan kondisi nenek yang tak sihat tu, memang susah sangat la nenek nak sampai ke dapur dalam masa yang singkat..
Saya diam je kena marah time tu..
Habis dengar syarahan Papa..
Saya masuk ke bilik jumpa nenek..
Saya salam dan peluk nenek sambil menangis minta maaf..
Memang insaf sangat-sangat masa tu..
Lepas pada tragedi tu, memang saya sangat berhati-hati untuk tinggalkan rumah sebelum check kondisi dapur..
Dah kawin dan ada anak ni pun, kadang-kadang penyakit lupa nak tutup api ni datang jugak..
Ada la beberapa kali nasi hangit sebab saya lupa tengah jerang nasi atas api..
Iya, saya tak pernah guna rice cooker..
Kenapa ?? Entah la.. Dah terbiasa kut.. Hehehe..
Banyak kali dah Incik Hubby nak belikan, tapi saya kata masak atas api lagi best..
Tolak rezeki sungguh laa.. Hahahaha..

Tu la kisah yang masih lagi segar dalam ingatan saya bila terjadi benda yang sama pada jiran Incik Hubby ni..
Saya yakin, mesti ramai yang pelupa macam ni jugak..
Toksah kelentong la.. Hahahaha..

-AkU-
Syurga Addin..
03:07 pagi..

Read more…

Sunday, August 21, 2016

~Kisah Poligami..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...


Cuaca sangat panas sehari dua ni..
Sampaikan anak-anak, saya mandikan selang 3 jam sebab berpeluh sakan walau hanya duduk dalam rumah..
Pokok-pokok dihalaman juga ada yang telah layu walau puas saya siramkan dengan air pagi dan petang..
Hukum alam.. Panas dan hujan..
Bersyukur la, walaupun panas, kita masih ada tempat berlindung dari terik mentari..

Beberapa hari yang lalu, saya terima kisah duka dua orang sahabat..
Sedih sungguh saya mendengar perjalanan hidup mereka..
Kisah mereka berbeza situasi, namun isunya sama - POLIGAMI -
Sedikit sebanyak, kisah mereka saya jadikan panduan dalam hidup..
Kita seringkali merungut ketidaksempurnaan hidup kita..
Tanpa kita sedari ada orang yang lebih malang nasib mereka dari kita..
Kitakah yang terlupa untuk bersyukur ?
Saya kongsikan kisah mereka untuk tatapan dan sedikit pengajaran kepada kita..

Kisah Pertama..

Isteri pertama.. Saya namakan sebagai "Z"..
Z sudah bermadu lebih kurang 2 tahun..
Lumrah sebagai perempuan, Z juga tidak sanggup berpoligami pada awalnya..
Namun setelah difikir semasaknya, Z mula menerima D sebagai madunya..
Awal kehidupan, segalanya berjalan baik walau ada sedikit masalah..
Fitrah berumahtangga, apatah lagi yang berpoligami..
Walaupun begitu, mereka cuba juga atasi segala bencana yang menghampiri..
Namun panas rupanya tidak sampai ke petang..
Lama kelamaan masalah menjadi semakin besar dan tidak tertampung lagi..
Rumahtangga mereka mula berantakan..
Saban waktu Z didatangi mesej-mesej dari D..
Mesej-mesej yang mengandungi kata-kata hinaan dan penuh prasangka..
Hinggakan perhubungan antara Z dan suami mula di ambang keretakan..
Bermacam cara Z lakukan untuk memulihkan kembali hubungan mereka..
Sehingga la minggu lalu, Z menghantar mesej kepada kumpulan kami mengatakan suaminya sudah berubah..
Suami seakan mula untuk kembali kepada Z..
Z dipujuk rayu dan dimanja..
Gembira sangat kami mendengar berita itu..
Malangnya pelangi itu takkan selamanya menghiasi dada langit..
Datang mentari, pelangi juga turut sirna..
Hanya sempat menikmati musim cinta beberapa hari..
Suami berubah menjadi orang asing kembali..
Hingga Z sendiri buntu memikirkan salah dan silapnya..
Saban waktu cuba untuk berbincang, malangnya mesej-mesej Z dipandang sepi atau menerima balasan dengan kata-kata yang tidak patut untuk seorang isteri..
Dan ketika mesej-mesej dari D bertali arus menjengah kotak mesejnya..
Baru la Z tahu kisah sebenar, suami sudah tawar hati kepadanya..
Malangnya nasib seorang isteri..
Sudah la dimadukan, dibuang pula tanpa perasaan..
Z cuba mendapatkan nasihat dari pejabat agama, apakah langkah yang harus diambil..
Saya hanya mampu menjadi tempat dia mengadu..
Saya juga tiada kuasa untuk menasihati suami mahupun madunya..
Mereka masing-masing punya akal yang diberi Allah swt..
Guna la sebaiknya..
Menzalimi manusia lain semata-mata untuk mempertahankan nafsu kita..
Ini perlakuan yang sangat tidak boleh diterima..


Kisah Kedua..

Isteri kedua.. Saya namakan sebagai "M"..
M sudah bermadu lebih kurang 7 tahun..
Sebelum ini, M bekerja dan menetap di Selatan tanah air..
Manakala suami dan madunya menetap di Pantai Timur..
Perhubungan jarak jauh begitu hanya menemukan mereka waktu-waktu yang terluang saja..
Sehingga tahun ini, M dapat bertukar ke Pantai Timur..
Kami di dalam kumpulan juga bergembira dengan berita ini..
Dapat la M merasa keadilan poligami bila sudah tinggal berdekatan begini..
Apatah lagi M juga mengandung..
Pastinya bahagia datang menjengah antara M dan suaminya..
Malangnya bahagia yang didambakan bukan boleh diperolehi sekelip mata..
M masih tidak mendapat keadilan yang sepatutnya..
Perhubungan M dengan madunya tetap tidak baik..
M tetap sabar menempuh alam poligami..
Beberapa hari yang lalu, M menghantar mesej ke kumpulan, mengatakan dia ditahan di wad kerana turun darah..
Kami hanya mampu berdoa untuk keselamatan M dan kandungannya..
Apakandaya, kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya..
Kandungan M keguguran, mungkin kerana M ambil masa untuk ke hospital..
M turun darah waktu maghrib, namun hanya dihantar ke hospital waktu tengah hari keesokan harinya..
Bila ditanya mengapa tidak memanggil suami..
Jawab M, suami di giliran rumah madu..
Andai dihubungi pastinya hanya makian yang diberi oleh madunya kerana mengganggu waktu dia bersama suami..
Bukan sekali dua terjadinya begini..
Tiada istilah emergency untuk diganggu waktu giliran..
Dan kesedihan berterusan menghiasi diri M bila mengenangkan suami dan madunya..
Alangkah tabahnya M kerana masih bertahan dalam situasi itu..
Dan saya hanya mampu memberi kata-kata semangat buat M terus melangkah menjalani sisa-sisa kehidupan yang entah bila akan berakhir..



Kisah mereka buat saya terfikir..
Sesekali saya merungut tentang hidup saya..
Dalam tak sedar, ada teman-teman saya yang kisah duka mereka lebih lagi dari kisah saya..
Adakala saya kurang bersyukur dengan nikmat bahagia yang Allah berikan..
Sedang dalam waktu yang sama, teman-teman saya sedang bergelut dalam derita tak sudah..
Tarik nafas, muhasabah diri..
Allah tidak turunkan ujian buat kita sekiranya kita tidak mampu menghadapinya..
Segala yang DIA beri, hanya la satu proses untuk mematangkan kita dan memberi pengajaran buat meneruskan kelangsungan hidup kita di muka bumiNYA ini..
Malangnya kita seringkali hanyut dalam ombak nafsu dan kata hati yang dikuasai syaitan..
Maka hidup la kita sebagai manusia yang terus-terusan bersuara dengan ketidakpuasan hati kita..
Ataghfirullahal'azim, ruginya kita saat dan ketika ini..



*Saya selalu tertanya-tanya.. Apakah saya boleh menjadi seorang "Kakak Madu" yang baik andaikata suatu masa nanti suami ditakdirkan berkahwin sekali lagi.. Jawab suami, InsyaAllah dia yakin.. 12 tahun bersama, dia sudah faham hati saya.. InsyaAllah.. Moga hati saya tidak tamak dengan kasih sayang kurniaan Allah swt..*

-AkU-
Syurga Addin..
06:27 pagi..

Read more…

Monday, August 15, 2016

~Syawal Yang Meriah..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah seminggu lebih Syawal melambai pergi..
Dari sehari ke sehari saya mencuba untuk publish entry tentang Syawal..
Namun setiap kali itu ada perkara yang lebih mustahak muncul..
Alhamdulillah, kali ini terlaksana juga..

Syawal saya setiap tahun tak banyak beza..
Seperti tahun-tahun yang lalu, saya masih lagi menyambutnya di Kuala Lumpur bersama anak-anak dan keluarga saya..
Cuma tahun ini agak istimewa juga..
Nanti saya ceritakan..

Pagi Syawal yang pertama, saya di rumah sendiri..
Menyiapkan apa yang patut sebelum berhari raya bersama Mak dan Papa serta adik-adik..
Juadah wajib hari raya sama setiap tahun..
Cuma tahun ini saya agak rajin sikit menyiapkan kuih-muih raya..
Pertama kali rumah saya dihiasi kuih raya.. Hahaha..
Memang teruja sangat, bila kuih yang saya buat menjadi..
Sebelum ni saya risau jika membazir saja kiranya kuih tak menjadi seperti yang diharapkan..
Alhamdulillah, Allah permudahkan..


Raya Berkeluarga..

Setelah 5 tahun tidak menyambut raya bersama..
Tahun ini sempat saya jumpa kakak yang kelima ini di petang Syawal yang pertama..
Tokey Santan ni memang sibuk walau hari raya..
Ini pun sekejap saja di Kuala Lumpur..
Sempat berjumpa Mak dan Papa sebelum bergegas pulang semula ke Ipoh..



Syawal kedua pula, kakak sulung dan ketiga berhari raya di Kuala Lumpur..
Cekgu Pekan dan Kerani Langat.. Hehehe..
Saya menjamu mereka dengan laksa Penang..
Seronok bila adik-beradik datang berhari raya di rumah..
Cuma tahun ini tak sempat jumpa kakak ke 4 dan keenam, Doktor Kuantan dan Kerani Restaurant..
Hahahaha.. Semua memang ada nama glemer..
Ini la yang kami gunakan bila berchating di wassap..


Hari raya ke 4 Incik Hubby pulang ke Kuala Lumpur..
Sampai waktu malam di rumah kami, Incik Hubby request nak makan rendang dan ketupat..
Katanya tak lengkap hari raya tanpa juadah masakan saya.. Hehehe..
Pagi keesokan harinya saya hanya dapat sediakan nasi impit dan rendang ayam tua..
Daun kelapa sudah habis, maka hanya nasi impit saja la..
Dari pagi sampai ke malam, hanya itu juadah santapan Incik Hubby..
Alhamdulillah, air tangan saya menepati seleranya..

Raya Bersama Teman-Teman..

Tahun ini juga rumah saya meriah dengan kunjungan rakan-rakan..
Selain saya sendiri berkunjung ke rumah teman-teman..
Dan yang istimewanya, pertama kali berjumpa dengan rakan-rakan dari grup wassap..
Hampir setahun kami hanya bercerita di wassap..
Alhamdulillah, Syawal ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kami..



Grup Wassap..

Ini antara grup wassap yang saya sertai..
Dan rakan-rakan ini sebahagian dari Grup Cari Cinta Allah..
Mereka berkunjung ke rumah saya waktu malam hari Jumaat..
Seronok bercerita sambil makan, hingga lewat malam..
Dari rumah saya, kami kemudian ke rumah rakan yang lain..
Mujur rumahnya tak jauh dari rumah saya..
Maka Incik Hubby izinkan saya pergi..
Lagi pula semuanya muslimat sahaja..
Sibuk bercerita lagi, hingga jam menginjak ke pukul 4 pagi..
Kami pun bersurai.. Hehehe..


Anak Asuhan..

Setelah 4 tahun tidak bersua muka..
Alhamdulillah, dapat juga meluangkan masa untuk berjumpa mereka..
2 anak teruna ini adalah anak asuhan saya dulu..
Walaupun hanya sempat beberapa bulan bersama..
Namun sudah saya anggap macam anak sendiri..
Pertama kali melihat saya hari tu, mereka menjerit "Cik De !"..
Terharu sungguh saya.. Hehehe..


Tahun ini juga pertama kali saya mengikut Incik Hubby ke HQ bersempena rumah terbuka HQ..
Seronok dah meriah sambutan Hari Raya di HQ..
Dalam pada tak mengenali sesiapa, dapat juga kawan-kawan baru di sana..



Tahun ni saya tak belikan bunga api untuk anak-anak..
Sebab anak-anak memang tak teruja dengan bunga api.. Hehehe..
Cuma nyalakan pelita di pagar rumah saja..
Yang ini mereka seronok..
Dan lagi excited, dapat tolong Ibu buat kuih raya..
Walaupun lebih banyak menyibuk dari membantu..
Tak apa la, janji mereka bahagia..


InsyaAllah tahun depan ada perancangan yang lain pula kami sekeluarga..
Jika diizinkan Allah, umur kami panjang dan dapat bertemu..
Moga Allah permudahkan segalanya..


*Incik Hubby ada hutang cuti 7 hari lagi dengan saya.. Hajat hati nak balik kampung Melaka.. Planning untuk Raya Haji nanti.. Harap-harap tak ada yang buat-buat lupa la cuti ganti tu.. Hahaha..*

-AkU-
Syurga Addin..
03:27 pagi..

Read more…

Sunday, July 31, 2016

~Bila Cinta Ditolak..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Beberapa hari yang lalu..
Ada seorang teman pangkat adik-adik mesej saya di Whatsapp..
Dia tanya pernahkah saya direject ?
Atau maksud sebenarnya, pernahkah cinta saya ditolak..
Saya ketawa dulu sebelum menjawab sepatah.. "Twice".. Hahhahaha..
Dia tanya apa yang saya buat lepas kena reject..
Aduhaiiii.. Takkan la nak lompat bintang pulak Cik Adik oiiiii..
Betul, dua kali saya di reject..
Oleh orang yang berlainan..

Penolakan yang pertama sewaktu saya di sekolah..
Actually, ini bukan la cinta sangat pun..
Saya cuma suka keperibadian dia..
Bezanya dia setahun berusia dari saya..
Dia antara orang kuat sebuah pasukan unit beruniform..
Dan saya sebagai AJK unit beruniform yang lain..
Maka, setiap aktiviti hari Sabtu kami pasti bertemu..
Dia seorang yang agak chubby, suka tersenyum, baik hati, bertanggungjawab, ceria dan banyak lagi dalam senarai..
Dari perkenalan pertama, kami berkawan baik..
Hingga bahasa tubuh dia menunjukkan sesuatu yang berlainan..
Layanan dia pada saya melebihi dari mereka yang lain..
Suasana itu berterusan hingga la suatu hari saya mendapat berita dia kemalangan ngeri..
Berbulan saya tetap setia menanti dia..
Akhirnya dia kembali semula ke sekolah, walau dalam keadaan tidak sempurna..
Namun tidak pernah sekalipun merubah hati saya..
Layanan saya tak pernah berubah..
Cuma dia.. Ya ! Cuma dia yang berubah..
Dia yang cuba menjauhkan diri..
Dan satu pertemuan menceritakan segalanya..
Katanya dia tak layak untuk saya sebab tak sempurna macam dulu..
Puas saya terangkan, saya tak menilai pada kesempurnaan fizikal..
Namun malangnya, tetap saya ditolak..
Sedih ?? Ya, memang sedih..
Saya menanti dia cukup lama, tapi tetap ditolak..
Tapi disebabkan waktu itu saya masih budak sekolah, so takde la ambik tindakan yang bukan-bukan..
Saya cuma menjauhkan diri dari dia..
Sesekali memandang dia di kejauhan bila ada kesempatan.. Itu sahaja..
Dan kami terus berpisah bila sekolah tamat..
Cuma sekarang berhubung di media sosial sebagai kenalan biasa..

Kisah yang kedua waktu saya sudahpun berkerjaya..
Kami sebaya, satu sekolah dulu..
Persahabatan di sekolah terus bersambung sehingga masing-masing berkerjaya..
Dia antara sahabat baik yang pernah saya miliki..
Setiap hari kami akan berbual di talian tak kira waktu..
Setiap hari tanpa culas..
Hanya sesekali berjumpa bila ada kesempatan..
Entah la, saya yang salah anggap atau dia yang terlebih melayan..
Maka sekali lagi saya jatuh hati..
Bila dia tidak bertindak, saya yang beranikan diri "melamar" hati dia..
Malang sekali lagi, bila saya di reject..
Apa la nasib waktu itu..
Walaupun ditolak, namun kami tetap berkawan..
Hingga la suatu ketika dia mula berubah..
Dari perbualan yang mesra setiap hari..
Dia mula menjarakkan hari..
Bicara juga sudah mula berubah rentak..
Sehingga cukup suatu waktu, hanya saya yang mengejar bayang..
Sedang dia, cuba melarikan diri..
Sampai la satu masa, saya mendapat berita dia bakal bersatu dengan seseorang yang lain..
Apa rasa hati saya ?? Hmmmm..
Rasa macam hati ni dikelar-kelar dengan pisau yang tajam dan berbisa..
Sakit yang tak terkata..
Saya habiskan masa dengan menangis dan terus menangis..
Setahun saya habiskan meratap cinta yang tak kesampaian..
Bodoh kann ??? Hahaha..
Tapi itu yang biasanya gadis sebaya saya akan lakukan..
Kerana luka itu, saya tutup hati untuk lelaki..
Cadangnya tak mau bercinta lagi..
Kalau ada yang sesuai, terus nikah..
Penat rasa nak bercinta lagi..

Itu pengalaman saya putus terpaksa.. hehehe..
Ada orang lain punya pengalaman lebih sadis lagi..
Waktu ini, bila dikenang balik..
Spontan saya cakap..
"Bodohnya rasa buat macam tu.." hahaha..
Tapi, itu la.. Kita belajar dari pengalaman..
Allah dah sediakan yang lebih baik dari mereka-mereka..
Bersangka baik denganNYA..

Habis saya bercerita, saya dengar dia mengeluh panjang..
Saya tanya kenapa mengeluh..
Jawab dia, kisah saya lebih menyayat hati dari kisah dia..
Saya kata, takde la sedih mana pun sebenarnya..
Tapi bila kita turut sangat rasa hati..
Kita akan jadi orang yang selemah-lemahnya bila diduga sebegitu..
Sekurang-kurangnya Allah dah tunjukkan sikap sebenar mereka sebelum hubungan antara kita pergi jauh lagi..
Tak perlu terus hanyut dengan kesedihan yang tak memberi erti apa pun..
Move on..
Cinta manusia belum mampu menjanjikan penempatan kita di syurga akhirat..
Berpada-pada dalam menyerahkan hati..
Agar bila dihadiahkan luka, kita tak membazir tangisan untuk yang sia-sia..





*Malam tadi terasa nak tengok movie Laila Isabella ni pulak.. Suka tengok Nasha Aziz.. Cantik sangat.. Hehehe..

-AkU-
Syurga Addin..
09:37 pagi..

Read more…

Thursday, July 28, 2016

~Kenangan Ramadhan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah, kita selamat menjalani ibadah puasa dan menyambut Syawal..
Tak sempat bercerita tentang kisah Ramadhan tahun ni lebih awal..
Banyak benda yang saya buat tahun ni..
Rasa tak menang tangan pulak..
Sampai tak sedar, Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya..
Mujur segala persiapan raya sudah tersedia awal..
Maka tidak la saya terkocoh-kocoh nak memikirkannya..
Sementelah, suami pulang ke kampungnya 4 hari sebelum Aidilfitri..

Puasa tahun ni boleh katakan hampir sepanjang bulan saya berbuka dengan masakan sendiri atau suami..
Suami tak suka berbuka di luar atau makan masakan luar..
Maka setiap hari yang terluang, saya akan masak juadah berbuka biarpun hanya lauk yang ringkas..
Kecuali bila suami terpaksa outstation..
Ini antara kuih muih yang saya sempat buat Ramadhan kali ini..

*Puding jagung ni favourite Incik Hubby dan anak-anak..

*Vadai ni favourite saya..

*Buah Melaka kaler kuning.. hehehe..

*Buah Melaka kaler pink.. Dhiya panggil "Big Pink Circle"..

*Puding karamel tanpa telur..

*Kek Coklat, atas permintaan Dhiya.. Sempat kirimkan sikit ke biras dan adik ipar.. Tapi ni keras sikit sebab bakar oven..

 *Apam gula hangus favourite anak-anak..

 *Kuih kaswi pun favourite anak-anak..

*Sagu Merah.. Sempat snap sebelum hantar ke biras dan adik ipar..

 *Bubur biji nangka.. Incik Hubby yang request..

*Bingka Roti, cubaan kali pertama.. 

*Ini menu wajib setiap kali Ramadhan.. Biasanya Incik Hubby yang sediakan.. Home made kebab..

Yang ini juadah kiriman biras saya..
Kebetulan Adik ipar jadi imam tarawikh di masjid berdekatan..
Sempat kami bertukar-tukar hidangan..

 *Sira pisang..

*Pengat pisang..

*Sira roti.. First time rasa, not bad..

Dugaan Ramadhan..

Lebih kurang 2 minggu sebelum raya, saya demam agak teruk..
Waktu itu suami outstation..
Hampir seminggu juga la saya hilang selera makan..
Ada satu hari yang memang saya hilang tenaga, hanya sempat buatkan anak-anak telur rebus dan kentang rebus..
Saya lenyekkan dan dimakan bersama roti..
Alhamdulillah, anak-anak tak banyak kerenah..
Dah seharian saya hanya berbaring saja..
Saya kuatkan semangat untuk teruskan berpuasa..
Rugi rasanya kalau tinggalkan sehari..
Alhamdulillah, Allah beri kekuatan yang luar biasa..

Ramadhan tahun ini berbeza sedikit dengan tahun yang lalu..
Tahun ini saya lebih tenang dan damai perasaan dan jiwa..
Moga ianya berterusan hingga ke akhirnya..
InsyaAllah, ameen..

**Allah beri ujian dan dugaan, bukan kerana DIA membenci.. akan tetapi demi mengingatkan kita akan keberadaanNYA.. Agar kita tidak terus alpa dengan kehidupan dunia.. Moga kita tidak terus dibuai mimpi-mimpi indah dan melupakan kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.. 

-AkU-
Syurga Addin..
02:27 pagi..

Read more…

Sunday, July 17, 2016

~Kisah Papa Saya..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

video

Awal puasa hari tu..
Saya terima video ini dari Papa saya..
Dihantar kepada setiap orang anak..
Sewaktu menonton..
Hati saya sebak sungguh..
Saya faham apa yang Papa saya nak sampaikan..
Mengalir laju butir-butir mutiara membasahi pipi..
Saya sangat ingin membalas dengan kata-kata..
Malangnya jemari saya terkaku di keyboard..
Tak tau apa yang perlu saya balas..
Lama saya hanya terdiam..
Sehingga la saya ambil keputusan hanya biarkan video itu dalam simpanan tanpa sebarang tulisan balasan..
Beberapa hari sudah berlalu..
Seminggu selepas itu saya terima pesanan dari adik..
Katanya Papa dimasukkan ke wad di HKL berkaitan jantung..
Terhenti nafas saya seketika..
Bertanya lebih lanjut tentang keadaan Papa..
Kata adik, doktor di HKL khabarkan keadaan jantung Papa kritikal..
Perlu dirujuk ke IJN..
Luluh rasa hati saya..



Papa di usia 70 tahun nampak agak sihat dan muda berbanding mereka yang seusia..
Papa saya sangat menjaga makan..
Ulaman dan sayuran memang menu rutin harian..
Manis dan masin berpada-pada..
Papa sangat jarang minum air manis..
Papa juga rajin pergi check up di hospital untuk mengetahui tahap kesihatan diri..
Kadang-kadang Papa saja buat sakit untuk diperiksa oleh doktor..
Masa saya berusia 8 atau 9 tahun, pernah Papa pengsan di office..
Saya tahu Papa saya orang yang kuat semangat..
Sebolehnya Papa nak orang pandang dia sihat..
Walau waktu itu Papa sedang sakit..

Saya tak sempat nak melawat Papa hari tu..
Oleh kerana demam belum kebah..
Badan lesu sangat-sangat..
Hari Rabu setelah demam agak surut, saya ke HKL melawat..
Papa nampak macam sihat..
Waktu saya dan Adik sampai, Papa sedang berborak dengan kawannya..
Lama menunggu Papa berborak..
Akhirnya saya kesuntukan masa..
Sempat bertanya serba sedikit, saya bergegas pulang kerana Incik Hubby ada kerja..

*Uncle ni la tengah duk borak dengan Papa..

*Sempat la ambik gambar je nak send kat grup family..

Hari Rabu petang tu juga Papa dipindahkan ke wad lain..
Hari Khamis Adik mesej saya, Papa bersetuju untuk di rujuk je IJN..
Alhamdulillah, walau demam masih belum pulih sepenuhnya, saya gagahkan diri untuk ke IJN, melawat dan menemani Papa seketika..
Sempat bercakap dengan Papa tentang tahap kesihatan Papa..
Hari Jumaat Papa menjalani ujian angiogram koronari..
Doktor sahkan 3 saluran jantung Papa tersumbat..
Dan IJN suggest Papa buat rawatan bypass secepat yang mungkin..
Papa minta tempoh sampai hujung tahun ni..
Aduhaiii.. Tak boleh nak kata apa..
Saya tau Papa risau sebenarnya..
Hari Sabtu, Papa dibenarkan pulang..
Saya ke IJN menjemput Papa dan adik..



*Papa baru sudah buat angiogram..

*Sementara tunggu nurse datang, kami sibuk bergambar dan main remote katil.. hahaha..

Sepulangnya Papa ke rumah, Papa mencuba perubatan alternatif dengan harapan, kesihatan Papa semakin baik..
Malangnya, malam 3 Julai hari tu, sekali lagi Papa ke IJN kerana masalah yang sama..
Atas nasihat doktor, Papa bersetuju untuk lakukan bypass secepat yang mungkin..
Hujung bulan ini appointment Papa untuk tetapkan tarikh..



Alhamdulillah, Aidilfitri kali ini masih sempat saya menyambutnya dengan Papa..
Bezanya tahun ini, Papa ke rumah saya bersama adik-adik..
Raya kedua, Papa ke Miri untuk menyambut raya dengan Mama..
Lama juga disana, khabarnya 2 minggu..
Sekali lagi saya terima mesej Papa dimasukkan ke hospital Miri pada 9 Julai..
Hati memang tak tenteram sementelah Papa jauh di seberang..
Hanya doa yang dapat saya kirimkan moga Papa diberi kesembuhan..
3 hari ditahan wad, Papa dibenarkan keluar..
Alhamdulillah syukur..

*Saya minta Papa send gambar sewaktu di Hospital Miri..

Menanti kepulangan Papa dari Miri hujung bulan ni..
Moga rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa bersama Papa..
InsyaAllah, ameen..

*Aidilfitri yang pertama..

*Kata orang, hargai la mereka sementara masih punya kesempatan.. Jika sudah hilang dari pandangan, sesal seribu tahun pun takkan dapat mengembalikan mereka semula.. *

-AkU-
Syurga Addin..
06:27 pagi..

Read more…