Thursday, May 31, 2012

~Novel -5~



Krinnggggggg !!! Jam loceng berbunyi memecah keheningan Subuh pagi. Seri menggeliat malas. “Memekak aje!” Seri bangkit lantas menghentikan jeritan jam itu. Seri capai tuala lalu turun ke bilik air untuk mandi. Lebih kurang setengah jam, barulah habis mandi (mandi ke berendam?). Seri menyarung telekung untuk mengedap PENCIPTAnya. Setelah selesai solat, barulah uniform sekolah disarungkan ke tubuh. Lalu tudung kepala dipakai dan dikemaskan. Seri cukup cermat orangnya, kalau boleh cermin besar tu nak dikendongnya kemana-mana. Biar dapat dipastikan dirinya sentiasa cun atau tidak. Huh.. Perasan!!!
     Dari rumah Seri berjalan kaki lebih kurang lima belas minit untuk ke bus stop. Seri dah budget, dalam masa tak lebih lima minit mesti bas sampai. Setengah jam perjalanan dan sepuluh minit berjalan kaki, sampailah Seri ke Sekolah Seri Bahtera. Jam di tangan kirinya dilihat, lagi lima minit pukul tujuh. “Mujur sempat,” bisik hatinya. Langkah dihayun menuju ke tempat perhimpunan pengawas-pengawas sekolah.
     “Morning Kak Seri,” sapa seorang junior. Seri hanya tersenyum sambil mengangkat tangan. Beg diletakkan di atas tangga, lalu Seri menyertai rakan-rakan pengawasnya yang lain. Tepat pukul tujuh, Raymond selaku ketua pengawas mengarahkan anak-anak buahnya berbaris dihadapannya.
     “Selamat pagi semua,” Raymond memulakan ucapan. Yang lain menyambutnya.
     “Pagi ini saya rasa tak ada apa yang saya nak cakap cuma, saya harap tugas kamu hari ini lebih baik dari semalam. So... Azrul, ada apa nak komen?” Pandangannya dituju kepada pembantu kanannya, Ahmad Azrul. Azrul menggeleng kepala tanda tiada apa yang hendak diperkatakan. Kemudian matanya dialihkan kepada Adelina, pembantu keduanya. Adelina juga menggeleng.
     “Seri, ada apa masalah disiplin?” Seri tersentak tatkala soalan itu diajukan kepadanya. Semua mata tertumpu kepadanya. Macam artis pula. Sememangnya selaku Ketua Disiplin, Seri bertanggungjawab terhadap disiplin semua pengawas, tak mengira senior atau junior.
     “Aaa.. Selamat pagi semua. Actually, saya tak ada apa nak kata cuma.. Cikgu Azizah pesan dengan saya semalam, siapa yang bertugas di belakang sekolah tolong periksa sekitar kawasan kerana sekarang ni ramai pelajar ponteng sekolah dan lari ikut pintu belakang. Err.. Itu saja kut. Terima kasih,” Terror juga Seri berucap. Hehe..
     Setelah selesai semuanya, masing-masing menuju ke tempat tugasan yang ditetapkan. Seperti biasa tugas Seri hanya round sekitar sekolah sahaja. Tepat pukul tujuh setengah, loceng berbunyi. Semua pelajar berpusu-pusu ke tapak perhimpunan. Lebih kurang lima minit guru bertugas berucap, semua pelajar dibenarkan masuk ke kelas masing-masing. Sewaktu Seri melintas dihadapan kelas 5A1 ada beberapa suara sumbang yang menegurnya. Seri hanya membalas dengan senyuman. Biasalah Seri, murah dengan senyuman. Tapi bila tiba berhampiran dengan Putra, senyuman manis Seri seakan sumbang lantas bertukar menjadi kelat. Bukan sebab malu tapi Seri rasa macam kurang selesa bertemu mata dengan Putra. Makin laju hayunan kakinya sambil hatinya berdoa “Cepatlah lepas dari seksaan ini. Amin,” lepas sahaja dugaan itu, hatinya bersyukur.
     “Hai Seri, masam je. Gaduh dengan cik abang ke?” sapa satu suara. Seri cukup kenal suara itu.
     “Eh.. anak Ramli Burger, kalau satu hari kau tak jaga tepi kain aku tak boleh ke?” Seri masamkan wajahnya.
     “Eleh sudahlah kau. Merajuk konon. Kau ingat muka kau cantik sangat ke buat macam tu?” Julie seakan mengejek, namun dibibirnya terukir senyuman.
     “Ah! Tak kuasa aku nak merajuk dengan kau. Bukan dapat apa pun. Dari merajuk dengan kau baik lagi aku...” belum sempat habis, cakap Seri dipotong.
     “Apa? Baik lagi merajuk dengan budak tu?” laju sungguh dia berkata-kata. Teman-teman yang lain hanya tumpang ketawa.
     “Budak mana? Kau cakap baik-baik sikit ye! Karang bersepai gigi tu jangan salahkan aku!” merah padam muka Seri bila nama budak tu dikaitkan dengannya. Bukan Seri malu tapi bengang. Tak pasal-pasal teman sekelas kena sembur.
     “Sorrylah Julie, aku tak sengaja. Entahlah, aku rasa tak ada mood hari ni. Banyak problemlah,” Seri memujuk temannya semula. Perkara kecil padanya, tak perlu dipanjangkan.
     “Aku tak kisah, aku faham,” mujur Julie sudi bertolak ansur dengan Seri.

*Kita seringkali hanya mementingkan diri sendiri.. Ada ketika, tak semua perkara hanya berkisar tentang kita saja.. Ajar hati kita untuk berfikir tentang orang lain juga..*

-AkU-
Syurga Addin..
08:17 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment