Wednesday, May 23, 2012

~Novel - 4~

   
     “Assalamualaikum.. Woi, Ly! Mak engkau mana?” Seri bersuara perlahan seolah berbisik.
     “Sejak bila kau takut dengan mak aku?” Elly berseloroh.
     “Bukan takut, aku segan je!” tutur Seri sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
     “Eh Seri! Pasal kau lambat sangat hah? Kitorang tunggu sampai nak kematu pungung!” Yati bersuara ketika turun dari tangga.
     “Laa..sejak bila di tembam ni belajar buat magik, tiba-tiba je dia menjelma. Nak juga aku belajar,” Seri mengusik.
     “Aa..banyaklah kau punya magik! Kitorang tunggu kau nak projek. Line tengah clear sekarang, karang kalau jam, melepas kau, baru padan muka. Itu jam barulah menangis tak berlagu,” laju je ayat tu keluar dari mulut kecil Yati.
     “Sorrylah, bukan aku tak nak datang awal, tapi aku sibuk kemas rumah tadi,” pandai Seri beri alasan.
    “Sudahlah lu! Pandailah lu nak kencing kitorang. Bila masa pulak lu pandai jadi suri rumahtangga ni?” alasan Seri tak diterima. Maklumlah, bukan mereka semua tidak tahu yang Seri memang jahil bab kerja rumah.
     Setelah menutup pintu dan menguncinya, mereka semua naik ke tingkat atas, ke bilik belakang sekali. Disitu mereka melepaskan tension dengan cara mereka sendiri. Yati mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya, dan benda itu dicampaknya diatas lantai. Benda yang dilemparkan itu kelihatan seperti daun kering yang telah dihancurkan lalu dipek ke dalam plastik kecil. Satu pek itu berharga lebih kurang RM10, itupun mengikut kekuatan dan kehebatannya serta mengikut kawasan penjualannya. Memang mustahil pada pandangan mata orang lain, takkanlah daun kering dan sedikit seperti itu boleh memberi kelegaan dan kepuasan. Tapi itulah cara yang dipilih oleh Seri dan rakan-rakannya. Itulah penenang mereka. Kalau nak tahu, benda itu dipanggil ganja. Pernah dengar tak? Masing-masing mempunyai tugas tersendiri. Seorang membuat dapur, seorang mencampur benda itu bersama tembakau dan juga mencari botol lalu disukat airnya. Dapur yang dimaksudkan bukanlah dapur untuk memasak, tapi sejenis dapur yang diperbuat daripada kertas timah. Kecil sahaja dapurnya. Berbagai lagi cara sebenarnya tapi cukuplah yang asas sahaja diberitahu.
   “Woi! Apa buat tu?” Satu suara mengejutkan mereka yang tengah asyik membuat kerja. Tiga-tiga berpaling ke arah suara itu.
     “Celaka punya Tim, terbang semangat aku!” maki Elly geram.
    “Ha! Ha! Ha! Terperanjat beruk kau! Padan muka, tulah projek tak ajak aku,” ketawa Tim masih tak sudah.
     “Macam mana kau masuk? Aku dah kunci pintu depan!” Elly panik.
   “Kalau setakat kunci pintu depan, pintu belakang terbuka apa bikin?” komen Tim sambil tangannya berjalan membuat kerja.
     “Habis tu, kau tutup tak pintu tu?” Seri bersuara.
     “Kau ingat aku bodoh sangat ke? Aku kan pandai cover. Ini Tim...lah!” bangganya diri..
     Maka dengan itu bermulalah projek mereka berempat. Hasilnya, tentulah... SYOK!!!!!

     “Hai Seri! Dari mana?” sapa satu suara. Itu suara budak lelaki tu!
    “Rumah kawan,’ Seri menjawab sepatah tanpa mengangkat muka. Seri dapat rasa matanya merah macam nak tertutup. Itu semua penangan benda tu. Walau bagaimanapun, Seri tetap ingat jalan balik ke rumah. Bukan jauh sangat rumahnya dengan rumah Elly. Jalan kaki pun Cuma lima minit je. Sampai je rumah, Seri terus berbaring. Jam didinding dijeling, baru pukul 11:00 malam. Seri terasa perutnya berkeroncong minta diisi. Memang perutnya lapar tapi terpaksa ditahan, nak jaga badanlah beb! Seri perasan berat badannya dah bertambah. Tak nak lah gemuk sangat, cukuplah ada isi sedikit. Ini pun dah cukup cantik. Bukan puji dirilah, tapi orang lain yang kata. Sementara menunggu lena bertamu, Seri melayan angan-angan. Lama-kelamaan matanya tertutup. Moga mimpimu berlayar dilautan indah. InsyaAllah.......

*Idea itu bukan macam makanan boleh dibeli bila kehabisan.. Bila idea tak ada, rasa urat tengkuk ni bagai dipulas-pulas nak keluar satu ayat.. Tapi bila idea dah mari, dua tangan pun tak cukup nak menaip.. Haishh !!*


**Masih belum ada tajuk yang sesuai dan menepati citarasa..**

-AkU-
Syurga Addin..
01:07 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment