Tuesday, November 8, 2011

~Aidil Adha dan HKL~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Semalam..
Aku dan adik-adik keluar petang tu dengan niat nak cari kek harijadi untuk papa..
Jenuh cari kat pelbagai kedai kek..
Akhirnya kitorang berkenan kat satu kek aiskrim mocha ni..
Selain tu, kitorang beli jugak KFC sebagai penambah juadah..
Perghhh !! Selera memang besar masing-masing..
Yang pergi masa tu aku, Wai, Jijie dan Imad..
Imad nak tidur kat rumah sebenarnya, tapi Wai yang kejam giler paksa jugak Imad ikut..
Dengan alasan nak bawa jalan-jalan konon..
Entah macam mana masa dalam perjalanan tu..
Tiba-tiba Imad diam je sepanjang jalan..
Mata dah pandang atas dan air liur dah tak terkawal..
Aku dah terkesan sesuatu kat situ..
Bila diamati.. SAH ! Imad nak kena sawan..
Kitorang baringkan Imad kat seat belakang..
Sambil Wai dan Jijie urut-urut perlahan tangan, kaki dan kepala Imad..
Lepas lebih kurang 15 minit macam tu, Imad tetap tak sedar..
Tangan Imad pulak mula tersentak-sentak..
Mujur aku bawak Diazepam dalam handbag..
Wai sebagai doktor peribadi sementara cuba beraksi.. Haha !!
Tapi dengan pengawasan aku la..
Dah masuk ubat tu lebih kurang 10 minit..
Baru la Imad okay..
Sampai rumah papa Imad dah start merengek-rengek..
Aku tidurkan Imad dulu lepas tu baru sambut birthday papa..
Malam tu badan Imad panas je.. Imad demam..
Tak dapat tidur aku semalaman tu..
Aku lap tuala yang aku rendam dengan air asam jawa..
Bertujuan untuk sejukkan badan Imad..
Imad tidur sekejap-sekejap je..
Badan Imad masih panas..
Lebih kurang pukul 4.30 pagi..
Tiba-tiba Imad mula tersentak-sentak lagi.. Imad sawan untuk kali kedua tak sampai 24 jam !!
Aku kejutkan papa mintak tolong bawa ke HKL..
Wai tolong aku dukung Imad..
Sampai kat HKL, Imad terus dikejarkan ke zon kritikal emergency room..
Aku hanya memandang dari luar..
Lupa nak bawa phone dalam kelam kabut tu..
So, tak dapat la aku nak snap gambar..
Segala wayar dipasang, tangan Imad dicucuk, oksigen kat hidung Imad..
Imad dibogelkan sambil nurse sibuk menyiram Imad dengan air..
Memang badan Imad panas sangat..
Aku disuruh daftarkan Imad..
Lepas selesai semuanya, Imad tertidur di emergency room..
Manakala aku, papa dan Wai menanti di suatu sudut sebelum Imad dihantar ke Wad Pediatrik..
Lama selepas itu, baru la nurse tu panggil kitorang untuk hantar Imad ke wad naik ambulans..
Dah berapa kali ambulans ni bawak aku dengan Imad ke Pediatrik..
Maka untuk kesekian kalinya Imad check in lagi kat wad Pediatrik..
Dah lama Imad tak kena tahan wad..
Kali ni terpaksa jugak walau aku memang tak larat nak jaga Imad kat wad..
Nak tak nak, terpaksa la menyambut Aidil Adha kedua di Wad Pediatrik HKL..
Imad.. Imad.. kesian Imad..
Cepat sembuh ya sayang..

*Actually, ini gambar bulan 10 tahun lepas.. Tapi prosedurnya lebih kurang sama.. Cuma waktu ni hanya sorang je doktor yang rawat Imad.. Tapi semalam dalam 5 orang..

*Imad akan terlena lepas berhempas pulas, berhabis tenaga masa sawan tu menyerang.. Ni pun gambar tahun lepas..

*Ini benda wajib yang akan dipasang kat tangan Imad bila masuk wad.. Dah berapa banyak kali Imad kena cucuk..

**Badan aku memang tak larat lepas semalaman tak tidur.. Cuma nak habiskan entry ni sebelum aku Zzzzz.. Saki baki tenaga yang ada pun hanya la untuk menyediakan tempat tidur yang selesa untuk badan aku yang selalu sakit-sakit nih..**

-AkU-
Syurga Addin..
00:07 tengah malam..

1 comment: