Thursday, February 17, 2022

~Sanah Helwah Ibu Syurga Addin~

 Bertambah setahun lagi angka.

°

Kulit muka sudah mula melukis garis-garis halus.

Jalinan putih di rambut juga telah kelihatan.

Kesat kasar di tangan makin terasa.

Jalur hijau di kekura tangan bak akar berselirat.

Seiring waktu usia anak-anak meningkat.

°

Masa semakin singkat.

Nafas semakin sendat.

Langkah juga mula perlahan.

Teratur satu-satu mencari arah yang satu.

Mata terpejam menikmati saat-saat yang berlalu..

Damai.. tenang.. sunyi..

°

Terbuka kelopak mata..

Wajah mereka-mereka hadir..

Malaikat-malaikat kecil Ibu..

Tersenyum, tertawa, bergembira..

Ibu sudah berusia..

Anak-anak meningkat dewasa..

Menghitung masa bersisa..

°

Sanah Helwah, Ibu Syurga Addin..

Syukran Lillah.. 😊😊😊




Read more…

~Meneka Dalam Kesamaran..~

Maaf..

Mudahnya menutur..

Tanpa kamu tahu, betapa khilaf itu telah merobek sekeping hati..

Tulusnya jiwa menghulur budi..

Ikhlasnya diri menabur bakti..

Berulang disakiti..

Diri tetap teguh berdiri..

Memasak sendi di tanah setia..

Berhujan hina berpanas kecewa..

°

Maaf..

Aku juga mampu menuturnya..

Tanpa emosi, tanpa naluri..

Ahh..

Kalau la kamu punya jiwa..

Bisa merasa derita yang dicipta..

Luka yang terukir..

Duka yang terlukis..

Pastinya kamu tahu, aku juga punya rasa..

Sama seperti dirimu..

Justeru yang membezakan kita cuma..

Perikemanusiaan..

Milik aku, bukan milik kamu..

°

Syurga Addin..

Meneka Dalam Kesamaran..




Read more…

Wednesday, February 16, 2022

~Tinggalkan Aku..~

Ada sesuatu yang ingin aku tanyakan..

Pada kamu..

Tentang kita.. Dulu..

Ya, aku dan kamu..

Mengapa tega kau berlalu..

Tanpa menyapa aku dahulu..

Kau ukir luka..

Saat hatiku melakar tawa..

Kau kait duka..

Tika jiwaku mencipta bahagia..

Fahamkan aku arah kita berbeza..

Destinasi kita tidak sama..

Kau mengejar mega jingga saat mentari melabuh tirai..

Dan aku menanti fajar biru kala bulan mengundur diri..

Ternyata, kau dan aku tidak sehaluan..

Jiwa kita takkan pernah termeterai dalam satu ikatan..

Lantas aku juga berlalu..

Melewati pohon yang sama kau ukir nama kita berdua..

Renungan terakhir..

Tika jasadmu aku tinggalkan bersemadi disisi Pencipta..

°

Syurga Addin

Puisi Gadis Desa





Read more…

~Satu Masa~

"Lari la.. 
Kemana pun.. 
Suatu waktu nanti pasti ketemu jua.. 
Bumi ini berputar.. 
Putarannya bakal menemukan kita semula..
Hanya menanti saat dan ketika..
°
Barangkali masa beredar merubah segala.. Namun aku tetap aku.. 
Berdiri tegak disitu.. 
Menunggu kalimah darimu.. 
Kata maaf, atau mungkin kesalan.. 
Saat sekalian kamu menidakkan kewujudan aku.. 
Satu waktu dahulu.."
°
Syurga Addin..
Suatu Masa..



Read more…

Tuesday, November 30, 2021

~Bahagia..~

 "Kau bahagia ?" Menyoal tanpa memandang kearahnya..

°

"Kalau la definasi bahagia kau tu "Punya seorang suami yang sempurna, mertua yang menerima seadanya, ipar duai yang sentiasa bersangka baik, mak ayah yang selamanya menyokong, adik beradik yang tak menjadikan kau seteru".. Maka aku adalah antara manusia yang tidak bahagia.." Jawab dia sekadar memandang arah yang sama..

°

Aku memandang sekilas "Aku tak cakap macam tu pun.."

°

"Aku bahagia Li.. Walau tanpa suami, mertua, ipar duai, mak ayah, adik beradik.. Aku tetap bahagia dengan anak-anak.. Allah tu tak kejam.. Walau DIA "hilangkan" semuanya yang aku sayang, tapi DIA tinggalkan anak-anak untuk aku terus punya semangat.. Barangkali mereka semua tu bukan kebahagiaan untuk aku di dunia.. Mereka adalah ujian untuk aku terus mencari redhaNYA.. Untuk aku terus kuat.. Merasa betapa bertuahnya aku menjadi antara yang diuji dengan kasih sayang Allah swt.. Kau akan sentiasa ada dengan aku kan ?" Mata kami bertentang..

°

"InsyaAllah.. Sebaik-baik janji.. InsyaAllah.."

°

Bahagia itu kita yang rasa.. 

Kita yang hadirkan dalam diri.. 

Bahagia itu bukan kesempurnaan segala yang kita inginkan..

Namun apa yang kita miliki hari ini..

DIA tak akan beri apa yang kita minta..

Akan tetapi apa yang kita perlu..

Berbahagia la..

Tanpa ada rasa dendam, marah, iri hati dan kecewa..

Kerana bahagia itu milik kita semua..


Salam Jumaat Yang Mulia..


~Syurga Addin~




Read more…

Monday, November 22, 2021

~Warna Kehidupan..~

 Hidup..

Takkan pernah kita hadap sekadar warna putih..

Sesekali hitam juga akan turut mengganti suasana..

Dan semestinya warna-warna silih berganti..

Memeriahkan hari-hari..

°

Benar..

Kehidupan ini takkan setiap saat hanya kebaikan yang kita ketemu..

Pastinya ada ketika di selang seli dengan sesuatu yang tidak kita inginkan..

Itu fitrah hidup..

°

Hidup adalah untuk mati..

Itu destinasi kita..

°

Tanya pada diri..

Siapa kita di masa lalu ?

Siapa kita hari ini ?

Siapa yang ingin kita potretkan diri di masa akan datang ?

°

Barangkali benar..

Tidak penting di mana kita bermula..

Tidak peduli siapa kita di masa lalu..

Nyatanya yang ingin dinikmati adalah siapa kita di ketika pengakhiran..

Saat di hujung waktu kehidupan..

Cumanya..

Sesekali lihat kembali permulaan kita..

Adakah setiap titik hitam itu telah kita pudarkan..

Menggantikan dengan warna putih yang bersih..

°

-AkU-

Syurga Addin..



Read more…