Tuesday, November 30, 2021

~Bahagia..~

 "Kau bahagia ?" Menyoal tanpa memandang kearahnya..

°

"Kalau la definasi bahagia kau tu "Punya seorang suami yang sempurna, mertua yang menerima seadanya, ipar duai yang sentiasa bersangka baik, mak ayah yang selamanya menyokong, adik beradik yang tak menjadikan kau seteru".. Maka aku adalah antara manusia yang tidak bahagia.." Jawab dia sekadar memandang arah yang sama..

°

Aku memandang sekilas "Aku tak cakap macam tu pun.."

°

"Aku bahagia Li.. Walau tanpa suami, mertua, ipar duai, mak ayah, adik beradik.. Aku tetap bahagia dengan anak-anak.. Allah tu tak kejam.. Walau DIA "hilangkan" semuanya yang aku sayang, tapi DIA tinggalkan anak-anak untuk aku terus punya semangat.. Barangkali mereka semua tu bukan kebahagiaan untuk aku di dunia.. Mereka adalah ujian untuk aku terus mencari redhaNYA.. Untuk aku terus kuat.. Merasa betapa bertuahnya aku menjadi antara yang diuji dengan kasih sayang Allah swt.. Kau akan sentiasa ada dengan aku kan ?" Mata kami bertentang..

°

"InsyaAllah.. Sebaik-baik janji.. InsyaAllah.."

°

Bahagia itu kita yang rasa.. 

Kita yang hadirkan dalam diri.. 

Bahagia itu bukan kesempurnaan segala yang kita inginkan..

Namun apa yang kita miliki hari ini..

DIA tak akan beri apa yang kita minta..

Akan tetapi apa yang kita perlu..

Berbahagia la..

Tanpa ada rasa dendam, marah, iri hati dan kecewa..

Kerana bahagia itu milik kita semua..


Salam Jumaat Yang Mulia..


~Syurga Addin~




Read more…

Monday, November 22, 2021

~Warna Kehidupan..~

 Hidup..

Takkan pernah kita hadap sekadar warna putih..

Sesekali hitam juga akan turut mengganti suasana..

Dan semestinya warna-warna silih berganti..

Memeriahkan hari-hari..

°

Benar..

Kehidupan ini takkan setiap saat hanya kebaikan yang kita ketemu..

Pastinya ada ketika di selang seli dengan sesuatu yang tidak kita inginkan..

Itu fitrah hidup..

°

Hidup adalah untuk mati..

Itu destinasi kita..

°

Tanya pada diri..

Siapa kita di masa lalu ?

Siapa kita hari ini ?

Siapa yang ingin kita potretkan diri di masa akan datang ?

°

Barangkali benar..

Tidak penting di mana kita bermula..

Tidak peduli siapa kita di masa lalu..

Nyatanya yang ingin dinikmati adalah siapa kita di ketika pengakhiran..

Saat di hujung waktu kehidupan..

Cumanya..

Sesekali lihat kembali permulaan kita..

Adakah setiap titik hitam itu telah kita pudarkan..

Menggantikan dengan warna putih yang bersih..

°

-AkU-

Syurga Addin..



Read more…

Saturday, November 20, 2021

~Bahagia..~

 Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..


Ada sahabat bertanya kepada saya.

Apa definasi bahagia pada saya.

Saya jawab :


Bahagia ni bila kita tak perlu fikirkan orang lain.

Tak perlu iri hati dengan kehidupan orang lain.

Tak ada perasaan dengki dengan apa yang orang lain perolehi.

Tak rasa sakit hati bila tengok kebahagiaan orang lain.

Tiada rasa sedih bila tengok orang berkasih sayang.

Tak rasa nak bertukar kehidupan dengan orang lain.

Bila hati sentiasa rasa tenang dan positif dengan perkara di sekeliling kita.

Ya, ini la bahagia yang saya faham.

Sahabat saya senyum saja. 😊

°

Bahagia ni kita yang cipta, kita yang cari, kita sendiri yang hadirkan dalam kehidupan kita.

Mengapa perlu derita kalau kita boleh bahagia ?

Cari la bahagia menurut hati kita.

Bukan dengan dengki dan iri hati dengan kebahagiaan orang lain.

Tetapi dengan hadirkan kesyukuran dan keinsafan akan kelebihan kita berbanding kekurangan orang lain.

Rasa la kehidupan kita melebihi kehidupan orang lain, maka kita tak akan pernah rasa cemburu dengan kehidupan orang.

Rasa lebih ni bukan perasaan bongkak dan bangga diri.

Sebaliknya rasa mencukupi.

°

Hidup la kerana diri kita sendiri.

Kerana Yang Maha Pencipta.

Bukan kerana orang lain.


-AkU-

Syurga Addin..

Read more…

Wednesday, November 17, 2021

~Puisi Si Gadis~

Titik hujan yang tadi rebas..

Kini semakin lebat..

Menghambat bahang mentari..

Setitik..

Dua titik..

Tiga titik..

Akhirnya tak terkira..

Menitis menimpa lengan si gadis..

Berdiri di tepi jeriji jendela..

Berharap tempias nyaman..

Menadah wajah mencari tenang..

Kiranya bersisa semilir kemanusiaan..

Pada satu pautan kenangan..

Angin bertiup lagi..

Menerjah dedaunan lalu melayah jatuh menimpa arus hujan..

Berlayar pergi..

Bersama harapan..

Pergi la..

Jauh..

Andai singgah di daerah ini..

Titipkan damai buat hati-hati yang sedang rawan..

Read more…

Thursday, November 12, 2020

~Tempat Baru..~

 Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..


Lamanyaaaaaaaaaa tinggalkan tempat ini

Sekarang ni saya lebih selesa menulis di Facebook dan Instagram.

Maka jadi la tempat ini sebagai sarang labah-labah.

😁😁😁

Mana pembaca yang sudi nak baca hasil penulisan saya, boleh la add saya di Facebook atau follow saya di Instagram.

https://www.facebook.com/sofie.azhan

Di atas ni link untuk Facebook saya.

https://www.instagram.com/syurga_addin/?hl=en

Dan yang ini link untuk Instagram saya.

Moga ukhuwah kita berpanjangan di sana.

Ohh maaf.

Untuk yang saja nak "intai" perihal kehidupan saya pun tak ada masalah.

Boleh je nak add atau follow.

😄😄😄

Saya jarang post untuk public, maka penulisan saya hanya boleh dibaca di dalam lingkungan kawan-kawan sahaja.

Sesekali saya akan public kan Instagram saya kerana kerja.

Kebiasaannya ia juga hanya untuk followers saja.

Jadi......

InsyaAllah kita jumpa di tempat baru pula ya..

😊😊😊


-AkU-

Syurga Addin..

Read more…

Wednesday, November 27, 2019

~Ujian Berpoligami~

Ujian perkahwinan ini, bukan saja dalam poligami, malah monogami juga tak terlepas dari ujian.
Cuma barangkali poligami itu lebih banyak lagi ujiannya.
Selalunya saya dengar, kata orang bila sebut poligami, maka ujian yang terbesar adalah untuk isteri yang terdahulu.
Bagi saya, tak ada istilah ujian siapa lebih besar dari siapa.
Masing-masing tetap diuji mengikut kemampuan sendiri.

Apa ujian poligami ?
********************

Ada sahabat ajukan persoalan sebegini.
Bagi saya, ujian poligami ini ada beberapa kategori.

Ujian dengan pasangan.
***********************
Pasangan yang sudah terbiasa dengan cara hidup dengan isteri yang terdahulu.
Pasti cara hidup masing-masing berbeza.
Tak mustahil isteri yang kemudian, sedikit sebanyak terpaksa belajar mengikut cara hidup pasangan dengan isteri yang terdahulu.
Bagi mencari kesesuaian.

Ujian dengan mertua.
*********************
Ini kebiasaannya pada setiap pasangan yang berkahwin poligami atau monogami.
Cuma mungkin dalam poligami, ujian dia agak besar juga.
Sementelah mertua sudah punya menantu yang terdahulu.
Dan isteri yang kemudian, perlu mencari cara untuk menambat hati mertua sekaligus mencari keserasian hidup bersama.
Alhamdulillah, arwah kedua mertua saya sangat baik.
Bersyukur sangat dikurniakan mertua yang sebegini.

Ujian dengan ipar duai.
**********************
Ini juga antara ujian biasa bagi rumahtangga.
Kadang kala campur tangan ipar duai dalam kehidupan kita.
Ada yang mendamaikan, tak kurang juga yang menjadikan masalah makin merebak besar.
Dalam poligami, penerimaan ipar duai selalunya bias pada isteri yang kemudian.
Tapi ada juga ipar duai yang sangat mengalu-alukan kehadiran ahli baru dalam rumahtangga adik beradik mereka.

Ujian anak tiri.
**************
Bagi pasangan yang sudah punya anak-anak.
Isteri yang kemudian harus cuba menyesuaikan diri dengan anak-anak sedia ada.
Bukan mudah mengambil hati anak-anak, apatah lagi kalau mereka ini sudah lama disogokkan dengan cerita ibu tiri yang kejam dan jahat.
Saya juga pernah punya pengalaman memiliki ibu tiri.
Benar la, anak kecil ini terlalu mudah dipengaruhi.
Cuma apabila sudah meningkat dewasa dan boleh berfikir sendiri, maka pemikiran saya turut berubah.

Ujian dengan madu.
*******************
Ini perkara biasa dalam poligami.
Sukar untuk melihat poligami yang cukup harmoni.
Penerimaan isteri terdahulu terhadap isteri kemudian.
Bukan la tidak ada, namun nisbahnya terlalu kecil untuk dibandingkan dengan yang menolak kehadiran orang baru.
Ada juga sahabat-sahabat saya terpaksa buat keputusan untuk bercerai akibat tekanan dari madu.

Ujian masyarakat.
******************
Walaupun poligami tika ini sudah boleh dibicarakan secara terbuka, namun masih ramai yang memandang perkara ini sebagai taboo pada masyarakat Melayu.
Masih ramai lagi yang memandang serong pada keluarga poligami.
Masih ramai lagi yang tega menghina dari memberi sokongan terhadap poligami.
Tanpa kita sedar, pemikiran negative ini yang sebenarnya menjadikan sesebuah keluarga itu pincang.

Saya selalu memegang kata-kata..
"Andai tiada perkara baik untuk diperkatakan, maka diam adalah tindakan yang paling bijak"

*Ramai yang menggunakan alasan "sunnah Nabi" untuk melayakkan diri berpoligami. Saya kira itu satu alasan yang kurang bernas. Banyak lagi sunnah Nabi yang sangat bagus untuk diikuti berbanding yang satu ini. Beri la alasan yang lebih munasabah untuk menyokong perbuatan anda. Sukat la kemampuan diri dan minta petunjuk Allah swt. Andai tetap jodoh kita, maka apa pun halangan, pasti akan dipermudahkan olehNYA.

Syurga Addin..

Read more…