Monday, December 27, 2010

~Anak Krismas ??!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni 26 December 2010..
Genap 6 tahun peristiwa tsunami yang melanda Acheh dan menggemparkan dunia..
Bukan sedikit nyawa yang terkorban..
Setiap hari berita yang keluar di media cetak mahupun media elektronik memaparkan berita yang sama..
Macam-macam spekulasi yang keluar..
Dan aku rasa tak perlu aku ulas lebih lanjut tentang peristiwa itu..
Cukuplah kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa yang menyayat hati dan menyedarkan itu..
Urmm.. Apa yang aku nak cerita hari ini bukan berkenaan peristiwa tsunami itu..
Tapi tentang Krismas..
Maaf.. aku bukan bersikap perkauman atau pun apa..
Tapi cuma aku sangat tak puas hati pada orang yang tak sensitif terhadap agama Islam..
Malam tadi aku dan suami menonton Buletin Utama di TV3..
Tengah syok menonton lepas satu berita ke satu berita..
Berita bertukar ke sambutan hari Krismas..
Cerita pulak tentang bayi-bayi yang dilahirkan waktu Krismas..
Wartawan sibuk menemuramah ibu-ibu yang bersalin waktu Krismas..
Aku tak akan kisah jika yang disoal itu orang yang bukan Islam..
Tapi bila ditanya kepada orang Islam soalan yang tak sepatutnya..
Aku rasa wartawan tu memang tak menghormati agama Islam..
Kalau tak, dia tak akan tanya pada yang beragama Islam apa perasaan mereka melahirkan anak masa Hari Krismas..
Dan ada pulak seorang perempuan Melayu kata.. Tak sangka akan bersalin pada hari Krismas..
Kenapa ? Macam bangga je anak keluar Hari Krismas..
Nasib baik la HKL tak sediakan baju baby macam baju santa claus..
Hehe.. kalau tak meriah je HKL dengan santa kecik..
Takkan la benda-benda macam ni pun nak kena tegur..
Kena pakai logik akal la..
Wartawan yang buat kerja tu bukannya tak pergi sekolah..
Semua tu lulusan U kan..
Jangan la buat kerja sambil lewa je..
Bukan la kata aku nak besar-besarkan perkara ni..
Tapi benda-benda kecik macam ni la yang kita kena tegur..
Bagi diorang fikir sikit..
Jangan nak ambik mudah je buat berita..
Banyak lagi berita yang boleh dicari..
Cerita-cerita macam ni tak perlu buat skop sebenarnya..
Tak masuk senarai pun..
TV3 bukan syarikat yang baru nak naik..
Tak ada berita hebat-hebat untuk dipaparkan..
Jangan la lagi buat kerja macam ni..

*hubby aku dah bising bila cerita ni tak keluar blog lagi.. hehe..


-AkU-
Syurga Addin...
00:43 malam...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment