Wednesday, February 9, 2011

~Bahagia aku~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Aku sedang berbahagia saat ini..
Senyuman dan ketawa senantiasa menghiasi bibirku..
Bukan setiap detik aku mampu begini..
Maka saat seperti ini akan aku gunakan sepenuhnya..
Andai ada yang mampu melihat..
Wajah aku umpama bunga yang mekar berkembang..
Laksana bulan yang bersinar terang..
Seperti matahari yang tersenyum cerah..
Mengapa ??
Kerana saat ini kebahagiaan itu melingkari setiap sudut diriku..
Imad.. Ya ! Imad juga tersenyum dengan ibunya..
Entah apa kata hati seorang anak yang istimewa ini.. Haha..
Sepanjang hari zikir Lailahaillallah menghiasi lidahnya..
Bahagia ini juga sebahagiannya datang dari Imad..
Anak ini yang sering membuat aku bahagia..
Syukur kepada Allah swt kerana mengurniakan aku seorang anak seistimewa Imad..
Dan sebahagian lagi bahagia itu.. Urmmm.. Belum masanya untuk aku paparkan disini..
Biarlah aku yang merasainya seorang diri..
Cukuplah seisi alam tahu aku sedang berbahagia..






















-AkU-
Syurga Addin...
01:00 pagi...

1 comment:

  1. Syukur Alhamdulillah.. Untuk kegembiraan yg awak perolehi.. Moga senantiasa bahagia & gembira hendaknya.. Insya'allah..

    ReplyDelete