Sunday, February 20, 2011

~Kenapa hati masih sakit ?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Bila dah tak ada kerja waktu-waktu begini..
Aku pun buntu nak buat apa..
Fesbuk pun dah tak menarik mana..
MySpace dan Friendster lagi la dah berzaman tak layan..
Maka aku luaskan penglihatan aku melawat ke blog-blog yang lain..
Ada satu cerita yang ingin aku kupaskan..
Bukanlah nak kata aku ini pakar tentang hati dan perasaan..
Sekadar memberi pendapat dan pandangan dari sisi mata seorang yang pernah mengalaminya..

"Apabila hati kita cemburu melihat orang yang pernah kita sayang sedang berbahagia..
Sedang kita.. Masih lagi sendirian melayari kenangan silam antara kita dan dia..
Sakit dan terseksa rasanya.. Kenapa kita saja yang mesti rasa macam tu ? Kenapa dia boleh terus bahagia ?Pasti ada yang pernah mengalaminya.. Dan ada yang masih lagi terasa.."

Urmm.. Aku juga pernah mengalaminya dulu..
Sewaktu zaman masih lagi hijau dengan kisah cinta.. Hehe..
Jujurnya aku tidak pernah faham apa makna cinta..
Cuma mungkin sakit itu hanya kerana perasaan ingin memiliki dan dimiliki itu tak kesampaian..
Begitukah cinta ?? Hmm.. Pendapat masing-masing..
Ok.. Apa yang harus kita lakukan apabila keadaan sebegitu mendominasi hidup kita sekarang ?

SOLAT..

Ya.. Bersolat la..
Bukan sekadar solat wajib..
Tetapi luangkan la masa untuk bersolat sunat juga..
Sunat Taubat, Sunat Tahajjud, Sunat Hajat, Sunat Istikharah..
Kita boleh bersengkang mata untuk study mahupun menonton tv..
Tapi mengapa sukar untuk luangkan sedikit masa untuk bersolat sunat ??

MENGAJI

Ambil la sedikit masa untuk mengalunkan kalimah Allah..
Al-Quran itu bukan seperti novel yang cukup sekali dibaca..
Ia adalah kitab yang menenangkan dan mendamaikan bila diulang baca..
Sebagai penawar saat hati sedang dalam gundah..
Sebagai penyejuk kala jiwa dirundung duka..
Dan pemberi petunjuk waktu nurani bersarang lara..
Cuma jangan la mengingati Al-Quran saat kita sedang berduka sahaja.. !!
Waktu gembira dan masa senang juga basahkan la lidah kita dengan bacaan Al-Quran..

PUASA

Berpuasa la..
Agar hati kita menginsafi sukar dan senang kehidupan ini..
Biar minda kita berfikir benda yang lain selain dari luka hati..
Membiarkan perut kosong begini adalah lebih bermakna lagi dari membiarkan perut kosong tanpa berpuasa hanya kerana melayan jiwa yang sedang terseksa..

BERZIKIR

Ringankan la bibir kita untuk mengalun zikir memuji allah dan RasulNYA..
Andai sebelum ini dibibir kita acap kali terbit nama dan kata-kata cinta untuk pasangan kita..
Mengapa tidak kita hiaskan waktu-waktu kita dengan puji-pujian keatas PENCIPTA..
Ini lebih lagi dapat membuatkan kita semakin melupakan resah hati yang sedang melanda..
MengingatiNYA adalah lebih berfaedah dari melayan jiwa yang parah..
Bukankah itu terapi jiwa yang lebih berkesan !!
Berzikirlah berulang kali biar bergema setiap pelusuk kediaman kita..

BERDOA

Bukan sahaja usai solat mengizinkan kita untuk berdoa..
Tetapi setiap masa dan ketika kita digalakkan berdoa memohon petunjuk dari Allah swt..
Allah sangat suka hambaNYA yang senantiasa meminta kepadaNYA..
Berdoa la dengan sepenuh hati.. Menangis la.. Merintih la..
Kerana Allah sentiasa mendengar permintaan hambaNYA..
Hanya kita yang kerap kali melupakan DIA..

Ada yang mengatakan telah pun berbuat semua yang di atas..
Namun hati masih lagi sedih dan berduka..
Masih lagi wujud perasaan sakit dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain..
Soal pada diri sendiri..
Adakah kita buat semua itu kerana Allah atau pun sekadar mencuba saranan orang lain..
Apakah hati kita redha dengan ketentuan Allah stw..
Adakah kita masih lagi tetap dengan rukun Iman yang keenam iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar Allah swt..
Apakah sewaktu solat dan mengaji itu tumpuan kita sepenuhnya pada Allah ataupun hanya sekadar gerakan tubuh namun fikiran kita sentiasa berpusat pada hamba Allah yang lain..
Hanya kita yang tahu jawapan untuk diri sendiri..
Maka dengan itu.. Sematkan la dalam jiwa.. Allah menguji seseorang itu dengan ujian yang kita mampu lalui..
Allah tidak pernah kejam dengan menguji dan menduga hambaNYA tanpa mengetahui sesuatu yang terbaik untuk diri kita..
Kita sahaja yang tidak pernah tahu kasih sayang Allah untuk kita..
Percaya la.. Kasih sayang Allah itu mengatasi segala-galanya..
Berdoa, tawakkal dan redha la sepenuh hati dengan dugaan Allah untuk kita..
InsyaAllah, hati kita pasti juga tenang suatu hari nanti..

Itu yang aku lakukan selama ini..
Alhamdulillah, aku peroleh kesejahteraan dan kedamaian dalam jiwa..
















*Salam kasih sayang untuk yang sudi membaca dan menghayati penulisan kali ini..


-AkU-
Syurga Addin...
15:57 petang...

5 comments:

  1. okay. first na ckp..
    mmg KENE STEPEK LA yew kat muke ney pasal post ney!
    kedua na ckp, insyaAllah..muhasabah diri sedang dibuat. sekarang sume sedang di buat. mmg sesungguhnya Dia Maha Mengetahui kan? hmm..tapew la. y yakin ade hikmah disebalik semua ney :) mungkin ney cara tok hapuskan dosa2 y yg dulu..lebih dekat dgn Nya. hmmm...

    ReplyDelete
  2. salam...
    sememangnya hati manusia sentiasa tidak menentu,itulah manusia.. kerna itu perlunya IMAN.. yg akan membawa kepada redha dan bersyukur.. keduanya akan lahir jika benar2 ikhlas.. amal ibadat kewajiban sebagai hamba kepada yg Maha Pencipta.. ianya membawa kepada keperluan seorang hamba itu sendiri.. Dialah yg memberi rezeki.. biarlah apapun takdirnya,jgn penah keluh kesah.. insyaAllah, ucaplah alhamdulillah kerana itulah tanda kita dekat padaNya..

    "memaafkan..."
    terkadang mudah terzahir pada lidah,namun pada hati.. hanya Allah yg lebih mengetahui.. sesungguhnya bagi diriKu,biarlah sementara masih bernafas di bumi Allah,Ku maafkan setiap insan.. dan jika diizinkan Illahi ingin ku mohon kemaafan pada setiap insan yg penah Ku lukai..

    :-buat diriMu pemilik syurga addin..
    tiada kepastian ini sekadar perasaan/pengalaman diriMu sendiri atau sekadar coretan.. ku anggap diriMu seorang insan yg amat tabah.. malah jiwaMu semakin kuat.. insyaAllah semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi diriMu dan dibekalkan keimanan dan ketaqwaan yg semakin tinggi...aminn..

    assalamualaikum..

    ReplyDelete
  3. Y.. hehe.. mmg sebab terbaca post kau tu la.. saja je bagi pandangan sebagai seorang kakak.. Muhasabah la diri.. Istikharah dan Istisyarah.. InsyaAllah.. Segalanya dipermudahkan..

    Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah pernah berkata :-

    "Tidak akan menyesal seseorang yang beristikharah kepada Al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya"

    WA..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sUcI..

    Alhamdulillah.. Bersyukur kita dengan limpah kurnia dan rahmatNYA.. Moga ditetapkan hati kita dengan redha dan tawakkal senantiasa dengan ujian dan dugaanNYA.. Fitrah manusia sentiasa berubah, hendaknya ke arah kebaikan.. InsyaAllah..

    Benar, "memaafkan" itu tak semudah menuturkannya.. Cuma didik la hati agar ianya terluah ikhlas dari jiwa yang suci.. Maaf memaafkan sesungguhnya perlakuan yang sungguh mulia.. Semoga hati kita senantiasa begitu juga..

    Ini sekadar pandangan dari kaca mata seorang yang seringkali mendengar kisah sebegini.. Seperti yang kita sedia tahu, andai kita tak mampu belajar dari pengalaman sendiri, maka belajar la dari pengalaman orang lain.. InsyaAllah, semoga Allah mengurniakan aku hati yang tabah, sabar dan kuat untuk mengharungi segalanya.. Doa aku juga terukir buat anda.. Amin..

    Wassalam..

    ReplyDelete
  5. tggu lah. masih buat semuanya. mungkin amek mase. tape la. bak kate org time heals kan? hmmm..ney sume ujian tok y. sume ney dah ditakdirkan. sabar kan separuh daripada iman. tape la. mase ney boleh gune tok muhasabah diri kan...?

    ReplyDelete