Friday, February 25, 2011

~Ummi sakit~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum...

Semalam hujan turun dari pukul 3 petang lebih..
Menjadikan malam aku lebih sejuk dari biasa..
Tidur aku hampir lena hingga la terjaga sewaktu Subuh hampir menjelma..
Usai solat aku pun mula mengalunkan bacaan Yasin..
Bacaan itu untuk Ummi yang kurang sihat di Kelantan..
Ceritanya..
Semalam Incik Hubby balik ke rumah lebih kurang pukul 4 lebih..
Dia singgah sekadar nak bagitau perlu balik ke Kelantan..
Katanya Ummi masuk hospital..
Cuma tak tau kenapa..
Disebabkan kereta tak muat untuk aku dan Imad..
Sebab dalam kereta tu dah penuh dengan Incik Hubby, adik ipar aku Ayu, My Honey Dew dan 3 orang anak-anak..
Maka aku kena beralah untuk tinggal di KL sahaja..
Dan Incik Hubby janji akan melaporkan berita dari semasa ke semasa..
Petang tu lepas Incik Hubby balik ke Gombak..
Abah call aku..
Nak bagitau berita yang sama.. Aku pun tanya dengan detailnya pasal Ummi..
Abah cakap tangan dan kaki Ummi sebelah kanan dah tak boleh bergerak..
Lebih kurang pukul 12 tengah hari semalam..
Abah panggil ambulans dari Klinik Selising untuk hantar Ummi pergi Hospital Pasir Puteh..
Aku tanya sebab apa tak boleh gerak ?
Abah cakap mungkin pasal hari tu Ummi jatuh dari katil waktu nak ke bilik air..
Urmm.. Mungkin juga..
Aku terangkan dengan Abah, kenapa aku tak boleh balik..
Aku mintak maaf kat Abah.. Tapi takpe, Abah faham..
Dan aku minta Abah inform aku perkembangan pasal Ummi..
Jadi apa yang boleh aku buat kat rumah ni ?
Lepas maghrib semalam, aku baca Yasin untuk Ummi..
Usai solat aku berdoa..
Moga Allah permudahkan segala-galanya untuk Ummi..
Agar Ummi dapat sihat semula seperti sediakala..
Ummi boleh tengok Imad dah makin besar..
Ummi boleh dengar Imad dah pandai berselawat..
Ummi boleh tengok macam-macam perkembangan Imad yang Ummi dah terlepas..
Doa aku untuk Ummi..
Semoga kasih sayang dan rahmat Allah swt akan sentiasa bersama-sama Ummi..
Aku hanya mampu berdoa dari jauh..
Keadaan ketika ini yang tak mengizinkan aku untuk turut serta berada disisi Ummi..
Aku redha.. InsyaAllah, aku akan masih sempat bersama Ummi lagi..







Ni gambar Raya tahun lepas.. Aku tak banyak gambar dengan Ummi..














*Maafkan Fie, Ummi.. Andaikata Fie masih lagi tak mampu menjadi menantu yang baik untuk Ummi...


-AkU-
Syurga Addin...
10:07 Pagi...

2 comments:

  1. Assalamualaikum p'milik syurga addin...

    Semoga ummi yg disayangi cepat sembuh.. bersabarlah akan ujian Nya.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam sUcI..


    Terima kasih.. InsyaAllah..

    ReplyDelete