Sunday, March 20, 2011

~Jepun dan bencana..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"...Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) ~ Surah Ar-Ruum Ayat 41..."


"...Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah Kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka) ~ Surah Al-Baqarah Ayat 59..."

Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'un...

Itu ucapan pertama yang keluar dari mulut aku bila sahaja berita tentang bencana yang melanda Negara Jepun menghiasi wajah-wajah berita..
Tiada apa yang mampu aku perkatakan..
Kita semua dapat tengok apa yang berlaku di sana melalui berita-berita yang saban waktu tersiar..
Setiap hari cerita yang sama kita tonton..
Musibah yang melanda mereka bukan la sesuatu yang biasa..
Ramai yang kehilangan harta benda dan bukan sedikit yang terkorban..
Sesungguhnya kematian tak mengira jantina dan kedudukan..
Sesiapa yang terpilih pasti akan menempuhinya..
Dalam pada ramai yang simpati atas apa yang terjadi pada Negara Jepun..
Tak kurang juga ada segelintir yang memandang ringan pada apa yang terjadi..
Sampaikan ada yang cuba mempersendakan peristiwa ini..
Tidak terkesankah di hati manusia-manusia ini penderitaan yang ditanggung rakyat mereka ?
Malu la sebagai seorang manusia yang seolah-olah tidak punya perasaan..
Cuba letak diri kita di tempat mereka..
Pasti kita akan tahu apa yang mereka rasa bila dipersendakan begitu..
Hari demi hari makin banyak bencana yang kita dengar dan saksikan..
Pernahkah kita terfikir akan terjadi juga bencana di negara kita andai kita terus-terusan melakukan kemungkaran di bumi Allah ini ?
Sudah cukupkah amalan kita andaikata kita yang "terpilih" nanti ?
Jangan terlalu lena dibuai keasyikan dunia..
Kita tak akan tahu apa nasib kita "disana" nanti..
Persiapkan la diri dari sekarang..
Bila-bila masa nama kita akan tersingkir dari watak lakonan dunia sementara..
Untuk terpilih di pentas abadi di akhirat..

**Salam takziah dan sekalung doa untuk penduduk Jepun yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat.. Buat penduduk Malaysia.. Insaf la atas apa yang berlaku**



-AkU-
Syurga Addin...
11:07 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment