Sunday, March 20, 2011

~Utusan dan fenomena Korea~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum...

Semalam..
Aku duk bersantai dengan Incik Hubby yang menunggu masa nak bertolak ke Kuantan..
Aku pun belek-belek surat khabar Utusan Malaysia..
Tengok muka depan surat khabar kecik tu terpampang gambar seorang perempuan bertudung dengan mulut terbuka (mungkin kegembiraan sangat!) bersama koleksi artis Korea..
Fenomena artis Korea dah lama melanda Malaysia..
Aku masih ingat lagi ~Fenomena Winter Sonata~
Bebudak kat office duk sibuk cerita betapa syoknya cerita tu..
Tapi aku tak pernah layan pun..
Adik-adik aku pun duk sakan melayan cerita-cerita dari Korea..
Aku tak la se-fanatik tu..
Setakat nak tengok gitu-gitu je boleh la..
Tapi nak layan sampai tak bleh buat kerja lain tu..
Jangan harap !!
Oke.. Sambung balik pasal cerita tadi..
Aku pun selak muka surat seterusnya..
Dua page penuh gambar bebudak perempuan Melayu Islam yang sibuk bercerita pasal koleksi dan kefanatikkan masing-masing..
Yang tak tahannya..
Ada yang siap cerita sampai menangis sepanjang jalan dari stadium sampai kat umah..
Even dalam LRT pun masih lagi menangis tersedu-sedu..
Semuanya gara-gara tak dapat menonton konsert artis Korea..
Siap cerita demam seminggu lagi !!
Ok ouh !! Apa dah jadi ni ??
Sampai macam tu sekali fanatiknya..
Sanggup juga mereka-mereka ni mengeluarkan belanja yang besar hanya kerana tak mahu ketinggalan memiliki koleksi artis-artis kesayangan mereka..
Haishh !!
Ada juga yang mengakui hari-harinya tidak sempurna tanpa menonton dan mendengar lagu-lagu dendangan kumpulan dari Korea ini..
Bukan setakat anak-anak remaja saja..
Tapi yang dah dekat senja pun tak kurang hebatnya..
Aduiiiii !!
Urmm.. Aku selalu terfikir..
Pernah tak kita menangis sungguh-sungguh hanya kerana tak dapat solat, mengaji atau berpuasa bila tiba waktu "haram" orang perempuan..
Atau pernahkah kita rasa betapa tak sempurnanya hari-hari kita bila sesaat tak dapat mengalunkan zikir memuji Allah dan RasulNYA..
Ya.. Aku juga tak la sempurna sangat..
Tapi tidak la sampai rasa macam tu bila tak dapat apa yang aku inginkan..
Terutamanya kalau berkaitan dengan artis..
Membazir air mata je kut bila nak menangis pasal diorang ni..
Banyak lagi benda berfaedah untuk kita alirkan air mata tu..
Aku juga hairan kenapa Utusan nak keluarkan cerita sebegini..
Banyak lagi cerita-cerita berfaedah untuk diletakkan di muka depan..
Bangga agaknya perempuan yang wajahnya duduk kat muka depan surat khabar..
Dan mereka-mereka yang dengan penuh bangga menceritakan keghairahan mereka pada artis dari Korea ini..
Tidak la salah meminati..
Tapi biar la berpada-pada..
Jangan sampai fanatik !!



**Kalau ada orang nak marah aku pasal entry ni pun.. Aku tak kisah.. Aku hanya bagi pendapat dan pandangan peribadi aku**

-AkU-
Syurga Addin...
16:07 petang...

2 comments:

  1. Kalau kita pernah bersalam dengan alim ulamak, insyaAllah dapat jadi syafaat untuk kita kat akhirat kelak.
    Tapi dengan artis...
    Hmm.
    Okebai!

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal En. Bijen..
    Agaknya tangan artis lebih berharga dari tangan alim ulamak..
    Haishh !!

    ReplyDelete