Monday, May 2, 2011

~2 Hari Istimewa dalam hidup aku !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Entry kali ini aku nak bercerita tentang istimewanya 2 hari ini dalam hidup aku..
Yang pertama tentang 1 Mei setiap tahun..
Kalau kebiasaannya rakyat Malaysia menyambut Hari Pekerja..
Tapi aku menyambut Ulangtahun Perkahwinan aku..
Untuk tahun ini, sudah genap 7 tahun ijab qabul antara aku dan suami..
Alhamdulillah.. syukur..
Bermacam cerita suka duka kehidupan berumahtangga yang sudah aku tempuhi..
Segalanya mengajar aku makna menjadi seorang isteri buat seorang suami..
Bukan sekali aku tersungkur dalam pencarian..
Malah pernah berdarah berkali-kali..
Bukan sedikit hati aku terluka dalam melayari bahtera..
Malah hampir jatuh berkecai jiwa ini..
Namun semangat yang Allah pinjamkan buat aku..
Memberi satu keyakinan inilah jalan ke syurga yang aku cari selama ini..
Kita takkan berjumpa jalan bahagia saja sepanjang hidup..
Sedang pantai pun sesekali dilanda badai..
Bumi juga ada ketika ditimpa hujan..
Apatah lagi kita manusia..
Sedangkan lidah lagi tergigit..
Apalah bezanya kita suami dan isteri..
Cuma bertolak ansur, saling memahami dan menghormati akan menjadi pemanis dalam sesebuah rumahtangga..
Itulah yang aku pelajari sepanjang 7 tahun bergelar isteri kepada Mohamad Azhan Mohamad Adnan..
Doa aku saban ketika, moga Allah swt akan memberikan kebahagiaan yang berkekalan buat keluarga kami..
Dan semoga diberi lebih kekuatan untuk kami mengharungi badai dan onak duri sepanjang perjalanan kami di dunia ini..
Sebelum kami dijemput mengadapNYA.. 
InsyaAllah.. Amin..



Hari yang kedua istimewa ialah 2 Mei pada setiap tahun..
Tarikh ini adalah Ulangtahun Kelahiran Muhammad Imad Addin..
Tahun ini genap usia Imad yang ke 4..
Biarpun Imad tidak seperti anak-anak yang lain..
Tapi Imad seorang anak yang sangat istimewa di mata aku..
Dialah penghibur di kala aku kesunyian..
Pemberi semangat di kala aku keresahan..
Menjadi penawar di kala aku kesedihan..
Banyak titisan airmata aku tertumpah kerana Imad..
Segala-galanya kerana Imad..
Bukan sedikit doa yang aku pohon setiap ketika untuk Imad..
Aku ingin melihat Imad membesar seperti anak-anak yang lain..
Tapi sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmahnya..
Aku tetap bersyukur Allah mengurniakan Imad dalam kehidupan kami..
Imad antara pengerat kasih sayang antara kami..
Imad penguat cinta aku dan suami..
Imad segala-galanya..
Diusia 4 tahun..
Imad dah pandai berjalan sikit-sikit..
Imad dah pandai gigit kek yang aku buat..
Imad dah pandai nyanyi lagu untuk tidur..
Imad dah pandai selawat ke atas Nabi..
Imad dah pandai tepuk ibu dan ayah nak suruh tidur..
Imad dah pandai pura-pura pejam mata bila dipaksa tidur..
Dan yang paling Imad pandai adalah..
Masukkan segala jenis benda dalam mulut dia.. Kehkeh !!
Ini adalah kemahiran Imad yang utama..
Bagilah apa saja, semua akan dirasa terlebih dahulu..
Doa aku setiap ketika untuk Imad..
Moga Allah memberi kehidupan yang lebih sempurna kepadanya..
Dan semoga Imad dapat membesar menjadi seorang anak yang mampu membahagiakan keluarga serta anak yang bakal menemani ibu dan ayah meniti jalan ke syurga..
InsyaAllah.. Amin..

*Petang tadi aku dan suami jemput My Honey Dew datang dengan anak-anak yang lain..

p/s : Istimewanya kedua-dua hari ni ialah kerana waktu aku diijab qabulkan dan waktu Imad dilahirkan adalah sama pada pukul 10:00 malam.. Wohoooo !!

**Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-7 buat aku dan suami.. Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-4 Imad !! Ibu dan ayah sayang sangat Imad !!**

-AkU-
Syurga Addin...
09:07 pagi..

4 comments:

  1. oh. besday imad laaa...alahai! terlupe plakkk! bz nak exam! hahaha..takpe2. lain kali kite sambut k! start tahun depan! =) ngeeee~

    ReplyDelete
  2. ye la !! Apa punya mak sedara la ni ??! kehkeh !! Next year kena tuntut hadiah ngan kek tau !!

    ReplyDelete
  3. amboiii! demand plak mak budak ni. hahaha..tak keje, takde gaji! yes! duit JPA tok blaja je~ huuuuuuuuuuu~

    ReplyDelete
  4. kehkeh !! Mesti !! oooo.. duit JPA tuk blaja.. kiranya haram la beli mende2 lain ea ??!! uishh !!

    ReplyDelete