Sunday, June 5, 2011

~Anak lelaki menyusahkan ??~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah hampir seminggu aku menumpang kat rumah mak..
Sepanjang di sini banyak perkara yang aku perhatikan dan belajar..
Seperti tajuk aku di atas..
Benarkah begitu ?
Anak lelaki menyusahkan ?
Hmm.. Aku bertanya kerana melihatkan keadaan mak..
Mungkin mak tak menyatakannya secara terus terang..
Namun aku rasa jauh di sudut hati mak..
Mungkin ada keluhan yang terukir..
Kat sini ada tiga orang anak bujang mak..
Semuanya dah besar-besar belaka..
Sepatutnya mak dah boleh senang hati bila anak semuanya dah besar..
Tapi entah la..
Betul la kata orang..
Seorang ibu boleh menjaga dan membesarkan ramai anak..
Tapi ramai anak belum tentu mampu menyenangkan hati seorang ibu..
Sesekali aku ke rumah mak..
Ada juga terdengar keluh kesah mak tentang adik-adik ni..
Tapi nak buat macam mana..
Aku sendiri tak mampu menasihatkan mereka..
Bukan sahaja semua dah besar gajah..
Tetapi masing-masing panas baran..
Silap bicara, aku pulak yang kena tengking nanti..
Haha.. Mungkin la tak..
Tapi mana la nak tau.. Hati tengah panas..
Kadang-kadang bila tengok keadaan mak..
Macam yang sekarang ni..
Haishhh !! Takut juga bila menanti anak-anak aku membesar..
Diorang semua ni dah la tak tau nak kemas rumah..
Pemalas.. Bilik sendiri pun tak terkemas..
Manja mengalahkan budak kecik..
Dah besar panjang pun mak yang kena buatkan air..
Nak makan apa.. Nak minum apa..
Semua suruh mak buat..
Sesedap tekak diorang je suruh mak buat macam-macam..
Ada ketika aku tengok macam mak ni orang gaji diorang pulak..
Tapi aku tengok mak turutkan saja..
Ada yang tak pedulikan mak..
Ada yang suka tinggi suara dengan mak..
Ada yang tak dengar kata mak..
Ada yang main-main je bila mak bercakap..
Dan mak seperti biasa..
Diam dan hanya biarkan saja..
Mak macam rela diperlakukan begitu..
Seingat aku..
Aku masa dulu-dulu tak macam ni pun..
Semuanya aku buat sendiri..
Mak pun memang galakkan aku berdikari..
Macam dah terbalik pulak..
Anak perempuan lebih berdikari dari anak lelaki..
Sesekali sorotan mata mak menyatakan perasaan yang terselindung..
Pada aku..
Mak terlalu manjakan adik-adik ni..
Sebab tu diorang lebih suka mengarah dari diarah..
Diorang tak boleh bezakan pangkat mak dan anak..
Sampai bila ??
Aku pun tak tahu..
Mungkin sampai mak dah tak ada depan mata baru diorang nak sedar..
Harap-harapnya tidak la sebegitu..

*Sekadar gambar hiasan.. Hehe.. Takde gambar lain..



**Sukarnya anak-anak memahami hati seorang ibu.. dan adakala.. seorang ibu juga sukar memahami hati seorang anak yang dikandungnya.. Kerana.. Hati anak itu telah lama memendam rasa..**

-AkU-
Teratak Bonda...
22:07 malam...

Read more…

Friday, June 3, 2011

~Satu cerita lagi~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari Rabu yang lepas first time aku hantar my Honey Dew pergi kerja pagi..
Bukan apa, jenuh aku gerak Incik Hubby bangun pagi tu..
Lepas 10 minit aku tengok dia tak bergerak-gerak..
Aku pun dalam keadaan mamai tu terus bersiap dan gerak ke Gombak..
Nasib baik jalan tak sesak mana..
Ye la, cuti sekolah dah start..
Maka selamat la my Honey Dew sampai ke officenya..
Sampai je aku kat rumah.. Buka je pintu..
Incik Hubby duk terbaring atas sofa depan pintu..
Aku kejut dia perlahan-lahan..
buka je mata, terus dia bangkit dan cakap..
"Laa.. Sayang pergi mana.. Habis la mengamuk la dia"
Aku senyum je sambil jawab..
"Sayang dah hantar tadi"
"Ouh.. ye ke ? Alhamdulillah.." Dia terus baring balik atas sofa..
Hehe.. Kadang-kadang aku kesian jugak kat Incik Hubby..
Hari ni kebetulan aku rajin, so aku hantar la..
Dipendekkan cerita..
Malam tu Incik hubby nak balik Kelantan dengan isteri dan anak-anak..
Aku dan Imad menumpang kejap kat rumah mak..
Bukan aku nak sangat pergi rumah mak..
Tapi dalam keadaan aku tak berapa sihat ni..
Mesti ada orang yang tolong tengok-tengokkan..
Melangkah masuk je rumah mak..
Ada satu pemandangan yang agak mengagumkan aku..
Dalam hati aku mengucap Alhamdulillah..
Dan berharap keadaan ini bukan la sementara..
Biar la ianya kekal selama-lamanya..
Apakah ia ??
Ouh.. Tak perlu aku nyatakan kat sini..
Sebab.. Biarpun ianya satu pengajaran..
Namun ada cerita keaiban disitu..
Maka lebih baik kita senyapkan saja..
Sepanjang masa aku kat sini ada cerita yang akan aku kisahkan di entry yang baru nanti..
Satu pengajaran buat aku dan wanita yang lain..
Sehingga berjumpa lagi nanti..



-AkU-
Syurga Addin...
16:37 petang...

Read more…