Monday, October 24, 2011

~Lara Hati Nur Salina~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Baru je sebentar tadi aku habis menonton drama ulangan Air Mata Nur Salina..
Karya arahan pengarah tersohor Erma Fatimah..
Lakonan mantap Datin Paduka Umie Aida, Remy Ishak, Ady Putra..


*Sweet je gambar ni.. Gambar Ady Putra takde.. hehe..

Seperti biasa..
Umie tak penah menghampakan penonton..
Lakonannya jarang tak menjadi..
Bagi la watak apa pun, mesti Umie mampu bawakan dengan jayanya..
Remy juga tak kurang hebatnya..
Walau digandingkan dengan senior seperti Umie..
Tak nampak Remy kekok.. Tetap steady..
Wajah Umie yang neutral memang banyak memberi kesan..
Walaupun endingnya agak klise..
Tapi tak rugi menonton hingga akhir..
Sebenarnya ini drama tahun lepas..
Tapi ditayangkan semula untuk Anugerah Skrin TV3..
Ulasan aku..

Mengetengahkan watak penuh emosi Salina..
Erma menggarap sebuah naskah yang sangat meruntun jiwa penonton..
Gandingan Umie dan Remy Ishak untuk pertama kalinya tidak menghampakan..
Tidak banyak watak sampingan yang dapat dilihat..
Maka tak semak mata menonton..
Dan dapat menumpukan untuk hanya beberapa watak "Killer"..
Erma banyak bermain dengan emosi penonton..
Cukup segala perasaan dihimpun dalam satu drama..
Biarpun ianya berakhir dengan "sad ending"..
Namun berbaloi untuk ditonton..

"Menyusuri kehidupan seorang wanita..
Bersifat baik dan lemah lembut..
Namun mudah tewas dengan ketaksuban rasa cinta dan setianya pada seorang lelaki..
Kebahagiaan yang dicari lewat pernikahan tanpa restu ibu bapa..
Seorang isteri yang seringkali kalah dengan cinta dan taat terhadap seorang suami..
Setia bersama biarpun susah dan senang dalam kehidupan..
Walau sesekali baran suami menyiksa diri namun demi kerana rasa cinta yang menebal..
Semua itu hanya sekadar asam garam dalam rumahtangga..
Hinggalah maruahnya tergadai dek kerakusan suami mempertaruhkan nilai seorang isteri di atas meja judi..
Disaat itu cinta dan kepercayaan yang wujud sekian lama, hilang sekelip mata..
Berganti dengan dendam dan amarah yang tak pernah padam walau nyawa sebagai pertaruhannya..
Biarpun roh dan jasad bercerai di tali gantung..
Dia rela.."


Menonton drama Air Mata Nur Salina..
Menghayati bait-bait cerita dari awal hingga akhir..
Bukan saja mengundang sedih malah air mata juga turut sama menitis..
Bila merasakan derita perjalanan seorang Salina..
Dan sudah tentu terselit perasaan geram dan benci pada watak Afkar..
Seorang lelaki yang menjerat Salina dengan cintanya..
Mengheret wanita itu ke kancah derita..
Biarpun sesekali terlihat kasih dan sayang seorang suami dan bapa..
Namun tak mampu memadam perbuatan kejinya..
Yang tega menggadai harga diri isteri semata-mata kerana tewas dengan nafsu berjudi..
Maka cinta dan kepercayaan yang disulam sekian lama..
Menjadi debu-debu berterbangan..


Ini realiti kehidupan kita..
Bukan hanya dalam lakonan, tapi ini kebenaran..
Ramai yang mengalami nasib sebegini di luar sana..
Apa yang dapat aku katakan..
Masih ramai isteri yang tetap taat dan setia pada suami biarpun diperlakukan sedemikian rupa..
Bernilaikah cinta dan kepercayaan walau acapkali maruah kita dipersendakan ??
Entah la.. Manusia semakin hilang rasa hormat pada diri sendiri..

Drama ini bukan sekadar hiburan semata-mata..
Tapi sebagai pengajaran buat isteri-isteri yang tertindas sedemikian rupa..
Bangkit la.. Sedar la dari belaian cinta yang pura-pura..
Cukup la hidup dalam angan-angan yang dianyam tanpa benang realiti..
Hidup terlalu berharga untuk disia-siakan begitu saja..

Sekian.. Ulasan penuh emosi dari aku.. Hehe..

**Mungkin waktu Umie nak kena seret ke tali gantung.. Agak kurang emosi di situ.. Macam tak cukup perasaan je.. Hehe.. Anyway.. 4 1/2 star aku bagi.. Tahniah !! Gud job Erma and all the team of Air Mata Nur Salina..**

-AkU-
Syurga Addin..
02:37 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment