Thursday, November 24, 2011

~Lelaki dan seluar pendek..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Dah lama tak update blog ikut tajuk sendiri..
Entry yang sebelum ni pun sebab terbaca, then rasa nak share..
Bukan idea sendiri pun..
Dah banyak draft entry yang tergendala..
Semuanya kerana keadaan aku yang tak berapa nak mengizinkan ni..
Oke.. Back to the point..
Lelaki dan seluar pendek..
Apa yang peliknya ??
Tak ada yang pelik pun..
Cuma bagi aku bila lelaki pakai seluar pendek untuk bersukan..
Oke.. Itu tak ada hal.. Memang kebiasaan lelaki mengenakan seluar pendek bila bersukan..
Tapi tetap tak bagus bila menunjukkan aurat..
Cuma yang aku tak berapa berkenan..
Bila kaum Adam ni berseluar pendek bila bersiar-siar..
Entah la.. Pada aku kurang macho dan sopan bila menonton style macam ni..
Aku tak tahu orang lain..
Tapi untuk aku.. Sorry ! Memang tak masuk carta..
Nasib baik Incik Hubby lebih suka jeans dan slack..
Ramai jugak rakan-rakan yang begini..
Tapi takkan la aku nak cakap kat depan muka diorang..
Lagipun rasanya aku tak ada hak untuk melarang mereka berpakaian..
Cuma rasa nak bawa kain untuk tutup kaki yang didedahkan tu..
Ohoooo !! Cukup tak berkenan !!
Tapi pendapat aku tetap mengatakan..
Bila lelaki berseluar pendek untuk keluar ke bandar..
Satu fesyen yang amat la tak macho dan kurang sopan..
Tahu la kaki tu banyak bulu..
Tapi, tak payah la nak menunjuk-nunjuk.. Heh !!
Ada lelaki yang bangga bila keluar dengan mengenakan seluar pendek..
Mungkin seronok nak tunjuk kaki kat khalayak..
Tapi sedar la..
Orang tak terliur pun nak tengok kaki awak tu..
Tutup la.. Simpan untuk diri sendiri..
Suka hati la nak kata aku ketinggalan zaman ke, buta fesyen ke atau apa..
Ini pendapat dan pandangan masing-masing..
Mata aku sakit tengok mereka berpakaian begini.. Hehe..
Dan rasanya lebih cepat untuk aku minta diri andaikata ada pertemuan dengan mereka yang berpakaian begini..
Oke.. Tu je yang aku nak bagitau.. huhu..

**Kekeringan idea sebab asyik terlantar atas katil..**

-AkU-
Syurga Addin...
16:27 petang...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment