Thursday, November 24, 2011

~Aku dan puisi - 2~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...


"Angin Selatan menyapa lagi,
Membawa sejambak rindu ke Puncak Ledang,
Menghimpun seusia kenangan di Teratak Puteri,
Usah berhenti,
Damaikan hati.. Redupkan jiwa,
Agar ketenangan menghuni sanubari..

Angin Selatan berhenti meniup,
Lantas deru nafas alam seakan tiada irama,
Berombak tenang Laut China Selatan,
Menghanyut pergi ikatan yang terlerai,
Usah singgah lagi di tanah ini,
Moga berkubur di dasar yang terdalam..

Angin Selatan menghilang lagi,
Membawa pergi sekuntum harapan,
Menghambat jauh ikrar setia,
Jujurkah jalinan itu ?
Saat dilafaz kata maaf,
Lewat bicara yang lalu,
Pesan aku pada bulan,
Sampaikan pada Angin Selatan,
Pergilah.. Usah hadir lagi untuk keberapa kali,
Andai kehadiran hanya menyapa cuma,
Ternyata tempat mu bukan disini,
Disisi kami........ Insan yang tiada apa......."

~Puisi Gadis Desa~



-AkU-
Syurga Addin...
17:07 petang...

Read more…

~Lelaki dan seluar pendek..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Dah lama tak update blog ikut tajuk sendiri..
Entry yang sebelum ni pun sebab terbaca, then rasa nak share..
Bukan idea sendiri pun..
Dah banyak draft entry yang tergendala..
Semuanya kerana keadaan aku yang tak berapa nak mengizinkan ni..
Oke.. Back to the point..
Lelaki dan seluar pendek..
Apa yang peliknya ??
Tak ada yang pelik pun..
Cuma bagi aku bila lelaki pakai seluar pendek untuk bersukan..
Oke.. Itu tak ada hal.. Memang kebiasaan lelaki mengenakan seluar pendek bila bersukan..
Tapi tetap tak bagus bila menunjukkan aurat..
Cuma yang aku tak berapa berkenan..
Bila kaum Adam ni berseluar pendek bila bersiar-siar..
Entah la.. Pada aku kurang macho dan sopan bila menonton style macam ni..
Aku tak tahu orang lain..
Tapi untuk aku.. Sorry ! Memang tak masuk carta..
Nasib baik Incik Hubby lebih suka jeans dan slack..
Ramai jugak rakan-rakan yang begini..
Tapi takkan la aku nak cakap kat depan muka diorang..
Lagipun rasanya aku tak ada hak untuk melarang mereka berpakaian..
Cuma rasa nak bawa kain untuk tutup kaki yang didedahkan tu..
Ohoooo !! Cukup tak berkenan !!
Tapi pendapat aku tetap mengatakan..
Bila lelaki berseluar pendek untuk keluar ke bandar..
Satu fesyen yang amat la tak macho dan kurang sopan..
Tahu la kaki tu banyak bulu..
Tapi, tak payah la nak menunjuk-nunjuk.. Heh !!
Ada lelaki yang bangga bila keluar dengan mengenakan seluar pendek..
Mungkin seronok nak tunjuk kaki kat khalayak..
Tapi sedar la..
Orang tak terliur pun nak tengok kaki awak tu..
Tutup la.. Simpan untuk diri sendiri..
Suka hati la nak kata aku ketinggalan zaman ke, buta fesyen ke atau apa..
Ini pendapat dan pandangan masing-masing..
Mata aku sakit tengok mereka berpakaian begini.. Hehe..
Dan rasanya lebih cepat untuk aku minta diri andaikata ada pertemuan dengan mereka yang berpakaian begini..
Oke.. Tu je yang aku nak bagitau.. huhu..

**Kekeringan idea sebab asyik terlantar atas katil..**

-AkU-
Syurga Addin...
16:27 petang...

Read more…

Tuesday, November 22, 2011

~Muhasabah diri..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Tahukah kita ada 10 pintu buat syaitan di alam nyata ini ?
Mari kita selidiki..

Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya. Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak. Pada masa ini kita akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang syaitan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini. 

Pintu pertama: 

Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk. Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.  

Pintu kedua:  

Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu. 

Pintu ketiga:  

Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini. 

Pintu keempat:  

Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat. 

Pintu kelima:  

Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya. Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran. 

Pintu keenam:  

Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 
“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” - Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan. 

Pintu ketujuh:  

Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:  

Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya. 

Pintu kesembilan:  

Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah. 

Pintu kesepuluh:  

Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya. Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain. 
Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.





**Maka dengan ini, cuba la renung ke dalam cermin diri.. Apakah kita memiliki pintu-pintu berikut ?? Muhasabah diri dan berubah la andai kita pemiliknya.. Masa masih ada, belum pernah terlewat untuk berubah asal hati menginginkannya.. InsyaAllah kita mampu mengubah keadaan ini..**

-AkU-
Syurga Addin...
15:57 petang...

Read more…

Tuesday, November 8, 2011

~Aidil Adha dan HKL~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Semalam..
Aku dan adik-adik keluar petang tu dengan niat nak cari kek harijadi untuk papa..
Jenuh cari kat pelbagai kedai kek..
Akhirnya kitorang berkenan kat satu kek aiskrim mocha ni..
Selain tu, kitorang beli jugak KFC sebagai penambah juadah..
Perghhh !! Selera memang besar masing-masing..
Yang pergi masa tu aku, Wai, Jijie dan Imad..
Imad nak tidur kat rumah sebenarnya, tapi Wai yang kejam giler paksa jugak Imad ikut..
Dengan alasan nak bawa jalan-jalan konon..
Entah macam mana masa dalam perjalanan tu..
Tiba-tiba Imad diam je sepanjang jalan..
Mata dah pandang atas dan air liur dah tak terkawal..
Aku dah terkesan sesuatu kat situ..
Bila diamati.. SAH ! Imad nak kena sawan..
Kitorang baringkan Imad kat seat belakang..
Sambil Wai dan Jijie urut-urut perlahan tangan, kaki dan kepala Imad..
Lepas lebih kurang 15 minit macam tu, Imad tetap tak sedar..
Tangan Imad pulak mula tersentak-sentak..
Mujur aku bawak Diazepam dalam handbag..
Wai sebagai doktor peribadi sementara cuba beraksi.. Haha !!
Tapi dengan pengawasan aku la..
Dah masuk ubat tu lebih kurang 10 minit..
Baru la Imad okay..
Sampai rumah papa Imad dah start merengek-rengek..
Aku tidurkan Imad dulu lepas tu baru sambut birthday papa..
Malam tu badan Imad panas je.. Imad demam..
Tak dapat tidur aku semalaman tu..
Aku lap tuala yang aku rendam dengan air asam jawa..
Bertujuan untuk sejukkan badan Imad..
Imad tidur sekejap-sekejap je..
Badan Imad masih panas..
Lebih kurang pukul 4.30 pagi..
Tiba-tiba Imad mula tersentak-sentak lagi.. Imad sawan untuk kali kedua tak sampai 24 jam !!
Aku kejutkan papa mintak tolong bawa ke HKL..
Wai tolong aku dukung Imad..
Sampai kat HKL, Imad terus dikejarkan ke zon kritikal emergency room..
Aku hanya memandang dari luar..
Lupa nak bawa phone dalam kelam kabut tu..
So, tak dapat la aku nak snap gambar..
Segala wayar dipasang, tangan Imad dicucuk, oksigen kat hidung Imad..
Imad dibogelkan sambil nurse sibuk menyiram Imad dengan air..
Memang badan Imad panas sangat..
Aku disuruh daftarkan Imad..
Lepas selesai semuanya, Imad tertidur di emergency room..
Manakala aku, papa dan Wai menanti di suatu sudut sebelum Imad dihantar ke Wad Pediatrik..
Lama selepas itu, baru la nurse tu panggil kitorang untuk hantar Imad ke wad naik ambulans..
Dah berapa kali ambulans ni bawak aku dengan Imad ke Pediatrik..
Maka untuk kesekian kalinya Imad check in lagi kat wad Pediatrik..
Dah lama Imad tak kena tahan wad..
Kali ni terpaksa jugak walau aku memang tak larat nak jaga Imad kat wad..
Nak tak nak, terpaksa la menyambut Aidil Adha kedua di Wad Pediatrik HKL..
Imad.. Imad.. kesian Imad..
Cepat sembuh ya sayang..

*Actually, ini gambar bulan 10 tahun lepas.. Tapi prosedurnya lebih kurang sama.. Cuma waktu ni hanya sorang je doktor yang rawat Imad.. Tapi semalam dalam 5 orang..

*Imad akan terlena lepas berhempas pulas, berhabis tenaga masa sawan tu menyerang.. Ni pun gambar tahun lepas..

*Ini benda wajib yang akan dipasang kat tangan Imad bila masuk wad.. Dah berapa banyak kali Imad kena cucuk..

**Badan aku memang tak larat lepas semalaman tak tidur.. Cuma nak habiskan entry ni sebelum aku Zzzzz.. Saki baki tenaga yang ada pun hanya la untuk menyediakan tempat tidur yang selesa untuk badan aku yang selalu sakit-sakit nih..**

-AkU-
Syurga Addin..
00:07 tengah malam..

Read more…

Sunday, November 6, 2011

~Papa dan Aidil Adha~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Selamat Hari Raya Aidil Adha Buat Semua Pembaca Syurga Addin..
Buat yang pulang ke kampung..
Berhati-hati di jalan raya..
Jangan makan berlebihan, jaga kesihatan juga..

Ada orang kata Raya Haji ni tak best.. Tak meriah..
Siapa cakap ???
Meriah apa..
Kalau kita pergi tolong kat masjid kan meriah tu..
Bergotong-royong membuat kerja..
Tapi aku tak pernah la pergi..
Sekadar tengok dari jauh je.. Hehehe..
Mungkin la yang jadi tak meriah tu sebab kita tak berpuasa seperti Raya Aidilfitri..
Tapi semalam ramai juga yang berpuasa kut..
Beruntung siapa yang berpuasa semalam..
Percaya la dengan janji Allah swt..
InsyaAllah, semoga kita sama-sama beroleh keberkatan dari amal ibadah kita..

Apa yang bestnya raya kali ni ??
Hehe.. Sebab raya kali ni sama je macam raya tahun lepas..
Eh ! Tapi ada yang lagi best..
Papa aku sambut Hari Ulangtahun Kelahirannya Yang Ke-66..
Dah tua ?? Siapa cakap papa dah tua ??
Bukan tua, veteran.. Haha..
Walaupun usia papa dah naik lanjut, tapi InsyaAllah kesihatan papa sempurna..
Itu semua mungkin hasil kerja keras papa menjaga pemakanan dan mengamalkan cara hidup sihat..
Aku nak juga ikut macam papa, tapi selalunya tak berhasil..
Jenuh nak berpantang makan minum ni..
Hati kena kuat, semangat pun kena kuat..
Kalau nak berpantang pun, tunggu la waktu bersalin baby..
Kalau tak, tak adanya nak berpantang.. Semua pun aku telan.. Hihi..

Kejap lagi aku nak ke rumah papa..
Sama-sama menyambut Hari Raya dan Hari Jadi Papa..
Tapi tak beli apa-apa la..
Wish aje la kut..
Sebelum wish live kat papa.. Aku nak wish kat sini dulu..

"..Papa, Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-66.. Semoga kehidupan papa senantiasa dilimpahi rahmat dan restu dari Allah swt.. Diberi kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang berterusan dan kebahagiaan yang berkekalan.. InsyaAllah.. Tak ada hadiah yang dapat anak ini berikan.. Melainkan doa yang berterusan buat seorang ayah setiap kali usai solat dan masa yang terlapang.. Moga hubungan kasih sayang antara kita akan terus utuh dan kekal hingga ke hari akhirat.. InsyaAllah.."

*Sekarang tengah tunggu Incik Hubby hantar daging korban.. Sebab Incik Hubby bertugas bergotong royong kat masjid setiap kali Raya Haji.. Mesti dapat macam-macam bahagian.. Hehe.. Pernah sekali tu Incik Hubby bawak satu kepala lembu balik rumah.. Huhu.. Memang best giler la !!*


**Semoga dapat sama-sama kita menghayati erti sebenar Aidil Adha ini.. InsyaAllah**

-AkU-
Syurga Addin...
13:07 petang...

Read more…