Wednesday, March 21, 2012

~Rasa hati..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Soal hati.......
Sukar untuk kita perkatakan..
Kadang kala mengakui sesuatu perasaan..
Lebih berat dari menyembunyikannya..
Namun tidak semua perasaan itu boleh diselindungkan..
Kerana akibatnya..
Rasa hati akan kian parah..

Bila hati mengatakan suka..
Diri terasa di awang-awangan..
Namun bukan semua suka boleh kita terjemahkan dengan bahasa..
Ada ketika gerak tubuh memainkan peranan..
Ada saatnya jelingan mata menceritakan perasaan..
Waktu itu hanya tuhan yang tahu rasa hati..

Bila hati menyatakan benci..
Jangan kata nak tengok muka..
Nak tengok bayang pun tak sudi..
Entah apa la salah bayang tu..
Tapi itu la realiti..
Ada ketika kita membenci setelah disakiti..
Atau itu memang sudah jadi lumrah kehidupan seseorang..
Membenci itu membahagiakan..

Bila hati berdetik sayang..
Setiap ketika hati rasa tak kena..
Siang malam terbayang-bayang..
Bulan disangka matahari, matahari disangka bintang..
Tidur malam berselimut angau..
Hari-hari dipenuhi taman bunga..
Bukan satu, tapi beraneka warna..
Rama-rama setia menghiasi angan..
Aduhh.. tau kah sidia ??

Bila hati terukir cinta..
Urmm.. Perasaan yang satu ini sukar untuk aku terjemahkan..
Kerana baru sekali aku mengalaminya dalam erti kata sebenar..
Ya.. Cinta pada yang memiliki diriku..
Hanya mereka yang benar-benar merasai tahu apa itu erti cinta..
Namun yang pasti..
Cinta padaNYA tetap ditakhta yang teratas..
Setia la padaNYA..
Kerana hanya DIA yang akan kekal selamanya..



**Kita akan melihat hanya kebaikan dengan orang yang kita suka.. Kita akan melihat hanya kekurangan dengan orang yang kita tak suka.. Tapi kita tak pernah nak sedar, orang yang kita suka kadang-kadang hanya berpura-pura.. Kenapa kita tak pernah nak bagi peluang kepada mereka yang kita tak suka ??? Itu la manusia..**

-AkU-
Syurga Addin..
00:37 tengah malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment