Monday, April 23, 2012

~Sayang anak tangan-tangankan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Tengah hari tadi aku, Imad dan Dhiya ke majlis perkahwinan salah seorang teman sekolah menengah dulu..
Sebelum tu, kami singgah di rumah teman baik aku, Ina..
Ina yang akan jadi babysitter kepada anak aku.. Hehe..
Mana menang tangan nak control dua orang anak..
Tau je la Imad macam mana keadaannya..
Alhamdulillah, meriah majlisnya..
Semoga mendapat keberkatan.. InsyaAllah..
Waktu nak balik tu..
Aku singgah ke rumah salah seorang teman..
Memandangkan hari dah petang dan Imad sangat mengantuk..
Maka aku tumpangkan Imad tidur di rumahnya..
Imad tidur sangat nyenyak sampai aku sendiri tak sanggup nak kejutkan..
Aku biar je la Imad lena..
Hingga la jam meningkat ke pukul 7.30 malam..
Usai solat maghrib..
Suami teman ni mengajak aku makan malam di gerai yang berdekatan..
Dhiya aku titipkan pada ibu mertua teman tadi..
Harap-harap Dhiya tak buat hal la..
Maka berjalan la aku, teman, suaminya dan dua orang anaknya ke gerai yang dimaksudkan..
Memang tak jauh jaraknya..
Lebih kurang 2 minit berjalan kaki..
Sewaktu kami menanti makanan untuk yang dewasa ini..
Nasi untuk anak-anak sudahpun sampai..
Kemudian baru makanan kami pula..
Anak yang sulung duduk di sebelah aku..
Mereka suami isteri duduk berhadapan dengan aku..
Sedang kami berbual tentang isu semasa, tiba-tiba tak semena-mena anak sulung yang kat sebelah aku tu jatuh bersama-sama kerusinya..
Terkejut aku..
Rupa-rupanya anak itu suka menjungkitkan kerusi..
Ala.. macam yang kebanyakkan dari kita suka buat waktu di sekolah dulu..
Bila tak terimbang berat badan itu..
Apa lagi.. jatuh la kebawah..
Belum sempat aku membantu anak ni untuk bangun..
Mamanya, iaitu teman aku telah sampai disisi anaknya..
Apalagi, mengamuk la mamanya dan sempat tangannya singgah ke tubuh si anak..
Tak cukup dengan itu, mata aku sempat menangkap tindakan mamanya menepuk muka si anak agak kuat hingga orang di dalam kedai itu memandang..
Si anak disuruh balik ke rumah..
Menangis la si anak sambil berjalan pulang..
Keadaan itu membuatkan aku diam tanpa sebarang kata..
Aku tergamam dan terpaku dengan perlakuan teman itu..
Seketika, suami teman itu pulang ke rumah untuk memujuk anak itu kembali untuk menghabiskan baki nasi yang masih tinggal..
Sekembalinya mereka, aku lihat hidung anak tadi berdarah hasil pukulan mamanya..
Lagi la membuatkan aku terkelu..
Aduhhhh... Bukan ini caranya mengajar anak yang nakal..
Bila itu aku suarakan..
Kata mereka, anak-anak mereka lain..
Nakalnya bukan boleh dibuat main..
Namun aku tetap dengan pendirian aku..
Nakal anak-anak bukan la boleh di hilangkan dengan pukulan dan herdikan..
Itu sebenarnya akan membuatkan anak lagi degil dan nakal..
Banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan..
Pendekatan aku berbeza..
Psikologi dan kelembutan juga mampu mengajar si anak..
Betul, boleh dipukul..
Tapi bukan la dalam keadaan marah dan sekuat hati..
Itu mampu mencederakan anak-anak..
Tengok saja apa yang telah berlaku tadi..
Aku yang bukan ibunya pun, sudah terasa sedih..
Apatah lagi dia mama si anak..
Tangannya yang mengalirkan darah pada tubuh si anak..
Mustahil tidak terdetik sedikit rasa menyesal dalam hatinya..
Aku pernah berpesan pada Incik Hubby..
Kalau sebesar mana pun salah anak..
Jangan la pukul anak dalam keadaan marah..
Kerana waktu itu kita tak mampu berfikir secara waras..
Macam-macam boleh berlaku..
Biar la perasaan reda dan tenang..
Baru la ketika itu memikirkan tindakan yang patut untuk anak-anak..
Aku pulang dalam keadaan sedih yang berpanjangan..
Naluri keibuan ini menyentap nurani aku..
Kasihankan si anak..
Marahkan si mama..
Peristiwa tadi masih lagi terbayang-bayang si ruang mata..
Hingga ke saat ini..
Seperti peribahasa ~ Sayang anak tangan-tangankan ~ Ya, tapi bukan la sepenuh hati dan perasaan.. !!

*Anak ini adalah anugerah Allah yang tak ternilai.. Doa anak-anak yang soleh adalah bekalan untuk kita waktu "disana" nanti.. Jaga la.. Pelihara la sebaik mungkin.. Mereka umpama kain putih bersih.. Bukankah tugas kita untuk mencorakkan warna-warni ke dalam dunia mereka ? Maka gunakan la saat kecil ini sebaik mungkin.. Agar corak dan warna-warna keindahan itu tetap kekal dalam diri mereka hingga dewasa..*



**Maaf teman.. Aku kongsikan kisah tadi di ruangan Syurga Addin ini.. Bukan bermaksud memalukan kamu, tapi sekadar untuk menyedarkan yang lain juga..**

-AkU-
Syurga Addin..
00:27 tengah malam..

2 comments:

  1. pi kenduri kawin zana ke tu? tak dpt p td, ade masalah skit...hehe

    hmmm..insaf gak baca ni. nakal sangat ke anak dia sampai jatuh kusi tu? tetiba je lepok..mau tak terkejut..lainlah klau dh diberi amaran sebelum tu..tp klau nak buat apa2 pun takkan dikhalayak ramai...sian anak, sampai berdarah2...

    saye kalau suami pukul anak pun, saye jadi tak senang hati..tp kadang2 jadi panas hati bila suami tak stop nak bantai anak lagi..saye plak nak bantai sama.kadang2 jadi gile meroyan...huhu..betulle tu time marah memang mcm2 bole berlaku...Nauzubillah

    saye akan cuba perbaiki diri setiap hari. utk jadi ibubapa yang cemerlang agar anak2 jadi cemerlang di dunia n akhirat. Aminnn

    ReplyDelete
  2. aah.. lama dah tak pi kenduri member-member ni.. hehe.. syok gak sesekali jumpa diorang.. bila lagi kan ?! time ni la boleh berkumpul..

    Urmm.. kadang-kadang memang hati geram dengan kelakuan anak.. saya tak nafikan, saya pernah pukul anak jugak.. tapi lepas tu mesti rasa menyesal dan menangis sendiri.. cuma, tak la sampai berdarah..

    InsyaAllah, kita cuba belajar dari sekeliling untuk menjadi ibubapa yang sesempurna mungkin.. Aminn..

    ReplyDelete