Saturday, May 4, 2013

~Mari Mengundi PRU13~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Esok, 05 Mei 2013..
Merupakan hari penentu bagi rakyat Malaysia..
Untuk memilih pemimpin bagi menerajui negara Malaysia..
Sama ada pemimpin yang lama dikekalkan..
Atau kita bakal bertemu dengan pemimpin yang baru hasil dari pilihat rakyat jelata..



Esok merupakan pertama kali untuk aku keluar mengundi..
Memilih kerajaan yang bakal mentadbir negara..
Sebelum ini, aku tak pernah merasakan pentingnya undi itu..
Maka dua penggal aku ketinggalan untuk mengundi..
Cuma tahun ini, banyak yang aku belajar tentang memilih pemimpin dengan mengundi..
Maka esok ada la penentu segalanya..
InsyaAllah, aku akan mengundi di..



Barisan Nasional Atau Pakatan Rakyat..

Siapa yang aku pilih ??
Kata orang undi itu rahsia..
Tapi bagi aku, itu hak masing-masing untuk bersifat terbuka atau sebaliknya..
Kalau beberapa penggal yang lepas..
Hati aku masih lagi melekat dengan Barisan Nasional..
Tapi untuk PRU13 ini aku memilih untuk mengundi Pakatan Rakyat..
Bagi aku, Barisan Nasional sudah tidak lagi relevan untuk memegang tampuk pemerintahan..
Mungkin 55 tahun menjadikan "akal" mereka juga tua dan nyanyuk..
Maka seharusnya mereka direhatkan untuk mendapat akal yang baru..
Kita cuba beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menawan hati rakyat Malaysia dengan corak kepimpinan yang baru..
Kemungkinan mereka-mereka ini la calon yang bakal membawa nama Malaysia ke persada yang lebih masyhur..
Siapa tahu ??! InsyaAllah...


Aku sememangnya penyokong kuat Barisan Nasional suatu waktu dulu..
Tak pernah terfikir sebesar kuman pun untuk berpaling..
Cuma sewaktu Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dituduh bermacam perkara..
Itu yang membuatkan hati aku sedikit rapuh pada Barisan nasional dan kepimpinannya..
Aku mengikuti setiap perkembangan DSAI..
Aku juga antara aktivis reformasi yang berarak sekitar Kampung Baru untuk menuntut keadilan..
Untungnya, tidak pernah tersiar gambar aku dimana-mana media..
Dari situ penilaian aku terhadap Barisan Nasional umumnya, UMNO khasnya terus berubah..
Kalau dulu aku sukar untuk menghormati Tuan Guru Nik Abdul Aziz..
Terlalu terpengaruh dengan media kerajaan yang memutarbelitkan fakta..
Menganggap TGNA ada la pemimpin agama yang sesat..
Namun sekarang insan itu aku pandang mulia..
Semulia budinya pada rakyat Kelantan..
Masih tetap berkhidmat biarpun usia sudah merangkak senja..
(Atas permintaan rakyat Kelantan juga)
Aku juga antara rakyat yang amat bencikan parti DAP..
Namun dengan corak kepimpinan menerusi Lim Guan Eng..
Aku mula memandang positif akan setiap gerak langkah yang diatur DAP..
Dan ternyata mereka tidak menghampakan..


Dato Seri Anwar Ibrahim atau Dato Seri Najib ?

Aku menyokong sekiranya DSAI diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7..
Dengan pengetahuan dan pengalaman yang beliau ada..
Aku yakin rakyat malaysia tidak akan kecewa..
Pemimpin yang berwibawa dan berketrampilan seperti beliau, InsyaAllah mampu memberi perkhidmatan yang diinginkan rakyat..
Biar apa pun cercaan yang diterima..
Beliau tetap meneruskan misi untuk membawa rakyat keluar dari tampuk pemerintahan yang kejam dan zalim..
Semoga Allah tetapkan hati beliau untuk istiqomah.. Ameenn..
Untuk Dato Seri Najib..
Mohon maaf, masa untuk Dato Seri sudah tamat..
Mungkin Dato Seri diizinkan oleh NYA untuk berehat dari menjadi pemimpin negara..
Sudah sampai masa untuk orang lain pula menerajui negara yang kita cintai ini..



Justeru..
Mari la kita bersama-sama keluar untuk memilih pemimpin negara yang akan datang..
Undi kita la penentu segalanya..
Moga dengan izin Allah swt..
Dapat kita realisasikan harapan dan impian rakyat yang mahukan perubahan..
InsyaAllah..



Ini Kali La !!!

-AkU-
Syurga Addin..
23:07 malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment