Tuesday, December 17, 2013

~Oh ! Lelaki Idaman..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"...Oh Lelaki Idaman..Memang Kamu Tak Ada Yang Lain..Semua Gambaran Idola..Seharusnya Ada Padamu.. Oooo..."

Itu lirik lagu Lelaki Idaman nyanyian Melly Goeslow..

Hari tu masa duk chatting kat whatsapp dengan group mama-mama..
Group ni actually, ex-school mate masa sekolah rendah kat Ampang dulu..
Tengah borak-borak..
So, aku tanya diorang..
Lelaki macam mana yang kalau boleh kita nak pilih jadi suami..
Memang semua pun dah kawin..
Tapi saja, soalan survey..
Majoriti nak yang lebih tua..
Walaupun ada yang kawin sebaya..
Jodoh tu rahsia Allah.. Cari la sesempurna mana pun..
Kalau dah takde jodoh, tak menjadi la kan..



Masa time aku bujang dulu..
Papa selalu pesan, kalau nak cari suami biar la yang lebih tua dari kita..
Sebab kalau cari yang sebaya atau lebih muda..
Lelaki ni lambat matang..
Nanti pemikiran kita dah ke depan, tapi dia masih di tempat lama..
Cari yang lebih tua kurang-kurang sepuluh tahun..
Baru boleh jalan seiring..
Hahahaha.. Lelaki lambat matang..
Bukan aku yang cakap, tapi papa..
Lagi satu perempuan ni cepat nampak tua..
Kalau kawin dengan yang sama baya atau lebih muda..
Bila usia dah meningkat..
Jangan marah kalau orang kata rupa kita lebih matang (baca : TUA) daripada suami..
Memang la bukan semua lelaki macam gitu..
Tapi kebanyakannya begitu..

Masa time aku bujang dulu..
Ramai juga aku berkawan dengan rakan sebaya..
Memang nampak sangat kematangan diorang tu tak selari dengan aku..
Hahahaha.. Ni pengakuan berani mati..
Sifat panas baran dan darah muda mereka juga terserlah..
Cemburu pun toksah cerita la.. Lagi dasat..
Pernah sewaktu "berkawan" dengan seorang yang sebaya..
Ada la tiga kejadian kut dia naik tangan atas aku..
Perghhhh.. Tak sanggup nak alami lagi..
Bila berkawan pulak dengan yang lebih muda..
Segala pergerakan aku dia nak control..
Bukan tu aje, cara pemakaian pun dia nak control jugak..
Waktu remaja dulu aku lebih suka mengenakan jeans dan t-shirt serta sport shoe..
Jeans pulak semua potongan Kaum Adam.. Hehe.. Dah minat..
Bila nak keluar dengan, dia kutuk habis pemakaian aku..
Siap dia nak lipat sikit jeans aku sampai betis..
Masa tu tengah glamour trend jeans tiga suku kaki ni..
Aku rasa nak sampai je hujung kaki aku kat muka dia..
Muahahahhaha.. memang panas hati time tu beb !
Aku pun bagi kata dua kat dia..
Kau nak kawan dengan aku, terima aku seadanya..
Kalau kau nak aku ikut style kau..
Kau pergi cari budak-budak je la..
Terus tak jadi keluar.. Hahahaha.. garang giler aku time tu..
Bila dah masuk ke alam pekerjaan..
Aku berkawan ramai dengan lelaki yang lebih tua..
Pemikiran mereka lebih matang dan seiring dengan perkembangan semasa..
Dan aku lebih belajar banyak dari pengalaman mereka..

Ada member pulak cerita..
Dia berkahwin dengan lelaki yang sama baya..
Semua keputusan dari sekecik-kecik perkara hingga la sebesar-besar perkara..
Dia yang buat keputusan..
Cuma yang bagusnya..
Semua harta, suami letak atas nama dia.. Rumah, kereta, motor..
Untung.. Untung..
Tapi tu la.. Apa guna jadi suami kalau semuanya nak ikut kata isteri..
Suami kena ada ketegasan..
Memang bukan semua keputusan suami tu bagus..
Tapi lebih baik bawak berbincang dari melepaskan semua atas tangan isteri..
Jangan jadi suami yang tak ada pendirian..

Sungguh la..
Dari pengalaman aku berkahwin dengan lelaki yang lebih tua..
Beza aku dan Incik Hubby 12 tahun..
Yang aku ingat..
3 tahun pertama perkahwinan kami..
Ada la masa untuk dia mendidik aku..
3 tahun seterusnya pulak ada la masa untuk dia membentuk aku..
Dan tahun-tahun yang seterusnya dia hanya perlu membimbing aku..
Kerana bentuk dan didikan yang hampir sempurna telah menyenangkan tanggungjawab dia..
Alhamdulillah, aku isteri yang boleh dengar kata.. Bab puji diri sendiri memang tak boleh blah ! Muahahaha..



*Kalau boleh, semua wanita inginkan lelaki yang sempurna.. Handsome, bergaya, macho, berharta, beriman, boleh kata serba sempurna.. Tapi, jodoh itu kan rahsia Allah.. Siapa pun yang Allah tentukan untuk kita.. Itu la yang sebaiknya.. Tugas kita adalah memenuhi tanggungjawab sebagai seorang isteri seperti yang di amanahkan.. Walau suami kita tiada rupa, tidak bergaya apatah lagi kurang macho atau tak berharta.. Siapa pun dia.. Rumahtangga kita akan menjadi lebih indah dan bahagia bila kita menerima setiap kelemahan dia itu tanpa syarat.. Kerana kita juga punya kelemahan sendiri yang kadang kala kita sendiri tidak sedar.. Syurga itu bukan terletak pada rupa dan harta benda, tapi pada iman yang sentiasa membara di dada.. jadi la isteri solehah untuk mendapat suami yang soleh.. InsyaAllah..*

-AkU-
Syurga Addin..
17:47 petang..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment