Thursday, May 1, 2014

~10 Tahun Antara Kami..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

1May 2004 - 1 May 2014...

"Perkahwinan itu bukan la sekadar lafaz ijab dan qabul sahaja.. Ia adalah ikrar janji untuk saling menerima kekurangan dan kelebihan, kelemahan dan kekuatan, kebaikan dan keburukan serta saling membimbing antara satu sama lain untuk sama-sama menerajui bahtera rumahtangga hingga ke hujung nyawa..." Syurga Addin...

Semalam sewaktu berborak dengan Incik Hubby..
Aku tanyakan soalan..

"Abang tahu tak esok hari apa ?" Aku tanya..
"Esok ?" sambil berfikir..
"Hari ni hari Rabu, esok hari Khamis la." Jawab Incik Hubby..
"Esok berapa haribulan ?" Aku tanya lagi..
"Esok... 1 May la." Jawab Incik Hubby lagi..
"Esok hari apa ?" Tanya sekali lagi..
"Eh ! Esok Hari Ulang Tahun Kawin Kita la !" Jawab Incik Hubby teruja..
"Hehe.. Iya la.. dah 10 tahun Abang.." jawab aku tersengih..
"10 tahun ?? iya ke ? macam tak percaya je.. Rasa macam baru je kita kawen.." Incik Hubby memang poyo..

10 tahun bukan la suatu tempoh masa yang sekejap untuk mengukur ikatan sebuah pernikahan..
Alhamdulillah, ikatan yang terpatri antara kami sudah mencecah tahun yang ke 10..
Namun untuk sampai ke tahun ini..
Bukan sedikit airmata yang mengalir..
Menangisi kutukan, cemuhan, maki hamun, umpatan dan segala perkara negatif..
Hanya kerana ikatan ini ikatan yang bersambung.. (poligami)
Mungkin dulu hati kami agak goyah dengan segala macam hinaan..
Namun kini hati kami bersatu..
Kasih kami kian kuat, cinta kami makin kukuh, sayang kami sungguh teguh..
Datang la segala badai, kami akan terus bertahan..
Syukur kepada Allah swt kerana kami bahagia..
Bahagia diatas rahmat Allah swt..
Bahagia kerana restu Ummi, Abah, Mak dan Papa kami..
Dan kini kami semakin bahagia bila dikurniakan permata hati buat penyambung keturunan kami..
Muhammad Imad Addin..
Aisy Dhiya Sufia..
Muhammad Iyad Addin..
Mereka ada la kekuatan yang Allah kurniakan buat kami..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur...
10 tahun yang mengajar..
10 tahun yang mendidik..
10 tahun yang membimbing..
10 tahun yang menguji..
10 tahun yang BAHAGIA.......



**Selamat Ulang Tahun Pernikahan Kita Yang Ke-10 Abang.. Moga janji Abang untuk menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk kami akan Allah permudahkan.. Dan juga imam buat membimbing kami ke jalan yang diredhai olehNYA.. InsyaAllah, Sayang akan setia bersama Abang hingga hujung nyawa.. Mungkin Sayang bukan yang pertama buat Abang dan mungkin juga bukan yang terakhir.. Namun Sayang sentiasa berdoa moga Abang ada la yang pertama dan terakhir yang melafaz ijab dan qabul sebuah ikatan perkahwinan.. Mudah-mudahan.. InsyaAllah.. Ameen..**

-AkU-
Syurga Addin..
22:07 malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment