Tuesday, May 20, 2014

~Jadi la Pendengar Setia..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sewaktu bersantai dengan suami..
Aku tanyakan suatu soalan kepadanya..

"Abang suka tak bercakap atau bercerita dengan Sayang ?"

Jawab Incik Hubby..

"Suka sangat.. Sebab Sayang boleh dengar apa saja yang Abang cerita.. Dari sekecik-kecik cerita sampai la sebesar-besar cerita.. Yang tak paham pun Sayang boleh layan, walaupun Abang tahu dalam otak tu duk blur apa yang Abang cerita.. Mengantuk pun Sayang boleh layan lagi.. Cerita boring pun Sayang boleh dengar jugak.. Kadang-kadang Abang terfikir, isteri aku ni paham ke tak apa yang aku cakap ni.. Tengok muka Sayang yang excited dengar Abang cerita tu buat Abang teruja nak bercerita lebih lagi.."

Kadang-kadang aku selalu tanya pasal zaman dulu-dulu Incik Hubby..
Kisah masa sekolah.. Zaman remaja.. Masa kerja..
Kisah cinta pun dia boleh cerita kat aku.. Detail pulak tu..
Oh ! Aku siap simpankan gambar aweks-aweks dia.. Huhu..
Dan setiap gambar tu pulak aku suruh lagi dia cerita..
Mana nak dapat isteri cenggini.. Haha.. Jangan jeles ya !
Segala tentang Incik Hubby aku nak dengar..
Dan dia pulak dengan rela hati bercerita..
Kadang-kadang dia yang naik rimas bila aku asyik bertanya itu ini dengan dia..
"Tak boring ke dengar cerita Abang ?" Incik Hubby tanya..
"Laaa.. Nak boring apanya.. Dari cerita Abang tu la Sayang boleh kenal siapa suami Sayang ni.." Jawab aku..
Sebenarnya dari cerita dia pun aku boleh baca bahasa tubuh Incik Hubby..
Waktu dia marah, suka, gembira, sedih, penat, kecik hati.. Segala macam rasa..
Dan aku boleh main peranan untuk segala situasi sebab aku dah kenal siapa suami aku ni..
Ada ketika bila dia cuba menipu tentang apa yang dia rasa..
Hanya boleh bertahan sekejap je..
Sebab dia tahu aku boleh baca diri dia..
"Abang ni memang tak boleh sorok apa-apa dari Sayang la.. Apa pun yang Abang rasa, Sayang boleh tahu.. pakai hantu raya ya ?" Boleh pulak dia tanya soalan bombastik cenggitu.. Haishh tak sayang mulut betul..
Pernah ada satu ketika tu.. Masa tu dalam kereta, perjalanan balik ke KL dari Kelantan..
Aku iye-iye la bercerita itu ini..
Incik Hubby kat sebelah boleh buat dek aje..
Aku pun sound..
"Abang ni Sayang cerita tak peduli tau.. Sampai hati.. Buat la cenggitu.. Nanti kalau Sayang mati, takde sapa lagi nak teman Abang berborak dalam kereta.. Tau la nanti.." ayat poyo merajuk..
"Jangan la cakap macam tu.. Abang tak suka.. Bukan Abang tak nak dengar, tapi fikiran Abang tengah tak tenang ni.." jawab Incik Hubby..
"Tau dah.. Abang duk fikir pasal ............................................ kan ??? Dari tadi lagi Sayang perasan dah, malas nak cakap.. Karang kata busy body pulak.." Kata aku..
"Eh ! Mana tau ni ? Tak cakap pun !" Incik Hubby pura-pura terkejut..
"Tau la.. Abang tu tengah tidur pun Sayang tau Abang mimpi apa.." Hahahaha.. Dasat sampai macam tu sekali aku punya woman instinct..
Itu la hasilnya bila aku dah kenal siapa suami dari segala penceritaan dia..
Dan tambah pulak cerita dari Ummi dan Abah mertua..

Hehe.. Nampak tak ?? Aku ni memang pendengar yang baik..
Sila jeles dari jauh ! Hoho..
Aku memang suka dengar orang bercerita..
Siapa pun yang bercerita..
Dan aku boleh dengar apa juga cerita..
Cinta, politik, soal semasa, hiburan, apa saja..
Kalau tak secara face to face pun..
Dari email, whatsapp, chat.. Apa saja la..
Janji orang nak bercerita, aku akan jadi pendengar yang setia..
Setiap masa aku sudi pinjamkan mata dan telinga aku..
Dan kalau nakkan pendapat pun aku boleh share sebaik yang boleh..
Bukan la nak kata aku hebat pun..
Tapi itu perangai aku..
Ingat lagi masa Abah mertua aku masih ada..
Bila setiap kali balik Kelantan..
Dia mesti nak bercerita dengan aku..
Kadang-kadang cerita yang sama diulang balik..
Dan aku masih lagi terpaku kat situ menjadi pendengar yang setia..
Kalau nak harap Incik Hubby dan yang lain-lain..
Memang awal-awal diorang dah angkat kaki.. Hahaha..

*InsyaAllah, aku sentiasa boleh pinjamkan mata dan telinga, bila saja ada yang memerlukan..

Seronok sebenarnya dengar orang bercerita..
Cuma sekarang ni aku kurang sikit la bercerita face to face dengan sesiapa..
Sebab aku banyak duduk kat rumah..
Kalau ada pun jiran depan rumah ni..
Itu je la kawan realiti yang aku boleh berborak..
Yang lain semua di alam maya..
Tapi bagus jugak sebenarnya..
Aku boleh pilih sama ada nak bercakap secara ilmiah atau pun yang membuang masa.. Hehe..

*INDEED !

**Aku suka dengar orang bercerita.. Tapi aku tak berapa suka nak bercerita.. Banyak sebenarnya yang aku nak cerita.. Tapi belum lagi jumpa orang yang sesuai mendengar cerita-cerita aku.. Bukan tak boleh cerita dengan Incik Hubby, boleh je.. Tapi banyak lagi benda yang dia kena fikir.. Tak nak la ganggu pemikiran dia lagi.. Sebenarnya kita boleh belajar banyak dari penceritaan orang lain.. Itu yang aku faham.. Dari situ kita belajar untuk lebih menghargai kehidupan kita..**

-Aku-
Syurga Addin..
01:07 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment