Tuesday, June 24, 2014

~Dhiya, Si Pencuri Hati..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Aisy Dhiya Sufia..




Nama Dhiya tu memang aku idamkan sejak dari awal perkahwinan lagi..
Selepas 8 tahun usia perkahwinan, baru la nama tu dapat direalisasikan..
Mengandungkan Dhiya memang tak banyak kerenah..
Aku masih lagi boleh buat kerja-kerja berat..
Masih lagi boleh dukung Imad ke sana ke mari walau usia kandungan dah masuk 8 bulan..
Dhiya sangat aktif waktu dalam kandungan..

Dhiya yang garang tapi lembut hati..




Dhiya memang sangat garang..
Pantang kalau ada orang usik barang dia..
Abang Imad pun kena marah kalau usik barang Dhiya..
Aku pernah tengok Dhiya marah Imad sungguh-sungguh..
Entah bahasa apa yang Dhiya guna pun aku tak tahu..
Seolah-olah Dhiya nasihatkan Abang Imad jangan kacau barang dia..
Dhiya juga marah kalau ada orang yang cuba ambik Adik Iyad..
Dhiya akan tarik tangan aku dan suruh ambik Adik Iyad dari sesiapa pun..
Tapi walau macam mana garang pun Dhiya..
Hati Dhiya sangat lembut..
Pernah sewaktu usia setahun lebih..
Dhiya nampak air mata aku meleleh kat pipi..
Dhiya ambik kain dan lapkan air mata..
Kadang-kadang aku saja pura-pura menangis..
Dhiya cepat-cepat peluk kepala aku dan gosok kepala aku..
Kononnya untuk pujuk.. Hahaha.. Sweet sangat..
Memang rasa tersentuh sangat dengan apa yang Dhiya buat..
Dhiya jugak pandai pujuk Abang Imad kalau Abang Imad tiba-tiba menangis ..
Dhiya akan peluk Abang Imad sampai la Abang Imad diam..
Atau kadang-kadang Dhiya akan tepuk Abang Imad bila nak tidur..
Sekarang pun, Dhiya lebih suka tidur dengan Abang Imad..
Bila Adik Iyad nangis, Dhiya akan meluru dan gosok kepala Adik Iyad suruh diam..
Selalu jugak Dhiya cium seluruh muka Adik Iyad..
Sayang sangat Dhiya pada adik..

Dhiya yang suka merajuk..



Perangai merajuk ni memang Dhiya dapat dari Ibu la.. Hahaha..
Dhiya punya cara merajuk memang kadang-kadang buat aku dan Incik hubby ketawa..
Selalunya Dhiya akan peluk tubuh sambil mulutnya dimuncungkan..
Bila kami cuba pujuk..
Laju je tapak sebelah tangan Dhiya digoyang ke muka kami sambil mulut sebut "NO!"..
Maknanya tak mau dipujuk..
Kalau Dhiya kacau aku masak kat dapur..
Bila kena marah, Dhiya akan menangis dan lari naik tingkat atas dan pergi pada Abang Imad..
Atau pun bila Dhiya kacau waktu aku susukan Iyad..
Bila kena marah, Dhiya terus turun dari katil dan pergi ke bilik sebelah duduk dengan Abang Imad..
Ada jugak bila kena marah, Dhiya akan cepat-cepat pegang muka aku dan cakap sesuatu..
Lepas tu terus peluk aku..
Macam-macam..

Koleksi mainan Dhiya..




Aku tak pernah belikan Dhiya anak patung..
Yang ada ni pun aku punya waktu bujang dulu..
Dhiya tak minat anak patung..
Pernah Abah Kg. Dusun belikan Dhiya anak patung Barbie, tapi Dhiya tak peduli pun..
Dhiya lebih suka lori, trak, traktor atau kereta..
Dan aku belikan Dhiya koleksi tu kat kedai RM2..
Biar la beli yang murah pun..
Pasal Dhiya bukan tau jaga mainan..
Kalau rosak tak la terasa sangat..
Tapi nampak gaya Dhiya jaga cermat mainan dia..
Elok lagi semua koleksi tu walaupun barang murah..


Dhiya si pencuri hati..




Dari awal Dhiya lahir..
Nurse suka sangat pada Dhiya..
Sebab Dhiya tak banyak kerenah..
Tak suka menangis melampau..
Waktu kena cucuk untuk setiap bulan pun Dhiya tak menangis..
Hanya menjerit terkejut waktu jarum dimasukkan..
Lepas tu terus senyap..
Pergi mana-mana pun orang suka tengok Dhiya..
Sebab mata Dhiya besar dan ada lesung pipit..
Bila pergi pasar malam..
Ada je dapat buah atau sayur lebih sebab orang suka tengok dhiya..
Memang muka rezeki betul Dhiya ni..
Kalau pergi kedai ZeeMart dekat rumah ni..
Pekerja kat situ panggil Dhiya boss.. Hehe..
Diorang suka betul usik Dhiya walaupun Dhiya tak layan..
Paling baik pun, Dhiya hanya lambai tangan bila nak keluar kedai..
Owner kedai tu (atuk) panggil Dhiya Puteri..
Kalau atuk ada kat kedai, Dhiya akan dapat coklat, gula-gula atau pun duit..
Atuk dengan opah kat depan rumah ni pun suka Dhiya..
Kalau Dhiya datang rumah diorang, ada je yang akan Dhiya bawa balik..
Kadang-kadang naik segan pulak aku lepaskan Dhiya ke sana..
Pernah Incik Hubby cerita..
Kawan-kawan dia cakap Dhiya ni cantik..
Dah besar nanti mesti cantik sangat..
Itu diorang yang kata, bukan aku atau Incik Hubby.. hehe..
Kalau balik Kg. Dusun, lagi la Dhiya seronok..
Abang-abang dan kakak-kakak Dhiya kat sana memang suka melayan Dhiya..
Ada je aktiviti yang diorang nak buat dengan Dhiya..
Sampaikan kadang-kadang satu hari suntuk tu, Dhiya tinggalkan aku untuk jalan-jalan dengan diorang..

Dhiya cepat belajar..




Biarpun usia Dhiya dah hampir 2 tahun setengah..
Tapi Dhiya masih tak boleh bercakap dengan sempurna..
Tapi Dhiya cepat tangkap bila tengok orang buat sesuatu atau pun bila diajar buat sesuatu..
Yang paling aku suka tengok..
Dhiya dah pandai tenung buku seolah-olah membaca..
Tak kisah la walau tenung saja..
Sekurang-kurangnya Dhiya minat nak tengok buku..
Dan satu perkara lagi..
Dhiya suka ikut Ibu atau Ayah solat..
Dhiya akan minta aku pakaikan dia telekung untuk turut bersolat dengan aku dan Incik Hubby..
Disebabkan nak biasakan Dhiya dengan solat, maka aku layankan saja..
Banyak pergerakan solat yang Dhiya dah hafal..
Seronok betul tengok Dhiya dah pandai macam-macam..

Dhiya anak yang manis..




Dhiya suka pakai gaun, tapi tak suka pakai aksesori..
Dhiya suka tengok muka atau bercakap depan cermin..
Dhiya suka kartun Bubble Guppies atau Team Umizoomi..
Dhiya boleh menari atau menyanyi (bahasa sendiri) ikut kartun tu..
Dhiya suka tolong ibu siram pokok..
Dhiya suka tolong ibu masak..
Dhiya suka macam-macam lagi.. Tak tersebut rasanya.. Hehe..



**Dhiya anak dara yang seorang.. Tak sabar nak dengar Dhiya panggil "IBU" dengan sempurna.. InsyaAllah, Ibu doakan Dhiya membesar menjadi anak solehah yang akan mendoakan Ibu dan Ayah bila kami kembali kepada PENCIPTA nanti.. Moga Dhiya juga mampu menjaga keluarga dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.. Ibu akan senantiasa mendoakan perkara yang terbaik dalam hidup Dhiya.. Ibu sayang Dhiya sangat-sangat..**

-AkU-
Syurga Addin..
01:07 pagi..

2 comments:

  1. Hehehe.. die boleh tetiba ketawa bila kita ketawa..hahaha.. masa kecik tak pernah suka kt org.. skang ni mcm dh ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. tu dia act kononnya dia faham apa yang kita ketawakan..
      Eh ! Sekarang ni lagi memilih tau.. Kalau orang yang dia suka, dia boleh duk menempel kat orang tu.. Kalau tak suka, nak pergi dekat pun jangan harap.. hehe..

      Delete